WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA ALI R.A
18 March, 2017
05 March, 2017
AMALAN
SOLEH YANG DITOLAK
Jauhilah Lapan perkara
yang menyebabkan amalan kita ditolak oleh
Allah Subhanahu wa
Ta’ala.
Setiap amalan ibadah, amalan soleh dan amal
kebajikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh penghayatan agar ianya diterima
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apabila
amalan kita diterima, maka barulah ganjaran pahala yang kita perolehi akan
menjadi bekalan di akhirat nanti. Setiap orang mukmin pasti berharap agar
amalan solehnya diterima oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala.
Namun perlu juga kita ketahui bahawa tidak
semua amalan itu pasti diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Adakah kita yakin bahawa segala amalan kebaikan
yang kita lakukan akan terus diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’a’la ?
Perkara ini
dijelaskan dalam Surat Qaaf ayat 16-18
وَلَقَدْ خَلَقْنَا
الإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ
إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
إِذْ يَتَلَقَّى
الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ
مَا يَلْفِظُ مِنْ
قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta
manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis
segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan
yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang
dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya
malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
Jika dilihat
daripada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh
Muadz bin Jabbal terdapat lapan (8) perkara yang akan menjadi penghalang dan
menyebabkan amalan-amalan kita tidak diangkat dan diterima oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala.
Abdullah ibn
al-Mubarak meriwayatkan dari seorang lelaki yang pernah bertanya kepada Muadz.
Lelaki itu berkata kepada Muadz, “Beritahukanlah kepada aku satu hadis yang
pernah kau dengar dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Kemudian Muadz menangis sehingga aku menyangka
dia tidak akan berhenti menangis. Namun kemudian, Muadz berhenti menangis. Lalu
berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata
kepada ku, “Wahai Muadz, aku menjawab, Labbayka, demi ayah dan ibuku, ya
Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Aku akan
memberitahukan satu hadis ini yang akan memberi manfaat tetapi apabila engkau
tidak menjaga hujjahmu dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hari kiamat,
maka ia akan terputus.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakan
tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Kemudian, Allah telah
menciptakan pula langit dan bumi. Lalu Dia memberi tugas kepada Malaikat untuk melihat setiap lapis langit
dari langit yang tujuh itu.
Diterangkan bahawa,
satu Malaikat berada disebelah kanan manusia untuk mencatat amal baik, manakala
di sebelah kiri pula bertugas untuk mencatat hal-hal buruk yang dilakukan
manusia. Pada setiap langit ada satu Malaikat yang menjaga pintu, dan tiap-tiap
pintu langit itu dijaga oleh Malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan
|
LANGIT PERTAMA – GIBAH
(MENGUMPAT)
|
Malaikat Hafazhah (Malaikat
yang memelihara dan mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal
seseorang hamba. Amalan tesebut adalah amalan yang telah dilakukan dari waktu
pagi hingga ke petang. Cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari.
Ia menganggap amalan tersebut
banyak,semua memuji segala amalannya itu. Tetapi, sampai di pintu langit
pertama, berkata Malaikat penjaga pintu langit itu kepada Malaikat Hafazhah,
"Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga Gibah (pengumpat),
aku diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk tidak menerima amalan orang
yang mengumpat orang lain. Jangan benarkan amalan ini melepasiku untuk mencapai
ke langit berikutnya."
|
LANGIT KEDUA – MENGHARAPKAN KEDUNIAAN
|
Hari berikutnya,
Malaikat Hafazhah iaitu pencatat amalan datang kembali membawa amalan seorang
hamba yang soleh yang cahayanya berkilauan. Malaikat itu berjaya melepasi
langit pertama kerana dia tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang. Malaikat
itu juga memujinya kerana amalan tersebut terlalu banyak. Sampai dilangit
kedua, Malaikat penjaga langit kedua berkata: “Berhenti!, Pukulkan amalan itu ke wajah perlakunya kerana dengan
amalannya itu dia hanya menginginkan dan mengharapkan harta kekayaan duniawi.
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintakanku
untuk menahan amalan itu dan tidak membiarkan amalan itu menghampiriku juga
jangan sampai kepada Malaikat yang lain. Sesungguhnya dia orang yang sombong
dan suka membesarkan diri di majlis
mereka.
|
LANGIT KETIGA –
SOMBONG/TAKBUR
|
Kemudian malaikat Hafazah pencatat amal naik
membawa amal hamba yang Nampak berkilau penuh cahaya dari sedekah, puasa, solat
dan berbagai macam kebaikan yang dianggap demikian banyak dan terpuji. Para
malaikat merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu membawa amalan
itu dan berjaya melintasi langit pertama dan kedua. Namun sewaktu sampai ke
langit ketiga, malaikat penjaga langit ketiga berkata: “Berhenti!”. Lemparkan
kembali amalan itu ke wajah pelakunya kerana dia seorang yang sombong, aku
adalah malaikat penjaga orang yang sombong. Allah telah memerintahku supaya
tidak membiarkan amalan orang sombong/takbur melewati aku untuk mencapai langit
berikutnya. Sesungguhnya dia menyombong/takbur dirinya didalam majlis orang
ramai.
|
LANGIT KEEMPAT – MEMBANGGAKAN DIRI (UJUB)
|
Berikutnya Malaikat Hafazhah membawa lagi
amalan seseorang hamba ke langit keempat. Amalan itu juga bersinar bagaikan
bintang yang paling besar
berkelip-kelipan, suaranya penuh dengan tasbih, puasa, solat, haji dan umrah.
Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit
keempat. Sewaktu sampai kelangit keempat, Malaikat penjaga langit itu berkata:
“Berhenti!” Jangan diteruskan perjalananmu.
pulangkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya, aku adalah Malaikat
penjaga orang-orang yang suka berperasaan ujub. Mereka beramal hanyalah atas
dorongan perasaan ujub (membanggakan diri) terhadap dirinya.
|
LANGIT KELIMA – PENDENGKI DAN IRI HATI
|
Manakala di langit ke lima, Malaikat hafazhah membawa lagi amalan seseorang hamba ke langit kelima setelah
mereka berjaya melepasi langit satu hingga empat. Mereka diarak bagaikan
pengantin wanita diiring kerumah suaminya, amalannya sangat bagus dan bercahaya. Amalan yang diamalkannya
ialah jihad, haji, dan umrah. Namun
sewaktu sampai langit kelima, Malaikat penjaga langit itu berkata: “Berhenti!”
Aku ini penjaga sifat hasad (dengki, iri hati). Pulangkan kembali
amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah ke atas.
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan aku supaya tidak membiarkan amalan hasad itu melalui aku dan mencapai langit seterusnya. Pemilik amal ini,
sangat berhasad dengki kepada orang yang berilmu dan beramal seperti amalannya.
Ia berhasad dengki kepada orang lain yang melakukan sebarang kelebihan didalam ibadah dan ia juga mencela mereka.
Sesungguhnya ia benci kepada apa yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.
|
LANGIT KEENAM - TIDAK MENGASIHI ORANG LAIN
|
Di langit ke enam pula, Malaikat Hafazhah
membawa lagi amalan yang bercahaya dari
seorang hamba, cahayanya seperti bulan purnama, ia adalah daripada wuduk yang
sempurna, solat yang banyak, zakat, haji, umrah, jihad dan puasa. Malaikat
Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langi keenam. Tetapi
sewaktu sampai dilangit keenam, Malaikat penjaga langit itu berkata:
“Berhenti!” Aku ini Malaikat penjaga rahmat. Amalan yang dianggap baik ini pukulkanlah kewajah pemiliknya kerana ia
tiada belas kasihan kepada hamba Allah.
Apabila ada orang lain mendapat musibah, ia merasa senang dan gembira. Aku
diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala agar tidak membiarkan amalan
orang seperti ini melepasiku hingga dapat sampai pada pintu langit seterunya.
|
LANGIT KETUJUH – SUMA’AH DAN RIAK
|
Seterusnya Malaikat Hafazhah membawa lagi
amalan seorang hamba, Amalan itu ialah solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak
yang baik, berzikir kepada Allah, nafkah, jihad dan warak. Zikirnya seperti
bunyi lebah dan cahayanya bersinar seperti matahari. Amalannya itu diiringi
para Malaikat hingga ke langit ketujuh. Namun sampai ke pintu langit ketujuh,
penjaga langit itu berkata: “Berhenti!’. Aku ini Malaikat penjaga Suma’ah
(ingin terkenal/riya). Pukulkan dengan amalannya ini ke muka orang yang
mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkanlah
keatas hatinya.
Sesungguhnya orang ini ingin masyhur dan
terkenal (popular) dan selalu ingin kelihatan lebik baik daripada orang lain
dan ia beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain. Allah
Subhanahu wa Ta’ala memerintakkanku agar amalannya itu tidak melepasiku. Ia
beramal bukan bukan untuk mencari
keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala
tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi dan supaya disebut
dan mashyur dimerata tempat. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh aku supaya
tidak membiarkan amalan orang yang riak melepasiku, kerana setiap amalan yang
tidak ikhlas adalah riak dan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan menerima
amalan orang yang riak.
|
DI HADAPAN ALLAH
|
Para Malaikat pencatat amal naik berdiri
dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala membawa amal seorang hamba dan bersaksi
dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut. Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman: “Kalian adalah penjaga (pencatat) amal hamba-Ku, dan Aku adalah yang
mengawasi hatinya. Sesungguhnya dengan amal ini dia tidak menghendaki Aku
dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripada-Ku. Aku
lebih mengetahui dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan amalan itu.Maka
baginya laknat dari-Ku, kerana menipu orang lain dan juga menipu kalian – para
malaikat hafazah, tetapi Aku tidak akan tertipu olehnya.
Lalu para malaikat pun berkata: “Baginya
laknat-Mu dan juga laknat kami”. Kemudian langit berkata: “Baginya laknat Allah
dan juga laknat kami”. Lalu langit yang ketujuh berserta semua penghuninya
melaknat orang itu.
Kemudian Muadz yang menanggis terisak-isak
berkata: “Ya Rasulullah, engkau adalah Rasulullah dan saya adalah Muadz, maka
ajarilah saya bagaimana aku boleh selamat dari apa yang engkau ceritakan pada
ku.
Rasulullah Shallallahu ‘alahi wassalam pun
bersabda: “Berpegang teguhnya kepada ku, meskipun didalam amal-amalanmu ada
kekurangan.
Wahai Muadz,
jagalah lisanmu agar jangan sampai mencela saudara-saudaramu yang mengembangkan Al-Quran dan saudara-saudaramu sesama Islam
dan orang alim. Bebanlah segala
kesalahan kepada dirimu sendiri dan jangan kau bebankan kepada mereka. Jangan
kau mengangkat/menyucikan dirimu dengan menindas atas orang lain. Janganlah kau masukkan amalan dunia ke
dalam amalan akhirat. Jangan bersikap sombong
agar mereka menghindari keburukkan akhlakmu. Jangan kau berbisik-bisik
dengan seseorang sementara disebelahmu ada orang lain. Jangan bersikap sombong
dan takabur terhadap orang-orang sehingga kebaikan dunia terputus darimu dan
jangan mengoyak-ngoyak (menguris) perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana
kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing nereka jahanam. Sebagaimana
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang
bermaksud, “Di-neraka itu ada anjing-anjing yang dikiaskan mengoyak badan manusia.”
Muadz berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan
Ibuku, siapa yang sanggup menanggung dan memikul penderitaan semacam ini dan
siapa yang boleh selamat darinya?
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam
bersabda: Ya Muadz, sesungguhnya itu akan mudah bagi orang yang diberi
kemudahan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Cukuplah untuk menghindari semua itu,
kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.
Sesungguhnya perkara paling utama dan terpenting dalam agama ini adalah mengikhlaskan
diri kepada Allah S.W.T dalam setiap
amal ibadah yang kita lakukan. Ini adalah sebagai syarat utama diterima amal ibadah seseorang. Ikhlas adalah termasuk
amalan hati yang perlu mendapatkan perhatian “istimewa” (secara mendalam) dan
dilakukan dengan cara “istimrar” (terus menerus). Setiap muslim hendaklah
melakukan “amal” ibadah agar amalan kita menjadi bernilai dihadapan Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
Syeikh Ibnu Utsaimin berkata: “Dan wajib atas
sesorang mengikhlaskan niat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam seluruh
ibadahnya dan hendaklah meniatkan ibadahnya semata-mata untuk mengharap wajah
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan di akhirat. Inilah yang diperintahkan Allah
Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya: Diantaranya:
وَمَآ أُمِرُوْا
إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
“Padahal
mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan
kepada-Nya.” (Surah Al-Bayyinah: 5)
Firman Allah lagi:
قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ
مُخْلِصا ً لَهُ دِينِ
Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku
sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya. “Surah Az-Zumar: 14)
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ
أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصا ً لَهُ الدِّينَ
Katakanlah lagi (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”. (Surah Az-Zumar: 11)
Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala juga:
فَادْعُوا اللَّهَ
مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Oleh
itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan
menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan
kamu yang demikian”). (Surah Ghafir: 14)
Dan banyak lagi firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala memperintahkan kita supaya mengikhlaskan ibadat kita kepada-Nya.
Marilah sama-sama kita menjauhi perkara yang
dinyatakan diatas, supaya amalan kita tidak ditolak oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Hadis diatas sungguh agung dimana didalamnya terkandung rahmat Allah Subhanahu
wa Ta’ala yang amat luas dan kelembutan-Nya sungguh agung
Jika amalan kita ditolak dan tidak diterima
oleh Allah, maka dimanakah lagi cara kita dapat menyelamatkan diri kita
daripada azab Allah Subhanahu wa Ta’ala di-hari akhirat nanti? Oleh itu cubalah
sedaya upaya kita perbaiki kelemahan diri kita dan mengingkatkan iman dan amal
melengkapkan segala sifat-sifat mahmudah.
Kita memohon kepada Allah agar Dia memberi
kita kelembutan yang membuat kita bergegas melakukan keta’atan kepada-Nya,
menggiring kita memasuki kemurahan dan rahmat-Nya.
Wallah al-muwafiq li al-shawab
|
ORANG YANG MELAKSANAKAN AMAL BAIK
DIKATEGORIKAN MENJADI 3 GOLONGAN
|
1. ORANG YANG PASTI DITERIMA AMALNYA
Orang
yang pasti diterima amal ibadahnya adalah orang yang bertakwa kepada-Nya. Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ
الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya Allah
hanya menerima dari orang-orang yang bertakwa”. (Surah Al-Maidah: 27)
Amalan yang dikabarkan oleh Allah dan
Rasul-Nya dari perkara-perkara ghaib dengan keimanan yang mantap tanpa ada keraguan
padanya. Ghaib adalah apa yang tidak boleh kita indera dari apa-apa yang Allah
kabarkan kepada kita akan keberadaanNya, seperti iman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, hari akhir, surga dan neraka. Ini adalah sifat yang
paling khusus yang mereka miliki, karena mengajak dan mendorong mereka agar
beramal shalih. Jika anda yakin akan hari akhir, surga, neraka dan
kejadian-kejadian pada hari kiamat, (keyakinan tersebut) mengharuskan anda agar
mempersiapkan diri dalam menyongsongnya. Tidak manfaat persiapan yang dilakukan
selain melakukan amal kebajikan. Ini adalah sifat pertama yang Allah mensifati
mereka dengannya dalam kitab-Nya. Allah subhanahu wata’ala berfirman,
الم ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا
رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
“Alif
laam miim. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi
mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan
kepada mereka.” (Surah Al-Baqarah: 1-3).
Beriman terhadap kitab-kitab Allah dan para Rasul. Mereka beriman terhadap
Al-Qur’an dan As-Sunnah dan seluruh kitab langit yang sebelumya. Allah
berfirman:
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ
قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al
Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan
sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Surah Al-Baqarah:
4).
2. ORANG AMALNYA YANG PASTI DITOLAK
Orang yang amalnya pasti ditolak adalah
orang-orang kafir, begitu juga orang murtad.
وَمَنْ يَرْتَدِدْ
مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ
فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ
“Barangsiapa
yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka
mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (Surah Al-Baqarah: 217)
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا
بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا
مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan akan menemui
akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari
apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah Al-A’raf: 147)
Oleh itu, jangan mudah terpesona dengan
kebaikan golongan ini, karena pada hakikatnya semua amalannya tidak berguna.
Walau sebanyak manapun ia melakukan
solat dan sebesar manapun rasa ikhlasnya, ia tidak akan diterima dari
mereka selagi mereka tetap dalam kekufuran. Contohnya seperti mengakui adanya
Nabi selepas Nabi Muhammad Shallallhu
‘alaihi wassalam.
3. ORANG YANG AMALNYA TIDAK DAPAT DIPASTI
DITERIMA ATAU TIDAKNYA
Mereka adalah orang mukmin yang tidak sampai
tahap takwa, mereka melakukan amalan
baik tetapi dalam waktu yang sama masih juga melakukan perbuatan buruk dengan tidak
disertai taubat. Golongan inilah yang biasa dilakukan oleh kaum muslim.
Ini adalah karena Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri
menegaskan bahawa janjinya berupa pahala dan syurga. Bukan untuk orang-orang yang zalim ;
لَا يَنَالُ عَهْدِي
الظَّالِمِين
“Janjiku
tidak akan sampai kepada orang-orang dzalim” (Surah Al-Baqarag: 124)
Selagi mereka belum bertaubat, ia termasuk golongan orang yang zalim.
ومن لم يتب فأولئك هم
الظالمون
“Barang siapa tidak bertobat, maka merekalah
orang-orang dzalim” (Surah Al-Hujurat: 11)
Akan tetapi tidak juga dapat dipastikan bahwa
golongan ini amalnya pasti tidak diterima karena Allah menegaskan ;
إِنَّ اللَّهَ
يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang”. (Surah Az-Zumar: 53)
Dalam hadist isra’ mi’raj Malaikat berkata
kepada Nabi Shallallhu ‘alaihi wassalam.
قالا أما القوم الذين
كانوا شطر منهم حسن وشطر منهم قبيح فإنهم خلطوا عملا صالحا وآخر سيئا تجاوز الله
عنهم
“Adapun
orang yang sebagian mukanya bagus dan sebagian Iagi buruk, maka mereka itu
ialah orang-orang yang mencampur-adukkan antara amal perbuatan yang shalih
sedang yang lainnya jelek, tetapi Allah telah memberikan pengampunan kepada
mereka itu.” (HR. Bukhari)
Golongan
seperti ini bergantung kepada kehendak Allah Subhanahu wa
Ta’ala samaada amalannya diterima atau sebaliknya, atau mungkin Allah Subhanahu
wa Ta’ala membalas perbuatan buruknya dahulu kemudian baru menerima amalan
baiknya, ataupun mungkin amalannya tidak
diterima langsung menyebabkan ia mati dalam keadaan Su-ul Khatimah.
Sumbangan/posted
oleh: HAR
Bahan
Rujukan: 1. Kitab Tashfiyat al-Qulub al-Awzar wa al-Dzunub, karya Yahya ibn
al-Yamani
al-Dzimari terbitan Dar al-Hikmah al-Yamaniyyah.
2. Spirit
Islam Inside
11 January, 2017
Makanan
dengan merujuk kepada al-Quran dan sunnah
Kajian mengenai kehidupan Rasulullah
Shallalluhu 'alaihi wassalam menunjukkan
bahawa walaupun Baginda hidup sebahagian besar
dalam kesederhanaan dalam kehidupan sehari-harinya, namun Baginda tetap
bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'al untuk semua. Dia makan setiap apa
yang telah disampaikan dengan dan tidak pernah mengadu mengenainya.
BARLI
Barli ditanam pada dua keadaan iaitu penanaman barli musim luruh dan penanaman
barli musim bunga. Walaupun masa dengan musim penanaman barli adalah berbeza,
tetapi kualiti barli yang dihasilkan adalah lebih kurang sama dan tidak
dijejaskan.
Rasulullah menyukainya, pernah mempunyai dalam bentuk roti, bubur, dan doh.
Dia juga menerimanya sebagai hadiah dari
sahabat-Nya bersama-sama dengan bahan makanan lain
Telah mengabarkan kepada kami [Hannad bin As Sariy] dari [Waki'] dari
[Dawud bin Qais] dari ['Iyadh bin 'Abdullah] dari [Abu Sa'id] dia berkata; "Kami mengeluarkan zakat fitrah ketika
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masih ada di antara kami sebesar satu
sha' makanan, satu sha' kurma, satu sha' gandum atau satu sha' susu kering.
Kami terus melaksanakan seperti itu hingga Mu'awiyah datang dari Syam. Dan
di antara yang ia ajarkan kepada orang-orang adalah: Ia berkata; "Kami tidak melihat dua mud gandum
Syam kecuali menyamai satu sha' dari ini." Abu Sa'id berkata; 'Maka
orang-orang mengambil pendapat tersebut'. Hadits Nasai No.2466 Secara Lengkap
Barli merupakan satu jenis bijirin yang kaya dengan vitamin B kompleks, zat
besi, kalsium, magnesium, manganese, selenium, zink, protein, asid amino, serat
dan beberapa jenis antioksida yang lain.
Kajian
saintifik moden juga membuktikan kesan yang besar makanan ini terhadap kesihatan
dan dianggap menjadi antara minuman yang sihat didunia.
SUSU
Dalam
prakteknya, Rasulullah pernah minum susu onta, kambing dan juga sapi. Bahkan
secara khusus, beliau menganjurkan umatnya untuk minum susu sapi.
Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam juga bersabda, “Tidak ada satupun makanan yang boleh menggantikan makanan
dan minuman melebihi susu”. (HR. Ahmad 3/302 dengan
sanad yang sahih. Kisah di atas asalnya ada di Muwatha’ dan Sahih Bukhari
Muslim. Juga tercantum dalam Sahih Tirmidzi nomor 3455)
Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam juga bersabda, “Tidak ada satupun makanan yang boleh menggantikan makanan
dan minuman melebihi susu”. (HR. Ahmad 3/302 dengan
sanad yang sahih. Kisah di atas asalnya ada di Muwatha’ dan Sahih Bukhari
Muslim. Juga tercantum dalam Sahih Tirmidzi nomor 3455)
Susu kambing dipercaya memiliki
berbagai manfaat luar biasa bagi kesehatan, Ia juga kaya
kandungan mineral, kalsium, pottasium, magnesium, fosfor, klorin dan mangan.
Hal itu didasarkan pada penelitian yang mengatakan bahawa susu kambing memiliki kandungan nutrisi dan mineral yang cukup lengkap.
KURMA
Rasulullah saw juga bersabda, "Rumah
yang tidak ada kurma di dalamnya, maka kelaparanlah bagi penghuninya atau
laparlah penghuninya". (HR Muslim dan Tirmidzi).
Manfaat kesehatan dari kurma telah menjadikan buah ini sebagai bahan baku
terbaik untuk perkembangan otot. Orang-orang mengambil kurma dalam berbagai
cara; mencampur adonan kurma dengan susu, yogurt, atau dengan roti dan mentega
untuk menjadikannya lebih nikmat. Adonan kurma bermanfaat bagi orang dewasa dan
anak-anak, khususnya pada masa pemulihan dari cedera atau sakit.
Kurma merupakan sumber beragam vitamin dan mineral. Kurma merupakan sumber
energi, gula, dan serat yang baik. Mineral penting seperti kalsium, zat besi,
fosfor, sodium, potassium, magnesium, dan zinc ditemukan pada kurma. Kurma juga
mengandung vitamin seperti thiamin, riboflavin, niacin, folate, vitamin A dan
vitamin K.
LABU
Anas ibn Malik RA meriwayatkan : Seorang
tukang jahit mengundang Rasulullah SAW untuk makan makanan yang dibuatnya, lalu
aku pergi bersama Rasulullah SAW (sewaktu makan) aku melihat Rasulullah SAW
mencari-cari labu di sela-sela potongan roti (Hadits Riwayat: Bukhari dan
Muslim)
Buah Labu kuning atau yang berwarna orange memiliki karotenoid yang sangat
tinggi. Karotenoid dalam buah labu sebagian besar memiliki beta-carotene yang
merupakan sumber antioksidan, yang mampu mencegah penuaan dini dan kanser.
Labu kuning juga memiliki kandungan Vitamin C yang berfungsi sebagai kekebalan
tubuh, zat besinya berfungsi untuk pembentukan darah, kaliumnya berguna untuk
menjaga keseimbangan air dan elektrolit di dalam tubuh serta labu kuning juga
mengandung serat yang berfungsi untuk pencernaan tubuh.
Labu kuning juga diketahui mengandung cukup banyak potassium, iaitu mineral
yang disebut-sebut mampu menurunkan risiko terkena hipertensi.
MADU
Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan
air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah
disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh
Rasulullah s.a.w.)
Manfaat madu sangat banyak sekali, selain untuk kesehatan madu juga
bermanfaat untuk berbagai penyakit dan keluhan lain yang berkaitan dengan tubuh
manusia. Cairan Madu adalah salah satu benda cair yang sangat ajaib dan sangat
hebat serta bermanfaat bagi kesehatan tubuh.
Dua penyakit paling berbahaya dimuka bumi ini ternyata juga dapat dilakukan
dengan mengambil madu. Zat yang terdapat pada madu mengandung flavonoid,
antioksidan yang membantu mengurangi risiko beberapa jenis kanser dan penyakit
jantung.
ANGGUR
Anggur - Anggur ialah satu daripada makanan kegemaran Rasulullah SAW kerana
mampu membersihkan darah, memberi tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang
dan membersihkan usus.
Dalam Surah Ar-Rad ayat 4, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Dan
di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan
keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta
pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya
disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari
setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang
(mahu) berfikir serta memahaminya"
Manfaat anggur merah untuk kesihatan sangat banyak sekali, saperti boleh
memberikan tenaga, degenerasi makula, mencegah katarak, melancarkan pencernaan,
menghilangkan kelelahan, mengatasi gangguan ginjal dan lain-lain.
Buah ini mengandung vitamin B1 sebanyak 0,069 mg, vitamin B2 sekitar 0,07
mg, vitamin b3 sekitar 0,188 mg, asam pantotenat mencapai 0,05 mg, folat
memenuhi 1% kebutuhan vitamin B9 harian, vitamin C berjumlah 10,8 mg, dan
vitamin K yang mengasup 21% keperluan harian manusia.
CUKA
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
mengunakan cuka dengan minyak zaiton untuk makan. Ia mempunyai kesan yang besar
pada fungsi badan kerana ia adalah berguna untuk prestasi limpa, membantu dalam
mengawal perut, memuaskan dahaga, membantu dalam pencernaan makanan dan
lain-lain Jabir bin Abdullah (R.A) katanya:
Cuka dapat membantu membuangkan kolesterol
dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di
saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan
lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan
cara memulihkan sel-sel organ badan. Dan elok untuk mereka yang menghadapi
daran tinggi/ kolestrol dsb nya.
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" -
Diriwayatkan oleh Ummu, Tirmidzi, Baihaqi
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan Oleh Muslim
"Allah telah Meletakkan berkat dalam Cuka, Ia
digunakan oleh Para Nabi sebelum Aku", Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim Dan Ibnu Majah. Nabi Muhammad (Saw) suka
kepada Cuka.
Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke
rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada Cuka." Nabi
berkata, 'Cuka adalah sos yang baik.
"
Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada
Nabi Allah".
Naf'a berkata, "Aku menyukai
Cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir." (Muslim, Abu Dawud,
Nasa'i)
KETIMUN
Timun merupakan jenis sayuran yang masuk ke dalam keluarga tanaman seperti
labu dan semangka (keluarga
Cucurbitaceae). Kandungan air pada sayuran mentimun sama seperti yang ada pada
manfaat semangka, iaitu sebahgian besar terdiri dari (95 persen) air, yang berarti
mengambil ketimun pada hari musim panas, dapat membantu tubuh tetap terhidrasi.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam Makan Kurma Dengan Mentimun. Dalam
hadits yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari dan Muslim, dari Abdullah bin Ja’far
Radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata.
“Aku melihat Rasulullah makan buah mentimun dengan ruthab
(kurma basah)” (Hadits Bukhari dan Muslim)
Mentimun yang rendah lemak jenuh, kolesterol, dan sodium ini juga sumber
yang baik dari vitamin A, asam pantotenat, magnesium, fosfor dan magnesium.
Sementara itu juga tinggi kalium, folat, karbohidrat, seng, Vitamin C dan
Vitamin K. Semua nutrisi ini sangat membantu untuk menjaga kesehatan tubuh,
bahkan dapat mengobati penyakit dan meningkatkan proses dalam tubuh.
Manfaat mentimun lainnya yang sangat penting berhubungan dengan diabetes,
kolesterol dan tekanan darah. Jus mentimun mengandung hormon yang diperlukan
oleh sel-sel pankreas untuk memproduksi insulin, yang bermanfaat bagi pasakit
diabetes. Selain itu, para peneliti menemukan bahawa senyawa yang disebut
sterol dalam mentimun dapat membantu mengurangi kadar kolesterol. Mentimun juga
mengandung banyak kalium, magnesium dan serat, yang bekerja secara efektif
dalam mengatur tekanan darah. Hal ini membuat mentimun baik untuk mengobati
tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi.
BUAH TIN DAN ZAITUN
Buah ini bahkan menjadi sebuah judul surah dalam Al-Quran, iaitu Surah
At-Tin. Padahal buah ini sendiri tidak tumbuh di daerah Hijaz Arab. Tanaman ini
berasal dari Asia Barat. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Darda
ra. “Rasulullah telah diberi hadiah satu wadah buah tin, kemudian Nabi
Bersabda, ‘Makanlah!’ Lalu beliau pun
memakannya dan berkata, ‘Jika engkau
berkata, ‘ada buah yang diturunkan dari surga,’ maka aku boleh katakan, ‘inilah buahnya, kerana sesungguhnya buah
syurga tanpa biji. ‘Oleh kerana itu, makanlah, kerana buah tin ini dapat
menyembuhkan wasir dan penyakit tulang.”
Dari Abi Usaid Al-Anshari bahawa ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda, "Makanlah minyak
zaitun! Sesungguhnya ia diberkahi. Berlauklah dengannya dan berminyaklah
dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkahi”. (HR. Ahmad,
Ad Darimi dan Tirmidzi).
Buah tin kering kaya dengan serat, tembaga, mangan, magnesium, kalium,
kalsium, dan vitamin K, relatif diperlukan terhadap tumbesaran tubuh manusia.
Buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C.
Mengandungi Kalsium, fosforus, zat besi yang membantu pertumbuhan badan dan
pembangkit tekanan darah. Selain buahnya, daunnya juga memiliki manfaat.
Beberapa manfaatnya iaitu untuk obat kencing batu, diabetes, dan asam urat.
DELIMA
Allah SWT menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat
Al-Quran Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga
disebut sebagai buahan daripada syurga.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:
“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah-
buahan serta pohon kurma dan delima”
Dari segi zat pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi
unsur-unsur nutrien khasiat seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C,
kalsium dan fosforus. Delima mengadungi lemak dan zat protein yang sangat
sedikit sahaja. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan
sempurna dari kelas buah-buahan.
Delima akan membantu tubuh badan kita menstabilkan tahap kolestrol dengan
meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang
buruk. Mengurangkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis dan
juga kanser. Delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor
dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan
serangan jantung dan strok.
Sumbangan dan Posted by: HAR
20 December, 2016
SEMUA SUDAH DITENTUKAN OLEH ALLAH?
Sampai di manakah manusia sebagai ciptaan Allah
Subhanahu wa Ta’ala bergantung pada
kehendak dan kekuasaan mutlak Allah Subhanahu
wa Ta’ala dalam menentukan perjalanan hidupnya? Apakah Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi kebebasan
terhadap manusia untuk mengatur hidupnya? Ataukah manusia terikat seluruhnya pada
kehendak dan kekuasaan Allah Subhanahu wa
Ta’ala yang absolut? Dan bagaimanakah orang Islam
menerima nasib dan ketentuan Allah (takdir)
Menanggapi pertanyaan-pertanyaan tersebut
maka muncullah dua golongan yang saling bertolak belakang berkaitan dalam
memahami takdir (Qadr).
Pertama:
Golongan jabariyyah, mereka mengatakan, seorang hamba terpaksa (dikendalikan) dalam perbuatan dan tindakannya, manusia tidak memiliki kehendak dan kemampuan.
Golongan jabariyyah, mereka mengatakan, seorang hamba terpaksa (dikendalikan) dalam perbuatan dan tindakannya, manusia tidak memiliki kehendak dan kemampuan.
Kedua:
Golongan Qadariyah, mereka mengatakan, seorang hamba mempunyai kehendak, kemauan dan keinginan tanpa ada campur tangan kehendak dan kekuasaan Allah. Hamba itu sendirilah yang menciptakan perbuatan tersebut
Golongan Qadariyah, mereka mengatakan, seorang hamba mempunyai kehendak, kemauan dan keinginan tanpa ada campur tangan kehendak dan kekuasaan Allah. Hamba itu sendirilah yang menciptakan perbuatan tersebut
Memang nasib seseorang itu ada kaitan dengan Qadah dan Qadr yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah telah menetapkan dalam setiap perkara
umum yang akan berlaku sehingga akhir zaman. Lebih
jelas dikatakan di sini bahawa setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala terlebih dahulu.
Secara umum, semua perkara yang telah ditulis
pada Umm al-kitab (al-Lauh al-mahfuz)
dan semua ini tidak akan berubah. Al- Lauh Mahfuzh (لَوْحٍ مَحْفُوظٍ)
adalah kitab tempat Allah menuliskan segala seluruh catatan kejadian di alam
semesta.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّا كُلَّ شَيْءٍ خَلَقْنَاهُ بِقَدَرٍ
“Sesungguhnya Kami menciptakan
tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)”. (Surah Al-Qamar: 49)
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِ الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ
ۚ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ
“Sesungguhnya Kami menghidupkan
orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan
serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan
(ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu
Suratan) yang jelas nyata”. (Surah Ya-Sin: 12)
Daripada Abu al-'Abbas,
Abdullah ibn Abbas, radiallahu ‘anhu
beliau berkata Aku pernah duduk dibelakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Wassalam pada suatu hari, lalu Baginda
bersabda kepadaku:
وَاعْلَمْ أَنَّ
الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ
إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ
يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ
عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ
“Ketahuilah bahawa kalau umat ini
berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu
memberikan mu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah
tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan
suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan
suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah
diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering” (dakwatnya) (Hadis
riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sahih)
Terdapat banyak ayat-ayat dan hadith yang menyampaikan maksud ini, bahawa
semua perkara yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dari awal masa sehingga akhir. Kita harus faham
dari ini bahawa kita boleh berbuat apa-apa dan mencapai apa-apa kecuali dengan
pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala
, maka kita harus meletakkan kepercayaan dan kebergantungan (tawakkal)
kepada-Nya.
Tawakkal atau menyerahkan segala urusan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bersandarkan ilmu dan kepercayaan seseorang
dalam Yang Maha Agung dan nilai kekuasaannya atas segala yang dicipta. Tetapi
bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam hal duniawi dan ukhrawi
tidak bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha. Sebaliknya, seseorang itu
harus berusaha dengan baik dan bersandar kepada keadilan, pertolongan dan
pemberianNya.
Walau bagaimanapun, Allah Subhanahu
wa Ta'ala berhak untuk menghapuskan
apa yang dikehendaki-Nya dari takdir tertentu seseorang individu kerana pilihan
mereka, tindakan, dan doa. Allah berbuat demikian kerana pengetahuan-Nya yang
sempurna dan kebijaksanaan, bukan kerana lupa atau kejahilan, kerana Dia tahu
bagaimana orang akan bertindak sebelum diciptakan-Nya. Kita harus faham bahawa
nasib kita ditentukan oleh cara kita menggunakan kehendak bebas Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada kita.
Dengan
mendasarkan diri pada keyakinan bahawa hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala saja yang dapat memberikan kemudharatan maka
seorang mukmin tidak akan gentar dan takut terhadap tantangan dan ujian yang
melanda, seberapapun besarnya, kerana dia yakin bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menolong
hambaNya yang berusaha dan menyandarkan hatinya hanya kepada Allah.
Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
يمحو الله ما يشاء
ويثبت وعنده أم الكتاب
"Allah menghapuskan apa yang
Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah
terdapat Umulkitab (Lohmahfuz)". (Surah Ar-Rad: 39)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
كل يوم هو في شأن
“Setiap masa Ia di dalam urusan (mencipta
dan mentadbirkan makhlukmakhlukNya)!"
(Surah Ar-Rahman: 29)
Kita harus yakin, bahawa dibalik musibah itu
ada hikmah yang kadangkala kita belum mengetahui. Allah Maha mengetahui atas
apa yang diperbuat-Nya.
Jadi, jangan pernah berhenti berdoa dan
berusaha. Seburuk apa pun keadaan saat ini, semuanya masih boleh berubah.
Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah.
Memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mengubah takdir kita menjadi baik didunia
dan mengharapkan kebaikan juga diakhirat. Berdoa lah dan teruslah berdoa.
Sebagaimana dalam sebuah hadis Nabi Shallallahu
'alaih wa sallam menjelaskan bahawa takdir yang Allah Subhanahu wa Ta'ala telah
tentukan boleh berubah.
Bersabda Rasulullah
shallallahu ’alaih wa sallam:
إِلَّا الدُّعَاءُ
وَلَا يَزِيدُ فِي الْعُمْرِ إِلَّا الْبِرُّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ
“Tidak
ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Subhanahu wa Ta'ala selain
do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain
(perbuatan) baik.”
(HR Tirmidzi 2065)
Ibnu Taimiyah rahimahullah ketika ditanya sama ada rezeki yang telah ditakdirkan
boleh bertambah dan berkurang, beliau rahimahullah
menjawab, "Rezeki itu ada dua macam.
Pertama, rezeki yang Allah ilmui bahawasanya Allah akan memberi rizki pada
hamba sekian dan sekian. Rizki semacam ini tidak mungkin berubah. Kedua, rizki
yang dicatat dan diketahui oleh Malaikat. Ketetapan rezeki semacam ini bisa
bertambah dan berkurang sesuai dengan sebab yang dilakukan oleh hamba. Allah
akan menyuruh malaikat untuk mencatat rizki baginya. Jika ia menjalin hubungan
silaturahmi, Allah pun akan menambah rezeki baginya. " (Majmu’ Al
Fatawa, Ibnu Taimiyah, Darul Wafa’, cetakan ketiga, 1426 H, 8/540.)
Justeru, Omar Ibn Al-Khattab radhiyallahu`anhu pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa
ini ketika bertawaf:
اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ
كَتَبْتَنِي شَقِيًّا فَامْحُنِي وَاكْتُبْنِي سَعِيدًا فَإِنَّكَ تَمْحُو مَا
تَشَاءُ
“Ya Allah, jika Engkau telah
mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah
aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam
golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan
masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan
keampunan.”
(Majmu’ Al-Fatawa 8/540)
Ibn Kathir katanya: Mansur mengatakan bahawa
ia pernah bertanya kepada Mujahid tentang doa sesorang seperti berikut:
اللهم إن كان اسمي في
السعداء فأثبته فيهم وإن كان في الأشقياء فامحه عنهم واجعله في السعداء
“Ya Allah, jika nama ku berada dalam
golongan orang-orang yang berbahagia, maka tetapkanlah nama ku itu diantara
mereka. Dan jika nam ku berada dalam golongan
orang-orang yang celaka, maka hapuskanlah nama ku dari golongan mereka ,
dan jadikanlah nama ku termasuk kedalam golongan orang-orang yang
berbahagia".
Maka Mujahid menjawab. "Baik". Kemudian Mansur menjumpainya lagi
setahun kemudian atau lebih, dan ia menanyakan pertanyaan yang sama kepada
Mujahid. Maka Mujahid membaca firman-Nya: Sesungguhnya
kami menurukankannya pada suatu malam yang diberkati. (Surah Ad-Dukhan: 3),
hingga akhir dua ayat berikut. Kemudian Mujahid berkata bahawa Allah memberi
ketetapan dalam malam yand diberkati segala sesuatu yang akan terjadi dalam
masa satu tahun menyangkut masalah rezeki atau musibah. Kemudian Dia
mendahulukan apa yang Dia kehendaki dan menanggung apa yang Dia kehendaki.
Adapun mengenai ketetapan-Nya tentang kebahagian dan kecelakaan, maka hal ini
ditetapkan-Nya dan tidak akan diubah lagi.
Al-A'masy telah meriwaykan dari Abu Wa'il (iaitu Syaqiq ibnu Salamah)
bahawa dia sering sekali mengucapkan doa berikut:
اللهم إن كنت كتبتنا أشقياء فامحه واكتبنا سعداء وإن كنت كتبتنا سعداء
فأثبتنا فإنك تمحو ما تشاء وتثبت وعندك أم الكتاب
"Ya Allah, Jikalau Engkau telah mencatat kami
termasuk orang-orang yang celaka, maka sudilah kiranya Engkau menghapusnya, dan
catatlah kami dalam golongan orang-orang yang bahagia. Dan Jika Engkau telah
mencatatkan kami dalam golongan orang-orang yang berbahagia, maka tetapkanlah
keputusan itu. Kerana sesungguhnya Engkau menghapuskan apa yang Engkau
kehendaki dan menetapkan apa yang kehendaki, disisi-Mu terdapat Ummul Kitab
(Lauh Mahfuz)”. (Tafsir Ibn Kathir 13:39)
Abu
Hurairah radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wa sallam telah bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي
أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Barangsiapa
yang senang untuk dilapangkan (atau diberkahi) rizkinya, atau ditunda
(dipanjangkan) umurnya, maka hendaknya ia bersilaturrahim” (Muttafaqun ‘alaih)
Diantara rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala
kepada hamba-Nya ialah Allah Subhanahu wa
Ta'ala mengalihkan keperluan dunia yang dimohon seorang hamba dari hamba
tersebut dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, misalnya dengan
menyelamatkannya dari keburukan atau pengabulannya
(permintaannya) ditunda di akhirat atau dosanya diampunkan.
Bahawa
‘Ubadah bin Ash Shamit telah menceritakan kepada mereka bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “مَا عَلَى الْأَرْضِ مُسْلِمٌ يَدْعُو
اللَّهَ بِدَعْوَةٍ إِلَّا آتَاهُ اللَّهُ إِيَّاهَا أَوْ صَرَفَ عَنْهُ مِنْ
السُّوءِ مِثْلَهَا مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ” فَقَالَ
رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ إِذًا نُكْثِرُ قَالَ: “اللَّهُ أَكْثَرُ” (رواه الترمذي،
وقَالَ: وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ).
“Tidak ada seorang muslimpun di muka bumi yang berdoa
kepada Allah dengan sebuah doa, melainkan Allah akan memberikan kepadanya
(sesuai doanya), atau memalingkan darinya keburukan yang setara dengan nilai
doanya, selama ia tidak berdoa dengan doa dosa atau pemutusan tali
silaturrahim” Kemudian ada seorang laki-laki dari orang-orang yang ada (di
tempat) berkata: jika demikian kita perbanyak (berdoa yang banyak) saja. Beliaupun bersabda: “Allah lebih
banyak pemberiannya.” (HR. At-Tirmidzi, dan beliau berkata; Ini adalah
hadits hasan shahih).
Dari Hasan bin Ali radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengajariku beberapa kalimat yang
saya ucapkan dalam sholat witir iaitu:
اللَّهُمَّ اهْدِنِى
فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِى فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ
وَبَارِكْ لِى فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِى شَرَّ مَا قَضَيْتَ فَإِنَّكَ تَقْضِى
وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ
رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Ya Allah, berilah aku petunjuk di antara orang-orang yang
Engkau beri petunjuk, dan berilah aku keselamatan di antara orang-orang yang
telah Engkau beri keselamatan, uruslah diriku di antara orang-orang yang telah
Engkau urus, berkahilah untukku apa yang telah Engkau berikan kepadaku,
lindungilah aku dari keburukan apa yang telah Engkau tetapkan, sesungguhnya
Engkau Yang memutuskan dan tidak diputuskan kepadaku, sesungguhnya tidak akan
hina orang yang telah Engkau jaga dan Engkau tolong. Engkau Maha Suci dan Maha
Tinggi) ((HR. Abu Daud no. 1425, An Nasai no. 1745, At Tirmidzi
no. 464. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).
Jika bala selalu mendatang, ujian asyik bertimpa, musuh tak berkurang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sering berlindung
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari
sulitnya bencana, datangnya kesengsaraan, buruknya ketentutan qadha Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan cacian para musuh, Baginda Shalallahu 'alaihi wa salam dari riwayat
Abu Hurairah radiallahu Anhu yang menyebut baginda membaca;
اَللَّهُمَّ إِنِّي
أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ البَلاَءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ القَضَاءِ،
وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu
daripada musibah yang tidak mampu aku tanggung, kesulitan yang menjadi
sebab-sebab datangnya kebinasaan, takdir yang membawa akibat buruk dan
kegembiraan musuh atas penderitaanku.” (Riwayat Al-Bukhari no. 6347 dan Muslim no.
2707)
Apa yang dilakukan para salaf, bukanlah tanpa
dalil, karena Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam sendiri menegaskan:
Dari Salman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
لا يرد القضاء إلا
الدعاء ولا يزيد في العمر إلا البر
“Tak ada yang dapat menolak takdir selain doa, dan tak ada
yang dapat memperpanjang umur selain kebajikan.”(Hadith
Riwayat At-Termidzi no. 2139. Al-Albani menganggapnya hasan lighairih dah
Shahih At-Targhib no. 1639)
Keutamaan do’a adalah bahawa berdo’a merupakan salah satu
faktor yang memungkinkan tercapainya tauhid yang hakiki, sebagai alat untuk
mendapatkan keselamatan dan keberuntungan. Dengan cara berdo’a yang tulus dan
ikhlas. Keutamaan do’a yang lain adalah orang yang berdo’a akan merasakan
nikmatnya bermunajat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan merendahkan diri di
hadapanNya. Keutamaan do’a yang lain adalah do’a boleh menolak qadar (takdir) dan qadha (ketentuan)
Oleh itu, Allah Maha Mengetahui semua yang diperbuat makhluk-Nya sebelum
mereka diciptakan, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala saja yang dapat
bertahan menjalani kehidupan didunia betapa pun pahitnya takdir yang dijalani.
Ini adalah rahsia dalam penciptaa dimana kita mesti percaya, kerana telah
diriwayatkan dalam banyak hadith yang sahih. Atas sebab ini, kita sentiasa
menanamkan dalam diri kita bahawa jika kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam keadaan apa pun, maka derita dan kesulitan yang kita
hadapi mungkin berakhir dan berubah.
Tidak akan sempurna keimanan seseorang sehingga dia beriman kepada takdir,
iaitu dia mengikrarkan dan meyakini dengan keyakinan yang dalam bahwa segala
sesuatu berlaku atas ketentuan (qadha’)
dan takdir (qadar) Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda:
لا يؤمن عبد حتى يؤمن بالقدر خبره وشره حتى بعلم أن ما أصابه لم يكن ليخطئه
وأن ما أخطأه لم يكن ليصيبه
“Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia
beriman kepada qadar baik dan buruknya dari Allah, dan hingga yakin bahwa apa
yang menimpanya tidak akan luput darinya, serta apa yang luput darinya tidak
akan menimpanya.”(Shahih, riwayat Tirmidzi dalam
Sunan-nya (IV/451) dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, dan
diriwayatkan pula oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya (no. 6985) dari ‘Abdullah
bin ‘Amr. Syaikh Ahmad Syakir berkata: ‘Sanad hadits ini shahih.’
Takdir
Allah merupakan iradah (kehendak) Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Oleh sebab itu takdir tidak selalu sesuai dengan keinginan kita.
Tatkala takdir atas diri kita sesuai dengan keinginan kita, hendak lah kita bersyukur
kerana hal itu merupakan nikmat yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kita. Ketika takdir yang kita alami
tidak menyenangkan atau merupakan musibah, maka hendaklah kita terima dengan sabar dan ikhlas.
Demikian pula riwayat yang menyebutkan bahwa
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
sangat marah sekali, ketika beliau keluar menemui para Sahabatnya pada suatu
hari saat mereka sedang berdebat tentang masalah takdir, sehingga wajah beliau
memerah, seolah-olah biji delima terbelah di keningnya, lalu beliau bersabda:
أَبِهَذَا أُمِرْتُمْ؟ أَمْ
بِهَذَا أُرْسِلْتُ إِلَيْكُمْ؟ إِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حِيْنَ
تَنَازَعُوْا فِيْ هَذَا اْلأَمْرِ، عَزَمْتُ عَلَيْكُمْ أَلاَّ تَنَازَعُوْا
فِيْهِ
“Apakah dengan ini kalian
diperintahkan? Apakah dengan ini aku diutus kepada kalian? Sesungguhnya
umat-umat sebelum kalian telah binasa ketika mereka berselisih mengenai perkara
ini. Oleh karena itu, aku meminta kalian, janganlah berselisih mengenainya.” (Hadith
Riwayat: At-Tirmidzi dari hadits Abu Hurairah, kitab al-Qadah bab Maa Jaa-a fit
Tasydiid fil Khaudh fil Qadr, (IV/443, no. 2133), dan dia mengatakan, “Dalam bab
ini dari ‘Umar, ‘Aisyah dan Anas. Hadits ini gharib, kami tidak mengetahuinya
kecuali dari jalan ini dari hadits Shalih al-Mirri. Sedangkan Shalih al-Mirri
mempunyai banyak hadits gharib yang diriwayatkannya sendirian yang tidak
diikuti dengan riwayat-riwayat pendukung.” Al-Albani menilai hasan dalam
Shahiih Sunan at-Tirmidzi, (II/223, no. 1732 dan 2231).
Hadits ini mempunyai pendukung
dari hadits ‘Umar bin al-Khaththab radhiyallahu anhu dengan redaksi:
لاَ تُجَالِسُوْا أَهْلَ
الْقَدَرِ وَلاَ تُفَاتِحُوْهُمْ
“Janganlah bergaul dengan orang-orang yang suka membicarakan
takdir dan jangan membuka pembicaraan dengan mereka.” (Hadits
ini dikeluarkan oleh Ahmad, (I/30), Abu Dawud, (V/84, no. 4710 dan 4720), dan
al-Hakim, (I/85).
At-Tahawi
menyatakan dalam fahaman beliau:
وأصل القدر سر الله تعالى في خلقه لم يطلع على ذلك ملك مقرب ولا نبي
مرسل والتعمق والنظر في ذلك ذريعة الخذلان وسلم الحرمان ودرجة الطغيان
“Sifat taqdir adalah rahsia Allah
dalam ciptaan-Nya, dan tidak ada malaikat yang berdekatan dengan Arasy mahupun
seorang nabi pun yang membawa risalah telah diberikan pengetahuan tentangnya.
Menyelidikinya dan mencerminkan terlalu mendalam apabila ia hanya membawa
kepada kemusnahan dan kerugian dan berakhir dengan kekufuran”. (Sumber: Aqidah
At-Tahawi)
Kesimpulan, dalam aqidah Islam,
mempercayai 'Qadah’ dan Qadr adalah salah satu daripada rukun
aqidah, di mana masalah 'Qada’ dan Qadar ini dibicarakan secara meluas
dan mendalam oleh semua agama. Mereka beriktikad bahawa semua perkara yang
berlaku dan yang terjadi di alam yang maujud ini sudah ditentukan dan
ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala,
sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana semuanya itu sudah ditulis
lebih dahulu dalam Luh Mahfuz.
Kita mestilah
mempercayai bahawa Allah Subhanahu wa
Ta’ala berkuasa menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan
kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri tanpa diganggu oleh sesuatu kuasa asing.
Selain itu, setiap perkara yang berlaku di alam ini adalah berjalan sesuai
dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakan-Nya mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dalam alam yang
maujud ini. Di samping itu, Allah Subhanahu
wa Ta’ala berhak memberi kemuliaan dan kehinaan dan juga memberi
kemanfaatan atau kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya
mengikut Qadah’ dan Qadr yang telah ditentukan dan
ditetapkan-Nya. Kebaikan atau keburukan ke atas diri seseorang itu sebagai
qada’ dan qadar Allah adalah dengan kehendak dan ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala , kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berkuasa melakukan sesuatu perkara yang
dipilih dan yang dikehendaki-Nya tanpa halangan.
Beriman
kepada takdir akan mengantarkan kita kepada sebuah hikmah penciptaan yang mendalam,
iaitu bahwasanya segala sesuatu telah ditentukan. Sesuatu tidak akan
menimpa kita kecuali telah Allah Subhanahu
wa Ta’ala tentukan kejadiannya,
demikian pula sebaliknya. Apabila kita telah faham dengan hikmah penciptaan
ini, maka kita akan mengetahui dengan keyakinan yang dalam bahawa segala
sesuatu yang datang dalam kehidupan kita tidak lain merupakan ketentuan Allah Subhanahu wa Ta'ala atas diri kita.
Sehingga ketika musibah datang menerpa perjalanan hidup kita, kita akan lebih
bijak dalam memandang dan menyikapinya. Demikian pula ketika kita mendapat
giliran memperoleh kebahagiaan, kita tidak akan lupa untuk mensyukuri nikmat
Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tiada
henti.
Ingatlah
saudaraku, tidak setiap hal akan berjalan sesuai dengan apa yang kita harapkan,
maka hendaklah kita menyerahkan semuanya dan beriman kepada apa yang telah
Allah Subhanahu wa Ta'ala tentukan. Jangan sampai hati kita menjadi
goncang karena sedikit teguran sehingga muncullah bisikan-bisikan dan
pikiran-pikiran yang akan mengurangi nikmat iman kita.
Allah memiliki berbagai hikmah dalam pemberian rezki. Ada
yang Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan kaya dengan banyaknya
rezki dan harta. Ada pula yang dijadikan miskin. Ada hikmah berharga di balik
itu semua.
Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman:
وَاللَّهُ
فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ
“Dan Allah melebihkan
sebahagian kamu dari sebahgian yang lain dalam hal rezki.”
(Surah An Nahl: 71)
Dalam ayat lain disebutkan:
,
إِنَّ
رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ
خَبِيرًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Tuhanmu
melapangkan rezki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya;
Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Surah
Al Isra’: 30)
|
Perlu kita ketahui bahwa
rezki yang paling besar yang Allah berikan pada hamba-Nya adalah Syurga
(jannah). Inilah yang Allah janjikan pada hamba-hamba-Nya yang sholeh.
|
Posted by: HAR
Subscribe to:
Posts (Atom)







