Para ulama Islam telah sepakat menyatakan bahawa hukum jihad ialah wajib ke atas umat Islam secara kewajipan setiap individu (Fardhu Ain) apabila musuh telah menyerang kaum Muslimin di sesuatu kawasan atau wilayah Islam.
(Seorang bapa yang kesedihan melihat jenazah 3 orang anak kecilnya yang terbunuh akibat serangan Israel dan kemudian anda masih berasa hairan sambil kaget sewaktu membaca perihal umat Islam yang meletupkan dirinya bersama musuh bagi membunuh Yahudi ? Anda mencemuh perbuatan mereka sambil donut dan karipap dalam mulut anda masih belum habis dikunyah sedang anda tidak mengalami penderitaan mereka -
Imam Dasuki (Mazhab Hanafi) berkata : "Di dalam menghadapi serangan musuh, setiap orang wajib melakukannya, termasuk perempuan, hamba sahaya dan anak- anak sekalipun tidak diberi izin oleh suami, wali dan orang yang berhutang.''
Imam Ar Ramli (Dari Mazhab Syafi'i) mengatakan : "Maka jika musuh telah masuk ke dalam suatu negeri kita dan jarak antara kita dengan musuh kurang daripada jarak qashar solat, maka penduduk negeri tersebut wajib mempertahankannya, walaupun orang-orang yang tidak dibebani kewajiban jihad seperti orang-orang fakir, anak-anak, hamba sahaya dan perempuan.
Umat Islam Sekitar Palestin Dibebani Hukum Jihad Secara Fardhu Ain
Sejak kerajaan Yahudi ditubuhkan pada 1948 dan penaklukan Israel secara haram ke atas bumi dan wilayah Umat Islam di Palestin maka hukum jihad telah jatuh ke atas setiap bahu umat Islam Palestin dan yang berada di sekitar mereka seperti Mesir, Syiria dan Jordan serta Lubnan.Umat Islam di Mesir, Jordan serta Syiria termasuk Lebenon (Lubnan) dibebani dengan hukum Jihad Individu (Fardhu Ain) bagi membebaskan Palestin daripada ancaman dan serangan Israel sejak sekian lama lagi malangnya disebabkan oleh perlembagaan Sekular yang didokongi oleh kerajaan terbabit telah menghalang mereka daripada mencampuri urusan Palestin disebabkan tidak mahu terlibat dengan sebarang sentimen agama sebaliknya hanya akan bertindak di atas semangat kebangsaan Arab atau kerana hak asasi manusia dan hanya mahu bertindak dengan menurut saluran yang disediakan barat iaitu melalui PBB atau sekadar memenuhi tanggungjawab yang termaktub di dalam ruang lingkup perjanjian kerajaan masing-masing.
Amaran terhadap mereka yang enggan melaksanakan kewajipan Jihad
"Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah:216)
Di dalam sebuah hadis, baginda rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak tergerak hatinya untuk berperang, maka dia mati di atas satu cabang kemunafikan." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’ie, Ahmad, Abu Awanah serta Baihaqi)
Sabda rasulullah juga : "Sesiapa yang tidak berperang atau tidak membantu persiapan orang yang berperang, atau tidak menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik, nescaya Allah timpakan kepadanya kegoncangan (musibah)." Yazid bin Abdu Rabbih berkata : "Di dalam hadis yang diriwayatkan ada perkataan "sebelum hari qiamat." (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Darimi, Tabrani, Baihaqi dan Ibnu Asakir)
Hukum Jihad di Negara yang berjauhan dari Palestin
Tidak diragukan lagi bahawa kewajipan jihad ke atas Israel merupakan hukum wajib ke atas umat Islam yang tinggal berjauhan dengan Palestin namun tuntutan tersebut berbeza-beza ke atas setiap orang berdasarkan kemampuan dan situasi. Maka dalam hal ini berdasarkan kalam ulama’ adalah diyakini bahawa hukum berjihad ke atas Israel masih bertaraf Fardhu Kifayah (kewajipan secara umum) seperti halnya amalan wajib secara kifayah yang lain seperti Solat Jumaat, pengurusan Jenazah, solat berjemaah dan selainnya.
Namun begitu, sekiranya tiada sesiapa yang melaksanakan kewajipan ini daripada pihak yang dituntut maka seluruh umat Islam yang terlibat adalah berdosa. Maksudnya hukum berjihad melawan Israel ialah wajib ke atas seluruh umat Islam di Malaysia secara Fardhu Kifayah dan sekiranya tiada sesiapa pun daripada umat Islam di Malaysia yang melaksanakan kewajipan ini dengan mengirim bantuan baik berupa kewangan, senjata dan tentera (askar) ke Palestin bagi menahan dan membalas serangan Israel maka seluruh umat Islam di Malaysia dibebani dosa yang amat besar.
Menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak pemerintah untuk melaksanakan kewajipan Fardhu Kifayah ini untuk membebaskan umat Islam Malaysia daripada dibebani dosa dan oleh yang demikian sejumlah bantuan askar, kewangan dan senjata perlu dibekalkan sebagai bantuan kepada umat Islam di Palestin dan membantu mereka melawan dan menahan musuh Islam iaitu Israel.
Perlu diingat usaha ini hendaklah dilakukan atas nama agama (Melaksanakan Syiar Islam) dan bukannya di atas alasan dan niat lain seperti semangat kebangsaan, sokongan kemanusiaan dan alasan keamanan dan kononnya untuk menyokong usaha PBB dan sebagainya. Ini kerana tanpa dilakukan usaha pengiriman bantuan ini di atas nama agama Islam, tidak diniatkan atas nama jihad maka bantuan yang dihulurkan adalah sia-sia dan kewajipan Fardhu Kifayah masih tetap belum tertunai dan terangkat daripada bahu umat Islam di Malaysia.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu dilakukan dengan niat dan bagi setiap perkara itu dinilai berdasarkan apa yang diniatkan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
(Ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad, Yeman) Reka-bentuk: HAR
TAMBAHAN OLEH HUSSAINI ABDUL RAHMAN
Allahummansuri Mujadihidin fil Falestine!!!
Oh umat islam di seluruh dunia….Sedarlah…Bangkitlah….Apakah kita hanya akan menyesali apabila palestine itu sudah lenyap di dunia ini. Adakah kita hanya akan berkata “dulu di tempat itu ialah palestine!!”.
Dapatkah kita melelapkan mata sebab terbayang kesusahan wanita dan anak-anak kecil yang hanya mengharap ihsan Illahi untuk memanjangkan nyawa mereka dan terus terselamat dari serangan ganas rejim Israel yang tiada perikemanusiaan itu.......
Apa peranan kita untuk membantu Palestin di atas kekejaman Israel?
Adakah kita hanya menghimpun rasa marah sahaja tanpa berbuat apa-apa apabila menonton TV atau membaca Utusan di pagi hari bila tibanya di pejabat? Apabila berlakunya tragedi dan episod serangan kejam pihak Zionis ini, banyak agensi kerjaaan dan NGo yang mengadakan pungutan derma. Adakah ini sahaja jalan atau cara yang boleh dan sentiasa dilakukan? Adakah cara ini akan berterusan sehingga bumi Palestin habis lanyak dirakus? Dimanakah Islam yang selama ini dipelihara dan persaudaraan dalam Islam sentiasa dilaung-laungkan?
Saya dpt ni melalui YM, kawan saya forwardkan:-UCAPAN PALESTIN KPD KITA:
"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..Doa orang yang teraniaya amat makbul "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. .. Assalamu'alaikum, Please don't break or putuskan mail ni...keep on fowarding to ur friend insyallah, Allah aminkan doa kita
...Jom perbaiki diri dan memperbaiki orang lain...."
Amin
No comments:
Post a Comment