"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

03 December, 2014

MEMBALAS KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN


Islam adalah cara semula jadi hidup yang menggalakkan seseorang untuk memberi perhatian kepada hubungan mereka dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ciptaan-Nya . Islam mengajar bahawa ia adalah melalui mengerjakan kebaikan dan mencari keridhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang jiwa mencari kebahagiaan sebenar dan keamanan . Ia adalah dalam konteks ini bahawa Islam perkataan berasal dari akar kata " salam , " atau  keamanan. Islam adalah agana yang damai dan penuh dengan keindahan. 

Islam mengajarkan umatnya agar terus menerus berbuat kebaikan kepada sesama manusia tanpa mempedulikan asal usul, status sosial, agama, jenis kelamin dan sebagainya. Hal ini dijelaskan di dalam Al-Qur’an.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

أُوْلَئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

ulaa-ika yu/tawna ajrahum marratayni bimaa shabaruu wayadrauuna bialhasanati alssayyi-ata wamimmaa razaqnaahum yunfiquuna 

“Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka”. (Surah Al-Qasas: 54)

Mereka diberi pahala dua kali ialah: Kali pertama kerana mereka beriman kepada Taurat dan kali yang kedua ialah kerana mereka beriman kepada Al-Qur'an.

Cuba kita perhatikan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala selanjutnya:

مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

man jaa-a bialhasanati falahu khayrun minhaa waman jaa-a bialssayyi-ati falaa yujzaa alladziina 'amiluu alssayyi-aati illaa maa kaanuu ya'maluuna

“Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan”. (Surah Al-Qasas: 84)

Dalam ayat di atas jelas bahawa segala kebaikan akan mendapat balasan yang lebih baik dan setiap kejahatan dibalaskan setimpal dengan apa yang dilakukan. Di sinilah letak kebaikan dan keadilan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia memberikan ganjaran yang lebih kepada orang-orang yang berbuat kebaikan. Namun untuk pelaku kejahatan dibalas setimpal dengan kejahatannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menzalimi sedikitpun terhadap prang-orang yang berbuat jahat.

Di dalam Al-Quran telah jelas menyeru kita agar sentiasa membalas kejahatan dengan kebaikan. Dalam Surah Ar-Ra'd pada ayat yang ke- 22. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;

وَالَّذِينَ صَبَرُواْ ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
سِرّاً وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ
waalladziina shabaruu ibtighaa-a wajhi rabbihim wa-aqaamuu alshshalaata wa-anfaquu mimmaa razaqnaahum sirran wa'alaaniyatan wayadrauuna bialhasanati alssayyi-ata ulaa-ika lahum 'uqbaa alddaari 

“Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;”  (Surah Ar-Rad: 22)

Seterusnya dalam Surah Al-Mu'minuun (Al-Mu'minun)dalam  ayat yang ke-96, kata Allah Subhanahu wa Ta’ala;

ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ السَّيِّئَةَ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ
idfa' biallatii hiya ahsanu alssayyi-ata nahnu a'lamu bimaa yashifuuna 

“Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu”. (Surah Al-Mu’minum: 96)

Maksud ayat diatas: perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan kaum musyrikin yang tidak baik itu hendaklah dihadapi oleh Nabi dengan yang baik. Umpama dengan mema'afkannya, asal tidak membawa kepada kelemahan dan kemunduran dakwah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengajarkan kita supaya menghadapi semua tantangan dan masaalah yang kita hadapi didalam hidup ini dengan penuh kesyukuran. Begitulah kehidupan berjalan. Kadang-kala kita berada diatas dan dilain waktu kita dibawah. Perbuatan baik yang kita lakukan malah dibalas dengan kejahatan oleh orang lain. Oleh sebab itu, bila kita melakukan sesuatu, janganlah kita mengharap bahawa kita akan memperoleh sambuatan hangat atau balasan yang serupa dari orang lain.

Apa lagi alasan kita untuk membalas kejahatan dengan kejahatan? Apakah kita tidak takut untuk menentang suruhan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang terkandung di dalam Al-Quran? Atau kita tidak percaya pada Rasul, atau pada Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam? Istighfar, semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang sesat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ
عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
walaa tastawii alhasanatu walaa alssayyi-atu idfa' biallatii hiya ahsanu fa-idzaa alladzii baynaka wabaynahu 'adaawatun ka-annahu waliyyun hamiimun 

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib”. (Surah Fussilat: 34)

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:

وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
wamaa yulaqqaahaa illaa alladziina shabaruu wamaa yulaqqaahaa illaa dzuu hazhzhin 'azhiimin 

“Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat”. (Surah Fussilat: 35)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi mengingatkan kita:

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاماً
wa'ibaadu alrrahmaani alladziina yamsyuuna 'alaa al-ardhi hawnan wa-idzaa khaathabahumu aljaahiluuna qaaluu salaamaan 

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini” (Surah Al-Furqan: 63)

Ayat ini menerangkan, bahawa jika ada orang-orang yang bodoh menyapa, yang mengejek dengan perkataan yang tidak sewajarnya, maka dia akan membalas dengan ucapan yang baik kepada orang yang mengejeknya itu. Tetapi secara semulajadinya hal ini tidak mudah untuk dilakukan. Malahan selalunya, perbuatan baik dibalas dengan kejahatan (air susu dibalas dengan tuba).

Biasanya, apabila kita mendengar orang mengejek kita, kita akan membalas dengan kata-kata yang lebih kasar lagi berbanding dengan ucapan orang yang mengejek kita tadi. Kalau ada yang memaki kita sekali, maka kita akan membalas berkali-kali lagi. Jika ada orang yang berbuat jahat kepada kita sekali, maka kita akan membalasnya lebih dari sekali. Itulah fitrah semula jadi manusia.

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa dakwah awal Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang dilaksanakan dengan penuh kebaikan tanpa kekasaran itu telah dibalas dengan kejahatan oleh Musyrikin Makkah? Bukankah ada juga manusia munafik yang berpura-pura Islam dan berpihak kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam  tetapi sebenarnya tidak? Itulah sejarah manusia….

Didalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa Ta'ala juga memerintahkan hamba beriman untuk selalu mendoakan untuk kebaikan orang lain. 

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
waistaghfir lidzanbika walilmu/miniina waalmu/minaati

“Dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) kaum mukminin, baik laki-laki maupun perempuan“, (Surah: Muhammad : 19).

Meskipun adalah MUSTAHIL seseorang boleh menyamai sifat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, paling tidak kita harus berupaya sekuat dan semampu mungkin untuk meneladaninya.  Kita perlu terus menerus terpacu dengan keteladanan Rasululla Shallallahu 'alaihi wasallam h dan terus saling menasihati orang lain untuk meneladani sikap mulia Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tersebut.

Rasulullah Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam adalah sosok pribadi yang dalam prilaku kesehariannya selalu mencerminkan   akhlakul karimah. Berikut ini adalah realitas kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam  yang dapat menjadi renungan kita semua dan dapat kita jadikan sebagai suri tauladan .

“Tatkala seorang pandir Quraisy mencegat rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam di tengah jalan, lalu menyiramkan tanah di atas kepala beliau. Muhammad Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam diam menahan pedih. kemudian pulang ke rumah dengan tanah yang masih menempel di kepala. Fatimah, puterinya, kemudian datang mencucuikan tanah di kepala ayahnya itu. Ia membersihkannya sambil menangis.

Tak ada yang lebih pilu rasanya dalam hati seorang ayah daripada mendengar tangisan sang anak. Lebih-lebih anak perempuan. Setitik air mata kepedihan yang mengalir dari kelopak mata seorang puteri adalah sepercik api yang membakar jantung. Beliau pun tak kuasa menahan perasaan, lalu menangis tersedu-sedu di sisi sang puteri. Juga, sececah duka yang menyelinap ke dalam hati adalah rintihan jiwa yang terasa mencekik leher, dan hampir pula menyuluti emosinya untuk membalas. Tetapi Rasul Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam adalah  seorang yang sabar dan pemaaf. Lalu, apakah yang beliau lakukan dengan tangis puterinya yang baru saja kehilangan sang ibu tercinta itu? Rasul Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam hanya boleh menghadapkan jiwanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, seraya memohon dikuatkan batinnya untuk menerima perlakuan keji itu.

"Jangan menangis anakku" ucap sang ayah kepada puterinya yang sedang berlinang air mata itu. "Tuhan akan melindungi ayahmu."

Inilah akhlak cantik yang telah diperlihatkan oleh Rasul kepada kita semua, "menolak kejahatan dengan kebaikan " meskipun ajaran agama memberikan kesempatan pada rasul  yang telah diperlakukan secara tidak manusiawi (dzalim) untuk mengadakan perlawanan demi membela diri, bahkan, boleh membalas, namun Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam  memilih sabar dan memaafkan perbuatan keji tersebut.

Sungguh, membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama, tidak dikenakan sekatan dosa, kerana dosa itu hanya berlaku bagi orang-orang yang berbuat aniaya (dzalim) tanpa berpijak pada logika kebenaran, namun agama lebih mengutamakan sikap sabar dan saling memaafkan bertimbang sikap saling membalas dan saling memusuhi. Kejahatan hendak dibalas dengan kejahatan, tentulah bukan sebuah pilihan yang baik bagi responsibiliti moral sebuah agama.

Sebagaimana dalam Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُواْ بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرينَ
wa-in 'aaqabtum fa'aaqibuu bimitsli maa 'uuqibtum bihi wala-in shabartum lahuwa khayrun lilshshaabiriina 

“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar”. (SuraAn-Nahl: 126)

Maksudnya pembalasan yang dijatuhkan atas mereka janganlah melebihi dari siksaan yang ditimpakan atas kita

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:

وَلاَ تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ
walaa tahzan 'alayhim walaa taku fii dhayqin mimmaa yamkuruuna 

“.. dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” (Surah An-Nahl: 127)

Eloklah kita contohi sifat teladan yang telah ditunjukkan oleh RasulullahShallallahu 'alaihi wasallam. Baginda pernah disakiti, dihina, dikeji, dimaki, difitnah, dihalau, diancam dan diperlakukan seadanya oleh musuh-musuh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun sifatnya yang terpuji tidak pernah goyah dan baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Menjauhi permusuhan dan berusaha untuk menyatukan ummat manusia.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri, agar lebih bersikap pemaaf dan berlapang dada untuk sentiasa membalas setiap kejahatan dengan kebaikan. Moga Allah Subhanahu wa Ta’ala memimpin hati ini, dan hati sahabat-sahabat saya samada teman sekerja ataupun pengunjung blog ini, dan seluruh muslimin dan muslimat, ke arah sifat yang terpuji ini.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ
إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً
yaa ayyuhaa alnnaasu ittaquu rabbakumu alladzii khalaqakum min nafsin waahidatin wakhalaqa minhaa zawjahaa wabatstsa minhumaa rijaalan katsiiran wanisaa-an waittaquu allaaha alladzii tasaa-aluuna bihi waal-arhaama inna allaaha kaana 'alaykum raqiiban

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah An-Nisaa’: 1)

Wallahu A'lam Bishawab – Untuk motivasi diri sendiri. Insya Allah
Huszaini Rahman 

01 December, 2014

Ash Shidq, Akhlaq yang akan Mengantarkan Kita ke Surga
Oleh: Abu Umar Al Bankawy


Di dalam hadits Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إنَّ الصِّدقَ يَهْدِي إِلَى البرِّ ، وإنَّ البر يَهدِي إِلَى الجَنَّةِ ، وإنَّ الرَّجُلَ لَيَصدُقُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيقاً . وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهدِي إِلَى النَّارِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكتَبَ عِنْدَ الله كَذَّاباً

“Sesungguhnya ash shidq (kejujuran) itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke surga dan sesungguhnya seorang bermaksud untuk jujur  sehingga dicatatlah di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai seorang yang jujur. Dan sesungguhnya kedustaan itu menunjukkan kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan itu menunjukkan kepada neraka. Sesungguhnya seorang itu bermaksud untuk berdusta sehingga dicatatlah di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai seorang yang suka berdusta.” (Muttafaq ‘alaih)

Di dalam hadits ini terdapat perintah kepada kita untuk senantiasa berbuat ash shidq. Ash shidq artinya sesuainya berita yang disampaikan dengan kenyataan yang terjadi. Sebagai contoh, misalnya sekarang hari Ahad, lalu Anda ditanya hari apa ini? Kalau Anda menjawab hari Ahad bererti anda telah berucap dengan shidq (jujur) kerana memang sesuai dengan kenyataan. Tapi bila Anda jawab hari isnen, maka ini disebut dusta.

Di banyak ayat, Allah Subhanahu wa Ta’ala mengabarkan kepada kita keutamaan Ash shidq. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ

“Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah engkau semua bersama-sama dengan para shiddiqin (orang-orang yang jujur perilakunya).” 
(At Taubah: 119)

فَلَوْ صَدَقُوا اللهَ لَكَانَ خَيْراً لَهُمْ

“Dan andaikata mereka itu bersikap benar terhadap Allah, pastilah hal itu amat baik untuk mereka sendiri.” (Muhammad: 21)

وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ أُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

Dan orang yang membawa kebenaran dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.” (Az Zumar: 33)

Macam-macam Sikap Shidq

Para ulama membagi ash shidq menjadi dua:

1. Shidq (jujur) dalam Ucapan

Yakni ketika seseorang ucapannya sesuai dengan apa yang ada di hatinya. Seperti orang yang mengatakan bahawa saya beriman dan memang di hatinya dia beriman maka dia pun telah jujur dalam ucapannya. Sebaliknya ketika dia mengucapkan bahawa dirinya beriman, tapi di hatinya justru kufur maka ini tidak lah disebut sebagai orang yang shadiq, orang yang jujur. Dari sini kita ketahui bahawa orang-orang yang munafiq bukanlah orang-orang yang beriman, kerana ucapan mereka menyelisihi apa yang ada di hati mereka.

2. Shidq (jujur) dalam Perbuatan

Yakni ketika perbuatan seseorang sesuai dengan apa yang ada di hatinya. Orang yang berbuat riya’ tidaklah disebut sebagai shadiq. Ini kerana secara lahirnya mereka memang nampak sebagai seorang yang rajin beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tapi di dalam batinnya tidaklah demikian. Ibadah yang mereka lakukan semata-mata agar dilihat oleh manusia. Demikian juga para pelaku kebid’ahan. Mereka tidaklah disebut sebagai shadiq. Kerana secara lahirnya mereka menunjukkan kecintaan mereka kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam akan tetapi batinnya tidaklah demikian.

Pentingnya Ash shidq dalam Mua’amalah

Ash shidq dalam muamalah adalah seorang senantiasa berucap dan bersikap jujur ketika dia berhubungan dengan sesama manusia. Di dalam keluarga, ketika bekerja, berhubungan sosial dengan yang lain seorang muslim harus menunjukkan ash shidq agar dia memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Nabi shallallahu ‘alahi wasallam bersabda,

إنَّ الصِّدقَ يَهْدِي إِلَى البرِّ ، وإنَّ البر يَهدِي إِلَى الجَنَّةِ

“Sesungguhnya kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan kepada surga.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Beliau juga mengatakan bahawa

البَيِّعَانِ بالخِيَار مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا ، فَإنْ صَدَقا وَبيَّنَا بُوركَ لَهُمَا في بيعِهمَا ، وإنْ كَتَمَا وَكَذَبَا مُحِقَتْ بركَةُ بَيعِهِما

“Dua orang yang berjual-beli itu dengan kebebasan (boleh meneruskan jual-belinya atau membatalkannya) selama keduanya itu belum berpisah. Apabila keduanya itu jujur dan menerangkan (kekurangan barang yang diperjualbelikan), maka diberi berkahlah jual-beli keduanya, tetapi jikalau keduanya itu menyembunyikan (kekurangan barang yang diperjualbelikan) dan sama-sama berdusta, maka dileburlah keberkahan jual-beli keduanya itu.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Berdusta untuk Bercanda

Termasuk kedustaan adalah apa yang dilakukan banyak orang di zaman kita, yakni berdusta dengan maksud untuk melucu atau bercanda. Dia berdusta agar orang lain yang mendengarnya tertawa. Perkara ini adalah perkara yang dilarang di dalam agama.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

وَيْلٌ لِلَّذِى يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ

“Celakalah orang yang berkata dusta agar orang-orang tertawa! Celakalah dia! Celakalah dia!” (HR. Abu Daud no. 4990, dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Daud)

Dusta yang Diperbolehkan

Sebagaimana hadits Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu di atas, seluruh kedustaan hukumnya haram dan semuanya akan mengantarkan kepada perbuatan fujur (jahat).

Dikecualikan di sini tiga perkara sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam

لَيْسَ الكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيراً ، أَوْ يقُولُ خَيْراً . وفي رواية مسلم زيادة ، قَالَتْ : وَلَمْ أسْمَعْهُ يُرْخِّصُ في شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُهُ النَّاسُ إلاَّ في ثَلاثٍ ، تَعْنِي : الحَرْبَ ، وَالإِصْلاَحَ بَيْنَ النَّاسِ ، وَحَدِيثَ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ ، وَحَدِيثَ المَرْأةِ زَوْجَهَا

“Bukannya termasuk pendusta orang yang mendamaikan antara para manusia, lalu ia menyampaikan berita yang baik atau mengatakan sesuatu yang baik.”

Dalam riwayat Muslim disebutkan tambahannya bahwa Ummu Kultsum berkata,
“Saya tidak pernah mendengar dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang dibolehkannya berdusta dari ucapan-ucapan yang diucapkan oleh para manusia itu, melainkan dalam tiga hal yaitu di dalam peperangan, mendamaikan antara para manusia dan perkataan seorang suami kepada isterinya serta perkataan isteri kepada suaminya (perkataan yang dapat memperbaiki hubungan rumah tangga).”

Namun para ulama menjelaskan bahawa yang dimaksud dengan kedustaan di dalam hadits ini bukanlah kedustaan murni, tapi kedustaan yang merupakan tauriyah. Tauriyah adalah seseorang mengucapkan sesuatu yang menyelisihi niat di hatinya. Ketika dia mengucapkan hal tersebut, si pendengar akan memahami berbeza dengan apa yang diinginkan oleh orang yang berucap.

Contoh tauriyah adalah apa yang dikisahkan di dalam Ash Shahih tentang ucapan Nabi Ibrahim ‘alaihissalaam ketika isteri beliau ingin diambil oleh raja yang zhalim. Beliau mengatakan “Ini saudariku” agar raja tersebut tidak mengambil isteri beliau. Yang beliau maksud dengan saudari di sini adalah saudari fillah, saudari seagama, namun yang akan difahami oleh orang lain bahawa saudari di sini adalah saudari kandung.

Demikian penjelasan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan ash shidq (kejujuran),semoga boleh bermanfaat dan Allah Subhanahu waTa’ala menjadikan diri kita sebagai orang-orang yang memiliki sifat ash shidq.

Kejujuran

عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ

“Kamu harus selalu jujur, maka sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan…”

Jujur dalam erti sempit adalah sesuainya ucapan lisan dengan kenyataan. Dan dalam pengertian yang lebih umum adalah sesuainya lahir dan batin. Maka orang yang jujur bersama Allah Subhanahu wa Ta’ala dan bersama manusia adalah yang sesuai lahir dan batinnya. Karena itulah, orang munafik disebutkan sebagai kebalikan orang yang jujur.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لِّيَجْزِيَ اللهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ

“Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan menyiksa orang munafik…” (QS. Al-Ahzab:24)

Dan jujur adalah akibat terhadap janji seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَاعَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ

Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; (QS. Al-Ahzab:23)

Dan kejujuran itu sendiri dengan berbagai pengertiannya membutuhkan keikhlasan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mengamalkan perjanjian yang diletakkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di pundak setiap muslim

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا . لِّيَسْئَلَ الصَّادِقِينَ عَن صِدْقِهِمْ

Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh,  agar Dia menanyakan kepada orang-orang yang benar tentang kebenaran mereka…(QS. Al-Ahzab:7-8)

Maka apabila orang-orang yang benar (jujur) akan ditanya, maka bagaimana pertanyaan dan hisab bagi orang-orang yang berdusta dan munafik?

Jujur termasuk akhlak utama yang terbagi menjadi beberapa bagian. Al-Harits al-Muhasibi rahimahullah berkata: ‘Ketahuilah  -semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala  memberi rahmat kepadamu- sesungguhnya jujur dan ikhlas adalah pondasi segala sesuatu. Maka dari sifat jujur, tercabang beberapa sifat, seperti: sabar, qana’ah, zuhud, dan ridha. Dan dari sifat ikhlas tercabanglah beberapa sifat, seperti: yakin, khauf (takut), Mahabbah (cinta), ijlal (membesarkan), haya’ (malu dan ta’dzim (pengagungan). Jujur terdiri dari tiga bagian yang tidak sempurna kecuali dengannya:

1) Kejujuran hati dengan iman secara benar,

2) Niat yang benar dalam perbuatan,

3) Kata-kata yang benar dalam ucapan. (Risalah al-Murtasyidin hal. 170)

Dan tatkala kejujuran mempunyai ikatan kuat dengan iman, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam rmemaafkan (memakluminya) terjadinya sifat yang tidak terpuji dari seorang mukmin, namun beliau menolak bahawa seorang mukmin terjerumus dalam kebohongan, kerana sangat jauhnya hal itu dari seorang mukmin. Para sahabat pernah bertanya:

يَارَسُوْلَ اللهِ, أَيَكُوْنُ الْمُؤْمِنُ جَبَّانًا؟ قَالَ: نَعَمْ. فَقِيْلَ لَهُ: أَيَكُوْنُ الْمُؤْمِنُ بَخِيْلاً؟ قَالَ: نَعَمْ. قِيْلَ لَهُ:  أَيَكُوْنُ الْمُؤْمِنُ كَذَّابًا؟ قَالَ: لاَ

“Ya Rasulullah, apakah orang beriman ada yang penakut? Beliau menjawab,’Ya.’ Maka ada yang bertanya kepada beliau, ‘Apakah orang beriman ada yang bakhil (kedekut, kikir).’ Beliau menjawab, ‘Ya.’ Ada lagi yang bertanya, ‘Apakah ada orang beriman yang pendusta?’ Beliau menjawab, ‘Tidak. (Hadits Riwayat:  Malik dalam al-Muwaththa` 2/990 secara mursal dalam ucapan…dan ia termasuk hadits hasan mursal (Jami’ al-Ushul 10/598, hadits no. 8183.)

Maka berwaspada dan berhati-hatilah dalam berkata-kata, sesungguhnya dengan demikian itu menunjukkan ketaqwaan dan lebih wara'.Jika bertemu seseorang yang tidak mejaga pertuturannya dan banyak pula bicaranya, maka ketahuilah sesungguhnya dia berada di dalam bahaya yang besar.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dipandang berdusta bahawa ia membicarakan semua yang didengarnya.” (HR. Muslim dan Abu Daud (Jami’ al-Ushul 10/600, no. 8189.)

Banyak berbicara boleh menjerumuskan seseorang itu kepada pembohongan dengan menceritakan tentang sesuatu yang tidak pernah terjadi, sedangkan dia tidak memahaminya, atau menyampaikan sesuatu dari seseorang yang berdusta sedangkan dia tahu akan dusta itu, maka dia juga adalah seorang pendusta.

Setiap akhlak yang baik, boleh diusahakan dengan membiasakannya dan bersungguh-sungguh menekuninya, serta berusaha mengamalkannya, sehingga pelakunya mencapai kedudukan yang tinggi, naik dari tingkatan pertama kepada yang lebih tinggi darinya dengan akhlaknya yang baik.

Kerana itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ. وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا

“Kamu harus selalu bersifat jujur, maka sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan, dan sesungguhnya kebaikan membawa ke surga. Dan senantiasa seseorang bersifat jujur dan menjaqa kejujuran, sehingga ia ditulis di sisi Allah Subhanahu wa
Ta’ala sebagai orang yang jujur.”

وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُوْرِ وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ, وَمَايَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

“Jauhilah kebohongan, maka sesungguhnya kebohongan membawa kepada kefasikan, dan sesungguhnya kefasikan membawa ke neraka. Senantiasa seseorang berbohong, dan mencari-cari kebohongan, sehingga ia ditulis di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai pembohong”. (HR. al-Bukhari, Muslim, al-Muwaththa`, Abu Daud, dan at-Tirmidzi, dan ini adalah lafazhnya (Jami’ al-Ushul 6/442, hadits no. 4641.)

Di antara pengaruh kejujuran adalah teguhnya pendirian, kuatnya hati, dan jelasnya persoalan, yang memberikan ketenangan kepada pendengar. Dan di antara tanda dusta adalah ragu-ragu, gagap, bingung, dan bertentangan, yang membuat pendengar merasa ragu dan tidak tenang. Dan kerana itulah:

فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِيْنَةٌ وَالْكَذِبَ رِيْبَةٌ

“Maka sesungguhnya jujur adalah ketenangan dan bohong adalah keraguan.” (HR. at-Tirmidzi dengan lafazhnya, dan isnadnya shahih (Jami’ al-Ushul 6/442 no.4642).

Kesudahan jujur adalah kebaikan –sekalipun yang berbicara menduga terjadi keburukan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

فَلَوْ صَدَقُوا اللهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ

“Tetapi jikalau mereka benar (imannya) tehadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” (QS. Muhammad :21)

Dan dalam cerita taubatnya Ka’ab bin Malik radhiallahu 'anhu, Ka’ab radhiallahu 'anhu  berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam setelah turunnya ayat yang menjelaskan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat tiga orang yang ketinggalan dalam perang Tabuk: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala menyelamatkan aku dengan kejujuran, dan sesungguhnya termasuk taubatku bahawa aku tidak akan berbicara kecuali yang benar selama hidupku.” Dan ia berkata pula: ‘Maka demi Allah Subhanahu wa Ta’ala, Allah  Subhanahu wa Ta’ala tidak pernah memberikan nikmat kepadaku selamanya, setelah memberikan petunjuk Islam kepadaku, yang lebih besar dalam diriku daripada kejujuranku kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa aku tidak berbohong kepadanya, lalu (kalau aku berbohong) aku menjadi binasa sebagaimana binasanya orang-orang yang berdusta….( Shahih al-Bukhari, kitab al-Maghazi (peperangan), bab ke-79, no. 4418.)

Ibnu al-Jauzi rahimahullah meriwayatkan dalam manaqib (riwayat hidup) Imam Ahmad, sesungguhnya dikatakan kepadanya: ‘Bagaimana engkau boleh selamat dari pedang khalifah al-Mu’tashim dan cambuk khalifah al-Qatsiq? Maka ia menjawab, ‘Jikalau kebenaran diletakkan di atas luka, niscaya luka itu menjadi sembuh.’ (  Dari hasyiyah Risalah al-Mustarsyidin, tahqiq Syaikh Abu Ghuddah hal. 72) Dan pada hari kiamat, dikatakan kepada manusia:

هَذَا يَوْمُ يَنفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ

“Ini adalah suatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka. …”. (QS. Al-Maidah :119)

Kejujuran akan menjadikan seseorang itu bersikap berani kerana dia seorang yang berpendirian dan tegas, dan kerana dia berpegang teguh tanpa ragu-ragu. kerana itu disebutkan dalam salah satu definasi jujur adalah: berkata benar walau di tempat yang membinasakan (Tahzhib Madarijus salikin hal. 399.)Hakikat jujur adalah tetap bersikap jujur walau hanya pembohongan yang dapat menyelamatkan engkau dari bahaya yang sedang engkau hadapi.( Tahdzhib Madarijus salikin hal. 401.)

Ramai orang suka memperkatakan perkara yang tidak elok hanya untuk menarik perhatian, dan juga untuk berjenaka. Mereka merasa gembira dapat berbuat demikian, sedangkan mereka juga telah mendapat dosa dengan berbohong.

Sebagaimana disebutkan dalam hadits:

وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بِاْلحَدِيْثِ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ, فَيَكْذِب, وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ.

“Celaka bagi orang yang berbicara untuk membuat orang-orang tertawa, lalu ia berbohong, celakalah baginya, celakalah baginya.” ( HR. Abu Daud dan at-Tirmidzi, isnadnya hasan (Jami’ al-Ushul 10/599 no.8186).

Sesungguhnya dusta yang paling berat dan paling besar dosanya adalah berbohong kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, ia menyandarkan kepada agama Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bukan darinya, dan mengaku dalam syari’at yang dia tidak mengetahui, membuat nash-nash yang tidak ada dasarnya –ia melakukan hal itu kerana menghendaki kebaikan atau keburukan-, hal itu merupakan dusta yang sangat jahat terhadap agama Allah Subhanahu wa Ta’ala

. إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ, فَمَنْ كَذبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا  فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta terhadapku bukan seperti berdusta terhadap orang lain, maka barangsiapa yang berdusta secara sengaja terhadapku, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka.“ (HR. al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi (Jami’ al-Ushul 10/611. no.8206).

Oleh kerana itulah, sebahagian sahabat merasa khawatir meriwayatkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang terlalu banyak, kerana takut terjatuh dalam kesalahan yang tidak disengaja, bererti mereka menyandarkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang tidak pernah beliau katakan. Dan termasuk hal itu adalah Anas bin Malik radiallahu anhu  ketika ia berkata: “Sesungguhnya menghalangi aku meriwayatkan hadits terlalu banyak”.

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَعَمَّدَ عَلَىَّ كَذِبًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa yang sengaja berbohong kepadaku, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka.” (HR. Muslim dan at-Tirmidzi (Jami’ al-Ushul 10/610, no. 8204).

Dan termasuk perkara yang menunjukkan tambahan berhemat mereka dalam mengutip hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa mereka tidak menambah dan tidak mengurangkan. Pendirian itulah yang diriwayatkan oleh Muslim, ketika Busyair al-‘Adawi meriwayatkan hadits di hadapan Ibnu Abbas radiallahu anhu    dan Ibnu Abbas radiallahu anhu tidak memperdulikannya, tidak memperhatikannya dan tidak memandang kepadanya. 

Maka Busyair berkata, ‘Wahai Ibnu Abbas, kenapa engkau tidak mendengarkan pembicaraanku, aku menceritakan kepada engkau tentang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan engkau tidak mendengarkan?

Ibnu Abbas radiallahu anhu berkata, “Sesungguhnya kami, apabila mendengar seseorang berkata, ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam  bersabda,’ pandangan kami langsung serius dan kami memperhatikannya dengan pendengarannya. Maka tatkala manusia menaiki kesusahan dan kemudahan (menganggap mudah persoalan hadits, wallau a’lam), kami tidak mengambil dari manusia kecuali yang kami kenal.” (HR. Muslim dalam Muqaddimah ash-Shahih hal 13 (Jami’ al-Ushul 10/612 no. 8208).

Maksudnya, apabila mereka memperkatakan tentang perkara yang rumit mahupun mudah, mereka tidak perduli dan tidak berhati-hati jika ianya salah, oleh itu kita seharusnya berhati-hati ketika mengambil ilmu dari sumber mana pun.

Berhati-hatilah terhadap mereka yang terburu-buru berfatwa tanpa pengetahuan tentang agama, lalu berbohong tentang agama Allah Subhanahu wa Ta'ala. Takutilah mereka yang menyebarkan hadits-hadits mungkar dan maudhi' dan janganlah ikut serta berbohong terhadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Memetik ucapan seseorang: aku tidak tahu - sekalipun berat untuk mengikut nafsunya - lebih mudah baginya, daripada berbohong kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Agar kehidupanmu berada di jalan yang benar, dihimpun pada hari kiamat bersama orang-orang yang jujur, maka jadikanlah tempat masukmu itu tempat yang benar dan tempat keluarmu juga benar, jadikanlah pertuturanmu kata-kata yang benar. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi rezeki kepadamu langkah yang benar dan tempat yang benar. Maka, jujur adalah ketegasan dan keberterusterangan, dan berpaling darinya adalah menyimpang dari keadaan orang yang beriman dan jujur.

إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لا َيُؤْمِنُونَ بِئَايَاتِ اللهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَاذِبُونَ

Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang pendusta. (QS. An-Nahl :105)

Wallahu ta’ala a’lam, wa shallallahu ‘ala nabiyina Muhammad wa ‘ala alihi washahbihi ajma’in.

Rujukan:

– Syarh Riyadhis Shalihin, Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
– Shahihul Adab wal Akhlaq, Iraqi Muhammad Hamid.

POSTED/EDITED BY: HAR