"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

Showing posts with label MANHAJ. Show all posts
Showing posts with label MANHAJ. Show all posts

26 March, 2020

KEAJAIBAN SEDEKAH


Mari kita bahas persoalan-persoalan daripada dua aspek iaitu aspek Agama dan Aspek rasional.

Daripada aspek Agama tidak diragukan lagi, sedekah memang memiliki manfaat yang ampuh. Didalam Al-Quran, terdapat banyak ayat berkenaan sedekah yang dapat kit abaca dan renungkan. Antaranya saperti berikut:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan”.(Surah Al-Baqarah: 271)

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa”. (Surah Al-Baqarah: 276)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala juga:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
“Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka”, (Surah Al-Mu’minum: 60)

Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ
“(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.(Surah Al-Baqarah: 263)

Lagi Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar”. (Surah An-Nisaa: 114)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ إِلاَّ جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Surah At-Taubah: 79)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 31:

قُل لِّعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُواْ يُقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَيُنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلانِيَةً مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَّ بَيْعٌ فِيهِ وَلاَ خِلاَلٌ
“Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka (rezeki), sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan)”.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَاجَيْتُمُ الرَّسُولَ فَقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَةً ذَلِكَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَأَطْهَرُ فَإِن لَّمْ تَجِدُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Mujaadalah: 12)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:

أَأَشْفَقْتُمْ أَن تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَاتٍ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا وَتَابَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan”. (Surah Al-Mujaadalah: 13)

Ayat=ayat ini secara tidak langsung menyebutkan manfaat ataupun keajaiban sedekah. Ayat-ayat ini hanya menekankan kepentingan sedekah, tetapi apabila kita memperhatikan riwayat-riwayat dalam Islam, kita pasti menemukan banyak riwayat yang mengetengahkan keajaiban sedekah.

Sayidina Ali bin Abu Talib RA berkata: “Pancing rezekimu dengan sedekah.“ Pun ada kaidah yang mengatakan, “Siapa yang banyak memberi, ia akan banyak menerima”. Sedekah merupakan salah satu cara pembuka pintu rezeki yang terbuka luas tanpa harus berpeluh keringat. Dengan bersedekah, terbentuklah rumus memberi bukan berarti mengurangi. Namun rumus yang sesungguhnya adalah memberi sama dengan menambah rezeki.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak”. (Hadith Riwayat al-Baihaqi dan Al-Tabarani)

Dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wassalam bersabda:

“Allah menciptakan  menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptkana gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya?

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?" Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?" Allah yang Mahasuci menjawab, "Ada, iaitu api"

Bertanya kembali para malaikat, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?" Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air). "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?"

Kembali bertanya para malaikat. Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin"

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?" Allah menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya." (Hadith Riwayat: Tirmidzi  dan Ahmad)

Itulah kekuatan sedekah yang diberikan kepada orang yang mengeluarkannya, lalu bagaimana pula dengan kekuatan-kekuatan sedekah pada diri orang yang menerimanya? Disinilah letaknya manfaat social daripada amalan bersedekah. Disini kita dapat menyatakan sedekah itu selain menjadi ibadah peribadi, ia juga adalah ibadah sosial.  Dengan bersedekah, bererti kita membantu orang dalam kesusahan.

Mudah bagi kita mengetahui dan memahami manfaat sedekah kepada orang yang menerimanya. Sebaliknya, tidak mudah bagi mengetahui dan memahami manfaat sedekah kepada diri orang yang memberi. Dalam hal ini, orang yang member sedekah itu hanya memperoleh manfaatnya apabila dia memenuhi syarat-syarat tertentu.

Sekiranya saudara memberitahu kepada saya, bagaimana caranya saudara dapat merasakan diri saudara penting, saya dapat mengatakan siapakah diri saudara.

MISALNYA: John Rockefeller merasakan dirinya penting apabila dia memberikan sumbangan bagi membagunkan sebuah hospital modern. Hospital itu dibina bertujuan merawat juta orang miskin yang belum pernah dilihatnya dan tidak akan dilihatnya sampai bila-bila. Apabila saudara memberikan sedekah dengan penuh ketelusan dan keikhlasan, saudara tentu memiliki perasaan saperti dirasakan oleh Rockefeller itu, sekali pun ia hanya suatu senyuman.

Ada dua perkara yang menentukan adakah sedekah itu berupaya mendatangkan manfaat kepada diri orang yang mengeluarkannya iaitu:

a.   Cara bersedekah
b.   Tujuan bersedekah

Ada empat jenis hubungan antara cara dan tujuan bersedakah iaitu:

a.   Cara bersedekah benar dan tujuannya juga benar, maka orang yang memberi  
      sedekah mendapat manfaatnya.
b.   Cara bersedekah salah sedangkan tujuannya benar, maka orang   yang memberi
      sedekah tidak dapat manfaatnya.
c.   Cara bersedekah benar dan tujuannya salah, maka orang yang member sedekah
      tidak mendapat manfaatnya.
d.   Cara sedekah salah dan tujuannya juga salah, maka orang yang member sedekah
      tidak mendapat manfaatnya,   sebaliknya ia membawa kerosakan, baik pada orang
      yang mengeluarkannya mahupun pada orang yang menerimanya.

Penulis membincangkan berkenaan cara dan tujuan sedekah yang benar dan salah menurut pandangan Islam. Penulis juga menyentuh bagaimana konsep ini turut dipraktikan dalam agama atau ajaran lain. Penulis juga mahu menunjukkan kepada sauadar, pelbagai kemusykilan anggapan, pendapat, bahkan keyakinan berkenaan hakikat sedekah dalam Islam dibandingkan dengan dalam agama lain. Penulis juga berusahamenunjukkan kepada saudara perkara-perkara berikut:

a.   Keajaiban-keajaiban bersedekah dan cara kita memandang dan mentafsirkan
      keajaiban-keajaiban itu.
b.   Kekeliruan-kekeliruan dalam cara mengeluarkan sedekah
c.   Kekeliruan-kekeliruan dalam tujuan mengeluarkan sedekah
d.   Hubungan antara sedekah dengan rezeki iaitu falsafah disebalik sedekah dapat
      mendatangkan rezeki
e.   Hubungan antara sedekah dengan umur iaitu falsafah disabalik   sedekah dapat
      memanjangkan umur.
f.   Hubungan antara sedekah dengan penyakit iaitu falsafah disebalik sedekah dapat
     menolak, mencegah dan menyembukkan penyakit.

Daripada riwayat-riwayat ini, kita mendapat penjelasan sekurang-kurangnya ada empat manfaat ataupun keajaiban sedekah iaitu:

a.   Sedekah dapat menolak bala ataupun bencana
b.   Sedekah dapat menyembuhkan penyakit
c.   Sedekah dapat memanjangkan umur
d.   Sedekah dapat memperluas ataupun menambah rezeki

Sampai disini, kita dapat meragui ataupun menolak keajaiban sedekah daripada perspektif agama kerana kita dapat melihat sendiri bukti-buktinya.

Bagaimana pula dengan perspektif daripada aspek rasional?

Memang kita tidak dapat menafikan yang kita menganggap ia suatu kebetulan apabila ada orang yang bersedekah dan kemudian dia selamat daripada bencana. Dalam hal ini, saya mahu tunjukkan dua kemungkinan yang wujud daripada kebetulan iaitu:

a.   Kebetulan benar
b.   Kebetulan tidak

Katakan, suatu kebetulan itu benar iaitu saudara bersedekah dan kemudian terselamat daripada suatu bencana ataupun penyakit, maka bukanlah kebetulan saudara selamat itu lebih baik daripada saudara terkena penyakit ataupun ditimpa bencana? Jadi, apakah persoalannya?

Sekarang katakanlah pula kebetulan tidak iaitu saudara bersedekah tetapi tidak terselamat daripada suatu bencana atau pun penyakit, bagaimana saudara dapat memastikan saudara terkena bencana ataupun penyakit itu karena saudara bersedekah?  Dalam hal ini, sekiranya saudara tidak dapat membuktikan saudara terkena bencana ataupun penyakit karena saudara bersedekah, maka saudara juga tidak dapat membuktikan saudara tidak ditimpa bencana ataupun diserang penyakit karena saudara bersedekah? Dengan kata lain, saudara tidak dapat dan tidak berhak menyimpulkan sesuatu kebetulan.

Bagi orang yang bersedekah tetapi tidak berasa mendapat manfaat ataupun keajaiban daripada sedekahnya, persoalannya tidak terletak pada sedekah yang dia berikan itu tetapi terletak pada dirinya sendiri. Ada beberapa pertanyaan yang perlu kita tanyakan kepada orang itu. Pertanyaan pertanyaan itu adalah saperti berikut:

a.   Adakah sedekahnya mengandungi kecacatan ataupun tidak, adakah ia bermanfaat,
      halal, baik ataupun sebaliknya?
b.   Apakah niatnya betul ataupun tidak?
c.   Adakah cara bersedekahnya betul ataupun tidak?
d.   Adakah tujuan dia bersedekah betul ataupun tidak?
e.   Adakah dia bersedekah kepada orang yang tepat?

Sekiranya jawapannya adalah tidak ataupun belum, sedekah itu tentu tidak boleh membawa manfaat ataupun keajaiban, sedekah adalah pemberian. Ini adalah prinsip yang perlu semasa kita perhatikan. Sewaktu saudara bersedekah kepada seseorang terjadilah hubungan saperti berikut:

a.   Saudara menjadi orang yang member sedekah.
b.   Ada sesuatu yang disedekahkan
c.   Ada orang yang menerima sedekah saudara

Oleh itu, apabila saudara bersedekah dengan cara yang salah, tentu kesalahan itu diperlihatkan pada diri dan pada orang yang menerima sedekah saudara. Misalnya, saudara bersedekahkarena mahu dipuji dan dihormati orang lain. Dalam keadaan ini, pujian dan penghormatan yang diterima bersifat sementara belaka. Saudara hanya berasa senang apabila dipuji disebaliknya berasa marah dan kecewa apabila tidak dipuji. Dengan itu, sedekah saudara memberikan kesan yang negative pada diri dan orang yang menerima sedekah saudara.

 Wallahu A'lam Bishawab       

Posted by: HAR
Rujukan: Muhammad Muhyidin – Ajaibnya sedekah, semakin bersedah semakin kaya
Tafsir Al-Quran: Mymasjid.net

24 March, 2020


MENSYUKURI NIKMAT UMUR

Allah subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencurahkan nikmat-Nya kepada kita dengan bermacam-macam nikmat yang tidak dapat dihitung banyaknya tiap-tiap hari. Walaupun kita jadikan lautan untuk tinta (ink) dan semua ranting kayu   pena, belumlah akan dapat terhitung jumlah nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang kita pergunakan tiap-tiap hari, mulai dari sejak terbitnya matahari sampai terbenamnya dan terbit lagi.

Perkara ini Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Nahl: 18)

Sesungguhnya benar Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala itu, andaikata kita ingin juga hendak menghitung satu persatu, mengenai bermacam nikmat yang kita masukkan kedalam perut dengan melalui kerongkongan saja, rasanya akan susah kita buat menghitungnya, berapa banyaknya yang kita masukkan setiap hari kedalam perut kita. Konon pula untuk menghitung macam-macam nikmat yang lain. Cuma manusia juga yang kadang-kadang lupa kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Pemurah memberi serba macam nikmat itu.

Diantara banyak nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang kita pakai dan kita pergunakan setiap hari, maka yang sangat kita rasakan sekali ialah nikmat umur yang kita guna sekarang. Umur yang kita gunakan sekarang ini adalah salah satu nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mahal harganya dan paling tinggi nilainya. Tidak dapat kita nilai harganya dengan wang ringgit yang bertumpuk-tumpuk dan dengan emas yang berketul-ketul.

Kalau Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memanjangkan umur kita sekarang ini, maka sudah sepantasnya sebagai terima kasih kita, sisa umur yang tinggal ini, baiklah kita gunakan untuk mengabadi kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan erti yang sebenar-benarnya mengabdi untuk berbuat baik kepada masyarakat dan keluarga sebanyak mungkin, disamping mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta bersedia menegakkan hukum-hukum Allah dengan patuh dan tunduk. Sedangkan berbakti kepada masyarakat dan keluarga, baik dengan harta, tenaga dan fikiran dengan keringat dan darah sekalipun dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Untuk itulah sengaja Allah Subhanahu wa Ta’ala memanjangkan umur kita sampai sekarang ini.

Semakin bertambah umur kita setahun semakin dekat kepada ajal dan semakin dekat dengan ajal, semakin dekat pula kepada liang kubur. Kerana itu hendaklah umur kita yang ada sekarang ini dapat kita pergunakan sebaik-baiknya sebelum datang ajal, sebelum umur kita bercerai dengan badan. Jangan terlambat dan jangan kita terpedaya kerana kekuatan kita, kerana kekayaan, kerana pengaruh besar, kerana pangkat dan lain-lain semuanya itu akan berakhir bila malaikat maut sudah menceraikan roh kita dari badan.

Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ، وَشَرُّ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ
“Sebaik-baik manusia ialah yang diberi panjang umurnya dan umur yang panjang itu dia gunakan untuk baik amalannya. Dan sejelek-jelek manusia adalah orang yang panjang umurnya dan jelek amalannya.” (Hadits Riwayat:  Ahmad, At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

Selain itu, angka 40 tahun juga muncul dalam hadits Rasulullah SAW yang dikutip oleh Imam Al-Ghazali. Manusia dengan usia 40 tahun dinilai memiliki kematangan mengolah data dan mendayagunakan akal. Oleh karenanya, jalan hidup seseorang hingga akhirnya dapat dilihat setelah usia 40 tahun.

عَنِ  ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ  وَسَلَّمَ : " مَنْ أَتَى عَلَيْهِ أَرْبَعُونَ سَنَةً فَلَمْ يَغْلِبْ  خَيْرُهُ شَرَّهُ فَلْيَتَجَهَّزْ إِلَى النَّارِ”
Dari  ibn abbas, ia berkata: "telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Barangsiapa yang  mencapai umur 40 tahun, namun kebaikannya tidak melebihi keburukannya, maka bersiaplah untuk masuk neraka".

Dengan sabda  Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam itu dapatlah kita mengambil perhatian dan keinsafan supaya kita dapat menggunakan umur kita yang berharga ini dengan sebaik-baiknya menurut apa yang telah digariskan oleh agama kita serta diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Umur yang kita guna sekarang ini akan kita pertanggung jawabkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala nantinya, untuk apa saja umur kita hasbiskan, untuk apa lagi umur kita guna, semuanya dimintai pertanggung jawabkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kita. Baru saja selesai dikuburkan-nya jasad kita, belum lagi hilang jejak telapak kami manusia yang menghantarkan ke kubur, pertama-tama yang ditanyakan Allah Subhanahu wa Ta’ala ialah mengenai umur, kemana dihabiskan dan untuk apa digunakan.

Pada waktu itu tidak dapat berdusta sedikitpun, sebab seluruh anggota badan menjadi saksi tentang apa dan untuk apa dipergunakan umur yang sekian puluh tahun digunakan. Barulah pada hari itu timbul penyesalan yang mana penyesalan tidak berguna lagi sebab sesal kemudian tak ada gunanya lagi.

Menangislah, merataplah kerana menyesali perbuatan waktu itu, namun tangis dan rantap tidak menolong sedikitpun. Umur akan melaporkan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, semua apa yang telah diperbuat dan dikerjakan didunia, dengan tidak dapat dikurangi dan ditamba sedikitpun. Umur akan menceritakan dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala nanti, bahawa  aku selama berada ditubuh si anu sekian lamanya, sekian kali dibawa berbuat maksiat, berjudi, minum arak dan lain-lain.

Begitulah kira-kira umur, bila umur kita digunakan untuk bermaksiat dan begitu sebaliknya, bila umur kita digunakan untuk beribadah menjalankan perintah-perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sungguh-sungguh berbakti kepada masyarakat dan keluarga.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Belum lagi hilang jejak telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat, sehingga kepadanya telah diajukan empat pertanyaan:

1.         Dari hal umurnya kemana dihabiskan

2.         Dari hal tubuhnya untuk apa dipakainya

3.         Dari hal ilmunya apa yang sudah diamalkan-nya dengan ilmunya.

4.         Dari hal harta darimana diperolehnya dan untuk apa dibelanjakan-Nya

(Hadiths Riwayat: Termidzi)

Bagi manusia yang beiman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, pasti mempercayai bahawa pada suatu saat yang telah ditentukan umurnya akan bercerai dengan badan bila ajalnha sudah datang dan dia berpulang ke rahmatullah buat mempertanggung jawabkan umurnya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Bila kepercayaan ini sudah tumbuh dan sudah menjadi keyakinan yang kaut, masing-masing manusia tentu akan berhati-hati unutk sisa umurnya yang tinggal ini, sebelum datang ajalnya untuk mencapai husnul khatimah, iaitu penghabisan umur yang baik.

Akhirnya, baiklah kita sama-sama ingat pada pesanan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai pengunaan segala kesempatan dalam hidup ini sebagaimana dikemukakan sebagai berikut:

Pergunakanlah lima (5) kesempatan sebelum datangnya lima (5) kesempitan:

1.         Pergunakanlah kesempatan sehatmu sebelum datang sakitmu

2.         Pergunakanlah kesempatan lapangmu sebelum datang kesempitan mu

3.         Pergunakanlah hari mudamu sebelum datang hari tua mu

4.         Pergunakanlah kesempatan kayamy sebelum datng masa fakir mu

5.         Pergunakan kesempatan masa hidupmu sebelum datang saat kematian mu

(Hadits Riwayat: Baihaqi)

Marilah kita gunakan kesempatan hidup kita untuk memperbaiki langkah kita yang lau, agar mencapai kehidupan yang bahagia dan sukse memperoleh kemenangan yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala

Marilah kita sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sebenar-benar taqwa. Bukan hanya taqwa yang hanya diucapkan dengan bibir, melainkan taqwa yang dinyatakan didalam ucapan dan perbuatan harian. Iaitu segala ucapan dan perbuatan kita selalu berpegang dan berlandasan apa yang telah disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui agama yang lurus – ISLAM

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

Apakah semua itu dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT sampai tutup usia atau lebih jauh dengan-Nya.

Wallahu a’lam.

Posted by: HAR
Terjemahan Al-Quran: mymasjid.net
Rujukan/nasihat Oleh: Ustaz Mohammed Amin Razali

22 March, 2020


SAYANGILAH IBU BAPA KITA
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dengan ibu bapa.

“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).

RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan dan ucapan seharian.

Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’, ‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.

“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )

Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.

Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” (al-Isra’, 17: 24)

Marilah kita bersama-sama menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sehingga diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga akan menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.

Posted by: HAR
Rujukan: Islam itu Indah

24 December, 2018

RIZQ  ARE IN THE HAND OF ALLAH SWT


All Praises and thanks are due to Allah, The Beneficent the Merciful. Salaah and Salam Upon The Messenger Of Allah (Sallalahu ‘alaihi Wa Salam)

I will discuss a little about Rizq. It’s not to be directed to anybody in particular but to be understood and reflected in ourselves. Rizq are in the hand of Allah The Almighty who has predestined and determined them and, therefore, no one can increase or decrease them other than Him.

In this regard, Allah The Almighty Says:

فَأَمَّا الإِنسانُ إِذا مَا ابتَلاهُ رَبُّهُ فَأَكرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقولُ رَبّي أَكرَمَنِ
" As for humans, if their Lord tests it, then He glorifies Him and gives Him pleasure, Then He will say:" My Lord has glorified me ". (The Quran Al-Fajr (89): 15)

وَأَمّا إِذا مَا ابتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيهِ رِزقَهُ فَيَقولُ رَبّي أَهانَنِ
"But when He tests him and tightens for him his provision, he says, ‘My Lord has humiliated me.” (The Quran Al-Fajr (89): 16)

“Now, criticizing the general moral state of the people, it is being said: After all, why shouldn’t the men who have adopted such an attitude in the life of the world, be ever called to account, and how can it be regarded as a demand of reason and justice that when man has left the world, after doing all he could, he should never receive any reward or suffer any punishment for his deeds.

This then is man’s materialistic view of life. He regards the wealth and position and power of this world alone as everything. When he has it, he is filled with pride and says God has honored me; and when he fails to obtain it, he says: God has humiliated me. Thus, the criterion of honor and humiliation in his sight is the possession of wealth and position and power, or the absence of it, whereas the truth which he does not understand is that whatever Allah has given anybody in the world has been given for the sake of a trial. If he has given him wealth and power, it has been given for a trial to see whether he becomes grateful for it, or commits ingratitude. If he has made him poor, in this too there is a trial for him to see whether he remains content and patient in the will of God and faces his hardships bravely within permissible bounds, or becomes ready to transgress every limit of morality and honesty and starts cursing his God”.
(Islamicstudies.info: Towards Understanding the Quran)              

As recorded in Buhari and Muslim: The Prophet (Sallallaahu 'Alaihi wa sallam) said:

 "Whoever Allah wants good for him, he puts them to test. He puts them through difficulties. Like a diamond or some metal that has to be burnt and then that which is bad from it is removed so that you have that which is the pure diamond or the pure gold or whatever. Put them to tests, trials and difficulties." 

One must understand that this world is run by Allah. That one has no control over anything. All that happens is by the will of Allah, you have no power to steer it your way. As we are aware, this world is a place of test. And being so all that is in it is a test. It will last for only so long and then Allah will make it better. No hardship is without purpose, no suffering is without reward. The world will run as Allah wills it to, there is no point in worrying about what comes as difficult. We only need to believe and turn to HIM, Believe and have faith, Believe and earn rewards and the Love of Allah.  The greater the test, the greater the reward, the greater the hardship the greater the reward, the greater the difficulty, the greater the reward from Allah.

So welcome your hardships for they are blessings. Know that Allah loves you. That is why He wishes to purify you. Allah loves you and He has given you an opportunity to come close to Him. Allah loves you and that is why He has allowed you to earn more rewards. He loves you and that is why He put you through tribulations to test your faith and love for HIM. Allah loves you and will never abandon you, He just wishes for you to keep your faith strong in Him and earn more rewards.
           
As narrated by Tirmidhi and Ibn Maajah :  - The Prophet (Sallallahu alaihi wa sallam) said: 

'’The greater reward is with the greater trial or the greater the trial or difficulty of test or hardship is then the greater the reward. And when Allah loves a person, He put them on trial, The people as long as they are in good health, good shape, good condition they are covered. You don't know their true character because they are in good situation, they are in good circumstance. As long as they are in a good circumstances they are covered. But if a trial or difficulty or a hardship comes upon them, then you will see their reality. They will go to their reality. The Mu'min will run to his Iman, the hypocrite will run to his hypocrisy”.

From above-mentioned hadith, we can conclude that a hardship and suffering is a blessing in disguise. It is a moment of test, a test that once you pass with patience, it will grant you reward more than you can imagine.

Allah also states in Surah Al-Baqarah: 155-157

وَلَنَبلُوَنَّكُم بِشَيءٍ مِنَ الخَوفِ وَالجوعِ وَنَقصٍ مِنَ الأَموالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَراتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّابِرينَ
الَّذينَ إِذا أَصابَتهُم مُصيبَةٌ قالوا إِنّا لِلَّهِ وَإِنّا إِلَيهِ راجِعونَ
أُولٰئِكَ عَلَيهِم صَلَواتٌ مِن رَبِّهِم وَرَحمَةٌ ۖ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُهتَدونَ
"We will surely test you with a measure of fear and hunger and a loss of wealth, lives, and fruits; and give good news to the patient. —those who, when an affliction visits them, say, ‘Indeed we belong to Allah, and to Him do we indeed return.’ It is they who receive the blessings of their Lord and [His] mercy, and it is they who are the [rightly] guided".

One should be joyous! That Allah is testing you! That Allah has given you an opportunity because Allah loves you and wants the best for you.

It is your patience that will get you through, because you have complete faith in Allah that HE will make it alright. There is nothing worth worrying about when your life is controlled and is in the Hands of Allah The Almighty, The Compassionate, The Most Loving. Run to Him for help. Run to Allah to find solace that this time will be over, Run to HIM for that is what HE is testing you for”. 

Ibn Kathir rahimahullah interpreted the verse above, "In the verse, Allah Ta'ala denies anyone who misunderstands God's intention to expand rizki. God actually made it a test. But he thought with the extent of the rizki, that meant God glorified him. Really not, actually it's just a test. 

As Allah the Exalted says:

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ بَل لا يَشْعُرُونَ
Do they suppose that whatever aid We provide them in regard to wealth and children [is because], We are eager to bring them good? Rather they are not aware! (The Quran Surah Al-Mu’minum: 55-56)

When Allah takes rizki from us, we often think that He loves us less now and therefore retrieve what we have, but that’s not true at all. Like how Allah gives rizki even to people who may not do good in His name, He can also take rizki from people that He loves. What matters most if how one reacts to the circumstances?

Difficult and challenging situations are inevitably experienced by everyone at some point in life. These conditions are tests from Allah Ta’ala in order to elevate their status and increase their blessings.

I can’t say I’ve done everything right, but I thank God for being patient with me. I’m sure can say you haven’t done everything right also, but you can mightily lift your hands and thank Allah that He’s been patient with you! Allah of course know which is best for his servants.
 Listen to the words of Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa salam, it will cool your heart, it will take you to that which is right, it will correct you, it will guide you, it will increase your faith, and your patience.
أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُصِيبَةٍ تُصِيبُ الْمُسْلِمَ إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا(المسلم
"There is no difficulty that happens to a Muslim except that Allah removes a sin because of it even if a thorn pricks him and even to that degree."(Muslim)
Things-To-Do in Times of Hardship

Some practical steps are mentioned below which will help to face the difficult situation:

Offer Salah: Make sure to praying on time that is 5 times a day. Never miss a salah and do your best to pray each Salah with sincerity as if it’s your last salah in this world.

Make Dua: Make dua for removing doubt or mistrust during difficulties.

Read Quran: Quran is a book of guidance by reading Quran you will find the solution of every difficulty that you are facing in your life.

Give Sadaqah or Charity: Give lots of charity, as much as you can, because it helps drive away hardship.

Hardship is Not Lost: Remember one thing, Allah will never forget the injustice and hardship you ever faced in life, so don’t worry about seeking revenge or trying to get justice.

In short, being a Muslim always welcome your hardships for they are blessings. Know that Allah loves you. That’s why He wishes to purify you during hardships. Allah loves you and He has given you an opportunity to come close to Him, He has allowed you to earn more rewards by facing difficulties. He just wishes for you to keep your faith strong in Him and earn more rewards. May Allah give us the strength to be patient during hardships!  Amin

Posted by HAR

24 August, 2018

Hukum Memfitnah dan Balasannya

Fitnah, kadang kita sering mendapat kabar dari orang lain tentang percakapan yang tidak menyenangkan tentang seseorang. Berhati-hatilah karena belum tentu itu benar dan boleh saja mereka hanya memfitnah orang itu. Karena orang yang beraninya fitnah dibelakang dan menyebarkan fitnah dibelakang itu termasuk perbuatan keji. Kadang ada orang yang iri dan dengki dengan orang yang mempunyai pemikiran atau harta lebih darinya makanya memfitnah untuk menjatuhkan mereka.

Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka akan reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah iaitu menceritakan keburukan orang kepada individu tertentu dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Firman ALLAH didalam Al-Qur’an:

”Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (QS. al-Hujurat: 6)

Janganlah memata-mata saudaramu, dan janganlah kalian menjelek-jelekkan satu sama lain. Apakah kamu ingin memakan daging mentah, bangkai saudaramu yang sudah mati? Dan Allah tidak suka dengan hal itu. Laa yaghtab ba`dakum ba`da. Jangan meemburuk-burukkan satu sama lain, jangan bicara buruk tentang satu sama lain, karena dengan itu Allah akan menempatkan kalian di bawah hukumanNya dan mengambil seluruh hasanat (kebaikanmu) dan memberikan kebaikan amal ibadahmu kepada orang yang kalian dzalimi, dan mengambil keburukan dosa-dosa orang yang kalian dzalimi dan diberikan kepadamu.

Memfitnah hukumannya lebih berat dari ketidaktaatan. Fitnah akan menyebabkan hukuman yang lebih berat dari Allah. Allah swt menghukum lebih berat orang yang membuat fitnah daripada orang yang membuat dosa besar. Karena fitnah akan menciptakan kebingungan. Fitnah akan menciptakan situasi dimana banyak orang akan terjatuh dalam dosa fitnah itu tanpa mengetahui bahwa mereka telah jatuh kedalam perangkap syaitan, dan tidak ada jalan keluar bagi orang yang membuat fitnah. Tidak ada pengampunan bagi orang yang membuat fitnah. Itulah sebabnya Allah swt tidak suka dengan orang yang suka memfitnah.

Fitnah, ketika seseorang membuat fitnah, setelah itu terjadi maka orang percaya dan kemudian generasi baru yang datang, mereka pikir itu adalah kenyataan dan kebenaran maka kemudian situasi yang tercipta menjadi tidak ada yang berpikir bahwa cerita itu sebenarnya adalah fitnah. Jadi setelah 10-15 tahun orang-orang baru datang dan berpikir ini adalah realiti yang telah ditetapkan sebagai kebenaran, atau seseorang yang menuduh, mereka menganggap hal itu setelah beberapa waktu sebagai sebuah fakta kebenaran, tetapi pada kenyataannya adalah berita bohong. Maka tidak ada jalan keluar untuk mereka yang memfitnah, dan juga orang-orang yang menyebar fitnah, ini adalah Fatwaku, dosa orang yang memfitnah lebih besar dari dosa orang yang melakukan dosa besar.

Itulah sebabnya Allah swt ingin kita menjadi sadar, dan itulah sebabnya Dia mengatakan dalam Al Qur'an: Jangan menjelek-jelekkan satu sama lain. Lalu kalian akan menerima kutukan yang sama. Allah mengutuk orang yang membawa fitnah itu menyebar. Maka akan lebih baik untuk tetap diam di depan orang yang menyebar fitnah, karena Allah mengutuk orang yang membawa fintah keluar, kalian menjadi seperti Iblis. Jadi jika kalian bukan dari golongan Awliyaullah, dimana Allah swt berfirman: Awliya Allah, sesungguhnya mereka tidak ada rasa takut tidak juga mereka bersedih hati. Maka janganlah kalian terjatuh ke dalam fitnah.

Mengapa orang berkelahi satu sama lain? Karena fitnah dan gibah. Mereka berkelahi karena seseorang memfitnah orang yang tidak bersalah, sehingga mereka berkelahi dan membenci diantara satu  sama lain.

Perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan, sehingga runtuh segala sendi keharmonian negara atau kebahagiaan rumahtangga. Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

"Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada orang yang jadi mangsanya.

Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah Ta’ala.

Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

Bagi penyebar fitnah sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

"Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan disiksa oleh Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar.

Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.

Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.

Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah. Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

"Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar didunia dan di akhirat.

Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)

Melalui pembacaan artikel ini sudah cukup jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

Mudah-mudahan bermanfaat

Posted by: HAR