"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

31 March, 2009

SURAH AL-FALAQ PENDINDING SERANGAN HASAD DENGKI

OLEH: Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis

JANGAN pernah berasa aman jika anda memiliki sejuta nikmat kerana pasti ada yang akan menjeling tajam sambil berusaha menghilangkan nikmat itu daripada diri anda. Kita seharusnya celik melihat, tajam mendengar dan sensitif merasa apakah bahaya itu dan sentiasa berwaspada terhadap manusia di sekeliling kita.

Bermacam rupa bentuk mereka, yang licik dan licin memerangkap sesiapa saja yang dianggap musuh. Ada yang manis mulut lagi berbudi bahasa, namun pada hakikatnya menikam daripada belakang.

Seperti perbuatan si munafik Abdullah bin Ubai, orang yang mengaku Islam tetapi memusuhi Nabi SAW. Baginda juga pernah merasai ketatnya permusuhan orang kafir dan Yahudi sehingga mereka menggunakan sihir untuk membunuh Nabi SAW.

Dinyatakan dalam sirah bahawa Rasulullah SAW jatuh sakit selama 40 hari (atau enam bulan atau setahun mengikut perselisihan riwayat) hasil perbuatan jahat akibat sifat hasad dengki itu. Lalu Baginda SAW membaca dua surah penyembuh dan pelindung diri iaitu al-Falaq dan al-Nas, kemudian datanglah Jibril mendoakan Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Dengan Nama Allah aku menjampi engkau daripada setiap perkara yang boleh menyakitimu, daripada penghasad dan pendengki ’ain, semoga Allah menyembuhkan kamu.”

Sayyid Qutb dalam Fi Zilalil Quran menafsirkan mengenai surah al-Falaq ini dengan katanya:

“Seolah-olah Allah SWT sudah mempelawa perlindungan dan jagaan-Nya secara kasih sayang dan lemah lembut, seolah-olah Allah SWT berfirman: Datanglah ke sini, datanglah kepada perlindungan, datanglah ke tempat yang aman supaya kamu berasa tenang dan selamat di dalamnya dan datanglah kerana sebenarnya Kami mengetahui bahawa kamu adalah orang yang lemah dan memiliki banyak musuh dan di sekitar kamu banyak perkara yang menakutkan, sedangkan di sini terdapat keamanan, ketenangan dan kesejahteraan.”

Jika kita membaca surah al-Falaq sambil menghayati isi kandungannya, akan timbul satu keinsafan mengenai bahaya yang menakutkan cuba menggugat ketenangan hidup anda. Kejahatan setiap makhluk sentiasa mengintai dan menunggu saatnya melenyapkan kebahagiaan dimiliki.

Hanya kepada Allah SWT digantungkan harapan dan permintaan, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Alangkah merbahaya tipu daya musuh dan kejamnya kejahatan yang dirancang. Tetapi anda masih mempunyai Tuhan yang lebih berkuasa lagi Maha Gagah.

Siapakah berani menikam orang yang meminta perlindungan kepada Allah SWT. Siapakah berani menghiris jiwa orang yang memohon penjagaan Allah SWT. Siapakah berani menuang racun ke dalam minuman seorang hamba yang dekat dan rapat dengan Tuhannya. Siapakah yang berani sedangkan Allah SWT bersama kita. Cubalah jika mahu merasai kekuatan Tuhan yang melindungi aku daripada kejahatan kamu. Begitulah kekuatan surah al-Falaq.

Sudah letih jiwa diasak persoalan yang tak kunjung jawapan. Mengapa ramai orang yang dengki ke atas nikmat yang Allah SWT beri. Dalam surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub menasihati Yusuf supaya tidak menceritakan perihal mimpinya itu kepada saudaranya.

Disebabkan Yusuf bersangka baik lagi mengasihi saudaranya, maka beliau pun mahu berkongsi kegembiraan itu bersama mereka. Akhirnya kedengkian dan hasad merasuk ke dalam hati saudara kandungnya sendiri sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.

Sesungguhnya kisah Nabi Yusuf memberi pengajaran kepada kita supaya berwaspada apabila mendapat suatu anugerah atau nikmat yang hebat. Janganlah disebut dengan kebanggaan berlebihan hingga menimbulkan rasa cemburu orang yang mendengarnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika seseorang mengalami mimpi baik dalam tidurnya, hendaknya dia tidak menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Penyakit hasad menyerang sesiapa saja yang lemah imannya, tidak kira si kaya atau miskin, orang alim atau tidak berilmu, pemimpin atau rakyat jelata, mereka semua terdedah dengan hasutan syaitan.

Ramai yang lupa bahawa sebenarnya sifat dengki yang bersarang di dada itu menunjukkan mereka berani melawan ketentuan Allah SWT ke atas diri hambanya yang lain? Bukankah bermakna dia musuh kepada nikmat Allah SWT kerana tidak mahu akur dengan qada’ dan qadar Allah SWT terhadap saudaranya.

Sememangnya si pendengki sudah membuka pintu permusuhan bukan hanya kepada orang yang didengki namun kepada Tuhan yang memberi kebaikan kepada saudaranya itu. Seolah dia berkata: “Tuhan tidak betul membahagi nikmat!” Pada hakikatnya dia juga berkata: “Tuhan tidak adil!” Dan yang paling teruk lagi dia berkata: “Tuhan zalim kepadaku!”

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya atas apa juga yang mereka lakukan.” (Surah Ali Imran, ayat 120)

Begitulah lumrah kehidupan, kita memerlukan hati yang sabar dan takwa untuk tetap tegar di atas pengkhianatan dan kejahatan orang yang mendengki. Sabar bukan bermakna duduk dan menangis sambil menadah tangan ke langit tetapi enggan berusaha membina kekuatan.

Tetapi di atas kedengkian orang lain anda mesti lebih menyerlah dan tidak mengaku kalah. Kerana sesungguhnya Allah SWT memberi kejayaan bagi orang yang mahu berusaha bukan untuk mereka yang lemah dan takut menghadapi hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh, benar-benar Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Manusia boleh mendengki tetapi Allah SWT tetap membahagi menurut qada’ dan qadarnya, bukankah sia-sia saja melawan ketentuan Allah terhadap saudara kita?

24 March, 2009

"ARAHKAN DO'AMU HANYA KEPADA ALLAH"

Islam datang membimbing manusia agar tetap berjalan di atas fitrahnya yang lurus dengan diturunkannnya syariat Islam yang agung ini.

Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman :

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ
عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ
النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

"Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah Ar-Ruum: 30)

Berkenaan dengan ayat di atas, Nabi Shalalllahu 'alaihi wa sallam: bersabda (yang artinya) : "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah ,maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nashrani, dan Majusi ( penyembah api )." (HR.Bukhari dan Muslim dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu).

Maka di dalam hadits yang mulia ini terdapat penjelasan yang menunjukkan bahwasanya bayi itu dilahir sesuai dengan fitrah, artinya bukan dalam keadaan kosong jiwanya melainkan mereka lahir diatas fitrahnya sebagai muslim, yang senantiasa condong untuk mentauhidkan dalam beribadah kepada-Nya.

Sehingga tepatlah firman Allah Subhanahu wa ta'ala- yang menjelaskan tentang tujuan penciptaan manusia iaitu untuk mentauhidkan Allah Subhanahu wa ta'ala dan hanya beribadah kepada-Nya semata .

Allah subhanahu wa ta'ala- berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku."
(Surah Az-Zaariyaat: 56)

Maka di dalam ayat yang mulia ini terdapat penjelasan bahwa Allah Subhanahu wa ta'ala- menciptakan manusia dan jin agar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan ibadah itu meliputi hati, perkataan dan juga perbuatan seperti do'a, takut, berharap, tawakkal, cinta, nadzar, dan lain-lain. Semua bentuk ibadah ini harus ditujukan kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata, dan barang siapa yang mengarahkan salah satu ibadah tersebut kepada selain Allah Subhanahu wa ta'ala maka ia adalah musyrik dan kafir.

Dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa ta'ala-:

وَمَن يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا
حِسَابُهُ عِندَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

"Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang yang kafir tidak akan berjaya."
(Surah Al-Mu'minuun: 117)

Dan diantara jenis ibadah tersebut antara lain:
Berdo'a kepada Allah -subhanahu wa ta'ala- :
Do'a itu sendiri ada dua macam iaitu:

a. Do'a mas'alah adalah: Do'a untuk meminta sesuatu dari keperluannya, dan ia termasuk ibadah bila dilakukan oleh seorang hamba kepada Rabbnya, karena ia mengandung makna perlu dan bersandarnya seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa ta'ala, serta keyakinan bahawa Dia menyandang sifat Maha Kuasa dan Maha Pemurah, serta memiliki kurnia dan kasih sayang yang luas. Seperti ucapan seseorang: Ya Allah berikanlah aku rezki. Jika permintaan itu dilakukan sesama makhluk, maka diperbolehkan dengan syarat yang dituju adalah orang yang mampu memenuhi permintaan tersebut.

b. Do'a Ibadah adalah: Seseorang menggunakan do'a tersebut dalam bentuk beribadah kepada yang dimohonnya dalam rangka memohon pahalanya dan karena takut terhadap hukumnya. Do'a ibadah ini tidak boleh diarahkan kepada selain Allah Subhanahu wa ta'ala, mengarahkan kepada selain Allah Subhanahu wa ta'ala merupakan syirik akbar (kesyirikan yang besar) yang boleh mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, orang yang melakukannya terkena ancaman Allah Subhanahu wa ta'ala- :

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

"Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghaafir: 60)

Adapun dalil-dalil yang menunjukkan bahawasannya do'a itu merupakan ibadah, adalah sebagai berikut :

1. Firman Allah -subhanahu wa ta'ala- :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ
عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghaafir: 60)

Berkata Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Utsaimin : Ayat yang mulia ini menunjukan bahawa do'a merupakan ibadah. Jika tidak, tentu tidak benar untuk dikatakan:" Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepada-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina, maka barang siapa yang memohon kepada selain Allah Subhanahu wa ta'ala- sesuatu yang hanya mampu diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala-, berarti orang tersebut musyrik dan kafir, baik yang dimohonnya itu yang masih hidup atau mati. Namun barang siapa yang meminta kepada orang yang masih hidup, sesuatu yang masih boleh diberikannnya, misalnya mengatakan: " Wahai fulan, berilah aku makan, Wahai fulan berilah aku minum", maka ia tidak berdosa. Jika ia memohon kepada orang yang mati atau orang yang berada di kejauhan dengan permohonan seperti ini maka ia musyrik, karena mayit atau orang yang berada di kejauhan tidak mungkin memberikan hal yang semacam itu, maka permohonannya itu menunjukan bahwasannya ia memiliki keyakinan, bahawa yang dimohonnya itu memiliki kekuatan untuk mengatur alam semesta sekehendaknya, maka jadilah ia musyrik dengan sebab itu. ( Syarh Al Usul Ats Tsalatsah).

2. Allah -subhanahu wa ta'ala- berfirman :

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." ( Surah AL-A'raaf: 55)

3. Allah Ta'ala juga menegaskan dalam firman-Nya :

قُلْ أَرَأَيْتُكُم إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللّهِ أَوْ أَتَتْكُمُ السَّاعَةُ أَغَيْرَ
اللّهِ تَدْعُونَ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

"Katakanlah: Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepadamu azab Allah, atau datang kepadamu hari Kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah, jika betul; kamu orang yang benar? " (Surah Al-An'aam: 40) dan

بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِنْ شَاء
وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ

"Bahkan Dialah yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu seru pada-Nya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan. " (Surah Al-An'aam: 41)

4. Allah Azza wajalla juga menegaskan dalam firman-Nya:

لَهُ دَعْوَةُ الْحَقِّ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ لاَ يَسْتَجِيبُونَ
لَهُم بِشَيْءٍ إِلاَّ كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَاء لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا
هُوَ بِبَالِغِهِ وَمَا دُعَاء الْكَافِرِينَ إِلاَّ فِي ضَلاَلٍ

"Kuasa menerima ibadat yang benar tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah selain dari Allah, tidak dapat memberikan kepada mereka, sesuatu pun, melainkan seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang kafir itu melainkan dalam kesesatan." (Surah Ar-Ra'd: 14)

5. Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَةُ

"Sesungguhnya do'a itu adalah ibadah " (HR At-Tirmidzi , Abu Daud no: 1479, Ibnu Majah dari sahabat Nu'man bin Basyir di shahihkan oleh syaikh Al Albani dalam shahih At-Tirmidzi).

Wallahu a'lam bi shawaab.

23 March, 2009

DOA DARI ALQURANUL KARIM

DOA – DOA DARI ALQURAANUL KARIM

ربنا تقبل منا إنك أنت السميع العليم
YA TUHAN KAMI TERIMALAH DARIPADA KAMI ( AMALAN KAMI ) SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI

ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذرياتنا أمة مسلمة لك وأرنا مناسكنا
وتب علينا إنك أنت التواب الرحيم

YA TUHAN KAMI JADIKANLAH KAMI BERDUA ORANG YANG TUNDUK PATUH KEPADA ENGKAU DAN (JADIKANLAH)DI ANTARA ANAK CUCU KAMI UMAT YANG TUNDUK PATUH KEPADA ENGKAU DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI CARA-CARA DAN TEMPAT ID\BADAT HAJI KAMI DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI , SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA PENYAYANG.

ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
YA TUHANKAMI BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT DAN PELIHARALAH KAMI DARI SEKSA NERAKA.

ربنا أفرغ علينا صبرا وثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين
YA TUHAN KAMI KURNIAKANLAH KESABARAN PADA DIRI KAMI , DAN UKUHKANL;AH PENDIRIAN KAMI DAN TOLONGLAH KAMI TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR.

ربنا لا تؤا خذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما
حملته على الذين من قبلنا ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به واعف عنا
واغفرلنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين

YA TUHAN KAMI JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU TERSALAH . YA TUHAN KAMI JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG SEBELUM KAMI , JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA . BERI MAAFLAH KAMI AMPUNKANLAH KAMI DAN RAHMATILAH KAMI ENGKAULAH PENOLONG KAMI MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR.

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة
إنك أنت الوهاب

YA TUHAN KAMI JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI-HATI KAMI CONDONG KEPADA KESESATAN SESUDAH ENGKAU BERI PETUNJUK KEPADA KAMI . DAN KURNIAKANLAH KAMI RAHMAT DARI SISI ENGKAU KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI KURNIA.

ربنا اغفرلنا ذنوبنا وإسرافنا في أمرنا وثبت أقدامنا وانصرنا
على القوم الكافرين

YA TUHAN KAMI , AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN TINDAKAN-TINDAKAN KAMI YANG BERLEBIH-LEBIHAN DALAN URUSAN KAMI DAN TETAPKANLAH PENDIRIAN KAMI DAN TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR.

حسبنا الله ونعم الوكيل
CUKUP LAH ALLAH MENJADI PENOLONG KAMI DAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG.

ربنا إننا سمعنا منا ديا ينادى للإيمان أن آمنوا بربكم فئامنا ربنا
فاغفرلنا ذنوبنا وكفر عنا سيئاتنا وتوفنا مع الأبرار

YA TUHAN KAMI , SESUNGGUHNYA KAMI MENDENGAR ( SERUAN ) YANG MENYERU KEPADA IMAN ( IAITU) : BERIMANLAH KAMU KEPADA TUHAN KAMU , MAKA KAMI PUN BERIMAN . YA TUHAN KAMI , AMPUNILAH BAGI KAMI DOSA-DOSA KAMI DAN HAPUSKANLAH DARI KAMI KESALAHAN-KESALAHAN KAMI DAN WAFATKANLAH KAMI BESERTA ORANG-ORANG YANG BERBAKTI.


ربنا وءاتنا ما وعدتنا على رسلك ولا تخزنا يوم القيامة
إنك لا تخلف الميعاد

YA TUHAN KAMI , BERILAH KAMI APA YANG TELAH ENGKAU JANJIKAN KEPADA KAMI DENGAN PERANTARAAN RASUL-RASUL ENGKAU . DAN JANGANLAH ENGKAU HINAKAN KAMI DI HARI KIAMAT . SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين
YA TUHAN KAMI , KAMI TELAH MENGANIAYA DIRI KAMI SENDIRI DAN JIKA ENGKAU TIDAK MENGAMOUNI KAMI DAN MEMBERI RAHMAT KEPADA KAMI , NESCAYA PASTI KAMI TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI.

حسبي الله لاإله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
CUKUPLAH ALLAH BAGIKU , TIDAK ADA TUHAN SELAIN DIA , HANYA KEPADANYA AKU BERTAWAKKAL DAN DIA ADALAH TUHAN YANG MEMILIKI ‘ARSY YANG AGUNG.

رب اجعلني مقيم الصلاة ومن ذرياتي ربنا وتقبل دعاء
YA TUHAN KU , JADIKANLAH AKU DAN ANAK CUCUKU ORANG-ORANG YANG TETAP MENDIRIKAN SEMBAHYANG , YA TUHAN KAMI PERKENANKANLAH DOA .

ربنا اغفرلي ولوالدي وللمؤمنين يوم يقوم الحساب
YA TUHAN KAMI BERI AMPUNLAH AKU DAN KEDUA IBU BAPAKU DAN SEKALIAN ORANG MUKMIN PADA HARI TERJADINYA HISAB ( HARI KIAMAT ).

رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا

YA TUHAN KU MASUKANLAH AKU SECARA MASUK YANG BENAR DAN KELUARKANLAH (PULA ) AKU SECARA KELUAR YANG BENAR DAN BERIKANLAH AKU DARI SISI MU KEKUASAAN YANG MENOLONG.

ربنا ءاتنا من لدنك رحمة وهيئ لنا من أمرنا رشدا
WAHAI TUHAN KAMI BERIKANLAH RAHMAT KEPADA KAMI DARI SISIMU DAN SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI PETUNJUK YANG LURUS DALAM URUSAN KAMI.

رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة
من لساني يفقهو قولي

YYA TUHAN KU LAPANGKANLAH UNTUKKU DADAKU DAN MUDAHKANLAH UNTUKKU URUSANKU DAN LEPASKANLAH KEKAKUAN DARI LIDAHKU , AGAR MEREKA MENGERTI PERKATAANKU.

لاإله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
BAHAWA TIDAK ADA TUHAN ( YANG BERHAK DISEMBAH ) SELAIN ENGKAU , MAHA SUCI ENGKAU , SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORANG-ORANG YANG ZALIM

رب أنزلني منزلا مباركا وأنت خير المنزلين
YA TUHAN KU TEMPATKAN LAH PADA TEMPAT YANG DIBERKATI DAN ENGKAU ADALAH SEBAUK-BAIK YANG MEMBERI TEMPAT.

رب أعوذ بك من همزات الشياطين وأعوذ بك رب أن يحضرون
YA TUHAN KU AKU BERLINDUNG KEPADA ENGKAU DARI BISIKAN-BISIKAN SYAITAN , DAN AKU BERLINDUNG ( PULA ) KEPADA ENGKAU YA TUHANKU DARI KEDATANGAN MEREKA KEPADAKU.

ربنا آمنا فاغفرلنا وارحمنا وأنت خير الراحمين
YA TUHAN KAMI , KAMI TELAH BERIMAN , MAKA AMPUNILAH KAMI DAN BERILAH KAMI RAHMAT DAN ENGKAU ADALAH PEMBERI RAHMAT YANG PALING BAIK.

رب اغفر وارحم وأنت خير الراحمين
YA TUHAN KU , BERILAH AMPUN DAN KASIH SAYANG SESUNGGUHNYA ENGKAU ADALAH PEMBERI RAHMAT YANG PALING BAIK.

ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعل للمتقين إماما
YA TUHAN KAMI , ANUGERAHKANLAH KEPADA KAMI ISTERI-ISTERI KAMI DAN KETURUNAN KAMI SEBAGIA PENYENANG HATI KAMI DAN JADIKANLAH KAMI IMAM BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.

ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل
في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف الرحيم

YA TUHAN KAMI , BERI AMPUNLAH KAMI DAN SAUDARA-SAUDARA KAMI YANG TELAH BERIMAN LEBIH DAHULU DARI KAMI DAN JANGANLAH ENGKAU MEMBIARKAN KEDENGKIAN DALAM HATI KAMI TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN , YA TUHAN KAMI SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENYANTUN LAGI MAHA PENYAYANG.

ربنا عليك توكلنا وإليك أنبنا وإليك المصير
YA TUHAN KAMI HANYA KEPADA ENGKAU KAMI BERTAWAKKAL DAN HANYA KEPADA ENGKAU LAH KAMI BERTAUBAT DAN HANYA KEPADA ENGKAU KAMI KEMBALI.

ربنا لا تجعلنا فتنة للذين كفروا واغفرلنا ربنا إنك أنت العزيز الحكيم
YA TUHAN KAMI JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI (SASARAN)FITNAH ORANG-ORANG KAFIR . DAN AMPUNILAH KAMI YA TUHAN KAMI , SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA.

رب اغفرلي ولوالدي ولمن دخل بيتي مؤمنا وللمؤمنين
والمؤمنات ولا تزد الظالمين إلا تبارا

YA TUHAN KU , AMPUNILAH AKU KEDUA IBU BAPA KU , ORANG-ORANG YANG MASUK RUMAHKU DENGAN BERIMAN DAN SEMUA ORANG YANG BERIMAN LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN . DAN JANGANLAH ENGKAU TEMBAHKAN BAGI ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU MELAINKAN KEBINASAAN.

يا ربي لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك
WAHAI TUHAN , UNTUK-MU PUJIAN YANG SETANDING DENGAN KEBESARAN SERTA KEMULIAAN WAJAH MU DAN KEAGUNGAN KEKUASAAN MU.

21 March, 2009

MUSIBAH DAN KESABARAN

Keutamaan kesabaran dalam menghadapi musibah

Firman Allah Ta'ala:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Ertinya: "Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah Al-Baqarah: 156-157)

Firman Allah Ta'ala lagi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Ertinya: "Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: 153)
Seterusnya Firman Allah Ta'ala berbunyi:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ
وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya: "Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya." (Surah Ali 'Imran: 200)

Firman Allah lagi:

وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Ertinya: "Dan orang yang sabar dan memaafkan, sungguh perbuatan yang demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat. " (Surah Surah Asy-Syuura: 43)

Firman Allah Ta'ala seterusnya:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Ertinya: "Dan sungguh! Kami tetap mengujimu sehingga Kami mengetahui orang yang berjuang di kalanganmu dan orang yang sabar; dan Kami akan menguji hal kamu." (Surah Muhammad:31) Seterusnya Allah Ta'ala berfirman:

لاَ يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا إِنَّ اللّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Ertinya: "Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka tidak membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah tahu apa yang mereka lakukan. " (Surah Ali 'Imran 120)

Firman Allah Ta'ala Lagi:

وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرينَ

Ertinya: "Dan jika kamu bersabar, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar. " (Surah An Nahl: 126)

Sebenarnya, masih banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menyeru supaya sentiasa bersifat sabar. Menurut Imam Ahmad, tidak kurang dari (90) sembilan puluh ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan tentang kesabaran. Selanjutnya hadith-hadith yang menjelaskan tentang kesabaran juga banyak jumlahnya, di antara hadith-hadith tersebut ialah:

Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik r.a. menjelaskan bahawa pernah satu hari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam sedang berjalan melalui tanah perkuburan, tiba-tiba Baginda melihat seorang wanita sedang menangisi salah seorang dari keluarganya yang meninggal dunia di atas kubur tersebut, maka pada waktu itu Baginda bersabda: "Takutlah kamu kepada Allah dan bersabarlah!". Maka wanita itu menjawab: "Kamu boleh saja berkata seperti itu, sebab kamu belum pernah merasakan seperti musibah yang aku alami pada saat ini."

Kepada wanita itu dijelaskan, bahawa orang yang sedang berada di hadapannya itu adalah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam maka pada suatu hari wanita itu datang menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam maka pada waktu itu ia berkata: Saya mohon maaf, sesungguhnya saya sama sekali tidak mengenalimu. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kesabaran itu adalah pada saat jatuhnya musibah."

Hadith di atas ini menyerupai sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam yang mengatakan, bahawa bukanlah yang dinamakan kuat itu kerana gagah perkasanya seseorang dalam suatu pertandingan, akan tetapi sebenarnya orang kuat itu adalah orang sanggup menahan dirinya pada saat ia marah. Kesamaannya ialah, ketika datangnya musibah secara mengejut dan secara tiba-tiba itu kadangkala boleh menggoncangkan hati, justeru itu kesabaran pada saat tibanya musibah adalah sangat diperlukan, kerana ketika itulah seseorang harus menekan kekuatan timbulnya kesedihan secara tiba-tiba itu, jika ia berhasil, nescaya akan ringanlah kesedihannya sesudah itu, begitu juga halnya dengan marah.

Dalam sebuah hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari menjelaskan bahawasanya Allah telah berfirman yang maksudnya: Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang tabah, pada saat Aku mengambil sesuatu yang dicintainya dari ahli dunia, maka tidaklah lain pahala untuknya kecuali syurga."

Abu Malik Al Haris bin Asim Al Asy’ari r.a. ia berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam kebersihan itu adalah kebahagiaan dari iman, Alhamdulillah, pahalanya memenuhi timbangan, ucapan Subhanallah walhamdulillah, pahalanya memenuhi antara langit dan bumi, sholat adalah cahaya, sedekah adalah bukti, kesabaran adalah pelita dalam kehidupan, al-Quran adalah hujjah bagimu atau atas dirimu. (HR Muslim)

Abu Said Al Khudri r.a. menjelaskan bahawa orang-orang Ansar meminta sesuatu kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam maka baginda pun memberi mereka. Maka mereka meminta lagi, baginda memberinya lagi sehingga habislah semua yang baginda miliki. Pada saaat baginda sudah tidak memiliki apa-apa, maka baginda bersabda: "Jika sekiranya aku masih memiliki apa-apa, tidak akan aku sembunyikan dari kamu. Barangsiapa yang menjaga diri, maka Allah akan menjaganya, barangsiapa yang meminta kaya, maka Allah akan menjadikannya kaya, barangsiapa yang meminta sabar, maka Allah akan menjadikannya orang yang bersabar. Sesungguhnya tidak ada lagi yang lebih berharga dari pemberian Allah kepada seseorang, kecuali kesabaran." (HR Bukhari dan Muslim)

Ata’ bin Rabah berkata kepada Ibn Abbas: Mahukah kamu aku beritahu seorang wanita calon syurga? Ibn Abbas menjawab: Ya, aku mahu! Ata’ bin Rabah berkata: Wanita hitam inilah orangnya. Ia pernah datang menghadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam dan berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Aku sering diserang penyakit pitam hingga tidak sedarkan diri, sehingga terbuka auratku, oleh kerana itu, tolonglah doakan kepada Allah untuk diriku ini." Maka Baginda bersabda: Jika engkau bersabar, aku jamin engkau bakal masuk syurga, dan kalau engkau mahu, aku akan pohonkan dirimu kepada Allah supaya Dia menyembuhkan penyakitmu. Maka ia menjawab: Baiklah, saya akan tetap bersabar, cuma yang saya pohonkan agar aurat saya tidak terbuka pada waktu saya terkena pitam itu". Maka Rasulullah s.a.w. pun mendoakan untuknya. (HR Bukhari dan Muslim)

Suhaib bin Sinan r.a. berkata telah bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam: "Sungguh menghairankan keadaan orang mukmin itu, semua urusannya adalah baik dan perkara yang demikian tidaklah dimiliki kecuali oleh orang mukmin. Jika dianugerahkan kenikmatan ia bersyukur, dan ini sangat baik bagi dirinya, sedangkan jika ia mendapat musibah, ia bersabar dan ini sangat baik bagi dirinya." (HR Muslim)

Hadith dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam bersabda: Cubaan apapun yang diberikan Allah kepada orang Islam, baik itu berupa kepayahan, kesakitan, kesusahan, kesedihan dan sebagainya, bahkan hingga duri yang mencucuk dikakinya, melainkan Allah akan menebus kesalahannya dengan cubaan tersebut."

Musa Al Asyari berkata bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Salam, atau yang lebih berat atau yang lebih ringan dari itu, melainkan ada pengampunan dosa untuknya. Bahkan amat ramai orang yang dimaafkan kerana itu, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang maksudnya:

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

"Dan apa yang menimpamu dari sesuatu kesusahan, maka ia disebabkan oleh perbuatanmu; dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu." (Surah Asy-Syuura:30)

Anas bin Malik r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa salam: Pada hari kiamat nanti akan disediakan timbangan, maka datang para ahli sholat, maka pahala mereka diberi dan setelah ditimbang lalu datang orang ahli puasa, maka pahalanya diberi setelah ditimbang, lalu datang ahli sedekah, maka pahalanya diberi dengan cara ditimbang, lalu datang orang yang mengerjakan ibadah haji, lalu pahalanya diberi juga dengan ditimbang, lalu datang pula orang-orang yang pernah ditimpa musibah, maka pahala untuk mereka tanpa dihitung dan tanpa ditimbang. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah Ta'ala:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

Ertinya: "Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar: 10)

Imam Malik dalam kitabnya ‘Muwatta’ telah meriwayatkan sebuah hadith dari Ata’ bin Yasar, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa salam bersabda: "Bila seorang hamba sakit, maka Allah mengutus dua malaikat kepadanya, kepada malaikat tersebut Allah berfirman: Dengarkanlah apa yang dikatakan oleh hamba-Ku ini kepada orang yang datang melihatnya; jika ia memuji-Ku, maka beritahukanlah hal itu kepada-Ku, sedangkan Allah Maha Mengetahui semuanya itu, maka Allah kembali berfirman: Bagi hamba-Ku itu, bila ia Aku matikan, ia akan Aku masukkan ke dalam syurga, jika ia Aku sihatkan, maka akan Aku gantikan dagingnya dan darahnya dengan yang lebih baik dari yang semula, dan akan Aku ampunkan semua kesalahannya."


TAMBAHAN

Kesabaran Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam menyebarkan dakwah layak menjadi motivasi bagi kita untuk meneladaninya. Kita wajib berjalan di atas manhaj (metode) beliau di dalam apa-apa sahaja semata-mata karena Allah tanpa membela kepentingan pribadi.

Pada hari ini, sering kita lihat sebahagian orang yang bersikap terburu-buru dalam berdakwah. Berharap dapat segera memetik hasil. Hanya membela kepentingan pribadi yang justru hal itu merusak dakwah dan mengotori keikhlasan. Oleh sebab itu, berapa banyak kelompok-kelompok dakwah yang gagal karena individu-individunya tidak memiliki kesabaran dan ketabahan!

Saperti Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
"Maka bersabarlah aku sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu. " (Surah yusuf: 18)

Sumber: Rahmat disebalik dugaan oleh Kasmuri Selamat
Penyunting/Edit oleh: HAR