"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

01 June, 2018


TAZKIRAH RAMADHAN
TANPA terasa, hari-hari Ramadhan yang penuh berkah telah banyak berlalu meninggalkan manusia. Sekarang, Ramadhan hendak beranjak pergi di hari-hari terakhirnya ini untuk meninggalkan manusia dengan segala amalan yang telah mereka lakukan.

Allah telah mengingatkan agar kita selalu bermuhasabah dalam kehidupan keseharian kita. Hal ini dilakukan agar buah dari pekerjaan kita nantinya bukanlah berupa buah yang pahit rasanya dan busuk aromanya

Di Penghujung Ramdhan ini, kita berharap bahwa setelahnya kita senantiasa istiqamah dalam ibadah dan ilmu serta selalu berkumpul bersama orang-orang yang senantiasa bermuhasabah dan takut dengan Rabb-Nya.

- Huszaini -

Oleh: Ustaz Mohammad Kamaluddin Bin Abdul Kadir
Pada: Khamis | 31 Mei 2018 (16 Ramadhan 1439H)
Selepas Solat Isyak (Sebelum Solat Sunat Tarawih)
Tempat: Surau Sri Bahagia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Posted by: HAR

19 May, 2018

Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadits daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

وَعنْهُ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ ، قَال : كانَ رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يُرَغِّبُ في قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ فِيه بعزيمةٍ ، فيقُولُ : « مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيماناً واحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّم مِنْ ذَنْبِهِ » رواه مُسْلِمٌ Maksudnya : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan-pengharapan, akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

- HUSZAINI -

TAZKIRAH RAMADHAN
OLEH: USTAZ BAHRUDDIN BIN MANSUR
JUMAAT 18 MEI, 2018 (2 RAMADHAN 1439H)
DI SURAU SRI BAHAGIA, PETRA JAYA, KUCHING

28 November, 2017

KULIAH ISYAK
BUKU INDUK AKIDAH ISLAM (SYARAH AQIDAH WASITHIYAH)
Oleh: Wan Habib Fauzi Al-Qadri
Pada: Selasa 28 November 2017 jam 8.00malam
Tempat: Surau Sri Bahagia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Sinopsis:

Banyak agama telah memberikan keistimewaan agama tertentu kepada beberapa individu dan membuat ibadah dan iman bergantung kepada kelulusan individu seperti 'rakyat. Dengan kata lain, mereka merupakan perantara antara Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mereka dan secara palsu mendakwa mereka boleh memaafkan dosa-dosa mereka dan juga mempunyai pengetahuan pada yang ghaib!

Oleh itu, Islam datang untuk memberi penghormatan dan muliakan manusia dan menyangkal idea palsu bahawa manusia ibadah, taubat atau keselamatan adalah bergantung kepada keizinan individu tertentu 'tidak kira berapa yang taat dan berakhlak mulia mereka berada.



Posted by : HAR

23 November, 2017

KULIAH ISYAK

Tafsir Al-Azhar (Surah Al-An'am | Bermula dari ayat 133)
Ustaz Wan Habib Fauzi Al-Qadri
Selasa | 21 November 2017 jam 8pm
Surau Sri Bahagia, No. 8, Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya, Kuching, Sarawak


Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Mahakaya yang tidak memerlukan makhluk-Nya.


Perlu diketahui bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus para Rasul semata-mata kerana kasih sayang-Nya pada hamba-hamba-Nya. Dia sama sekali tidak memerlukan mereka. Keimanan maupun ibadah mereka. Atas dasar sifat kasih itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan mereka berbuat baik dan melarang berbuat buruk/jahat. Jika mereka berbuat baik, itu berarti mereka berbuat baik bagi diri mereka sendiri didunia dan akhirat. Allah Maha Berkuasa.

Penjelasan ini merupakan penjelasan yang meneguhkan, menenangkan, dan memberi keyakinan dalam hati kalangan orang-orang yang beriman.

Layari Video ini untuk penjelasan selanjutnya.
Posted By: HAR

16 November, 2017

Bekal menghadapi Kehidupan abadi

KULIAH ISYAK
At-Tadzkirah (Jilid 2: Bekal menghadapi Kehidupan abadi)
Oleh: Ustaz Wan Habib Al-Qadri
Khamis: 16 November, 2017 jam 8malam
Surau Sri Bahagia. Petra Jaya, Kuching, Sarawak


Mudah-mudahan video ini bermanfaat bagi kita, terutama memberikan nasehat berharga bahwa kehidupan dunia hanyalah sementara, dan  tidak terperdaya dengan kehidupan yang singkat ini dan untuk mempersiapkan kehidupan abadi kita di akhirat kelak.

Karena itu, pertanyaan yang penting yang harus selalu dapat kita jawab adalah” sudahkah kita menyiapkan bekal untuk keabadian itu?” Jangan sampai penyesalan kita datang tidak pada waktunya.

Posted by: Huszaini

12 November, 2017

TAFSIR AL-AZHAR (SURAH AL-AN’AM DARI AYAT 131)

KULIAH ISYAK – TAFSIR AL-AZHAR (SURAH AL-AN’AM DARI AYAT 131)
OLEH USTAZ WAN HABIB FAUZI PADA 7 NOVEMBER 2017, JAM 8.00MALAM
DI SURAU SRI BAHAGIA, PETRA JAYA, KUCHING, SARAWAK

Sinopsis Ceramah

Cinta dan sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada manusia menetapkan bahawa Dia tidak akan menghukum mereka kerana kemusyrikan dan kekafiran mereka sehingga Dia mengutus para Rasul kepada mereka.

Meskipun Allah telah meletakkan dalam fitrah mereka kecenderungan untuk menuju kepada Rabb mereka (dan fitrah mereka boleh tersesat), telah memberikan mereka kekuatan akal dan daya pemahaman (dan akal dapat saja dibawah tekanan syahwat).

Allah memberikan tugas kepada para Rasul dan risalah-risalah-Nya untuk membangunkan fitrah manusia dari timbunan kotoran.





Posted by: HAR

18 March, 2017

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA ALI R.A

15 March, 2017

DETIK-DETIK MENJELANG KEWAFATAN
RASULULLAH SAW


05 December, 2014


SIFAT ZIKIR NABI SAW SESUDAH SOLAT FARDU
oleh: Ustaz Halim Hassan


29 November, 2014