"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

22 December, 2008

Kewajipan-Kewajipan Anak berbakti Dan Patuh Pada Orangtua


Kewajipan-Kewajipan Anak berbakti Dan Patuh Pada Orangtua



Seorang ulama mengatakan bahawa kewajipan anak terhadap orangtua yang harus dipenuhi adalah saperti berikut:
·         -  Jika orangtua kita memerlukan makanan kita harus memberikan nya.
·         -  Jika memerlukan layanan, kita harus memberi layanan yang sebaik-baiknya.
·         -  Menta'ati perintahnya
·         -  Memenuhi panggilannya
·         -  Berkata dengan sopan dan tidak menyakiti hatinya
·         -  Berjalan di-belakangnya (tidak mendahului)
·         -  Mencari keridhaan darinya
·         -  Menjauhi segala sesuatu yang dibencinya
·         -  Memohon ampunan bagi mereka

Cukupilah Nafkah Orangtua jika memerlukan

Apabila kita sudah berkerja atau sudah berkeluarga sementara orangtu kita memerlukan nafkah, maka hendaklah kita perhatikan. Jika kita lalai kerana kita tenggelam dalam kesenangan. Sesungguhnya banyak cerita tentang anak durhaka. Kalau sudah berumah-tangga, jangan lupa sama sekali terhadap orangtua. Bahkan kerana pengaruh kebakilan (kedekut) kita sehingga kita merasa sayang untuk mengeluarkan harta sedikit sahaja buat nafkah orangtua kita. Banyak orangtua terlantar sementara anak ditempat lain kaya raya. Betapa tak tahu balas budi anak saperti begini. Betapa kasihan orangtua. Hancurlah hatinya, kerana mereka memelihara sejak kecil dengan susah payah, selalu mendoa'kan agar anaknya nanti dapat kebahagian. Setelah dewasa dan bahagia, akhirnya lupa dengan orangtua.

Oleh kerana itu, jika kita masih mengikuti orangtua dan belum berkerja, maka kalimat ini dapat kita gunakan sebagai peringatan. Masukkanlah ke dalam hati kita dan ingatlah sampai kita dewasa nanti. Dan bila saat kita sudah berkerja dan sudah berumah-tangga, maka selalulah kita menengok orangtua. Jarang sekali orangtuameminta-minta pada anaknya kalau ia tidak memerlukan. Oleh itu kita mesti berfikir. Anak yang patuh dan berbakti ialah memberi sebelum diminta oleh orangtua. Ingat-ingatlah pesanan yang demikian ini.

Allah SWT mengingatkan kita bahawa orang tua harus mendapat perlakuan baik mengingat mereka telah memelihara, mendidik, dan mengajarkan kita berbagai hal dengan sebaik-baiknya, dengan penuh kasih-sayang, dan melakukan berbagai pengorbanan demi anak-anaknya. Melihat orang tua bahagia pada masa tuanya adalah salah satu kebahagiaan terbesar kita semua.

Oleh kerana itu kita harus berusaha dengan setulus hati kita untuk menyediakan layanan yang terbaik kepada orang tua kita. Memandangkan mereka dalam serba kekurangan dari segi kekuatan fizikal dan munkin juga mental. Sesungguhnya dalam hal ini perhatian dan sokongan daripada anak-anak amat diperlukan.

Memberi layanan yang baik

Anak yang memberi layanan baik, bersabar menjaga orang tua dianugerahkan syurga.

“Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. (Riwayat Al-Hakim)

Imam al-Ghazali berkata, cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan di akhirat nanti. Maknanya, mereka yang memberi layanan buruk kepada kedua ibu bapa akan diberi layanan buruk juga di hari pembalasan kelak.

Binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak berbakti terhadap kedua-duanya. Hal itu terus menjadi ujian kepada anak-anak yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium syurga Allah SWT.

Mereka yang tidak berbakti kepada ibu bapa yang sudah lanjut usia, tindakan itu menyebabkan mereka terhalang daripada mencium syurga.

Kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Orang Yang Lalai) karangan Imam Abu Laits As-Samarqand ada membincangkan sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu bapanya. 

Antaranya, memberi layanan yang baik kepada kedua ibu bapa, berbicara dengan penuh kesopanan dan lemah lembut, berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang mereka sukai dan mendoakan keampunan untuk kedua ibu bapa setiap kali kita berdoa. 

Ingatlah semua kita akan tua dan melalui hari-hari tua yang nasibnya tidak kita ketahui apakah akan berjalan baik atau sebaliknya. Jika kita mahukan anak berbakti kepada kita yang sudah tua nanti, tunjukkan contoh kepada anak dengan berbakti kepada ibu bapa kini.

Allah dengan tegas menyampaikan alasan mengapa berbakti kepada orang tua sangat penting.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ
اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. (Surah Luqman: 14)

Dengan tegas Allah melarang memperlakukan buruk orang tua, dan dalam ayat lain dalam al Quran Dia memerintahkan kita untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada-Nya, sebagai Pencipta kita, serta orang tua kita.


“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Q.S Al Israa’, 17:24)

 Berbakti kepada Orangtua

Cara kita berbakti kepada kedua orang tua kita, ialah dengan mencurahkan kebaikan, baik dengan perkataan, perbuatan ataupun harta. Berbuat baik dengan perkataan, iaitu kita berbicara kata dengan lembah lembut, penuh dengan kasih saying dan mengunnakan kata-kata yang sopan dan menunjukkan kelembutan serta penghormatan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ
أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”. (Surah Al-Israa': 23)

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”. (Surah Al-Israa’ : 24)

Berbuat baik dengan perbuatan, iaitu menlayani keduanya dengan tenaga yang mampu kita lakukan untuk memenuhi keperluan-keperluannya, membantu mereka walaupun tidak diminta, bersegeralah kita dating ketika dipanggil dan mempermudahkan urusan-urusan keduanya tanpa membahayakan agama kita.


Allah memfirmankan perkataan kekasihNya, Ibraahiim ‘alayhis salaam kepada bapaknya:
قَالَ سَلَامٌ عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيّاً
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. (Surah Maryam: 47)
وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا
dan aku akan berdoa kepada Tuhanku… mudah-mudahan aku tidak akan kecewa (untuk selalu) berdoa kepada Tuhanku…(Surah Maryam: 48))
Ada dua tafsiran dalam ayat diatas:
- (tafsir al baghawiy bermaksud) : dan aku akan menyembah Rabbku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa untuk senantiasa menyembahNya, sebagaimana engkau kecewa dengan penyembahanmu terhadap berhala-berhala…
- (tafsiir ibnu katsiir bermaksud) : عَسَىٰ (iaitu mudah-mudahan) maknanya adalah KEPASTIAN. [sehingga maknanya, aku pasti tidak akan kecewa dengan doaku kepada Rabbku]
Tafsir keduanya variatif, bukan kontradiktif
1. Adapun tafsir pertama, dilihat pada sisi “doa/peribadatannya”, perkataan ini adalah permintaan dan pengharapan-nya kepada Allaah, agar dijadikanNya untuk senantiasa dan selalu beribadah dan berdoa hanya kepadaNya…
Allah berfirman:
وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
“dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah,serta pertolongan Allah. Sesunguhnya berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu  melainkan kaum yang kafir”(Yusuf : 87)
Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا مِنَ الْآخِرَةِ كَمَا يَئِسَ الْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُور
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.  (al Mumtahanah : 13)
2. Adapun tafsir kedua, fokus pada “pengijabahan doa” tersebut… maka hendaknya kita tidak kecewa untuk berdoa kepadaNya, hanya karena “belum melihat” realisasi dari doa kita tersebut…
Rasulullaah bersabda:
يُسْتَجَابُ لِأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُولُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِي
 “(Do’a) kalian akan diijabahi selagi tidak terburu-buru, yaitu mengatakan; ‘Aku telah berdo’a, namun tidak kunjung diijabahi.’ (HR. Bukhari)
Maka hendaknya kita tidak jemu-jemu untuk memohonkan ampunan (serta mendoakan kebaikan) terhadap kedua orang tua kita, baik dikala mereka hidup, apalagi tatkala mereka wafat… Sesungguhnya Rasulullaah bersabda:
إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ أَنَّى لِيْ هَذَا فَيُقَالُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ
Ada seorang lelaki yang kedudukannya terangkat di syurga kelak. Ia pun bertanya, ”Bagaimana ini dapat terjadi padaku?” Maka dijawab: “Lantaran istighfar anakmu untukmu.” (HR Ibnu Maajah, dihasankan al Albaaniy)
Istighfar kita kepada mereka, selain permohonan ampun atas dosa serta kesalahan mereka, maka juga menjadi tambahan amalan shalih untuk mereka.
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Rabbighfirliy waliwaalidayya warhamhumaa kamaa rabbayaaniy shaghiiraa
Wahai Rabbku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, dan sayangilah keduanya, sebagaimana keduanya telah mendidik aku diwaktu kecil(Surah Al Israa’:24)
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ ا

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, (Surah Nuh: 28)

صَغِيراً  وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al Israa’24)

Amalan menghormati golongan tua bukan saja perintah agama, tetapi budaya yang diamalkan dalam masyarakat bertamadun. Masyarakat yang menghormati golongan tua mencapai tahap hidup lebih selesa, selamat dan berjaya. 

Begitu besar sekali kedudukan golongan tua yang dianggap sebagai punca kesejahteraan, keuntungan dan kejayaan hidup. 

Dalam Islam, perbuatan tidak menghormati golongan tua bukan sekadar melanggar pantang larang, tetapi melanggar perintah Allah. Amat berat balasan melanggar perintah Allah. Pantang larang sekadar adat, tetapi perintah Allah membabitkan keimanan dan ketakwaan. Hargai orang tua sebelum terlambat! 
Semoga bermanfaat
HUSZAINI

18 December, 2008

Hati-hati dari menyerupai kaum kafir

Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syariat bahwa tidak boleh bagi orang muslim atau muslimah untuk bertasyabbuh (meniru) orang kafir baik dalam perkara ibadah, hari raya atau tasyabbuh dalam pakaian yang menjadi ciri-ciri khas mereka. Larangan bertasyabbuh adalah kaidah yang agung dalam syariat Islam -namun keadaan-nya- saat ini banyak kaum muslimin telah keluar dari kaidah ini –termasuk juga di kalangan orang-orang yang berkepentingan terhadap perkara agama dan dakwah. Hal ini disebabkan karena kejahilan mereka terhadap agama, karena mereka mengikuti hawa nafsu, atau mereka hanyut dengan model-model masa kini serta taklid (mengikuti tanpa ilmu) kepada masyarakat barat yang kafir. Sehingga keadaan ini termasuk menjadi penyebab kaum muslimin memiliki kedudukan yang rendah dan lemah serta berkuasanya orang asing terhadap mereka.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd: 11)

Seandainya kaum muslimin mengetahui. Hendaknya diketahui, dalil–dalil atas benarnya kaidah penting ini banyak terdapat dalam Al-Kitab dan As-Sunnah. Jika dalil-dalil dalam Al-Qur’an bersifat umum, maka As-Sunnah menafsirkan dan menjelaskan ayat-ayat tersebut. Di antara dalil dari: ayat Al-Qur’an adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

وَلَقَدْ آتَيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ
وَآتَيْنَاهُم بَيِّنَاتٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَمَا اخْتَلَفُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمْ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاء الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

"Dan sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israel Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka rezeki yang baik-baik, serta Kami lebihkan mereka di atas orang yang ada pada zamannya. Dan Kami telah berikan mereka keterangan yang nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan kecuali setelah sampai kepada mereka ilmu kerana kedengkian di kalangan mereka. Bahawa Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat apa yang mereka perselisihkan itu. Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan Syariat dari hukum agama; maka turutlah ia, dan janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui." (Surah Al-Jaathiyah: 16-18)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata tentang ayat ini dalam kitab Iqtidha hal. 8: “Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman bahwa Dia memberikan nikmat kepada Bani Israil dengan nikmat dien dan dunia. Bani Israil berselisih setelah datangnya ilmu akibat kedengkian sebagian mereka terhadap sebagian yang lain. Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam di atas syariat dari urusan agama itu dan Allah memerintahkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk mengikuti syariat tersebut. Serta Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang beliau untuk mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.

Masuk dalam pengertian (orang-orang yang tidak mengetahui) adalah semua orang yang menyelisihi syariat Rasul. Yang dimaksud dengan ahwa-ahum adalah segala sesuatu yang menjadikan mereka cenderung kepada nafsu dan segala macam kebiasaan mereka yang nampak berupa jalan hidup mereka, yang merupakan konsekuensi/akibat dari agama mereka yang batil. Mereka cenderung kepada itu semua.

Kesusuaian mereka dalam hal ini bererti mengikuti hawa nafsu mereka. Karena inilah, orang-orang kafir sangat bergembira dengan perbuatan tasyabbuh (meniru) yang dilakukan kaum muslimin dalam sebahagian perkara mereka. Bahkan orang-orang kafir pun suka untuk mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan hasil ini. Seandainya perbuatan tersebut tidak dianggap mengikuti hawa nafsu mereka, maka tidak diragukan lagi bahwa menyelisihi mereka dalam hal ini justru lebih mencegah terhadap perbuatan mengikuti hawa nafsu mereka dan lebih membantu untuk mendapatkan redha Allah ketika meninggalkan perbuatan tasyabbuh ini. Dan bahwa perbuatan meniru orang kafir dalam hal itu mungkin menjadi jalan untuk meniru mereka dalam perkara yang lain. Sesungguhnya (sebagaimana penggambaran dalam sebuah hadits) barangsiapa yang menggembala di sekitar daerah larangan maka dikhawatirkan dia akan terjatuh ke dalamnya. Maka apapun dari dua keadaan itu, nescaya akan terwujud tasyabbuh itu secara umum, walaupun keadaan yang pertama lebih jelas terlihat.”

Dalam bab ini Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَفْرَحُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمِنَ الأَحْزَابِ مَن يُنكِرُ بَعْضَهُ قُلْ إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ

اللّهَ وَلا أُشْرِكَ بِهِ إِلَيْهِ أَدْعُو وَإِلَيْهِ مَآبِ وَكَذَلِكَ أَنزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ

مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ وَاقٍ

Dan orang yang telah Kami berikan Kitab, mereka bersukacita dengan apa yang Kami turunkan kepadamu, dan di antara beberapa kumpulan dari orang itu ada yang mengingkari sebahagiannya.

Katakanlah:
Sesungguhnya aku hanya diperintahkan supaya menyembah Allah, dan aku tidak pula menyekutukan-Nya dengan sesuatu; kepada-Nyalah aku menyeru dan kepada-Nyalah tempat kembaliku. Demikianlah Kami menurunkan Al-Qur'an sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan sesungguhnya jika kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datang wahi pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau perolehi dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu. (Surah Ar-Ra'd: 36.37)


Kata ganti ‘mereka’ (هُمْ) dalam kata hawa ‘nafsu mereka’ (أَهْوآءَهُمْ) kembali –wallahu a’lam– kepada yang disebutkan sebelumnya iaitu al-ahzab (kelompok-kelompok) iaitu orang-orang yang mengingkari sebagian Al-Kitab. Termasuk dalam pengertian ini adalah setiap orang yang mengingkari sesuatu dari Al Qur’an, baik (dilakukan oleh) Yahudi atau Nashrani atau selain keduanya.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَمَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ...

"Dan sesungguhnya jika kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datang wahi pengetahuan kepadamu,"(Surah Ar-Ra'd: 37)


Mengikuti kaum kafir dalam perkara yang dikhususkan bagi agama mereka atau mengikuti agama mereka, termasuk mengikuti hawa nafsu mereka. Bahkan boleh jadi akan menyebabkan mengikuti hawa nafsu mereka dalam perkara lain, selain perkara agama.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن

قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta kebenaran (Al-Qur'an) yang diturunkan? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang yang fasik derhaka. " (Surah Al-Hadiid: 16)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata dalam Iqtidha hal. 43 tentang ayat ini:
“Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (وَلاَ يَكُونُوا) ‘janganlah mereka menjadi’ adalah larangan mutlak untuk menyerupai orang kafir dan dalam ayat ini secara khusus juga terdapat larangan untuk menyerupai kerasnya hati mereka. Sedangkan kerasnya hati adalah buah dari maksiat.”Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang tafsir ayat ini (4/310): “Karena inilah Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang kaum mukminin menyerupai orang kafir dalam satu perkara, baik dalam perkara-perkara pokok ataupun cabangnya.”


Diantara larangan tasyabbuh Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقُولُواْ رَاعِنَا وَقُولُواْ انظُرْنَا وَاسْمَعُوا ْوَلِلكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: (raai'ina), sebaliknya katakanlah: (unzurna), dan dengarlah kamu; dan (ingatlah, bahawa orang kafir itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah: 104)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini (1/148):
“Allah Subhanahu wa Ta'ala telah melarang hamba-hamba-Nya yang mukmin untuk meniru orang kafir dalam ucapan dan perbuatan mereka. Hal ini sesungguhnya kerana orang Yahudi dahulu menggunakan kata-kata yang mengandung tauriyah (tipuan) karena mereka bermaksud untuk merendahkan martabat kaum muslimin. Semoga Allah melaknati mereka. Maka jika mereka ingin mengatakan ‘dengarkan kami’, mereka justru mengatakan (raai’ina2) - "dengar kata kami" . Mereka maksudkan makna ru’unah dengan makna dungu (bodoh, tolol dan bebal) :

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:


مِّنَ الَّذِينَ هَادُواْ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا

لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدِّينِ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَكِن

لَّعَنَهُمُ اللّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلاَ يُؤْمِنُونَ إِلاَّ قَلِيلاً

"Di antara orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah, dari tempat dan maksud sebenar, dan berkata: Kami dengar, tapi kami tidak akan menurut. (Mereka berkata): dengarlah, (sebenarnya) kamu tidak mendengar, dan (mereka berkata): Raa'ina; dengan memutar belit lidahnya dan mencela agama. Dan kalaulah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja." (Surah An-Nisaa': 46)

Demikian pula terdapat hadits-hadits yang memuat berita tentang Yahudi bahwa: jika memberikan salam, mereka mengatakan "As-samu ‘alaikum", padahal As-samu berarti Al-Maut. Maka dari itulah kita diperintahkan untuk membalas (salam) mereka dengan perkataan ‘alaikum. Doa kita ini dikabulkan atas mereka dan doa mereka atas kita tidak dikabulkan.

Maksudnya bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala melarang kaum mukminin untuk menyerupai orang kafir dalam perkataan dan perbuatan.

Syaikhul Islam rahimahullah berkata tentang ayat ini dalam hal. 22 yang ringkasnya:
“Qatadah dan selainnya berkata: Yahudi mengatakan perkataan ini kepada Nabi sebagai istihza (olok-olok). Maka Allah melarang kaum mukminin untuk mengucapkan perkataan seperti mereka.”

Beliau rahimahullah juga mengatakan:
“Yahudi mengatakan kepada Nabi "ra’ina sam’aka". Mereka (bermaksud) mengolok-olok dengan ucapan ini kerana di kalangan Yahudi perkataan ini adalah sebuah ejelekan. Ini menjelaskan bahwa kata-kata ini dilarang bagi kaum muslimin untuk mengucapkannya kerana orang Yahudi mengucapkannya, walaupun orang Yahudi bermaksud memburuk-burukkan dan kaum muslimin tidak bermaksud begitu. Kerana dalam hal itu terdapat kesamaan terhadap orang kafir dan memberi jalan bagi mereka untuk mencapai tujuan mereka.”


(INI LAH JALAN HIDUP MUDA-MUDI KAFIR)

Dalam bab ini terdapat beberapa ayat lain, namun apa yang kami sebutkan sudah mencukupi. Dari ayat-ayat sebelumnya telah jelas bahwa meninggalkan jalan hidup orang kafir dan tidak meniru mereka dalam perbuatan, ucapan, dan hawa nafsu mereka merupakan maksud dan tujuan syar'iat ini. Maksud dan tujuan syar'iat itu terdapat di dalam Al-Qur’an Al-Karim dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menerangkan hal dengan terperincinya untuk umat ini. Dan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menjelaskan hal ini juga dalam banyak perkara dari sudut atau cabang syar'iat. Sehingga Yahudi yang tinggal di Madinah sangat mengetahui hal ini, bahkan mereka merasa bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam ingin menyelisihi mereka dalam segala urusan yang menjadi ciri khas mereka. Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu 'anhu:

“Sesungguhnya pada Kaum Yahudi jika ada seorang wanita di antara mereka mengalami haidh, mereka tidak bersedia makan bersama wanita tersebut dan tidak berkumpul dengan wanita itu dalam rumah. Maka para shahabat bertanya kepada Nabi tentang hal ini, maka turunlah ayat Allah: “Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: “Haidh itu adalah kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh. (Al-Baqarah: 222)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda menjawab pertanyaan para shahabat:

“Berbuatlah segala sesuatu kecuali nikah (maksudnya jima’, red).”

Kejadian ini sampai kepada orang-orang Yahudi, merekapun berkata:

“Laki-laki ini tidak membiarkan satu perkara pun dari perkara kita kecuali dia (pasti) menyelisihi kita dalam hal itu.”

Kemudian datanglah Usaid bin Hudhair dan ‘Abbad bin Bisyr radhiallahu 'anhuma dan keduanya bertanya:

“Ya Rasulullah (Shallallahu), sesungguhnya Yahudi berkata begini dan begitu. Tidakkah 'alaihi wa sallam kita berjima’ saja dengan para wanita (untuk menyelisihi Yahudi)?”

Berubahlah wajah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sehingga kami menyangka beliau marah kepada kedua-dua shahabat itu, sampai kedua-duanya keluar (dari rumah Rasulullah). Kemudian kedua-dua shahabat itu menerima hadiah berupa susu (yang ditujukan) kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian beliau menyusulkan hadiah tersebut kepada kedua-duanya. Lantas Nabi memberi mereka berdua minuman, maka (akhirnya) mereka berdua mengetahui bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ternyata tidak marah kepada mereka.

Adapun dari As-Sunnah, maka nash-nash (dalil-dalil) tentang larangan tasyabbuh jumlahnya banyak, dan sesuai untuk menguatkan kaidah yang lalu. Nash-nash dalam As-Sunnah ini tidak terbatas dalam satu bab saja dari bermacam-macam bab dalam syar'iat yang suci, misalnya shalat. Namun nash-nash ini juga meliputi hal selainnya, berupa perkara-perkara ibadah, adab, kemasyarakatan, dan adat.

Syaikhul Islam dalam Iqtidha berkata:
“Hadits ini menunjukkan banyaknya perkara yang Allah syar'iatkan kepada Nabi-Nya untuk menyelisihi kaum Yahudi, bahkan dalam setiap perkara secara umum, hingga kaum Yahudi mengatakan: '‘Laki-laki ini tidak menginginkan untuk membiarkan satu perkarapun dari perkara kita kecuali dia menyelisihi kita dalam perkara itu’'.

Adapun hukum menyelisihi - sebagaimana yang akan dijelaskan- kadang-kadang terjadi pada hukum asalnya dan kadang-kadang dalam sifat hukumnya. Menjauhi wanita yang haidh (bagi kaum Yahudi) tidak diselisihi kaum muslimin pada asal hukumnya. Namun kaum muslimin menyelisihi dalam sifatnya dari sisi bahwa Allah mensyar'iatkan mendekati wanita haidh selain dari tempat haidhnya (kemaluan). Maka ketika sebahagian shahabat melampaui- batas dalam menyelisihi (Yahudi) sampai meninggalkan apa yang Allah Subhanahu wa Ta'ala syar'iatkan, berubahlah wajah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

Bab ini termasuk dalam perkara thaharah di mana kaum Yahudi mempunyai ikatan yang besar di dalamnya. Adapun kaum Nashrani telah membuat bida’ah dengan meninggalkan hukum thaharah ini seluruhnya sehingga mereka tidak menganggap najis sesuatu pun tanpa syar'iat dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan petunjuk kepada umat yang pertengahan ini (umat Islam) dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta'ala syar'iatkan bagi umat ini berupa hukum yang pertengahan dalam hal ini, meskipun apa yang dulu ada pada orang Yahudi juga disyar'iatkan (untuk mereka). Maka menjauhi hal yang tidak disyar'iatkan Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menjauhinya berarti mendekati (perbuatan) Yahudi, dan mengerjakan hal yang disyar'iatkan Allah untuk menjauhinya adalah mendekati (perbuatan) Nashara. Sedangkan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)

Hadis di atas ini dapat memberi keyakinan dan penerangan bahawa sesiapa yang meniru kaum-kaum jahiliyah yang terdiri dari kalanganYahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh ikutan, sehingga mengenepikan amalan sunnah dan merubah hukum yang telah ditetapkan oleh agama Islam, atau tidak meyakini apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau tidak memperdulikannya, maka peniru tersebut ditakuti tergolong dalam golongan kafir yang ditiru. Oleh itu bertaubatlah kerana taubat meyelamatkan diri dari terus bersama mereka sehingga di akhirat.

Kesahihan hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis sahih di bawah ini:

اَبْغَضُ النَّاسِ اِلىَ اللهِ ثَلاَثَةٌ (وَمِنْهُمْ) مُبْتَغ فِى
اْلاِسْلاَمِ سُنَّة الْجَاهِلِيَّة. رواه البخارى

Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliyah". (Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Umar, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوْتَ حَشَرَ مَعَهُمْ

Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan mereka (sehingga ke akhirat)".

Sila kunjung dilaman web:

WALA' DAN BARA' DALAM ISLAM

http://d1.islamhouse.com/data/id/ih_books/single/id_elievers_and_disavowal.pdf

17 December, 2008

Jangan Berahsia Ambil Anak Angkat

Tidak semua mahligai perkawinan dianugrahkan Allah Ta’ala dengan keturunan, generasi seterusnya (anak) sebagai pelengkap perkawinan mereka. Walaupun, anak merupakan harapan utama bagi sebuah mahligai perkawinan setelah agama. Namun, anak adalah karunia Allàh. Ada pasangan hingga ke-akhir hayat tidak juga di-kurniakan anak walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Firman Allah Ta’ala:

"Kepunyaan Allàh-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia karuniakan anak-anak perempuan kepada siapa saja yang Dia kehendaki dan Dia karuniakan anak-anak lelaki kepada siapa yang dikehendaki, atau Dia menganugrahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendakinya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki". (Asy Syùrà/42:49-50)

“Mengambil contoh apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, sewaktu Baginda mengambil anak angkat iaitu Zaid bin Haritsah bin Syarah sejak zaman jahiliah (pada masa ini amalan pengambilan anak angkat dan dijadikan anak sendiri tersebar luas), Zaid waktu itu seorang anak muda yang ditawan sejak kecil dalam salah satu penyerbuan jahiliah, yang kemudian dibeli oleh Hakim bin Hizam untuk diberikan ibu saudaranya yang bernama Khadijah dan selanjutnya diberikan oleh Khadijah kepada Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam sesudah Khadijah berkahwin dengan Rasulullah.

Para Sahabat memanggil Zaid dengan panggilan Zaid bin (anak) Muhammad, hingga turun ayat:

"Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (mengunai) nama bapak-bapak mereka". (HR. Al Bukhàri).

Setelah ayah dan bapa saudara Zaid mengetahui tentang hal tersebut, mereka datang kepada Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam dan meminta anaknya kembali tetapi Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa sallam menyuruh Zaid sendiri untuk membuat keputusan. Namun Zaid lebih senang memilih Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam sebagai ayah daripada ayah dan bapa saudaranya sendiri. Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam mengisytiharkan Zaid sebagai anak angkat baginda di hadapan orang yang ramai pada masa itu.

Maknanya, mengambil anak angkat tidak boleh dengan cara sembunyi atau rahsia sehingga anak itu sendiri tidak mengetahui asal keturunannya kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah dikemudian hari seperti keturunan, pewarisan harta pusaka, wali nikah dan sebagainya.

Islam sudah menetapkan hukum seseorang anak angkat adalah berbeza dengan anak kandung sendiri. Perbezaan ini membabitkan hukum keatas mereka dari segi pemberian nasab (keturunan), mahram, hukum nikah/kahwin dan pembahagian harta.

Firman Allah Ta’ala:

مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ وَمَا جَعَلَ
أَزْوَاجَكُمُ اللَّائِي تُظَاهِرُونَ مِنْهُنَّ أُمَّهَاتِكُمْ وَمَا جَعَلَ
أَدْعِيَاءكُمْ أَبْنَاءكُمْ ذَلِكُمْ قَوْلُكُم بِأَفْوَاهِكُمْ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ

“Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu zihaarkan itu sebagai ibumu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dimulutmu sahaja. Dan Allah menerangkan yang benar dan Dialah yang memimpin ke jalan yang betul.” (Al 'Ahzàb/33:4)

Seseorang itu di haramkan menasabkan (membinkan) anak angkatnya pada dirinya. Islam menyuruh untuk menasabkannya kepada bapak kandungnya seandainya diketahui. Jika tidak, panggillah mereka 'akh fid din (saudara seagama) atau maula' (seseorang yang telah dijadikan anak angkat). Seperti Salim anak angkat Hudzaifah, dipanggil maula 'Abi Hudzaifah.

Allah berfirman;

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا
آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ
جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (mengunakani) nama bapak-bapak mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapak-bapak mereka, maka (panggillah mereka) sebagai saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (berdosa) apa yang disengaka oleh hatimu". (Al Ahzàb/33:5)

Silsilah keturunan bapak angkat kepada anak angkat adalah sebuah kedustaan, mencampur-adukkan nasab (silsilah keturunan), merubah hak-hak pewarisan yang menyebabkan memberikan warisan kepada yang tidak berhak dan menghilangkan hak waris bagi yang berhak. Menghalalkan yang haram: iaitu berkhalwat (berkumpulnya mahram dengan yang bukan). Dan mengharamkan yang halal: iaitu menikah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengancam seseorang menasabkan (membinkan) keturunan kepada yang bukan sebenarnya.

"Barangsiapa yang dengan sengaja mengakui (sebagai ayah) seorang yang bukan ayahnya sedang ia mengetahui, maka Surga haram buatnya" (HR. Al Bukhàri dan Muslim)

Menurut pendapat Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (dlm Harian Metro, tgl 10 Dis, 2008) berkata, mengambil anak angkat itu bagus tetapi cara mengurusnya mestilah betul dan jangan melanggar hukum syarak. Orang Islam harus/mesti memahami batas-batas hubungan dan pergaulan antara anak angkat dengan ibu-bapa dan ahli keluarga angkat.

Beliau juga berkata, masalah akan timbul jika seorang wanita bujang mengambil anak angkat lelaki kerana mereka bukan mahram sekali gus menyebabkan kesulitan berkaitan aurat, pergaulan dan wali. Perkara berkaitan aurat dengan anak angkat pada masa depan perlu diambil berat. Ini kerana anak angkat lelaki halal untuk dinikahi ibu angkatnya dan hidup sebumbung dengan ibu angkat adalah haram kerana mereka bukan mahram.

Semua kebaikan yang diberikan kepada anak asuh/anak angkat hanya dibatas pada pengertian berbuat baik kepada sesama, yang memang dianjurkan oleh syari'at Islam. Anak-anak angkat tetap menjadi orang lain. Ia bukan mahram bagi keluarga yang mengasuhnya. Hal itu bererti harus memperlakukan anak angkat sesuai dengan apa yang telah disyari'atkan Islam sewaktu berinteraksi kepada orang lain yang bukan mahram.

"Darah susuan mengharamkan seperti apa yang diharamkan oleh darah keturunan"

(HR. Al Bukhàri dan Muslim). Ini adalah rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala syari’atkan bagi hamba-hambanya.

Keluarga yang mengangkat dan mengasuh anak angkat kemungkinan menjadikannya mahram dengan menyusuinya sendiri. Mengenai jumlah bilangan menyusui yang menjadikan anak angkat mahram, para Ulama berbeza pendapat:


Imam Màlik meriwayatkan dari 'Ali, 'Ibnu Mas'ud, 'Ibnu 'Umar dan 'Ibnu 'Abbas, tidak menentukan jumlah bilangan hanya menyusu saja dengan alasan keumuman Ayat 23 dari surah An Nisà', pendapat ini diikuti oleh Sa'id bin Al Musayyib. 'Urwah bin Az Zubair dan Az Zuhri. Tidak terhitung mahram kecuali jika disusui kurang dari tiga kali, menurut Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rawaha, 'Abu 'Ubaid dan 'Abu Tsaur, diriwayatkan dari 'Aisyah, Ummul Fadhl, Abdullàh bin Zubair, Sulaiman bin Yasàr dan Sa'id bin Jubair. Berdasarkan:

"Satu hisapan atau dua tidak menjadikannya mahram" (HR. Muslim)

Imam Asy Syafi'i dan para pengikutnya berpendapat, tidak termasuk mahram jika disusui kurang dari lima susuan berlandaskan pada ayat yang di-naskh bacaanya; "Sepuluh kali susuan menjadikan mahram" Ayat ini lalu di-naskh dengan lima susuan. Dan hadith perintah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kepada Sahlah binti Suhayl untuk menyusui Salim sebanyak lima kali. Persusuan yang menjadikan mahram manakala bayi masih berumur kurang dari dua tahun menurut kesepakatan Jumhurul Ulàmà'. (Lihat Tafsirul Quranil Azhim oleh Al Hafizh 'Imaduddin Isma'il bin Katsir, 1/303. (Al Hàfizh `Imàduddin Isma'il bin Katsir, Tafsirul Qurànil Azhim 1/510, dan Abul Walid Muhammad bin Rusyd Al Qurthubiy, Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid, 2/26-28)

Dari aspek psikologi pula, sudah tentulah anak angkat akan merasa rendah diri berbanding anak kandung melainkan dia satu-satunya anak dalam keluarga, tetapi peranan ibu atau bapa angkat ialah memastikan anak angkat yang dipelihara dibina dengan kasih sayang yang ikhlas seperti pertautan antara ibu dan bapa yang sebenar. Jangan pula ditatang berlebihan kerana ada juga masalah yang akan timbul seperti besar kepala, tidak menghormati dan sebagainya, samalah juga seperti anak kandung”.Oleh kerana seorang isteri yang belum pernah punya anak , besar kemungkinan perasaan keibuan tidak ada pada diri si isteri tadi , atau mengangkat anak bermotifkan harta dan sebagainya . sudah pasti ibu angkat seperti ini tidak punya perasaan keibuan yang sebenar , dan tidak menghasilkan pahala daripada Allah s.w.t. melainkan sia-sia belaka .
Ada dikalangan masyarakat Islam , mengangkat anak , seolah anak angkat tersebut adalah anak dari darah daging mereka sendiri , bergaul bebas tanpa had yang telah ditentukan oleh syara', membuka aurat dihadapan anak angkat mereka tanpa segan silu , mereka ini samada tidak faham hukum agama sebelum mengangkat anak atau menganggap perkara tersebut adalah remeh dan tak perlu difikirkan sangat.

Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.

(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.

(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).

(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Siapa yang layak mengambil anak angkat?

*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253).

Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja.

Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon.

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Peringatan:

Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


13 December, 2008

Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut ...


Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud:

“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”



Rombongan 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya .

Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia:


“Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata:


“Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut:


“Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:


“Bagaimanakah Zat Allah?”


Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu:


“Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut.

Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin (لا اله الا الله ) Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud:

“Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu:
( لا اله الا الله ) Laa Ilaaha Illallah.”

WALLAHU A'LAM





12 December, 2008

Korban, Pengorbanan dan Keikhlasan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang. Yang Maha Adil dan tidak akan sekali-kali berlaku zalim ke atas makhluk-Nya. Semoga coretan ini menjadi iktibar bagi diri ini dan anda. Aku memohon perlindungan daripada-Nya daripada ilmu yang sia-sia dan tipu daya syaitan dalam beragama. Semoga Allah memelihara kita di dalam perjalan mencari agama-Nya.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

"Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami,dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya." (Surah Al-'Ankabuut: 69)

Sambutan Eidul Adha baru sahaja berlalu, dan kita sering memperkatakan tentang pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Namun sejauh manakah kita mengambil pengajaran melalui kisah-kisah itu. Jarang-jarang sekali kita mengorbankan kehendak kita, kesukaan kita dan kepentingan kita untuk Allah; malahan, ada yang berpendapat jika kita lakukan sesuatu (amalan) bukan dengan penuh kecintaan, dan senang hati untuk melakukannya, ia adalah sesuatu yang ditolak dan dikeji. Selalu kita dengari alasan-alasan seperti "hati masih belum terbuka"; "beramal tapi kalau tak ikhlas tak guna jugak" ; "kalau buat tak diterima, kalau x buat pun sama je..baik tak yah buat" dan lain-lain lagi sebagai alasan untuk kita melarikan diri daripada menunaikan kewajiban agamanya. Ramai dikalangan kita yang menyangka bahawa jika kita beramal dengan perasaan berat hati adalah sesuatu yang tertolak.,dan kerana itulah mereka meninggalkannya. Kerana itulah masih ramai yang masih menunggu hatinya terbuka untuk bertudung. Kerana itulah ada yang hanya bersolat apabila terasa "ikhlas" untuk bersolat. Malahan ada yang mengatakan sesiapa yang biasanya tidak bersolat, dan tiba-tiba rasa ingin bersolat adalah ikhlas yang sebenar.

Namun lain pula halnya jika kita melakukan sesuatu yang kita tidak sukai demi orang yang tersayang (iaitu kekasih kita) . Jika kita sanggup mengenepikan kepentingan diri kita, dan melakukan sesuatu yang tidak kita sukai demi kekasih kita, ia dikatakan sangat ikhlas. Dan dia dikatakan mencintai kekasihnya dengan penuh keikhlasan (kerana sanggup lakukan apa sahaja walaupun tidak disukainya demi kekasihnya). Namun mengapakah pendangan kita sangat berbeza jika kita berkorban untuk Tuhan kita yang sepatutnya menjadi "Kekasih Agung" kita.

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya kerana Allah taala. Adakah Nabi Ibrahim sangat berbesar hati untuk melaksanakan perintah tersebut? Di dalam al-Quran sendiri menceritakan bahawa Nabi Ibrahim bingung, sedih dan berat hati Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah itu lalu ditanyakan hal ini kepada Nabi Ismail sendiri. Hal ini diceritakan di dalam Surah ash-Shaaffat 37:99-111. Bahkan, ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim pernah berkata ketika meninggalkan Ismail dan ibunya di kawasan yang terpencil, "Jika tidak diperintahkan oleh Allah, tidak mungkin aku akan meninggalkan kamu di sini".

Di sini jelas bahawa Nabi Ibrahim sendiri juga merasa berat hati untuk melaksanakan perintah Allah, namun kerana mentaati Allah, Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah tersebut. Dan atas pengrorbanan besar Nabi Ibrahim itu, Allah telah menaikkan darjatnya dan mengelarkan Nabi Ibrahim sebagai Khalilur-Rahman iaitu sahabat ar-Rahman.

Oleh itu, apakah pengertian ikhlas yang sebenar?

Pengertian Ikhlas

Perkataan ikhlas yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas menurut kamus dewan membawa erti :


(dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.

Namun sebenarnya maksud ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu "akhlasa" yang bermaksud "membersihkan". Menurut syara', apabila disebut perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:

( لااله الله ) "Tiada tuhan selain Allah"

Kerana itulah Surah ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.

Di dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:


"Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya".

atau"

Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya"

Dalam pengertian tauhid pula, ikhlas bermaksud:



"MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan dan perkara yang bertentangan dengan sunnah"


Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa maksud 'iradah wajhallahu ta'ala bil'amal wa tasfiatu min kulli shaubin zaatin au dunyawin' yang bermaksud "mengkehendaki keredhaan Allah S.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifat diri sendiri (spt. nafsu, sifat malas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta benda, puji-pujian).
Adakah sesuatu amal yang kita dilakukan akan diterima oleh Allah jika kita membenci untuk melakukannya atau jika kita memaksa diri kita untuk melakukannya?
Contohnya, adakah seseorang yang tidak suka untuk memakai tudung, namun memaksa dirinya untuk memakai tudung kerana tahu akan kewajipannya (iaitu kerana Allah taala)? Pada kebiasaannya, kita akan berkata bahawa amalan tersebut adalah tertolak kerana si pelaku adalah tidak ikhlas kepada Allah. Dan kerana itulah, ramai diantara umat Islam sekarang cuma menunggu untuk hati mereka "terbuka" untuk berubah berbanding berusaha untuk berubah. Di sini saya ingin mengajak pembaca untuk memahami sepotong ayat daripada al-Quran
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ
شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ
لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
"Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. " (Surah Al-Baqarah: 216)
Di dalam kisah yang diceritakan di dalam ayat ini, apabila disyariatkan kepada orang2 mu'min untuk berperang dan terdapat diantara mereka yang tidak suka akan peperangan. Oleh itu Allah telah menurunkan ayat ini untuk menyuruh mereka tetap turun berperang. Dan apakah Allah akan menolak amalan jihad mereka sedangkan mereka telah mengenepikan kepentingan diri mereka hanya kerana Allah taala? Dengan sifat Maha Adil-Nya, Allah tidak kan mengurangi sedikitpun amalan dan usaha mereka seperti mana disebut di dalam al-Quran:
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا
وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ
وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Orang Arab berkata: Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: kami telah menyerah diri sementara iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Allah tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Hujuraat: 14)
Bahkan jika kita memahami ayat penuh di atas, orang-orang badwi itu masih belum beriman tetapi tetap tunduk patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tetap menjanjikan mereka balasan atas amalan mereka.
Syarat amalan yang ikhlas

Seperti mana definisi ikhlas iaitu mentauhidkan Allah, syarat ikhlas adalah mentauhidkan dan memurnikan ketaatan kita kepada Allah di dalam setiap amalan kita. Ikhlas bermula dari niat yang bersumber dari hati. Oleh itu yang paling penting di dalam mencari keikhlasan adalah niat hanya kerana Allah. Seperti mana yang disebut oleh Rasulullah :

"sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat"
[riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi]

Setiap amalan hanya ikhlas jika dimulakan dengan niat hanya kerana Allah seperti mana di dalam setiap ibadah di niatkan "kerana Allah taala" ( لااله الله lillahi ta'ala). Ucapan ikhlas ini di jelaskan lagi di dalam hadith sahih:

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah :
Sesiapa yang menuntut ilmu yang mana sepatutnya kerana mencari keredaan Allah tetapi tidaklah ia menpelajarinya kecuali kerana untuk mendapat kejayaan (kepentingan) dunia.
Pasti ia tidak akan dapat mengharapkan (apa pun) dari syurga di Hari Kiamat, maksudnya tidak akan dapat baunya"
[Riwayat Abu Dawud di dalam al-Ilm dan Ibn Majah di dalam al-Muqaddimmah]
Kerana itulah, ikhlas telah dijadikan subtopik dibawah hadith pertama (Bab Niat) di dalam Kitab Matan Arba'in, Imam Nawawi. Ini kerana, asas kepada keikhlasan adalah mentauhidkan Allah atau meniatkan sesuatu amalan kepada Allah tanpa mengira kita suka ataupun tidak kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik bagi kita {2:216].
Kesimpulan
Oleh itu, marilah kita mempergiatkan amalan kita. Taat kepada Allah atas segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya walaupun perkara tersebut tidak kita sukai atau senangi. Kerana yang penting, bukan apa pendapat kita, tetapi apa pendapat Allah. Marilah;
  • kakak-kakak ku yang tidak bertudung untuk mula memakai hijab walaupun itu adalah sesuatu yang engkau tidak senangi. Kerana jika engkau memakainya kerana tahu bahawa Allah telah mensyariatkannya, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).
  • saudara-saudaraku yang tidak bersolat untuk tetap melakukan solat tak kira bertapa malasnya engkau untuk melakukannya. Kerana jika engkau tetap melawan nafsumu dan menunaikan solat kerana sedar akan kewajibannya yang telah Allah tetapkan, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).
  • sahabat-sahabatku untuk terus berusaha memperbaiki amalan mu, walaupun ia amatlah berat. Jika engkau melakukannya kerana ia adalah suruhan Allah menurut al-Quran dan Sunnah yang sahih. Maka engkau telah ikhlas(mentauhidkan Allah)
Janganlah kerana fahaman kita yang silap menghalangi kita daripada memperbaiki diri kita walaupun ia kelihatan lebih benar; kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam al-Quran: Dan syaitan memperindahkan kepada mereka apa yang mereka lakukan [al-an'aam 6:43]. Akhir kata, penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka perbaiki lah, dan tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku.

Wallahu'alam
oleh: Sdr. Faisal Arba'in