"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

12 November, 2017

Taqwa (taqwa dan takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala) adalah peruntukan yang terbaik.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Mahapengasih lagi Mahapenyayang, pemilik dan pencipta semua ilmu sejak azali. Dialah Yang Maha Pengampun, lagi maha Pengasih. Dia telah menurunkan Al-Qur’an mulia yang hakikatnya meliputi pesannya, iaitu untuk mengingatkan manusia kepada Allah. Dia menyuruh hamba-hambanya untuk mentaati-Nya dalam segala urusan dunia yang dikeluarkan untuk mereka, lalu menjelaskan jalannya—yakni cara taat—dan menjanjikan surga bagi mereka. Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Allah menginginkan manusia agar bertakwa dengan sebenar-benarnya, berjanji untuk meningkatkan amalan-amalan mereka dan menghapuskan dosa mereka.

Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Hamba dan Utusan-Nya. Shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Rasul-Nya yang mulia, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan kesejahteraan dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada para sahabat, keluarga serta orang-orang beriman yang mengikuti jejak beliau hingga yaumil kiamat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan anganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam”. (Surah Al-'Imran: 102)

Wahai orang yang beriman kepada Allah,

Taqwa adalah perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada hamba-hambaNya sekarang dan sebelum dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

“Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi, dan sungguh Kami telah memerintahkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah”. (Surah An-Nisaa': 131)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menyuruh para sahabat takut kepada Allah, dan bersabda "Aku menyuruh kamu untuk takut kepada Allah," untuk bertakwa adalah merit iman yang ikhlas. Ia merangkumi semua sebab-sebab yang baik dan kecemerlangan, dan adalah suatu perkara yang mengambil iman dalaman seseorang untuk menjauhkan diri dari apa yang dia takut dan percaya adalah dilarang.

Takut kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah sifat orang yang bertaqwa, dan ia juga meruapakan bukti imannya kepada Allah Subhnanahu wa Ta’ala. Oleh kerana taqwa ini adalah syarat dan landasan untuk umat Islam mendapatkan dunia dan Akhirat, maka tanpa taqwa, umat Islam terumbang-ambing dalam kehidupan. Amalan taqwa pula bukan setakat sembahyang sahaja. Bukan setakat membaca Quran, berwirid dan berdzikir. Taqwa bukan sahaja di surau dan di masjid. Taqwa merangkumi segala perkara yang berlaku dalam kehidupan, di mana saja, baik dalam kehidupan bermasyarakat seharian, dalam ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran, kesehatan dan sebagainya. Yang penting, setiap amalan itu ada rohnya, dihayati dan dijiwai. Barulah setiap amalan itu menjadi amalan taqwa.

Ibnu Mas'ud berkata; "Hendaklah Allah Selalu ditaati dan tidak dimaksiati, selalu diingat dan tidak dilupakan, selalu disyukuri dan tidak dikufuri"

Sementara itu, Umar bin Abdul Aziz Radhiallahu 'anhuma berkata: “Ketaqwaan itu bukan sekedar puasa disiang hari dan qiyam dimalam hari atau melakukan keduanya itu. Tapi taqwa itu meninggalkan apa yang dilarang Allah, mengerjakan apa yang difardhu kanNya, Maka yang Allah anugerahkan selebihnya adalah kebaikan”.

Kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh dalam hidup ini untuk memiliki sifat taqwa dan untuk menjadi orang yang bertaqwa, ini merupakan konsekuensi dari perasaan takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Jika seseorang takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, tentu dia akan berusaha untuk membebaskan dirinya dari laknat dan kemarahan-Nya dan caranya adalah dengan mendekati Allah Subhanahu wa Ta'ala, bukan menjauhi-Nya. Cara untuk mendekati Allah Subhnanahu wa Ta'ala adalah dengan melaksanakan apa yang diwajibkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya.

Walaupun demikian keadaannya, kita kena patuh kepada semua perintah dan arahan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah  selalu Mengawasi, Allah Selalu Memperhatikan, Allah Selalu Melihat, maka seharusnya kita menjaga kualiti hidup ini, tentunya hidup sesuai dengan tuntunan Allah dan Rasul-Nya.

Sebagaiman Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”. (Surah Al-A’raf: 102)

Sesungguhnya Taqwa adalah penampan menghalang hamba daripada mengingkari Penciptanya Yang Maha Agung. Kesadaran bahawa Allah selalu memperhatikan manusia akan menyebabkan kita meninggalkan perbuatan dosa. Sebaliknya, orang-orang yang tidak memiliki ketakwaan kepada Allah dan tidak takut kepada-Nya, mereka itu bagaikan saudara dan teman setan yang suka menggoda, menipu, dan memperdaya. Orang-orang seperti ini bukan saja menjerumuskan diri dalam perbuatan dosa, namun juga mengajak dan membujuk orang lain agar berbuat jahat, sebagaimana yang dilakukan setan.

Satu lagi cara untuk mencapai Taqwa adalah takut kepada Allah dan meninggalkan perkara-perkara yang meragukan. Terpedaya dengan godaan duniawi, sesetengah orang mungkin memandang rendah isu-isu ini, yang akhirnya boleh menyebabkan mereka jatuh ke dalam dosa.

Berhubung dengan ini,a pa yang dikatakan oleh Abu Darda itu selaras dengan hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

“Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah. (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

Maka dengan sifat taqwa dalam diri seseorang itu, dia sentiasa mencintai Allah dan taat kepada-Nya. Dia sentiasa tunduk kepada perintah dan peraturan Allah. Dalam pada itu pula, dia sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan yang ditegah dan dilarang dan yang akan membawa kecelakaan dunia dan Akhirat. Dengan yang demikian, orang yang bertaqwa sering menjaga kesucian jiwanya, yang disirami dengan amal-amal soleh dan bersih dari segala kekotoran dan kemungkaran serta bersih dari sifat yang rendah dan terhina.

Mematuhi apa yang difirman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa”. (Surah Az-Zumar: 33)

Oleh kerana itu jika iman bertapak di dalam hati, Taqwa akan dicerminkan menerusi tindakan dan pertuturan, dengan itu menghasilkan banyak kelebihan. Sebagai contoh, Allah Subhanahu wa Ta'ala, akan menggantikan kesedihan dan kesusahan seseorang dan akan menggantikan yang lebih baik yang Dia kehendaki, Beruntung sungguh orang yang bertaqwa dikurniakan jalan keluar daripada kesusahan dan rezeki

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya”. (At-talak 65:4)

Begitu juga, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan jalan keluar bagi mereka dalam kesusahan, dan mengantikan kepada mereka limpah kurnia yang banyak.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“..Kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya”, (Surat At-Talaq: 2)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman lagi:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”. (Surah Al-A'raf: 96)

Taqwa juga merupakan kunci kepada kejayaan di dunia dan di akhirat kerana ia disebut oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

“...dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung”. (Surah Al-Baqarah: 189)

Oleh kerana takut kepada Allah dan bertaqwa, seseorang Muslim akan dilindungi dari mereka terkena azab dan rasa takut, sehingga mereka benar-benar aman.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَيُنَجِّي ‌اللَّهُ ‌الَّذ‍ِ‍ي‍‍نَ ‌اتَّ‍‍قَ‍‍و‌ا‌ بِمَفَا‌زَتِهِمْ لاَ‌ يَمَسُّهُمُ ‌ال‍‍سّ‍‍ُ‍و‌ءُ‌ ‌وَلاَ‌ هُمْ يَحْزَنُونَ
“Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita”. (Surah Az-Zumar: 61)

Orang bertaqwa diampuni dosanya dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. berfirman di dalam Al-Quran:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّر عَنهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعظِم لَهُ أَجرًا.
“…dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya”. (Surah At-Talaq: 5)

Takwa kepada Allah merupakan salah satu sebab utama dihapuskannya dosa manusia. Salah satu faedah taqwa juga menjadi sebab diraihnya pahala yang besar dan yang akan menikmati keistimewaan untuk berada dalam kedudukan yang lebih tinggi lebih dekat kepada-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ ‌اللَّ‍‍هَ يُحِبُّ ‌الْمُتَّ‍‍قِ‍‍ينَ
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah At-Tawbah: 4)

Kepada Allah, dengan mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya; yang menjaga dirinya dari syirk dan maksiat.

Yakni mereka berada dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan yang di dalamnya terdapat sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terlintas di hati manusia, berupa pohon-pohon yang berbuah, sungai-sungai yang mengalir, istana-istana yang tinggi, tempat-tempat yang indah, makanan dan minuman yang lezat, taman-taman yang menarik, keridhaan Allah dan memperoleh kedekatan dengan-Nya.

Oleh karena itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ , إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَهَرٍ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa”.
(Surah Al-Qamar: 54-55)

Ya Allah, kurniakanlah jiwaku akan sifat taqwanya sifat mensucikan diri dari dosa. Engkau lah sebaik-baik yang mensucikan.  Engkau lah penjaganya dan pelindungnya dan jadikanlah kami taat kepada-Mu, dan pada Rasul-Mu.

Mematuhi Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu” (Surah An-Nisaa’: 59)

Posted by: HAR

No comments: