"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

10 May, 2009

Tafsir Fi Zilalil Quran


Surah Al-Fatihah
Surah Pembukaan
Surah (1) - Makkiyah - 7 ayat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Setiap orang Islam membaca surah yang pendek dan mengandungi tujuh ayat ini sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam dan lebih sekali ganda lagi apabila ia menunaikan solat sunat dan sebanyak-banyaknya tanpa had apabila dia ingin mengadap Allah dengan solat-solat tambahan selain dari solat-solat fardhu dan solat-solat sunat.

Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini. Ini berdasarkan keterangan hadith al-Bukhari dan Muslim dari Rasulullah S.A.W dari hadith 'Ubadat bin as-Samit: Sabda Rasulullah SAW:

لاصلاةلمن لايقرأبفاتحةالكتاب

"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca Surah al-Fatihah."

Di dalam surah ini terkandung dasar-dasar 'aqidah dan dasar-dasar kefahaman Islam, juga dasar-dasar perasaan (terhadap Allah) dan tawajjuh (berdoa) yang membayangkan sebahagian hikmat mengapa Surah al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulangkan bacaannya dalam setiap raka'at solat dan hikmat batalnya setiap solat yang tidak dibacakan Surah al-Fatihah.

(Pentafsiran ayat 1)

Surah ini dimulakan dengan:

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

1. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Walaupun ada khilaf mengenai 'Bismillahirrahmanirrahim' apakah ia merupakan satu ayat dalam setiap surah atau ia merupakan satu ayat al- Qur'an yang dimulakan dengannya ketika membaca setiap surah, namun menurut pendapat yang arjah (terkuat) ia adalah satu ayat di dalam Surah al-Fatihah dan dengannya ia dikirakan tujuh ayat.

Dan di sana ada suatu pendapat yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan firman Allah 'Azzawajalla:

وَلَقَدْ آتَيْنَاكَ سَبْعاً مِّنَ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنَ الْعَظِيمَ

“Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) tujuh ayat dari ayat ayat yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Qur'anul 'Azim yang amat besar kemuliaan dan faedahnya." ( Surah Al-Hijr: 87)

ialah Surah al-Fatihah yang disifatkan sebagai surah yang mempunyai tujuh ayat dan sebagai "al-Mathani" kerana ia diulang-ulangkan bacaannya di dalam solat.

Memulakan sesuatu dengan "nama Allah" itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya dalam ayat pertama yang diturunkan kepada beliau dengan ittifaq para ulama' iaitu:

اْقرَْأ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خََلقَ

"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" (Surah Al-Alaq:1)

Adab cara ini amat sesuai dengan dasar kefahaman Islam yang agung, yang menganggapkan Allah bersifat Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Zahir dan Maha Batin. Allah S.W.T. adalah Zat yang maujud yang sebenar dan seluruh maujud yang lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan yang lain adalah berpangkal dari kewujudanAllah, kerana itu amatlah wajar segala permulaan, segala harakat atautindakan dan segala tujuan itu dimulakan dengan nama-Nya.

Allah SWT sifatkan diri-Nya di permulaan dengan sifat-sifat ar-Rahman "Maha Penyayang" dan ar-Rahim "Maha Pengasih" iaitu dua sifatyang mencakup segala pengertian, kasih sayang dan kasihan belas dan segalakeadaannya. Hanya pada Allah SWT sahaja terkumpul dua sifat ini. Begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan ar-Rahman "MahaPenyayang". Mana-mana hamba Allah boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahim, tetapi tidak boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahman dari segi kepercayaan dan lebih tidak wajar lagi dikembarkan kedua-dua sifat itu padanya.

Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang pengertian dua sifat ini, iaitu manakah di antara kedua-duanya yang mempunyai pengertian kasih sayang dan kasihan belas yang lebih luas, namun perselisihan itu bukanlah dari perbahasan yang kita hendak bicarakan dengan terperinci dalam Tafsir Fi Zilal ini, malah kita hanya membuat kesimpulan sahaja dari perbahasan itu bahawa kedua-dua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim adalah meliputi segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas juga meliputi segala keadaan dan bidangnya.

Jika memulakan sesuatu dengan nama Allah yang mengandungI maksud mentauhidkan Allah dan beradab sopan dengan-Nya itu merupakan dasar pokok dalam kefahaman Islam, maka pencakupan segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas dengan segala keadaan dan bidangnya dalam dua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim itu merupakan dasar yang kedua di dalam
kefahaman ini dan ia juga menggariskan hakikat hubungan yang wujud di antara Allah dengan para hamba-Nya.

Setelah dimulakan dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, maka diiringi pula dengan menghadap Allah serta mempersembahkan kepada-Nya segala sanjungan dan pujian dan menyifatkan-Nya sebagai Tuhan yang memegang teraju Rububiyah yang mutlak terhadap semesta 'alam.

(Pentafsiran ayat 2)

اْلحَمْدُ لّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ

2.
Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memeliharasemesta alam.”

Alhamdulillah adalah perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mu'min sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah ni'mat kurniaan Ilahi yang membangkitkan kesyukuran, pujian dan sanjungan, malah di setiap kelip mata dan detik waktu, dan di setiap langkah Allah melimpahkan ni'mat dan rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia, kerana itu mengucap Alhamdulillah di awal dan di akhir merupakan salah satu dari dasar-dasar kefahaman Islam secara langsung.

(Firman Allah):

وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

"Dan Dialah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, terpulang kepada-Nya seluruh kepujian di awal dan di akhir." (Surah Al-Qasas:70)

Namun demikian, kemurahan dan limpah kurnia Allah ke atas hamba hamba-Nya yang mu'min itu adalah sampai ke tahap setinggi-tingginya apabila hamba itu berkata: "Alhamdulillah", maka Allah akan tuliskan untuknya satu balasan kebaikan yang mengatasi segala timbangan neraca
yang lain.

Tersebut dalam Sunan Ibn Majah dari Ibn Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah menceritakan kepada mereka; iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan kata:

(Ya rabbi lakalhamdu kama yam baghi li jala li wajhika wa 'azi mi sulto nik) "Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu."

Ucapan ini telah menyulitkan dua Malaikat pencatat amalan, keduaduanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya lalu kedua-dua Malaikat itu menghadap Allah dan berkata kepada-Nya: "Ada seorang hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaimana hendak menulis balasannya?" Firman Allah: (Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah diucapkan hamba-Nya itu) "Apakah pujian yang telah diucapkan oleh hamba Ku itu?" Jawab kedua-dua Malaikat itu dia berkata: "Wahai Tuhanku segala kepujian itu terpulang kepada Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu." Firman Allah kepada kedua-duanya: "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hamba Ku sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalaskannya."

Menghadap Allah dengan mengemukakan sanjungan dan kepujian menggambarkan perasaan mu'min yang terharu sebaik sahaja ia teringat kepada Allah sebagaimana telah kami terangkan sebelum ini.

Adapun bahagian akhir ayat: 2. "... Tuhan yang memelihara semesta 'alam," adalah menjadi dasar kefahaman atau kepercayaan Islam kerana sifat Rububiyah yang mutlak dan menyeluruh itu merupakan salah satu daripada dasar-dasar 'aqidah Islam.

Kata-kata "Rabb" bererti pemelihara, penguasa, pentadbir dan pengurus yang memelihara urusan islah dan kerja-kerja tarbiyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya. Allah tidak menciptakan 'alam kemudian membiarkannya begitu sahaja, malah Dia memperelok, menjaga, memelihara dan mengasuhnya, kerana itu hubungan di antara Allah dengan makhluk sentiasa berterusan pada setiap waktu dan keadaan.

Konsep Rububiyah Allah yang mutlak terhadap seluruh makhluk-Nya merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara 'aqidah tauhid yang jelas dan sempurna dengan 'aqidah yang kabur yang terjadi akibat dari ketidakjelasan dan ketidaktegasan hakikat tauhid ini. Ramai manusia yang mengakui Allah sebagai Tuhan Pencipta 'alam, tetapi di samping itu mereka mempercayai berbagai-bagai tuhan yang lain yang menguasai kehidupan mereka.

Kepercayaan yang seperti ini nampak jelas anih dan lucu, tetapi itulah yang telah berlaku dan sedang berlaku. Al-Qur'an telah menceritakan tentang perkataan sekumpulan kaum Musyrikin yang menyembah bermacam-macam tuhan itu.

مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيَُقرِّبُونَا إَِلى اللَّهِ زُْلَفى

"Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya merekamendampingkan kami lebik dekat kepada Allah."(Surah Az-Zumar: 3)

Al-Qur'an juga telah menceritakan tentang sekumpulan Ahlil Kitab.

اتَّخَ ُ ذوْا َأحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ َأرْبَابًا مِّن دُونِ الّلهِ

"Mereka mengambil ulama'-ulama' dan paderi-paderi mereka selaku tuhan-tuhan yang lain dari Allah." (Surah At-Taubah: 30)

'Aqidah-'aqidah Jahiliyah yang tegak di merata negeri semasa kedatangan Islam adalah penuh dengan kepercayaan kepada berbagai-bagai tuhan yang disifatkan sebagai tuhan-tuhan kecil di samping tuhan yang agung mengikut sangkaan mereka.

Konsep Rububiyah yang mutlak yang meliputi seluruh 'alam yang terkandung di dalam surah ini merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara 'aqidah yang tersusun rapi dengan 'aqidah yang kacau-bilau. Konsep ini bertujuan supaya seluruh 'alam bertawajjuh kepada Allah yang Tunggal yang Berkuasa Penuh dan menolak semua tuhan yang lain, juga menghapuskan kebingungan bertawajjuh kepada bermacammacam tuhan itu dan seterusnya supaya hati seluruh 'alam tenang dan tenteram kepada naungan dan Rububiyah Allah yang kekal dan pemeliharaan-Nya yang tidak pernah putus dan tak kunjung hilang, bukannya seperti pendapat Aristotle -- yang dianggap sebagai setinggi-tinggi kefahaman falsafah -- yang mengatakan bahawa Allah telah menciptakan 'alam kemudian Ia tidak memperdulikannya dengan alasan kerana martabat Allah itu begitu tinggi dan tidak wajar untuk memikirkan sesuatu yang rendah dari-Nya dan kerana Allah hanya memikirkan tentang Zat-Nya sahaja. Aristotle yang mengeluarkan pendapat ini merupakan ahli falsafah yang paling besar dan akalnya merupakan akal manusia yang paling tinggi.

Islam datang ketika dunia dipenuhi dengan timbunan 'aqidah, pemikiran, dongeng, pendapat falsafah, kepercayaan yang karut-marut, yang bercampur aduk di antara yang benar dengan yang batil, yang betul dengan yang palsu, agama dengan khurafat, falsafah dengan dongeng, dan hati nurani manusia pada waktu itu meraba-raba dalam gelap gelita dan dalam sangka-sangkaan tanpa berpijak pada suatu keyakinan. Padang gurun yang tidak mempunyai sebarang kemantapan, sebarang keyakinan dan sebarang nur itulah yang (menjadi latar belakang) yang melingkungi kefahaman dan pemikiran manusia terhadap Allah, sifat-sifat-Nya, hubungan-Nya dengan para makhluk-Nya terutama hubungan antara Allah dengan manusia.

Oleh sebab itu hati nurani manusia tidak berupaya memperoleh satu pegangan yang kukuh mengenai persoalan 'alam ini, persoalan diri mereka sendiri dan persoalan sistem hidup mereka sebelum mereka memperoleh pegangan yang kukuh mengenai persoalan 'aqidah mereka, persoalan kefahaman terhadap Tuhan mereka dan sifat-sifat-Nya dan sebelum mereka mendapat satu keyakinan yang jelas dan lurus di tengah gumpalan awan mendung, di tengah-tengah padang gurun dan di tengah-tengah timbunan sampah-sarap kepercayaan yang karut itu. Seorang manusia itu tidak dapat memahami betapa perlunya kemantapan ini sehingga ia mengetahui betapa besarnya timbunan sampah kepercayaan yang karut itu dan sehingga ia memeriksa padang gurun yang penuh dengan berbagai-bagai 'aqidah, berbagai-bagai kefahaman, berbagai-bagai dongeng, berbagai-bagai pendapat falsafah, berbagai-bagai tanggapan yang karut dan berbagai-bagai fikiran yang kacau yang mencemari dan mempengaruhi hati nurani manusia. Inilah keadaan yang didapati oleh Islam ketika ia datang.

Apa yang kami sebut secara sepintas lalu mengenai kepercayaankepercayaan ini hanya satu bahagian yang kecil sahaja. (Dalam pentafsiran surah-surah al-Qur'an kelak akan dibentangkan berbagai-bagai bentuk kepercayaan itu yang diolahkan oleh al-Qur'an dengan pengolahan yang lengkap dan sempurna). Oleh sebab itulah perhatian pertama Islam adalah lebih dahulu ditujukan kepada usaha membersihkan bidang 'aqidah ketuhanan, menetapkan kefahaman yang meyakinkan hati nurani mengenai persoalan Allah dan sifat-sifat-Nya dengan para makhluk-Nya dan hubungan para makhluk dengan-Nya secara tegas dan yakin. Oleh sebab itulah kepercayaan Tauhid yang sempurna, tulen, bersih dan menyeluruh, tidak bercampur dengan sesuatu yang asing sama ada dari dekat atau dari jauh merupakan tapak tegak kefahaman dan kepercayaan yang dibawa oleh Islam, dan Islam terus berusaha membersihkan kepercayaan ini dalam hati nurani manusia dan memeriksa setiap fikiran yang kotor di sekitar hakikat Tauhid itu supaya ia bersih dari segala kekeliruan dan kesamaran dan supaya tetap teguh tanpa dimasuki tanggapan yang karut baik dari apa-apa bentuk sekalipun. Demikianlah Islam memberi kata pemutus yang begitu jelas dan terang mengenai sifat-sifat Allah terutama sifat-sifat yang ada hubungan dengan sifat Rububiyah yang mutlak.

Kebanyakan timbunan sampah-sarap kepercayaan yang wujud di padang gurun itu ialah sampah pendapat-pendapat falsafah dan 'aqidah- 'aqidah yang simpang-siur, tanggapan-tanggapan yang kacau dan dongengdongeng yang karut tentang persoalan sifat-sifat ketuhanan yang amat penting ini, iaitu persoalan yang mempunyai kesan yang amat besar dalam hati nurani manusia dan budipekerti mereka. Sesiapa yang mengkaji usahausaha yang berterusan yang telah dilakukan oleh Islam untuk menegakkan kata pemutus mengenal Zat Allah, sifat-sifat-Nya dan hubungan-Nya dengan para makhluk-Nya, iaitu usaha-usaha dalam bentuk penerangan nas-nas al- Qur'an yang begitu banyak tanpa mengkaji timbunan sampah-sarap (kepercayaan karut) yang berat yang wujud di padang gurun yang amat luas, di mana sesatnya umat manusia itu mungkin tidak dapat memahami sejauh mana ia memerlukan kepada penerangan al-Qur'an yang berulang-ulang itu dan kepada pemeriksaan yang begitu teliti di segala lorong dan pintu hati nurani itu. Tetapi dengan mengkaji timbunan sampah sarap itu dapatlah diketahui betapa perlunya usaha-usaha yang berterusan itu dan betapa besarnya peranan yang dilakukan oleh 'aqidah Islam untuk membebaskan hati nurani manusia dari kepenatan meraba-raba dan terumbang-ambing di antara berbagai-bagai tuhan palsu, kepercayaan-kepercayaan dan dongengdongeng yang karut-marut.

Keindahan, kesempurnaan dan keseimbangan 'aqidah Islam dan kemudahan hakikat Tauhid yang agung yang didokong oleh Islam itu tidak terserlah kepada hati dan akal manusia seterang yang terserlah kepadanya setelah ia lebih dahulu mengkaji dan menyelidiki timbunan sampah-sarap Jahiliyah dari berbagai-bagai 'aqidah, kepercayaan, dongeng dan falsafah terutama yang memperkatakan tentang hakikat ketuhanan dan hubungannya dengan 'alam. Ketika inilah 'aqidah Islam benar-benar merupakan rahmat yang haqiqi kepada hati dan akal, iaitu satu rahmat yang mengandungi keindahan dan kemudahan, kejelasan dan keseimbangan, kehampiran, kemesraan, dan keserasian secara langsung yang mendalam dengan fitrah manusia.

(Pentafsiran ayat 3)

الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

3. Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

Kedua-dua sifat yang meliputi segala pengertian kasihan belas dan kasih sayang dalam segala keadaan dan bidangnya ini diulangi sekali lagi di tengah-tengah ayat untuk menonjolkan lagi ciri yang jelas dari konsep Rububiyah Allah yang sempurna dan untuk menegakkan asas-asas hubungan yang kekal di antara Allah dengan makhluk-makhluk-Nya iaitu hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merangsangkan kesyukuran dan sanjungan, hubungan yang ditegakkan di atas rasa ketenteraman dan kemesraan. Oleh sebab itulah kesyukuran dan sanjungan itu merupakan sambutan semulajadi terhadap rahmat kasih sayang dan belas kasihan yang lemah-lembut itu. Tuhan yang disembah dalam Islam tidak memburu para hamba-Nya seperti musuh memburu musuh sebagaimana yang dilakukan oleh tuhan-tuhan atau dewa-dewa Olympus (tempat kediaman tuhan-tuhan) pada saat-saat mereka dilanda keinginan dan kemarahan seperti yang digambarkan oleh dongeng-dongeng Greek.

Tuhan dalam Islam tidak merancangkan tipu daya membalas dendam terhadap para hamba-Nya seperti yang didakwa oleh dongeng-dongeng yang dipalsukan dalam Perjanjian Lama (Taurat) sebagaimana diceritakan di dalam dongeng Babel bab dua belas Sifrut Takwin (Bahagian Penciptaan).

(Pentafsiran ayat 4)

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

4. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.

Ini merupakan 'aqidah pokok yang amat besar dan mempunyai kesan yang amat mendalam dalam seluruh hidup manusia, iaitu 'aqidah pokok mempercayai hari Akhirat. Kata-kata "yang menguasai atau penguasa" membayangkan darjah kuasa yang paling tinggi. "Hari Pembalasan" ialah hari penentuan balasan di Akhirat. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah Allah dan percaya bahawa Allahlah yang menciptakan 'alam buana ini bagi pertama kali, namun demikian mereka tidak percaya kepada Hari Balasan. Keperihalan setengah-setengah mereka telah diceritakan oleh al- Qur'an.

وََلئِن سََأْلتَهُم مَّنْ خََلقَ السَّمَاوَاتِ وَالَْأرْضَ َليَقُوُلنَّ اللَّهُ

"Dan jika Engkau bertanya mereka: "Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi, nescaya mereka menjawab: "Allah". (Az-Zumar: 38)

Kemudian dalam surah yang lain al-Qur'an menceritakan hal mereka:

بَلْ عَجِبُوا أَن جَاءهُمْ مُنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ

"(Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (Surah Qaaf:2)

أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَاباً ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ

"Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)". (Surah Qaaf:3)

Kepercayaan terhadap Hari Balasan merupakan satu lagi 'aqidah pokok di dalam Islam. Nilai kepercayaan ini ialah ia meletakkan pandangan dan hati manusia pada sebuah 'alam yang lain setelah tamatnya 'alam bumi supaya mereka tidak begitu terkongkong kepada keperluan-keperluan bumi sahaja dan ketika itu mereka tidak lagi terpengaruh kepada keperluankeperluan
bumi, juga supaya mereka tidak begitu gelisah untuk mendapatkan balasan dan ganjaran dari hasil usaha mereka dalam usia mereka yang pendek dan di 'alam bumi yang terbatas ini dan ketika itu barulah mereka dapat berbuat amalan-amalan semata-mata kerana Allah dan sanggup menunggu ganjarannya mengikut bagaimana yang ditentukan Allah sama ada di 'alam bumi ini atau 'alam Akhirat. Mereka sanggup menunggu dengan tenang dan yakin terhadap balasan yang baik itu serta berpegang teguh dengan kebenaran, mereka sanggup menunggu dengan selesa, lapang dada dan penuh kepercayaan, kerana itu kepercayaan kepada Hari Balasan merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara perhambaan kepada keinginan-keinginan hawa nafsu dengan kebebasan insaniyah yang layak dengan kejadian makhluk manusia, persimpangan jalan yang memisahkan di antara tunduk kepada kefahaman-kefahaman bumi, nilainilainya dan ukuran-ukurannya dengan tunduk dan berpegang kepada nilainilai Rabbaniyah dan tidak tunduk kepada logik Jahiliyah.

Seterusnya ia merupakan persimpangan jalan di antara insaniyah dalam bentuk hakikatnya yang unggul sebagaimana yang dikehendaki Allah kepada para hamba-Nya dengan insaniyah dalam bentuk-bentuknya yang buruk, menyeleweng dan tidak sempurna. Kehidupan manusia tidak akan bergerak lurus di atas jalan Allah yang luhur selagi kepercayaan pokok kepada Hari Balasan ini tidak wujud dalam pemikiran mereka, selagi hati mereka tidak yakin bahawa ganjaran dan balasan di 'alam bumi ini bukanlah ganjaran mereka yang terakhir dan selagi mereka yang mempunyai usia yang terbatas itu tidak percaya bahawa di sana ada sebuah 'alam hidup Akhirat yang patut mereka berjuang dan berusaha untuknya dan patut berkorban untuk membantu kebenaran dan mendokong kebaikan dengan kepercayaan akan mendapat balasan dan ganjaran Akhirat itu.

Orang-orang yang beriman kepada 'alam Akhirat dan orang-orang yang engkar akan hari Akhirat tidak mempunyai titik-titik persamaan dari segi perasaan, akhlak, kelakuan dan amalannya. Mereka merupakan dua golongan manusia yang berbeza. Mereka tidak bertemu di bumi dan tidak bertemu di Akhirat. Inilah persimpangan jalan.

(Pentafsiran ayat 5)

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

5. Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan.

Ini satu lagi 'aqidah pokok yang lahir dari 'aqidah-'aqidah pokok yang lepas yang telah diterangkan dalam surah ini, iaitu 'aqidah tiada 'ibadat melainkan untuk Allah dan tiada permohonan pertolongan melainkan kepada Allah. Di sini juga satu lagi persimpangan jalan, iaitu persimpangan jalan yang memisahkan di antara kebebasan mutlak dari seluruh bentuk perhambaan dengan perhambaan mutlak kepada sesama manusia.


'Aqidah ini merupakan sebuah perisytiharan hari keputeraan kebebasan manusia yang mutlak dari perhambaan kepada kepercayaankepercayaan yang karut-marut dan dari perhambaan kepada peraturanperaturan dan undang-undang yang diciptakan manusia. Andainya Allah itu
sahaja Tuhan yang disembah dan dipohon pertolongan maka selama itulah hati manusia bebas dari perhambaan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang ciptaan manusia dan dari perhambaan kepada tokoh-tokoh sebagaimana ia bebas dari perhambaan kepada dongeng-dongeng dan kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut.


Di sini diterangkan sikap orang Muslim terhadap kuasa-kuasa manusia dan kuasa-kuasa 'alam (tabi'i). Bagi seseorang Muslim kuasa-kuasa manusia itu terbahagi kepada dua jenis:

Satu kuasa yang mendapat hidayah, yang beriman kepada Allah dan yang menurut jalan Allah, kuasa inilah yang harus disokong olehnya dan diberi kerjasama untuk menegakkan kebajikan, kebenaran dan kebaikan. Satu lagi kuasa ialah kuasa yang sesat yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah dan tidak mengikut jalan-Nya. Kuasa inilah yang harus diperangi, ditentang dan dicemburui olehnya. Seorang Muslim tidak harus gentar kepada kuasa-kuasa yang sesat itu sama ada besar atau zalim, kerana kuasa yang sesat dan terputus dari kekuatan Allah tiada lagi mempunyai kekuatan yang haqiqi, ia telah kehilangan makanan tetapnya yang dapat memelihara tenaga kekuatannya. Ia adalah sama seperti nasib serpihan serpihan dari sebuah bintang yang bernyala, iaitu ia hanya sebentar sahaja bernyala, kemudian ia beransur-ansur malap, mendingin dan terus padam biarpun bagaimana besar saiz serpihan-serpihan itu, tetapi sebiji atom yang kecil yang berhubung dengan sumbernya yang memancarkan sinar itu tetap kekal kekuatannya, kepanasannya dan cahayanya.

كم مِّن فَِئةٍ َقلِيَلةٍ َ غَلبَتْ فَِئًة َ كثِيرًَة بِإِذْنِ الّلهِ

"Berapa banyak kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang ramai dengan izin Allah?"(Surah Al-Baqarah: 249)

Yakni mereka dapat mengalahkan kumpulan yang ramai itu dengan sebab mereka mempunyai hubungan dengan Allah selaku sumber kekuatan yang pertama dan kerana mereka mengambil kekuatan mereka dari Allah satu-satunya sumber seluruh kekuatan dan kemuliaan. Sikap seseorang Muslim terhadap kuasa-kuasa 'alam pula ialah sikap beramah-tamah dan bersahabat bukan sikap takut-takut dan bermusuh, kerana kekuatan manusia dan kekuatan 'alam adalah terbit dari kehendak iradat Allah belaka dan kedua-duanya dikendalikan oleh kehendak iradat Allah, kedua-duanya berlangsung seimbang dan saling membantu dalam pergerakan dan tujuan.
'Aqidah seseorang Muslim menyarankan bahawa Allah telah menciptakan kuasa-kuasa 'alam itu untuk menjadi sahabat dan teman pembantu yang boleh bekerjasama dan untuk menjalinkan persahabatan itu ia harus mengkaji, mengenalpasti dan bekerjasama dengannya serta bersama-sama bertawajjuh kepada Allah selaku Tuhannya dan Tuhan kuasa-kuasa itu. Dan andainya kuasa-kuasa itu kadang-kadang mendatangkan kemerbahayaan kepada manusia, maka itu hanya merupakan akibat dari sikap manusia yang tidak mengkajinya dengan teliti dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang undang-undang perjalanannya.

Biasanya orang-orang Barat yang mewarisi kepercayaan Jahiliyah Roman menggunakan ungkapan "menakluk 'alam" untuk menyatakan sesuatu kejayaan mempergunakan kuasa-kuasa 'alam. Ungkapan ini jelas menggambarkan satu pandangan Jahiliyah yang putus hubungan dengan Allah dan dengan roh 'alam buana yang patuh kepada Allah, sedangkan seseorang Muslim yang mempunyai hubungan yang baik dengan Allah Tuhannya yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, juga mempunyai hubungan yang mesra dengan roh 'alam buana yang bertasbih kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta 'alam adalah tetap beranggapan bahawa di sana ada lagi hubungan yang lain dari hubungan menakluk yang kasar itu. Ia beranggapan bahawa Allah itulah Pencipta seluruh kuasa-kuasa 'alam itu, Allah menciptakan kuasa-kuasa itu mengikut satu peraturan yang sama supaya manusia dapat bekerjasama dengan-Nya untuk mencapai matlamatmatlamat yang telah ditentukan kepadanya mengikut peraturan itu.
Sejak dari awal kuasa-kuasa itu telah diciptakan Allah supaya dapat digunakan oleh manusia, kerana itu Allah memberi kemudahan-kemudahan kepada mereka untuk menemui rahsia-rahsia kuasa itu dan mengenalpastikan peraturan-peraturannya. Oleh sebab itu manusia harus
bersyukur kepada Allah apabila ia berjaya mendapat pertolongan dari mana-mana kuasa itu kerana Allahlah yang menundukkan kuasa-kuasa itu untuk digunakan mereka dan bukan mereka yang dapat menaklukinya.
Firman Allah 'Azzawajalla:

وَسَخَّرَ َل ُ كم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الَْأرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ

"Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi." (Surah al-Jathiah: 13)

Dengan sikap sedemikian hati seorang Muslim tidak akan dipenuhi dengan anggapan-anggapan yang salah terhadap kuasa-kuasa 'alam dan tidak akan timbul perasaan-perasaan cemas dan takut terhadap kuasa-kuasa itu. Ia hanya beriman, menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah yang Tunggal sahaja, kerana kuasa-kuasa 'alam itu adalah dari ciptaan Allah belaka. Ia mengkaji dan mempelajari rahsia-rahsia kuasa 'alam dan dari kajiannya itulah ia mendapat pertolongan dari kuasa-kuasa itu dan mengetahui rahsia-rahsianya dan membolehkannya hidup bersama-sama kuasa-kuasa itu di sebuah 'alam yang mesra dan dalam hubungan persahabatan yang baik.

Alangkah indahnya sabda Rasulullah SAW ketika beliau merenung Bukit Uhud: "Bukit ini sayang kepada kita dan kita juga sayang kepadanya." Dalam kata-kata ini terbayang segala perasaan kasih mesra yang tersemat di dalam hati Muslim yang utama Muhammad S.A.W. yang terjalin di antaranya dengan kejadian-kejadian 'alam di ruangnya yang besar dan kasar.

Setelah menjelaskan dasar-dasar 'aqidah yang asasi dalam kefahaman Islam dan menjelaskan konsep tawajjuh kepada Allah yang Tunggal, iaitu konsep yang menentukan segala 'ibadat dan memohon pertolongan kepada Allah yang Tunggal sahaja, maka ayat yang berikut menjelaskan pula cara 'amali untuk bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah dalam bentuknya yang umum sesuai dengan suasana dan sifat surah ini.

(Pentafsiran ayat 6)

اهدِنَا الصِّرَا َ ط اُلمستَقِيمَ

6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.

Maksudnya kurniakan Taufik kepada kami untuk mengenalpasti jalan yang lurus dan selepas mengenalinya kurniakanlah pula Taufik kepada kami untuk mengikut jalan yang lurus itu dengan penuh kejujuran. Mengenal dan berjalan di atas jalan yang lurus itu merupakan hasil dari hidayah, pemeliharaan dan rahmat Allah. Bertawajjuh kepada Allah dengan berdoa merupakan hasil dari kepercayaan bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan yang berkuasa memberi pertolongan. Hidayah inilah merupakan perkara yang paling penting bagi seseorang mu'min. Ia merupakan perkara utama yang harus dipinta pertolongan Allah untuk mencapaikannya.

Mendapat Hidayah ke jalan lurus itulah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat. Hidayah ke jalan yang lurus pada hakikatnya ialah Hidayah untuk memimpin fitrah manusia kepada undang-undang Allah yang mengatur dan memperseimbangkan di antara harakat manusia dengan harakat 'alam alwujud seluruhnya menuju kepada Allah Tuhan Semesta 'Alam.
Ayat yang berikut menjelaskan sifat jalan yang lurus itu:

(Pentafsiran ayat 7)

صِرَا َ ط الَّذِينَ َأنعَمتَ عََليهِمْ َ غيرِ اَلمغضُوبِ عََليهِمْ وَ َ لا الضَّالِّينَ

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.


Yakni jalan orang-orang yang Allah kurniakan ni'mat-Nya kepada mereka bukan jalan orang-orang yang dimurkai-Nya, iaitu mereka yang mengenal jalan yang benar, kemudian mereka menyimpang darinya atau mereka yang sesat terus dari mula-mula lagi dari jalan yang benar. Jalan yang lurus ialah jalan orang-orang yang berbahagia, yang mendapat hidayah dan
sampai kepada Allah.

Di samping itu, inilah surah yang dipilih untuk dibaca berulang-ulang kali dalam setiap solat dan mana-mana solat tidak sah tanpa membacanya. Walaupun surah ini pendek namun ia mengandungi dasar-dasar 'aqidah yang asasi dalam kefahaman Islam dan mengandungi tawajjuh atau doa-doakepada Allah secara sedar yang terbit dari kefahaman itu.
Tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-'Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W.:
FirmanAllah Ta'ala:

"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba- Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba-Ku berkata: (alhamdulillahirabbil'alamin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku" apabila hamba itu berkata: (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku:" apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungagungkan- Ku dan apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in) Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku," apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi alaihim waladdha lin) Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku." Setelah maksud ayatayat itu dihuraikan dengan jelas ternyatalah kepada kita bahawa hadith yang sohih ini telah mendedahkan salah satu daripada rahsia-rahsia (kebesaran)
surah al-Fatihah ini yang dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak tujuh belas kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.

Oleh: asy-Syahid Sayyid Qutb
(lnilah penjelasan yang amat penting untuk pembaca Tafsir Fi Zilal dan buku-buku karangan asy-Syahid Sayyid Qutb yang lain yang di petikkan sebahagiannya dari muqaddimah buku " التصورالاسلامي ومقوماته " bahagian yang kedua dari buku " خصائص التصورالاسلامي ومقوماته " iaitu karangan-karangan akhir beliau sebelum buku " معالم في الطري)

06 May, 2009

BELAJAR WAJIB BERGURU

Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan sesuatu sumber. Secara logik seseorang itu belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru. Guru itu baik sama ada sesama manusia atau pun dengan makhluk yang lain.Tidak kira ilmu agama,masakan,sekolah dan sebagainya.Ini perlu untuk pembelajaran secara sistematik dan betul.Jika ada soalan-soalan dan pendapat boleh diperbetulkan dan memberi tambahan pada sesuatu perkara.

Pandainya seseorang itu kerana ia belajar dan menuntut. Kerana ada guru memberitahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah S.A.W., manusia yang dipilih dan diistimewakan Allah pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hira. Jibraillah yang bertindak menjadi guru, mengajar, membimbing Nabi Muhammad S.A.W. membaca Qalamu'llah yang dizahirkan iaitu "Iqra'".

Demikianlah juga dengan para Nabi dan Rasul-rasul lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa A.S. misalnya berguru dengan Nabi Khidir A.S. Nabi Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang perguruan dan ilmu.

Seperti disebut tadi, guru atau sumber mendapat itu bukan terbatas kepada manusia sahaja. Seluruh isi alam ini termasuk haiwan juga adalah sumber ilmu kepada manusia. Misalnya Habil adik kepada Qabil belajar daripada burung gagak begaimana hendak mengambuskan mayat adiknya setelah dibunuh. Mungkin kalau Qabil tidak melihat gagak, dia kematian akal untuk menyembunyikan mayat adiknya itu.

Kesimpulannya di sini seseorang yang mahu jadi cerdik, Pintar, bijaksana, hatta mengenali dirinya sendiri dan Allah dia kena belajar. Dia harus mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa seseorang yang bertindak demikian (guru) dia pasti tidak akan pandai dan tahu.

Mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tidak ada seorang insan dilahirkan ke dunia terus cerdik dan mengerti tentang peraturan hidup di dunia. Semuanya terlebih dahulu kena ditunjuk, kena diajar, kena dibimbing dan kena dikembangkan ilmunya lepas itu baru ia menjadi pandai dan tahu.

Bila disebut guru pula akan terlintas dalam benak kita tentang manusia. Pada umumnya manusia itulah yang boleh menjadi guru kerana ia makhluk yang paling sempurna. Anggapan demikian terlalu umum. Memang sebaik-baik guru itu manusia. Kerana manusia itu sebaik-baik kejadian.

Tetapi dalam pada itu kita harus sedar, bahawa tanpa bantuan makhluk lain, manusia juga tidak boleh menjadi pandai dan mengerti dalam segala hal. Allah menjadikan makhluk ini untuk saling kenal-mengenali di antara satu sama lain. Dalam hal ini bolehlah kita menganggap bahawa setiap makhluk yang wujud dalam dunia ini merupakan sumber pengetahuan atau menjadi cermin (guru) sebagai alat untuk kita mengenali sesuatu.

Firman Allah Ta'ala:

"Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk saling kenal mengenali diantara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmatKu."

Sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang istimewa, maka sudah sewajarnya manusia menjadi guru kepada sekalian makhluk lain. Haiwan misalnya memerlukan tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi cerdik. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan bantuan daripada manusia untuk hidup dengan subur dan selamat.

Pun begitu juga dengan manusia sendiri. Ianya memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada makhluk lain sebagai sumber untuk dia memperolehi ilmu pengetahuannya. dari gerak geri dan tabii haiwan, manusia boleh mempelajari ilmu tertentu. Dari desir angin dan deruan ombak di pantai, manusia akan dapat mengetahui rahsia mengenai sesuatu kejadian Allah.

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bernama guru itu tidak semestinya manusia. Malahan seluruh isi alam ini boleh bertindak menjadi guru. Pemberi ilham dan pencetus pentafsiran kepada diri kita untuk mengenali sesuatu kejadian itu secara yakin dan nyata lagi.

Tanpa bantuan alam dan makhluk, manusia tidak mungkin dapat mengetahui semua sekali baik tentang dirinya sendiri dan isi alam ini. Kalau manusia dapat menguasai seluruh ilmu.

Begitu juga untuk kita menguasai ilmu berenang seperti ikan. Kita tidak memperolehi ilmu atau cara-cara berenang yang baik tanpa mengamati pergerakan ikan. Dengan melihat, meniru, memerhati cara-cara ikan bergerak, mengibas sirip, ekor dan badan, maka membolehkan kita pandai berenang seperti ikan.

Ada pun cara dan kaedah kita belajar (berguru) dengan haiwan itu tidaklah seperti mana kita berguru dengan manusia, yang mempunyai adat-istiadat tertentu. Kita tidak payah sujud dan hormat kepada mereka, cukup setakat memerhati segala kelakuan dan feel perangai mereka sahaja, kemudian kita tafsirkan untuk keperluan kita.

Belajar dengan haiwan atau makhluk lain, kita cuma kena mengkaji apakah tujuan Allah menjadilannya. Kita kena banyak berfikir dan pandai mentafsir. Dalam kata lain, berguru dengan makhluk lain lebih rendah martabatnya dari kita, merupakan satu aktiviti untuk mengasah otak agar lihat, berfikir dan sensitif untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.Jadi di sini dapat disimpulkan untuk menjadi pandai, wajib belajar. Tanpa guru, kita tidak menjadi pandai. Bagaimana bijak sekalipun seseorang itu kalau ia tidak dibimbing dan dipandu dia tidak akan menjadi. Ia tidak muncul manjadi seorang hamba yang baik dan sempurna.

“Sesiapa yg belajar ilmu tanpa berguru maka syaitan adalah gurunya”.

(Di dalam kitab “ Al-Kasyfu ‘An Haqiqah as-Sufiyyah Li Awwal Marrah Fit Tarikh ", Asy-Syeikh Mahmud Abdul Rauf al-Qasim menyatakan bahawa kata-kata itu dan yang seumpama dengannya adalah berasal daripada tokoh-tokoh Tasawwuf , antaranya Al-Imam as-Saiyid Ahmad ar-Rifai’e , Al-Imam Abu Yazid al-Bustomi dan al-Imam al-Ghazali.)

Maknanya mereka yang belajar tanpa panduan dan ikut rasa hati sendiri akan mudah tersesat dan terpesong dari lunas-lunas kebiasaannya. Kerana bila kita menurut kehendak hati, kita jadi lebih mementingkan diri kita daripada kehendak orang lain.

Justeru itu untuk menjadi manusia yang kamil, sempurna dan berada di atas jalan "siratalmustaqim", hendaklah kita berguru. Carilah seorang guru atau pun belajarlah dengan alam semesta ini untuk kebaikan. Janganlah berbuat sesuatu tanpa panduan dan nasihat sesiapa. Kerana dengan cara itu menyebabkan kita bersyubahat dengan "syaitan" dan melakukan sesuatu di atas kehendak nafsu serakah kita sendiri.

Bila sebut sahaja guru, tidak ada guru yang paling bagus melainkan manusia. Manusialah sebaik-baik guru kepada manusia. Lagi pun memang telah menjadi tugas manusia, ia dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi guru, petunjuk, pemimpin, pembimbing dan pengasuh kepada seluruh isi alam.

Manusia sahajalah yang arif dan bijak kerana ia diberikan keistimewaan itu oleh Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". (Surah Adz-Dzaariyaat: 56)

Dan Firman Allah Ta'ala seterusnya:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (Surah Al-Baqarah: 30)

Manusialah yang layak untuk menjadi guru. Berguru dengan manusialah yang boleh membawa kepada kebenaran yang sebenarnya. Tidak ada guru yang paling baik dan sempurna melainkan manusia. Hakikat ini tidak perlu diragui lagi kerana Allah sendiri menyatakan kebaikan dan ketinggian darjat manusia itu.

"Sebaik-baik kejadian ialah manusia."

Dalam pada itu tidak pula bererti guru itu boleh didatangi begitu sahaja. Atau pun semua manusia yang digelar guru itu baik, sempurna dan bijak. Bukan! Bukan bermakna bila orang itu dipanggil guru, maka ia terus menjadi seorang guru yang pandai dan berwibawa. Sebaliknya kita kena perhati betul-betul pada seseorang guru itu agar kita tidak salah memilih guru.

Dalam dunia moden hari ini ramai orang yang mengaku menjadi guru. Atau ramai orang diangkat martabatnya menjadi guru. Ini tidak hairan kerana pada akhir zaman ini, semua bidang kehidupan telah diperalatkan oleh manusia, termasuk juga bidang keagamaan (perguruan). Kerana dengan menjadi guru membolehkan seseorang itu akan disanjung dan kebajikan kehidupan mereka juga akan dijaga.

Hari ini terdapat ramai orang telah memperniagakan ilmu agama untuk kepentingan diri. Mereka mengaku pandai dalam bidang agama lalu membuka kelas pengajian. dari kelas itu mereka kaut keuntungan dengan meminta wang dan imbuhan daripada anak murid dengan menggunakan berbagai alasan. Padahal mereka tidak mempunyai kelayakan, apa lagi ilmu untuk diajar kepada orang ramai.

Justeru itu janganlah kita mudah menerima seseorang uyang belum kita kenal sebagai Guru Mursyid. Janganlah mudah terpesona dan kagum dengan cakap-cakap guru. Kita jangan terus mempercayai pada kata-kata orang bergelar guru sebelum kita mengukur sejauh manakah ketinggian dan kedalaman ilmu yang dimilikinya.

Maknanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan terhindar dari kena tipu, kita hendaklah mencari guru yang Mursyid. Guru yang benar-benar mengajar kerana Allah. Yang tidak bertopeng dengan wajah-wajah kepalsuan dan juga memperalatkan ilmu untuk kepentingan diri.

Hanya Guru Mursyid sahaja yang dapat menjamin kita memperolehi ilmu yang sebenarnya. Yang mampu membimbing kita ke jalan "sirattalmustaqim". Kita juga akan selamat daripada terlibat dengan perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak senonoh seperti penipuan, skandal dan difitnah mengamalkan ajaran sesat, ajaran songsang dan ajaran salah.

Hanya dengan Guru Mursyid sahaja kita mendapat ilmu sebenarnya. Ilmu Haq. Kerana seorang Guru Mursyid tidak akan menipu anak muridnya. Guru Mursyid guru yang mewarisi ilmu daripada Rasulullah S.A.W. dan memegang amanah ilmu Rasulullah S.A.W. untuk disebarkan dan diajarkan kepada umatnya. Guru Mursyid guru yang mengajar berlandaskan Al-Quran, Hadis dan hasil pengalamannya sendiri.

Maka carilah Guru Mursyid kalau berhajat untuk menjerumuskan diri belajar mengenal diri dan mengenal Allah. Tanpa seorang Guru Mursyid, kita bukan sahaja sia-sia dan tidak mengenal diri dan Allah sebaliknya diri kita juga akan tertipu oleh syaitan dan kemungkinan turut sama terperosok ke dalam Neraka.

Guru Mursyid ialah yang menjelma dan lahir daripada rahim para Ulama' yang ikhlas, jujur, taqwa dan berIman kepada Allah kerana Allah. Ulama yang menguasai keempat-empat cabang ilmu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat serta yang menghiasi dirinya dengan bunga-bunga akhlak dan perangai Rasulullah S.A.W.

wallahu a'lam
Di-Catat oleh:HAR

03 May, 2009

SYIAH

“Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tiada Gunanya”

Inilah pepatah yang sangat sesuai kepada mereka yang enggan mendengar nasihat dan teguran ulama Ahli Sunnah wal Jamaah supaya menjauhi agama Syiah Rafidah dan pengikutnya demikian juga mereka yang tegar atas slogan ‘Taqrib’ atau mendekatkan mazhab antara Sunni dan Syiah.

Pendedahan demi pendedahan berkenaan jenayah Syiah Rafidah terhadap negara-negara Sunni semakin jelas dan para pendakwah Taqrib terutamanya Ikhwanul Muslimin semakin kepanasan dan barangkali sudah terbakar di dalam. Apakan tidak, sejak peristiwa Syiah Saudi menginjak kubur para Sahabat Nabi sallallahu alaihi wa sallam, radiallahu anhum di al-Baqi’ al-Gharqad dan demonstrasi melaknat Saidina Umar bin al-Khattab radiallahu anhu di perkarangan Masjid al-Nabawi, segala akidah Syiah Rafidah yang keji dan najis itu telah tampak sejelas-jelasnya.

Jika dahulu pernah saya bedebat dengan seorang siswa yang terpengaruh dengan akidah Ikhwaniah, dia begitu berani dalam keadaan jahil menyatakan saya memfitnah Syiah bahawa mereka mencela Sahabat Nabi.

Ungkapan bahawa ‘saya memfitanh Syiah’ merupakan ucapan yang menggelikan hati mana-mana pelajar jurusan agama yang mempelajari akidah Syiah ini. Demikianlah begitu beraninya seorang jahil ingin menegakkan ‘kebenaran’ menurut sangkaannya-semoga Allah memberinya hidayah-.Namun, sekarang akidah Syiah sudah terang lagi bersulu, kebanyakan kita mungkin telah melihat sendiri rakaman demonstrasi Syiah di Masjid al-Nabawi dan tindakan mereka menginjak perkuburan Sahabat di al-Baqi’.

Kemaraan Syiah dalam negara Mesir dan Saudi Arabia amat membimbangkan dan negara-negara Islam perlu bersatu hati melawan kerajaan kafir majusi Iran yang telah banyak menyusahkan Umat Islam sejak ditubuhkan pada 1979. Ayat Syaitan Khomeini al-Iblisi memulakan kerajaannya dengan menghantar para pendemonstrasi Syiah yang melakukan pencemaran di al-Baqi’ al-Gharqad pada musim haji tahun tersebut kemudian kali ini demonstrasi datang daripada warga Saudi sendiri.Apabila perang Gaza meletus, Hizbullah, parti yang dilahirkan secara haram antara Iran dan Syria ini enggan melancarkan walau sebutir peluru ke kawasan Isareli namun sekarang terbongkar rahsianya menyeludup pelbagai bahan letupan ke bumi Mesir untuk melakukan aktiviti kegansan di Sinai (Lembah Sina’).

Laman sesawang Difa’ anis Sunnah melaporkan pada 11 April 2009 bahawa agensi risikan Mesir berjaya menumpaskan aktiviti keganasan Hizbullah dalam Mesir melalui penahanan seorang Syiah Lubnan yang merupakan ahli Hizbullah, Sami Shihab yang telah memasuki negara Mesir menggunakan pas pelancong semenjak November tahun lepas.

Turut ditangkap adalah 6 orang lagi anak didiknya yang kesemuanya menerima latihan untuk melancarkan tindak teroris dalam bumi Mesir yang mensasarkan kapal-kapal dagang di terusan Suez dan kawasan pelancongan. Mereka turut merancang untuk melancarkan serangan pada 29 Januari lalu dan isyarat serangan terkandung dalam ucapan berapi-api pemimpin mereka yang kafir, Hasan Nasrallah, yang mengecam Mesir berhubung isu pembukaan sempadan Rafah.

Ini sekaligus membuktikan bahawa Hizbullah hanya beromong kosong semasa beriya-iya menyatakan sokongan kepada Hamas sedangkan segala senjata digunakan untuk melancarkan serangan ke atas negara Islam Mesir bukan ke atas negara kafir Yahudi.

Apa yang menyedihkan, antara ahli Hizbullah yang ditangkap ini adalah warga Palestin yang mana ketika para pejuang Palestin sedang mempertahankan tanah air mereka daripada pencerobohan Yahudi mereka pula sibuk merancang serangan ke atas negara Islam Mesir. [lihat berita di: http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/931/ ].

Laman sesawang yang sama juga melaporkan bahawa Hasan Nasrallah telah mengaku bahawa Sami Shihab memang dihantar oleh beliau untuk kononnya menyeludup bekalan kepada pihak Hamas di Palestin bukan untuk membuat kekacauan dan menyebarkan Syiah. Namun, kenyataan Hasan Nasrallah ini menjadi habuk apabila pihak Hamas menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan pihak Hizbullah Mesir ini.

Pihak al-Ikhwan al-Muslimun melalui Musyrif Am Risalah Ikhwan Mesir, Ibrahim Munir mempertahankan penjenayah-penjenayah Hizbullah ini malah menuduh kerajaan Mesir memaksa mereka membuat pengakuan. Kenyataan yang senada disuarakan Dr. Isam Aryan yang berpendapat tindakan Hizbullah adalah demi Palestin dan keselamatan Mesir.

Namun, jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menafikan Hamas mengetahui apa-apa mengenai perkara ini bahkan mereka hanya mendapat berita melalui media sahaja dan menegaskan Hamas tidak akan melatih tenteranya di luar bumi Palestin. [Lihat: http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/933/ ].

Pada 12 April 2009, laman sesawang yang sama memetik daripada laman Mufakkiratul Islam bahawa tertuduh yang terlibat dalam rancangan tindak teroris di Mesir mengaku bahawa mereka menerima latihan daripada pegawai yang ada kaitan dengan pihak berkuasa Iran.Dilaporkan bahawa amalan keganasan yang dirancang juga meliputi membunuh beberapa orang penting dalam kerajaan Mesir dan terdapat dua orang pegawai kerajaan Iran turut terlibat dalam rancangan teroris ini. Kerajaan Iran memang telah sedia dimaklumi merupakan pemilik sebenar Hizbullah kerana pemimpin utama Hizbullah adalah Ayatullah Ali Khamaeni, Pemimpin Tertinggi Iran.

Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrallah dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa Hizbullah adalah rakan karib Iran dan mereka berbangga dengan hubungan tersebut. Hizbullah sebelum ini telah meletakkan garis panduan bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat ‘Wilayatul Faqih’ Iran.

Pihak Diplomasi Mesir turut mengesan keterlibatan pihak Qatar, negara Arab yang menjadi sekutu rapat Iran dan Syria serta tidak dilupakan, Amerika Syarikat, dalam usaha menggugat keamanan Mesir ini berikutan pengesahan bahawa Sami Shihab memasuki Mesir melalui Qatar dan pihak Mesir tidak menolak kemungkinan hubungan diplomatik Mesir dan Qatar akan terputus jika perkara ini benar.[ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/938/ ].

Pada 15 April 2009, laporan menyatakan bahawa ketua pengganas Hizbullah Mesir, Sami Shihab telah menghantar permohonan maaf kepada Hasan Nasrallah di atas apa yang berlaku dan kebocoran maklumat mengenai kegiatan mereka di Mesir yang membawa kepada kegagalan terhadap segala rancangan.Sami Shihab melalui peguamnya menyatakan bahawa mereka tetap setia dengan Hizbullah dan meminta maaf kerana gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan serta kesal atas kebocoran maklumat dan pengakuan yang dilakukan. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/950/ ].

Pada 19 April 2009, berita di laman sesawang yang sama memetik daripada Mufakkritul Islam, pihak al-Azhar al-Syarif mengumumkan menghentikan sebarang hubungan dengan Iran dan Hizbullah. Syed Tantawi, Syeikhul Azhar, ketika berucap di hadapan pelajar al-Azhar cawangan Asyut menyeru para pelajar menjauhi sebarang pertubuhan yang hendak menghancurkan Islam mengisyaratkan kepada Hizbullah.Al-Azhar yang asalnya adalah sebuah Universiti Syiah telah ditukar menjadi institut Sunni oleh kerajaan Ayyubiah semasa Dinasti Abbasiah. Sultan Salahuddin pada permulaan pemerintahan baginda telah menutup al-Azhar kerana menyebar fahaman Syiah.

Syed Tantawi mengumumkan bahawa sebarang aktiviti Taqrib (Mendekatkan) antara Sunni dan Syiah yang dilaksanakan al-Azhar selama ini dihentikan dan sebarang permohonan Masyikhah daripada pihak Iran tidak akan diterima.Sumber al-Azhar juga menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima mana-mana pelajar Iran dalam bidang Master dan Ph.D di al-Azhar kerana dibimbangi mereka akan menjadi perisik bagi kerajaan Iran. [ http://www.dd-sunnah.net/news/view/action/view/id/971/ ].

Pada 27 April 2009, Pihak Ikhwan al-Muslimun tidak dapat lagi menahan bahang kejadian ini lalu Mursyidul Am Ikhwan, Mehdi Akif terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa apa-apa pandangan daripada pihak anggota Ikhwan yang menyokong Syiah adalah pandangan peribadi demikian juga pandangan yang mengkritik Syiah.

Berlaku polemik hebat antara dua tokoh Ikhwan, Nada dan Ghazlan apabila Nada sebelum ini menyatakan bahawa pemikiran Ikhwani berpendapat Syiah adalah kaum muslimin dan boleh beribadat dengan mazhab Syiah. Ghazlan, tokoh kanan Ikhwan juga mengkritik pandangan Nada ini dan menuduh Nada menyebarkan fahaman Syiah serta menyeru beliau supaya bertaubat.Nada masih mempertahankan pandangannya dan melihat bahawa mereka yang menolak pandangan beliau terhadap Syiah sebagai orang yang melihat kepada kulit dan pelampau yang enggan memahami maksud sebenarnya.Timbalan Mursyidul Am, Muhammad Habib pula enggan mengulas berhubung polemik dua tokoh utama parti itu dan menyatakan tidak perlu mengulasnya di media.[ http://www.dd/sunnah.net/news/view/action/view/id/1011/ ].

Demikianlah ringkasan rentetan peristiwa kekacauan yang ditimbulkan pihak kafir Syiah di Mesir. Peristiwa yang penuh hikmah ini membawa rahmat kepada Ahli Sunnah wal Jamaah Salafiah yang selama ini teguh dengan prinsip mereka menolak sebarang bentuk persahabatn dengan pihak Syiah dan Iran.Lihatlah betapa dua pejuang utama pendekatan antara Sunni dan Syiah, al-Azhar dan Ikhwanul Muslimun menjadi tersepit dalam hal ini kerana kedegilan mereka menerima nasihat daripada Ulama Salafi sebelum ini.

Apa yang dapat kita katakan kepada dua kumpulan ini adalah, Sesal dahulu pendapatn sesal kemudian tiada gunanya. Maka eloklah mereka bertaubat sebelum keadaan menjadi lebih rumit dan kembalilah kepada Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar sesuai dengan kefahaman al-Salaf al-Soleh. Mehdi Akif yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang angkuh bahawa Ikhwan akan terus menyokong kewujudan Iran di Mesir dan menyatakan bahawa Syiah dan Sunni sama-sama menuju ke syurga hari ini telah sesak nafas dengan keadaan yang berlaku.Mehdi juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa Ikhwan Muslimin semenjak zaman al-Banna tidak pernah berganjak daripada prinsip pendekatan Sunni-Syiah mereka hari ini mula nampak betapa sesatnya manhaj yang dibawa olehnya yang secara tidak langsung akan membawa kehancuran pertubuhan itu sendiri.Ingatlah firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].

Ayat ini jelas melarang kita menjadikan kaum kafir sebagai teman rapat terutama kaum munafiqin dan Syiah Rafidah merupakan kaum munafiqin yang Allah janjikan kepada mereka neraka yang paling bawah.Janganlah kita lupa apa yang pernah dilakukan kaum ini sepanjang sejarah terutama pembunuhan Saidina Usman bin Affan radiallahu anhu dan peperanagn Jamal dan Siffin yang semaunya berpunca daripada rencana jahat kaum syaitan ini. Wallahiua’lam.


DITULIS OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI,
4 JUMADI AL-ULA 1430 H, 29 APRIL 2009.

PEOPLE CAN CRITICISE RULERS

People can criticise Rulers, says Asri
Disiarkan pada May 02, 2009
By Shannon Teoh

LAMPETER (Wales), May 2 — Regardless of the state of the monarchy in Malaysia, a society that wants to move forward should shed medieval and feudal traditions, said former Perlis mufti Mohamad Asri Zainul Abidin.

“Citizens should have the right to criticise the Rulers. In Islam, there is no such thing as any person who is above criticism,” he told The Malaysian Insider when asked about the issue of derhaka, or betrayal, that has become a point of contention amongst Muslims in the country.
The issue of derhaka came into prominence in February after Sultan Azlan Shah refused to dissolve the Perak assembly upon the request of the then Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

The Sultan of Perak later appointed Datuk Seri Zambry Abdul Kadir as mentri besar after installing Barisan Nasional as the state government. Certain quarters, especially BN, have tried to convince the public, especially the Malays, that criticising or disputing the decisions of the Rulers was tantamount to treason.

DAP chairman Karpal Singh, having stated that the Sultan could be sued along with the new BN state government, is now facing a sedition trial.The maverick Islamic scholar, who has a strong following among young Muslims in Malaysia, said that the idea of being Malay and Muslim should be decoupled and addressed separately.

Speaking at his home in Lampeter, he disagreed with the conventional understanding that Malays have been Islamised but instead that they have “meMelayukan (to influence with Malay) Islam.”

Asri, who was mufti for two years before quitting the position to move to Wales last December to research on Islam, was no stranger to controversial statements in his time as mufti. He became an icon for progressive Muslim voices for his stand against the propensity of religious authorities to conduct raids on Muslim couples engaged in khalwat, or close proximity, and has stated that non-Muslims had a right to use the word “Allah”.

Asri said that Malays had to stop equating Islam with the Malays.

“If Malays want to defend their rights, go ahead based on Bumiputera rights or whatever. But you cannot say Islam does not defend you because you are Chinese or Indian. Islam was not given just to the Malays.

“Do not in your efforts to defend Malay rights relate it to Islam. Islam was not sent down by God to protect Malays but all of humanity,” he explained, saying that such moves in the past had caused non-Malays to be fearful of the religion as it appeared to be intent on removing their culture.

During the interview, Asri expressed his consternation over ideas that have taken root in Malaysia under the guise of Islamic principles.

“Sometimes there are terms which we cannot understand. Daulat (sovereignty) for example. What is the meaning of daulat? Does this mean that if you criticise a Ruler, then you will be cursed by God? This is not in Islam,” he said.

source: The Malaysian Insider

20 April, 2009

Risalah Aqidah Yang Sahih Menurut Ahlul Sunnah Wal Jamaah Melalui Pegangan Salaf Soleh


Muqadimah

Dimulai penulisan bab ini dengan lafaz Bismillah " Dengan Nama Allah" sebagai mengambil berkat dengan nama Allah dan menurut sunnah rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan darinya

"Setiap amal yang tidak dimulai dengan nama Allah maka ianya ditolak (sia-sia)" (Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dengan 2 jalan, sebahagian ulama menghasankan sebahagian lagi mendhaifkannya. An-Nawawi menghasankan hadith ini, begitu juga Iraqi dan Ibn Hajar. Dikeluarkan oleh Khatib dalam Jami' 69/2 dengan pelbagai jalan dan lafaz. Syeikh Soleh Fauzan mengatakan hadith ini mempunyai asal dan kebanyakkan ulama' meletakkannya pada permulaan kitab.

Bahkan rasul sendiri diriwayatkan pernah menulis surat-surat baginda dan memulainya dengan nama Allah seperti surat baginda kepada raja Rom Herculis dan mengajak mereka kepada Islam (Lihat Bukhari dalam Kitab Wahyu no. 8 & Muslim no. 1773, Ahmad dan Za'dul Ma'ad no. 688/3).

Alhamdulillah segala puji hanyalah bagi Allah, selawat serta salam buat Rasulullah Salallahu Alaihi wa Salam. Sesungguhnya sebesar-besar nikmat Allah kepada hambanya ialah nikmat Iman dan Islam. Tanpa nikmat iman dan Islam pada seseorang maka biarlah bertimbun harta dan kekayaannya , dunia dan segala isi walau dimiliki hanyalah sia-sia dan membawa celaka. Nikmat iman dan Islam bukanlah dapat dimiliki oleh semua orang bahkan ianya sememangnya rezeki dan nikmat yang perlu disyukuri oleh setiap insan yang memilikinya kerana telah dipilih untuk memiliki sesuatu yang berharga.

Sebagaimana firman Allah swt dalam Al-Quran :

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي
مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِن جَعَلْنَاهُ نُوراً

نَّهْدِي بِهِ مَنْ نَّشَاء مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي
إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

"Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus." (Surah Asy Syuura: 52)

Malah sesungguhnya hanya mereka yang diberi hidayah dan diterangkan hatinya sahaja oleh Allah swt barulah mendapat nikmat Islam yang begitu sukar:

مَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ
وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقاً حَرَجاً
كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah Al-An'aam:125)

Nikmat Iman dan Islam merupakan anugerah Allah kepada hambanya yang dipilih berdasar kehendaknya. Hanya dengan Iman dan Islam yang akan dapat menyelamatkan seseorang dari azab akhirat dan dengan Iman serta Islam jualah maka seseorang itu boleh berpeluang ke syurga dan mengecapi nikmat kekal abadi.

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي
مِن تَحْتِهِمُ الأَنْهَارُ وَقَالُواْ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـذَا
مَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللّهُ لَقَدْ جَاءتْ
مَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللّهُ لَقَدْ جَاءتْ
ورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

"Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan". (Surah Al-Ar'aaf:43)

Allah swt memberi pilihan kepada hambanya sama ada hendak memilih Islam sebagai cara hidup dan beriman kepada-Nya atau pun engkar dan memilih jalan selain Islam sebagai cara hidup dan kufur pada-Nya. Ini kerana manusia diberikan pilihan dan akal untuk membuat keputusan dan pertimbangan. Kerana itu disebut bahawa tiada paksaan dalam beragama dan seseorang itu bebas memilih pegangan hidupnya.

Walaupun demikian, itu tidak bermakna segalanya tamat begitu sahaja, ini kerana Allah swt telah berfirman dari awal-awal lagi bahawa sesungguhnya penciptaan langit dan bumi serta makhluk semuanya mempunyai matlamat dan tidak sia-sia. Maka begitulah jua dengan penciptaan manusia seperti dalam firmannya :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Surah Surah Adz-Dzaariyaat: 56)

Melalui firmannya dapatlah difahami bahawa asal tujuan penciptaan manusia itu sendiri ialah sebagai hamba dan diciptakan demi beribadah serta melayani kehendak tuhan yang Maha Pencipta. Maka Allah selaku pemilik manusia dan pencipta yang mutlak menciptakan kita dengan tujuan supaya kita beribadah kepadanya demi keizzahan dan kemulianya. Lalu dia dengan segala kehebatan dan kemurahan rahmatnya akan membalas khidmat dan pengibadatan hambanya dengan balasan syurga yang tersangat nikmat dan tidak ternilai.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari Muaz bin Jabal ra, bahawa Baginda Salalallahu a-Alaihi wa Salam bersabda :

“Hak Allah ke atas hambanya ialah kewajipan bagi setiap hamba untuk menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya ,dan hak hamba ke atas Allah ialah untuk tidak mengazab hamba-Nya.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.77).

Walaubagaimanapun tidaklah Allah mengehendaki hambanya beriman secara paksa demi keizzahannya maka dia telah memberikan pilihan dan peluang kepada manusia untuk beriman dan beribadah kepadanya secara sukarela .

قُلْ آمِنُواْ بِهِ أَوْ لاَ تُؤْمِنُواْ إِنَّ الَّذِينَ أُوتُواْ
الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ سُجَّداً

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk)" (Surah Al-Israa': 107)

Namun secara hakikat Allah swt tetap menguasai hambanya dan dia berkuasa mengubah takdir hambanya yang telah ditetapkan oleh zat-Nya sendiri yang Maha Berkuasa. Setiap kebaikan dan pengibadatan yang dilakukan oleh setiap hamba kepada Allah tidaklah sia-sia bahkan sebaliknya demi kemanfaatan hamba itu sendiri.

مَّنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ
فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى
مَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

"Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)". (Surah Al-Israa':15)

Demikianlah Allah menetapkan kelebihan bagi manusia dengan diberi akal dan pilihan. Manakala makhluk yang lain sama ada malaikat, haiwan dan tumbuhan dan lain-lain tidaklah mempunyai kelebihan seperti manusia. Bahkan mereka secara semulajadi telah difitrahkan dengan tertakluk kepada ketaatan dan melakukan hanya apa yang diperintahkan tanpa mempunyai ruang untuk melakukan sesuatu atas pilihan sendiri dan tidak bebas membuat pilihan.

فَغَيْرَ دِينِ اللّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ
وَالأَرْضِ طَوْعاً وَكَرْهاً وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan." (Surah A-li 'Imraan:83)

Begitulah takdir Allah kepada hambanya dan dia sesungguhnya Maha Berkuasa dan Maha pencipta serta Maha Mengetahui.


Kepentingan Aqidah

Membincangkan perkara Aqidah merupakan satu perbincangan yang mulia dan amat penting. Aqidah merupakan perkara dasar dan menjadi pokok serta usul kepada agama Islam. Bahkan seawal-awal perkara yang wajib diketahui bagi setiap mukallaf sebelum solat dan lain-lain kewajipan fiqhiyah ialah perkara aqidah dan mengucapkan syahadah. Maka tidak hairanlah mengapa Imam Abu Hanifah ra mengelarkan Aqidah sebagai “Fiqh Akbar” (lihat Syarah Aqidah Thahawiyah m/s 124).
Sesungguhnya kewajipan mempelajari aqidah sangatlah penting dan umat Islam sangatlah perlu segera berusaha menguasai ilmu ini yang sudah semakin lama ditinggalkan dan dibiarkan. Allah swt telah berfirman dalam Al-Quran sebagai mengesa hambanya yang beriman agar mempelajari soal tauhid dan aqidah iaitu melalui firman-Nya :
اعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)." (Surah Muhamad: 19)
Mengetahui perihal aqidah dan pegangan dalam agama sangat penting kerana demikian itu merupakan dasar pokok ajaran Islam dan sewajibnya setiap mukallaf mahir dan menguasainya kerana aqidah diturunkan oleh Allah kepada semua makhluknya supaya mengesakannya tanpa mengira jantina, bangsa, taraf kecerdikan dan taraf kedudukan.
Bahkan setiap rasul dan para nabi yang diutuskan semuanya membawa mesej dan seruan yang satu iaitu aqidah dan tauhid kepada Allah swt.
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ
لَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

"Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu". (Surah Al-Anbiyaa':25)

Sesungguhnya matlamat aqidah ialah untuk mengetahui perihal hak Allah dan melaksanakan tugas sebagai hamba serta mengenal ke-Esaannya juga demi mentauhidkan Allah menurut cara dan jalan yang sebenarnya menurut kehendak dan pertunjuk-Nya. Bagi para rasul, merupakan kewajipan ke atas mereka untuk memurnikan aqidah umat mereka dari pencemaran dan kesesatan serta memerangi kebathilan. Sebagaimana sabda Baginda Salallahu Alaihi wa Salam ;

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad sebagai rasulullah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 25 & Muslim no.22).

Peranan Aqidah dalam kehidupan manusia sangatlah penting kerana dengan aqidah manusia akan terbimbing dan dipandu oleh pertunjuk ilahi. Tujuan Aqidah ialah supaya hamba mengenal dan mengetahui akan perihal pencipta dengan cara yang benar dan mengesakan-Nya dengan kaedah yang betul. Bahkan selama 13 tahun dakwah rasulullah salallahaualaihiwasalam di Makkah hanya menekankan aspek aqidah, tauhid dan akhlak semata-mata untuk melahirkan generasi rabbani yang terdidik dengan aqidah suci (lihat Sofiurahman Mubarakfuri, dalam Rahiq Mahktum’m/s 72

Begitulah juga seperti apa yang diperintahkan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan sebagai naqib (utusan rasulullah) ke Yaman untuk berdakwah di sana dengan sabdanya kepada Muaz :

“ Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.6937).

Sebagaimana disebut oleh Imam Abd Izz dalam kitabnya Syarah Aqidah Thahawiyah menyebutkan bahawa hendaklah setiap muslim itu berada dalam aqidah yang sahih dan tetap meninggalkan dunia dengan aqidah yang sahih juga sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwasalam;

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa tiada tuhan selain Allah ( memiliki aqidah yang benar) maka sesungguhnya dia akan masuk syurga.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.43 dan Ahmad 69/1).

Sumber Aqidah Islam

Sesungguhnya memahami aqidah dan mempelajarinya tidaklah sama seperti mempelajari ilmu-ilmu lain, sekalipun feqah turut melibatkan soal halal dan haram namun aqidah bahkan lebih bahaya kerana ia melibatkan soal benar atau sesat. Memiliki Aqidah yang sahih dan benar mestilah dengan cara dan jalan ilmu pengetahuan serta menuruti apa-apa yang sudah jelas dan sabit diputuskan oleh para ulama’ salaf soleh terdahulu yang mengetahui kebenaran.

Aqidah merupakan perkara yang sudah disepakati oleh para ulama’ Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan para imam salaf soleh sebagai perkara “Tauqifiyah” (iaitu perkara-perkara yang tidak diistinbatkannya melainkan dengan wujudnya dalil syara’). Dalil syara’ bermaksud Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih yang menjadi rujukan kepada sebarang permasalahan utama dalam hal agama. (lihat Aqidah Tauhid, m/s 8).

Oleh yang demikian para ulama’ bersepakat mengatakan sumber Aqidah Islam ialah Al-Quran dan Sunnah sahihah semata-mata dan diberhentikan setakat itu tanpa memperpanjangkan sesuatu hal yang tiada dalil. Kerana itu ia dinamakan perkara tauqifiyah iaitu berasal dari perkataan “tauqif” dari “ waqaf” yang bermaksud berhenti (lihat dalam lisanul Arab m/s 380 Jilid 9).

Dengan itu, setiap perkara yang tidak disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka ianya tidaklah menjadi rujukan dan sumber kepada Aqidah bahkan ditolak sebagai hujah dan menjadi dasar atau prinsip dalam ilmu aqidah.

“Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepadanya aku bertawakkal dan kepadanya aku kembali” (Surah Hud :88).

Para ulama’ menyebutkan bahawa dalam perkara Aqidah tidak boleh wujud perkara-perkara ijtihad dan pendapat akal, kerana perkara aqidah merupakan soal ghaib dan perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera sebaliknya aqidah merupakan iktiqad kepercayaan yang melibatkan dalil syara semata-mata (lihat Syarah Aqidah Tahawiyah m/s 32).

Malahan membincangkan soal aqidah Islam dan perihal tauhid kepada Allah maka hanya Allah swt sahaja yang mengetahui akan hakikat kebenaran dan ke-Esaannya tanpa selain-Nya maka sewajarnya setiap hamba menyembahnya dengan panduan dan pertunjuk yang diberi. Sehinggakan para rasul juga tidak terkecuali dari tidak mengetahui perihal ghaib.

قُل لاَّ أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَآئِنُ اللّهِ وَلا أَعْلَمُ الْغَيْبَ
وَلا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلاَّ مَا يُوحَى
لَيَّ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الأَعْمَى وَالْبَصِيرُ أَفَلاَ تَتَفَكَّرُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"(Surah Al An'aam:50)

Telah menjadi pedoman dan pegangan ulama’ salaf soleh dalam masalah aqidah dengan berpada pada dalil Al-Quran dan As-Sunnah dan meninggalkan akal dan pendapat waras serta logik dalam memahami perkara aqidah dan mengistinbatkan maksud dasar aqidah dari dalil-dalil syara’ baik Al-Quran dan As-Sunnah.

Marilah kita mengambil iktibar dari kalam Imam Ibn Taimiyyah ra yang diriwayatkan pernah berkata : “Sesungguhnya iktiqad tidaklah diambilnya dari aku atau sesiapa yang lebih hebat dari diriku sebaliknya ambillah dari Allah dan dari rasul-Nya dan apa yang dihimpunkan oleh ulama salaf dan jika ianya dari Al-Qur’an wajiblah kita beriktiqad dengannya begitulah juga apa yang sabit jelas datang dari hadith yang sahih seperti Bukhari dan Muslim” (Hikayah Manazir Fi Wasitiyyah m/s 161 Jilid 3 , Muqadimah Syarah Aqidah Wasitiyyah).

Apa yang disebut dan dijelaskan dalam Al-Quran maka dipegang pada zahir ayat dan diimani dan dipegang tanpa ubah suai atau menggunakan akal. Sesungguhnya akal tidaklah dapat mengetahui perkara –perkara ghaib bahkan juga tidak mengetahui akan keadaan Allah dan bagaimana mengimani Allah menurut cara dan kaedah yang sepatutnya.

وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

" ...Kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".(Surah Al-Israa':85)

Oleh yang demikian maka tiada jalan melainkan merujuk dan kembali kepada pertunjuk Allah iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah. Amatlah besar dosa dan salah bagi mereka yang mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu yang benar.

مْ تَقُولُونَ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

"Adakah kamu hanya mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?" (Al-Baqarah:80)

Bahkan pernah diriwayatkan bahawa Amirul Mukminin Abu Bakar ra pernah ditanya akan maksud ayat أبا و وفاكهة dalam surah Abasa ayat 31 iaitu apakah dimaksudkan dengan أبا maka lalu beliau berkata : “Dilangit manakah akan aku berlindung dan di bumi manakah akan aku berpijak jika aku berani mengatakan sesuatu tentang kitab Allah akan apa yang aku tidak ketahui” (lihat Syarah Aqidah Thahawiyah m/s 295 Jilid 1).

Sungguh manusia selamanya tidak akan mampu dengan fikirannya dan akalnya yang terbatas untuk mengetahui hakikat dan perihal aqidah melainkan apa yang ditunjukkan oleh Allah swt . Demikianlah para ulama salaf soleh berpegang dan menetapkan aqidah berdasarkan dalil yang sahih sebagaimana berkatanya Imam As-Syafie ra : “Aku beriman dengan Allah atas apa yang di datangkan oleh Al-Qur’an dan sunnah dan aku beriman kepada rasul atas apa yang dibawanya iaitu sunnah” (lihat syarah Lumatul Iktiqad oleh Ibn Qudamah m/s 25).

Begitulah juga dengan kalam dari Imam Ahmad ra : “Kami beriman kepada Allah melalui Al-Qur’an dan as-sunnah tanpa membagaimanakan atau memperumpamakan dan kami beriman dengan apa yang datang dari rasul (sunnah)” (riwayat dari Abu Ya’la dalam Ibthal Ta’wilat lil Akhbar As-Sifat m/s 44 Jilid 1).

Secara rumusan, sumber dan rujukan aqidah Islam hanyalah Al-Quran dan As-Sunnah tanpa menggunakan akal dan rayi (pendapat waras), ini kerana aqidah merupakan perkara teras dalam Islam dan merupakan pokok dasar agama Islam. Sesungguhnya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sendiri telah menjamin kesempurnaan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan kecukupan kepada keduanya sebagai rujukan dan panduan tanpa perlu kepada selainnya terutama akal fikiran. Sebagaimana sabda Baginda Salallahu Alaihi wa Salam :

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu sesat iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho (no 898), Hakim dalam Mustadrak no.63).

Bahkan Allah swt sendiri pernah berfirman mengenai kesempurnaan panduan dan sumber agama Islam (Al-Quran & As-Sunnah )sebagai panduan dunia akhirat dan pelbagai perkara terutama hal yang paling penting iaitu Aqidah.

أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي
وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً

"Pada hari ini, Aku telah Ku-sempurnakan untukmu ugamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah merelakan Islam itu menjadi ugama untukmu." (Surah Al-Mai'dah: 3)

Maksud Aqidah & Pengertian

Aqidah dari sudut bahasa ialah :

Berasal dari perkataan العقد iaitu “Ikatan dan pegangan yang kukuh” pada sesuatu.Apa yang menjadi pegangan seseorang dan dipegangnya dengan ikatan hati secara kukuh dan ikatan yang tidak nampak oleh zahir (lihat Lisanul Arab m/s 356 Jilid 6 cet. Darul Hadith, Kaherah).

Aqidah dari sudut istilah para ulama’ ialah :

Iman dan kepercayaan kepada Allah swt dan perkara-perkara keimanan yang dibawa oleh Rasulullah salallahualaihiwasalam berdasarkan kaedah dan cara yang diperintahkan oleh Allah swt dan sunnah rasul.

Keimanan kepada perkara keimanan dan dasar Islam seperti rukun Iman, rukun Islam, beriman kepada Al-Quran dan As-Sunnah, perkara ghaib dan segala yang di bawa oleh rasul serta cara keimanan itu bertepatan dengan panduan yang diajarkan oleh Rasulullah Salallahu Alaihi wa Salam. (lihat Aqidah Tauhid, m/s 5, Aqidah Wasatiyyah m/s 117 Jilid 1).

Dalam memahami perkara aqidah, perlulah melihat tafsiran keseluruhan supaya dapat memahami Aqidah, Islam, Tauhid dan Iman dengan lebih jelas dan perbezaannya serta peranannya.

Islam merupakan agama yang sempurna dan merupakan sebaik-baik panduan mengenai cara hidup yang diturunkan oleh Allah swt kepada hambanya.Islam terbahagi kepada 2 bahagian iaitu perkara iktiqadiyah dan amaliyah.

Perkara pertama ialah iktiqadiyah, iaitu merupakan perkara yang melibatkan pegangan dan kepercayaan. Di sinilah Aqidah mengambil tempat sebagai salah satu dari juzuk penting isi dasar Islam. Perkara iktiqadiyah ialah sebenarnya apa yang dinamakan sebagai aqidah. Seorang muslim haruslah memiliki Aqidah Islam yang benar dan menepati panduan yang diturunkan oleh Allah swt untuk mengatakan dirinya sebagai seorang muslim (seorang Islam).

Perkara iktiqadiyah sangatlah penting dan utama, bahkan ianya merupakan pintu dan kunci kepada agama Islam dan pra syarat kepada redha Allah dan syurga. Sekalipun seseorang itu semasa hayatnya di dunia banyak melakukan kebaikan dan langsung tidak pernah mumbuat jahat atau dosa namun jika aqidahnya sesat atau dia tidak beraqidah dengan aqidah Islam maka tiadalah berguna amalannya sedikit pun. Kerana selama dalam kesesatan aqidah itu sebenarnya dia sudah secara lansung melalakukan dosa yang paling besar.

Perkara kedua ialah perkara amaliyah, iaitu perkara berkait dengan amalan zahiriyah dan ibadah berbentuk zahir seperti solat, puasa, zakat haji dan umrah. Perkara berbentuk amaliyah merupakan kewajipan untuk dilaksanakan menurut perintah dan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda salallahualaihiwasalam serta pelaksanaanya merupakan bentuk ketaatan dan sebagai tanda bukti dari keyakinan dan keimanan kepada Allah yang merupakan perkara iktiqadiyah. (lihat Aqidah Tauhid, m/s 5).

Sebagai memudahkan dapatlah difahami dengan memiliki aqidah yang benar iaitu perkara iktiqadiyah, maka akan menghasilkan perkara amaliyah yang baik dan benar serta bermanfaat. Contohnya, mustahil mereka yang tidak beriman dan tidak memiliki aqidah yang benar (perkara iktiqadiyah) akan melakukan solat dan menunaikan kewajipan zakat, puasa dan lain-lain amalan wajib. (perkara amaliyah). Jika seseorang itu melakukan amalan wajib sekalipun seperti solat, puasa dan lain-lain namun tidak memiliki aqidah yang benar dan aqidahnya bathil (sesat) serta menyalahi aqidah muslim yang sebenar yang dikenali sebagai Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah maka amalan tersebut tetaplah merugikan dan tidak membawa manfaat.

Pengertian Aqidah

Aqidah yang merupakan satu pegangan dan keimanan yang kukuh bagi seseorang muslim perlulah berada pada landasan yang benar dan sahih . Kerana Aqidah yang sahih merupakan asas bagi agama dan syarat utama penerimaan amal soleh (lihat Aqidah Tauhid m/s 6).

Sesungguhnya Aqidah yang merupakan asas agama dan tidaklah diambil dari mana-mana pendapat imam , bahkan tidak pula dari ijtihad mana-mana ulama’ atau manusia sebaliknya aqidah di ambil secara langsung dan khusus dari sumber asli Islam iaitu wahyu dari Allah swt dan juga panduan serta hidayah rasul-Nya iaitu sunnah yang tidaklah rasul itu berbicara melainkan dari wahyu juga.

“Dan tidaklah dia (Muhammad) berkata menurut hawa nafsunya sebaliknya apa yang telah diwahyukan kepadanya” (An-Najm : 3).

Inilah prinsip ulama salaf dalam mengambil sumber aqidah seperti kalam Imam ibn Taimiyyah ra : “ Tidaklah aku menghimpunkan dalam kitabku melainkan aqidah salaf soleh dan bukanlah juga hanya dari Aqidah Imam Ahmad sahaja dan bahkan Imam Ahmad itu sendiri pun hanya menyampaikan ilmu yang datang dari nabi salallahualaihiwasalam dan andai sekiranya apa yang disampaikan oleh Imam Ahmad itu ialah dari dirinya sendiri maka nescayalah kami tidak akan menerimanya” (lihat Muqadimah Syarah Aqidah Wasitiyyah, Majmuk Fatawa m/s 159 Jilid 3).

Demikianlah pegangan aqidah yang benar yang dipegang oleh para ulama salaf soleh . Sesungguhnya aqidah mereka diambil dari sumber yang sahih iaitu Al-Qur’an dan sunnah. Aqidah bukanlah mazhab atau pegangan ijtihad yang dibuat oleh mana-mana ulama dan mana-mana orang boleh memilih pendapat yang disukainya untuk dipegang sebaliknya aqidah ialah satu dasar dalam agama yang jelas dan kukuh tanpa goyah yang di ambil dari asas Islam iaitu kitab dan sunnah. (lihat Syarah Aqidah Thahawiyah m/s 33 Jilid 1).

Perumpamaan Aqidah untuk difahami ialah seperti yang digambarkan oleh Allah swt dalam Al-Qur’an :

تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا
وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

"Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)." (Surah Ibrahim: 25)

كلمة- ( Kalimah yang baik )

Disebut oleh Ibn Katsir ra melalui riwayat yang dibawa oleh Ali ibn Abi Thalhah bahawa ianya ditafsirkan oleh Ibn Abbas ra sebagai “ Kalimah Syahadah” iaitu kalimah tauhid. Secara keseluruhannya ianya di maksudkan perkara-perkara aqidah yang menjadi iktiqad dan pegangan.

Manakala ayat:

طيبة كشجرة– (Pokok yang baik)

Ditafsirkan sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang beriman seperti yang diriwayatkan dari Ibn Umar ra dengan katanya : “ Diberitahukan kepada aku bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu diibaratkan sebatang pokok” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 72 dan Muslim no. 2861).

Manakala ayat:

ثابت أصلها– (Asalnya & Akarnya kukuh)

Sebagai membawa maksud aqidah yang benar itu ialah yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman dan keadaannya itu ialah kukuh, teguh dan tetap tanpa ragu dan goncang dan bagaimanakah hal ini mampu tercapai pada aqidah taqlid dan ikutan buta ? Maka jelaslah aqidah yang sahih itu ialah yang terhasil dari ilmu dan pegangan yang kukuh dari sumber yang juga yakin dan teguh iaitu kitab dan sunnah.

Dari kekukuhan dan keteguhannya aqidah itu akan menghasilkan buah dan amal yang baik seperti maksud ayat berikut :

ربها بأذن حين كل أكلها توتى ء السمآ في ها فر و - (Dan Cabangnya menjulang ke langit menghasilkan buah pada setiap waktu dengan izin tuhannya)

Iaitu cabangnya menuju ke langit mengeluarkan buah-buah dengan izin Allah iaitu sebagai membawa maksud hasil amalan soleh yang dilakukan dimisalkan seperti buah hasil dari pokok yang baik yang disepertikan kepada orang yang beriman yang memiliki akar iaitu asas aqidah yang kukuh teguh yang akan mengangkat amalan baik itu tadi ke langit untuk diterima oleh Allah swt.

Membawa hujah bahawa jika akar itu buruk atau rosak iaitu aqidah itu bukanlah aqidah yang sahih sebaliknya rosak, aqidah bathil maka akan menjadikan pokok itu juga rosak sekaligus amalan itu tidak akan sampai diterima dan akan ditolak.

Cabang dalam ayat ini juga bermaksud penujuan matlamat dari amalan soleh itu semuanya menuju kepada Allah di langit dan terhasilnya demikian itu melalui wujudnya aqidah yang sahih yang kukuh dan benar. Demikianlah tafsir Imam Ibn Katsir ra yang diriwayatkan dari Said ibn Jubair ra (lihat Mukhtasar Ibn Katsir ra 375 Jilid 2).

Pengertian kalimah yang baik itu ialah aqidah dan keadaan aqidah itu ialah tetap dan teguh tidak bergoyah dan berubah oleh ijtihad, pendapat manusia sebaliknya kerana aqidah itu ialah kalimah yang tetap dan teguh kerana di ambil dari sumber yang teguh pula iaitu Al-Qur’an dan sunnah.

Ini didasari dalam ayat seterusnya yang disebut oleh Allah swt :

يُثَبِّتُ اللّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
فِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللّهُ مَا يَشَاءُ

"Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.'' (Surah Ibrahim: 27)

Sesungguhnya perkara aqidah ialah mengenal perihal Allah dan Ke-Esaannya dan mengenal pegangan yang sebenar mengenai agama Islam dalam perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal. Termausk hal aqidah ialah mengenali persoalan tauhid dan sifat Allah seperti yang dijelaskan oleh Allah sendiri dalam kitab-Nya dan disampaikan oleh pertunjuk rasul-Nya.

Maka dengan mengikuti rasul itu bererti mentaati perintah Allah sebagaimana para salaf soleh terdahulu menjadikan rasul sebagai ikutan dalam keimanan dan amal kepada Allah swt (lihat Syarah Aqidah Thahawiyah m/s 33 Jilid 1).

Aqidah merupakan pemisah antara hak dan bathil dan sesungguhnya aqidah yang sahih itu ialah aqidah yang dibawa oleh Rasulullah Sallahu Alaihi wa Salam serta difahami dan diikut oleh para sahabat ra yang kemudiannya di ajarkan pula oleh sahabat kepada anak-anak mereka iaitu para tabien ra.

Maka golongan inilah yang dimaksudkan salaf soleh dan aqidah merekalah yang digelarkan sebagai aqidah yang sahih iaitu aqidah salaf yang membawa makna aqidah terdahulu yang sahih dari rasul salallahualaihiwasalam dan mereka inilah sebaik-baik umat.

Sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Aisyah ra : “Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi’ien). “ (hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5).

Aqidah mereka merupakan aqidah yang kukuh dan jelas yang bersumberkan wahyu dari Allah swt dan bersumberkan pertunjuk sunnah rasulullah sallahualaihiwasalam . Itulah sebenar-benar jalan dan pertunjuk serta pegangan yang diturunkan oleh Allah swt.

“ Katakanlah (hai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku berdakwah ke jalan Allah dengan bashirah (petunjuk dan ilmu), maha suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik." (Yusuf: 108).

Menurut Ibn Katsir ra , jalan dan seruan yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah seruan kepada aqidah iaitu dengan membawa kalimah syahadah sebagai simbolik kepada dakwah dan seruan tauhid membawa manusia kepada jalan rasul iaitu mentauhidkan Allah dengan hujah dan ilmu (lihat Mukhtasar Ibn Katsir m/s 336 Jilid 1).

Demikianlah dakwah Islam , perjuangannya mendukung perkara aqidah sebagai hal yang utama dan dasar dengan hujah dan ilmu.

Sesungguhnya aqidah yang benar itu jauh dari penyelewengan dan kejahilan akal dan penakwilan serta tafsiran yang menyimpang. Para ulama dalam membahaskan maksud penyelewengan dan penyimpangan aqidah telah meletakkan beberapa contoh seperti :

a) Kejahilan terhadap Al-Qur’an dan sunnah serta mempunyai ta’asub terhadap fahaman dan pegangan yang diikutinya tanpa hujah dan ilmu khususnya terhadap apa yang dipegang oleh golongan tua terdahulu.

Ini disebut dalam firman Allah :

“Dan ketika dikatakan kepada mereka ikutlah apa-apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka bahkan berkata kami tetap akan menurut peninggalan bapa-bapa kami” (Al-Baqarah : 170).

Demikianlah golongan tua dan orang-orang desa dan kampung yang jahil terhadap Al-Qur’an dan sunnah sebaliknya masih berpegang kepada ajaran karut seleweng dan aqidah yang tidak benar seperti sifat 20 , aqidah berasaskan ilmu kalam dan mantiq akal yang ternyata bercanggah dengan Al-Qur;an dan sunnah serta aqidah salaf soleh yang dibawa oleh rasulullah

Mereka orang kampung masih lagi berpegang kepada sifat 20 dan aqidah muktazilah yang sebenarnya pengasas sifat 20 itu sendiri iaitu Imam Abu Hasan Al-Asya’ari ra telah bertaubat dan menolak apa yang dipegang olehnya sendiri sebelum bertaubat dalam kitabnya “Al-Ibanah Fi Usul Ad-Diyanah” dan lain-lain.

Namun sikap ta’asub mereka yang keterlaluan dan kejahilan tok-tok guru pondok kampung yang masih berpegang teguh pada buku kuningnya itu sangatlah mengecewakan apabila merea berani mengajar aqidah tanpa ilmu dan menyebarkan kebathilan sedangkan Allah swt telah berpesan :

“Wahai ahli kitab janganlah kalian melampaui batas dalam agama dan janganlah kalian mengatakan sesuatu perihal Allah kecuali dengan kebenaran” (An-Nisa : 171).

Perbuatan mereka seperti ahli kitab yang menyesatkan umat dengan kejahilan dan memaksa orang ramai tunduk dan taqlid buta kepada mereka supaya mereka dapat mengekalkan ketaatan orang kepada mereka.

b) Juga menyesatkan dan menyelewengkan umat ialah ilmu kalam dan mantiq akal yang dijadikan sebagai sumber aqidah oleh mereka yang jahil.

Ilmu kalam dan akal menurut Imam Abu Yusof ra (Ya’kub Ibn Ibrahim) merupakan sesuatu yang tercela dan dibenci oleh para ulama salaf soleh. Bahkan diriwayatkan beliau pernah berkata :

“ Ilmu kalam itu ialah suatu kejahilan dan mempelajarinya ialah kebodohan dan barangsiapa yang tidak mempelajarinya maka itulah kecerdikan” dan beliau berkata lagi “ Jika kamu berjumpa dengan ahli ilmu kalam maka hendaklah kamu berkata kepadanya “Wahai si Zindiq” dan lagi katanya “ Barangsiapa yang belajar ilmu kalam maka sesungguhnya dia telah menjadi zindiq” (lihat dalam riwayat yang pelbagai oleh Imam Khatib Al-Baghdadi dalam Syarif Ashabul Hadith m/s 168).

Demikianlah juga celaan dari Imam Syafie ra yang diriwayatkan pernah berkata : “Hukum aku kepada mereka yang terlibat dengan ilmu kalam ialah disebatnya mereka itu dengan kayu dan dibaling dengan kasut lalu di bawa berarak ke sekeliling jalan-jalan sambil dilaungkan kepada orang ramai bahawa inilah hukuman bagi mereka yang meninggalkan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya” (riwayat Baihaqi dalam Manaqib Syafie m/s 462 Jilid 1).

Malangnya hari ini ilmu kalam sudah menjadi ilmu usuluddin khususnya di jamiah Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian Islam lantaran jasa baik golongan sufi dan mereka yang taa’asub kepada fahaman asya’irah yang jahil dan engkar kepada sunnah Rasulullah.

Tidak hairan apabila ramai ustaz dan guru yang mengajar aqidah mengunakan uslub ilmu kalam dan akal mantiq kerana mereka jahil akan sunnah rasulullah dan fahaman salafu soleh.

c) Ta’wilan dan tafsiran akal tanpa merujuk kepada sunnah dan panduan dari pegangan salaf soleh merupakan antara kerosakan dalam aqidah dan iktiqad kaum muslimin hari ini.

Bahkan hal inilah yang menjadi punca kepada perpecahan ummah dan berlakunya fitnah kerosakan di muka bumi Allah swt. Pembunuhan Khalifah Usman ra, Ali ibn Abi Talib ra para sahabar yang lain dengan kelahiran Khawarij , Syiah rafidhah, munculnya muktazilah, dan lahir pelbagai ajaran sesat dan fikrah jahannam ialah akibat dari penafsiran dan penakwilan yang bercanggah dengan pegangan salaf soleh (lihat Syarah Aqidah Thahawiyah m/s 286 Jilid 1).

Akibat dari tafsiran melulu dan menyimpang dari kebenaran inilah lahirnya pemahaman sesat dan salah sekaligus seterusnya membesar menjadi satu kerosakan kepada Islam dan ummah. Mereka ini semua lupa kepada pesanan Allah swt :

"Apakah kamu berani mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?” (Al-Baqarah : 80).

“Katakanlah : “Rabbmu hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” ( Al A’raf : 33)

“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).

"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116)

Bahkan baginda rasulullah juga tidak lupa memesan kepada umatnya supaya jangan berani mengikuti dan menyampaikan sesuatu tanpa ilmu yang akan membawa kesesatan seperti sabda baginda rasulullah : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)" (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).

Demikianlah larangan Islam dari mengatakan sesuatu tanpa ilmu yang akhirnya akan merosakan umat Islam terutamanya dalam hal aqidah yang bersangkut paut soal dasar dan pokok ajaran Islam yang paling utama. Membicarakan hal aqidah dengan kejahilan bererti menyesatkan agama Islam dari asasnya .

Oleh: Ustaz Emran Ahmad
Penyunting/Edit oleh: HAR