"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

15 December, 2014

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT

Sudahkah kita bersedia menghadapi hari kiamat?

Jawapannya: teruskan Istiqomah dalam beribadah, carilah ilmu dan tambahkan ilmu, berusahalah menjaga Iman, semoga kita dipermudahkan oleh-Nya menghadapi sakaratul maut dan semoga jua dipermudahkan seandainya kita ditakdirkan dipertemukan dengan Kiamat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا ,يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ,وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا,وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا,إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?", pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (Surah Az-Zalzalah: 1-5)

Dan marilah sama-sama kita memperingatkan diri……

08 December, 2014

Kenalilah Tuhanmu, Nabimu, Dan Agamamu


Kebanyakan umat Islam mungkin tidak asing dengan perbincangan ‘Siapa Tuhanmu? Siapa Nabimu? Apa Agamamu?’ Banyak kajian islam yang selalu membincangkan isu ini,  kerana ketiga-tiganya adalah tiga perkara utama yang akan ditanyakan kepada seorang hamba ketika di alam kubur nanti. Sesiapa yang terselamat darinya maka selamatlah dia dari siksaan kubur. Tetapi bila anda tidak mampu menjawabnya, maka azab kubur pun menantinya. Termasuk di manakah kita?

Mengetahui Tiga Landasan Utama

Mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala, Rasul-Nya, dan agama Islam adalah tiga landasan utama yang wajib diketahui seorang hamba. Jika seseorang mengetahui tiga perkara ini serta melaksanakan segala akibatnya, maka baginya keselamatan di dunia dan di akhirat kelak. Mengapa ini penting bagi seorang hamba? Bagi seorang hamba ketika di alam kubur akan ditanya, “siapa Rabbmu? siapa nabimu? dan apa agamamu?” Jika dia diberi taufik untuk menjawab tiga perkara di atas maka selamatlah dia dari siksaan kubur di mana ia merupakan penunjuk keselamatannya di akhirat. Begitu pun sebaliknya, seorang hamba yang tidak boleh menjawab tiga perkara tersebut maka sengsaralah nasibnya di akhirat kelak. Wal-‘iyadzubillah.

Dalam pembahasan ini penulis hanya akan menyampaikan secara global masalah tiga landasan utama tanpa menjelaskannya secara terperinci. Berikut ini penjelasan ketiga landasan tersebut.

Landasan Pertama: Mengenal Allah Sebagai Rabb

Secara bahasa, kata Ar-Rabb bermakna pemelihara. Dari kata Ar-Rabb ini terkandung beberapa makna yang lain misal Al-Malik (penguasa), Al-Mudabbir (pengatur), Al-Mutasharrif (pengatur) dan Al-Muta’ahhid (pemelihara). Penulis kitab Ushul Tsalatsah, Syaikh Muhammad At-Tamimi lebih memilih makna Ar-Rabb sebagai pemelihara. Sebagaimana beliau nyatakan dalam kitab beliau:

ربي الله الذي رباني، وربى جميع العالمين بنعمه

“Rabbku adalah Allah yang memeliharaku dan memelihara seluruh alam semesta dengan nikmat-Nya…”

Kata Ar-Rabb juga bermakna ma’bud (sesembahan). Dalilnya adalah firman AllahSubhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

” Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.” ( Surah: Al-Baqarah: 21)

Mengenai makna Rabb dari ayat di atas, Imam Ibnu Katsir mengatakan:

الخالقُ لهذه الأشياء هو المُسْتَحِقُّ للعبادةِ

“Sang Pencipta segala sesuatu adalah Dzat yang berhak disembah.” Hal ini selaras dengan tujuan diutusnya para Rasul iaitu untuk menyeru kaumnya agar hanya menyembah Allah Subhanahu wa Ta’ala saja dan tidak menyembah selain-Nya, sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".(Surah: An-Nahl: 36)

Mengapa penting bagi kita untuk mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai Rabb? Seorang hamba harus mengenal Rabbnya yang Maha Suci lagi Maha Tinggi yang diperoleh melalui kitab-Nya dan Sunnah Rasul-Nya, baik itu berupa keesaan, nama-nama, maupun sifat-sifat-Nya. Dia adalah Rabb dari segala sesuatu dan Penguasanya, tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak disembah melainkan Dia, dan tidak ada Rabb yang berhak diibadahi, melainkan Dia semata-mata. Oleh itu, kita wajib mengetahuinya agar kita benar-benar boleh mengabdikan kepada-Nya dan dengan pengetahuan yang benar.

Adapun mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala boleh dicapai dengan memperhatikan ayat-ayat-Nya dan makhluk-makhluk-Nya. Dari segi bahasa al-aayah [arab: الأية ] mempunyai banyak makna, di antaranya bermakna burhan [arab: برهان ] (keterangan) dan dalil. Ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri dibagi dua macam:

1.  Ayat-ayat syar’iyyah: maksudnya adalah wahyu yang dibawa para Rasul, yang demikian
     itu adalah ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَى عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ

“Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang.” (QS. Al-Hadid: 9)

Bagaimana wahyu boleh dijadikan dalil tentang kewujudan Allah subhanahu wa Ta’ala? Alasannya kerana wahyu yang dibawa para Rasul adalah wahyu yang sudah tersusun rapi dan sempurna serta tidak bercanggah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menegaskan hal ini dalam Al-Qur’anul Karim:

وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا

“Kalau kiranya Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapatkan adanya perselisihan yang banyak di dalamnya” (QS. An-Nisa’: 82)

Oleh itu adalah jelaslah bahawa Al-Qur’anul Karim merupakan dalil tentang kewujudan Rabb yang Maha Agung.

2.  Ayat-ayat kauniyah: iaitu para makhluk, seperti langit, bumi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain.

Memahami Tauhid Sebagai Perintah Allah

Berkaitan dengan wajibnya seorang hamba mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala—yakni untuk boleh benar-benar beribadah dengan pemahaman yang benar—maka seorang hamba pun harus mengetahui ibadah apa yang sangat diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada hamba-Nya. Perkara tersebut adalah tauhid.

Syaikh At-Tamimi, penulis kitab Ushul Tsalatsah, mendefinisikan tauhid sebagai pengesaan Allah adalah hal ibadah. Makna tauhid sendiri secara umum adalah pengesaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam rububiyah, uluhiyah, dan nama serta sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Untuk itu sebahgian ulama membagi tauhid menjadi tiga perkara, iaitu tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah, dan tauhid asma’ wa shifat. Adapun penjelasan masing-masingnya adalah sebagai berikut:

1.    Tauhid rububiyah adalah kepercayaan keesaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam perbuatan-perbuatan-Nya. Iaitu beriman bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai  Pencipta yang tunggal bagi seluruh makhluk, Penguasa dan Pengatur segala urusan alam, Yang memuliakan dan menghinakan, Yang menghidupkan dan mematikan, Yang menjalankan malam dan siang, serta Yang maha kuasa atas segala sesuatu.

Dengan demikian, tauhid rububiyah meliputi keimanan kepada tiga perkara iaitu: (1) beriman kepada perbuatan-perbuatan Allah Subhanahu wa  Ta’ala secara umum, saperti menciptakan, memberikan rezki, menghidupkan, mematikan, dan lain-lain; (2) beriman kepada qadha dan qadar Allah Ta’ala; (3) beriman kepada keesaan Dzat-Nya.

2.    Tauhid uluhiyah adalah mengesakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam tujuan perbuatan-perbuatan hamba yang dilakukan dalam rangka taqarrub (pendekatan diri) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Saperti, berdo’a, bernadzar, menyembelih kurban, bertawakkal, bertaubat, dan lain-lain.

Kemurnian tauhid uluhiyah hanya akan diperolehi dengan mewujudkan dua perkara asas, iaitu: (1) seluruh ibadah hanya ditujukan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala saja, bukan kepada yang lainnya; (2) dalam pelaksanaan ibadah tersebut harus sesuai dengan syari’at Allah Subhanahu wa Ta’ala.

3.    Tauhid asma’ wa shifat adalah keyakinan tentang keesaan Allah Subhanahu wa Ta’ala
dalam nama dan sifat-Nya yang terkandung dalam Al-Quran dan As-Sunnah, diserati dengan hal nama dan sifat-Nya yang terdapat di Al-Qur’an dan As-Sunnah, disertai dengan meningimani makna-makna dan hukum-hukumnya (akibat-akibatnya)

Perkara-perkara  yang harus diperhatikan dalam tauhid asma’ wa shifat adalah seperti berikut: (1) Mesti nyatakan semua nama-nama dan sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala, tidak menafikan (meniadakan) dan tidak pula menolaknya; (2) tidak boleh melampaui batas dengan menamai dan mensifati Allah Subhanahu wa Ta’ala di luar nama dan sifat yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya; (3) tidak menyerupakan nama dan sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan nama dan sifat para makhluk-Nya; (4) tidak boleh (dan tidak memungkinkan) untuk mengetahui kaifiyah (bagaimananya) dari sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut; (5) beribadah kepada Allah Subhanahu wa  Ta’ala sesuai dengan akibat nama dan sifat-Nya.

Seseorang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan utuh sehingga berkumpul pada diri-Nya ketiga macam tauhid di atas. Tauhid rububiyah seseorang tidak akan berguna sehingga dia ber-tauhid uluhiyah. Sedangkan tauhid uluhiyah seseorang tidak akan lurus sehingga dia bertauhid asma’ wa shifat. Pendek kata, mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala saja tidaklah cukup kecuali seseorang tersebut benar-benar beribadah hanya kepada-Nya. Sedangkan beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan terwujud dengan sempurna  tanpa mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Landasan Kedua: Mengenal Nabi Muhammadshallallahu ‘alaihi wasallam

Mengenal Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam termasuk suatu kewajiban setelah seorang hamba mengenal Allah subhanahu wa ta’ala. Para ulama mengatakan wajib kerana Rasulullah menjadi perantara seorang hamba dengan Rabbnya. Kerana hanya melalui Nabi, kita boleh mengetahui dan mengenal syari’at dan hukum-hukum yang telah Allah ciptakan. Malah seorang hamba tidak akan mengetahui bagaimana cara beribadah yang benar kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kecuali melalui wahyu yang Allah Subhanahu wa Ta’ala turunkan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Ibadah itu sendiri boleh diterima jika telah memenuhi dua syarat, iaitu ikhlas kerana Allah Subhanahu wa  ta’ala dan mengikuti sunnah Rasulullah.

Nama dan nasab beliau shallallahu ‘alaihi wasallam

Beliau adalah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muthalib Bin Hasyim. Hasyim berasal dari suku Quraisy dari Arab. Negeri Arab sendiri berasal dari keturunan nabi Isma’il bin Ibrahim Al-Khalil ‘alaihima as-salam.

Selain Muhammad, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memiliki banyak nama lain, sebagaimana sabda beliau shallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits yang diriwayatkan dari Jubair Bin Muth’im.

إِنَّ لِى أَسْمَاءً ، أَنَا مُحَمَّد ، وَأَنَا أَحْمَدُ ، وَأَنَا الْمَاحِى الَّذِى يَمْحُو اللَّهُ بِىَ الْكُفْرَ ، وَأَنَا الْحَاشِرُ
الَّذِى يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمِى ، وَأَنَا الْعَاقِبُ

“Sesungguhnya aku memiliki beberapa nama. Aku Muhammad dan aku Ahmad, aku Al-Maahi (sang penghapus) karena Allah menghapuskan kekafiran dengan diriku. Aku adalah Al-Haasyir karena manusia digiring ke hadapanku dan aku adalah Al-‘Aaqib (sang penghujung).” (HR. Bukhari dan Muslim)

Al-‘Aaqib adalah yang tiada lagi nabi setelah beliau. Sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain di shahih Bukhari.

Nabi
 shallallahu’alaihi wasallam dilahirkan di Makkah dan tinggal di sana selama 53 tahun, sebelum dan sesudah diutus menjadi nabi. Kemudian hijrah ke Madinah dan menetap selama 10 tahun sehingga beliau wafat pada tahun 11 Hijriah.

Turunnya wahyu pertama dan pengangkatan beliau menjadi nabi

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam diangkat menjadi nabi pada usia 40 tahun dengan diturunkannya wahyu pertama yaitu firman Allah:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk); Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (Surah: Al-‘Alaq: 1-5)

Beliau shallallahu ’alaihi wasallam kemudian diangkat menjadi rasul dengan turunnya wahyu,

أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7

“Wahai orang yang berselimut, Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia); Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan; dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak, dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu bersabarlah.” (Surah:  Al-Muddaththir: 1-7)

Sejak saat itu mulailah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdakwah dimulai dari lingkungan keluarganya sehingga akhirnya dakwah beliau tersebar di kalangan masyarakat kota Makkah.

Sebaiknya tugas rasul-rasul sebelumnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun diutus dengan membawa ajaran tauhid iaitu untuk mengesakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan membawa syari’at-Nya yang meliputi melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Beliau juga diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam untuk mengeluarkan manusia dari gelapnya kemusyrikan, kekafiran dan kebodohan kepada cahaya ilmu, iman dan tauhid, sehingga mereka mendapatkan pengampunan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala, diselamatkan dari siksa dan azab-Nya serta selamat dari kemurkaan-Nya.

Wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam

Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berhijrah ke Madinah serta menyebarkan dakwah tauhid di sana selama 10 tahun, dan tatkala Allah Subhanahu wa Ta’ala menyempurnakan agama Islam dan mencukupkan nikmat-Nya kepada orang-orang mukmin, beliau akhirnya dipanggil menghadap Allah subhanahu wa ta’ala. Beliau Shallallahu ‘alaihi wasallam mulai sakit pada akhir bulan Shafar dan awal bulan Rabi’ul Awwal.

Suatu hari beliau shallallahu ‘alaihi wasallam keluar ke hadapan para sahabat dalam keadaan kepala dibalut lalu beliau naik mimbar. Setelah membaca syahadat, yang pertama kali beliau ucapkan adalah istighfar dan memohon keampunan bagi para syuhada perang Uhud, kemudian beliau bersabda:

إِنَّ اللَّهَ خَيَّرَ عَبْدًا بَيْنَ الدُّنْيَا وَبَيْنَ مَا عِنْدَهُ ، فَاخْتَارَ مَا عِنْدَ اللَّهِ

“Sesungguhnya ada seorang hamba dari hamba-hamba Allah disuruh memilih di antara dunia dan apa yang ada di sisi Allah, maka ia memilih apa yang ada di sisi Allah.”

Abu Bakar radhiyallahu ’anhu segera memahami maksud ucapan beliau sehingga Abu Bakar pun menangis dan berkata, “Bapak dan ibuku sebagai tebusan, aku jadikan bapak kami, ibu kami, anak-anak kami, jiwa kami dan harta kami sebagai tebusanmu.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَا أَبَا بَكْرٍ لاَ تَبْكِ ، إِنَّ أَمَنَّ النَّاسِ عَلَىَّ فِى صُحْبَتِهِ وَمَالِهِ أَبُو بَكْرٍ ، وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا
خَلِيلاً مِنْ أُمَّتِى لاَتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ ، وَلَكِنْ أُخُوَّةُ الإِسْلاَمِ وَمَوَدَّتُهُ

“Jangan menangis wahai Abu Bakar!” Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang paling terpercaya dalam persahabatan dan hartanya bagiku adalah Abu Bakar. Seandainya aku boleh mengambil kekasih selain Tuhanku, maka aku akan menjadikan Abu Bakar (sebagai kekasihku), tetapi ia adalah kekasih dan teman karib dalam Islam.” (HR. Bukhari)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian memerintahkan Abu Bakar untuk mengimami shalat kaum muslimin. Dan pada hari Isnin, dua belas atau tiga belas Rabi’ul Awwal tahun kesebelas hijriah, panggilan Allah Subhanahu wa Ta’ala pun tiba. Beliau akhirnya meninggal pada hari itu. Kaum muslimin telah dilanda kejutan dan kebimbangan.

Abu Bakar kemudian naik mimbar lalu memuji Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berkhutbah,

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ مَاتَ
وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ

“Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati. Dan barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah selalu hidup, tidak mengalami kematian.” Kemudian Abu Bakar pun membacakan ayat,

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ إِلَى الشَّاكِرِينَ

“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?”(QS. Ali Imran: 144)

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (Surah: Az-Zumar: 30)

Kemudian tangisan kaum muslimin semakin menjadi-jadi, kerana mereka sedar bahawa beliau shallallahu ‘alaihi wasallam benar-benar telah meninggal dunia. Jenazah beliau kemudian dimandikan bersama pakaian yang dipakainya untuk menghormatinya. Kemudian dikafani dengan tiga helai kain kafan putih suhuli tanpa disertakan di dalamnya baju dan serbannya.

Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam dishalatkan tanpa imam dan dikebumikan pada hari Rabu setelah selesai pemilihan khalifah sebagai pengganti beliau. Semoga shalawat dan salam dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dicurahkan kepada beliau.

Landasan Ketiga: Mengenal Agama Islam

Setelah membahaskan pengenalan seorang hamba kepada Rabbnya dan kepada Nabinya, kini kita mula pembahasan seterusnya, iaitu pengenalan seorang hamba atas agama Islam beserta dalil-dalilnya. Termasuk perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk beragama menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah agar seorang hamba benar-benar mendapatkan cahaya dan petunjuk serta penerang dari agamanya.

Memahami Islam dengan segala akibatnya            

Agama Islam adalah agama yang Allah Subhanahu wa Ta’ala mengutus Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dia menjadikan Islam sebagai agama terakhir, yang telah Dia sempurnakan untuk para hamba-Nya sekalian dan sebagai penyempurna nikmat-Nya kepada hamba. Hal ini sebagaimana firman Allah ta’ala:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“…Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan untukmu nikmat-Ku dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu…” (QS. Al-Ma’idah: 3)

Dalam surat yang lain Allah ta’ala juga berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

“Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam” (QS. Ali ‘Imran: 19)

Syaikh Muhammad At-Tamimi rahimahullah mendefinisikan Islam sebagai penyerahan diri, iaitu perasaan hina dan tunduk hanya kepada Allah Subhanahu wa  ta’ala  semata-mata, dengan mengesakannya sepenuhnya, iaitu menjadikan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai satu-satunya tujuan ibadah.

Tetapi ta’at kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan ketaatan tidaklah cukup sekedar menyerahkan diri dan tertakluk semata-mata, tetapi hendaklah disertakan pula dengan kepatuhan kepada segala perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala  dan Rasulnya shallallahu ‘alaihi wasallam dan menjauhi segala bentuk larangan, sebagai satu bentuk ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dalam rangka mencari keredhaan-Nya, mengejar apa yang ada di sisi-Nya, dan takut akan azab-Nya.

Berkaitan dengan Islam itu sendiri, terdapat hadits dari sahabat Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Jibril ‘alaihissalam bertanya tentang Islam, maka Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam menjawabnya,

الإسلام أن تشهد أن لا اله إلا الله وأن محمدا رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم
رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا

“…Islam itu adalah engkau bersaksi bahwa tidak ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah dan bahwasanya Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, manunaikan zakat, mengerjakan hai ke Baitullah jika engkau mampu melakukan perjalanan menuju ke sana…” (HR. Muslim)

Agama Islam berdiri di atas tiga landasan:

1.    Tunduk kepada Allah dengan cara mentauhidkan-Nya.
  1. Patuh kepada Allah dengan mentaatinya.
  2. Berlepas diri dari kesyirikan dan pelakunya
Agama Islam juga terdiri daripada tiga peringkat, iaitu islam, iman, dan ihsan, di mana setiap peringkat memiliki rukun-rukun tersendiri. Walau bagaimanapun penulis hanya menyebutkan rukun-rukunnya tanpa memberikan penjelasan bagi setiap rukun tersebut secara terperinci.

Pertama: Rukun Islam iaitu bersaksi bahawa tidak ada ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan haji ke Baitullah.

Kedua: Iman. iaitu pembenaran yang kuat terhadap semua perintah-perintah Allah Subhanahu wa ta’ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, yang disertai dengan ikrar lisan dan amal perbuatan, yang merupakan wujud dari Islam. Iman memiliki lebih dari tujuh puluh cabang. Yang tertinggi adalah ucapan laa ilaaha illallah dan yang terendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan.

Rukun iman ada enam perkara, iaitu: beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, beriman kepada malaikat-malaikat-Nya, beriman kepada kitab-kitab-Nya, beriman kepada rasul-rasul-Nya, beriman kepada hari kiamat, beriman kepada Qada dan Qadar.

Ketiga: Ihsan. Rukun ihsan hanya ada satu, iaitu engkau menyembah Allah Subhanahu wa Ta’ala seakan-akan engkau melihat-Nya. Namun jika engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu.

Penutup

Demikianlah sedikit pembahasan mengenai pengenalan seorang hamba kepada Rabbnya, Nabi-Nya, dan agama-Nya. Alhamdulillah kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atas segala kemudahan yang telah Dia berikan hingga risalah ini dapat terselesaikan.

Sesungguhnya tidak ada yang sempurna kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala. Begitupun tulisan ini. Untuk itu, jika ditemukan banyak sekali kesalahan di dalamnya, maka hal itu muncul karena kebodohan penulis dan kerena godaan syaitan yang terkutuk. Adapun yang baik maka semua itu datangnya dari Allah ‘azza wa jalla semata.

Risalah ini secara khusus adalah nasihat untuk diri pribadi penulis agar lebih bersemangat untuk mempelajari dan mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengan tiga landasan yang telah dibahas sebelumnya. Semoga risalah ini pun dapat bermanfaat untuk yang membacanya.

Betapa indahnya do’a Nabi shallallahu’alaihi wasallam:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ يَا مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Wahat Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu. Wahat Dzat yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami untuk selalu taat kepada-Mu.”

Semoga Allah ‘Azza wa Jalla menetapkan hati kita di atas agama-Nya dan kita dianugerahi nikmat menjadi hamba yang bisa mengenal-Nya, mengenal Nabi-Nya dan agama-Nya. Shalawat dan salam semoga Allah limpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat, serta mereka yang istiqamah di atas sunnah beliau hingga akhir zaman. Alhamdulillahi rabbil ‘alamiin.

Rujukan:

·         Hushulul Ma’mul Bi Syarhi Tsalatsatil Ushuul, Syaikh Abdullah bin Shalih Al-Fauzan, Maktabah Ar-Rusydi, thn. 1430 H.
  • Mutiara Faidah Kitab At-Tauhid Syaikh At-Tamimi, Al-Ustadz Abu Isa Abdullah bin Salam, Pustaka Muslim, thn. 1428 H.
  • Syarh Al-Ushul Tsalatsah, Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdillah Al-Fauzan, Daarul Imam Ahmad, thn. 1427 H.
  • Syarh Tsalatsatil Ushul, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Daar Ats-Tsurayya, thn. 1426 H.
  • Tanbiihaat Al-Mukhtasharah Syarh Al-Wajibaat Al-Mutahattimaat Al-Ma’rifah ‘alaa Kulli Muslim wa Muslimah, Syaikh Ibrahim bin Asy-Syaikh Shalih bin Ahmad Al-Khuraishi, Daar Ash-Shuma’i, thn. 1468 H.
Di-petik dari: muslimah.or.id dan ditulis oleh Um Rumman Verawaty Lihawa
Diedit oleh: HAR

05 December, 2014


SIFAT ZIKIR NABI SAW SESUDAH SOLAT FARDU
oleh: Ustaz Halim Hassan


04 December, 2014

 Doktrin Syiah yang disembunyikan dari kaum Muslimin :


Saat meliput aksi bubarkan Syiah di beberpa tempat di Jakarta, mendapati beberapa aparat kepolisian yang tercengang mendengarkan orasi para ustadz yang membeberkan bahwa Syiah bukan Islam.
Saat itu para ustadz menjelaskan beberapa fakta dan data dari kitab-kitab yang ditulis para pendeta Syiah. Antara lain syahadat orang Syiah, rukun Islam orang Syiah, rukun iman agama Syiah, Al Qurannya, sikap mereka kepada istri Nabi Muhammad Shallalahu alaihi wa sallam, dan para sahabat hingga nikah mutah. Semuanya berbeda dengan ajaran agama Islam.
“Wah bahaya juga ya Syiah,” ujar salah seorang polisi yang sembari bertugas menjaga aksi, menyimak uraian seorang ustadz tentang nikah mut’ah.
Sekelumit gambaran ini menunjukkan mayoritas masyarakat Islam Indonesia khususnya, tidak mengetahui kesesatan dan bahaya Syiah. Bahkan kaum Muslimin kebanyakan masih menganggap Syiah adalah Islam. Tentunya hal ini berbahaya.
Untuk itu pada kesempatan kali ini redaksi menurunkan tulisan Amir Majelis Mujahidin Ustadz Muhammad Thalib Al Yamani yang dengan gamblang menjelaskan 17 doktrin Syiah yang mereka sembunyikan. Membongkar kesesatan Syiah dari kitab-kitab yang ditulis para pendeta mereka. Hal ini sangat membahayakan aqidah kaum Muslimin. Semoga bermanfaat, insaya Allah.
Ada tujuh belas doktrin Syi’ah yang selalu mereka sembunyikan dari kaum Muslimin sebagai langkah taqiyyah (menyembunyikan Syi’ahnya) sebagai berikut.
Dunia dengan seluruh isinya adalah milik para imam Syi’ah. Mereka akan memberikan dunia ini kepada siapa yang dikehendaki dan mencabutnya dari siapa yang dikehendakinya (al-Kulainî, Ushûlul Kâfi, hlm. 259, cet. India).
Jelas doktrin semacam ini bertentangan dengan firman Allah Subhânahu wata’âlâ, surat al-A’râf [7]: 128: “Sesungguhnya bumi ini semua milik Allah, dan diwariskan-Nya kepada siapa yang dikehendaki di antara hamba-hamba-Nya.” Kepercayaan Syi’ah di atas menunjukkan penyetaraan kekuasaan para imam dengan Allah dan doktrin ini merupakan akidah syirik.
‘Ali bin Abî Thâlib yang diklaim sebagai imam Syi’ah yang pertama dinyatakan sebagai dzat yang pertama dan terakhir, yang zhahir dan yang batin sebagaimana termaktub dalam surat al-Hadîd [57]: 3: “Allah lah yang ada sebelum yang lain ada, yang tetap kekal setelah yang lain musnah, yang tampak ciptaan-Nya, dan yang tidak tampak Dzat-Nya.” (Rijâlul Kashi hlm. 138).
Doktrin semacam ini jelas merupakan kekafiran Syi’ah yang berdusta atas nama Khalifah ‘Ali bin Abî Thâlib. Dengan doktrin semacam ini Syi’ah menempatkan ‘Ali sebagai Tuhan. Dan hal ini sudah pasti merupakan tipu daya Syi’ah terhadap kaum Muslimin dan kesucian akidahnya.
Para imam Syi’ah merupakan wajah Allah, mata Allah, dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah (Ushûlul Kâfi hlm. 83).
Amirul Mukminin ‘Ali bin Abî Thâlib oleh Syi’ah dikatakan menjadi wakil Allah dalam menentukan surga dan neraka, memperoleh sesuatu yang tidak diperoleh oleh manusia sebelumnya, mengetahui yang baik dan yang buruk, mengetahui segala sesuatu secara rinci yang pernah terjadi dahulu maupun yang gaib (Ushûlul Kâfi hlm. 84).
Keinginan para imam Syi’ah adalah keinginan Allah juga (Ushûlul Kâfi hlm. 278).
Para imam Syi’ah mengetahui kapan datang ajalnya dan mereka sendiri yang menentukan saat kematiannya karena bila imam tidak mengetahui hal-hal semacam itu, maka tentu ia tidak berhak menjadi imam (Ushûlul Kâfi hlm. 158).
Para imam mengetahui apa pun yang tersembunyi dan dapat mengetahui dan menjawab apa saja bila kita bertanya kepada mereka karena mereka mengetahui hal gaib sebagaimana yang Allah ketahui (Ushûlul Kâfi hlm. 193).
Allah itu bersifat bada’ yaitu baru mengetahui sesuatu bila sudah terjadi. Akan tetapi, para imam Syi’ah telah mengetahui lebih dahulu hal yang belum terjadi (Ushûlul Kâfi hlm. 40). Menurut al-Kulainî, Allah tidak mengetahui bahwa Husein bin ‘Ali akan mati terbunuh. Menurut mereka Tuhan pada mulanya tidak tahu, karena itu Tuhan membuat ketetapan baru sesuai dengan kondisi yang ada. Akan tetapi, imam Syi’ah telah mengetahui apa yang akan terjadi. Oleh sebab itu, menurut doktrin Syi’ah, Allah bersifat bada’ (Ushûlul Kâfi hlm. 232).
Para imam Syi’ah merupakan gudang ilmu Allah dan juga penerjemah ilmu Allah. Para imam bersifat maksum (bersih dari kesalahan dan tidak pernah lupa apalagi berbuat dosa). Allah menyuruh manusia untuk menaati imam Syi’ah, tidak boleh mengingkarinya, dan mereka menjadi hujjah (argumentasi kebenaran) Allah atas langit dan bumi (Ushûlul Kâfi hlm. 165).
Para imam Syi’ah sama dengan Rasulullah Shallallâhu ‘alayhi wasallam (Ibid).
Yang dimaksud para imam Syi’ah adalah ‘Ali bin Abî Thâlib, Husein bin ‘Ali, Hasan bin ‘Ali, dan Muhammad bin ‘Ali (Ushûlul Kâfi hlm. 109).
Al-Qur’an yang ada sekarang telah berubah, dikurangi, dan ditambah (Ushûlul Kâfi hlm. 670). Salah satu contoh ayat al-Qur’an yang dikurangi dari aslinya yaitu ayat al-Qur’an an-Nisâ’ [4]: 47, menurut versi Syi’ah berbunyi: “Yâ ayyuhalladzîna ûwtul kitâba âminû bimâ nazzalnâ fî ‘Aliyyin nûranmubînan“. (Fashlul Khithâb, hlm. 180)
Menurut Syi’ah, al-Qur’an yang dibawa Jibril kepada Nabi Muhammad ada 17 ribu ayat, namun yang tersisa sekarang hanya 6660 ayat (Ushûlul Kâfi hlm. 671)
Menyatakan bahwa Abû Bakar, ‘Umar, Utsman bin Affan, Muâwiyah, ‘Aisyah, Hafshah, Hindûn, dan Ummul Hakâm adalah makhluk yang paling jelek di muka bumi; mereka ini adalah musuh-musuh Allah. Barangsiapa yang tidak memusuhi mereka, maka tidaklah sempurna imannya kepada Allah, Rasul-Nya, dan imam-imam Syi’ah (Haqqul Yâqîn hlm. 519 oleh Muhammad Baqîr al-Majlisî).
Menghalalkan nikah mut’ah, bahkan menurut doktrin Syi’ah orang yang melakukan kawin mut’ah empat kali derajatnya sama tingginya dengan Nabi Muhammad Shallallâhu ‘alayhi wasallam (Tafsîr Minhajush Shâdiqîn hlm. 356, oleh Mullah Fathullah Kasanî).
Menghalalkan tukar-menukar budak perempuan untuk disetubuhi kepada sesama temannya. Kata mereka, Imam Ja’far berkata kepada temannya, “Wahai Muhammad, kumpulilah budakku ini sesuka hatimu. Jika engkau sudah tidak suka kembalikan lagi kepadaku” (Al-Istibshar III hlm. 136 oleh Abû Ja’far Muhammad Hasan ath-Thûsî).
Rasulullah dan para shahabat akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Imam Mahdi, sebelum hari kiamat, akan datang dan dia membongkar kuburan Abû Bakar dan ‘Umar yang ada di dekat kuburan Rasulullah. Setelah dihidupkan, kedua orang ini akan disalib. (Haqqul Yaqîn hlm. 360 oleh Mulla Muhammad Baqîr al-Majlisî).
Ketujuh belas doktrin Syi’ah di atas, apakah dapat dianggap sebagai aqidah Islam sebagaimana dibawa oleh Rasulullah Shallallâhu ‘alayhi wasallam dan dipegang teguh oleh para shahabat serta kaum Muslimim yang hidup sejak zaman tabi’in hingga sekarang? Adakah orang masih percaya bahwa Syi’ah itu bagian dari umat Islam? Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, barangsiapa yang tidak mengafirkan akidah Syi’ah ini, maka dia termasuk kafir.
Kitab-kitab tersebut di atas adalah kitab-kitab induk atau rujukan pokok kaum Syi’ah yang posisinya seperti halnya kitab-kitab Hadis Imam Bukhârî, Muslim, Ahmad bin Hambal, Nasâ’i, Tirmidzî, Abû Dawud, dan Ibnu Majah bagi kaum Muslimin. Oleh karena itu, dengan tegas harus ditolak upaya-upaya untuk menanamkan kesan bahwa Syi’ah adalah bagian dari kaum Muslimin, hanya berbeda dalam beberapa hal yang tidak prinsip.
Syi’ah Zaidiyah sebagai golongan Syi’ah yang dekat dengan Ahlus-Sunnah sebenarnya tidak ada. Karena Zaid bin Zainul Abidin bin Husain di masa hidupnya menolak dijadikan Imam oleh golongan Syi’ah. Maka doktrin Syi’ah Zaidiyah yang diatas namakan Zaid bin Zainul Abidin bin Husain adalah doktrin dusta. (Naasikhut-Tawaarih juz 2 hal 590, oleh Mirza Taqii Khan)
Penilaian ulama Islam tentang Syi’ah

Untuk memperoleh bahan kajian secara mendalam, berikut ini kami sajikan kutipan pernilaian para ulama Islam tentang. Syi’ah.
1. Imam Ahmad bin Hambal
Ibnu ‘Abdil Qawwî berkata: “Imam Ahmad telah mengafirkan orang-orang yang menjauhkan diri dari shahabat, orang yang mencela ummul Mukminin ‘Aisyah, dan menuduhnya berbuat serong, padahal Allah telah mensucikannya dari tuduhan tersebut seraya beliau kemudian membaca ayat: “Allah menasehati kalian agar kalian tidak mengulang lagi perbuatan itu selama-selamanya, jika kalian benar-benar beriman.”[1]
2. Al-Bukhârî (wafat tahun 256 H)
Ia berkata: “Bagi saya sama saja, apakah shalat di belakang imam beraliran Jahm atau Rafidhah, atau shalat di belakang imam Yahudi atau Nasrani. Dan seorang Muslim) tidak boleh memberi salam kepada mereka, mengunjungi mereka ketika sakit, kawin dengan mereka, menjadikan mereka sebagai saksi dan memakan sembelihan mereka.”[2]
3. Ibnu Katsîr[3]
Ibnu Katsir telah mengetengahkan hadis-hadis yang sah di dalam As-Sunnah dan berisikan sanggahan terhadap anggapan adanya ayat al-Qur’an dan wasiat kepada ‘Ali yang diklaim oleh golongan Syi’ah. Kemudian beliau memberi komentar sebagai berikut:
“Sekiranya masalah (wasiat) sebagaimana yang mereka perkirakan itu ada, niscayalah tidak seorang shahabat Nabi pun yang akan mengingkari. Sebab, mereka ini merupakan manusia yang paling taat kepada Allah dan Rasul-Nya, baik selama beliau masih hidup maupun sesudah beliau wafat. Karena itu, sama sekali tidak benar kalau mereka berani mengambil ketetapan mendahulukan orang yang tidak didahulukan oleh Rasulullah dan mengakhirkan orang yang didahulukan oleh Rasulullah dengan ketetapannya. Barangsiapa menganggap para shahabat yang diridhai oleh Allah dengan anggapan semacam itu, berarti menganggap semua shahabat berlaku durhaka, dan bersepakat menentang Rasulullah serta melawan putusan dan ketetapan beliau. Siapa saja yang berani berpendapat semacam ini, berarti dia telah melepaskan tali simpul Islam, kafir terhadap ijma’ seluruh umat Islam. Dan menumpahkan darah orang semacam ini lebih halal daripada membuang khamr.[4]
Dengan sah terbukti dari pendirian golongan Syi’ah sendiri, sebagaimana tersebut di atas, bahwa mereka mempunyai anggapan, sesungguhnya Rasulullah Shallallâhu ‘alayhi wasallam telah memberikan suatu dekrit untuk ‘Ali, tetapi para shahabat menolak dekrit tersebut, dan karena itu mereka murtad. Inilah pendapat yang dilontarkan oleh Syi’ah dewasa ini dan para leluhur mereka dahulu.
4. Muhammad bin ‘Alî asy-Syaukâni [5]
Beliau berkata: “Sungguh inti dakwah Syi’ah adalah menyimpangkan agama dan melawan syariat kaum Muslimin. Tetapi yang sangat diherankan dari sikap para ulama mereka, sebagai pemimpin agama, adalah mengapa mereka membiarkan orang-orang itu melakukan kemungkaran yang tujuan dan maksudnya sangat busuk. Orang-orang yang rendah tersebut ketika bermaksud menentang syariat Islam yang suci dan menyalahi, mereka melakukan cercaan terhadap kehormatan para penegak syariat ini, yaitu orang-orang yang menjadi jalan sampainya syariat tersebut kepada kita, menjerumuskan orang-orang awam dengan caranya yang terkutuk itu dan cara setan, sehingga mereka mengutarakan celaan dan laknat kepada Khulafâur Râsyidîn. [6]
—————————-
[1] Q.s. an-Nûr [24]: ayat 17, ayat ini menjadi dasar pendapat Imam Ahmad, dalam buku karya Imam Abî Muhammad Rizkullah bin ‘Abdul Qawwî at-Tamimî (wafat tahun 480 H.): al Warqah 21.
[2] Imam Bukhârî, Khalku Af’alil ‘Ibad, hlm. 125.
[3] Beliau adalah tokoh ahli hadis serta mufti yang cemerlang—sebagaimana dikatakan oleh adz-Dzahâbî. Nama lengkapnya Abul Fisâ’ Ismail bin ‘Umar bin Katsîr. Asy-Syaukâni berkata: “Beliau punya banyak karangan berfaedah, antara lain: Tafsîr Ibnu Katsîr, yang dapat digolongkan tafsir yang terbaik, bahkan mungkin yang paling baik.” Wafat pada tahun 774 H. (Ibnu Hajar, ad-Durâru al-Kâminah, 1:373-374; Asy-Syaukâni, al-Badr at-Thali’, 1: 153).
[4] Bacalah halaman 751 dan 1125 dari ar-Risalah.
[5] Imam Muhammad bin ‘Alî bin Muhammad bin ‘Abdillah asy-Syaukâni, seorang ulama Yaman, pengarang kitab Fathul Qadîr, Nailul Authar dan lain-lain kitab-kitab yang bermanfaat. Wafat pada tahun 1250 H., bacalah al-Badr at-Thalî’, 2: 214 – 225.
[6] Bacalah kitab Thalabul ‘Ilmi, Asy-Syaukani ..