"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

25 December, 2009

PAULUS: Pencipta Agama Kristian

Oleh: Siti Sakinah bt Mohd Khirrudin


Pendahuluan

Tidak lengkap rasanya agama Kristian jika kita tidak mengenali Paulus dengan lebih dekat. Setiap perbincangan mengenai agama Kristian disentuh pasti Paulus juga akan dikaitkan. Siapakah Paulus sebenarnya?.

Para penyelidik berpendapat bahawa Paulus merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan agama Kristian. Sumber yang ada dalam agama Kristian sekarang ini dicipta oleh Paulus sendiri. Segala peraturan yang terdapat di dalamnya seperti prinsip- prinsip, dasar agama dan upacara- upacara adalah ditetapkan oleh Paulus juga. Bahkan dia yang bertanggungjawab dalam menggubal pegangan penganut- penganut agama tersebut. Dengan kata lain, agama Kristian yang ada sekarang ini adalah hasil ciptaan Paulus, bukan seperti yang diwahyukan Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s untuk disampaikan kepada umatnya. Di sini sama-sama kita mengkaji dan mengenali Paulus dengan lebih terperinci.


Latar Belakang Paulus

Asal usul Paulus.

Nama Paulus asalnya Saul, setelah dia memeluk agama Kristian namanya ditukar kepada Paulus. Paulus seorang yang berbangsa Yahudi. Lahir di Tarsus ibukota Cicillia, Asia Minor. Ayahnya seorang saudagar Yahudi romawi yang bernama Kissai dari suku Benyamin. Ibunya juga berketurunan Romawi.

Pendidikan Paulus.

Pada peringkat awal pendidikannya, Paulus dihantar untuk mempelajari dan mendalami agama Yahudi di Jerusalem serta dididik menjadi Rabbi. Setelah tamat pengajian, dia kembali ke Tarsus lalu bekerja sebagai pembantu ayahnya di samping mengajar hukum agama Yahudi kepada bangsanya.

Selain daripada pendidikan Taurat yang dianuti dengan fanatik serta mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadapnya, dia juga mahir dalam bidang pendidikan ala Romawi serta pendidikan dan pengajaran falsafsah Yunani. Dia sendiri penganut fahaman aliran Farisi (Farusyin) yaitu golongan yang sangat anti terhadap ajaran Nabi Isa a.s.


Paulus Dan Agama Kristian

Penentangan Paulus terhadap agama Kristian.

Sewaktu agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa a.s sedang meningkat pengaruhnya, Paulus telah dipanggil ke Juresalem untuk membantu membanteras agama tersebut. Tugas yang diserahkan kepadanya itu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Akibatnya banyak pengikut Nabi Isa menjadi mangsa kekejaman dan kerakusannya.

Walau bagaimanapun, agama Nabi Isa tetap berkembang sehingga tidak dapat dibendung malahan ia semakin tersebar dengan luasnya. Oleh yang demikian, jelas bagi kita Paulus adalah seorang penentang yang paling kejam dan keras terhadap ajaran dan pengikut- pengikut Nabi Isa. Berbagai- bagai usaha dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan agama yang dibawa Nabi Isa a.s.

Paulus memeluk agama Kristian.

Menurut keterangan yang lalu, Paulus sangat tegas dalam usahanya untuk menghancurkan agama Kristian. Namun begitu, Paulus yang berkobar- kobar hendak meruntuhkan agama Kristian itu tiba- tiba mendakwa memeluk agama tersebut di samping menyatakan dia sebagai utusan rasul. Apakah muslihatnya?.

Ada yang menceritakan ketika Nabi Isa tidak ada lagi di Palestin, Paulus telah diberi tugas menangkap serta membasmi pengikut Nabi Isa yang lari ke Damsyik. Semasa dalam perjalanan ke sana, di pertengahan jalan tiba- tiba Paulus menyatakan yang dia telah bertaubat. Dia menerangkan bahawa satu peristiwa aneh telah berlaku pada dirinya. Dia ternampak akan cahaya dari langit yang terang di sekelilingnya. Ketika itu dia jadi gementar lalu terdengar satu suara berkata kepadanya:” Wahai Saul kenapa engkau menganiayai aku, engkau lawan murid- muridku sebenarnya akulah yang kau aniayai!” Lalu Paulus menyahut:” siapakah engkau ini ya tuhan?” Maka terdengar oleh Paulus suara sabdaan tuhan itu: “ Akulah Yesus yang engkau aniayai itu. Sukarlah bagimu sekarang ini menghindari dosa”. Selepas peristiwa itu dia segera kembali dari Damsyik dengan sedar dan bertaubat.

Pada mulanya orang-orang Kristian tidak dapat menerima dan mempercayainya. Tetapi oleh kerana kepandaian dan kebijaksanaan dia bergaul serta berbicara dengan mereka, lama- kelamaan mereka dapat juga menerimanya.

Dalam Al-Kitab berlaku percanggahan tentang peristiwa aneh yang terjadi atas diri Paulus. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam “kisah rasul- rasul” didapati bercanggah di antara satu sama lain. Buktinya, dalam “kisah rasul- rasul” fasal 9 menerangkan bahawa orang yang bersama- sama Paulus turut mendengar suara dari langit itu, manakala dalam fasal 22 ada menyebut bahawa mereka tidak mendengar suara tersebut cuma melihat cahayanya sahaja.

Selain itu, satu perkara lagi yang tidak munasabah langsung tentang panggilan “tuhan” terhadap diri Isa. Bagaimana Paulus boleh memanggil diri Isa “tuhan” secara spontan setelah suara itu memperkenalkan dirinya sebagai Isa, padahal sebelum itu Paulus amat memusuhi Isa a.s. Bahkan perjalanan yang sedang dilakukannya itu pun tidak lain hanya untuk menangkap pengikut- pengikut Isa di Damsyik.

Banyak para pengkaji berpendapat permusuhan Paulus terhadap agama Kristian itulah yang mendesaknya memeluk agama tersebut. Dengan demikian sangat mudah baginya untuk memerangi agama Kristian dengan senjatanya yang baru yaitu meruntuhkan agama tersebut dari dalam dengan merosakan, merubah dasar- dasar dan akidah agama itu.

Penyebaran agama Kristian.

Ekoran daripada peristiwa yang di atas, Paulus dengan terbuka mengaku bahawa dirinya menjadi rasul Isa. Ini menyebabkan Paulus menganggap taraf kerasulan yang dikurniakan kepadanya sama dengan taraf rasul- rasul utama yang lain.

Paulus sebenarnya tidak pernah berguru dengan Nabi Isa dan tidak pernah mendengar pengajaran dari baginda sendiri. Walhal Paulus tidak pernah sekalipun berjumpa atau melihat baginda. Tetapi dia mendakwa dirinya rasul, segala pengajarannya dikatakan daripada wahyu tuhan Isa.

Paulus menyebarkan agama Kristian bukan sahaja di Palestin tetapi di beberapa buah negeri yang jauh seperti Antiogia dan lain- lain, bahkan sampai ke Roma. Setelah banyak orang mula mempercayainya, Paulus mengambil kesempatan ini dengan memasukan perubahan- perubahan ke dalam agama Kristian. Di antaranya: dia mengatakan bahawa Isa Al- Masih itu bukan manusia biasa tetapi beliau anak tuhan yang telah dilahirkan oleh seorang wanita yang suci. Kelahiran beliau juga untuk menebus dosa Nabi Adam dan Hawa serta semua keturunannya. Pelbagai lagi perubahan yang dilakukan Paulus dalam agama Kristian.

Seperti yang diketahui, Paulus mempunyai pengetahuan yang luas dalam kebudayaan dan falsafah Yunani. Dengan demikian dalam diri Paulus terkumpul 2 pengaruh yaitu Yahudi dan Yunani. Selain itu, Paulus mempunyai kepintaran dalam membentuk suatu agama agar dapat diterima oleh semua bangsa, sedangkan agama Kristian yang dibawa oleh Nabi Isa hanya untuk bangsa Yahudi sahaja. Manakala Paulus memindahkannya kepada seluruh bangsa. Bagi menarik orang Yahudi dan bukan Yahudi pada ajaran baru itu, Paulus telah mengadunkan beberapa ajaran Yahudi dan falsafah Yunani ke dalamnya. Setelah itu berduyun- duyun orang barat yang bukan bangsa Yahudi memeluk agama Kristian namun orang timur pula menjauhkan diri daripadanya. Hal ini diakui sendiri oleh Paulus dalam risalah epada muridnya Timotius. (Timotius 1:15)

Oleh sebab itu agama Kristian yang dibentuk Paulus bertukar daripada agama timur kepada agama barat sehingga pusat agama itu sendiri terletak di sebelah barat,iaitu Rom, padahal ia muncul di timur,iaitu Jerusalem.

Dalam erti kata yang lain, Paulus pandai menggunakan serampang mata semata- mata untuk menarik semua bangsa manusia kepada ajarannya. Pelbagai pendekatan digunakan olehnya. Ditegaskan bahawa Paulus memasukkan beberapa ajaran Yahudi untuk menarik bangsa Yahudi ke dalam agamanya, mengambil falsafah Yunani untuk menarik orang Yunani dan mengumumkan bahawa Isa adalah penyelamat, pembebas dan lain-lain untuk menarik penganut ajaran Mithras dan Cybele. Tidak cukup dengan itu, Paulus juga berusaha menarik perhatian golongan terpelajar dengan meminjam idea- idea dan pemikiran ahli falsafah Yunani, terutama daripada Philo. Resapan falsafah Philo dalam pemikiran Paulus dapat dilihat melalui istilah-istilah keagamaan yang sering digunakan sehingga sekarag kini seperti anak sulung tuhan, pengantara tuhan dan manusia, bayang- bayang tuhan dan sebagainya.

Dengan demikian jelas bagi kita Paulus merupakan sumber penting agama Kristian yang ada sekarang, walaupun agama ini disebut sebagai ajaran Isa tetapi hakikatnya ia sudah diubah oleh Paulus. Dia yang bertanggungjawab mencorak dan mengubah agama ini.


Peranan Paulus Dalam Agama Kristian

Paulus nabi palsu

Telah diterangkan dalam keterangan yang lalu, Paulus tidak pernah langsung bertemu dengan Nabi Isa a.s apalagi berguru dengan beliau. Paulus cuma sempat berjumpa dengan para pengikut dan anak murid baginda sahaja. Walau bagaimanapun mereka tidak percaya kepada Paulus yang mendakwa dirinya sebagai utusan rasul.

Semasa Nabi Isa hidup di dunia sebagai Nabi Allah, baginda berpesan kepada umatnya suatu pesanan penting bahawa akan datang beberapa Mesias (utusan) palsu dan nabi- nabi palsu selepas ketiadaan beliau, perkataan dan pesanan Nabi Isa itu terdapat di dalam Al- Kitab. (Markus 13:5- 2, markus 13 :21)

Menurut pesanan dan kata- kata Nabi Isa itu jelaslah bahawa mereka- mereka itu telah pun muncul dan salah seorangnya adalah Paulus. Dia yang mengaku kononnya bertemu cahaya di langit dan menerima wahyu dari Isa. Walhal dia sebenarnya mahu mengambil kesempatan terhadap agama Kristian dan merubahnya.

Tepatlah apa yang dikatakan Nabi Isa katanya: “Waspadalah supaya jangan ada orang yang menyesatkan kamu! Sebab banyak orang datang dengan memakai namaku dan berkata akulah mesias serta mereka menyesatkan banyak orang”. (Matius 24:4-5)

Ramalan Nabi Isa ini tepat dan terbukti sekarang, bahawa ada yang mengaku rasul diutuskan oleh Isa dengan mendapat bimbingan roh kudus serta mengajar dogma yang bertentangan dengan ajaran Isa.

Konsep ajaran Paulus.

Sebagaimana yang kita ketahui ajaran Nabi Isa adalah lanjutan daripada syariat Nabi Musa. Di peringkat awal kemunculan Nabi Isa pengikut- pengikutnya hanya berpegang pada syariat agama yang dibawa oleh nabi- nabi sebelumnya kerana kedatangan Isa bukan membawa syariat baru bagi menggantikan syariat lama, malahan ia hanya menyeru umat Bani Israil pada toleransi, penyucian dan zuhud.

Tetapi agama itu telah diubah oleh Paulus menjadi satu agama baru. Paulus memainkan peranan yang besar dalam membentuk prinsip- prinsip, dasar- dasar dan dogma yang terdapat dalam agama Kristian sekarang ini. Hukum- hukum baru yang diwujudkan antaranya termasuklah menghadkan perbuatan haram kepada 4 jenis sahaja yaitu zina, memakan haiwan yang dicekik, memakan darah dan memakan haiwan yang disembelih atas nama berhala. Selain itu, banyak lagi hukum yang haram dihalalkan Paulus. Hukum wajib berkhatan yang dipusakai daripada syariat Nabi Ibrahim juga dihapuskan atas alasan amalan tersebut boleh menyebabkan orang bukan Yahudi enggan memeluk agama Kristian. Wajarkah agama diubah berdasarkan alasan ini, dimanakah kekuatan agama tersebut sehingga terpaksa diubah untuk menarik minat manusia. Inilah agama yang dicipta manusia tidak sempurna seperti yang Allah wahyukan sempurna segalanya.

Saripati ajaran yang dibentuk oleh Paulus adalah seperti berikut:

1) Agama Kristian adalah untuk semua bangsa bukan untuk Bani Israil sahaja, padahal Nabi Isa diutuskan Allah hanya untuk Bani Israil.

2) Konsep ketuhanan.

Menurut Paulus tuhan mempunyai tiga peribadi: tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Perbincangan tentang ketuhanan dalam agama Kristian sampai sekarang belum selesai, semakin dibincangkan semakin keliru dan tidak mendapat kata putus.

3) Inkarnasi.

Menurut Paulus Isa telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud. Dengan demikian, Paulus telah menegaskan bahawa Isa adalah anak Yusuf dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis dalam Matius. (Matius 1: 1- 16)

4) Dosa warisan.

Pada pandangan Paulus manusia sepatutnya hidup kekal di syurga tetapi kerana dosa Adam dan Hawalah semua Manusia berada di bumi. Dengan itu semua manusia yang lahir ke dunia menanggung bebanan dosa yang dilakukan oleh mereka berdua. Lalu Isa dianggap sebagai penebus bagi dosa tersebut.

5) Penyaliban dan penebusan.

Menurut Paulus lagi, Nabi Isa menyerahkan dirinya untuk dikorbankan sehingga disalib bagi menebus dosa manusia yang diwarisi oleh Nabi Adam. Setiap harus beriman dengan penyaliban dan penebusan dosa agar memperolehi kehidupan yang kekal dan kembali pada hari kiamat.

6) Konsep kebangkitan.

Isa bangkit semula dari alam kubur selepas tiga hari dikebumikan. Beliau terus naik ke langit serta duduk di kanan bapanya untuk memerintah manusia. Semua orang mesti mempercayai bahawa Nabi Isa bangkit dan hidup kekal supaya mereka juga akan beroleh kehidupan yang kekal.

7) Tuhan Yesus.

Paulus menegaskan dengan yakin bahawa Nabi Isa adalah tuhan. Dengan adanya dasar ini, maka lahirlah prinsip triniti yang menetapkan tuhan itu terdiri daripada tiga peribadi, Allah bapa, Allah anak dan roh kudus.

Kesemua ajaran-ajaran di atas ini adalah yang ditunjukkan oleh Paulus, dia yang bertanggungjawab terhadap semua itu. Segala ajaran- ajaran tersebut adalah bohong belaka. Sebagaimana yang telah dikatakan Paulus dalam surat kepada jemaah di Roma

seperti berikut: “ Tetapi jika kebenaran Allah oleh dustaku semakin melimpah bagi kemuliaanNya, mengapa aku masih dihakimi lagi orang berdosa?” (Roma 3:7)

Jelaslah sekarang Paulus sebenarnya seorang pendusta. Dia sendiri yang membuat pengakuan sedemikian.


Perbezaan Ajaran Nabi Isa Dan Paulus

Sebelum kita akhiri perbincangan ini, kita perhatikan beberapa perbezaan yang jelas antara ajaran Paulus dan ajaran Nabi Isa. Sebagai contoh:

1) Isa menyangkal dirinya tuhan yang Maha Esa, (Matius 7: 21-22). Sedangkan Paulus menganggap bahawa Isa adalah tuhan, (Korintus 1: 1-9)

2) Isa menganjurkan taubat nasuha untuk mendapat keampunan tuhan atas dosa yang dilakukan oleh manusia, sedangkan Paulus menggantungkan keampunan dosa manusia kepada penyaliban Isa.

3) Isa tetap mengakui keunggulan hukum Taurat dan penguat kuasaannya di kalangan pengikut- pengikutnya. (Matius 5: 17- 18). Sedangkan Paulus mengajar bahawa hukum Taurat tidak dipakai lagi selepas penyaliban Isa untuk menebus dosa manusia. (Rom 7 : 4-6). Bahkan digantikan dengan iman terhadap penyaliban itu sendiri.(Rom 3: 21- 28)

4) Isa tidak pernah membicarakan dosa warisan, sedangkan Paulus mengajar mengenai dosa warisan. (Rom 5 : 12)

5) Isa mengajar Injil dikalangan orang Yahudi sahaja. (Matius 10: 5-6). Manakala Paulus memperluaskannya kepada orang- orang bukan Yahudi. (Kisah rasul- rasul 14 : 46)

6) Isa mewajibkan amalan berkhatan sebagai meneruskan hukum Nabi Ibrahim. Sedangkan Paulus tidak mewajibkannya.. (Rom 3 :30)


Penutup

Pada bahagian penutup ini ingin disimpulkan bahawa Paulus memeluk agama Kristian adalah untuk memerangi agama tersebut, dia ingin menghancurkan agama Kristian dari dalam dengan merosakan prinsip- prinsip dan dasar- dasar agama itu. Dia memasuki agama ini pada lahirnya untuk menjadi penganutnya yang secara lahir sebagai senjata penikam.

Perbuatan seperti ini banyak terjadi dalam sejarah agama- agama. Dalam Islam pun berlaku perbuatan yang serupa itu, yaitu Abdullah bin Saba’. Seorang Yahudi yang menampakkan dirinya sebagai seorang Islam padahal kafir dalam hatinya. Dia melakukan pemberontakan dan merosakan fikiran umat Islam di waktu itu. Tetapi hasutan Abdullah bin Saba’ tidak dapat tersebar dengan baik seperti Paulus kerana Allah telah menyebut di dalam kitab suciNya Al- Quran bahawa agama Islam akan dipelihara dan dijaga olehNya.

Dengan itu lain halnya dengan Injil Isa a.s yang telah hilang di dalam pergolakan kerana tidak ada yang melindungi agama Kristian dari pukulan- pukulan yang kejam yang ditujukan kepadanya oleh musuh- musuh dari luar dan dalam. Dari itu runtuhlah agama Isa a.s dan berdirilah sekarang ini agama Paulus.

14 December, 2009

Benarkah Umat Kristian Mematuhi Agama Mereka??

Sesuatu agama adalah tertegak berdasarkan apa yang terkandung di dalam kitab suci mereka, kerana kitab suci ini berasal dari Tuhan. Tetapi apakah yang akan terjadi sekiranya kitab suci itu sekarang sudah dinodai, apakah masih layak ia disebut sebagai sebuah kitab suci?

Itulah Alkitab yang berada di tangan orang Kristian sekarang, mereka begitu bangga namun
tidak pernah teliti membacanya. Bagaimankah boleh seorang Kristian yang dilarang makan babi, tetapi mereka memakannya? Seorang Kristian yang seharusnya bersunat, tetapi mereka menolaknya? Seorang Kristian yang seharusnya kalau mati dikafani, mereka malah menggunakan peti? Ini merupakan suatu pelanggaran berat kerana mereka melanggar syariat agamanya sendiri.Semua percanggahan ajaran di dalam Alkitab ada dalam tulisan ini, oleh sebab ia adalah sangat penting dibaca bagi mereka yang terpedaya oleh dakyah pendakwah-pendakwah Kristian dan lemah iman mereka.

A. PELANGGARAN ORANG KRISTIAN TERHADAP ALKITAB MEREKA

1. Injil Melarang Memakan Daging Khinzir (babi)

Inilah sebuah fakta mengenai kebohongan orang Kristen yang mengatakan bahwa mereka sangat taat pada ajaran Yesus yang terkandung dalam kitab suci mereka. Kebohongan ini terungkap ketika Alkitab sebagai kitab suci mereka dengan tegas melarang makan babi, dalilnya ada pada Kitab Ulangan 14 : 8 yang berbunyi:

“Juga babi hutan, karena memang berkuku belah, tetapi tidak memamah biah, haram itu bagimu.

Dan juga pada kitab Imamat 11 : 7 yang berbunyi:

“Demikian juga babi hutan, karena memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak, haram itu bagimu.”

Dalam Alkitab terbitan tahun 1968, bunyi kitab Imamat 11:7 adalah seperti berikut:

“Demikian juga babi, meskipun berkuku belah, iaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak ,haram bagimu.”

Sedangkan dalam terbitan 1979, ayat haramnya babi tersebut diubah, diganti, ditambah, menjadi “babi hutan”:

“Demikian juga babi hutan, karena memang berkuku belah, iaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak, haram itu bagimu.” (Imamat 11:7).

Theologi Kristen Menghalalkan Babi

Sebahagian orang Kristian membantah ayat yang mengharamkan babi di atas dengan mengatakan: “Yang dilarang pada ayat di atas adalah babi hutan, kalau babi di bandar dibolehkan”. Itulah jawapan orang-orang yang kebingungan, semua jawapan yang diberikan tidak lagi berdasarkan logik akal. Padahal mengikut akal yang sihat, apa bezanya antara babi hutan dengan babi di bandar? Walaupun di hutan atau di bandar, ia tetap bernama babi. Yang di hutan memiliki hidung yang sama bentuknya dengan yang di kota, hanya bezanya yang di hutan tidak dibela sedang yang di kota lebih terbela. Setujukah saudara?

Selidik punya selidik, ternyata golongan Kristian juga memiliki dalil yang menguatkan pendapat mereka bahwa babi itu halal hukumnya. Hal ini didasarkan pada ucapan Paulus yang terdapat di dalam Kitab Roma 14 : 2, 3, 17 dan 20. Dalam satu kitab suci terdapat dua hukum yang berbeda, yang lebih parah lagi pada ayat 20 dikatakan: “…segala sesuatu adalah suci (halal).”

2. Alkitab Melarang Minum Khamar (Arak)

Dalam salah satu kegiatan peribadatan orang Kristen ada yang namanya perjamuan suci/perjamuan kudus. Kegiatan ini dilakukan dengan meminum secawan anggur (berwarna merah) yang katanya melambangkan darah Yesus, kemudian memakan sepotong kecil roti yang melambangkan daging Tuhan Yesus. Lalu bagaimanakah pandangan Injil mereka tentang minum arak sendiri? Hal ini boleh dilihat pada kitab Imamat 10:9. Dan juga ada dalil lain yang menguatkan bahwa minum-minuman keras itu haram dan sangat dilarang bagi orang yang mengimani Injil.

(4) Oleh sebab itu, peliharalah dirimu, jangan minum anggur atau minuman yang memabukkan dan jangan makan sesuatu yang haram. (14) Janganlah ia makan sesuatu yang berasal dari pohon anggur; anggur atau minuman yang memabukkan tidak boleh diminumnya dan sesuatu yang haram tidak boleh dimakannya.” (Hakim-hakim 13 :4 dan 14)

Ironis, orang Kristian menodai ibadahnya dengan minum anggur yang terbukti sudah diharamkan oleh Tuhan mereka sendiri. Sebenarnya orang Kristian yang pernah mengikuti kegiatan perjamuan kudus (dengan meminum darah Tuhan dan memakan dagingnya) lebih kejam dan lebih jahat dari Sumanto (orang makan manusia yang sudah mati ). Kalau Sumanto itu hanya makan daging manusia, tetapi orang Kristian dengan teganya makan daging Tuhan sendiri. Bahkan lebih haus dari drakula, sebab drakula hanya minum darah manusia, sedang mereka meminum darah Tuhan itu sendiri.

Theologi Kristen Menghalalkan Minum Anggur

Mereka tentunya mempunyai alasan kenapa mereka melanggar larangan minum anggur ini, dan ternyata memang mereka punya dalil untuk menguatkan pendapat mereka tersebut. Salah satu dalil yang digunakan mereka untuk menghalalkan minum anggur adalah sebuah cerita dalam Injil tentang mukjizat tuhan Yesus yang pertama mengubah air menjadi anggur yang sangat nikmat rasanya. Kalau Tuhan mereka saja melakukan mukjizat dengan merubah air menjadi anggur, kenapa kita umatnya tidak boleh meminum anggur.

Kenapa Tuhan malah melanggar hukum yang dibuatnya sendiri? Kenapa Tuhan mereka melakukan satu mukjizat yang bertentangan dengan hukum sebelumnya yang sudah ditetapkan jauh hari sebelum Yesus lahir.

3. Bersunat wajib bagi laki-laki Kristian

Perintah sunat bukan perintah baru, melainkan sudah ditetapkan Allah lama dan jauh sebelum Yesus lahir ke dunia. Lihat dalil pada kitab Kejadian 17:10-11 yang berbunyi :

(10) Inilah perjanjian-Ku, yang wajib kamu pegang perjanjian antara aku dan kamu serta keturunanmu, iaitu setiap laki-laki di antara kamu wajib disunat. (11) hendaklah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara kamu dan Aku.

Orang Kristian juga tidak dapat mengambil teladan baik dari Nabinya yang sangat terkenal iaitu Nabi Ibrahim (Abraham), padahal anak Nabi Ibrahim disunat semua.
Sila lihat kepada ayat ini:

“Kemudian Abraham menyunat Ishak, anaknya itu, kemudian ketika berumur delapan hari, seperti yang diperintahkan Allah kepadanya.” (Kejadian 21 :4)

Bahkan Tuhan Yesus orang Kristen sendiri disunat. Aneh bukan bila sampai ada orang Kristen yang mengaku pengikut Yesus malah menolak disunat. Cuba kita lihat pada kitab Lukas 2:21.

“Dan ketika genap delapan hari dan ia (Yesus) hendaklah disunat, ia diberi nama Yesus.”

Orang Kristen Menolak Hukum Sunat

Lagi-lagi alasan utama mereka menolak hukum sunat didasarkan pada perintah Paulus, pada beberapa ayat yang berikut ini:

“Sesungguhnya aku, Paulus, berkata kepadamu: jikalau kamu menyunatkan dirimu, Kristus sama sekali tidak berguna bagimu….sebab bagi orang yang berada di dalam Kristus Yesus hal bersunat atau tidak bersunat tidak mempunyai erti, hanya iman yang berkerja oleh kasih.” (Galatia 5:2)

Ada juga perkataan Paulus di Galatia 6:15 dan 1 Korintus 7:19.

Semua ayat-ayat di atas adalah ucapannya Paulus, dan ternyata orang Kristen itu lebih mentaati perintah Paulus berbanding perintah Tuhan mereka sendiri. Sebenarnya Tuhannya Paulus atau Yesus?

4. Alkitab mengajarkan berdoa harus menengadahkan tangan

Inilah salah satu bukti persamaan ajaran Alkitab dengan Al-Qur’an, yaitu kalau berdoa harus menengadahkan tangan. Mari kita dengar firman Tuhan berikut ini :

“Oleh karena itu Aku ingin, supaya dimana orang laki-laki berdoa dengan menengadahkan tangan yang suci, tanpa marah dan tanpa perselisihan.” (1 Timotius 2 : 8)

Berdoa dengan cara ini merupakan cara yang sopan dan bukti kalau kita ini memang betul-betul memerlukan pertolongan Tuhan dengan cara meminta kepada-Nya.

Orang Kristen Berdoa Malah Menggenggam Tangan

Kalau ditanya kenapa mereka berdoa dengan cara demikian? Tentu mereka menjawab ini adalah ajaran yang telah kami terima dari orang-orang tua serta pemuka agama kami dari dulu hingga sekarang.

Maka kalau mereka memang benar, suruh mereka menunjukkan mana dalil dalam Alkitab yang mengajarkan bahwa kalau orang Kristen berdoa hanya menggenggam tangan mereka? Ajaran ini berasal dari manusia, dan hanya hasil rekayasa dan tipu daya para pendeta agar cara beribadah orang Kristen tidak sama dengan orang Islam.

5. Alkitab mengajarkan kalau oranag Kristen mati mesti dikafani

Syariat yang ada dalam Alkitab menyebutkan bahwa kalau orang Kristian itu mati, sepatutnya mereka dikafani (ini adalah kewajiban).

“Dan sesudah ia menurunkan mayat itu, ia mengafaninya dengan kain lenan, lalu membaringkannya di dalam kubur yang digali di dalam bukit batu, dimana belum pernah dibaringkan mayat.” (Lukas 23:53)

“Orang yang telah mati itu datang keluar, kaki dan tangannya masih terikat dengan kain kafan dan mukanya tertutup dengan kain peluh. Kata Yesus kepada mereka: bukalah kain-kain itu dan biarkan ia pergi.” (Yohanes 11:44)

Orang Kristian Kalau Mati Tidak Dikafani

Penyimpangan terberat mereka terlihat dari awal mereka mengurus jenazah, sampai proses penguburan. Misalkan, harga peti mati tiga kali lebih mahal dari kain kafan, menghiasi jenazah dengan pakaian mahal, menyertakan semua barang kesukaan mayat ke dalam peti, mayat pula diawetkan. Itu semua tidak pernah ada dalam syariat agama kristian.

6. Orang Kristen Meyakini Ajaran Dosa Warisan

Maksud dari dosa warisan adalah dosa yang dilakukan oleh satu orang (iaitu Adam) karena telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah terlarang, sehingga dosa itu menjalar kepada manusia yang lain. Dalam dosa itu terdapat maut, jadi sangat berbahaya bagi orang Kristen yang mati sebelum dibaptis, karena ia mati dalam keadaan mewarisi dosa Adam.

Lalu dari manakah ajaran ini berasal, dari Yesuskah selaku Tuhan mereka? Jawabannya ternyata tidak, ajaran dosa warisan ini adalah ajaran buatan Paulus. Berikut ini adalah dalil-dalil yang biasanya digunakan orang Kristen untuk menjelaskan masalah dosa warisan ini, antara lain:

“Sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang, dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut itu telah menjalar kepada semua orang, karena semua orang itu telah berbuat dosa.”(Roma5:12)

“Kerana semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah. Dan oleh kasih kurnia telah dibenarkan dengan percuma karena penebusan dalam kristus Yesus.” (Roma 23-24).

Dan ada pula di kitab Korintius 15:21-22.

Ayat yang terdapat dalam kitab Korintius dan Roma hanyalah surat-surat hasil buatan Paulus yang dikirimkan kepada jemaah di Korentus dan Roma. Coba bagi saudara yang punya Injil sekarang dibuka kedua kitab tersebut, diawal surat saudara akan melihat judul besar yang berbunyi: “Surat Paulus Yang Pertama Kepada Jemaah di Koretus”, dan “Surat Paulus Kepada Jemaah di Roma”.

Yesus Membantah Ajaran Dosa Warisan

Sekarang mari kita semak bagaimana pendapat Tuhan orang Kristen tentang dosa warisan ini.

“Janganlah ayah dihukum mati karena anaknya, janganlah juga anak dihukum mati karena ayahnya; setiap orang hendaklah dihukum mati karena dosanya sendiri.” (Ulangan 24:16)

“Aku, TUHAN, yang menyelidiki hati, yang menguji batin, untuk memberikan balasan kepada setiap orang setimpal dengan tingkah lakunya, setimpal dengan hasil perbuatannya.” (Yeremia 17:10)

Inilah ajaran yang benar dan masuk akal kerana berasal dari Tuhan. Sedang ajaran warisan yang dibuat Paulus sangat tidak masuk akal dan tidak adil, karena gara-gara dosanya Adam, apakah seluruh manusia menanggung dosa itu juga?

7. Kalimat Syahadat dalam Alkitab

“Inilah hidup yang kekal itu, iaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.” (Yohanes 17:3).

Jelaslah bahwa Yesus adalah utusan, bukan Tuhan. Bahkan pernyataan itu keluar langsung dari mulut Yesus, di Kitab Yohanes 7:16, yang berbunyi :

“Jawab Yesus kepada mereka : ‘Ajaranku tidak berasal dari diriku sendiri, tetapi dari Dia yang telah mengutus aku’”.

Kristian Mengatakan Bahwa Yesus adalah Allah

Dari manakah orang Kristen mendapatkan ajaran bahwa Yesus itu Tuhan? Jawabnya sederhana, dari mana lagi kalau bukan dari Paulus. Dengan menggunakan perkataan Paulus, mereka mulai menebar berita bohong ini dari waktu ke waktu. Berikut beberapa dalil yang biasa mereka gunakan.

“Sahut Philipus: “Jika Tuan percaya dengan segenap hati, boleh.” Jawabnya: “Aku percaya, bahwa Yesus Kristus adalah anak Allah.” (Kisah Para Rasul 8:37).
“Maka jawab Simon Petrus: “Engkau adalah Mesias, anak Allah yang hidup!” (Matius 16:16)

Ayat di atas adalah yang menguatkan pendapat bahwa Yesus adalah anak Allah. Tapi di ayat-ayat lain, mengatakan bahwa Yesus adalah Tuhan itu sendiri. Berikut ini adalah ayat Injil yang mengatakan bahwa Yesus adalah Allah (Tuhan):

“Terpujilah Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus, Bapa yang penuh belas kasihan dan Allah sumber segala penghiburan.” (2 Korentus 1:3)

“Tetapi kuduskanlah Kristus di dalam hatimu sebagai tuhan!” (1 Petrus 3:15)

Masih banyak lagi ayat-ayat lainnya, yang menunjukkan inkonsistensi Injil dalam menyebut diri Yesus, ada ayat yang mengatakan bahwa Yesus itu anak Allah, tetapi di ayat lain dikatakan Yesus itu adalah Tuhan Allah sendiri. Apakah patut, ada agama tetapi Tuhannya tidak jelas, ayat-ayat dalam kitab sucinya bertentangan satu dengan yang lainnya.

8. Injil Melarang Perkawinan Beza Agama

“Berkatalah mereka kepada kedua orang tua itu: ‘Kami tidak dapat berbuat demikian, memberikan adik kami kepada seorang laki-laki yang tidak bersunat (ingat kita pegang hukum setiap laki-laki Kristen harus disunat), sebab hal itu aib bagi kami. Hanyalah dengan syarat ini kami dapat menyetujui permintaanmu: kamu hendaklah sama seperti kami, iaitu setiap laki-laki diantara kamu harus disunat.’” (Kejadian 34:14-15)

Itulah hukum nikah beza agama yang jelas dilarang dalam Alkitab, begitulah hukum yang berlaku sejak dulu dan sepatutnya sekarang.

Theologi Kristian Membolehkan Perkahwinan Beza Agama

Kenapa orang Kristian tetap bersikukuh bahwa nikah beza agama itu dibolehkan? Kalau diteliti, ternyata pernikahan beza agama ini telah dijadikan senjata ampuh untuk melancarkan gerakan dakyah Kristianisasi di tubuh umat Islam. Misi ini dikenal dengan sebutan Misi Kawin Campur, target yang di sasar biasanya bukan pasangan hidupnya, melainkan anak-anaknya.

Lagi-lagi mereka mendapatkan celah untuk mengutarakan dalil mengenai bolehnya nikah beza agama dalam Kristen, namun ingat juga lagi-lagi ini merupakan bukti inkonsistensi Injil dalam menetapkan satu hukum. Dalil yang mereka gunakan dapat dilihat pada kitab 1 Korentus 7:12-14 yang berbunyi:

“Kenapa orang-orang lain aku (Paulus) bukan Tuhan, katakan: “kalau ada seorang saudara beristerikan seorang yang tidak beriman dan perempuan itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah saudara itu menceraikan dia.-dan kalau ada seorang isteri bersuamikan seorang yang tidak beriman dan laki-laki itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah ia ceraikan laki-laki itu. Kerana suami yang tak beriman itu dikuduskan oleh isterinya dan isteri yang tidak beriman dikuduskan oleh suaminya”

Itulah dalilnya Paulus yang membuat hukum sendiri, yang jelas-jelas sangat bertentangan dengan Hukum Tuhan yang sudah ada sebelumnya.

9. Orang Kristen Mengatakan Batalnya Hukum Taurat

Sebahagian besar orang Kristen menolak ketika ditunjukan dalil yang terdapat pada kitab perjanjian lama, mereka menolak dengan alasan yang sangat lucu. Alasan yang mereka utarakan karena orang Kristen sekarang hanya menggunakan hukum yang ada di dalam perjanjian baru dan hukum taurat (perjanjian lama) itu sudah dibatalkan.

Kebanyakan dari mereka memiliki dalil yang mengatakan kenapa perjanjian lama (hukum taurat) itu dikatakan batal, tetapi lagi-lagi dalil yang mereka pakai lebih banyak dipengaruhi oleh ajaran Paulus, mari kita simak pernyataan Paulus tentang hukum Taurat yang ada di kitab perjanjian lama berikut ini :

“Tetapi sekarang kita telah dibebaskan dari hukum Taurat, sebab kita telah mati bagi Dia, yang mengurung kita, sehingga kita sekarang melayani dalam keadaan baru menurut roh dan bukan dalam keadaan lama menurut huruf hukum Tuhan.” (Roma 7: 6) 2

Dapatkah saudara bayangkan bahwa dalam satu kitab suci setengahnya dipakai dan setengahnya lagi tidak terpakai, bukankah seharusnya kita curiga sebenarnya ada apa dengan Kristen ini. Maka sebagai muslim kita hendaklah cross check agar kita tidak menebar fitnah terhadap umat Kristen. Maka salah satu bentuk cross check itu adalah dengan mencari tahu bagaimanakah sikap Yesus selaku Tuhan orang Kristen dalam menyikapi permasalahan ini.

Yesus Membantah Batalnya Hukum Taurat

Sudah menjadi kewajipan bagi orang Kristen untuk mentaati perkataan Yesus selaku Tuhan mereka dari perkataan Paulus yang jelas adalah pembohong besar. Berikut ini perkataan Yesus tentang hukum Taurat:

“Janganlah kamu menyangka, bahwa aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya melainkan untuk menggenapinya. Karena aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama ini belum lenyap langit dan bumi ini, satu titikpun tidak akan meniadakan hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.” (Matius 5:17)

“Jika ada orang yang menolak hukum Musa, ia dihukum mati tanpa belas kasihan atas keterangan dua atau tiga orang saksi.” (Ibrani 10:28)

Yesus mengancam mereka dengan hukuman mati tanpa belas kasihan menurut syariat Kristen, masih beranikah mereka membatalkan hukum Taurat?


whbsribahgia2009.