"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

10 December, 2008

SYIRIK...?????

SYIRIK


1. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh umat beriman agar kembali bertaubat, bertakwa mendirikan sholat dan tidak syirik kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Kembalilah kepada Allah dan bertakwalah kepada-Nya; dan dirikanlah sembahyang; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik." (Surah Ar-Ruum: 31)

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا
يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
"Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; maka sesiapa yang berharap akan bertemu Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (Surah Al-Kahfi: 110)

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن
يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah An-Nisaa': 48)

2. Syirik atau Isyrak ialah menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala atau menganggap ada sesuatu makhluk hidup atau mati atau benda yang menyamai Allah Subhanahu wa Ta’ala baik dalam zat, sifat-sifat mahupun dalam hal menerima peribadatan dan penyembahan dari makhluk. Orang yang melakukannya disebut musyrik.

3. Umat-umat yang telah menerima ajaran-ajaran para Rasul yang telah diutus Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada mereka, setelah berlaku masa yang lama maka terjadilah banyak perubahan disebabkan keyakinan akidah yang kurang terpelihara.

Dengan adanya perubahan-perubahan yang fundamental maka tidak patut lagi agama-agama itu digolongkan agama yang hak dan benar. Seperti agama yang dibawa Nabi Ibrahim Alaihis Salam dan nabi Ismail Alaihis Salam yang diakui kaum Quraisy sebagai agama murni mereka (hanif), tetapi mereka menyembah patung dan berhala dari batu yang dipahat dan kayu yang diukir.

Orang musyrik yang mengambil pelindung selain dari Allah berkata:

مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ
بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
"Kami tidak menyembah melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang berdusta, lagi sentiasa kufur." (Surah Az-Zumar: 3)

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا

نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن
قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta kebenaran (Al-Qur'an) yang diturunkan? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang yang fasik derhaka." (Surah Al-Hadiid: 16)

Agama-agama Yahudi dan Nasrani telah banyak mengalami perubahan fundamental sehingga kaum Yahudi percaya bahawa Uzair putera Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam susunan trinitas.
Agama-agama Yahudi dan Nasrani yang telah mengalami perubahan kerana onar para pemimpin keagamaan pada akhirnya menghasilkan keyakinan dan peribadatan yang sulit difahami dan dimengertikan oleh penganutnya sendiri. Pendita-pendita Yahudi mencipta hukum-hukum syariat dalam buku TALMUD sebagai kitab suci mereka di samping TAURAT.

Dalam ajaran Islam, pendapat seseorang walaupun ia Ulama besar bukanlah nas syarie. Pendapat Ulama tidak boleh mengalahkan hadith Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam yang shahih dan hadith pun tidak boleh mengalahkan Ayat Al-Quran.

4. Perbuatan syirik termasuk menyembah atau bermohon kepada makhluk dengan keyakinan bahawa makhluk itu dapat memberi manfaat atau mudarat secara ghaib, memohon kepada jin (syaitan) dengan keyakinan dapat memberi manfaat atau mudarat.

Al-Quran menyuruh kita menjauhi thaghut. Thagut berasal dari kata-kata THUGHYAN yang ertinya melampaui batas.


Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu Anhu mengertikan thaghut dengan syaitan.

Sahabat Jaabir mengertikan thaghut dengan dukun-dukun yang suka mendatangkan syaitan.

Iman Maalik Radhiyallahu Anhu mengertikan thaghut iaitu apa saja yang disembah dan dipuja selain dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ibnul Qayyim mengertikan thaghut iaitu apa saja yang melampaui batas penyembahan atau yang diminta seperti syaitan, batu, berhala, kubur keramat wali dan lain-lain.

Syarat keimanan ialah kufur kepada thaghut dan beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ
الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ
الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta." (Surah An-Nahl: 36)

Dan juga firman-Nya pada ayat lain:
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ
بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى
لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 256)
5. Dalam Al-Quranul Karim, syirik dinilai sebagai satu kezaliman yang besar.

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
"Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." ( Surah Luqman: 13)

Syirik bukan dosa biasa, tetapi suatu pengkhianatan makhluk terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala penciptanya. Oleh kerana itu syirik adalah perbuatan dosa yang tidak boleh diampunkan. Di dalam Surah Al An’aam 82, Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan ganjaran yang diperolehi bagi orang-orang yang tidak menyekutukan-Nya:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يَلْبِسُواْ إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُوْلَئِكَ لَهُمُ الأَمْنُ
وَهُم مُّهْتَدُونَ
"Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk. (Surah Al-An'aam: 82)
6. Syirik sangat berbahaya terhadap kehidupan jiwa manusia. Ia membuat jiwa menjadi gelap dan hati menjadi kesat. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam membacakan ayat 31 dari Surah At-Taubah kepada ‘Adi bin Haatim Aththaii yang sebelum masuk Islam adalah penganut agama Nasrani.

اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ
وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَهًا وَاحِدًا
لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
"Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih ibni Maryam, mereka tidak diperintahkan melainkan menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiadalah Tuhan melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. " (Surah At-Taubah: 31)

Setelah dibackan ayat itu. Adi bin Haatim Aththaii berkata, “Kami dahulu tidak menyembah mereka….”
Rasullulah Shallallahu Alaihi wa Sallam bertanya kepadanya, “”bukankah ulama-ulama dan rahib-rahib itu menghalalkan apa yang diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, lalu kamu menghalalkannya dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah subhanahu wa Ta’ala, lalu kamu mengharamkannya?”

‘Adi bin Haatim Aththaii menjawab, “benar, ya Rasulullah.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata lagi, “itu ertinya kamu menyembah mereka.”

Taat kepada perintah bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala oleh ulama, rahib dan pemimpin bererti memuja atau beribadah kepada mereka.

7. Pemujaan kepada orang-orang hidup atau yang sudah mati dianggap keramat untuk menghilangkan kesusahan atau meminta rezeki, keselamatan, menyembuhkan penyakit dan lain-lain yang ghaib, sedangkan orang-orang yang mereka minta itu sedang mencari jalan kepada Tuhan mereka, sedang mengharap rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sedang dalam keadaan takut akan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:


قُلِ ادْعُواْ الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِهِ فَلاَ يَمْلِكُونَ كَشْفَ
الضُّرِّ عَنكُمْ وَلاَ تَحْوِيلاً
"Katakan: Serulah mereka yang kamu dakwa Tuhan selain-Nya, maka mereka tiada kuasa menghapuskan bahaya darimu dan tidak dapat memindahkannya." (Surah Al-Israa': 56)

أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ
أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا
"Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti." (Surah Al-Israa': 57)

Ibnul Qayyim mentafsirkan ayat ini dan mengertikan “Tawassul” atau “wasilah” dengan amal sholeh dan harapan rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala serta takut azab Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Ibnu Kathir mengatakan bahawa dalam hal ini tidak ada perbezaan pendapat antara para ahli tafsir iaitu mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mentaati perintah dan larangan-Nya serta beramal yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sahabat Abdul Ibnu Mas’ud Radhiyallahu Anhu mentafsirkan “wasilah” dengan Islam.

Tidak sempurna ibadah seseorang kecuali dengan perasaan takut dan harapan. Setiap orang yang berdoa, beribadah atau isti’anah harus mempunyai perasaan tersebut. Takut atau mengharap atau kedua-duanya.

8. Syirik ada dua (2) jenis iaitu:

(a) Syrik jail (terang-terangan) atau syirik akbar, iaitu memuja dan beribadah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala.
(b) Syirik Khafi (sembunyi-sembunyi) atau ashghar (kecil) iaitu riya’.

Ibadah, kebaktian dan isti’anah yang tidak murni kerana Allah, tetapi kerana maksud tertentu adalah syirik khafi. Kelak di akhirat Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menyurh mereka memperolehi balasan ganjaran dari orang yang pernah riya’ untuknya di dunia, sehingga ketaatan mereka yang sama-samar dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wallahu A’lam

Oleh: H.A. Aziz Salim Basyarahil

01 December, 2008

Siapakah yang berhak masuk Syurga... ?

PERHATIKANLAH ayat-ayat al-Quran yang menerangkan siapakah diantara manusia yang berhak masuk Syurga. Marilah kita bersama-sama berdoa agar penulis and para pembaca Blog ini termasuk yang berhak masuk syurga dan dijauhkan dari Neraka.
"Allahumma inna nas-alukal-jannata, wa na'uuzu bika minan-naari"
(Ya Allah, kami mohon kepada Engkau akan Syurga dan berlindung dengan Engkau dari Neraka)
"Rabbana aatina fiddun-yaa hasanah wafil akhirati hasanah, waqinaa adzabannar".
(Ya Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup didunia ini dankebahagian hidup di akhirat. Dan peliharalah kami dari siksaan api neraka.)
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia.) (Q.S Al fajr:27-30)
Apa benar ruhani kita kembali kepada Tuhan, ternyata ada syaratnya, Jiwa yang diterima atau dipanggil Allah ada kriteria dan batasannya seperti yang diungkapkan ayat Al Quran berikut :
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala:
وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ
"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;" Q.S Al-Baqarah:25)
Firman Allah Ta'ala lagi:
الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُم بِرَحْمَةٍ مِّنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَّهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُّقِيمٌ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
"Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah; dan mereka itulah orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan rahmat daripada-Nya dan keredhaan serta Syurga; mereka beroleh kesenangan yang kekal di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah menyediakan di sisi-Nya pahala/ganjaran yang besar." (Q.S At-Taubat:20-22)
Seterusnya Firman Allah Ta'ala Lagi:
تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَن كَانَ تَقِيًّا
"Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami." (Q.S. Maryam:63)
Dalam Surah berikutnya Allah Ta'ala berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ
الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُون
نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ وَلَكُمْ فِيهَا
مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
نُزُلًا مِّنْ غَفُورٍ رَّحِي
"Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap di atas jalan yang betul, turunlah kepada mereka malaikat dengan berkata: Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. Sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!" (Q.S Fussilat:30-32)
Didalam Surah Yunus Allah Ta'ala Berfirman:
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاء اللّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ الَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ
لَهُمُ الْبُشْرَى فِي الْحَياةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ لاَ تَبْدِيلَ
لِكَلِمَاتِ اللّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Iaitu) orang yang beriman dan mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kegembiraan di dunia dan di akhirat; tidak ada perubahan pada janji-janji Allah; yang demikian itulah kejayaan yang besar."(Q.S Yunus:62-64)
إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا
عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى
بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ
السَّاجِدونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ
وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga,mereka berjuang pada jalan Allah; maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Qur'an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. Orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan yang menjaga hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu. (.S. at-Taubat:111-112)
Firman Allah Ta'ala seterusnya:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ
الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (Q.S. al-Baqarah::155-157)
Perhatikan Ayat-ayat tersebut:
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ
هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepada-Nya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang yang berakal sempurna. " (Q.S Az-Zumar:18)
Seterusnya:
وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ
يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
أُوْلَئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن
تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
"Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa; orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan amarahnya, dan orang yang memanfaatkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihani orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tiada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji mereka itu, sedangkan mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang yang beramal. "(Q.S Ali 'Imran:133-136)
Firman Allah Ta'ala lagi:
إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ
فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ
"Sesungguhnya peringatan hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Qur'an serta ia takut kepada Allah Ar-Rahmaan semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita gembira dengan keampunan dan pahala yang mulia. " (Q.S. Yaa siin:11)
KESIMPULANNYA:
Sesiapa yang berhak masuk Syurga menurut ayat-ayat Al-Quran yang tersebut diatas dan lain-lainnya, maka orang itu mestilah memenuhi tiga (3) syarat mutlak: Iaitu IMAN, TAQWA dan AMAL yang ikhlas dan jujur kerana Allah dan ajaran Rasulullah saw/sunnah.
Sabda Rasulullah saw: "Iman itu terdiri atas 70 tingkat. Yang tertinggi mengucapkan Laa IIaaha IIaIIaah dan yang paling rendah ialah memungut duri dari jalanan."
Ketiganya dapat dikumpulkan menjadi 2 syarat: Iaitu ikhlas dalam mentaati perintah Allah, dan berbuat baik kepada sesama manusia dengan mengikuti pimpinan Rasulullah saw baik zahir maupun bathin.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam bersabda:
"Barangsiap telah bersaksi, bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, maka Allah mengharamkan neraka atasnya"(Riwayat Sahih Muslim)
Kalau disimpulkan golongan-golongan yang masuk syurga adalah orang yang penyantun, penyabar, pemaaf, mempereratkan siratul rahim, bergaul serta bertukar fikiran kerana Allah.
Dan orang yang mengenal (marifat) kepada Allah, orang yang gemar melakukan Shalat wajib maupun shalat sunnat (Shalat malam), orang yang gemar berzikir menyebut nama Allah dan orang yang sentiasa patuh kepada Allah dan memelihara janji-Nya.
Wallahu A'lam

25 November, 2008

Perihal Istia’zah (الأستعاذة) Memohon Perlindungan Allah

Perihal Istia’zah (الأستعاذة) Memohon Perlindungan Allah



Menurut Imam Syafi’e dan Abu Hanifah ra pada ta’a’uz ialah dengan cara membaca :

اعوذ باالله من الشيطان الرجيم

Aku berlindung dengan Nama Allah dari Syaitan yang direjam

Sesungguhnya meminta perlindungan dari Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan merupalkan kewajipan kepada setiap muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala sesuatu. Seperti firman Allah swt dalam Al-Qur'an :

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ

“ Dan berkatalah kepada tuhan; aku memohon perlindungan dari bisikan syaitan-syaitan.” (Surah Mukminun : 97).

Begitu juga dalam firman Allah swt yang lain :

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Dan jika kamu dihasut oleh hasutan dari Syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui". (Surah Fusilat : 36).

Mengenai masalah istiazah dan memohon perlindungan Allah dari gangguan Iblis dan syaitan maka para ulama’ menyebut bahawa ianya dilakukan selepas membaca Al-Quran dan berpegang pada zahir ayat yang memerintahkan supaya beristiazah Manakala menurut Al-Qurtubi yang mengambil riwayat dari Abu bakr bin Al-Arabi (Ibnul Arabi) dan dari ulama’ Malikiyah menyatakan sesungguhnya dibaca istiazah dan memohon perlindungan dari syaitan selepas membaca Fatihah.

Bagaimanapun jumhur (sebahagian besar ulama’ ) memegang pendapat bahawa istiazah dilakukan sebelum membaca Al-Quran demi mempertahankan gangguan syaitan. Bahkan sebagai menuruti firman Allah swt :

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

"Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur'an, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam". (Surah An-Nahl :98).

Ayat ini membawa makna jika kamu ingin membaca Al-Quran yakni amalan membaca itu belum dilakukan tapi jika akan dilakukan seperti mana ayat :

وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ

“ Dan jika kamu mendirikan solat maka hendaklah kamu basuh muka dan kedua tangan kamu”

(Surah Al-Mai’dah :6).

Ayat ini menunjukkan jika ingin menunaikan solat hendaklah terlebih dahulu berwudhuk dan sudah tentu wudhuk mesti dibuat sebelum solat. Maka demikianlah ditafsirkan bagi ayat membaca istiazah terlebih dahulu sebelum membaca Al-Quran.

Jumhur Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa Istiazah dilakukan sebagai sunnah dan tidaklah sampai ke tahap wajib dan berdosa jika ditinggalkan.Namun diriwayatkan dari Atho ibn rabih akan bahawa ianya wajib dibaca dalam solat dan diluarnya ketika ingin membaca Al-Quran. Maka berkata pula Ibn Sirrin ra bahawa jika kamu beristiazah sekali sepanjang hayat maka sesungguhnya telah menggugurkan perintah istiazah sebagaimana yang diperintahkan dalam Quran Surah An-Nahl ayat 98 tadi.

Menurut Imam Syafie ra bahawa dalam bacaan di kuatkan membacanya dan jika diperlahankan (dibaca secara sirr, rahsia) pun tidak mengapa seperti dalam kitabnya Al-Umm dengan memberikan pilihan kerana Ibn Umar membacanya secara perlahan (sirr) dan Abu Hurairah pula membacanya secara lantang.

Makna Istiazah

Istiazah bermaksud meminta perlindungan dan pertolongan kepada Allah dari gangguan Syaitan dan godaannya dan ianya merupakan satu perintah umum kepada semua manusia. Sabda rasulullah kepada Abi Zar ra :
“ Wahai Abu Dzar, Mintalah perlindungan kepada Allah dari Syaitan manusia dan syaitan dari jin”. Lalu aku pun bertanya apakah ada Syaitan dari kalangan manusia ? Baginda pun menjawab : Ya

(Hadith Hasan Lighairih, riwayat Ahmad no.2136 & An- Nasaie no. 275 Jilid 8 ).

Cara Pembacaan Istiazah

Menurut Imam Syafi’e dan Abu Hanifah ra pada ta’a’uz ialah dengan cara membaca :

اعوذ باالله من الشيطان الرجيم

“ Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”

(Hadith Sahih, Tirmidzi no. 3696 & Abu Daud no. 4781) dan mereka berpendapat cukup berpada dengan kadar demikian.

Namun menurut para ulama’ yang lain dibenarkan menambah sekadar yang terdapat dalam dalil dan pertunjuk dari sunnah rasulullah. Seperti yang diriwayatkan dari rasulullah salallahualaihiwasalam yang pernah membaca dengan menyebut :

أعوذباالله السميم العليم من الشيطان الرجيم

“Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari Syaitan yang direjam” (Hadith Sahih, riwayat Abu Daud no. 775).

Juga bacaan seperti :

الشيطان الرجيم من همزه ونفخه و نفثه أعوذباالله من

" Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam dari bisikannya, tipu helahnya dan dari gangguannya” (Hadith Hasan, riwayat Abu Daud 764 & Ibn. Majah 804).

Manakala dalam bab membaca istiazah dalam solat maka menurut Imam Abu Hanifah dan Muhammad (anak muridnya) megatakan ianya dibaca. Dan jumhur mengatakan ianya dibaca selepas takbir iaitu sebelum Fatihah.

Mengenai hal ini para ulama’ mengatakan membaca istiazah dalam solat ialah sunnat yang sangat dituntut dan demikian pendapat jumhur kerana berdalilkan pada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id AL-Khudri bahawa rasul jika bangun malam akan bertakbir kemudian membaca doa iftitah lalu beristiazah dengan membaca :

أعوذباالله السميم العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه و نفثه

“Aku berlindung dengan Allah yang Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui dari Syaitan yang direjam dari bisikannya dari tipu helahnya dan dari dirinya.”

(Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi 242 & Ibn Majah 604).

Ianya dilakukan sebelum membaca bismillah dan Al-fatihah demikian menurut pendapat jumhur (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 332 Jilid 1). Walaubagaimana pun saya menganggap membaca istiazah dalam solat dan sebelum memulakan bacaan Al-Quran sebagai wajib sebagai ihtiyat (berhati-hati) kerana disebut secara amar (perintah) dalam Al-Quran perintah beristiazah melalui firman Allah :

فَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْآنَ فَٱسْتَعِذْ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيْطَانِ ٱلرَّجِيمِ

“Dan jika kamu membaca Al-Quran maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.” (Surah An-Nahl :98).

Para ulama’ menyebut melalui kaedah usul bahawa meminta perlindungan Allah dari syaitan itu wajib bagi setiap muslim dan muslimat dan dengan membaca istiazah dapat menghalang gangguan syaitan maka membacanya wajib demi mencapai tujuan menghalang gangguan syaitan sebagaimana kaedah :

ما لا يتم الواجب الا به فهو الواجب

“Apa-apa yang dengannya diperlukan bagi menyempurnakan perkara wajib maka ianya pun menjadi wajib” (Lihat Al-Wajiz fi Syarah Qawa’id Fiqhiyah fi Syariah Islamiyah m/s 181 ).

Dan para ulama’ yang mengatakan membaca istiazah itu wajib dalam solat ialah Atho ibn Rabih ra dan As-Sauri serta Auzaie dan Imam Daud Az-Zahiri dan Ibn Hazm Az-zahiri serta juga dari riwayat Ahmad (lihat Al-Muhalla’ m/s 247 Jilid 3 dan Majmuk m/s 281 Jilid 3).

Ianya dibaca secara sirr (perlahan) kerana tiada dalil nabi salallahualaihiwasalam dan para sahabat membacanya secara jahar (kuat/ lantang) bahkan para khulafah ar-rasyidun juga membacanya secara sirr cuma dibenarkan oleh ulama’ untuk membacanya secara jahar (kuat) sekali-sekala sebagai memberi didikan kepada makmun demikian menurut pendapat Ibn Abbas ra dan pendapat ulama’ seperti Imam Nawawi. (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 332 Jilid 1).

Imam Syafie mengatakan ianya iaitu istiazah dibaca setiap rakaat sebelum memulakan bacaan Quran dalam solat sebagai hukum sunnat namun pendapat yang dipilih ialah membaca pada setiap rakaat sebelum memulakan bismillah dan Al-Fatihah.

p/s :

Moga Artikel ringkas ini menjadi manfaat buat yang mahu mempelajari ilmu agama dan mahu meminta perlindungan dari Allah terhadap segala keburukkan dan kejahatan syaitan yang menjadi musuh manusia dan berada di hati manusia.

Berlalu masa dan hari tetapi diri semakin susut di hati kerana belum menemui apa yang dicari iaitu cinta abadi yang akan kekal menemani diri menemui ilahi.

Moga kesusahan hari ini akan dibalas dengan kemuliaan di kemudian hari.Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

Ustaz Emran Ahamad

23 November, 2008

Petikan Al-Qur'an Dalam Menyifatkan Wanita Yang Solehah



Petikan Al-Qur'an Dalam Menyifatkan Wanita Yang Solehah
oleh: Ustaz Emran, Yaman



Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan.Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Islam Memberi Jalan Penyelesaian

"Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" (At-Tahrim : 5).

Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :

1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji-Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.

“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).

Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.

Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.

Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.

Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.

Kepentingan Hati dan Akhlak yang BaikSebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia dan beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itu selalu menghancurkan diri mereka.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).

Bukankah wanita-wanita bertudung labuh dan berjubah ini ialah golongan yang kerap mengatakan kami ingin suami yang berfikrah dan menolak lelaki beriman yang berakhlak mulia hanya kerana fikrah ? Juga wanita bertudung labuh ini ialah mereka yang manis bicara pada lisan tapi kelat dan kotor pada hati dan perbuatan.

“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).

Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang bekorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.

Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga “ukhuwah” persahabatan dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah “Cinta Islamik”.“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

Alangkah sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.

Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).