al-Quranul Karim
AL-QURAN adalah kitab (teks) terkandung mukjizat daripada ALLAH. Ia
tidak saja berbentuk harfiah tetapi terhubung dengan waqi’ atau realiti
(konteks). Setiap kalimah daripada al-Quran apabila dibaca, ALLAH
berikan fadilat atau pahala.
Dan setiap kalimah itu apabila ditafsir dan menjadikan kita faham,
pahalanya adalah lebih besar. Al-Quran sering dihubungkan sebagai sumber
petunjuk (hudan linnas hudan lilmuttaqeen).
Sumber petunjuk ini penting untuk memahami yang nyata dan meyakini yang
ghaib. Hubungan al-Quran dan pemikiran berjalan seiring. Apa yang tidak
boleh dileraikan oleh pemikiran dipandu oleh al-Quran. Ia membawa
keseimbangan terhadap binaan tasawwur.
Sifat turunnya al-Quran bertahap-tahap dan beransur-ansur mempunyai
hikmah yang tinggi. Ayat-ayat Makiyyah dan ayat-ayat Madaniyyah
memberikan perspektif yang berkait dengan realiti dan kontekstualiti.
Selama 23 tahun ia ditanzilkan terkandung maklumat dan ilmu yang lengkap mengenai Islam itu sendiri.
Memahami al-Quran secara tersurat kesannya amat besar bagi kita.
Menelitinya secara teks menjadikan kita sempurna dalam bacaan, tajwid,
qiraat dan taranum. Ia terhubung langsung dengan kesempurnaan mukjizat
yang terkandung rahsia ilmu yang besar.
Meneliti al-Quran secara tersirat terhubung langsung dengan Penciptaan
yang menjadi sumber rahmat dan nikmat daripada ALLAH. Jiwa tadabbur
menjadi landasan bagaimana olahan tafsir terjadi dan ia terkait langsung
dengan kontekstualiti.
Alam dan segala sumbernya yang dekat dan jauh terkandung maklumat
kebesaran ALLAH yang belum banyak dikaji dan diteroka oleh manusia. Yang
diketahui oleh para saintis umpamanya amat sedikit sekali.
Dalam sedikit yang mereka kaji mereka masih gagal menghubungkan bahawa
semua itu tidak terjadi dengan sendiri, atau berputar dan bergerak
dengan tertib dan teratur dengan sendiri melainkan dengan kudrat ALLAH.
Tetapi apabila al-Quran dijadikan sumber memahami fenomena, hikmah dan
rahmat yang banyak di sebalik kejadian, tanda-tanda kewujudan ALLAH yang
sangat nyata lalu sifat ubudiyyah lahir. Tidak mungkin ia terjadi
dengan sendiri (by nature) tanpa Suatu Kuasa Yang Maha Perkasa Mencipta
dan mengaturkan resam tabiinya dengan tersusun dan tertib.
Ada lebih 300 bilion galaksi yang jaraknya dari bumi terlalu jauh. Ia
belum mampu dikaji oleh manusia lagi. Para saintis hanya memiliki
gambaran umum mengenainya tetapi belum mampu mengkaji hikmah
kewujudannya dan kaitannya dengan bumi dan manusia.
Menghubungkan al-Quran dengan hal-hal yang kontekstual boleh
meningkatkan keimanan seseorang terhadap betapa kompleksnya ciptaan
ALLAH dan ia di luar kemampuan manusia melakukannya. Manusia tidak boleh
melakukan penciptaan.
Manusia hanya boleh melakukan penggubahan dan perekaan terhadap perkara
yang sudah sedia ada. Manusia tidak boleh mencipta hal-hal yang tidak
ada kepada ada. Apalagi mengurus alam di luar mampunya.
Manusia boleh membina lebuh raya yang canggih untuk dilalui oleh
kenderaan. Secanggih mana keteraturan lebuh raya itu perlanggaran tetap
berlaku dan kesesakan terus terjadi. ALLAH mengatur sistem lebuh angkasa
dengan jumlah bintang, cakerwala dan galaksi yang berbilion jumlahnya
tetapi tetap berputar dengan teratur dan tertib tanpa kemalangan dan
kesesakan melainkan dengan takdirNya.
Ia mendorong kita berfikir bahawa alam ini ada Pemilik dan Pengaturnya.
Konsep Sunnatullah amat penting difahami supaya pemikiran manusia
sentiasa terolah dalam kerangka bahawa alam ini tidak terjadi dengan
sendiri melainkan ada Pencipta dan Pengurusnya.
Ia juga membawa konsep lain bahawa setiap kejadian baik di langit
mahupun di bumi ada hikmah yang tersendiri. Air yang dicipta oleh ALLAH
mengikut al-Quran ialah sumber kehidupan. Ia benar secara saintifik
kehidupan yang berlaku di bumi kerana bumi memiliki air.
Kajian saintis mengenai air di bintang Marikh masih terbatas. Apabila
al-Quran memberitahu bahawa kerosakan bumi adalah akibat perbuatan
tangan-tangan manusia ia adalah benar.
Bencana jerebu yang menyerang Sumatera, Malaysia dan Singapura akibat
pembakaran ladang sewenang-wenangnya dan memberi kesan terhadap
kesihatan dan kesejahteraan hidup penduduknya.
Sebab itu al-Quran mengingatkan manusia mengenai kecenderungan salah
guna, eksploitasi dan tidak mesra alam yang menyebabkan kerosakan kepada
kehidupan manusia itu sendiri. Isu iklim dan darjah kepanasan yang
melampau dan sukar diramal adalah antara isu yang sedang dihadapi
manusia kini akibat kerakusan manusia yang melampau terhadap alam dan
ekosistem. Al-Quran memberi pedoman supaya manusia bersifat amanah
terhadapnya.
27 October, 2015
07 July, 2015
KEMATIAN ITU SEMAKIN DEKAT
Mari kita
renungkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
ثُمَّ
إِنَّكُم بَعدَ ذٰلِكَ لَمَيِّتونَ
“Kemudian,sesudah
itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar
akan mati”.
(Surah
Al-Mu’minun: 15)
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menunjukkan kehebatan dalam tiga ayat
sebelumnya iaitu Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memaparkan proses penciptaan
manusia didalam rahim. Kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi bimbingan
agar setiap manusia harus mengiringi antara nafas kehidupan dengan nafas
kematian.
Kenapa harus demikian?
Ini adalah kerana setiap detik peluang untuk hidup dan
mati adalah sama. Hidup dan matinya manusia merupakan hak mutlak Allah Subhanahu wa Ta’ala bukan kehendak
manusia sendiri.
Pada ayat tersebut Allah Subhanahu wa Ta’ala menggunakan
dua huruf taukid (penguat),( إنْ ) dan ( ل ) untuk menyakinkan hamba-Nya bahawa setiap makhluk pasti
mengalami kematian.
Apakah ada
orang Muslim yang tidak percaya dengan kematiannya sehingga perlu di yakinkan? Jangankan orang Muslim, orang kafir pun percaya akan kematiannya?
Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam mengingatkan:
أَكْثِرُوْا
ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ
“Perbanyakanlah
mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala macam kelezatan(kematian).”
(Hadis Riwayat: At-Tirmidzi dan
Nasa’i)
Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam meminta umatnya bukan sekadar mengingati mati,
tetapi memperbanyakkan ingat mati. Ini merupakan pesanan baginda yangsangat berharga. Hal ini akan semakin
terasa setelah terungkap beberapa pengaruh dzikrul maut tersebut, antaranya
ialah:
1. Bersemangat untuk
memperbanyak amal soleh
Bila kematian telah datang bererti tertutuplah segala pintu-pintu
kebaikan.Bila kematian telah tiba maka kesempatan untuk melakukan kebajikan
telah hilang. Padahal Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah menasihatkan kita:
“Tiga yang akan mengiringi orang mati hingga ke kuburnya.
Dua daripadanya akan balik dan yang tinggal bersama mayat hanyalah satu. Dia
diiringi keluarganya, hartanyadan amalannya. Keluargadan hartanya akan pulang.
Tinggallah amalannya bersama-samanya." (Hadis Riwayat Bukhari Muslim, Tirmzi dan An
Nassai.)
Semasa hidup solekan ala jahiliah
isteri menjadi kebanggaan, kelak ianya akan menjadi penyebab disaat kematian. Ketika hidup gaya feminis isteri
menjadi pujaan, tetapi ketika mati ia akan menjadi celaan. Semasa hidup,
pergaulan bebas anak-anak menjadi kesukaannya, kelak ketika mati ia akan
menjadi penyebab kesedihan yang sangat mendalam. Ketika harta yang dikumpulkan
menjadi ukuran kemuliaan hidup, kelak ia boleh menjadi sebab kehinaan ketika
mati. Kesemuanya adalah di sebabkan oleh ikutan hawa nafsu syaitan yang menjadi
pilihan. Kesemuanya akan mendatangkankekecewaan
dan penyesalan ketika mati.
Hanya amalan
soleh yang berguna setelah mati. Amal solehlah yang akan menjadi teman baik
ditempat yang sempit dan gelap. Penyesalan ketika sakaratul maut datang akan
menghantui insan yang malas, yang meremeh-remehkan, apalagi yang mengingkari
keberadaan amal soleh itu. Hanya Allah Subhanahu
wa Ta’ala yang maha berkuasa yang akan menggambarkan keadaan yang
sebenarnya ketika sakaratul maut datang mengakhiri kehidupan orang yanglalai dalam urusan agama.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
حَتّىٰ إِذا
جاءَ أَحَدَهُمُ المَوتُ قالَ رَبِّ ارجِعونِ
لَعَلّي
أَعمَلُ صالِحًا فيما تَرَكتُ ۚ كَلّا ۚ إِنَّها كَلِمَةٌ هُوَ قائِلُها ۖ وَمِن
وَرائِهِم بَرزَخٌ إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
“Kesudahan golongan
yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara
mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di
dunia)” (Maksudnya: orang-orang kafir di waktu menghadapi
sakratil maut, minta supaya diperpanjang umur mereka, agar mereka dapat
beriman).“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh
dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan
dapat?Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang
mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal
tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”.(Maksudnya: mereka sekarang telah menghadapi suatu
kehidupan baru, iaitu kehidupan dalam kubur, yang membatasi antara dunia dan akhirat). (Surah
Al-Mu’minun: 99-100)
Penyesalan tatkala sakaratul maut datang petanda
kecelakaan, alamat kesengaraan, awal penderitaan yang sedikitpun tidak boleh
dihindari, ianya berlaku dengan mengambil masa yang agak lama. Na’udzubillahi min dzalik. Kerana
terlalu dalamnya penyesalan tersebut, perimintaan yang sama diutarakan kembali
ketika mereka diadili di hari kiamat kelak. Mereka mengharapkan diberi
kesempatan hidup kembali didunia walau sebentar untuk kembali melakukan amal
soleh. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala
tidak akan memberi peluang walau sesaat pun. Allah Subhanahu wa Ta’ala maha mengetahui apa yang akan terjadi pada hari
kiamat kelak.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَلَو تَرىٰ
إِذِ المُجرِمونَ ناكِسو رُءوسِهِم عِندَ رَبِّهِم رَبَّنا أَبصَرنا وَسَمِعنا
فَارجِعنا نَعمَل صالِحًا
إِنّا
موقِنونَ
“Dan
(sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina,
sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan
sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah
kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami
sekarang telah yakin". (Surah
As-Sajadah: 12)
Mengingati mati bererti mendidik hati nurani agar sentiasa
gelisah dan takut untuk melakukan dosa Mengingati mati juga bererti mendidik
perasaan malu apabila ingin melakukan kezaliman
sesama makhluk. Disamping memberikan motivasi kepada hati agar sentiasa
berzikir kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Mengingati mati juga bererti menimbulkan semangat yang kuat untuk
memperbanyak amal soleh.
2. Khawatir bila su’ul khatimah
Kematian tidak akan pernah menunggu seseorang agar ia
bertaubat terlebih dahulu. Kematian juga tidak akan pernah memberi kesempatan
kepada seseorang untuk beramal kebajikan terlebih dahulu. Kematian tak akan
pernah juga bertolak ansur kepada si
bakhil untuk diberi peluang agar ia menjadi dermawan terlebih dahulu. Bila saat
tibanya maut tidak boleh dilambat atau dipercepatkan.
Allah Subhanahu wa
Ta’ala menerangkan dalam firman-Nya:
وَلَن
يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفسًا إِذا جاءَ أَجَلُها ۚ وَاللَّهُ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ
“Dan
(ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau
sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam
PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan”. (Surah Al-Munaafiqun:11)
Maut boleh datang pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Manusia tidak akan pernah tahu bila dan dimana ajalnya. Maka yang
paling bijak adalah sentiasa bersiap sedia dalam kebaikan bukan dalam kelalaian
apatah lagi dalam kemaksiatan. Seseorang Mu’min yang yakinakan perkara ini tidak mudah terlena dengan kesihatannya,
kekayaannya, rumah yang besar, kereta mewah yang menyebabkan mereka lalai dengan kedatangan maut.
Maka kita selalulah ingat dengan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
أَينَما
تَكونوا يُدرِككُمُ المَوتُ وَلَو كُنتُم في بُروجٍ مُشَيَّدَةٍ ۗ وَإِن تُصِبهُم
حَسَنَةٌ يَقولوا هٰذِهِ مِن عِندِ اللَّهِ ۖ وَإِن تُصِبهُم سَيِّئَةٌ يَقولوا
هٰذِهِ مِن عِندِكَ ۚ قُل كُلٌّ مِن عِندِ اللَّهِ ۖ فَمالِ هٰؤُلاءِ القَومِ لا
يَكادونَ يَفقَهونَ حَديثًا
“Di
mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun
kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.Dan kalau mereka
beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi
Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini
adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi
Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami
perkataan (nasihat dan pengajaran)?” (Surah An-Nisaa’:
78)
Orang yang
cerdik dan berakal tentunya menunggu dan mempersiapkan diri dengan kedatangan
maut, kerana maut pasti akan dirasakan oleh semua makluk. Sesiapa sahaja boleh
berangan ingin menjadi menteri, penguasa, pengarah, doktor, hakim atau perdana
menteri tetapi semuanya merupakan masa depan yang belum pasti, samada boleh
tercapai atau sebaliknya. Tetapi maut adalah masa depan yang pasti mengenai
setiap makhluk Allah Subhanahu wa Ta’ala samada suka atau tidak. Maka sentiasalah
berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya tiada penyesalan apabila
datangnya maut.
Itulah
ciri khas orang yang berakal menurut Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
إِنَّ في
خَلقِ السَّماواتِ وَالأَرضِ وَاختِلافِ اللَّيلِ وَالنَّهارِ لَآياتٍ لِأُولِي
الأَلبابِ
الَّذينَ
يَذكُرونَ اللَّهَ قِيامًا وَقُعودًا وَعَلىٰ جُنوبِهِم وَيَتَفَكَّرونَ في خَلقِ
السَّماواتِ وَالأَرضِ رَبَّنا ما
خَلَقتَ هٰذا
باطِلًا سُبحانَكَ فَقِنا عَذابَ النّار
“Sesungguhnya
pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati
Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”. (Surah Ali Imran: 190-191)
3. Berupaya keras melakukan aktiviti terbaik
Mengingati kematian adalah menyedari
bahawa dirinya semakin dekat dengan kubur. Mengingati kematian boleh menyedarkan
seseorang bahawa usiannya semakin berkurangan.Mengingati kematian juga bermakna
menguatkan ingatan bahawa peluang hidup itu sebenarnya semakin singkat.
Jika sikap ini sudah diterapkan dalam
diri seseorang itu, nescaya apabila dia bekerja, dia akan melaksanakan segala tugasnya dengan
sejujur-jujur dan sebaik-baiknya. Hatinya selalu berkata-kata, mungkin inilah
peluang yang terakhir sementara esok belum tentu dia sempat berkerja lagi ,
kerana dia faham Allah Subhanahu wa
Ta’ala yang memberi ataupun mengambil keupayaan itu dari orang yang Dia
kehendaki dan mencabut nyawa seseorang itu pada bila-bila masa dan di mana
sahaja.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membuktikan bahawa sesiapa yang
mengerjakan solat dengan diiringi keyakinan, yakin ia akan kembali kepada Maha
Pencipta, sujud dan berdiri dengan khusyuk, maka dia sudah bersedia kembali
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
samada cepat ataupun lambat.
Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
menjelaskan:
الَّذِينَ
يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاَقُوا رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
, وَاسْتَعِينُواْ
بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin
bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali
kepadaNya”. (Surah
Al-Baqarah: 45-46)
4. Meningkatkan disiplin
terhadap waktu
·
Mengingati kematian bermakna kita menasihati jiwa kita agar sentiasa bersemangat
dalam mengisi waktu. Masa ibarat emas, makin lama makin berharga kerana waktu
kita semakin menghampiri
penghujungnya.
·
Mengingati kematian juga bermakna kita membimbing jiwa. Menguatkan
semangat untuk menunaikan perbagai kewajipan yang masih banyak berbanding
dengan baki waktu yang tinggal untuk kita.
·
Mengingati kematian juga memberi peringatan pada jiwa agar tidak membazirkan waktu dengan sia-sia.
Imam Ibnul Qayyim
al-Jauziyah berkata:
“Sebenarnya
waktu manusia adalah umurnya. Dia adalah bahan abadi
kehidupan yang penuh nikmat dan bahan kehidupannya yang sempit dalam azab yang
pedih. Dia berlalu bagaikan berlalunya awan.Setiap kali waktunya untuk dan
bersama Allah, itulah kehidupannya dan umurnya. Selain dari itu, tidak dapat
dianggap sebagai kehidupannya.Walaupun dia hidup bagai hidupnya haiwan ternak
dan jika dia habiskan waktunya dalam kelalaian dan angan-angan kosong, maka
yang dipilih adalah tidur yang panjang. Maka, kematiannya adalah lebih baik
daripada hidupnya”
Seorang hamba yang memahami bahawa
ajalnya sudah semakin dekat, sudah tentulah akan berhati-hati agar tidak
sewenang-wenangnya membazirkan masa, yang mana perkara ini hanya merendahkan
moral dan menjadi hamba kepada nafsu.Berhati-hatilah
jangan sampai terjerumus dalam arus jahiliah, kerana tidak berdisiplin dan
lalai dalam memahami nilai-nilai yang sebenarnya dalam kehidupan ini.
Berwaspadalah, jangan sampai terpedaya dengan bisikan-bisikan syaitan,
kerana masih buta dengan tanda-tanda kebesaran Ilahi. Semakin tidak berhati-hati
jangan sampai tertipu oleh fatamorgana dunia (sesuatu
yang bersifat khayalan).
Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam mengingatkan:
نِعْمَتَانِ
مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغ
“Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu (dalam
memanfaatkan) keduanya yakni, kesihatan dan waktu lapang.” (Hadits Riwayat:
Bukhari)
Oleh kerana itulah seorang hamba hendaklah
selalu mengingati akan nikmat Allah Subhanahu
wa Ta’ala yang berupa kesihatan, kemudian bersyukur kepadaNya. Jangan
sampai menjadi orang yang rugi.
Maka dengan itu, muslim yang soleh
adalah yang menyedari bahawa waktu itu adalah nikmat dan amanah dari Allah Subhanahu wa Ta’ala mengisi waktu dengan
benar, terarah dan sentiasa dalam nafas pengabdian kepada-Nya.
Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَما خَلَقتُ
الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”. (Surah
Adz-Dzaariyaat:56)
Sebagai
hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala kita sepatutnya mengatur kehidupan dengan melaksanakan
segala kewajipan sebagai hambaNya. Kita juga harus mengetahui bahawa selagi
dunia ini berputar, masih terlalu banyak tugas yang perlu diselesaikan dan dalam masa yang sama juga terdapat seribu
satu permasalahan yang timbul.
Semoga dengan sentiasa menyedari tentang umur kita yang makin
berkurang, dapatlah kita bermuhasabah diri dan sentisa menghitung setiap amalan
yang kita lakukan. Setelah itu benar-benar terasa kita sebenarnya termasuk orang-orang
yang belum pandai mensyukuri nikmat sihat yang telah diberikan.Kemudian mampu
menjalankan petunjuk yang terbaik bagaimana mengisi waktu.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala:
وَالعَصرِ
إِنَّ
الإِنسانَ لَفي خُسرٍ
إِلَّا
الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ وَتَواصَوا بِالحَقِّ وَتَواصَوا بِالصَّب
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar. (Surah
Al-Asr: 1-3)
5. Istghfar dan Taubah Menjadi Keperluan
Seorang hamba yang soleh sentiasa meletakkan dosanya dihadapan,
ini menyebabkan hatinya sentiasa didalam penyesalan. Ditambah lagi oleh bisikan
jiwanya bahawa kematian itu boleh datang tiba-tiba, lebih cepat dari perkiraan
bahkan hadir tanpa dugaan sedikitipun. Maka ia amat bimbang apabia maut datang
pada saat ia masih belum beristighfar dan bertaubat dari dosa-dosanya. Na’udzubillahi min dzaalik.
Hamba yang soleh bukanlah orang yang bersih dari dosa.
Hamba yang baik bukanlah orang yang sama sekali tidak pernah melakukan
kesalahan. Hamba yang mulia juga bukan bererti ia tidak pernah jatuh dalam
lingkaran syaitan. Hamba yang bagusbukan bererti jalan hidupnya mulus tanpa
sandungan dan pelanggaran.Hamba yang soleh adalah hamba yang segera menyedari
kesalahannya dan kembali kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala.dengan sentiasa beristigfar dan bertaubat kepadaNya.
Rasulullah Salallahu alaihi wasallam bersabda:
كل بني أدم
خطّاء، وخير خطّائين التوّابون
(Hadith Riwayat: At-Tirmidzai dan Ibnu
Majah)
Demikianlah sabda Rasulullah Salallahu alaihi wasallam beliau telah
mengabarkan bahawa semua anak Adam itu sering melakukan kesalahan, dan orang
yang paling baik dari anak Adam adalah mereka yang sering bertaubat.
اَللَّهُمَّ
أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا ، وَ أَصْلِحْ لَنَا
دُنْيَانَا الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشُنَا ، وَ أَصْلِحْ لَنَا
آخِرَتَنَا
الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادُنَا ، وَ اجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِي كُلِّ
خَيْرٍ ، وَ اجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ
كُلَّ شَرٍّ
“Ya Allah, perbaguskanlah agama kami
yang menjadi penjaga urusan-urusan kami, dan perbaguskanlah dunia kami yang
menjadi tempat penghidupan kami, dan perbaguskanlah akhirat kami yang akan
menjadi tempat kembali kami, dan jadikanlah hidup kami sebagai wahana untuk
menambah kebaikan-kebaikan kami, dan jadikanlah kematian sebagai istirahat kami
dari semua keburukan-keburukan. (Hadith Riwayat: Muslim)
Semoga yang sedikit ini dapat memberi manfaat.dan
semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa memberi keampunan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Aamiin…
Article diposkan untuk surausribahagia oleh:
HAR
Penasihat: Ustaz Razaman/Ustaz saifuddin
Ayub
Bahasa di-edit: Puan
Norazah Mahmud
06 July, 2015
CARA MENUNAIKAN SHALAT EIDUL FITHRI ;
Hari raya idul fithri adalah hari raya yang Allah SWT syariatkan untuk umat Islam agar mereka bergembira dengan limpahan nikmat dan ampunan Allah SWT setelah mereka menjalankan shaum Ramadhan dan qiyam (shalat tarawih dan witir) selama sebulan penuh. Pada hari raya ini Allah SWT mensyariatkan shalat idul fithri.
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا ، فَقَالَ : مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ ؟ قَالُوا : كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى ، وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Dari Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW tiba di Madinah sedangkan penduduk Madinah memiliki dua hari raya untuk mereka rayakan. Maka beliau bertanya, "Dua hari apa ini?" Mereka menjawab, "Pada dua hari ini, kami biasa bermain pada masa jahiliyah." Maka beliau bersabda, "Allah telah menggantikannya untuk kalian dengan dua hari yang lebih baik: idul adha dan idul fithri."(HR. Abu Daud no. 1134, An-Nasai, 3/179, Ahmad no. 11826, Al-Hakim no. 1041, Abu Ya'la no. 3717, dan Ath-Thahawi dengan sanad shahih)
Para ulama berbeda pendapat tentang hukum shalat idul fithri:
- Fardhu 'ain yaitu wajib atas setiap individu muslim dan muslimah. Barangsiapa tidak melaksanakannya berarti berdosa besar. Ini adalah pendapat imam Abu Hanifah dan Ahmad, merupakan salah satu pendapat imam Syafi'i, dan diikuti oleh sebagian ulama madzhab Maliki.
- Fardhu kifayah yaitu wajib atas seluruh umat Islam sebagai satu kesatuan umat, namun apabila sebagian kaum muslimin sudah menjalankannya dengan baik, maka umat Islam lainnya tidak berdosa apabila tidak melaksanakannya. Ini adalah pendapat para ulama madzhab Hambali dan sebagian ulama madzhab Syafi'i.
- Sunah muakkadah yaitu sunah yang sangat ditekankan. Ini adalah pendapat imam Malik dan Syafi'i serta sebagian besar ulama madzhab Maliki dan Syafi'i.
Waktu shalat idul fithri dimulai dari saat matahari telah naik kira-kira setinggi tombak dan berakhir menjelang matahari condong ke arah barat (waktu dhuhur). Berdasar hadits,
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ خُمَيْرٍ الرَّحَبِيُّ ، قَالَ : خَرَجَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُسْرٍ ، صَاحِبُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَ النَّاسِ فِي يَوْمِ عِيدِ فِطْرٍ ، أَوْ أَضْحَى ، فَأَنْكَرَ إِبْطَاءَ الْإِمَامِ ، فَقَالَ : إِنَّا كُنَّا قَدْ فَرَغْنَا سَاعَتَنَا هَذِهِ ، وَذَلِكَ حِينَ التَّسْبِيحِ
Dari Yazid bin Khumair Ar-Rahabi berkata: Abdullah bin Busr RA keluar bersama kaum muslimin pada hari idul fithri atau idul adha, maka ia mengingkari keterlambatan imam. Ia berkata, "Dahulu (pada zaman Nabi SAW-edt) kami pada saat begini sudah selesai shalat." Saat itu telah tiba waktu shalat. (HR. Abu Daud no. 1135, Ibnu Majah no. 1317, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi. Hadits shahih)
Shalat idul fithri sebaiknya diundurkan waktunya sebentar untuk memberi kesempatan bagi kaum muslimin yang baru sempat mengeluarkan zakat fithri pada saat tersebut.
Tempat shalat idul fithri
Shalat idul fithri diutamakan dikerjakan di tanah lapang yang luas agar mampu menampung sebanyak mungkin kaum muslimin. Meski shalat di masjid Nabawi sama nilainya dengan seribu kali shalat di masjid yang lain, namun Rasulullah SAW tidak melakukan shalat idul fithri dan idul adha di masjid Nabawi. Beliau selalu mengerjakan shalat iid di al-mushalla, yaitu tanah lapang.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى المُصَلَّى ، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ ، ثُمَّ يَنْصَرِفُ ، فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ ، وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ فَيَعِظُهُمْ ، وَيُوصِيهِمْ ، وَيَأْمُرُهُمْ
Dari Abu Said Al-Khudri RA berkata, "Rasulullah SAW keluar pada hari idul fithri dan idul adha menuju al-mushalla (tanah lapang), dan hal yang pertama kali beliau lakukan adalah shalat iid..." (HR. Bukhari no. 956 dan Muslim no. 889)
Adapun jika ada udzur seperti turun hujan lebat atau jarak tanah lapang jauh dari pemukiman kaum muslimin, maka tidak mengapa melaksanakan shalat iid di masjid. Berhubung shalat iid adalah syi'ar persatuan kaum muslimin, maka tidak selayaknya mengadakan shalat iid di banyak tempat (masjid atau tanah lapang) pada waktu yang bersamaan jika jaraknya berdekatan dan satu tanah lapang cukup menampung mereka.
Kaum muslimin yang berangkat menuju tempat shalat iid fithri disunahkan melakukan adab-adab berikut ini:
1. Mandi sebelum berangkat.
Dari Nafi' berkata: "Adalah Ibnu Umar RA mandi pada hari idul fitri sebelum keluar menuju tempat shalat." (HR. Malik, Syafi'I, dan Abdur Razzaq dengan sanad shahih).
Apa yang dilakukan oleh Ibnu Umar adalah mencontoh Nabi SAW, sebagaimana dilakukan juga oleh Ali bin Abi Thalib dan para sahabat yang lain.
2. Memakai pakaian yang baik dan bersih
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ : كَانَتْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُبَّةٌ يَلْبَسُهَا فِي الْعِيدَيْنِ ، وَيَوْمِ الْجُمُعَةِ
Dari Jabir bin Abdullah RA berkata: "Nabi memiliki satu jubah khusus yang beliau kenakan untuk shalat dua hari raya dan shalat Jum'at." (HR. Ibnu Khuzaimah no. 1669)
Dari Ibnu Umar RA berkata: "Umar membeli sebuah jubah dari sutra yang dijual di pasar. Ia membawanya kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Rasulullah, belilah baju ini, agar bisa Anda kenakan saat hari iid dan menerima utusan…" (HR. Bukhari no. 886 dan Muslim no. 2068)
3. Makan ringan sebelum berangkat shalat idul fithri
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُو يَوْمَ الفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَات
Dari Anas, "Rasulullah SAW tidak berangkat menuju shalat idul fitri sebelum beliau makan beberapa biji kurma." (HR. Bukhari no. 953)
4. Mengumandangkan takbir sejak keluar dari rumah sampai tempat shalat iidul fithri sampai imam hendak mengimami shalat idul fithri
عَنِ الزُّهْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى ، وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلَاةَ ، فَإِذَا قَضَى الصَّلَاةَ ، قَطَعَ التَّكْبِيرَ "
Dari Az-Zuhri bahwasanya Rasulullah SAW keluar pada hari idul fithri, maka beliau bertakbir sampai tiba di mushalla, dan sampai melaksanakan shalat. Jika telah selesai melaksanakan shalat, beliau menghentikan takbir." (HR. Ibnu Abi Syaibah no. 5539, sanadnya terputus, namun memiliki banyak hadits penguat).
Dari Ibnu Umar RA bahwasanya Rasulullah SAW keluar pada dua hari raya bersama Fadhl bin Abbas, Abdullah bin Abbas, Abbas bin Abdul Muthalib, Ali, Ja'far, Hasan, Husain, Usamah bin Zaid, Zaid bin Haritsah, dan Ummu Aiman. Beliau SAW meninggikan suaranya dalam melantunkan tahlil dan takbir. (HR. Al-Baihaqi, 3/279. Dinyatakan hasan oleh Al-Albani)
Tidak terdapat hadits yang shahih dari Nabi SAW tentang lafal takbir. Namun terdapat riwayat yang shahih bahwa Ibnu Mas'ud RA mengumandangkan takbir yang lafalnya adalah: Allahu akbar…Allahu akbar…laa ilaaha illallahu…Allahu akbar..Allahu akbar wa lillahil hamdu.(HR. Ibnu Abi Syaibah, 2/178)
5. Kaum wanita, baik yang suci maupun yang haidh, dianjurkan juga berangkat ke tempat shalat Eidul fithri. Kaum wanita yang suci ikut menunaikan shalat, sedang kaum wanita yang haidh ikut menyaksikan shalat, mendengarkan takbir, dan khutbah Eid
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى ، الْعَوَاتِقَ ، وَالْحُيَّضَ ، وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ ، وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ ، وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ ، قَالَ : لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا
Dari Ummu Athiyah RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami pada hari Eidul fithri dan idul adha untuk membawa keluar gadis-gadis remaja, wanita-wanita yang haidh, dan perawan-perawan . Para wanita yang haidh tidak melaksanakan shalat Eid, namun mereka menghadiri kebaikan dan doa kaum muslimin." Ummu Athiyah bertanya, "Wahai Rasulullah, ada di antara kami yang tidak memiliki jilbab?" Beliau menjawab, "Hendaklah saudarinya meminjamkan jilbabnya kepadanya."(HR. Bukhari no. 971 dan Muslim no. 890)
6. Berangkat ke tempat shalat dengan berjalan dan tidak naik kendaraan kecuali ada keperluan sangat penting seperti jarak yang jauh dan lain-lain
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: { مِنَ اَلسُّنَّةِ أَنْ يَخْرُجَ إِلَى اَلْعِيدِ مَاشِيًا }
Dari Ali RA berkata: "Termasuk sunnah Nabi SAW adalah berangkat ke tempat shalat Eid dengan berjalan kaki." (HR. Tirmidzi no. 530 dan dinyatakan hasan olehnya. Namun para ulama lain melemahkannya)
7. Bersegera berangkat ke tempat shalat Eid setelah selesai shalat Subuh, sehingga dapat segera berkumpul dan mengumandangkan takbir sampai saat imam mengimami shalat.
8. Barangkat dan pulang melalui jalan yang berbeza jika memungkinkan dan tidak memberatkan.
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى إِذَا كَانَ يَوْمُ اَلْعِيدِ خَالَفَ اَلطَّرِيقَ
Dari Jabir RA, "Rasulullah SAW jika shalat pada hari Eid selalu melalui jalan yang berlainan (saat berangkat dan pulang)." (HR. Bukhari no. 986)
9. Tidak melakukan shalat sunah sebelum maupun sesudah shalat eid
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا ، ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلاَلٌ ، فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ ، فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي المَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا
Dari Ibnu Abbas berkata, "Nabi SAW melaksanakan shalat eidul fithri sebanyak dua raka'at. Beliau tidak melakukan shalat sunah lainnya baik sebelumnya maupun sesudahnya. Beliau lalu mendatangi kaum wanita disertai Bilal. Beliau memerintahkan mereka untuk bersedekah…"(HR. Bukhari no. 964 dan Muslim no. 884)
10. Tidak ada adzan dan iqamah untuk shalat iid.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَجَابِرٍ قَالاَ: لَمْ يَكُنْ يُؤَذَّنُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَلاَ يَوْمَ اْلأَضْحَى.
Dari Ibnu Abbas dan Jabir RA berkata: "Tidak dikumandangkan adzan baik pada shalat eid fithri maupun shalat iid adha." (HR. Bukhari no. 960 dan Muslim no. 886)
عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قاَلَ: صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِِِ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الْعِيدَيْنِ غَيْرَ مَرَّةٍ وَلاَ مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ
Dari Jabir bin Samurah RA berkata: "Aku telah melakukan shalat eidul fithri dan eidul adha bersama Rasulullah SAW, bukan hanya sekali dua kali. Shalat tersebut tanpa adzan dan tanpa iqamat." (HR. Muslim no. 887)
Shalat Eidul fithri terdiri dari dua raka'at dan tata caranya serupa dengan shalat sunah dua raka'at pada umumnya. Perbedaannya hanya terletak pada jumlah takbir sebelum membaca Al-Fatihah dalam setiap raka'at.
- Pada raka'at pertama, menghadap kiblat dan melakukan takbiratul ihram.
- Setelah itu melakukan takbir sebanyak tujuh kali (menurut ulama yang berpendapat takbiratul ihram belum termasuk dalam tujuh takbir) atau enam kali (menurut ulama yang berpendapat takbiratul ihram sudah termasuk dalam tujuh takbir)
- Membaca doa istiftah, lalu membaca ta'awudz tanpa dikeraskan, lalu membaca Al-Fatihah dengan suara keras bagi imam.
- Membaca surat Al-A'la atau surat Qaaf setelah membaca Al-Fatihah.
- Setelah itu semua gerakan shalat serupa dengan gerakan shalat lainnya: ruku', I'tidal, sujud pertama, duduk di antara dua sujud, dan sujud kedua, lalu bertakbir dan berdiri untuk raka'at kedua.
- Membaca takbir lima kali (menurut ulama yang berpendapat takbir saat bangun dari sujud belum termasuk dalam lima takbir) atau empat kali (menurut ulama yang berpendapat takbir saat bangun dari sujud sudah termasuk dalam lima takbir)
- Membaca Al-Fatihah.
- Membaca surat Al-Ghasyiyah atau surat Al-Qamar
- Setelah itu semua gerakan shalat serupa dengan gerakan shalat lainnya: ruku', I'tidal, sujud pertama, duduk di antara dua sujud, sujud kedua, lalu tasyahud akhir.
- Mengucapkan salam.
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ فِي الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى ، فِي الْأُولَى سَبْعَ تَكْبِيرَاتٍ ، وَفِي الثَّانِيَةِ خَمْسًا سِوَى تَكْبِيرَتَيِ الرُّكُوعِ
Dari Aisyah bahwasanya Rasulullah SAW bertakbir dalam shalat eidul fithri dan eidul adha sebanyak tujuh kali pada raka'at pertama dan lima kali pada raka'at kedua, selain dua kali takbir saat hendak ruku'. (HR. Abu Daud no. 1152, Ibnu Majah no. 1280, dan Ahmad, 6/70)
عَنْ عَمْرِوِ بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ: قَالَ نَبِيُّ اَللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { اَلتَّكْبِيرُ فِي اَلْفِطْرِ سَبْعٌ فِي اَلْأُولَى وَخَمْسٌ فِي اَلْآخِرَةِ, وَالْقِرَاءَةُ بَعْدَهُمَا كِلْتَيْهِمَا }
Dari Amru bin Syu'aib dari bapaknya dari neneknya RA berkata: Nabi Allah SAW bersabda, "Takbir dalam shalat eidul fithri adalah tujuh kali pada raka'at pertama dan lima kali pada raka'at kedua. Sedangkan bacaan Al-fatihah (dan surat) adalah setelah takbir dalam kedua raka'at tersebut." (HR. Abu Daud no. 1151. At-Tirmidzi dalam Al-'Ilal Al-Kabir, 1/288, menyatakan bahwa imam Bukhari menshahihkannya)
وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ قَالَ: { كَانَ اَلنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي اَلْأَضْحَى وَالْفِطْرِ بِـ (ق), وَ (اقْتَرَبَتْ). }
Abu Waqid Al-Laitsi RA berkata: "Nabi SAW membaca dalam shalat eidul adha dan eidul fithri surat Qaf (pada raka'at pertama) dan surat Iqtarabat (Al-Qamar pada raka'at kedua)." (HR. Muslim no. 891, Tirmidzi no. 534, dan Ibnu Majah no. 1282)
Dari Nu'man bin Basyir RA berkata: "Nabi SAW membaca dalam shalat dua hari raya dan shalat Jum'at surat sabbihisma rabbikal a'la (al-A'la) dan hal ataka haditsul ghasyiyah (al-ghasyiyah)." (HR. Muslim no. 878)
Khutbah idul fithri
Setelah selesai shalat eidul fithri, imam disunahkan menyampaikan khutbah.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ: { كَانَ اَلنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ, وَعُمَرُ: يُصَلُّونَ الْعِيدَيْنِ قَبْلَ اَلْخُطْبَةِ }
Dari Ibnu Umar RA berkata: "Nabi SAW, Abu Bakar, dan Umar melakukan shalat dua hari raya sebelum khutbah." (HR. Bukhari no. 963 dan Muslim no. 888)
Berikut ini tata cara khutbah idul fithri:
- Nabi SAW dan khulafaur rasyidun menyampaikan khutbah eidul fithri dengan berdiri tanpa menggunakan mimbar. Mimbar khutbah eidul fithri baru pertama kali diadakan pada zaman gubernur Madinah, Marwan bin Hakam, pada zaman daulah Umawiyah.
- Sebagaimana khutbah lainnya, khutbah eidul fithri diawali dengan tahmid dan syahadatain, bukan dengan takbir
- Pendapat yang lebih kuat, khutbah hanya sekali, bukan dua kali sehingga tidak perlu ada duduk di antara dua khutbah
- Mendengarkan khutbah eid hukumnya sunah. Jama'ah shalat eid boleh langsung pulang seletah shalat eid tanpa mendengarkan khutbah. Namun lebih utama ikut mendengarkan khutbah sampai selesai.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الفِطْرِ وَالأَضْحَى إِلَى المُصَلَّى ، فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلاَةُ ، ثُمَّ يَنْصَرِفُ ، فَيَقُومُ مُقَابِلَ النَّاسِ ، وَالنَّاسُ جُلُوسٌ عَلَى صُفُوفِهِمْ فَيَعِظُهُمْ ، وَيُوصِيهِمْ ، وَيَأْمُرُهُمْ ، فَإِنْ كَانَ يُرِيدُ أَنْ يَقْطَعَ بَعْثًا قَطَعَهُ ، أَوْ يَأْمُرَ بِشَيْءٍ أَمَرَ بِهِ ، ثُمَّ يَنْصَرِفُ " قَالَ أَبُو سَعِيدٍ : فَلَمْ يَزَلِ النَّاسُ عَلَى ذَلِكَ حَتَّى خَرَجْتُ مَعَ مَرْوَانَ - وَهُوَ أَمِيرُ المَدِينَةِ - فِي أَضْحًى أَوْ فِطْرٍ ، فَلَمَّا أَتَيْنَا المُصَلَّى إِذَا مِنْبَرٌ بَنَاهُ كَثِيرُ بْنُ الصَّلْتِ ، فَإِذَا مَرْوَانُ يُرِيدُ أَنْ يَرْتَقِيَهُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ ، فَجَبَذْتُ بِثَوْبِهِ ، فَجَبَذَنِي ، فَارْتَفَعَ ، فَخَطَبَ قَبْلَ الصَّلاَةِ " ، فَقُلْتُ لَهُ : غَيَّرْتُمْ وَاللَّهِ ، فَقَالَ: أَبَا سَعِيدٍ قَدْ ذَهَبَ مَا تَعْلَمُ " ، فَقُلْتُ : مَا أَعْلَمُ وَاللَّهِ خَيْرٌ مِمَّا لاَ أَعْلَمُ ، فَقَالَ : إِنَّ النَّاسَ لَمْ يَكُونُوا يَجْلِسُونَ لَنَا بَعْدَ الصَّلاَةِ ، فَجَعَلْتُهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ "
Dari Abu Said Al-Khudri RA berkata, "Rasulullah SAW keluar pada hari eidul fithri dan eidul adha menuju al-mushalla (tanah lapang), dan hal yang pertama kali beliau lakukan adalah shalat eid. Setelah selesai, beliau menghadapkan wajahnya ke arah masyarakat. Masyarakat duduk dalam shaf mereka, maka beliau memberi ceramah, memberi wasiat dan memerintahkan kebajikan kepada mereka.
Jika beliau hendak mengirim pasukan, beliau memotong sebentar khutbahnya. Jika hendak memerintahkan sesuatu, maka beliau perintahkan dahulu baru kemudian melanjutkan khutbahnya. Demikianlah keadaan yang berjalan, sampai datang masa aku keluar untuk shalat idul fitri atau idul adha bersama gubernur Madinah, Marwan bin Hakam. Ketika kami tiba di tempat shalat, ternyata sudah tersedia mimbar yang dibangun oleh Katsir bin Shalth. Marwan hendak naik ke mimbar berkhutbah sebelum shalat, maka aku menarik bajunya. Namun ia menghentakkan diriku, lalu naik ke mimbar dan berkhutbah.
Aku berkata: "Engkau telah merubah-rubah, demi Allah." Ia menjawab, "Wahai Abu Sa'id, tata cara yang engkau kenal sudah berlalu." Aku menjawab, "Tata cara yang aku kenal, demi Allah, lebih baik dari tata cara yang tidak aku kenal." Ia berkata: "Masyarakat tidak mau duduk mendengarkan khutbah kami (bani Umayyah-edt) setelah shalat eid, maka kami merubah khutbah menjadi sebelum shalat (agar masyarakat terpaksa mendengar khutbah kami—edt)." (HR. Bukhari no. 956 dan Muslim no. 889)
Dari Jubair bin Nufair berkata, "Kebiasaan para shahabat Rasulullah SAW jika mereka bertemu pada hari eid adalah sebagian mereka mengucapkan selamat kepada sebagian lainnya dengan ucapan: Taqabballahu minnaa wa minkum (semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian)." (HR. Al-Muhamili. Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: Sanadnya hasan)
Wallahu a'lam bish-shawab Mudahan panduan shalat hari raya sesuai sunnah bisa bermanfaat.
Surau sri Bahgia 1436H / 2015M.
Subscribe to:
Posts (Atom)