AMALAN
SOLEH YANG DITOLAK
Jauhilah Lapan perkara
yang menyebabkan amalan kita ditolak oleh
Allah Subhanahu wa
Ta’ala.
Setiap amalan ibadah, amalan soleh dan amal
kebajikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh penghayatan agar ianya diterima
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apabila
amalan kita diterima, maka barulah ganjaran pahala yang kita perolehi akan
menjadi bekalan di akhirat nanti. Setiap orang mukmin pasti berharap agar
amalan solehnya diterima oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala.
Namun perlu juga kita ketahui bahawa tidak
semua amalan itu pasti diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Adakah kita yakin bahawa segala amalan kebaikan
yang kita lakukan akan terus diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’a’la ?
Perkara ini
dijelaskan dalam Surat Qaaf ayat 16-18
وَلَقَدْ خَلَقْنَا
الإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ
إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
إِذْ يَتَلَقَّى
الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ
مَا يَلْفِظُ مِنْ
قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta
manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang
(pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis
segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan
yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang
dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya
malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
Jika dilihat
daripada hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh
Muadz bin Jabbal terdapat lapan (8) perkara yang akan menjadi penghalang dan
menyebabkan amalan-amalan kita tidak diangkat dan diterima oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala.
Abdullah ibn
al-Mubarak meriwayatkan dari seorang lelaki yang pernah bertanya kepada Muadz.
Lelaki itu berkata kepada Muadz, “Beritahukanlah kepada aku satu hadis yang
pernah kau dengar dari Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Kemudian Muadz menangis sehingga aku menyangka
dia tidak akan berhenti menangis. Namun kemudian, Muadz berhenti menangis. Lalu
berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata
kepada ku, “Wahai Muadz, aku menjawab, Labbayka, demi ayah dan ibuku, ya
Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Aku akan
memberitahukan satu hadis ini yang akan memberi manfaat tetapi apabila engkau
tidak menjaga hujjahmu dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hari kiamat,
maka ia akan terputus.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menciptakan
tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Kemudian, Allah telah
menciptakan pula langit dan bumi. Lalu Dia memberi tugas kepada Malaikat untuk melihat setiap lapis langit
dari langit yang tujuh itu.
Diterangkan bahawa,
satu Malaikat berada disebelah kanan manusia untuk mencatat amal baik, manakala
di sebelah kiri pula bertugas untuk mencatat hal-hal buruk yang dilakukan
manusia. Pada setiap langit ada satu Malaikat yang menjaga pintu, dan tiap-tiap
pintu langit itu dijaga oleh Malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan
LANGIT PERTAMA – GIBAH
(MENGUMPAT)
|
Malaikat Hafazhah (Malaikat
yang memelihara dan mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal
seseorang hamba. Amalan tesebut adalah amalan yang telah dilakukan dari waktu
pagi hingga ke petang. Cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari.
Ia menganggap amalan tersebut
banyak,semua memuji segala amalannya itu. Tetapi, sampai di pintu langit
pertama, berkata Malaikat penjaga pintu langit itu kepada Malaikat Hafazhah,
"Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga Gibah (pengumpat),
aku diperintahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk tidak menerima amalan orang
yang mengumpat orang lain. Jangan benarkan amalan ini melepasiku untuk mencapai
ke langit berikutnya."
LANGIT KEDUA – MENGHARAPKAN KEDUNIAAN
|
Hari berikutnya,
Malaikat Hafazhah iaitu pencatat amalan datang kembali membawa amalan seorang
hamba yang soleh yang cahayanya berkilauan. Malaikat itu berjaya melepasi
langit pertama kerana dia tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang. Malaikat
itu juga memujinya kerana amalan tersebut terlalu banyak. Sampai dilangit
kedua, Malaikat penjaga langit kedua berkata: “Berhenti!, Pukulkan amalan itu ke wajah perlakunya kerana dengan
amalannya itu dia hanya menginginkan dan mengharapkan harta kekayaan duniawi.
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintakanku
untuk menahan amalan itu dan tidak membiarkan amalan itu menghampiriku juga
jangan sampai kepada Malaikat yang lain. Sesungguhnya dia orang yang sombong
dan suka membesarkan diri di majlis
mereka.
LANGIT KETIGA –
SOMBONG/TAKBUR
|
Kemudian malaikat Hafazah pencatat amal naik
membawa amal hamba yang Nampak berkilau penuh cahaya dari sedekah, puasa, solat
dan berbagai macam kebaikan yang dianggap demikian banyak dan terpuji. Para
malaikat merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu membawa amalan
itu dan berjaya melintasi langit pertama dan kedua. Namun sewaktu sampai ke
langit ketiga, malaikat penjaga langit ketiga berkata: “Berhenti!”. Lemparkan
kembali amalan itu ke wajah pelakunya kerana dia seorang yang sombong, aku
adalah malaikat penjaga orang yang sombong. Allah telah memerintahku supaya
tidak membiarkan amalan orang sombong/takbur melewati aku untuk mencapai langit
berikutnya. Sesungguhnya dia menyombong/takbur dirinya didalam majlis orang
ramai.
LANGIT KEEMPAT – MEMBANGGAKAN DIRI (UJUB)
|
Berikutnya Malaikat Hafazhah membawa lagi
amalan seseorang hamba ke langit keempat. Amalan itu juga bersinar bagaikan
bintang yang paling besar
berkelip-kelipan, suaranya penuh dengan tasbih, puasa, solat, haji dan umrah.
Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit
keempat. Sewaktu sampai kelangit keempat, Malaikat penjaga langit itu berkata:
“Berhenti!” Jangan diteruskan perjalananmu.
pulangkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya, aku adalah Malaikat
penjaga orang-orang yang suka berperasaan ujub. Mereka beramal hanyalah atas
dorongan perasaan ujub (membanggakan diri) terhadap dirinya.
LANGIT KELIMA – PENDENGKI DAN IRI HATI
|
Manakala di langit ke lima, Malaikat hafazhah membawa lagi amalan seseorang hamba ke langit kelima setelah
mereka berjaya melepasi langit satu hingga empat. Mereka diarak bagaikan
pengantin wanita diiring kerumah suaminya, amalannya sangat bagus dan bercahaya. Amalan yang diamalkannya
ialah jihad, haji, dan umrah. Namun
sewaktu sampai langit kelima, Malaikat penjaga langit itu berkata: “Berhenti!”
Aku ini penjaga sifat hasad (dengki, iri hati). Pulangkan kembali
amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah ke atas.
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan aku supaya tidak membiarkan amalan hasad itu melalui aku dan mencapai langit seterusnya. Pemilik amal ini,
sangat berhasad dengki kepada orang yang berilmu dan beramal seperti amalannya.
Ia berhasad dengki kepada orang lain yang melakukan sebarang kelebihan didalam ibadah dan ia juga mencela mereka.
Sesungguhnya ia benci kepada apa yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.
LANGIT KEENAM - TIDAK MENGASIHI ORANG LAIN
|
Di langit ke enam pula, Malaikat Hafazhah
membawa lagi amalan yang bercahaya dari
seorang hamba, cahayanya seperti bulan purnama, ia adalah daripada wuduk yang
sempurna, solat yang banyak, zakat, haji, umrah, jihad dan puasa. Malaikat
Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langi keenam. Tetapi
sewaktu sampai dilangit keenam, Malaikat penjaga langit itu berkata:
“Berhenti!” Aku ini Malaikat penjaga rahmat. Amalan yang dianggap baik ini pukulkanlah kewajah pemiliknya kerana ia
tiada belas kasihan kepada hamba Allah.
Apabila ada orang lain mendapat musibah, ia merasa senang dan gembira. Aku
diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala agar tidak membiarkan amalan
orang seperti ini melepasiku hingga dapat sampai pada pintu langit seterunya.
LANGIT KETUJUH – SUMA’AH DAN RIAK
|
Seterusnya Malaikat Hafazhah membawa lagi
amalan seorang hamba, Amalan itu ialah solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak
yang baik, berzikir kepada Allah, nafkah, jihad dan warak. Zikirnya seperti
bunyi lebah dan cahayanya bersinar seperti matahari. Amalannya itu diiringi
para Malaikat hingga ke langit ketujuh. Namun sampai ke pintu langit ketujuh,
penjaga langit itu berkata: “Berhenti!’. Aku ini Malaikat penjaga Suma’ah
(ingin terkenal/riya). Pukulkan dengan amalannya ini ke muka orang yang
mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkanlah
keatas hatinya.
Sesungguhnya orang ini ingin masyhur dan
terkenal (popular) dan selalu ingin kelihatan lebik baik daripada orang lain
dan ia beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain. Allah
Subhanahu wa Ta’ala memerintakkanku agar amalannya itu tidak melepasiku. Ia
beramal bukan bukan untuk mencari
keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala
tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi dan supaya disebut
dan mashyur dimerata tempat. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh aku supaya
tidak membiarkan amalan orang yang riak melepasiku, kerana setiap amalan yang
tidak ikhlas adalah riak dan Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan menerima
amalan orang yang riak.
Para Malaikat pencatat amal naik berdiri
dihadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala membawa amal seorang hamba dan bersaksi
dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut. Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman: “Kalian adalah penjaga (pencatat) amal hamba-Ku, dan Aku adalah yang
mengawasi hatinya. Sesungguhnya dengan amal ini dia tidak menghendaki Aku
dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripada-Ku. Aku
lebih mengetahui dari kalian apa yang dimaksud olehnya dengan amalan itu.Maka
baginya laknat dari-Ku, kerana menipu orang lain dan juga menipu kalian – para
malaikat hafazah, tetapi Aku tidak akan tertipu olehnya.
Lalu para malaikat pun berkata: “Baginya
laknat-Mu dan juga laknat kami”. Kemudian langit berkata: “Baginya laknat Allah
dan juga laknat kami”. Lalu langit yang ketujuh berserta semua penghuninya
melaknat orang itu.
Kemudian Muadz yang menanggis terisak-isak
berkata: “Ya Rasulullah, engkau adalah Rasulullah dan saya adalah Muadz, maka
ajarilah saya bagaimana aku boleh selamat dari apa yang engkau ceritakan pada
ku.
Rasulullah Shallallahu ‘alahi wassalam pun
bersabda: “Berpegang teguhnya kepada ku, meskipun didalam amal-amalanmu ada
kekurangan.
Wahai Muadz,
jagalah lisanmu agar jangan sampai mencela saudara-saudaramu yang mengembangkan Al-Quran dan saudara-saudaramu sesama Islam
dan orang alim. Bebanlah segala
kesalahan kepada dirimu sendiri dan jangan kau bebankan kepada mereka. Jangan
kau mengangkat/menyucikan dirimu dengan menindas atas orang lain. Janganlah kau masukkan amalan dunia ke
dalam amalan akhirat. Jangan bersikap sombong
agar mereka menghindari keburukkan akhlakmu. Jangan kau berbisik-bisik
dengan seseorang sementara disebelahmu ada orang lain. Jangan bersikap sombong
dan takabur terhadap orang-orang sehingga kebaikan dunia terputus darimu dan
jangan mengoyak-ngoyak (menguris) perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana
kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing nereka jahanam. Sebagaimana
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang
bermaksud, “Di-neraka itu ada anjing-anjing yang dikiaskan mengoyak badan manusia.”
Muadz berkata: “Ya Rasulullah, demi ayah dan
Ibuku, siapa yang sanggup menanggung dan memikul penderitaan semacam ini dan
siapa yang boleh selamat darinya?
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam
bersabda: Ya Muadz, sesungguhnya itu akan mudah bagi orang yang diberi
kemudahan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Cukuplah untuk menghindari semua itu,
kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.
Sesungguhnya perkara paling utama dan terpenting dalam agama ini adalah mengikhlaskan
diri kepada Allah S.W.T dalam setiap
amal ibadah yang kita lakukan. Ini adalah sebagai syarat utama diterima amal ibadah seseorang. Ikhlas adalah termasuk
amalan hati yang perlu mendapatkan perhatian “istimewa” (secara mendalam) dan
dilakukan dengan cara “istimrar” (terus menerus). Setiap muslim hendaklah
melakukan “amal” ibadah agar amalan kita menjadi bernilai dihadapan Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
Syeikh Ibnu Utsaimin berkata: “Dan wajib atas
sesorang mengikhlaskan niat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam seluruh
ibadahnya dan hendaklah meniatkan ibadahnya semata-mata untuk mengharap wajah
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan di akhirat. Inilah yang diperintahkan Allah
Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya: Diantaranya:
وَمَآ أُمِرُوْا
إِلاَّ لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
“Padahal
mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan
kepada-Nya.” (Surah Al-Bayyinah: 5)
Firman Allah lagi:
قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ
مُخْلِصا ً لَهُ دِينِ
Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku
sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya. “Surah Az-Zumar: 14)
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ
أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصا ً لَهُ الدِّينَ
Katakanlah lagi (wahai Muhammad):
"Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”. (Surah Az-Zumar: 11)
Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala juga:
فَادْعُوا اللَّهَ
مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“Oleh
itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan
menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan
kamu yang demikian”). (Surah Ghafir: 14)
Dan banyak lagi firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala memperintahkan kita supaya mengikhlaskan ibadat kita kepada-Nya.
Marilah sama-sama kita menjauhi perkara yang
dinyatakan diatas, supaya amalan kita tidak ditolak oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Hadis diatas sungguh agung dimana didalamnya terkandung rahmat Allah Subhanahu
wa Ta’ala yang amat luas dan kelembutan-Nya sungguh agung
Jika amalan kita ditolak dan tidak diterima
oleh Allah, maka dimanakah lagi cara kita dapat menyelamatkan diri kita
daripada azab Allah Subhanahu wa Ta’ala di-hari akhirat nanti? Oleh itu cubalah
sedaya upaya kita perbaiki kelemahan diri kita dan mengingkatkan iman dan amal
melengkapkan segala sifat-sifat mahmudah.
Kita memohon kepada Allah agar Dia memberi
kita kelembutan yang membuat kita bergegas melakukan keta’atan kepada-Nya,
menggiring kita memasuki kemurahan dan rahmat-Nya.
Wallah al-muwafiq li al-shawab
ORANG YANG MELAKSANAKAN AMAL BAIK
DIKATEGORIKAN MENJADI 3 GOLONGAN
|
1. ORANG YANG PASTI DITERIMA AMALNYA
Orang
yang pasti diterima amal ibadahnya adalah orang yang bertakwa kepada-Nya. Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ
الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya Allah
hanya menerima dari orang-orang yang bertakwa”. (Surah Al-Maidah: 27)
Amalan yang dikabarkan oleh Allah dan
Rasul-Nya dari perkara-perkara ghaib dengan keimanan yang mantap tanpa ada keraguan
padanya. Ghaib adalah apa yang tidak boleh kita indera dari apa-apa yang Allah
kabarkan kepada kita akan keberadaanNya, seperti iman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, hari akhir, surga dan neraka. Ini adalah sifat yang
paling khusus yang mereka miliki, karena mengajak dan mendorong mereka agar
beramal shalih. Jika anda yakin akan hari akhir, surga, neraka dan
kejadian-kejadian pada hari kiamat, (keyakinan tersebut) mengharuskan anda agar
mempersiapkan diri dalam menyongsongnya. Tidak manfaat persiapan yang dilakukan
selain melakukan amal kebajikan. Ini adalah sifat pertama yang Allah mensifati
mereka dengannya dalam kitab-Nya. Allah subhanahu wata’ala berfirman,
الم ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا
رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا
رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
“Alif
laam miim. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi
mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan
kepada mereka.” (Surah Al-Baqarah: 1-3).
Beriman terhadap kitab-kitab Allah dan para Rasul. Mereka beriman terhadap
Al-Qur’an dan As-Sunnah dan seluruh kitab langit yang sebelumya. Allah
berfirman:
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ
قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al
Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan
sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Surah Al-Baqarah:
4).
2. ORANG AMALNYA YANG PASTI DITOLAK
Orang yang amalnya pasti ditolak adalah
orang-orang kafir, begitu juga orang murtad.
وَمَنْ يَرْتَدِدْ
مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ
فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا
خَالِدُونَ
“Barangsiapa
yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka
mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah
penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (Surah Al-Baqarah: 217)
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا
بِآيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا
مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mendustakan akan menemui
akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari
apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah Al-A’raf: 147)
Oleh itu, jangan mudah terpesona dengan
kebaikan golongan ini, karena pada hakikatnya semua amalannya tidak berguna.
Walau sebanyak manapun ia melakukan
solat dan sebesar manapun rasa ikhlasnya, ia tidak akan diterima dari
mereka selagi mereka tetap dalam kekufuran. Contohnya seperti mengakui adanya
Nabi selepas Nabi Muhammad Shallallhu
‘alaihi wassalam.
3. ORANG YANG AMALNYA TIDAK DAPAT DIPASTI
DITERIMA ATAU TIDAKNYA
Mereka adalah orang mukmin yang tidak sampai
tahap takwa, mereka melakukan amalan
baik tetapi dalam waktu yang sama masih juga melakukan perbuatan buruk dengan tidak
disertai taubat. Golongan inilah yang biasa dilakukan oleh kaum muslim.
Ini adalah karena Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri
menegaskan bahawa janjinya berupa pahala dan syurga. Bukan untuk orang-orang yang zalim ;
لَا يَنَالُ عَهْدِي
الظَّالِمِين
“Janjiku
tidak akan sampai kepada orang-orang dzalim” (Surah Al-Baqarag: 124)
Selagi mereka belum bertaubat, ia termasuk golongan orang yang zalim.
ومن لم يتب فأولئك هم
الظالمون
“Barang siapa tidak bertobat, maka merekalah
orang-orang dzalim” (Surah Al-Hujurat: 11)
Akan tetapi tidak juga dapat dipastikan bahwa
golongan ini amalnya pasti tidak diterima karena Allah menegaskan ;
إِنَّ اللَّهَ
يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang”. (Surah Az-Zumar: 53)
Dalam hadist isra’ mi’raj Malaikat berkata
kepada Nabi Shallallhu ‘alaihi wassalam.
قالا أما القوم الذين
كانوا شطر منهم حسن وشطر منهم قبيح فإنهم خلطوا عملا صالحا وآخر سيئا تجاوز الله
عنهم
“Adapun
orang yang sebagian mukanya bagus dan sebagian Iagi buruk, maka mereka itu
ialah orang-orang yang mencampur-adukkan antara amal perbuatan yang shalih
sedang yang lainnya jelek, tetapi Allah telah memberikan pengampunan kepada
mereka itu.” (HR. Bukhari)
Golongan
seperti ini bergantung kepada kehendak Allah Subhanahu wa
Ta’ala samaada amalannya diterima atau sebaliknya, atau mungkin Allah Subhanahu
wa Ta’ala membalas perbuatan buruknya dahulu kemudian baru menerima amalan
baiknya, ataupun mungkin amalannya tidak
diterima langsung menyebabkan ia mati dalam keadaan Su-ul Khatimah.
Sumbangan/posted
oleh: HAR
Bahan
Rujukan: 1. Kitab Tashfiyat al-Qulub al-Awzar wa al-Dzunub, karya Yahya ibn
al-Yamani
al-Dzimari terbitan Dar al-Hikmah al-Yamaniyyah.
2. Spirit
Islam Inside