"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

26 April, 2017

Bagaimana kita boleh berbakti dengan Ibu/Bapa
video

18 March, 2017

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA ALI R.A
video

15 March, 2017

DETIK-DETIK MENJELANG KEWAFATAN
RASULULLAH SAW

video

05 March, 2017

AMALAN SOLEH YANG DITOLAK
Jauhilah Lapan perkara yang menyebabkan amalan kita ditolak oleh
Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Setiap amalan ibadah, amalan soleh dan amal kebajikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh penghayatan agar ianya diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apabila amalan kita diterima, maka barulah ganjaran pahala yang kita perolehi akan menjadi bekalan di akhirat nanti. Setiap orang mukmin pasti berharap agar amalan solehnya diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Namun perlu juga kita ketahui bahawa tidak semua amalan itu pasti diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Adakah kita yakin bahawa segala amalan kebaikan yang kita lakukan akan terus diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’a’la ?

Perkara ini dijelaskan dalam Surat Qaaf ayat 16-18

وَلَ‍قَ‍‍‍دْ‌ خَ‍‍لَ‍‍‍قْ‍‍‍نَا‌ ‌الإِ‌ن‍‍س‍‍َ‍انَ ‌وَنَعْلَمُ مَا‌ تُوَسْوِسُ بِ‍‍هِ نَفْسُ‍‍هُ ۖ ‌وَنَحْنُ ‌أَ‍‍قْ‍‍‍‍رَبُ ‌إِلَ‍‍يْ‍‍هِ مِ‍‌‍نْ حَ‍‍بْ‍‍لِ ‌الْوَ‌رِيدِ
إِ‌ذْ‌ يَتَلَ‍‍قَّ‍‍ى‌ ‌الْمُتَلَ‍‍قِّ‍‍ي‍‍َ‍انِ عَنِ ‌الْيَم‍‍ِ‍ي‍‍نِ ‌وَعَنِ ‌ال‍‍شِّم‍‍َ‍الِ قَ‍‍عِيدٌ
مَا‌ يَلْفِ‍‍ظُ مِ‍‌‍نْ قَ‍‍‍وْل‌‍ٍ‌ ‌إِلاَّ‌ لَدَيْ‍‍هِ ‌‍رَقِ‍‍‍ي‍‍بٌ عَتِيدٌ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,            semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Jika dilihat daripada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabbal terdapat lapan (8) perkara yang akan menjadi penghalang dan menyebabkan amalan-amalan kita tidak diangkat dan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Abdullah ibn al-Mubarak meriwayatkan dari seorang lelaki yang pernah bertanya kepada Muadz. Lelaki itu berkata kepada Muadz, “Beritahukanlah kepada aku satu hadis yang pernah kau dengar dari  Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Kemudian Muadz menangis sehingga aku menyangka dia tidak akan berhenti menangis. Namun kemudian, Muadz berhenti menangis. Lalu berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada ku, “Wahai Muadz, aku menjawab, Labbayka, demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Aku akan memberitahukan satu hadis ini yang akan memberi manfaat tetapi apabila engkau tidak menjaga hujjahmu dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hari kiamat, maka ia akan terputus.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Kemudian, Allah telah menciptakan pula langit dan bumi. Lalu  Dia memberi tugas kepada  Malaikat untuk melihat setiap lapis langit dari langit yang tujuh itu.

Diterangkan bahawa, satu Malaikat berada disebelah kanan manusia untuk mencatat amal baik, manakala di sebelah kiri pula bertugas untuk mencatat hal-hal buruk yang dilakukan manusia. Pada setiap langit ada satu Malaikat yang menjaga pintu, dan tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh Malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan
  
LANGIT PERTAMA – GIBAH (MENGUMPAT)

Malaikat Hafazhah (Malaikat yang memelihara dan mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal seseorang hamba. Amalan tesebut adalah amalan yang telah dilakukan dari waktu pagi hingga ke petang. Cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari. Ia  menganggap amalan tersebut banyak,semua memuji segala amalannya itu. Tetapi, sampai di pintu langit pertama, berkata Malaikat penjaga pintu langit itu kepada Malaikat Hafazhah, "Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga Gibah (pengumpat), aku diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk tidak menerima amalan orang yang mengumpat orang lain. Jangan benarkan amalan ini melepasiku untuk mencapai ke langit berikutnya."

LANGIT KEDUA – MENGHARAPKAN KEDUNIAAN

Hari berikutnya, Malaikat Hafazhah iaitu pencatat amalan datang kembali membawa amalan seorang hamba yang soleh yang cahayanya berkilauan. Malaikat itu berjaya melepasi langit pertama kerana dia tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang. Malaikat itu juga memujinya kerana amalan tersebut terlalu banyak. Sampai dilangit kedua, Malaikat penjaga langit kedua berkata: “Berhenti!, Pukulkan amalan  itu ke wajah perlakunya kerana dengan amalannya itu dia hanya menginginkan dan mengharapkan harta kekayaan duniawi. Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintakanku untuk menahan amalan itu dan tidak membiarkan amalan itu menghampiriku juga jangan sampai kepada Malaikat yang lain. Sesungguhnya dia orang yang sombong dan suka membesarkan diri  di majlis mereka.

LANGIT KETIGA – SOMBONG/TAKBUR

Kemudian malaikat Hafazah pencatat amal naik membawa amal hamba yang Nampak berkilau penuh cahaya dari sedekah, puasa, solat dan berbagai macam kebaikan yang dianggap demikian banyak dan terpuji. Para malaikat merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu membawa amalan itu dan berjaya melintasi langit pertama dan kedua. Namun sewaktu sampai ke langit ketiga, malaikat penjaga langit ketiga berkata: “Berhenti!”. Lemparkan kembali amalan itu ke wajah pelakunya kerana dia seorang yang sombong, aku adalah malaikat penjaga orang yang sombong. Allah telah memerintahku supaya tidak membiarkan amalan orang sombong/takbur melewati aku untuk mencapai langit berikutnya. Sesungguhnya dia menyombong/takbur dirinya didalam majlis orang ramai.

LANGIT KEEMPAT – MEMBANGGAKAN DIRI (UJUB)

Berikutnya Malaikat Hafazhah membawa lagi amalan seseorang hamba ke langit keempat. Amalan itu juga bersinar bagaikan bintang yang paling besar  berkelip-kelipan, suaranya penuh dengan tasbih, puasa, solat, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit keempat. Sewaktu sampai kelangit keempat, Malaikat penjaga langit itu berkata: “Berhenti!” Jangan diteruskan perjalananmu.  pulangkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya, aku adalah Malaikat penjaga orang-orang yang suka berperasaan ujub. Mereka beramal hanyalah atas dorongan perasaan ujub (membanggakan diri) terhadap dirinya.

LANGIT KELIMA – PENDENGKI DAN IRI HATI

Manakala di langit ke lima,   Malaikat hafazhah  membawa lagi amalan  seseorang hamba ke langit kelima setelah mereka berjaya melepasi langit satu hingga empat. Mereka diarak bagaikan pengantin wanita diiring kerumah suaminya, amalannya sangat  bagus dan bercahaya. Amalan yang diamalkannya ialah jihad, haji, dan  umrah. Namun sewaktu sampai langit kelima, Malaikat penjaga langit itu berkata: “Berhenti!” Aku ini penjaga sifat hasad (dengki, iri hati). Pulangkan  kembali  amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah ke atas. Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan aku supaya tidak membiarkan amalan  hasad itu melalui aku dan  mencapai langit seterusnya. Pemilik amal ini, sangat berhasad dengki kepada orang yang berilmu dan beramal seperti amalannya. Ia berhasad dengki kepada orang lain yang melakukan sebarang kelebihan didalam  ibadah dan ia juga mencela mereka. Sesungguhnya ia benci kepada apa yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.

LANGIT KEENAM - TIDAK MENGASIHI ORANG LAIN

Di langit ke enam pula, Malaikat Hafazhah membawa lagi  amalan yang bercahaya dari seorang hamba, cahayanya seperti bulan purnama, ia adalah daripada wuduk yang sempurna, solat yang banyak, zakat, haji, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langi keenam. Tetapi sewaktu sampai dilangit keenam, Malaikat penjaga langit itu berkata: “Berhenti!” Aku ini Malaikat penjaga rahmat. Amalan  yang dianggap baik ini  pukulkanlah kewajah pemiliknya kerana ia tiada belas kasihan kepada hamba  Allah. Apabila ada orang lain mendapat musibah, ia merasa senang dan gembira. Aku diperintahkan oleh  Allah Subhanahu wa Ta’ala  agar tidak membiarkan amalan orang seperti ini melepasiku hingga dapat sampai pada pintu langit seterunya.

LANGIT KETUJUH – SUMA’AH DAN RIAK

Seterusnya Malaikat Hafazhah membawa lagi amalan seorang hamba, Amalan itu ialah solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak yang baik, berzikir kepada Allah, nafkah, jihad dan warak. Zikirnya seperti bunyi lebah dan cahayanya bersinar seperti matahari. Amalannya itu diiringi para Malaikat hingga ke langit ketujuh. Namun sampai ke pintu langit ketujuh, penjaga langit itu berkata: “Berhenti!’. Aku ini Malaikat penjaga Suma’ah (ingin terkenal/riya). Pukulkan dengan amalannya ini ke muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkanlah keatas hatinya.

Sesungguhnya orang ini ingin masyhur dan terkenal (popular) dan selalu ingin kelihatan lebik baik daripada orang lain dan ia beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain. Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintakkanku agar amalannya itu tidak melepasiku. Ia beramal bukan bukan untuk  mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala  tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi dan supaya disebut dan mashyur dimerata tempat. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh aku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak melepasiku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan menerima amalan orang yang riak.

DI HADAPAN ALLAH

Para Malaikat pencatat amal naik berdiri dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala membawa amal seorang hamba dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut. Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Kalian adalah penjaga (pencatat) amal hamba-Ku, dan Aku adalah yang mengawasi hatinya. Sesungguhnya dengan amal ini dia tidak menghendaki Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripada-Ku. Aku lebih mengetahui dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan amalan itu.Maka baginya laknat dari-Ku, kerana menipu orang lain dan juga menipu kalian – para malaikat hafazah, tetapi Aku tidak akan tertipu olehnya.

Lalu para malaikat pun berkata: “Baginya laknat-Mu dan juga laknat kami”. Kemudian langit berkata: “Baginya laknat Allah dan juga laknat kami”. Lalu langit yang ketujuh berserta semua penghuninya melaknat orang itu.

Kemudian Muadz yang menanggis terisak-isak berkata: “Ya Rasulullah, engkau adalah Rasulullah dan saya adalah Muadz, maka ajarilah saya bagaimana aku boleh selamat dari apa yang engkau ceritakan pada ku.

Rasulullah Shallallahu ‘alahi wassalam pun bersabda: “Berpegang teguhnya kepada ku, meskipun didalam amal-amalanmu ada kekurangan.

Wahai Muadz,  jagalah lisanmu agar jangan sampai mencela saudara-saudaramu  yang mengembangkan  Al-Quran dan saudara-saudaramu sesama Islam dan orang alim.  Bebanlah segala kesalahan kepada dirimu sendiri dan jangan kau bebankan kepada mereka. Jangan kau mengangkat/menyucikan dirimu dengan menindas atas orang  lain. Janganlah kau masukkan amalan dunia ke dalam amalan akhirat. Jangan bersikap sombong  agar mereka menghindari keburukkan akhlakmu. Jangan kau berbisik-bisik dengan seseorang sementara disebelahmu ada orang lain. Jangan bersikap sombong dan takabur terhadap orang-orang sehingga kebaikan dunia terputus darimu dan jangan mengoyak-ngoyak (menguris) perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing nereka jahanam. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala  yang bermaksud, “Di-neraka itu ada anjing-anjing yang dikiaskan mengoyak badan manusia.”

Muadz berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan Ibuku, siapa yang sanggup menanggung dan memikul penderitaan semacam ini dan siapa yang boleh selamat darinya?

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Ya Muadz, sesungguhnya itu akan mudah bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.

Sesungguhnya perkara paling utama dan  terpenting dalam agama ini adalah mengikhlaskan diri kepada  Allah S.W.T dalam setiap amal ibadah yang kita lakukan. Ini adalah sebagai  syarat utama diterima amal  ibadah seseorang. Ikhlas adalah termasuk amalan hati yang perlu mendapatkan perhatian “istimewa” (secara mendalam) dan dilakukan dengan cara “istimrar” (terus menerus). Setiap muslim hendaklah melakukan “amal” ibadah agar amalan kita menjadi bernilai dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Syeikh Ibnu Utsaimin berkata: “Dan wajib atas sesorang mengikhlaskan niat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam seluruh ibadahnya dan hendaklah meniatkan ibadahnya semata-mata untuk mengharap wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan di akhirat. Inilah yang diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya: Diantaranya:

وَمَآ أُمِرُوْا إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya.” (Surah Al-Bayyinah: 5)

Firman Allah lagi:

قُ‍‍لِ ‌اللَّ‍‍هَ ‌أَعْبُدُ‌ مُ‍‍خْ‍‍لِ‍‍ص‍‍ا‌ ً‌ لَ‍‍هُ ‌دِينِ
Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya. “Surah Az-Zumar: 14)

قُ‍‍لْ ‌إِنِّ‍‍‍ي ‌أُمِ‍‍رْتُ ‌أَ‌نْ ‌أَعْبُدَ‌ ‌اللَّ‍‍هَ مُ‍‍خْ‍‍لِ‍‍ص‍‍ا‌ ً‌ لَهُ ‌ال‍‍دِّينَ
Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”. (Surah Az-Zumar: 11)

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala juga:

فَا‌دْعُو‌ا‌ ‌اللَّ‍‍هَ مُ‍‍خْ‍‍لِ‍‍صِ‍‍‍ي‍‍نَ لَهُ ‌ال‍‍دّ‍ِ‍ي‍‍نَ ‌وَلَوْ‌ كَ‍‍رِهَ ‌الْكَافِرُ‌ونَ
“Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian”). (Surah Ghafir: 14)

Dan banyak lagi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala memperintahkan kita supaya mengikhlaskan ibadat kita kepada-Nya.

Marilah sama-sama kita menjauhi perkara yang dinyatakan diatas, supaya amalan kita tidak ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hadis diatas sungguh agung dimana didalamnya terkandung rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang amat luas dan kelembutan-Nya sungguh agung

Jika amalan kita ditolak dan tidak diterima oleh Allah, maka dimanakah lagi cara kita dapat menyelamatkan diri kita daripada azab Allah Subhanahu wa Ta’ala di-hari akhirat nanti? Oleh itu cubalah sedaya upaya kita perbaiki kelemahan diri kita dan mengingkatkan iman dan amal melengkapkan segala sifat-sifat mahmudah.

Kita memohon kepada Allah agar Dia memberi kita kelembutan yang membuat kita bergegas melakukan keta’atan kepada-Nya, menggiring kita memasuki kemurahan dan rahmat-Nya.

Wallah al-muwafiq li al-shawab

ORANG YANG MELAKSANAKAN AMAL BAIK
DIKATEGORIKAN MENJADI 3 GOLONGAN

1.         ORANG YANG PASTI DITERIMA AMALNYA

Orang yang pasti diterima amal ibadahnya adalah orang yang bertakwa kepada-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang bertakwa”. (Surah Al-Maidah: 27)

Amalan yang dikabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dari perkara-perkara ghaib dengan keimanan yang mantap tanpa ada keraguan padanya. Ghaib adalah apa yang tidak boleh kita indera dari apa-apa yang Allah kabarkan kepada kita akan keberadaanNya, seperti iman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, hari akhir, surga dan neraka. Ini adalah sifat yang paling khusus yang mereka miliki, karena mengajak dan mendorong mereka agar beramal shalih. Jika anda yakin akan hari akhir, surga, neraka dan kejadian-kejadian pada hari kiamat, (keyakinan tersebut) mengharuskan anda agar mempersiapkan diri dalam menyongsongnya. Tidak manfaat persiapan yang dilakukan selain melakukan amal kebajikan. Ini adalah sifat pertama yang Allah mensifati mereka dengannya dalam kitab-Nya. Allah subhanahu wata’ala berfirman,

الم  ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ  الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

“Alif laam miim. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (Surah Al-Baqarah: 1-3).

Beriman terhadap kitab-kitab Allah dan para Rasul. Mereka beriman terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah dan seluruh kitab langit yang sebelumya. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Surah Al-Baqarah: 4).

2.         ORANG AMALNYA YANG PASTI DITOLAK

Orang yang amalnya pasti ditolak adalah orang-orang kafir, begitu juga orang murtad.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (Surah Al-Baqarah: 217)

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan akan menemui akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah Al-A’raf: 147)

Oleh itu, jangan mudah terpesona dengan kebaikan golongan ini, karena pada hakikatnya semua amalannya tidak berguna. Walau sebanyak manapun ia melakukan  solat dan sebesar manapun rasa ikhlasnya, ia tidak akan diterima dari mereka selagi mereka tetap dalam kekufuran. Contohnya seperti mengakui adanya Nabi selepas  Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi wassalam.


3.         ORANG YANG AMALNYA TIDAK DAPAT DIPASTI DITERIMA ATAU TIDAKNYA

Mereka adalah orang mukmin yang tidak sampai tahap  takwa, mereka melakukan amalan baik tetapi dalam  waktu yang sama masih  juga melakukan perbuatan buruk dengan tidak disertai taubat. Golongan inilah yang biasa dilakukan oleh kaum muslim.

Ini adalah karena Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri menegaskan bahawa janjinya berupa pahala dan syurga. Bukan untuk  orang-orang yang zalim ;

لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِين
“Janjiku tidak akan sampai kepada orang-orang dzalim” (Surah Al-Baqarag: 124)

Selagi mereka belum bertaubat, ia  termasuk golongan orang yang zalim.

ومن لم يتب فأولئك هم الظالمون
“Barang siapa tidak bertobat, maka merekalah orang-orang dzalim” (Surah Al-Hujurat: 11)

Akan tetapi tidak juga dapat dipastikan bahwa golongan ini amalnya pasti tidak diterima karena Allah menegaskan ;

إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Az-Zumar: 53)

Dalam hadist isra’ mi’raj Malaikat berkata kepada Nabi Shallallhu ‘alaihi wassalam.

قالا أما القوم الذين كانوا شطر منهم حسن وشطر منهم قبيح فإنهم خلطوا عملا صالحا وآخر سيئا تجاوز الله عنهم
“Adapun orang yang sebagian mukanya bagus dan sebagian Iagi buruk, maka mereka itu ialah orang-orang yang mencampur-adukkan antara amal perbuatan yang shalih sedang yang lainnya jelek, tetapi Allah telah memberikan pengampunan kepada mereka itu.” (HR. Bukhari)

Golongan seperti  ini  bergantung kepada kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala samaada amalannya diterima atau sebaliknya, atau mungkin Allah Subhanahu wa Ta’ala membalas perbuatan buruknya dahulu kemudian baru menerima amalan baiknya, ataupun mungkin  amalannya tidak diterima langsung menyebabkan ia mati dalam keadaan Su-ul Khatimah.

Sumbangan/posted oleh: HAR
Bahan Rujukan: 1. Kitab Tashfiyat al-Qulub al-Awzar wa al-Dzunub, karya Yahya ibn
                              al-Yamani al-Dzimari terbitan Dar al-Hikmah al-Yamaniyyah.
                          2. Spirit Islam Inside

11 January, 2017

Makanan dengan merujuk kepada al-Quran dan sunnah
Kajian mengenai kehidupan Rasulullah Shallalluhu 'alaihi wassalam  menunjukkan bahawa walaupun Baginda hidup sebahagian besar  dalam kesederhanaan dalam kehidupan sehari-harinya, namun Baginda tetap bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'al untuk semua. Dia makan setiap apa yang telah disampaikan dengan dan tidak pernah mengadu mengenainya.

BARLI

Barli ditanam pada dua keadaan iaitu penanaman barli musim luruh dan penanaman barli musim bunga. Walaupun masa dengan musim penanaman barli adalah berbeza, tetapi kualiti barli yang dihasilkan adalah lebih kurang sama dan tidak dijejaskan.
Rasulullah menyukainya, pernah mempunyai dalam bentuk roti, bubur, dan doh. Dia juga  menerimanya sebagai hadiah dari sahabat-Nya bersama-sama dengan bahan makanan lain

Telah mengabarkan kepada kami [Hannad bin As Sariy] dari [Waki'] dari [Dawud bin Qais] dari ['Iyadh bin 'Abdullah] dari [Abu Sa'id] dia berkata; "Kami mengeluarkan zakat fitrah ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masih ada di antara kami sebesar satu sha' makanan, satu sha' kurma, satu sha' gandum atau satu sha' susu kering. Kami terus melaksanakan seperti itu hingga Mu'awiyah datang dari Syam. Dan di antara yang ia ajarkan kepada orang-orang adalah: Ia berkata; "Kami tidak melihat dua mud gandum Syam kecuali menyamai satu sha' dari ini." Abu Sa'id berkata; 'Maka orang-orang mengambil pendapat tersebut'. Hadits Nasai No.2466 Secara Lengkap

Barli merupakan satu jenis bijirin yang kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, manganese, selenium, zink, protein, asid amino, serat dan beberapa jenis antioksida yang lain.

Kajian saintifik moden juga membuktikan kesan yang besar makanan ini terhadap kesihatan dan dianggap menjadi antara minuman yang sihat didunia.

SUSU

Dalam prakteknya, Rasulullah pernah minum susu onta, kambing dan juga sapi. Bahkan secara khusus, beliau menganjurkan umatnya untuk minum susu sapi.

Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam juga bersabda, “Tidak ada satupun makanan yang boleh menggantikan makanan dan minuman melebihi susu”. (HR. Ahmad 3/302 dengan sanad yang sahih. Kisah di atas asalnya ada di Muwatha’ dan Sahih Bukhari Muslim. Juga tercantum dalam Sahih Tirmidzi nomor 3455)

Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam juga bersabda, “Tidak ada satupun makanan yang boleh menggantikan makanan dan minuman melebihi susu”. (HR. Ahmad 3/302 dengan sanad yang sahih. Kisah di atas asalnya ada di Muwatha’ dan Sahih Bukhari Muslim. Juga tercantum dalam Sahih Tirmidzi nomor 3455)

Susu kambing  dipercaya memiliki berbagai manfaat luar biasa bagi kesehatan, Ia juga kaya kandungan mineral, kalsium, pottasium, magnesium, fosfor, klorin dan mangan. Hal itu didasarkan pada penelitian yang mengatakan bahawa susu kambing memiliki kandungan nutrisi dan mineral yang cukup lengkap.

KURMA

Rasulullah saw juga bersabda, "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, maka kelaparanlah bagi penghuninya atau laparlah penghuninya". (HR Muslim dan Tirmidzi).

Manfaat kesehatan dari kurma telah menjadikan buah ini sebagai bahan baku terbaik untuk perkembangan otot. Orang-orang mengambil kurma dalam berbagai cara; mencampur adonan kurma dengan susu, yogurt, atau dengan roti dan mentega untuk menjadikannya lebih nikmat. Adonan kurma bermanfaat bagi orang dewasa dan anak-anak, khususnya pada masa pemulihan dari cedera atau sakit.

Kurma merupakan sumber beragam vitamin dan mineral. Kurma merupakan sumber energi, gula, dan serat yang baik. Mineral penting seperti kalsium, zat besi, fosfor, sodium, potassium, magnesium, dan zinc ditemukan pada kurma. Kurma juga mengandung vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folate, vitamin A dan vitamin K.

LABU

Anas ibn Malik RA meriwayatkan : Seorang tukang jahit mengundang Rasulullah SAW untuk makan makanan yang dibuatnya, lalu aku pergi bersama Rasulullah SAW (sewaktu makan) aku melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di sela-sela potongan roti (Hadits Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Buah Labu kuning atau yang berwarna orange memiliki karotenoid yang sangat tinggi. Karotenoid dalam buah labu sebagian besar memiliki beta-carotene yang merupakan sumber antioksidan, yang mampu mencegah penuaan dini dan kanser.

Labu kuning juga memiliki kandungan Vitamin C yang berfungsi sebagai kekebalan tubuh, zat besinya berfungsi untuk pembentukan darah, kaliumnya berguna untuk menjaga keseimbangan air dan elektrolit di dalam tubuh serta labu kuning juga mengandung serat yang berfungsi untuk pencernaan tubuh.

Labu kuning juga diketahui mengandung cukup banyak potassium, iaitu mineral yang disebut-sebut mampu menurunkan risiko terkena hipertensi.

MADU

Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)

Manfaat madu sangat banyak sekali, selain untuk kesehatan madu juga bermanfaat untuk berbagai penyakit dan keluhan lain yang berkaitan dengan tubuh manusia. Cairan Madu adalah salah satu benda cair yang sangat ajaib dan sangat hebat serta bermanfaat bagi kesehatan tubuh.

Dua penyakit paling berbahaya dimuka bumi ini ternyata juga dapat dilakukan dengan mengambil madu. Zat yang terdapat pada madu mengandung flavonoid, antioksidan yang membantu mengurangi risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.

ANGGUR

Anggur - Anggur ialah satu daripada makanan kegemaran Rasulullah SAW kerana mampu membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.

Dalam Surah Ar-Rad ayat 4, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:  "Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya"

Manfaat anggur merah untuk kesihatan sangat banyak sekali, saperti boleh memberikan tenaga, degenerasi makula, mencegah katarak, melancarkan pencernaan, menghilangkan kelelahan, mengatasi gangguan ginjal dan lain-lain.

Buah ini mengandung vitamin B1 sebanyak 0,069 mg, vitamin B2 sekitar 0,07 mg, vitamin b3 sekitar 0,188 mg, asam pantotenat mencapai 0,05 mg, folat memenuhi 1% kebutuhan vitamin B9 harian, vitamin C berjumlah 10,8 mg, dan vitamin K yang mengasup 21% keperluan harian manusia.

CUKA

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengunakan cuka dengan minyak zaiton untuk makan. Ia mempunyai kesan yang besar pada fungsi badan kerana ia adalah berguna untuk prestasi limpa, membantu dalam mengawal perut, memuaskan dahaga, membantu dalam pencernaan makanan dan lain-lain Jabir bin Abdullah (R.A) katanya:

Cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan. Dan elok untuk mereka yang menghadapi daran tinggi/ kolestrol dsb nya.

"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tirmidzi, Baihaqi

"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan Oleh Muslim

"Allah telah Meletakkan berkat dalam Cuka, Ia digunakan oleh Para Nabi sebelum Aku", Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim Dan Ibnu Majah. Nabi Muhammad (Saw) suka kepada Cuka.

Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada Cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah sos yang baik. "

Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah".

Naf'a berkata, "Aku menyukai Cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir." (Muslim, Abu Dawud, Nasa'i)

KETIMUN

Timun merupakan jenis sayuran yang masuk ke dalam keluarga tanaman seperti labu  dan semangka (keluarga Cucurbitaceae). Kandungan air pada sayuran mentimun sama seperti yang ada pada manfaat semangka, iaitu sebahgian besar terdiri dari (95 persen) air, yang berarti mengambil ketimun pada hari musim panas, dapat membantu tubuh tetap terhidrasi.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam Makan Kurma Dengan Mentimun. Dalam hadits yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari dan Muslim, dari Abdullah bin Ja’far Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata.

“Aku melihat Rasulullah makan buah mentimun dengan ruthab (kurma basah)” (Hadits Bukhari dan Muslim)

Mentimun yang rendah lemak jenuh, kolesterol, dan sodium ini juga sumber yang baik dari vitamin A, asam pantotenat, magnesium, fosfor dan magnesium. Sementara itu juga tinggi kalium, folat, karbohidrat, seng, Vitamin C dan Vitamin K. Semua nutrisi ini sangat membantu untuk menjaga kesehatan tubuh, bahkan dapat mengobati penyakit dan meningkatkan proses dalam tubuh.

Manfaat mentimun lainnya yang sangat penting berhubungan dengan diabetes, kolesterol dan tekanan darah. Jus mentimun mengandung hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas untuk memproduksi insulin, yang bermanfaat bagi pasakit diabetes. Selain itu, para peneliti menemukan bahawa senyawa yang disebut sterol dalam mentimun dapat membantu mengurangi kadar kolesterol. Mentimun juga mengandung banyak kalium, magnesium dan serat, yang bekerja secara efektif dalam mengatur tekanan darah. Hal ini membuat mentimun baik untuk mengobati tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi.

BUAH TIN DAN ZAITUN

Buah ini bahkan menjadi sebuah judul surah dalam Al-Quran, iaitu Surah At-Tin. Padahal buah ini sendiri tidak tumbuh di daerah Hijaz Arab. Tanaman ini berasal dari Asia Barat. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Darda ra. “Rasulullah telah diberi hadiah satu wadah buah tin, kemudian Nabi Bersabda, ‘Makanlah!’ Lalu beliau pun memakannya dan berkata, ‘Jika engkau berkata, ‘ada buah yang diturunkan dari surga,’ maka aku boleh katakan, ‘inilah buahnya, kerana sesungguhnya buah syurga tanpa biji. ‘Oleh kerana itu, makanlah, kerana buah tin ini dapat menyembuhkan wasir dan penyakit tulang.”

Dari Abi Usaid Al-Anshari bahawa ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkahi. Berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkahi”. (HR. Ahmad, Ad Darimi dan Tirmidzi).

Buah tin kering kaya dengan serat, tembaga, mangan, magnesium, kalium, kalsium, dan vitamin K, relatif diperlukan terhadap tumbesaran tubuh manusia. Buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Mengandungi Kalsium, fosforus, zat besi yang membantu pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. Selain buahnya, daunnya juga memiliki manfaat. Beberapa manfaatnya iaitu untuk obat kencing batu, diabetes, dan asam urat.

DELIMA

Allah SWT menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat Al-Quran Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”

Dari segi zat pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien khasiat seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Delima mengadungi lemak dan zat protein yang sangat sedikit sahaja. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Delima akan membantu tubuh badan kita menstabilkan tahap kolestrol dengan meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk. Mengurangkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis dan juga kanser. Delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

Sumbangan dan Posted by: HAR