"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

15 May, 2018


Politik hasad dengki bukan politik Islam

PROF. DATUK DR. SIDEK BABA
Dekan Institut Antarabangsa Dunia Melayu dan Tamadun Islam

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


SENARIO politik yang terjadi hari ini dalam kalangan warga umat amat membimbangkan. Perpecahan yang terjadi, tidak ada kesediaan untuk bermuzakarah, melihat kalah menang dalam perebutan kerusi sebagai matlamat utama, bidasan pedas dan suburnya fitnah menjadi pendekatan popular adalah antara gambaran hodoh dalam politik orang Melayu di Malaysia.

Ia terpancar hasil politik hasad dengki, dendam kesumat dan rasa benci yang tinggi terhadap lawan. Jangka panjangnya ia bakal merugikan perpaduan umat dan boleh menyebabkan kuasa politik orang Melayu bakal tergugat. Kalau tiada kejernihan melihat pentingnya bersatu, keterpinggiran bakal terjadi.

Umat Melayu harus mendukung pendekatan politik matang. Meski ada perbezaan dari sudut dasar dan hala tuju perjuangan tetapi asas-asas yang fundamental se­perti Islam, bahasa dan pendidikan umat Melayu, membangunkan orang Melayu secara berkesan dan bijaksana dalam politik, ekonomi, pendidikan dan sosial seharusnya menjadi agenda bersama. Politik matang memberi upaya untuk kita membaca senario dan meramal kemungkinan supaya maslahah dan strategi perjuangan berlaku secara bijaksana.

Politik matang tidak menghasilkan pengikut yang taksub dan sempit pemikiran dengan melihat kelompok sendiri saja yang betul dan kelompok lain semuanya zalim. Pendekatan sebegini lebih mempercepatkan berkecainya matlamat kesatuan ummah
.
Perubahan tidak akan hanya selesai dengan mengkritik melulu, sebaran fitnah yang palsu, persepsi jengkel ke­rana hasad-dengki, dendam kesumat dan kebencian yang di luar batas syarak. Perubahan hanya akan berlaku kalau umat Islam mempunyai punca kuasa yang bakal membentuk dasar dan strategi bagaimana sesuatu dapat direncana dan dilaksanakan secara berhemah.

Perbezaan yang ada dalam kalangan kita adalah dari sudut pendekatan dan strategi. Perbezaan yang ada sepatutnya mengukuhkan lagi jaringan orang Melayu supaya wujudnya pro-kontra dalam melihat sesuatu secara rasional dan sihat bakal membawa natijah yang baik ke arah pembaikan.

Yang ditampilkan kini ialah politik hasad dengki, de­n­dam kesumat dan kebencian yang mendalam. Lalu lahirlah kalimah-kalimah jengkel yang tidak Islami, maklumat palsu disebarkan, persepsi negatif menjadi anutan dan banyak lagi dilontarkan kepada pihak lawan yang juga penganut Islam.

Politik nafsul amarah tidak boleh dijadikan tunjang kepada siasah Islami. Politik Islam adalah politik dakwah dan tarbiah. Di samping kuasa yang dihajatkan akhlak dan adab perlu dijaga. Politik dakwah menyemai sifat kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi. Politik dakwah menuntut kesabaran juga.

Politik hasad dengki, dendam dan kebencian menghasilkan permusuhan. Sedangkan umat Islam dituntut menjalin ukhuwah yang tinggi. Sekiranya kerana politik permusuhan yang terjadi siasah Islam tidak lagi menjadi landasan.

Jalan mudah untuk mengukuhkan kebencian dan de­n­dam kesumat adalah dengan melakukan fitnah semahu-mahunya, membuat tuduhan tanpa bukti dan ditularkan kepada khalayak untuk mempengaruhi warga maya (netizen) lain. Lalu maklumat yang palsu disebarkan tanpa melakukan tabayyun (usul periksa) menyebabkan orang tumpang dosa sama. Proses membentuk watak manusia yang tidak sempurna ialah usaha dakwah dan tarbiah. Justeru agama Islam adalah milik semua dan harus dijadikan sumber ikutan untuk semua.

Politik hari ini adalah politik maki hamun dan sumpah seranah yang menyebabkan keretakan hubungan sesama orang Melayu terjadi dan kesannya tidak mudah untuk dileraikan. Politik umat Melayu seharusnya lebih rasional. Ia sepatutnya bertolak dengan prinsip bahawa berbeza itu adalah sesuatu yang fitrah. Tetapi jangan jadikan asas perbezaan pendapat dan pendirian sebagai sumber fitnah yang meratah daging sesama Islam.

Siasah Islami mendidik manusia mengakui kebaikan dan kebenaran yang dilakukan oleh orang lain. Yang baik dan benar dari orang harus membawa jiwa besar me­ngakui bahawa ia adalah benar dan baik. Tetapi politik hasad-dengki, dendam kesumat dan kebencian selalunya menyatakan bahawa mereka saja yang benar orang lain tidak.

Memperkasa orang Melayu di Malaysia bukanlah suatu hal yang mudah. Kalau setakat kuasa saja, ia tidak memadai. Ia menuntut keinsafan yang tinggi dalam kalangan warganya bahawa wahdah dan kesatuan adalah sesuatu yang paling utama.

Bila terdapat perselisihan dan silap faham, jalannya adalah kembali kepada ajaran al-Quran dan As Sunnah iaitu muzakarah. Muzakarah adalah jalan bijaksana untuk mengatasi syak wasangka dan perseteruan.

Kepemimpinan politik orang Melayu harus berjiwa besar supaya kesan buruk terhadap generasi akan datang dapat dihindarkan. Berbeza, berbezalah. Tetapi santunilah perbezaan dengan etika berbeza (adab ul ikhtilaf) supaya perbezaan dalam kalangan umat, kata Rasulullah SAW menghasilkan rahmah.

Posted by: HAR
Sumber: Utusan/www.indahnyaislam.my

23 October, 2016

MISI ZIARAH KEBAJIKAN DAN DAKWAH LONG BUSANG,

KAPIT, SARAWAK
Sekadar info…

Kaum kenyah di Long Busang, dun Belaga, Kapit Sarawak.

Asalnya orang pagan tapi Berjaya diislamkan secara majoritynya semasa Tun Abdul Rahman (bekas Ketua Menteri Sarawak) di tahun 1980an

Tapi kerana tiada follow up dan missionary kristian masuk dan aktif dalam dakwah mereka menyebabkan krisitian menjadi majority di kampong ini.

Antara misi utama program kali ini adalah berjumpa dengan bekas muslim telah murtad dan mencari punca murtad dan mencari punca murtad dan memujuk untuk mereka kembali kepada Islam.

Salah seroang murtad yang kami jumpa adalah seroang bekas imam yang telah Berjaya mengislamkan 300 orang di Sarawak tapi dihujung umurnya telah menjadi kristian. Penduduk Long Busang 1,000++

Misi  Ziarah Kebajikan dan Dakwah Long Busang, Belaga, Kapit, Sarawak
28Sep – 3 Okt 2016
Yayasan Amal Malaysia.

(Long Busang kampong terhulu di sungei Rejang melalui jalan sungei…4 jam dari bakun (bakun boleh access guna highway

04 September, 2016

KEHIDUPAN SAPERTI RODA YANG BERPUTAR

Kadang gelak tawa menyertai kita, kadang haru tangis menyelimuti kita, kadang kemarahan menguasai emosi kita, kadang kesemuanya itu bercampur, berbaur menjadi satu. Itulah warna kehidupan kita. Kadang terang, kadang meredup, kadang kelabu, kadang hitam, gelap dan kelam. Yang pasti bukan hanya anda hamba Tuhan yang paling malang. Mengapa kita selalu merasa seperti itu? saat tertimpa masalah, saat mendapat musibah, saat menjalani hidup yang berat? mengapa?

Karena kita kurang bersyukur atas nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan pada kita. Cobalah kita ingat kembali bahwa di dunia ini masih banyak orang yang lebih malang daripada kita. Kita patutnya bersyukur meski kita sedang tertimpa musibah atau sedang menghadapi suatu masalah yang berat . Itulah cobaan kehidupan.

Ingatlah bahwa hidup selalu berputar, tak selamanya kita diatas, tak mungkin selamanya kita berada dibawah, karena Allah maha “ADIL”.

Ketahuilah saat esok hari tiba, masalah yang menimpa kita akan menjadi “masalah hari kemarin”.

Satu minggu berlalu masalah itu akan menjadi “masalah di minggu lalu”.

Satu bulan berjalan, masalah itu akan menjadi “masalah di bulan lalu”.

Dan begitu seterusnya, maasalah itu makin lama pasti akan menjauh, hingga menjadi “sebuah masalah di tahun lalu” , “sebuah masalah di masa silam”. dan seterusnya hingga masalah itu hanya akan menjadi ”suatu kenangan yang pernah lewat dalam kehidupan kita.”

Maka dari itu, janganlah pernah bingung, jangan khawatir, jangan putus asa, serta jangan menyerah saat kita tertimpa suatu masalah. Tetaplah tegar dan tabah dalam menjalani suatu masalah. Berpikirlah jauh ke depan. Ingatlah bahwa hidup tidak akan pernah terhenti sampai disitu saja, hidup akan terus berjalan dan berputar, Yakinlah bahwa itu semua akan segera berakhir. Yakinlah bahwa anda bisa melaluinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Surah: Al Baqarah : 286 )

- Tim Ustadz –
Posted by: HAR

16 June, 2015





ASSALAMUALAIKUM ,

SURAU SRI BAHGIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KARIM ALMUBARAK 1436H DAN SELAMAT EIDUL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN ALMUBARAK INI , MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA UNTUK AYAHNDA TUN HJ ABD RAHMAN YA'KUB DAN TOHPUAN HJH NORMAH SEMUGA ALLAH MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA MEREKA DAN MENEMPATKAN MEREKA BERSAMA HAMBA-HAMBA ALLAH YANG SHALIH AMIN YARABBAL AALMIN.



SURAU SRI BAHGIA .

29 January, 2015





In the name of Allah, the Most Merciful,
 the Bestower of Mercy.

King Abdullah of Saudi Arabia passed away on Friday 23rd January, 2015. May Allah have mercy upon him, forgive his sins and reward him for his good deeds.
Many people – Muslims and non-Muslims – were amazed to see the simplicity of his funeral. A man who owned 20% of the world’s oil reserves, had an estimated wealth of £12 billion and lived in lavish palaces. Yet his funeral was simple and minimalistic, his final resting place being an unmarked grave in a public graveyard where citizens and rulers alike are buried.
There was no lowering of black flags, no public mourning, no symbolic ceremony, no music and flowers, and no tomb; instead he lay on the floor, shrouded in white cloth, a simple prayer was offered in the local Masjid and then he was rushed to be buried.
The funeral procession was reported in various media outlets, such as the BBC. In their reports, they mentioned:
“His burial was conducted in line with the traditions of Wahhabism – the ultra-conservative form of Sunni Islam followed by the kingdom – where funerals are austere and simple.”
“Wahhabism” and “Wahhabiyyah” are terms being used nowadays, by certain groups of Muslims as well as non-Muslims. They are terms used loosely to confuse the masses and keep them away from the true teachings of Islam. The concepts of Tawheed (monotheism in Worship) and warning against Shirk (directing any act of worship to other than Allaah) – which are core tenets of Islam – are branded as “Wahhabism,” as if such concepts were concocted in the 1700s, with the movement of Muhammad Ibn AbdulWahhaab.
The reality however is, that this message of Tawheed wasn’t initiated by Muhammad Ibn AbdulWahhaab, neither is it specific to the “Kingdom,” rather it is the very call of every Prophet and Messenger.
{We sent not before you any messenger except that We revealed to him that, ‘There is no deity except Me, so worship Me’} [21:25]
The above concepts and indeed the manner in which the funeral of King Abdullah was performed is not “in line with traditions of Wahhabism” rather these are the very teaching of Islam, the practice of all true Muslims and the Sunnah and guidance which Prophet Muhammad (peace be upon him) left behind.
The Prophet of Islam left behind a legacy which calls to simplicity in funerals without the meaningless ceremonies and symbols of present day funerals. Emphasis is placed on supplicating and seeking forgiveness for the deceased as opposed to lavish funerals; people are encouraged to attend the Funeral Prayer as opposed to the after-party of food and drink; ideals of equality and egalitarianism are promoted, such that every person is shrouded in simple white cloth and buried in the same manner.
The Prophet (peace be upon him) would encourage the funeral processions to be done quickly without unnecessary delay. He said,

Hasten with the funeral procession, if the deceased is righteous, you are hastening him to good. If not, then it is evil you are removing from your necks.
The Prophet (peace be upon him) ordered the Muslims to maintain uniformity in graves, they should be of the same level without plaques and building of tombs. 
Indeed he sent his trusted companion, ‘Ali ibn Abi Taalib and ordered him:

Do not leave any image without defacing it or any built-up grave without levelling it.

Conclusion
The manner in which the funeral of King Abdullah was performed was not “Wahhabism,” “an ultra-conservative,” “ultra-orthodox” form of “Sunni Islam” which is specific to the “Kingdom”. Rather these are the teachings of Islam which every Muslim must conform to; this is the guidance of the Prophet of Islam.
King AbdulAzeez Aal as-Sa’ood (died: 1953) said:

They call us Wahhabis, they call our way Wahhabism as if it is something specific [to us]; this is a clear error…
We are not a people of a new school of thought, or a new creed. Muhammad Ibn AbdulWahhaab did not come with anything new. Our creed is the creed of the righteous predecessors which has been narrated in the Book of Allah and the Sunnah of the Messenger. It is what the early righteous Muslims (the Salaf) were upon.

We respect and honour the four Imaams, with us there is no difference between Maalik, Shaafi’ee, Ahmad and Abu Haneefah.

Indeed the new King of Saudi Arabia, King Salman ibn AbdulAzeez said,

The enemies of the Da’wah, have confused the message of Shaykh Muhammad Ibn AbdulWahhaab with the term ‘Wahhabiyyah,’ a doctrine that does not exist here.
{Exalted is your Lord, the Lord of Honour, above what they describe}
{Peace be upon the Messengers}
{Praise to Allah, Lord of the Worlds}
Written by the one in need of Allah
Abul Abbaas Naveed Ayaaz
Nelson, Lancashire, UK
3rd Rabee’ Ath-Thaanee, 1436h
24th January, 2015.


----------------------------------------------
Footnotes:
Muhammad Ibn AbdulWahhaab [Died: 1792]. For more information about the call and teachings of Imaam Muhammad Ibn AbdulWahhaab, please refer to the English book: ‘Imam Muhammed Bin Abdul Wahab – His life and mission’ by Shaykh AbdulAziz Ibn Baz.
Narrated by Abu Hurayrah; Collected by Bukhaaree & Muslim
This has been narrated in the Hadeeth of Jaabir, who said “The Messenger of Allah (peace be upon him) forbade that the graves should be plastered or they be used as sitting places (for the people), or a building should be built over them. “ Collected by Muslim, under the chapter: “It is forbidden to plaster the grave or constructing anything over it.”
Narrated by Abul-Hayyaaj al-Asadi; Collected by Muslim
In a sermon he delivered to the pilgrims in Hajj 11th of May, 1929. This has been reported in the Arabic book: دعوة الإمام محمد بن عبد الوهاب سلفية لا وهابية
‘The Call of Imaam Muhammad Ibn AbdulWahhaab is Salafiyyah not Wahhabiyyah’ by Ahmad al-Hussain.
As reported in 17th March, 2010, in the 3195 edition of the Okaz newspaper.

06 June, 2014



Antara perkara yang paling buruk yang menimpa negara ini ialah wujudnya sesetengah golongan agama yang menghalang orang lain berfikir atau memahami agama selain dari apa yang mereka fahami.

Jika fikiran mereka itu lemah, mereka bimbang orang lain berfikir lebih baik nanti akan dianggap mencabar fikiran mereka. Jika fikiran baik, mereka pula enggan jika wujud keperbagaian fikiran yang baik dalam kalangan umat Islam nanti akan dianggap orang lain pun setaraf mereka.

Ini mempunyai kaitan dengan persoalan ‘kuasa agama’ seperti yang saya sebutkan dalam artikel saya yang lepas. Segala usaha dan percubaan kepada pembaharuan (renewal) akan dianggap sebagai musuh, kurang ajar, biadap, tidak hormat orang tua-tua dan seumpamanya.

Atau, mereka mungkin melabel pihak yang cuba memberikan pandangan yang berbeza dengan mereka dengan berbagai-bagai istilah.

Ramai mereka yang cuba melakukan pembaharuan dalam sejarah Melayu dimusuhi dan diberikan berbagai tuduhan.

Inilah yang menimpa tokoh-tokoh pembaharuan Nusantara termasuk Prof Hamka yang terkenal dengan sumbangan kesarjanaannya, Za’ba yang dianggap sebagai Bapa Persuratan Melayu, Syeikh Tahir Jalaluddin tokoh reformis progresif dan ahli falak, Syed Syeikh al-Hadi tokoh moderate muslim yang berjasa memajukan pendidikan orang Melayu, begitu juga muridnya Dr Burhanudin al-Helmi yang menjadi tokoh politik tanahair dan lain-lain.

Di’cop’

Nama-nama yang disebutkan itu pada zaman mereka menghadapi tuduhan yang berbagai terutama di’cop’ sebagai ‘kaum muda’ atau wahabi atau sesat atau menentang mazhab.

Usaha-usaha pembaharuan mereka ditentang. Pendeta Za’ba hari ini disanjung sebagai tokoh cendiakawan Melayu tapi pada hayat diharamkan tulisan ucapan dan tulisan di banyak negeri.

Tokoh-tokoh traditionalis Perak pernah menggunakan Sultan Perak untuk mengharamkan tulisan beliau.

Za’ba pernah menyebut: Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor mereka yang dahulu kala itu.

Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta!

Malangnya jika ada siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!!

Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

Za’ba juga berkata: “Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya.
Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta.

Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan.

Tuhan dan Rasulnya tidak menyukai orang bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain.
Imam-imam Mujtahidun dahulu kala tempat orang tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekelian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya.

Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid dan pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu”.(m.s. 25-26).

Prof Hamka terkenal sebagai sarjana Nusantara yang besar. Tafsirnya Al-Azhar mendapat mengiktirafan atas keilmuwannya.

Beliau sendiri merupakan tokoh pembaharuan di Indonesia yang terlibat membangunkan Gerakan Muhammadiyyah, Indonesia. Bahkan beliau sering membantu pergerakan pembaharuan Islami Tanah Melayu.

Antara usahanya yang terkenal ialah risalah yang ditulisnya mengkritik Mufti Johor ketika yang memusuhi gerakan pembaharuan.

Setiap mereka yang berminat dengan gerakan pembaharuan patut membaca buku Prof Hamka Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor.

Antara tegurannya: “Melihat cara-caranya samahah al-mufti sebagai pembela kaum-tua di dalam menghentam kaum-muda bagi beliau rupanya tidaklah mengapa memukul kaum-muda dengan membuat fitnah…sekarang samahah al-mufti rupanya memakai cara-cara pula: matlamat menghalalkan cara. Asal saja kaum-muda dapat dipukul hancur tidaklah mengapa berdusta..” (m.s. 85).

Kata Prof Hamka juga: “Maka orang tua yang dahulunya berusaha keras mempertahankan gelaran itu dengan segala daya upaya, menuduh sesat, zindiq, Wahabi, mulhid, orang tua itu sekarang masih hidup untuk menyaksikan dengan kepalanya sendiri kemenangan yang sekian kalinya dari gerakan kaum-muda!

Akhirnya, semua orang hendak dikafirkannya” (Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor m.s. 48, Selangor: Pustaka Dini, 2009). Katanya juga:

“Memang ada juga orang yang tidak suka berebut-rebut. Jangan buka-buka masalah baru. Biar orang tinggal bodoh seperti dahulu dan kalau ada pun fatwa dari mufti hendaklah diterima dengan: Na’am (ya)! Tetapi orang itu sudah sangat jauh ditinggalkan keretapi!” (m.s 49).

Nasib golongan Pembaharuan

Nasib golongan pembaharuan agak tersisih bukan disebabkan kekurangan jasa dan penolakan masyarakat tetapi kegagalan mereka ‘mengampu’ pihak berkuasa.

Itu yang saya sebut kegagalan menggabungkan kuasa agama dengan kuasa politik. Dengan itu mereka ditindas.

Sumbangan mereka sangat besar. Kebanyakan nilai-nilai keterbukaan dan kemerdekaan minda yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan mereka.

Walaupun saya secara peribadi bukannya bersetuju dengan semua idea mereka.

Namun merekalah yang menentang pemikiran sempit, adat-istiadat yang menyanggahi syarak dan fanatik mazhab tanpa asas yang benar. Merekalah yang membebas kongkongan terhadap kaum wanita disebabkan fanatik mazhab dan adat Melayu.

Mereka yang memecah paksaan perkahwinan dan wanita tidak boleh keluar belajar. Mereka yang menggerakkan idea-idea kemerdekaan dan mengasaskan institusi-institusi pendidikan.

Merekalah yang melebarkan Islam kepada pelbagai bidang.

Sumbangan mereka menggerakkan idea penentangan terhadap penjajahan sangat besar.

Namun disebabkan sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis di tangan Abu Bakar Ashaari.

Namun di negeri-negeri lain, golongan pembaharuan gagal untuk mengikuti kehendak dan kerenah istana.

Banyak adat-istiadat Melayu yang dianggap tidak serasi dengan Islam menyebabkan mereka sukar untuk mengikut kehendak telunjuk sultan dan raja.

Pendirian mereka yang berterus terang dengan prinsip-prinsip Islam itu menyebabkan sukar untuk mereka berdamping dengan raja-raja Melayu.

Ruang ini telah diambil oleh golongan penentang mereka untuk mengisi jawatan-jawatan agama dan mendampingi istana-istana untuk menindas gerakan pembaharuan.

Hal ini disebutkan oleh Prof Hamka dalam bukunya ‘Ayahku’ yang menceritakan perjuangan pembaharuan ayahnya.

Kata Hamka: “Bahkan seketika terjadi pertemuan ulama Sumatera-Malaya yang diadakan Jepun pada tahun 1943 di Singapura, sengaja beberapa orang ulama Singapura menemui kami sebelum ke perjumpaan di mulai, menyatakan bahawa sekali-kali jangan dibawa ke mari fahaman-fahaman yang keluar dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan keluar dari Mazhab Syafi’i.

Ketika ada kawan-kawan yang nakal memberitahu bahawa saya anak Haji Rasul, mata ulama itu ‘melotot’ serupa biji rambutan melihat saya dan saya pun jadi nekad pula sebagai mana nekadnya ayah saya.

Takut benar ulama-ulama di sana pada waktu itu bahawa Mazhab Syafi’i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera atau Muhammadiyyah di Jawa…alangkah sempitnya, perkara pakaian pun mereka kaitkan dengan mempertahankan berfikir dalam satu mazhab…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!” (Prof Hamka, Ayahku, m.s. 162, Selangor: Pustaka Dini 2007).

Enggan mengampu

Golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menurut kehendak istana.

Mereka adakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja. Mereka diamkan tindakan-tindakan istana yang tidak serasi dengan agama.

Fatwa-fatwa mereka hanya dihalakan kepada rakyat dan dilupai kerabat dan pembesar. Dengan itu, mereka dapat mempengaruhi istana agar menghalang perkembangan gerakan pembaharuan.

Pada hari ini kita lihat pemakaian tali leher tidak diharamkan. Namun semasa zaman perkembangan pembaharuan dahulu tali leher diharamkan.

Apabila tokoh-tokoh pembaharuan menyatakan tali leher tidak haram, mereka ditentang.

Namun apabila didapati sultan memakainya, terus fatwa golongan penentang pembaharuan dikeluarkan bahawa tali leher tidak haram jika ada keperluan (lihat: Hamka, Teguran Suci dan Jujur Kepada Mufti Johor, 48-49).

Berlindung

Hasilnya, kuasa istana pun digunakan untuk menindas gerakan pembaharuan. Apatahlagi istana juga tahu sikap para reformis amat tidak secucuk dengan budaya mengampu dan mesra penjajah.

Banyak amalan istana yang akan dipertikaikan oleh tokoh-tokoh pembaharuan.

Penentang pembaharuan mengambil kesempatan ini. Mereka melupakan berbagai amalan khurafat di istana dan rakyat, kemunduran akal dan harta masyarakat Muslim, unsur-unsur feudalism yang menyanggahi jiwa merdeka Islam dan berbagai lagi.

Bagi mereka semua itu kecil dibandingkan usaha menentang golongan pembaharuan yang mengajak umat berfikir dan terbuka minda. Bagi mereka itu akan mengancam kedudukan mereka dalam masyarakat yang mana mereka selama ini boleh berkata apa sahaja tanpa dicabar.

Sedangkan gerakan pembaharuan menentang taklid buta. Kata Hamka: “Alhasil bagi kami ijtihad itu harus digalakkan dan bagi kaum tua pula “taklid dijadikan tiang agama” dan kalau kami bantah taklid, dikatakan kami merosakkan tiang agama.

Kadang-kadang dituduh kaum-muda tidak hormat kepada guru.

Lantaran itu dikata pula merosak tiang-tiang agama. Yang sebenarnya kami hormat kepada guru dan hormat kepada ibubapa. Sebagai juga saudara-saudara muslimin yang lain.

Kedudukan guru sama dengan kedudukan ibubapa wajib dihormati dan dimuliakan. Tetapi kalau guru itu silap jalannya, maka sebagai tanda kami hormat ialah kami tegur, dan jika dibawanya dengan sengaja atau tidak dengan sengaja kepada yang salah, kami tidak akan menurut”. (Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s. 65).

Akibat penggunaan kuasa istana, para reformis agama ini terpaksa berlindung di Negeri-Negeri Selat yang tidak mempunyai kuasa istana.

Maka kita lihat sepanjang sejarah tokoh-tokoh reformis tertumpu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Di negeri-negeri ini sahaja gerakan pembaharuan tidak dipintas atau diganggu oleh kuasa istana. Cumanya, Inggeris sering memantau penentangan mereka terhadap penjajahan.

Hari Ini

Perjuangan para reformis sudah banyak berhasil walaupun mereka menjadi korban kezaliman kuasa. Banyak perubahan telah berlaku.

Hari ini sudah tidak seteruk semalam. Pun begitu masih ada persamaannya. Pembaharuan umat atau tajdid (renewal) masih diperlukan.

Kejumudan kembali atau masih mengongkong kita. Seruan agar kembali kepada al-Quran dan Sunnah serta membebaskan diri dari taklid tanpa faham masih diperlukan.

Ya, penindasan terus berlaku.

Cumanya, yang agak istimewa di era ini golongan pembaharuan mempunyai media alternatif dan internet untuk pandangan mereka disebarkan.

Ternyata saki-baki kuasa istana masih cuba digunakan oleh sesetengah pihak, namun kita berharap kematangan fikiran rakyat satu hari akan dapat melumpuhkan penyalahgunaan kuasa ini.

Internet memboleh banyak hujah disampaikan dan idea disalurkan. Istana sepatutnya tidak berpihak dan mendengar dari semua aliran. Namun, dalam banyak keadaan, itu belum berlaku. Kepada Allah kembali segala urusan.

Semoga tajdid di era baru lebih kemas dan bertenaga!!

Sumber : DRMAZA.COM

08 June, 2012

 SIAPAKAH WAHABI????

Di negeri kita bahkan hampir di seluruh dunia Islam, ada sebuah fenomena ‘timpang’ dan penilaian ‘miring’ terhadap dakwah tauhid yang dilakukan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi An-Najdi. Julukan Wahhabi pun dimunculkan, tak lain tujuannya adalah untuk menjauhkan umat darinya. Dari manakah julukan itu? Siapa pelopornya? Dan apa rahasia di balik itu semua …?
Para pembaca, dakwah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan dakwah pembaharuan terhadap agama umat manusia. Pembaharuan, dari syirik menuju tauhid dan dari bid’ah menuju As-Sunnah. Demikianlah misi para pembaharu sejati dari masa ke masa, yang menapak (berjalan dengan mengikuti jejak) titian jalan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan para shahabatnya. Fenomena ini membuat gelisah musuh-musuh Islam, sehingga berbagai macam cara pun ditempuh demi menghancurkan dakwah tauhid yang dilakukan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya.
Musuh-musuh tersebut dapat diklasifikasikan sebagai berikut:
1. Di Najd dan sekitarnya:
- Para ulama suu` yang memandang al-haq sebagai kebatilan dan kebatilan sebagai al-haq.
- Orang-orang yang dikenal sebagai ulama namun tidak mengerti tentang hakikat Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan dakwahnya.
- Orang-orang yang takut kehilangan kedudukan dan jabatannya. (Lihat Tash-hihu Khatha`in Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, karya Dr. Muhammad bin Sa’ad Asy-Syuwai’ir hal.90-91, ringkasan keterangan Asy-Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz)
2. Di dunia secara umum:
Mereka adalah kaum kafir Eropa; Inggris, Prancis dan lain-lain, Daulah Utsmaniyyah, kaum Shufi, Syi’ah Rafidhah, Hizbiyyun dan pergerakan Islam; Al-Ikhwanul Muslimin, Hizbut Tahrir, Al-Qaeda, dan para kaki tangannya. (Untuk lebih terprincinya lihat kajian  Musuh-Musuh Dakwah Tauhid)
Bentuk permusuhan mereka beragam. Terkadang dengan fisik (senjata) dan kadang-kala dengan fitnah, tuduhan dusta, isu negatif dan sejenisnya. Adapun fisik (senjata), maka banyak diperankan oleh Dinasti Utsmani yang bersekongkol dengan barat (baca: kafir Eropa) –sebelum keruntuhannya–. Demikian pula Syi’ah Rafidhah dan para hizbiyyun. Sedangkan fitnah, tuduhan dusta, isu negatif dan sejenisnya, banyak dimainkan oleh kafir Eropa melalui para missionarisnya, kaum shufi, dan tak ketinggalan pula Syi’ah Rafidhah dan hizbiyyun. Dan ternyata, memunculkan istilah ‘Wahhabi’ sebagai julukan bagi pengikut dakwah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, merupakan helah berjayanya (sukses) mereka untuk menghempaskan kepercayaan umat kepada dakwah tauhid tersebut. Padahal, istilah ‘Wahhabi’ itu sendiri merupakan penisbatan yang tidak sesuai dengan kaidah bahasa Arab. Asy-Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz berkata: “Penisbatan (Wahhabi -pen) tersebut tidak sesuai dengan kaidah bahasa Arab. Semestinya bentuk penisbatannya adalah ‘Muhammadiyyah’, karena sang pengemban dan pelaku dakwah tersebut adalah Muhammad, bukan ayahnya yang bernama Abdul Wahhab.” (Lihat Imam wa Amir wa Da’watun Likullil ‘Ushur, hal. 162)
Tak cukup sampai di situ. Fitnah, tuduhan dusta, isu negatif dan sejenisnya menjadi sejoli bagi julukan keji tersebut. Tak hairan, yang lahir adalah ‘potret’ buruk dan keji tentang dakwah Asy-Syaikh Muham-mad bin Abdul Wahhab, yang tak sesuai dengan realitinya. Sehingga istilah Wahhabi nyaris menjadi momok dan monster yang mengerikan bagi umat.
Fenomena timpang ini, menuntut kita untuk berwaspada dalam menerima informasi. Lebih lagi ketika narasumbernya adalah orang kafir, munafik, atau ahlul bid’ah. Agar kita tidak dijadikan bulan-bulanan oleh kejam-nya informasi orang-orang yang tidak bertanggung jawab itu.
Meluruskan Tuduhan Miring tentang Wahhabi
1. Tuduhan: Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah seorang yang mengaku sebagai Nabi (sebagaimana yang dinyatakan Ahmad Abdullah Al-Haddad Baa ‘Alwi dalam kitabnya Mishbahul Anam, hal. 5-6 dan Ahmad , Zaini Dahlan dalam dua kitabnya Ad-Durar As-Saniyyah Firraddi ‘alal Wahhabiyyah, hal. 46 dan Khulashatul Kalam, hal. 228-261.) ingkar terhadap Hadits nabi (sebagaimana dalam Mishbahul Anam.), merendahkan posisi Nabi, dan tidak mempercayai syafaat beliau.
Bantahan:
*  Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab adalah seorang yang sangat mencintai Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hal ini terbukti dengan adanya karya tulis beliau tentang sirah Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam , baik Mukhtashar Siratir Rasul, Mukhtashar Zadil Ma’ad Fi Hadyi Khairil ‘Ibad atau pun yang terkandung dalam kitab beliau Al-Ushul Ats-Tsalatsah.
*  Beliau berkata: “Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam telah wafat –semoga shalawat dan salam-Nya selalu tercurahkan kepada beliau–, namun agamanya tetap kekal. Dan inilah agamanya; yang tidaklah ada kebaikan kecuali pasti beliau tunjukkan kepada umatnya, dan tidak ada kejelekan kecuali pasti beliau peringatkan. Kebaikan yang telah beliau sampaikan itu adalah tauhid dan segala sesuatu yang dicintai dan direadhai Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan kejelekan yang beliau peringatkan adalah kesyirikan dan segala sesuatu yang dibenci dan dimurkai Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus beliau kepada seluruh umat manusia, dan mewajibkan atas tsaqalain; jin dan manusia untuk menaatinya.” (Al-Ushul Ats-Tsalatsah)
*  Beliau juga berkata: “Dan jika kebahagiaan umat terdahulu dan yang akan datang kerana mengikuti para Rasul, maka dapatlah diketahui bahawa orang yang paling berbahagia adalah yang paling berilmu tentang ajaran para Rasul dan paling mengikutinya. Maka dari itu, orang yang paling mengerti tentang sabda para Rasul dan amalan-amalan mereka serta benar-benar mengikutinya, mereka itulah sesungguhnya orang yang paling berbahagia di setiap masa dan tempat. Dan merekalah golongan yang selamat dalam setiap agama. Dan dari umat ini adalah Ahlus Sunnah wal Hadith.” (Ad-Durar As-Saniyyah, 2/21)
*  Beliau juga berkata: “Dan jika kebahagiaan umat terdahulu dan yang akan datang kerana mengikuti para Rasul, maka dapatlah diketahui bahawa orang yang paling berbahagia adalah yang paling berilmu tentang ajaran para Rasul dan paling mengikutinya. Maka dari itu, orang yang paling mengerti tentang sabda para Rasul dan amalan-amalan mereka serta benar-benar mengikutinya, mereka itulah sesungguhnya orang yang paling berbahagia di setiap masa dan tempat. Dan merekalah golongan yang selamat dalam setiap agama. Dan dari umat ini adalah Ahlus Sunnah wal Hadith.” (Ad-Durar As-Saniyyah, 2/21)
2. Tuduhan: Melecehkan Ahlul Bait
Bantahan:
*  Beliau berkata dalam Mukhtashar Minhajis Sunnah: “Ahlul Bait Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mempunyai hak atas umat ini yang tidak dimiliki oleh selain mereka. Mereka berhak mendapatkan kecintaan dan kesetiaan yang lebih besar dari seluruh kaum Quraisy…” (Lihat ‘Aqidah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab As-Salafiyyah, 1/446)
*  Di antara bukti kecintaan beliau kepada Ahlul Bait adalah dinamainya putra-putra beliau dengan nama-nama Ahlul Bait: ‘Ali, Hasan, Husain, Ibrahim dan Abdullah.
3. Tuduhan:  Bahawa beliau sebagai Khawarij, karena telah memberontak terhadap Daulah ‘Utsmaniyyah. Al-Imam Al-Lakhmi telah berfatwa bahawa Al-Wahhabiyyah adalah salah satu dari kelompok sesat Khawarij ‘Ibadhiyyah, sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Mu’rib Fi Fatawa Ahlil Maghrib, karya Ahmad bin Muhammad Al-Wansyarisi, juz 11.
Bantahan:
*  Adapun pernyataan bahawa Asy-Syaikh telah memberontak terhadap Daulah Utsmaniyyah, maka ini sangat keliru. Kerana Najd kala itu tidak termasuk wilayah bahagian kekuasaan Daulah Utsmaniyyah. (Sebagaimana yang diterangkan pada kajian utama edisi ini/Hubungan Najd dengan Daulah Utsmaniyyah.)  Demikian pula sejarah mencatat bahawa kerajaan Dir’iyyah belum pernah melakukan upaya pemberontakan terhadap Daulah ‘Utsma-niyyah. Justru merekalah yang berulang kali diserang oleh pasukan Dinasti Utsmani.
Lebih dari itu Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab mengatakan –dalam kitabnya Al-Ushulus Sittah–: “Prinsip ketiga: Sesungguhnya di antara (faktor penyebab) sempurnanya persatuan umat adalah mendengar lagi taat kepada pemimpin (pemerintah), walaupun pemimpin tersebut seorang budak dari negeri Habasyah.”
Dari sini nampak jelas, bahawa sikap Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab terhadap waliyyul amri (penguasa) sesuai dengan ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, dan bukan ajaran Khawarij.
*  Mengenai fatwa Al-Lakhmi, maka yang dia maksudkan adalah Abdul Wahhab bin Abdurrahman bin Rustum dan kelompoknya, bukan Asy-Syaikh Muham-mad bin Abdul Wahhab dan para pengikut-nya. Hal ini karena tahun wafatnya Al-Lakhmi adalah 478 H, sedangkan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab wafat pada tahun 1206 H /Juni atau Juli 1792 M. Amatlah janggal bila ada orang yang telah wafat, namun berfatwa tentang seseorang yang hidup berabad-abad setelah-nya. Adapun Abdul Wahhab bin Abdur-rahman bin Rustum, maka dia meninggal pada tahun 211 H. Sehingga amatlah tepat bila fatwa Al-Lakhmi tertuju kepadanya. Berikutnya, Al-Lakhmi merupakan mufti Andalusia dan Afrika Utara, dan fitnah Wahhabiyyah Rustumiyyah ini terjadi di Afrika Utara. Sementara di masa Al-Lakhmi, hubungan antara Najd dengan Andalusia dan Afrika Utara amatlah jauh. Sehingga bukti sejarah ini semakin menguatkan bahawa Wahhabiyyah Khawarij yang diperingatkan Al-Lakhmi adalah Wahhabiyyah Rustumiyyah, bukan Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya. (Untuk lebih terperincinya bacalah kitab Tash-hihu Khatha`in Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, karya Dr. Muhammad bin Sa’ad Asy-Syuwai’ir.)
*  Lebih dari itu, sikap Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab terhadap kelompok Khawarij sangatlah tegas. Beliau berkata –dalam suratnya untuk penduduk Qashim–: “Golongan yang selamat itu adalah kelompok pertengahan antara Qadariyyah dan Jabriyyah dalam perkara taqdir, pertengahan antara Murji`ah dan Wa’idiyyah (Khawarij) dalam perkara ancaman Allah Subhanahu wa Ta’ala, pertengahan antara Haruriyyah (Khawarij) dan Mu’tazilah serta antara Murji`ah dan Jahmiyyah dalam perkara iman dan agama, dan pertengahan antara Syi’ah Rafidhah dan Khawarij dalam menyekapi para shahabat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.” (Lihat Tash-hihu Khatha`in Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, hal 117). Dan masih banyak lagi pernyataan tegas beliau tentang kelompok sesat Khawarij ini.
4. Tuduhan: Mengkafirkan kaum muslimin dan menghalalkan darah mereka. (Sebagaimana yang dinyatakan Ibnu ‘Abidin Asy-Syami dalam kitabnya Raddul Muhtar, 3/3009)
Bantahan:
*  Ini merupakan tuduhan dusta terhadap Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, kerana beliau pernah mengatakan: “Kalau kami tidak (berani) mengkafirkan orang yang beribadah kepada berhala yang ada di kubah (kuburan/ makam) Abdul Qadir Jaelani dan yang ada di kuburan Ahmad Al-Badawi dan sejenisnya, dikeranakan kejahilan mereka dan tidak adanya orang yang mengingatkannya. Bagaimana mungkin kami berani mengkafirkan orang yang tidak melakukan kesyirikan atau seorang muslim yang tidak berhijrah ke tempat kami…?! Maha suci Engkau ya Allah, sungguh ini merupakan kedustaan yang besar.” (Muhammad bin Abdul Wahhab Mush-lihun Mazhlumun Wa Muftara ‘Alaihi, hal. 203)
5. Tuduhan: Wahhabiyyah adalah madzhab baru dan tidak mau mengguna-kan kitab-kitab empat madzhab besar dalam Islam. (Termaktub dalam risalah Sulaiman bin Suhaim)
Bantahan:
*  Perkara ini sangat tidak realistic. Kerana beliau mengatakan –dalam suratnya kepada Abdurrahman As-Suwaidi–: “Aku kabarkan kepadamu bahawa aku –alhamdulillah– adalah seorang yang berupaya mengikuti jejak Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, bukan pembawa aqidah baru. Dan agama yang aku peluk adalah madzhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dianut para ulama kaum muslimin semacam imam yang empat dan para pengikutnya.” (Lihat Tash-hihu Khatha`in Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, hal. 75)
*  Beliau juga berkata –dalam surat-nya kepada Al-Imam Ash-Shan’ani–: “Perhatikanlah –semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merah-matimu– apa yang ada pada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, para shahabat sepeninggal beliau dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat. Serta apa yang diyakini para imam anutan dari kalangan ahli hadith dan fiqh, seperti Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal –semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mereadhai mereka–, supaya engkau boleh mengikuti jalan/ ajaran mereka.” (Ad-Durar As-Saniyyah 1/136)
*  Beliau juga berkata: “Menghormati ulama dan memuliakan mereka meskipun terkadang (ulama tersebut) mengalami kekeliruan, dengan tidak menjadikan mereka sekutu bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala, merupakan jalan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Adapun mencemuh perkataan mereka dan tidak memuliakannya, maka ini merupakan jalan orang-orang yang dimurkai Allah Subhanahu wa Ta’ala (Yahudi).” (Majmu’ah Ar-Rasa`il An-Najdiyyah, 1/11-12. Dinukil dari Al-Iqna’, karya Asy-Syaikh Muhammad bin Hadi Al-Madkhali, hal.132-133)
6. Tuduhan: Keras dalam berdakwah (inkarul munkar)
Bantahan:
*  Tuduhan ini sangat tidak beralasan. Kerana justru beliaulah orang yang sangat perhatian dalam masalah ini. Sebagaimana nasehat beliau kepada para pengikutnya dari penduduk daerah Sudair yang melakukan dakwah (inkarul munkar) dengan cara keras. Beliau berkata: “Sesungguhnya sebahagian orang yang mengerti agama terkadang jatuh dalam kesalahan (teknikal) dalam mengingkari kemungkaran, padahal posisinya di atas kebenaran. Iaitu mengingkari kemungkaran dengan sikap keras, sehingga menimbulkan perpecahan di antara ikhwan… Ahlul ilmi berkata: ‘Seorang yang beramar ma’ruf dan nahi mungkar memerlukan tiga perkara: berilmu tentang apa yang akan dia sampaikan, bersifat belas kasihan ketika beramar ma’ruf dan nahi mungkar, serta bersabar terhadap segala gangguan yang menimpanya.’ Maka kalian harus memahami perkaraa ini dan merealisasikannya. Sesungguhnya kelemahan akan selalu ada pada orang yang mengerti agama, ketika tidak merealisasikannya atau tidak memahami-nya. Para ulama juga menyebutkan bahawasanya jika inkarul munkar akan menyebabkan perpecahan, maka tidak boleh dilakukan. Aku memberi pesan kepada kalian agar melaksanakan apa yang telah kusebutkan dan memahaminya dengan sebaik-baiknya. Kerana, jika kalian tidak melaksanakannya nescaya perbuatan inkarul munkar kalian akan merusak citra agama. Dan seorang muslim tidaklah berbuat kecuali apa yang membuat baik agama dan dunianya.”(Lihat Muhammad bin Abdul Wahhab, hal. 176)
7. Tuduhan: Muhammad bin Abdul Wahhab itu bukanlah seorang yang berilmu. Dia belum pernah belajar dari para syaikh, dan mungkin saja ilmunya dari setan! (Tuduhan Sulaiman bin Muhammad bin Suhaim, Qadhi Manfuhah.)
Jawapan:
*  Pernyataan ini menunjukkan butanya tentang biografi Asy-Syaikh, atau pura-pura buta dalam rangka penipuan intelektual terhadap umat.
*  Bila dilihat sejarahnya, ternyata beliau sudah hafal Al-Qur`an sebelum berusia 10 tahun. Belum genap 12 tahun dari usianya, sudah ditunjuk sebagai imam shalat berjamaah. Dan pada usia 20 tahun sudah dikenal mempunyai banyak ilmu. Setelah itu rihlah (pergi) menuntut ilmu ke Makkah, Madinah, Bashrah, Ahsa`, Bashrah (yang kedua kalinya), Zubair, kemudian kembali ke Makkah dan Madinah. Gurunya pun banyak,10 di antaranya adalah:
Di Najd: Asy-Syaikh Abdul Wahhab bin Sulaiman (Ayah beliau, dan seorang ulama Najd yang terpandang di masanya dan hakim di ‘Uyainah) dan Asy-Syaikh Ibrahim bin Sulaiman.( Paman beliau, dan sebagai hakim negeri Usyaiqir.)
Di Makkah: Asy-Syaikh Abdullah bin Salim bin Muhammad Al-Bashri Al-Makki Asy-Syafi’i.( Hafizh negeri Hijaz di masanya.)
Di Madinah: Asy-Syaikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif.( Seorang faqih terpandang, murid para ulama Madinah sekaligus murid Abul Mawahib (ulama besar negeri Syam). Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab mendapatkan ijazah dari guru beliau ini untuk meriwayatkan, mempelajari dan mengajarkan Shahih Al-Bukhari dengan sanadnya sampai kepada Al-Imam Al-Bukhari serta syarah-syarahnya, Shahih Muslim serta syarah-syarahnya, Sunan At-Tirmidzi dengan sanadnya, Sunan Abi Dawud dengan sanadnya, Sunan Ibnu Majah dengan sanadnya, Sunan An-Nasa‘i Al-Kubra dengan sanadnya, Sunan Ad-Darimi dan semua karya tulis Al-Imam Ad-Darimi dengan sanadnya, Silsilah Al-‘Arabiyyah dengan sanadnya dari Abul Aswad dari ‘Ali bin Abi Thalib, semua buku Al-Imam An-Nawawi, Alfiyah Al-’Iraqi, At-Targhib Wat Tarhib, Al-Khulashah karya Ibnu Malik, Sirah Ibnu Hisyam dan seluruh karya tulis Ibnu Hisyam, semua karya tulis Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-’Asqalani, buku-buku Al-Qadhi ‘Iyadh, buku-buku qira’at, kitab Al-Qamus dengan sanadnya, Musnad Al-Imam Asy-Syafi’i, Muwaththa’ Al-Imam Malik, Musnad Al-Imam Ahmad, Mu’jam Ath-Thabrani, buku-buku As-Suyuthi dsb.) Asy-Syaikh Muhammad Hayat bin Ibrahim As-Sindi Al-Madani,( Ulama besar Madinah di masanya) Asy-Syaikh Isma’il bin Muhammad Al-Ajluni Asy-Syafi’i,( Penulis kitab Kasyful Khafa‘ Wa Muzilul Ilbas ‘Amma Isytahara ‘Ala Alsinatin Nas.) Asy-Syaikh ‘Ali Afandi bin Shadiq Al-Hanafi Ad-Daghistani,( Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab bertemu dengannya di kota Madinah dan mendapatkan ijazah darinya saperti yang didapat dari Asy-Syaikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif.) Asy-Syaikh Abdul Karim Afandi, Asy-Syaikh Muhammad Al Burhani, dan Asy-Syaikh ‘Utsman Ad-Diyarbakri.
Di Bashrah: Asy-Syaikh Muhammad Al-Majmu’i.( Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab bertemu dengannya di kota Madinah dan mendapatkan ijazah darinya seperti yang didapat dari Asy-Syaikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif.)
Di Ahsa`: Asy-Syaikh Abdullah bin Muhammad bin Abdul Lathif Asy-Syafi’i.
8. Tuduhan: Tidak menghormati para wali Allah, dan hobinya menghancurkan kubah/ bangunan yang dibangun di atas makam mereka.
Jawapan:                                                  
*  Pernyataan bahawa Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak menghormati para wali Allah Subhanahu wa Ta’ala, merupakan tuduhan dusta. Beliau berkata –dalam suratnya kepada penduduk Qashim–: “Aku menetapkan (menyakini) adanya karamah dan keluar biasaan yang ada pada para wali Allah Subhanahu wa Ta’ala, hanya saja mereka tidak berhak diibadahi dan tidak berhak pula untuk diminta dari mereka sesuatu yang tidak dimampu kecuali oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (Lihat Tash-hihu Khatha`in Tarikhi Haula Al Wahhabiyyah, hal. 119)

*  Adapun penghancuran kubah/bangunan yang dibangun di atas makam mereka, maka beliau mengakuinya –sebagaimana dalam suratnya kepada para ulama Makkah–( Ibid, hal. 76) Namun perkara itu sangat beralasan sekali, karena kubah/ bangunan tersebut telah dijadikan sebagai tempat berdoa, berkurban dan bernadzar kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sementara Asy-Syaikh sudah mendakwahi mereka dengan segala cara, dan beliau punya kekuatan (bersama waliyyul amri) untuk melakukannya, baik ketika masih di ‘Uyainah ataupun di Dir’iyyah.
*  Perkara ini pun telah difatwakan oleh para ulama dari empat madzhab. Sebagai-mana telah difatwakan oleh sekelompok ulama madzhab Syafi’i seperti Ibnul Jummaizi, Azh-Zhahir At-Tazmanti dll, seputar penghancuran bangunan yang ada di pekuburan Al-Qarrafah Mesir. Al-Imam Asy-Syafi’i sendiri berkata: “Aku tidak menyukai (yakni mengharamkan) pengagungan terhadap makhluk, sampai pada tingkatan makamnya dijadikan sebagai masjid.” Al-Imam An-Nawawi dalam Syarhul Muhadzdzab dan Syarh Muslim mengharamkam secara mutlak segala bentuk bangunan di atas makam. Adapun Al-Imam Malik, maka beliau juga mengharamkannya, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Rusyd. Sedangkan Al-Imam Az-Zaila’i (madzhab Hanafi) dalam Syarh Al-Kanz mengatakan: “Diharamkan mendirikan bangunan di atas makam.” Dan juga Al-Imam Ibnul Qayyim (madzhab Hanbali) mengatakan: “Penghancuran kubah/ bangunan yang dibangun di atas kubur hukumnya wajib, kerana ia dibangun di atas kemaksiatan kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.” (Lihat Fathul Majid Syarh Kitabit Tauhid karya Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan Alusy-Syaikh, hal.284-286)
Para pembaca, demikianlah bantahan ringkas terhadap beberapa tuduhan miring yang ditujukan kepada Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Untuk mengetahui bantahan atas tuduhan-tuduhan miring lainnya, silahkan baca karya-karya tulis Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, kemudian buku-buku para ulama lainnya seperti:
*  Ad-Durar As-Saniyyah fil Ajwibah An-Najdiyyah, disusun oleh Abdurrahman bin Qasim An-Najdi
*  Shiyanatul Insan ‘An Waswasah Asy-Syaikh Dahlan, karya Al-‘Allamah Muhammad Basyir As-Sahsawani Al-Hindi.
*  Raddu Auham Abi Zahrah, karya Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan, demikian pula buku bantahan beliau terhadap Abdul Karim Al-Khathib.
*  Muhammad bin Abdul Wahhab Mushlihun Mazhlumun Wa Muftara ‘Alaihi, karya Al-Ustadz Mas’ud An-Nadwi.
*  ‘Aqidah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab As Salafiyyah, karya Dr. Shalih bin Abdullah Al-’Ubud.
*  Da’watu Asy-Syaikh Muham-mad bin Abdul Wahhab Bainal Mu’aridhin wal Munshifin wal Mu`ay-yidin, karya Asy-Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, dsb.
Barakah Dakwah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab
Dakwah Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan dakwah yang penuh barakah. Buahnya pun boleh dirasakan hampir di setiap penjuru dunia Islam, bahkan di dunia secara keseluruhan.
Di Jazirah Arabia (Diringkas dari Haqiqatu Da’wah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab wa Atsaruha Fil ‘Alamil Islami, karya Dr. Muhammad bin Abdullah As-Salman, yang dimuat dalam Majallah Al-Buhuts Al-Islamiyyah edisi. 21, hal. 140-145.)
Di Jazirah Arabia sendiri, pengaruhnya luar biasa. Berkat dakwah tauhid ini mereka bersatu yang sebelumnya berpecah belah. Mereka mengenal tauhid, ilmu dan ibadah yang sebelumnya tenggelam dalam penyimpangan, kebodohan dan kemaksiatan. Dakwah tauhid juga mempunyai peran besar dalam perbaiki akhlak dan muamalah yang membawa dampak positif bagi Islam itu sendiri dan bagi kaum muslimin, baik dalam urusan agama ataupun urusan dunia mereka. Berkat dakwah tauhid pula tegaklah Daulah Islamiyyah (di Jazirah Arabia) yang cukup kuat dan disegani musuh, serta mampu menyatukan negeri-negeri yang selama ini berseteru di bawah satu bendera. Kekuasaan Daulah (Pada Penegak Daulah Islamiyyah  ) ini membentang dari Laut Merah (barat) hingga Teluk Arab (timur), dan dari Syam (utara) hingga Yaman (selatan), daulah ini dikenal dalam sejarah dengan sebutan Daulah Su’udiyyah (I). Pada tahun 1233 H/1818 M daulah ini diporak-porandakan oleh pasukan Dinasti Utsmani yang dipimpin Muhammad ‘Ali Basya. Pada tahun 1238 H/1823 M berdiri kembali Daulah Su’udiyyah (II) yang diprakarsai oleh Al-Imam Al-Mujahid Turki bin Abdullah bin Muhammad bin Su’ud, dan runtuh pada tahun 1309 H/1891 M. Kemudian pada tahun 1319 H/1901 M berdiri kembali Daulah Su’udiyyah (III) yang diprakarsai oleh Al-Imam Al-Mujahid Abdul ‘Aziz bin Abdurrahman bin Faishal bin Turki Alu Su’ud. Daulah Su’udiyyah (III) ini kemudian dikenal dengan nama Al-Mamlakah Al-’Arabiyyah As-Su’udiy-yah, yang dalam bahasa kita biasa disebut Kerajaan Saudi Arabia. Ketiga daulah ini merupakan daulah percontohan di masa ini dalam hal tauhid, penerapan Sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan syariat Islam, keamanan, kesejahteraan dan perhatian terhadap urusan kaum muslimin dunia (terkhusus Daulah Su’udiyyah III). Untuk mengetahui lebih jauh tentang perannya, /Barakah Dakwah Tauhid.
Di Dunia Islam (Diringkas dari Haqiqatu Da’wah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab wa Atsaruha Fil ‘Alamil Islami, karya Dr. Muhammad bin Abdullah As Salman, yang dimuat dalam Majallah Al-Buhuts Al-Islamiyyah edisi. 21, hal.146-149)
Dakwah tauhid Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab merambah (merintis) dunia Islam, yang diwakili pada Benua Asia dan Afrika, barakah Allah Subhanahu wa Ta’ala pun menyelimuti-nya. Di Benua Asia dakwah tersebar di Yaman, Qatar, Bahrain, beberapa wilayah Oman, India, Pakistan dan sekitarnya, Indonesia, Malaysia,Turkistan, dan Cina. Adapun di Benua Afrika, dakwah Tauhid tersebar di Mesir, Libya, Al-Jazair, Sudan, dan Afrika Barat. Dan hingga saat ini dakwah terus berkembang ke penjuru dunia, bahkan merambah pusat kekafiran Amerika dan Eropa.
Pujian Ulama Dunia terhadap
Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan Dakwah Beliau
Pujian ulama dunia terhadap Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan dakwahnya amatlah banyak. Namun kerana terbatasnya ruang rubrik, cukuplah disebutkan sebahagiannya saja.( Untuk mengetahui lebih luas, lihatlah kitab Da’watu Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab Bainal Mu’aridhin wal Munshifin wal Mu`ayyidin, hal. 82-90, dan ‘Aqidah Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab As-Salafiyyah, 2/371-474)
1.  Al-Imam Ash-Shan’ani (Yaman).
Beliau kirimkan dari Shan’a bait-bait pujian untuk Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan dakwahnya. Bait syair yang diawali dengan: Salamku untuk Najd dan siapa saja yang tinggal sana: Walaupun salamku dari kejauhan belum mencukupinya.
2.  Al-Imam Asy-Syaukani t (Yaman).
Ketika mendengar wafatnya Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, beliau layangkan bait-bait pujian terhadap Asy-Syaikh dan dakwahnya. Di antaranya:
* Telah wafat tonggak ilmu dan pusat kemuliaan
* Referensi utama para pahlawan dan orang-orang mulia
* Dengan wafatnya, nyaris wafat pula ilmu-ilmu agama
* Wajah kebenaran pun nyaris lenyap ditelan derasnya arus sungai
3.  Muhammad Hamid Al-Fiqi (Mesir).
Beliau berkata: “Sesungguhnya amalan dan usaha yang beliau lakukan adalah untuk menghidupkan kembali semangat beramal dengan agama yang benar dan mengembalikan umat manusia kepada apa yang telah ditetapkan dalam Al-Qur`an…. dan apa yang dibawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, serta apa yang diyakini para shahabat, para tabi’in dan para imam yang terbimbing.”
4.  Dr. Taqiyuddin Al-Hilali (Irak).
 Beliau berkata: “Tidak asing lagi bahawa Al-Imam Ar-Rabbani Al-Awwab Muhammad bin Abdul Wahhab, benar-benar telah menegakkan dakwah tauhid yang lurus. Memperbaharui (kehidupan umat manusia) saperti di masa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan para shahabatnya. Dan mendirikan daulah yang mengingatkan umat manusia kepada daulah di masa Al-Khulafa` Ar-Rasyidin.”
5.  Asy-Syaikh Mulla ‘Umran bin ‘Ali Ridhwan (Linjah, Iran).
Beliau –ketika dicap sebagai Wahhabi– berkata: Jikalau mengikuti Ahmad dicap sebagai Wahhabi
Maka kutegaskan bahawa aku adalah …Wahhabi
Kubasmi segala kesyirikan dan tiadalah ada bagiku, Rabb selain Allah Dzat Yang Maha Tunggal lagi Maha Pemberi
6.  Asy-Syaikh Ahmad bin Hajar Al-Buthami (Qatar).
Beliau berkata: “Sesungguhnya Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi adalah seorang da’i tauhid, yang tergolong sebagai pembaharu yang adil dan pembenah yang ikhlas bagi agama umat.”
7.  Al ‘Allamah Muhammad Basyir As-Sahsawani (India).
Kitab beliau Shiyanatul Insan ‘An Waswasah Asy-Syaikh Dahlan, sarat akan pujian dan pembelaan terhadap Asy-Syaikh Muham-mad bin Abdul Wahhab dan dakwahnya.
8.  Asy-Syaikh Muhammad Nashi-ruddin Al-Albani (Syam).
Beliau berkata: “Dari apa yang telah lalu, nampaklah kedengkian yang sangat, kebencian durjana, dan tuduhan keji dari para penjahat (intelektual) terhadap Al-Imam Al Mujaddid Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab –semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala merahmatinya dan mengkurnianya pahala–, yang telah mengeluarkan manusia dari gelapnya kesyirikan menuju cahaya tauhid yang murni…”

9. Ulama Saudi Arabia.
Tak terhitung banyaknya pujian mereka terhadap Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan dakwahnya, turun-temurun sejak Asy-Syaikh masih hidup hingga hari ini.
Penutup
Akhir kata, demikianlah sajian kami seputar Wahhabi yang menjadi momok (sesuatu yg ditakuti) di Asia Tenggara pada khususnya dan di dunia Islam pada umumnya. Semoga sajian ini dapat menjadi penerang di tengah gelapnya permasalahan, dan pembuka cakarawala berfikir untuk tidak berbicara dan menilai kecuali di atas pijakan ilmu.
Wallahu a’lam bish-shawab.
(Ditulis oleh: Al-Ustadz Ruwaifi’ bin Sulaimi)