Al
Quran Dan Sunnah Sebagai pedoman
Alquran dan as Sunnah adalah pedoman hidup kita
dalam beragama dan kunci keselamatan di dunia dan akhirat. Keduanya adalah
jalan untuk meraih kebahagiaan yang abadi.
Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu
apabila kamu berpegang teguh dengannya, maka kamu tidak akan tersesat
selamanya; Kitâbullah dan Sunnah Nabi-Nya”. [HR Hâkim].
Perintah untuk mengikut Sunnah
Kita diperintahkan untuk
menuruti sunnah Rasulullah Shallalahu
alaihi wassalam dalam mengamalkan syariat agama ini. Kerana akan muncul
berbagai-bagai fikrah yang mengamalkan agama ini dari pemahaman dasar tauhid,
ibadah, penafsiran Alquran dan penafsiran hadis yang berbeza dengan apa yang
dibawa oleh Rasulullah saw dan pemahaman para sahabat. Ditambah lagi dengan
penyebaran hadis palsu yang menjadikan pengikut hadis palsu ini tersesat.
‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiyallahu anhu berkata :
“Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam membuat garis dengan tangannya kemudian bersabda:
‘Ini jalan Allah yang lurus.’
Lalu beliau membuat garis-garis di kanan
kirinya, kemudian bersabda:
‘Ini adalah jalan-jalan yang bercerai-berai
(sesat) tidak satupun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat
syaithan yang menyeru kepadanya.’ Selanjutnya beliau membaca firman Allah Azza
wa Jalla:
وَأَنَّ هٰذا صِراطي مُستَقيمًا فَاتَّبِعوهُ ۖ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُم عَن سَبيلِهِ ۚ ذٰلِكُم وَصّاكُم بِهِ لَعَلَّكُم تَتَّقونَ
Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah
jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, janganlah kamu mengikuti jalan-jalan
(yang lain) karena jalan-jalan itu mencerai-berai-kan kamu dari jalan-Nya. Yang
demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.’”
[Al-An’aam: 153]
Hadits shahih riwayat Ahmad (I/435, 465),
ad-Darimy (I/67-68), al-Hakim (II/318), Syarhus Sunnah lil Imaam al-Baghawy
(no. 97), dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam As-Sunnah libni Abi ‘Ashim no.
17. Tafsir an-Nasa-i (no. 194). Adapun tambahan (mutafarriqatun) diriwayatkan
oleh Imam Ahmad (I/435).
PENGAJARAN DARI
HADIS
Hadis diatas menjadi dalil untuk sentiasa ittiba
atau menurut sunnah Rasulullah saw dalam mengamalkan agama ini. Rasulullah saw
menegaskan bahawa jalan menuju kebaikan itu hanya satu dan jalan lain adalah
kesesatan dalam agama. Jalan atau maksudnya sunnah adalah kaedah dalam
mengamalkan agama ini hanya satu sahaja. Tidak ada bentuk pemahaman tauhid yang
berbeza, tidak ada bentuk rukun asas solat yang berbeza dan apa jua bentuk cara
peribadatan yang berbeza dari zaman para sahabat hingga zaman sekarang.
Kayu ukur dalam mengikuti sunnah adalah para
sahabat kerana para sahabat adalah muridnya Rasulullah saw. Jika ada amalan
kita dizaman ini yang tidak pernah dilakukan oleh para sahabat dan tidak pernah
difatwakan oleh ulama terdahulu yang menuruti sunnah maka harus diselidiki dari
sumber manakah amalan atau bentuk pemahaman ini. Terkecuali adalah perkara
khilaf kerana ia hanya menyentuh perkara furu' dan tidak perkara asas.
Empat
wasiat Rasulullah untuk umatnya
Di hari-hari terakhir Rasulullah Shallalahu
alaihi wassalam, beliau banyak meninggalkan pesanan-pesanan yang berupa nasihat
kepada para sahabat. Diantara wasiat itu adalah empat wasiat Rasulullah tentang
keutamaan sentiada bertakwa, pentingnya bersatu didalam sunnah agama yang benar
dan taat kepada pemerintah yang sah. Beliau juga memerintahkan para sahabat
meninggalkan perkara-perkara bidaah dalam agama.
Berkata al-‘Irbadh bin Sariyah Radhiyallahu anhu : “Suatu hari
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat bersama
kami kemudian beliau menghadap kepada kami dan memberikan nasihat kepada kami
dengan nasihat yang menjadikan air mata berlinang dan membuat hati bergetar,
maka seseorang berkata: ‘Wahai Rasulullah nasihat ini seakan-akan nasihat dari
orang yang akan berpisah, maka berikanlah kami wasiat.’ Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
‘Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertaqwa kepada Allah, tetaplah mendengar
dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah seorang budak dari Habasyah.
Sungguh, orang yang masih hidup di antara kamu setelahku akan melihat
perselisihan yang banyak, maka wajib atas kamu berpegang teguh kepada Sunnahku
dan Sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah erat-erat dan
gigitlah dia dengan gigi gerahammu. Dan jauhilah oleh kamu perkara-perkara yang
baru (dalam agama), karena sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah
bid‘ah. Dan setiap bid‘ah itu adalah sesat.”
HR. Ahmad (IV/126-127), Abu Dawud (no. 4607) dan
at-Tirmidzi (no. 2676), ad-Darimy (I/44), al-Baghawy dalam kitabnya Syarhus
Sunnah (I/205), al-Hakim (I/95), dishahihkan dan disepakati oleh Imam
adz-Dzahabi. Syaikh al-Albani juga menshahihkan hadits ini dalam Irwaa-ul
Ghaliil (no. 2455).
PENGAJARAN DARI HADIS
Rasulullah mewasiatkan kepada kita sebagai
umatnya untuk tetap Istiqamah kepad 4 perkara iaitu:
KEKAL SENTIASA BERTAKWA
Takwa adalah melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah subhana wa taala dengan penuh keiklasan dan mengharap kepada pengampunan dan balasan syurga dan dijauhkan dari siksaan api neraka. Dan untuk menjadi orang yang bertakwa harus di pelajari ilmu yang benar dari para ilmuan yang meniti di jalan sunnah yang benar.
TAAT KEPADA PEMIMPIN YANG SAH
Rasulullah saw memerintahkan kita untuk kekal taat kepada pemimpin yang sah walaupun yang meminpin itu seorang hamba kulit hitam. Memang tidak ada seorang pun yang suka seorang hamba sebagai pemimpin tetapi Rasulullah saw memerintahkan kita untuk taat jika itulah pemimpin kita selagi mana pemimpin itu tidak mengajak kepada perkara larangan Allah kerana ketàatan kepada Allah adalah suatu yang mutlak.
TETAP BERPEGANG KEPADA SUNNAH YANG HAQ
Sentiasa ittiba atau menurut sunnah Rasulullah saw dalam perkara syariat. Kaedahnya adalah berpegang kepada dalil dari hadis sahih. Dan telah muncul berbagai kelompok seperti muktazilah dan pecahannya yang mendahulukan logik akal dari hadis, khawarij yang mengkafirkan kepimpinan muslimin dan pelaku dosa, jabarriah, qadarriah, antihadis, plurisme, sekularisme dan sebagainya. Namun nabi saw berpesan untuk berpegang dengan sunnahnya walaupin bersendirian.
HINDARI PERKARA BAHARU ATAU BIDAAH
Bidaah adalah bentuk pemahaman aqidah tauhid dan amalan ibadat yang baharu dan tidak pernah diajar dan dilakukan oleh nabi saw dan sahabatnya.
Umat
Islam ditindas oleh musuhnya
Umat ini akan dan telah ditindas. Contoh yang
paling nyata adalah penindasan umat Palestin oleh rejim zionis. Meskipun
dibantah oleh dunia antarabangsa tetapi Rejim Zionis tidak pernah berundur dari
menindas Palestine. Sejarah juga telah menunjukkan betapa penjajahan berterusan
kaum kuffar dan tekanan yang diberi kepada negara-negara kaum muslimin sehingga
mereka menjadi semakin lemah.
Hadis
Nabi tentang penindasan keatas kaum muslimin
Rasulullah saw telah meyebut tentang perkara ini
berdasarkan hadis seperti di bawah:
"Ertinya : 'Telah berkumpul umat-umat untuk
menghadapi kamu, sebagaimana orang-orang yang makan berkumpul menghadapi
hidangannya'.
Mereka berkata : "Apakah pada ketika itu
kami sedikit wahai Rasulullah ?
Beliau menjawab : 'Tidak, pada saat itu kamu
banyak, tetapi kamu seperti buih di lautan, dan Allah akan menghilangkan rasa
takut dari dada-dada musuh kamu kepada kamu, dan Allah akan menimpakan pada
hati kamu penyakit Al-Wahn'.
Mereka berkata : Apakah penyakit Al-Wahn itu
wahai Rasulullah?.
Beliau menjawab :'Cinta dunia dan takut akan
mati".
Haadits Shahih, diriwayatkan oleh Abu Daud
(4297), Ahmad (5/287), dari hadits Tsaubah Radhiyallahu anhu, dan disahihkan
oleh Al-Albani dengan dua jalannya tersebut dalam As-Shahihah (958)]
PUNCA-PUNCA UMAT ISLAM DITINDAS
Sekitar permulaan abad ke 14 dimana bangkitnya
penentangan orang kristian di sepanyol atau Wilayah Cordova yang merupakan
pusat pemerintahan Islam di Eropah. Umat Islam menjadi umat yang maju dan
berilmu dan memiliki ketamadunan hingga mampu kekal sebagai empayar di Eropah
selama ratusan tahun. Tetapi kini azan sudah hampir tidak lagi kedengaran di
Sepanyol. Hanya segelintir umat Islam yang ada di sana, itupun mungkin
pendatang. Sejarah ada menyebut ketika kekalahan khalifah Cordova, jutaan kaum
muslimin telah dibunuh sama seperti penaklukan syiah di Iran dari pemerintahan
Turki.
Penjajahan Kaum Kuffar berterusan hingga ke
tanah air kita. Selepas kekalahan Melaka kepada Portugis kita mula di jajah
oleh Belanda dan British. herannya, British yang menjajah bukanlah sebuah
negara tetapi hanya sebuah Syarikat iaitu Syarikat Hindia Timur British.
Penjajahan yang cukup mudah kerana tanpa melibatkan banyak peperangan tetapi
kita serahkan tanah kita untuk ditadbir oleh mereka. Betapa lemahnya kaum
muslimin.
Hadis diatas menunjukkan sesuatu perkara yang
pasti terjadi kepada kaum muslimin dan sekarang telah terjadi. Justeru itu
harus diteliti dan dipelajari puncanya untuk mengembalikan kegelimangan kita di
mata kaum kuffar. Apa yang difahami dari penjelasan para Ulama dan pembacaan
dapat disimpulkan bahawa kaum kuffar mengetahui bila masa kita lemah.
Kerana sejarah menunjukkan kaum muslimin tidak
pernah terkalah dalam apa jua medan pun samada medan tempur atau medan hujah.
Contohnya perang Yarmuk betapa jumlah yang besar tentera Rom masih tidak mampu
menewaskan tentera muslimin yang berskala sederhana. Malah Parsi sendiri tidak
mampu mengalahkannya. Ketika berlaku peperangan antara bani Umaiyah dan
Abbassiah, masih tidak ada kuasa kuffar yang mampu mengalahkannya.
Sebahagian para ulama berpendapat kelemahan umat Islam adalah kerana meninggalkan sunnah dan meratanya amalan dan pemahaman bidaah. Bercampuraduk agama dengan kesyirikan. Sehingga kini ramai yang melakukan suatu amalan tanpa mengambilkira dalil iaitu iaitu hadis samada dari sumber sahih atau daif. Malahan berlakunya amalan kesyirikanyang dikaitkan dengan agama.
Diantara nya lagi , ada umat Islam yang hanya
berpegang dengan alquranul karim tanpa berpegang dengan alhadith , mereka hanya
membaca alquran terjemahan dari para ulama – ulama , sedangkan diri mereka
tidak mengerti Bahasa arab dan tata Bahasa tersebut ,dan tidak mempunyai latar
belakang mempelajari agama samada secara formal atau tidak formal , atau mereka
hanya belajar tentang agama islam dan perbandingan agama-agama , hanya dengan
Bahasa inggeris dan Bahasa-bahasa lainnya ,tetapi jahil Bahasa arab,lalu
mendabik dada mendakwa diri mereka telah setaraf dan sebanding dengan para
ulama dan merasa diri serba benar selain mereka adalah salah !!
Mereka ini membaca terjemahan alquran kemudian
memahaminya menurut lintasan otak sendiri dan tanpa berpandu dengan ilmu ilmu
lain sebagai mekanisme untuk memahami alquran seperti alhadith-alhadith yang
sahih samada melalui perkataan , perbuatan dan ikrar dari pembawa wahyu iaitu
Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasalam.dan tanpa pernah mempelajari ulumul
quran dan ulumul hadith , mereka terus sahaja memahami alquran dengan pemikiran
mereka yang cetek dan penuh emosi. Merasa diri telah menguasai makna dan tafsir
alquran walaupun sebenarnya orang sebegini hanya memahami dan menghayati
makna-makna alquran menurut apa yang terlintas di benak mereka sahaja.beralasan
bahawa alquran tak perlu di pelajari daripada para ulama , kerana para ulama
dalam anggapan mereka tidak perlu dan akan masuk neraka kesemuanya, seolah
mereka ini adalah tuhan yang menentukan sesiapa yang patut ke neraka dan ke
syurga .
Semoga kita minta di jauhi dari mereka ini ,
kerana kesesatan telah menguasai fikiran dan diri mereka , waspadalah selalu
dari mereka ini , mereka sering menggunakan ayat-ayat alquran dengan pemahaman
mereka sendiri tanpa tunjuk ajar dari petunjuk Rasulullah shallahu alaihi
wasalam dan para ulama muktabar.
والعياذ بالله من
ذالك ونسئل الله التوفيق والثبات والهداية
آمين يا رب
العالمين
No comments:
Post a Comment