"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

11 November, 2014

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT (1)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Waalladziina idzaa fa'aluu faahisyatan aw zhalamuu anfusahum dzakaruu allaaha faistaghfaruu lidzunuubihim waman yaghfirualdzdzunuuba illaa allaahu walam yushirruu 'alaa maa fa'aluu wahum ya'lamuuna 

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, (Yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil). mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah A-li ‘Imraan: 135)

Dan firman Allah Subhanahu wa ta’ala seterusnya:

أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Ulaa-ika jazaauhum maghfiratun min rabbihim wajannaatun tajrii min tahtihaa al-anhaaru khaalidiina fiihaa wani'ma ajru al'aamiliina 

“Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah A-li- ‘Imraan: 136)

PENGERTIAN TAUBAT:

Kata “Taubat” sering pula diertikan dengan pengertian “Penyesalan dan Kesengajaan” untuk meninggalkan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan.

Sebagaimana disebut dalam sebuat hadits: “Penyesalan itu adalah taubat” (Hadits riwayat: Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan hakim)

Penyesalan tidak dapat terlepas dari soal-soal ilmu (pengetahuan) yang menyebabkan timbulnya penyesalan. Boleh juga dikatakan bahawa penyesalan itu adalah hasil dari mengetahui perbuatan, yang kemudian diikuti pula dengan suatu maksud berbuat kebaikan, sebagai imbangan dari kesalahan-kesalahan dan keburukkan-keburukkan yang lampau/telah lalu.

BILAKAH SA’ATNYA HARUS BERTAUBAT

Kini timbul pertanyaan :Bilakah saatnya kita harus bertaubat? Atau bilakah taubat itu harus dilakukan? Sekarangkah, esokkah ataukah menanti setelah kita tua?

Pokoknya, taubat harus dilaksanakan setiap saat dimana kita menyedari dan menginsafi bahawa kita telah berbuat suatu kesalahan.

Apabila seseorang telah melakukan sesuatu kesalahan atau keburukkan kemudian ia sedar bahawa perbuatan yang baru dikerjakannya itu salah, maka pada saat itulah dia wajib betaubat dengan segera tanpa boleh ditunda-tunda lagi.

Dengan kata lain dapat disebutkan bahawa seseorang wajib bertaubat segera setelah ia sedar akan kesalahan atau kemaksiatan yang dikerjakannya. Kerana kita tentu semua tahu bahawa kemaksiatan-kemaksiatan itu merusakkan inti keimanan seseorang, apabila taubat itu tidak segera dilakukan seketika itu juga, disaat ia sedar akan kesalahannya, maka lambat laun, pasti keimanannya akan melanda oleh kemaksiatan-kemaksiatan dan kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya, sehingga tidak mustahil pada suatu saat nanti ia benar-benar akan kehilangan keimanannya.

Diterangkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa seseorang itu, disaat melakukan perbuatan zina, maka terlepaslah keimanan dari dalam jiwanya.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Tidaklah seseorang penzina melakukan  zina  ketika melakukannya ia sebagai seorang mukmin” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian besarnya pengaruh perbuatan zina itu pada jiwa seseorang yang melakukannya, sehingga dapat melepaskan keimanan orang yang melakukannya. Mengapa demikian? Sebab perbuatan itu nyata-nyata menjauhkan diri pelakunya dari Allah Subhanahu wa ta’ala bahkan menyebabkan kemurkaan-Nya.

Dengan demikian maka nyatalah pentingnya bertaubat secra terus menerus. Diharapkan dengan cara demikian dapatlah lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Sesunggunya saja hatiku dapat juga tergoda, sehingga saya harus memohon pengampunan kepada Allah dalam sehari semalam, sebanyak tujuh puluh kali”. (Hadits riwayat: Muslim)

LIHATLAH!!! Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri seorang utusan dan kekasih Allah Subhanahu wa ta’ala yang terpelihara dari doa (Ma’shum) masih berusaha dengan bersungguh-sungguh memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa ta’ala hingga tujuh puluh kali sehari semalam.

Maka bagaiman dengan kita orang awam yang setiap saat tidak terlepas dari kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa baik yang besar maupun yang kecil. Tentu sahaja kita harus lebih giat dan bersungguh-sungguh dalam berusaha memohon keampunan dari Allah Subhanahu wa ta’ala.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Semua anak Adam (manusia) berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik orang bersalah (berdosa) ialah mereka yang bertaubat”. (Hadits Riwayat Tirmidzi dan Hakim)

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pula:

“Tidak dapat tidak seorang mu’min itu tentu terkena dosa yang mendatanginya pada suatu ketika sesudah suatu ketika”. (Hadits riwayat: Thabrani dan Baihaqi)

Taubat yang bersungguh-sungguh dengan memenuhi syarat-syaratnya, Insya Allah pastilah akan dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, yang bererti ia akan dihapus dosa-dosanya, dan Allah Subhanahu akan memberikan kelapangan baginya.

Dari Ibn Abbas, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Barangsiapa selalu rajin beristighfar, ditunjukkan oleh Allah jalan keluar baginya dari segala kesukaran, dan diberikannya kelapangan dada dari semua kesusahan dan duka, serta diberinya reziki yang tidak diduga-duga dan diperikarakan”. (Hadits Abu Dawud)

Inilah hasil dari taubat yang sebenarnya, yang  sangat diharapkan oleh setiap ummat manusia.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Orang yang bertaubat dosanya adalah saperti orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali”. (Hadits riwayat Ibnu Majah)

Sedangkan bagi orang yang bertaubat, menyatakan penyesalan dengan lidahnya, akan tetapi masih juga ia meneruskan perbuatan dosanya, maka ini bererti ia mempermainkan/perolok Tuhan Allah Subhanahu wa ta’ala.

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Orang yang meminta ampun dengan lidah, tetapi meneruskan perbuatan dosanya, seakan-akan mengolok-olek Tuhannya.

Didalam hadits lainnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Orang yang minta ampun dari dosanya, sedang ia tetap sahaja melakukan dosanya saperti mempermainkan ayat-ayat Allah Subhanahu wa ta’ala”. (Hadits riwayat: Ibnu Abid Dunya)

Demikianlah, maka jika seseorang bertaubat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala atas dosa-dosanya, wajiblah bertaubat dengan sesungguh-sungguhnya dan semurni-murninya. Sesuai dengan Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam Surah Tahriim ayat 8 yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً
Yaa ayyuhaa alladziina aamanuu tuubuu ilaa allaahi tawbatan nashuuhan

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha"  (taubat yang semurni-murninya)”. (Surah Tahriim: 8)

Dalam pada itu orang-orang yang bertaubat dikasihi Allah Subhanahu wa ta’ala sebagaimana Allah Subhanahu wa ta’ala menjelaskan dalam Al-Quran dengan firman-Nya:

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Inna allaaha yuhibbu alttawwaabiina wayuhibbu almutathahhiriina

“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Surah Al-Baqarah:222)

SYARAT-SYARAT BERTAUBAT

Para Ulama telah sepakat dan mengatakan bahawa taubat itu wajib hukumnya dari tiap-tiap dosa. Sementara itu perlu kita maklumi pula bahawa dosa-dosa dan kesalahan itu sendiri ada yang langsung berhubungan anatar manusia dengan Allah Subhanahu wa ta’ala yang lazim disebut “HAQQULLAH”. Yakni dosa-dosa manusia langsung kepada Allah Subhanahu wa ta’ala saperti meninggalkan Sholat fardhu, meninggalkan Puasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i dan lain-lain sebagai yang langsung bertalian dengan Allah Subhanahu wa ta’ala.

Disamping itu ada pula kesalahan dan dosa-dosa yang berhubung dengan hak-hak manusia yang lazim disebut dengan ‘HAQQUL ADAMIY”, seumpama: menganiaya, mencuri, mencela, dan lain-lain sebagainya yang bersangkut dengan kemanusiaan.

Telah dijelaskan diatas bahawa untuk bertaubat dengan sebenar-benarnya dan semurni-murninya, maka diperlukan adanya beberapa syarat yang mesti dipenuhi. Ada pun syarat-syarat yang dimaksud ada 3 perkara iaitu:

a.         Harus menghentikan maksiat

b.         Harus menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukan

c.         Niat dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi perbuatan itu kembali.

Ketiga-tiga syarat inilah yang harus dipenuhi oleh seseorang yang bertaubat kerana dosa yang langsung berhubung dengan Al-Khaliq, yakni Allah Subhanahu wa ta’ala yang Maha pencipta.

Kemudian apabila dosa dan kesalahan itu ada hubungannya dengan hak-hak sesame ummat manusia, maka syarat-syarat yang harus dipenuhi ada empat perkara iaitu:

a.         Harus menghentikan maksiat.

b.         Harus menyesal atas perbuatan dosa yang telah terlanjur dilakukan

c.         Niat bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

d.         Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak, dengan cara meminta ma’af atau halalnya atau mengembalikan apap yang harus dikembalikan.

Taubat yang demikian tentulah hanya sia-sia belaka dan orang demikian ini tentlah termasuk golongan orang yang memperolok-olokkan Tuhan sahaja. Jika demikian bukanlah ampunan yang diterimanya, akan tetapi justru kemurkaan dan azab Allah Subhanahu wa ta’ala yang akan ditimpakan kepadanya.

……………………….BERSAMBUNG……………………
Posted by: HAR

TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT (2)

….SAMBUNGAN…

PERNYATAAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA TENTANG PENERIMAAN TAUBAT

Benarkah taubat seseorang yang dengan cara bersungguh-sungguh itu akan dapat diterima? Seandainya ada orang yang mempunyai pemikiran bertaubat itu boleh sahaja, tetapi tidak dapat diterima. Sesungguhnya perkiraan yang demikian ini sangat keliru, sebab Allah Subhanahu wa ta’ala sendiri sudah terang-terang menyatakan dalam kitab suci-Nya, bahawa Dia akan menerima taubat dari hamba-hambanya yang bertaubat sebenar-benarnya.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

غَافِرِ الذَّنبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Ghaafiri aldzdzanbi waqaabili alttawbi syadiidi al'iqaabi dzii alththhawli laa ilaaha illaa huwa ilayhi almashiiru 

“Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali”. (Surah Ghaffir/Al-Mu’min: 3)

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala seterusnya:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
Wahuwa alladzii yaqbalu alttawbata 'an 'ibaadihi waya'fuu 'ani alssayyi-ati waya'lamu maa taf'aluuna 

“Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.” (Surah Asy-Syuura: 25)

Dan firman Allah Subhanahu wa ta’ala lagi:

إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
 Inna allaaha yuhibbu alttawwaabiina wayuhibbu almutathahhiriina 

“SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Surah Al-Baqarah: 222)

Maka teranglah dari ayat-ayat tersebut diatas, bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala adalah Zat yang Maha menerima taubat lagi mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang mau bertaubat.

Dalam Hadits-hadits pun banyak kita jumpai keterangan-keterangan yang menyebut bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala sentiasa bersedia menerima taubat hambanya.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu membeberkan tanganNya -yakni kerahmatanNya- di waktu malam untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membeberkan tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah barat -yakni di saat hampir tibanya hari kiamat, karena setelah ini terjadi, tidak diterima lagi taubatnya seorang." (Riwayat Muslim)

Sabda Sallallahu Alaihi Wasallam pula:

“Orang yang bertaubat dari dosanya adalah saperti orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali.” (Hadits riwayat: Ibnu Majah)

Kemudian diriwayat oleh Anas bin Malik radiallahu anhu, bahawa ia telah mendengar Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman: Hai anak Adam! Selama engkau berdoa dan mengharapkan rahmat-Ku, Aku ampuni engkau, apapun yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Hai anak Adam! Walaupun dosa-dosamu telah mencapai batas langit, tetapi engkau beristighfar dan minta ampun kepada-Ku, Aku ampuni engkau dan tidak peduli. Hai anak Adam! Sekalipun engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa sepenuh kaleng-kaleng air yang ada dibumi, tetapi engkau tidak menyekutukan Aku. Aku akan memberimu ampun sepenuh kaleng-kaleng itu.”

Dari Abu Hurairah radiallahu anhu kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

“Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah Subhanahu wa ta’ala menerima taubat dan mema’afkannya.” (Hadits riwayat: Muslim)

Dari Abdullah bin Umar bin khattab radiallahu anhu berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala tetap menerima taubat sesorang hambanya, selama ruh (nyawanya) belum sampai ditenggorokan (hamper mati) (Hadits riwayat: Tirmidzi)

Kerana dalam keadaan yang demikian, ia telah melihat apa yang dihadapinya berupa rahmant atau azab dan tidak bergunalah taubat maupun imannya.

Dari Anas bin Malik radiallahu anhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda:

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala lebih suka menerima taubat seorang hambanya, melebihi dari kesenangan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang telah hilang daripadanya ditengah hutan.” (Hadits riwayat: Bukhari dan Muslim)

Diceritakan oleh Abu Said, iaitu Sa'ad bin Sinan al-Khudri radiallahu anhu bahwasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "

“Adalah pada ummat yang terdahulu, seorang lelaki telah membunuh Sembilan puluh sembilan manusia. Kemudian ia bertaubat, maka ia mencari seorang orang ‘alim dan ditunjukkan pada seroang pendeta. Kemudian ia bertanya; bahawa ia telah membunuh Sembilan puluh Sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat?

Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat." Kemudian pendeta itu dibunuhnya sekali sehingga genaplah seratus orang yang telah dibunuhnya.

Kemudian iapun mencari orang ‘alim lainnya, dan ketika telah ditunjukkan, maka ia menerangkan bahawa dirinya telah membunuh seratus orang. Apakah ada jalan untuk bertaubat?

Orang ‘alim itu menjawab: “Ya, ada.”Pergilah engkau ke negeri itu, kerana disana banyak orang-orang yang ta’at kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, maka berbuatlah sebagaimana perbuatan mereka, dan janganlah engkau kembali kenegeri mu, sebab disana adalah tempat kejahatan.

Maka pergilah orang itu terus pergi sehingga ia baru menempuh separuh perjalanan tiba-tiba ia didatangi oleh kematian.

Maka bertengkarlah Malikat Kerahmatan dan Malikat siksaan – yakni yang bertugas memberi kerahmatan dan bertugas memberi siksaan untuk mempersoalkan diri orang itu tadi.

Berkata Malikat kerahmatan: “Ia telah berjalan untuk bertaubat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dengan sepenuh hatinya.”

Berkata Malikat azab (siksaan): “"Bahwasanya orang ini sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun." 

Maka datanglah seorang Malikat dalam rupa manusia lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara malikat-malikat yang berselisih tadi, dijadikan hakim pemutusnya untuk menetapkan mana yang benar.

Berkatalah ia: “Ukur sahaja diantara dua negeri yang ditinggalkan dan dituju, maka kemana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini adalah untuknya – jikalau lebih dekat kea rah negeri yang dituju untuk melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik Malikat kerahmatan dan jikalau lebih dekat dengan negeri asalnya maka ia adalh milik Malikat siksaan”.

Maka Malikat-malikat itu mengukur, dan didapatilah bahawa orang tersebut adalah lebih dekat kepada negeri yang baik yang ditujunya untuk melakasanakan taubatnya. Maka dipeganglah ruhnya oleh Malikat Kerahmatan. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadits diatas menjelaskan kepada kita betapa Allah Subhanahu wa ta’ala dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya telah berkenan mengampuni dosa-dosa hambanya yang teramat besar. Sedangkan membunuh manusia sahaja sudah termasuk dosa besar, apalagi seratus orang. Namun kerana taubat itu dilakukannya dengan sesungguh hati dan kemauan-nya, meskipun ia belum pernah melaksanakan kebajikan, Allah Subhanahu wa ta’ala telah mengampuni-nya juga.

Ini merupakan suatu bukti, bahawa taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguhnya, dan timbul dari lubuk hati yang paling dalam dengan penuh rasa penyesalan dan penuh pengharapan akan ampunan Allah Subhanahu wa ta’ala.

Oleh sebab itu bagi setiap orang yang merasa dirinya berdosa, marilah segera bertaubat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala sementara pintu taubat masih terbuka, dan sementara kita masih sempat menyatakan penyesalan.

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT
 Posted by: HAR
Waswas syaitan dan rawatannya

(Oleh: Imam Al-Ghazali)

Apakah yang dikatakan oleh waswas syaitan? Bagaimana waswas syaitan mempengaruhi hati manusia? Dan dapatkah waswas ini dihapuskan dari hati manusia?

Berhubungan dengan ini para ulama berselisih pendapat:

1.       Golongan pertama berpendapat bahawa waswas ini lenyap dari hati dengan zikir mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala.

2.       Golongan kedua pendapat bahawa waswas tidak dapat dihapuskan dari hati dengan zikir mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala. Apabila seseorang itu mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala, waswas itu masih menjalar didalam hati tetapi mempunyai tidak mempunyai sebarang kesan keatasnya kerana hati ketika itu sedang dipenuhi dengan zikir dan terhijab daripada waswas syaitan.

3.       Pendapat Golongan ketiga, waswas dan kesannya didalam hati tidak gugur dengan zikir mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala, tetapi yang gugur ialah penguasaannya keatas hati seolah-olah ia mewaswas dari jauh dan lemah keadaannya.

4.       Sementara Golongan ke-empat mengatakan waswas akan hapus bersilih-ganti dengan zikir mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala. Bererti waswas akan hapus sebentar ketika zikir, kemudian ingatan terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala pula hapus sebentar untuk diambil tempatnya oleh waswas. Begitu seterusnya.

5.       Golongan kelima pula berpendapat bahawa waswas dan zikir itu sentiasa berlumba-lumba menduduki hati.

Al-Imam Al-Ghazali mengatakan pendapat ini semua benar hanya tidak
menyeluruhi semua jenis waswas syaitan.

JENIS-JENIS WASWAS PADA PENDAPAT AL-IMAM AL-GHAZALI:

1.       Waswas dengan menyembunyi kebenaran. Syaitan mungkin menyembunyikan kebenaran dengan mewaswaskan kepada seseorang: “Apa gunanya meninggalkan kenikmatan dunia sedangkan umurmu masih panjang? Apa gunanya bersabar menahan nafsu syahwat sedangkan penderitaan menahan nafsu syahwat itu di sepanjang umur adalah amat berat?” Tetapi apabila orang itu mengingati betapa besarnya hak Allah Subhanahu wa ta’ala dan betapa besarnya pahala dari-Nya serta balasan siksa-Nya nescaya ia akan berkata kepada dirinya sendiri: “Kesabaran menahan nafsu syahwat itu memang berat tetapi lebih berat lagi kesabaran menahan siksaan neraka.” Apabila ia mengingati akan janji-janji Allah Subhanahu wa ta’ala yang baik dan yang buruk serta memperbaharui iman dan keyakinannya niscaya syaitan akan berdiam dan seterusnya melarikan diri kerana tidak dapat mempengaruhi orang tersebut dengan mengatakan siksaan api neraka lebih ringan daripada maksiat dan maksiat itu tidak akan membawa kepada siksaan neraka. Ini ialah kerana keimanan orang itu terhadap kitab Allah Subhanahu wa ta’ala adalah melindungi dari syaitan dan seterusnya terhentilah waswasnya. Begitu juga syaitan mengkin mewaswas seseorang itu supaya bermegah dengan kerja-kerja dan amalannya ambil berkata:

“Tiada seorang pun yang mengenal Allah Subhanahu wa ta’ala seperti pengenalanmu dan tiada siapa yang menyembahnya seperti penyembahanmu. Amat tinggi kedudukan mu di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala.”

Tetapi jika ketika itu orang tersebut teringat bahawa pengetahuannya, hatinya dan anggota-anggotanya semua adalah dari ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata niscaya ia tidak akan mahu bermegah-megah. Dengan itu maka berundurlah syaitan darinya kerana tidak dapat mempengaruhinya dengan kata-kata bahawa semua itu bukan dari ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala. 

2.       Waswas dengan mengerakkan nafsu syahwat dan dorongan-dorongannya. Waswas ini terbahagi kepada: Yang diketahui oleh seseorang dengan yakin maksiat, dan disangkanya maksiat.

Jika orang itu mengetahui dengan yakin apa yang diwaswas itu adalah maksiat maka syaitan akan berundur darinya dan tidak lagi membisik untuk mengerakkan syahwatnya. Tetapi ia tidak akan berundur jika orang itu menyangka apa yang diwaswas itu sebagai maksiat. Ketika itu syaitan akan terus kekal menggoda, jihad adalah diperlukan untuk menentangnya. Waswas terus ada tetapi tidak menguasi dan boleh dihapuskan dari hati.

3.       Waswas berupa lintas-lintasan dan ingatan terhadap hal-hal yang ghaib seperti mengenang sesuatu selain dari sembahyang semasa seseorang itu sedang sembahyang. Waswas ini akan menyebakan bacaan didalam sembahyang itu bercampur-aduk dengan lintas-lintasan yang timbul, seolah-olah hati itu terisi dengan kedua-dua zikir mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala dan waswas.

Seseorang yang ketika bersembahyang hatinya teringat akan musuh yang menyakitinya harus akan memikir musuhnya disepanjang raka’at-raka’at sembahyangnya itu kerana yang terlintas dihatinya ketika itu hanya kata-kata musuhnya sahaja.

Seseorang yang sedang dirasuk perasaan cinta umpamanya sentiasa akan memikir untuk berbual-bual dengan kekasihnya dengan yang terlintas didalam hatinyalah kata-kata kekasihnya itu sahaja, dan jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya ketika itu niscaya ia tidak mendengar apa-apa, dan jika ada orang lalu didepannya pun mengkin ia tidak nampak.

Pendek kata melepaskan diri dari syaitan untuk sesuatu ketika yang pendek atau sebentar waktu memang boleh dilakukan, tetapi untuk selama-lamanya adalah suatu perkara yang mustahil. Kerana godaan dan waswas syaitan ke atas seseorang khususnya ketika sedang sembahyang adalah meliputi segala harta-benda dunia.

Jika seseorang itu memiliki wang lebih dari keperluannya syaitan akan mewaswaskan semasa ia sedang sembahyang supaya memikirkan tentang wangnya itu; Bagaimana ia patut menyimpannya? Pada apa yang patut dibelanjakannya? Bagaimana ia patut menyembunyikan agar tidak diketahui orang lain? Dan bagaimana ia patut memperlihatkan-nya untuk bermegah-megah dengannya? Dan lain-lain waswas lagi.

Siapa yang mencengkamkan kukunya pada keduniaan dan ingin menyelamat diri dari syaitan maka ia adalah sama seperti orang menyelam didalam madu dengan menyangka ia tidak dihurung lalat. Ini adalah mustahil sama sekali.

Dunia ini merupakan lapangan yang amat luas untuk godaan dan waswas syaitan. Seorang pendita pernah berkata: Syaitan itu mengajak manusia melakukan maksiat. Jika manusia itu menolak, syaitan akan memberi nasihat yang boleh menjerumuskan-nya kedalam perkara yang bida’ah. Jika manusia itu menolak juga hasutannya, syaitan akan menyuruhnya bersikap keras dan ketat yang akan membawa kepada sikap yang mengharamkan mana yang bukan haram.

Jika manusia itu masih juga enggan menurut hasutannya, syaitan akan meragu-ragukan tentang wudhu’ dan sembahyangnya. Jika manusia itu menolak juga, syaitan akan mengajaknya melakukan amalan-amalan kebajikan serta membayangkan betapa  mudahnya amalan-amalan itu sehinggalah orang ramai menganggapnya seorang yang penyabar dan suci dari maksiat serta terpengaruh dengannya, yang mana menyebabkan manusia tersebut terpesona dengan dirinya sendiri, dan seterusnya terjerat didalam perangkap syaitan..

Oleh itu marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada perasaan was-was yang di bisikkan oleh syaitan. Sentiasalah mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala dan sering membaca do'a perlindung daripada gangguan syaitan, sesungguhnya syaitan itu lemah dan tidak berupaya menganggu kita jika hati dan jiwa kita benar-benar yakin kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Wallahu A’lam