Kewajipan-Kewajipan Anak berbakti Dan Patuh Pada
Orangtua
|
Seorang
ulama mengatakan bahawa kewajipan anak terhadap orangtua yang harus dipenuhi
adalah saperti berikut:
· - Jika orangtua kita memerlukan makanan kita harus memberikan nya.
· - Jika
memerlukan layanan, kita harus memberi layanan yang sebaik-baiknya.
· - Menta'ati perintahnya
· - Memenuhi panggilannya
· - Berkata dengan sopan dan tidak menyakiti hatinya
· - Berjalan di-belakangnya (tidak mendahului)
· - Mencari keridhaan darinya
· - Menjauhi segala sesuatu yang dibencinya
· - Memohon ampunan bagi mereka
Cukupilah Nafkah Orangtua jika memerlukan
Apabila kita sudah berkerja atau sudah
berkeluarga sementara orangtu kita memerlukan nafkah, maka hendaklah kita
perhatikan. Jika kita lalai kerana kita tenggelam dalam kesenangan.
Sesungguhnya banyak cerita tentang anak durhaka. Kalau sudah berumah-tangga,
jangan lupa sama sekali terhadap orangtua. Bahkan kerana pengaruh kebakilan
(kedekut) kita sehingga kita merasa sayang untuk mengeluarkan harta sedikit
sahaja buat nafkah orangtua kita. Banyak orangtua terlantar sementara anak
ditempat lain kaya raya. Betapa tak tahu balas budi anak saperti begini. Betapa
kasihan orangtua. Hancurlah hatinya, kerana mereka memelihara sejak kecil
dengan susah payah, selalu mendoa'kan agar anaknya nanti dapat kebahagian.
Setelah dewasa dan bahagia, akhirnya lupa dengan orangtua.
Oleh kerana itu, jika kita masih
mengikuti orangtua dan belum berkerja, maka kalimat ini dapat kita gunakan
sebagai peringatan. Masukkanlah ke dalam hati kita dan ingatlah sampai kita
dewasa nanti. Dan bila saat kita sudah berkerja dan sudah berumah-tangga, maka
selalulah kita menengok orangtua. Jarang sekali orangtuameminta-minta pada
anaknya kalau ia tidak memerlukan. Oleh itu kita mesti berfikir. Anak yang
patuh dan berbakti ialah memberi sebelum diminta oleh orangtua. Ingat-ingatlah
pesanan yang demikian ini.
Allah SWT
mengingatkan kita bahawa orang tua harus mendapat perlakuan baik mengingat
mereka telah memelihara, mendidik, dan mengajarkan kita berbagai hal dengan
sebaik-baiknya, dengan penuh kasih-sayang, dan melakukan berbagai pengorbanan
demi anak-anaknya. Melihat
orang tua bahagia pada masa tuanya adalah salah satu kebahagiaan terbesar kita
semua.
Oleh kerana itu kita harus berusaha
dengan setulus hati kita untuk menyediakan layanan yang terbaik kepada orang
tua kita. Memandangkan mereka dalam serba kekurangan dari segi kekuatan fizikal
dan munkin juga mental. Sesungguhnya dalam hal ini perhatian dan sokongan
daripada anak-anak amat diperlukan.
Memberi layanan yang baik
Anak
yang memberi layanan baik, bersabar menjaga orang tua dianugerahkan syurga.
“Semua dosa akan ditangguhkan Allah,
yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan
menderhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada
pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. (Riwayat Al-Hakim)
Imam
al-Ghazali berkata, cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan di
akhirat nanti. Maknanya, mereka yang memberi layanan buruk kepada kedua ibu
bapa akan diberi layanan buruk juga di hari
pembalasan kelak.
Binasalah
mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka
tidak berbakti terhadap kedua-duanya. Hal itu terus menjadi ujian kepada
anak-anak yang menyebabkan mereka terhalang
daripada mencium syurga Allah SWT.
Mereka yang tidak berbakti kepada ibu bapa
yang sudah lanjut usia, tindakan itu menyebabkan mereka terhalang daripada
mencium syurga.
Kitab Tanbihul Ghafilin
(Peringatan Bagi Orang Yang Lalai) karangan Imam Abu Laits As-Samarqand ada
membincangkan sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu
bapanya.
Antaranya, memberi layanan yang baik
kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut,
berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang mereka sukai dan
mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa setiap kali kita berdoa.
Ingatlah semua kita akan tua dan melalui
hari-hari tua yang nasibnya tidak kita ketahui apakah akan berjalan baik atau
sebaliknya. Jika kita mahukan anak berbakti kepada kita yang sudah tua nanti,
tunjukkan contoh kepada anak dengan berbakti kepada ibu bapa kini.
Allah dengan tegas menyampaikan alasan mengapa berbakti
kepada orang tua sangat penting.
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ
حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ
اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ
إِلَيَّ الْمَصِيرُ
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung
hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. (Surah Luqman: 14)
Dengan tegas Allah melarang memperlakukan buruk
orang tua, dan dalam ayat lain dalam al Quran Dia memerintahkan kita untuk
menunjukkan rasa terima kasih kepada-Nya, sebagai Pencipta kita, serta orang
tua kita.
“Dan rendahkanlah dirimu
terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku,
kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku
waktu kecil.” (Q.S Al Israa’, 17:24)
Berbakti kepada Orangtua
Cara kita berbakti
kepada kedua orang tua kita, ialah dengan mencurahkan kebaikan, baik dengan
perkataan, perbuatan ataupun harta. Berbuat baik dengan perkataan, iaitu kita
berbicara kata dengan lembah lembut, penuh dengan kasih saying dan mengunnakan
kata-kata yang sopan dan menunjukkan kelembutan serta penghormatan.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَبِالْوَالِدَيْنِ
إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ
أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا
فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun)”. (Surah Al-Israa': 23)
وَاخْفِضْ
لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا
رَبَّيَانِي صَغِيراً
“Dan hendaklah engkau merendah diri
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk
mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil”. (Surah Al-Israa’ : 24)
Berbuat baik dengan perbuatan, iaitu
menlayani keduanya dengan tenaga yang mampu kita lakukan untuk memenuhi
keperluan-keperluannya, membantu mereka walaupun tidak diminta, bersegeralah
kita dating ketika dipanggil dan mempermudahkan urusan-urusan keduanya tanpa
membahayakan agama kita.
Allah
memfirmankan perkataan kekasihNya, Ibraahiim ‘alayhis salaam kepada bapaknya:
قَالَ سَلَامٌ
عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيّاً
Nabi
Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku
mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya
kepadaku. (Surah Maryam: 47)
وَأَدْعُو
رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا
dan aku akan berdoa kepada Tuhanku…
mudah-mudahan aku tidak akan kecewa (untuk selalu) berdoa kepada Tuhanku…(Surah Maryam: 48))
Ada dua tafsiran dalam ayat
diatas:
- (tafsir al baghawiy
bermaksud) : dan aku akan menyembah Rabbku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa
untuk senantiasa menyembahNya, sebagaimana engkau kecewa dengan penyembahanmu
terhadap berhala-berhala…
- (tafsiir ibnu katsiir
bermaksud) : عَسَىٰ (iaitu mudah-mudahan) maknanya
adalah KEPASTIAN. [sehingga maknanya, aku pasti tidak akan kecewa dengan doaku kepada Rabbku]
Tafsir keduanya variatif,
bukan kontradiktif…
1. Adapun tafsir pertama,
dilihat pada sisi “doa/peribadatannya”, perkataan ini adalah permintaan dan
pengharapan-nya kepada Allaah, agar dijadikanNya untuk senantiasa dan selalu beribadah
dan berdoa hanya kepadaNya…
Allah berfirman:
وَلَا
تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّهِ
إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
“dan jangan kamu berputus asa dari rahmat
Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah,serta pertolongan
Allah. Sesunguhnya berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”(Yusuf : 87)
Allah berfirman:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
قَدْ يَئِسُوا مِنَ الْآخِرَةِ كَمَا يَئِسَ الْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُور
Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah,
mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana
berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur. (al Mumtahanah : 13)
2. Adapun tafsir kedua,
fokus pada “pengijabahan doa” tersebut… maka hendaknya kita tidak kecewa untuk
berdoa kepadaNya, hanya karena “belum melihat” realisasi dari doa kita
tersebut…
Rasulullaah bersabda:
يُسْتَجَابُ
لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي
“(Do’a) kalian akan diijabahi selagi tidak
terburu-buru, yaitu mengatakan; ‘Aku telah berdo’a, namun tidak kunjung
diijabahi.’ (HR. Bukhari)
Maka hendaknya kita tidak
jemu-jemu untuk memohonkan ampunan (serta mendoakan kebaikan) terhadap kedua
orang tua kita, baik dikala mereka hidup, apalagi tatkala mereka wafat…
Sesungguhnya Rasulullaah bersabda:
إِنَّ
الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ أَنَّى لِيْ هَذَا
فَيُقَالُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
Ada seorang lelaki yang
kedudukannya terangkat di syurga kelak. Ia pun bertanya, ”Bagaimana ini dapat
terjadi padaku?” Maka dijawab: “Lantaran istighfar anakmu untukmu.” (HR Ibnu
Maajah, dihasankan al Albaaniy)
Istighfar kita kepada
mereka, selain permohonan ampun atas dosa serta kesalahan mereka, maka juga
menjadi tambahan amalan shalih untuk mereka.
رَبَّنَا
اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Rabbighfirliy
waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabbayaaniy shaghiiraa
Wahai
Rabbku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, dan sayangilah keduanya,
sebagaimana keduanya telah mendidik aku diwaktu kecil. (Surah Al Israa’:24)
رَبَّنَا
اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai
Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan
pembalasan"
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ ا
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu
bapaku, (Surah Nuh: 28)
صَغِيراً وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ
ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي
Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al
Israa’24)
Amalan menghormati golongan tua bukan saja perintah agama,
tetapi budaya yang diamalkan dalam masyarakat bertamadun. Masyarakat yang
menghormati golongan tua mencapai tahap hidup lebih selesa, selamat dan berjaya.
Begitu besar sekali kedudukan golongan tua yang
dianggap sebagai punca kesejahteraan, keuntungan dan kejayaan hidup.
Dalam Islam, perbuatan tidak menghormati
golongan tua bukan sekadar melanggar pantang larang, tetapi melanggar perintah
Allah. Amat berat balasan melanggar perintah Allah. Pantang larang sekadar
adat, tetapi perintah Allah membabitkan keimanan dan ketakwaan. Hargai orang
tua sebelum terlambat!
Semoga bermanfaat
HUSZAINI