"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

10 December, 2008

SYIRIK...?????

SYIRIK


1. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyuruh umat beriman agar kembali bertaubat, bertakwa mendirikan sholat dan tidak syirik kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Kembalilah kepada Allah dan bertakwalah kepada-Nya; dan dirikanlah sembahyang; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik." (Surah Ar-Ruum: 31)

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا
يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
"Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; maka sesiapa yang berharap akan bertemu Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya." (Surah Al-Kahfi: 110)

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن
يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah An-Nisaa': 48)

2. Syirik atau Isyrak ialah menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala atau menganggap ada sesuatu makhluk hidup atau mati atau benda yang menyamai Allah Subhanahu wa Ta’ala baik dalam zat, sifat-sifat mahupun dalam hal menerima peribadatan dan penyembahan dari makhluk. Orang yang melakukannya disebut musyrik.

3. Umat-umat yang telah menerima ajaran-ajaran para Rasul yang telah diutus Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada mereka, setelah berlaku masa yang lama maka terjadilah banyak perubahan disebabkan keyakinan akidah yang kurang terpelihara.

Dengan adanya perubahan-perubahan yang fundamental maka tidak patut lagi agama-agama itu digolongkan agama yang hak dan benar. Seperti agama yang dibawa Nabi Ibrahim Alaihis Salam dan nabi Ismail Alaihis Salam yang diakui kaum Quraisy sebagai agama murni mereka (hanif), tetapi mereka menyembah patung dan berhala dari batu yang dipahat dan kayu yang diukir.

Orang musyrik yang mengambil pelindung selain dari Allah berkata:

مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ
بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ
"Kami tidak menyembah melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang berdusta, lagi sentiasa kufur." (Surah Az-Zumar: 3)

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا

نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن
قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta kebenaran (Al-Qur'an) yang diturunkan? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang yang fasik derhaka." (Surah Al-Hadiid: 16)

Agama-agama Yahudi dan Nasrani telah banyak mengalami perubahan fundamental sehingga kaum Yahudi percaya bahawa Uzair putera Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam susunan trinitas.
Agama-agama Yahudi dan Nasrani yang telah mengalami perubahan kerana onar para pemimpin keagamaan pada akhirnya menghasilkan keyakinan dan peribadatan yang sulit difahami dan dimengertikan oleh penganutnya sendiri. Pendita-pendita Yahudi mencipta hukum-hukum syariat dalam buku TALMUD sebagai kitab suci mereka di samping TAURAT.

Dalam ajaran Islam, pendapat seseorang walaupun ia Ulama besar bukanlah nas syarie. Pendapat Ulama tidak boleh mengalahkan hadith Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam yang shahih dan hadith pun tidak boleh mengalahkan Ayat Al-Quran.

4. Perbuatan syirik termasuk menyembah atau bermohon kepada makhluk dengan keyakinan bahawa makhluk itu dapat memberi manfaat atau mudarat secara ghaib, memohon kepada jin (syaitan) dengan keyakinan dapat memberi manfaat atau mudarat.

Al-Quran menyuruh kita menjauhi thaghut. Thagut berasal dari kata-kata THUGHYAN yang ertinya melampaui batas.


Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu Anhu mengertikan thaghut dengan syaitan.

Sahabat Jaabir mengertikan thaghut dengan dukun-dukun yang suka mendatangkan syaitan.

Iman Maalik Radhiyallahu Anhu mengertikan thaghut iaitu apa saja yang disembah dan dipuja selain dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ibnul Qayyim mengertikan thaghut iaitu apa saja yang melampaui batas penyembahan atau yang diminta seperti syaitan, batu, berhala, kubur keramat wali dan lain-lain.

Syarat keimanan ialah kufur kepada thaghut dan beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ
الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ
الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta." (Surah An-Nahl: 36)

Dan juga firman-Nya pada ayat lain:
لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ
بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى
لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang engkar kepada Taghut, dan ia beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 256)
5. Dalam Al-Quranul Karim, syirik dinilai sebagai satu kezaliman yang besar.

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ
إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
"Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." ( Surah Luqman: 13)

Syirik bukan dosa biasa, tetapi suatu pengkhianatan makhluk terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala penciptanya. Oleh kerana itu syirik adalah perbuatan dosa yang tidak boleh diampunkan. Di dalam Surah Al An’aam 82, Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan ganjaran yang diperolehi bagi orang-orang yang tidak menyekutukan-Nya:

الَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يَلْبِسُواْ إِيمَانَهُم بِظُلْمٍ أُوْلَئِكَ لَهُمُ الأَمْنُ
وَهُم مُّهْتَدُونَ
"Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk. (Surah Al-An'aam: 82)
6. Syirik sangat berbahaya terhadap kehidupan jiwa manusia. Ia membuat jiwa menjadi gelap dan hati menjadi kesat. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam membacakan ayat 31 dari Surah At-Taubah kepada ‘Adi bin Haatim Aththaii yang sebelum masuk Islam adalah penganut agama Nasrani.

اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ
وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَهًا وَاحِدًا
لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
"Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih ibni Maryam, mereka tidak diperintahkan melainkan menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiadalah Tuhan melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. " (Surah At-Taubah: 31)

Setelah dibackan ayat itu. Adi bin Haatim Aththaii berkata, “Kami dahulu tidak menyembah mereka….”
Rasullulah Shallallahu Alaihi wa Sallam bertanya kepadanya, “”bukankah ulama-ulama dan rahib-rahib itu menghalalkan apa yang diharamkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, lalu kamu menghalalkannya dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah subhanahu wa Ta’ala, lalu kamu mengharamkannya?”

‘Adi bin Haatim Aththaii menjawab, “benar, ya Rasulullah.”

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berkata lagi, “itu ertinya kamu menyembah mereka.”

Taat kepada perintah bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala oleh ulama, rahib dan pemimpin bererti memuja atau beribadah kepada mereka.

7. Pemujaan kepada orang-orang hidup atau yang sudah mati dianggap keramat untuk menghilangkan kesusahan atau meminta rezeki, keselamatan, menyembuhkan penyakit dan lain-lain yang ghaib, sedangkan orang-orang yang mereka minta itu sedang mencari jalan kepada Tuhan mereka, sedang mengharap rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sedang dalam keadaan takut akan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:


قُلِ ادْعُواْ الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِهِ فَلاَ يَمْلِكُونَ كَشْفَ
الضُّرِّ عَنكُمْ وَلاَ تَحْوِيلاً
"Katakan: Serulah mereka yang kamu dakwa Tuhan selain-Nya, maka mereka tiada kuasa menghapuskan bahaya darimu dan tidak dapat memindahkannya." (Surah Al-Israa': 56)

أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ
أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا
"Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti." (Surah Al-Israa': 57)

Ibnul Qayyim mentafsirkan ayat ini dan mengertikan “Tawassul” atau “wasilah” dengan amal sholeh dan harapan rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala serta takut azab Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Ibnu Kathir mengatakan bahawa dalam hal ini tidak ada perbezaan pendapat antara para ahli tafsir iaitu mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mentaati perintah dan larangan-Nya serta beramal yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Sahabat Abdul Ibnu Mas’ud Radhiyallahu Anhu mentafsirkan “wasilah” dengan Islam.

Tidak sempurna ibadah seseorang kecuali dengan perasaan takut dan harapan. Setiap orang yang berdoa, beribadah atau isti’anah harus mempunyai perasaan tersebut. Takut atau mengharap atau kedua-duanya.

8. Syirik ada dua (2) jenis iaitu:

(a) Syrik jail (terang-terangan) atau syirik akbar, iaitu memuja dan beribadah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala.
(b) Syirik Khafi (sembunyi-sembunyi) atau ashghar (kecil) iaitu riya’.

Ibadah, kebaktian dan isti’anah yang tidak murni kerana Allah, tetapi kerana maksud tertentu adalah syirik khafi. Kelak di akhirat Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menyurh mereka memperolehi balasan ganjaran dari orang yang pernah riya’ untuknya di dunia, sehingga ketaatan mereka yang sama-samar dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wallahu A’lam

Oleh: H.A. Aziz Salim Basyarahil

No comments: