Taqwa (taqwa dan takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala) adalah peruntukan
yang terbaik.
Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Mahapengasih lagi Mahapenyayang, pemilik
dan pencipta semua ilmu sejak azali. Dialah Yang Maha Pengampun, lagi maha
Pengasih. Dia telah menurunkan Al-Qur’an mulia yang hakikatnya meliputi
pesannya, iaitu untuk mengingatkan manusia kepada Allah. Dia menyuruh
hamba-hambanya untuk mentaati-Nya dalam segala urusan dunia yang dikeluarkan
untuk mereka, lalu menjelaskan jalannya—yakni cara taat—dan menjanjikan surga
bagi mereka. Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan
sebenarnya selain Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Allah
menginginkan manusia agar bertakwa dengan sebenar-benarnya, berjanji untuk
meningkatkan amalan-amalan mereka dan menghapuskan dosa mereka.
Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
Hamba dan Utusan-Nya. Shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan Allah
Subhanahu wa Ta’ala kepada Rasul-Nya yang mulia, Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wa sallam dan kesejahteraan dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada para
sahabat, keluarga serta orang-orang beriman yang mengikuti jejak beliau hingga
yaumil kiamat.
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم
مُّسْلِمُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan anganlah sekali-kali kamu mati
melainkan dalam keadaan beragama Islam”.
(Surah Al-'Imran: 102)
Wahai
orang yang beriman kepada Allah,
Taqwa adalah perintah Allah Subhanahu wa
Ta'ala kepada hamba-hambaNya sekarang dan sebelum dan Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman,
“Dan kepunyaan Allah-lah apa yang di
langit dan yang di bumi, dan sungguh Kami telah memerintahkan kepada
orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah
kepada Allah”. (Surah An-Nisaa': 131)
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga menyuruh
para sahabat takut kepada Allah, dan bersabda "Aku menyuruh kamu untuk
takut kepada Allah," untuk bertakwa adalah merit iman yang ikhlas. Ia
merangkumi semua sebab-sebab yang baik dan kecemerlangan, dan adalah suatu
perkara yang mengambil iman dalaman seseorang untuk menjauhkan diri dari apa
yang dia takut dan percaya adalah dilarang.
Takut kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
adalah sifat orang yang bertaqwa, dan ia juga meruapakan bukti imannya kepada
Allah Subhnanahu wa Ta’ala. Oleh kerana taqwa ini adalah syarat dan landasan
untuk umat Islam mendapatkan dunia dan Akhirat, maka tanpa taqwa, umat Islam
terumbang-ambing dalam kehidupan. Amalan taqwa pula bukan setakat sembahyang
sahaja. Bukan setakat membaca Quran, berwirid dan berdzikir. Taqwa bukan sahaja
di surau dan di masjid. Taqwa merangkumi segala perkara yang berlaku dalam
kehidupan, di mana saja, baik dalam kehidupan bermasyarakat seharian, dalam
ekonomi, pembangunan, pendidikan, kenegaraan, kebudayaan, pentadbiran,
kesehatan dan sebagainya. Yang penting, setiap amalan itu ada rohnya, dihayati
dan dijiwai. Barulah setiap amalan itu menjadi amalan taqwa.
Ibnu Mas'ud berkata; "Hendaklah
Allah Selalu ditaati dan tidak dimaksiati, selalu diingat dan tidak dilupakan,
selalu disyukuri dan tidak dikufuri"
Sementara itu, Umar bin Abdul Aziz Radhiallahu 'anhuma berkata: “Ketaqwaan itu bukan sekedar puasa disiang hari
dan qiyam dimalam hari atau melakukan keduanya itu. Tapi taqwa itu meninggalkan
apa yang dilarang Allah, mengerjakan apa yang difardhu kanNya, Maka yang Allah
anugerahkan selebihnya adalah kebaikan”.
Kita kenalah berusaha bersungguh-sungguh
dalam hidup ini untuk memiliki sifat taqwa dan untuk menjadi orang yang
bertaqwa, ini merupakan konsekuensi dari perasaan takut kepada Allah Subhanahu
wa Ta'ala. Jika seseorang takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, tentu dia
akan berusaha untuk membebaskan dirinya dari laknat dan kemarahan-Nya dan
caranya adalah dengan mendekati Allah Subhanahu wa Ta'ala, bukan menjauhi-Nya.
Cara untuk mendekati Allah Subhnanahu wa Ta'ala adalah dengan melaksanakan apa
yang diwajibkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya.
Walaupun demikian keadaannya, kita kena patuh kepada semua perintah dan
arahan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah
selalu Mengawasi, Allah Selalu Memperhatikan, Allah Selalu Melihat, maka
seharusnya kita menjaga kualiti hidup ini, tentunya hidup sesuai dengan
tuntunan Allah dan Rasul-Nya.
Sebagaiman Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala
إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَواْ إِذَا
مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa
bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika
itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya”. (Surah Al-A’raf: 102)
Sesungguhnya Taqwa adalah penampan
menghalang hamba daripada mengingkari Penciptanya Yang Maha Agung. Kesadaran
bahawa Allah selalu memperhatikan manusia akan menyebabkan kita meninggalkan
perbuatan dosa. Sebaliknya, orang-orang yang tidak memiliki ketakwaan kepada
Allah dan tidak takut kepada-Nya, mereka itu bagaikan saudara dan teman setan
yang suka menggoda, menipu, dan memperdaya. Orang-orang seperti ini bukan saja
menjerumuskan diri dalam perbuatan dosa, namun juga mengajak dan membujuk orang
lain agar berbuat jahat, sebagaimana yang dilakukan setan.
Satu lagi cara untuk mencapai Taqwa adalah takut kepada Allah dan
meninggalkan perkara-perkara yang meragukan. Terpedaya dengan godaan duniawi,
sesetengah orang mungkin memandang rendah isu-isu ini, yang akhirnya boleh
menyebabkan mereka jatuh ke dalam dosa.
Berhubung dengan ini,a pa yang dikatakan oleh Abu Darda itu selaras dengan
hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
“Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia
meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di
dalam yang ditegah Allah. (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).
Maka dengan sifat taqwa dalam diri seseorang itu, dia sentiasa mencintai
Allah dan taat kepada-Nya. Dia sentiasa tunduk kepada perintah dan peraturan
Allah. Dalam pada itu pula, dia sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan yang
ditegah dan dilarang dan yang akan membawa kecelakaan dunia dan Akhirat. Dengan
yang demikian, orang yang bertaqwa sering menjaga kesucian jiwanya, yang
disirami dengan amal-amal soleh dan bersih dari segala kekotoran dan
kemungkaran serta bersih dari sifat yang rendah dan terhina.
Mematuhi apa yang difirman Allah
Subhanahu wa Ta'ala:
وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ
بِهِ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ
“Dan orang yang membawa kebenaran
(Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa”. (Surah Az-Zumar: 33)
Oleh kerana itu jika iman bertapak di
dalam hati, Taqwa akan dicerminkan menerusi tindakan dan pertuturan, dengan itu
menghasilkan banyak kelebihan. Sebagai contoh, Allah Subhanahu wa Ta'ala, akan
menggantikan kesedihan dan kesusahan seseorang dan akan menggantikan yang lebih
baik yang Dia kehendaki, Beruntung sungguh orang yang bertaqwa dikurniakan
jalan keluar daripada kesusahan dan rezeki
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan barang -siapa yang
bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam
urusannya”. (At-talak 65:4)
Begitu juga, sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan jalan keluar bagi mereka dalam
kesusahan, dan mengantikan kepada mereka limpah kurnia yang banyak.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“..Kepada sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya”, (Surat At-Talaq: 2)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman lagi:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ
لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ
فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri
beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari
langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami
siksa mereka disebabkan perbuatannya”. (Surah
Al-A'raf: 96)
Taqwa juga merupakan kunci kepada
kejayaan di dunia dan di akhirat kerana ia disebut oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala:
“...dan bertakwalah kepada Allah agar
kamu beruntung”. (Surah Al-Baqarah: 189)
Oleh kerana takut kepada Allah dan
bertaqwa, seseorang Muslim akan dilindungi dari mereka terkena azab dan rasa
takut, sehingga mereka benar-benar aman.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوا
بِمَفَازَتِهِمْ لاَ يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
“Dan (sebaliknya) Allah akan
menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan
syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah)
mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita”. (Surah Az-Zumar: 61)
Orang bertaqwa diampuni dosanya dan mendapat pahala yang besar di sisi
Allah Subhanahu wa Ta’ala. berfirman di dalam Al-Quran:
وَمَن يَتَّقِ
اللَّهَ يُكَفِّر عَنهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُعظِم لَهُ أَجرًا.
“…dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah
menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya”. (Surah At-Talaq: 5)
Takwa kepada Allah merupakan salah satu sebab utama dihapuskannya dosa
manusia. Salah satu faedah taqwa juga menjadi sebab diraihnya pahala yang besar
dan yang akan menikmati keistimewaan untuk berada dalam kedudukan yang lebih
tinggi lebih dekat kepada-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
إِنَّ اللَّهَ
يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang bertaqwa”.
(Surah
At-Tawbah: 4)
Kepada Allah, dengan mengerjakan
perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya; yang menjaga dirinya dari syirk dan
maksiat.
Yakni mereka berada dalam syurga-syurga
yang penuh kenikmatan yang di dalamnya terdapat sesuatu yang belum pernah
terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terlintas di hati manusia,
berupa pohon-pohon yang berbuah, sungai-sungai yang mengalir, istana-istana
yang tinggi, tempat-tempat yang indah, makanan dan minuman yang lezat,
taman-taman yang menarik, keridhaan Allah dan memperoleh kedekatan dengan-Nya.
Oleh karena itu, Allah Subhanahu wa
Ta’ala berfirman:
فِي مَقْعَدِ
صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ , إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ
وَنَهَرٍ
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa
itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi
Tuhan Yang Berkuasa”.
(Surah
Al-Qamar: 54-55)
Ya Allah, kurniakanlah jiwaku akan sifat
taqwanya sifat mensucikan diri dari dosa. Engkau lah sebaik-baik yang
mensucikan. Engkau lah penjaganya dan
pelindungnya dan jadikanlah kami taat kepada-Mu, dan pada Rasul-Mu.
Mematuhi Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ
وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah
Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu” (Surah An-Nisaa’: 59)
Posted
by: HAR