"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

30 October, 2009

TAZKIRAH KEMATIAN


HADITHS TENTANG TAZKIRAH ;

1 .Hadiths shahih diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abi Thalib r.a.
Maksudnya :
Kami menziarahi jenazah di perkuburan baqi' Gharqad lalu datang Rasulullah s.a.w. dan Baginda duduk , kamipun duduk di sekeliling Baginda , Baginda membawa sebuah tongkat kecil atau ranting kayu , Baginda mengangguk-angguk kepala Baginda, seperti orang yang sedang bersusuah hati sambil menguis tanah dengan ranting tersebut , sambil bersabda : setiap kamu telah di tetapkan tempatnya samada di syurga atau di neraka ,samada bahgia atau celaka .
Bertanya seorang lelaki ,wahai Rasulullah kenapa kita tidak berserah sahaja kepada takdir dan tak perlu beramal? mereka yang telah ditentukan bahgia di akhirat akan bahgia dan yang di tentu celaka akan celaka ? Lalu Nabi s.a.w. bersabda ; beramallah , setiap kamu akan dimudahkan untuk beramal , orang yang bakal bahgia nanti akan dimudahkan oleh Allah beramal dengan kebahgiaan , sementara orang yang bakal binasa akan dimudahkan beramal dengan kebinasaan . Lalu Baginda membaca firman Allah s.w.t. maksudnya : "adapun orang yang mendermakan (hartanya dijalan Allah s.w.t. ) serta bertaqwa dan percaya adanya pahala yang terbaik (syurga) , maka Kami (Allah) akan menyiapkan baginya jalan yang mudah , adapun orang-orang yang bakhil dan merasa diri serba kecukupan dan mendustakan pahala terbaik (syurga ) maka Kami(Allah) akan menyediakan baginya (jalan) yang sukar". surah al-Lail ayat 5-10.

2 . Tazkirah pengkebumian ini , adalah peringatan kepada orang yang hadir , dapat dilakukan sebelum , ketika menunggu jenazah atau sesudah pengkebumian.

3 . Tazkirah ini dilakukan mengikut keperluan sahaja , seperti ketika menunggu kedatangan jenazah .

4 . Selesai pengkebumian dibolehkan berdoa secara berjemaah atau seorang diri adalah lebih afdhal.

5 . Adapun malan talqin selepas pengkebumian adalah lebih ditinggalkan , kerana ia bersumber kan hadiths-hadiths yang dhaif (lemah) . Demikian juga amalan membaca alQuran diatas kubur , tidak berdasarkan hadiths yang shahih.

CONTOH TAZKIRAH

Alhamdulillah , kita telah pun selesai mengkebumikan jenazah saudara / saudari kita ini , mudah-mudahan Allah merahmatinya .
Peristiwa kematian yang kita saksikan hari ini , hendaklah menjadi iktibar serta peringatan disepanjang perjalanan kehidupan kita yang masih ada ini .

إن الموت الذي تفرون فإنه ملاقكم ثم تردون إلى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعملون
Maksudnya :
"katakanlah ( wahai Muhammad ) : sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu pasti akan menemui kamu , kemudian kamum akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang myata ,lalu Dia(Allah) memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan ( akan membalasnya ).
Firman Allah s.w.t. :Surah alMulk ayat 2.

الذى خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور

Maksudnya : "Dialah yang telah mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan , untuk menguji siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya , dan Dia maha berkuasa (membalas amalan kamu)lagi maha pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat).

Oleh yang demikian , itu , sedarlah wahai saudaraku sekalian , kematian merupakan perpindahan dari alam dunia menuju kealam akhirat , disana kita akan dibalas setimpal dengan apa yang telah kita lakukan semasa di dunia . Marilah kita bertaubat serta meninggalkan maksiat , lakukanlah segala amal kebaikan berupa perintah Allah s.w.t , berubahlah kearah kebaikan sebelum ajal menjemput kita .
Menurut Anas bin Malik r.a Nabi bersabda :Hadiths riwayat al Bukhari dan Muslim.

يتبع الميت ثلاثة فيرجع اثنان ويبقى معه واحد يتبعه أهله وماله وعمله فيرجع أهله وماله ويبقى عمله

"keluar mengiringi mayat itu tiga perkara : keluarganya , hartanya , dan amalannya , maka dua daripadanya akan pulang (meninggalkannya di kubur ) iaitu keluarga dan hartanya , adapun malan akan kekal bersamanya ".

Ingatlah mati akan menjadi saat yang paling indah jika kita membaqwa bekal yang cukup daripada amalan shalih :
Allah berfirman dalam surah Fusshilat ayat 30 :
إن الذي قالوا ربن الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملآئكة ألا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون
Maksudnya : :"sesungguhnya orang-orang yang mengatakan dengan penuh yakin ; "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka tetap teguh diatas jalan yang benar , maka akan turun lah malaikat kepada mereka dari masa kesemasa ( dengan memberi ilham ): janganlah kamu bimbang ( akan berlaku perkara yang tidak baik kepada kamu) dan janganlah kamu berdukacita . Terimalah berita gembira bahawa kamu akan berolah syurga yang telah dijanjikan kepada kamu".

Ayat tadi menceritakan keadaan orang yang beriman dan beramal shalih setelah mereka mati , dan orang yang ingkar , kematian mereka penuh kehinaan.
Firmah Allah s.w.t. dalam surah al An'am ayat 93 :

ولو ترى إذ الظالمون في غمرات غمرات الموت والملآئكة باسطوا أيديهم أخرجوا أنفسكم اليوم تجزون عذاب الهون بما كنتم تقولون على الله غير الحق وكنتم عن آياته تستكبرون

Maksudnya :

" sekiranya engkau orang-orang yang zalim itu ketika sedang menderita , " sakratulmaut" dan para Malaikat pula menghulurkan tangan (memukul dan menyiksa mereka)sambil berkata (dengan menengking dan mengejek ) " keluarkanlah nyawa kamu sendiri , pada hari ini kamu dibalas dengan azab siksa yang sangat hina disebabkan kata-kata dusta yang telah kamu lemparkan terhadap ALlah , dan kamu ( menolak dengan ) sombong dan takbur ayat-ayat keterangan Nya".

Oleh itu , hendaklah kita senantiasa beringat , mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang selamat , kita doakan juga kepada suadara kita yang telah meninggal ini , mudah-mudahan ALlah s.w.t. ampunkan dosa-dosa nya dan jadi kan kuburnya sebagai taman daripada taman-taman syurga.

6 . Kemudian membaca doa untuk simati dan kaum muslimin semua.


wha-sribahgia2009m143oh