ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, ALHAMDULILLAH, KITA TELAH SELESAI MENGKEBUMIKAN JENAZAH
…………………………………………………………………...........................................................
…………………………………………………………………...........................................................
SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA , SESUNGGUHNYA PERISTIWA KEMATIAN YANG SAKSIKAN PADA HARI INI ,HENDAKLAH DIJADIKAN IKTIBAR DAN PERINGATAN DI SEPANJANG PERJALANAN HAYAT KITA YANG MASIH BERBAKI INI .
FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA :
قل إن الموت الذي تفرون منه فإنه ملاقيكم ثم تردون إلى عالم الغيب الشهادة
فينبئكم بما كنتم تعملون
MAKSUDNYA : “KATAKANLAH SEBENARNYA MAUT YANG KAMU LARI DARIPADANYA ITU PASTI AKAN MENEMUI KAMU , KEMUDIAN KAMU AKAN DI KEMBALIKAN KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATAALA YANG MENGETAHUI SEGALA YANG GHAIB DAN YANG NYATA, LALU DIA MEMBERITAHU KEPADA KAMU APA YANG KAMU TELAH LAKUKAN SERTA MEMBALASNYA” (SURAH AL-JUMUAH AYAT 8)
FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA LAGI , DALAM SURAH ALMULK AYAT 2
الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور
MAKSUDNYA : “DIA LAH YANG TELAH MENTAKDIRKAN ADANYA KEMATIAN DAN KEHIDUPAN , UNTUK MENGUJI KAMU DAN MENZAHIRKAN SIAPAKAH DIANTARA KAMU YANG PALING BAIK AMALANNYA , DAN DIA MAHA KUASA MEMBALAS AMALAN KMU LAGI MAHA PENGAMPUN BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT “.
MENURUT SEBUAH HADITH DARI ABU SAID AL – KHUDRI RADHIA ALLAHU ANHU ,
MAKSUDNYA “ APABILA JENAZAH DI LETAKKAN DI ATAS KERANDA LALU DIBAWA MENUJU KE KUBURAN ,JIKA JENAZAH ITU DIKALANGAN ORANG2 SHALIH DIA BERKATA KEPADA ORANG YANG MEMBAWANYA SEGERAKANLAH BAWA AKU KE KUBUR ,JIKA JENAZAH ITU TIDAK DI KALANGAN ORANG2 YANG SHALIH, DIA AKAN BERKATA KEPADA DIRI NYA SENDIRI , CELAKALAH DIA , KEMANA MEREKA AKAN BAWA AKU ? SUARANYA DI DENGAR SEMUA MAKHLUK KECUALI MANUSIA , SEKIRANYA MANUSIA MENDENGARNYA TENTULAH MEREKA AKAN PENGSAN , (HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI) .
OLEH ITU SEDARLAH WAHAU SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN , KEMATIAN MERUPAKAN PERPINDAHAN DARI ALAM DUNIA MENUJU KE ALAM AKHIRAT DIMANA KITA AKAN DI BALAS SETIMPAL DENGAN AMALAN KITA SEMASA HIDUP DIDUNIA. MARILAH KITA BERTAUBAT DAN MENINGGALKAN MAKSIAT YANG KITA LAKUKAN , BERUBAHLAH SEBELUM AJAL MENEMUI KITA .
GUNAKANLAH PELUANG YANG MASIH ADA INI UNTUK MENINGKATKAN AMALAN KERANA DENGAN AMAL SALIH KITA BOLEH MENIKMATI KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT.
MAKSUDNYA : “KELUAR MENGIRINGI MAYAT ITU 3 PERKARA ; KELUARGA NYA , HARTANYA DAN AMALANNYA , MAKA 2 DARIPADANYA AKAN DI BAWA PULANG , HANYA AMALAN SAHAJA YANG BAKAL DIBAWANYA KEDALAM KUBUR “.(HADITH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
INGATLAH KEMATIAN AKAN MENJADI SAAT YANG TERINDAH JIKA BEKAL YANG KITA BAWA MENCUKUPI DARIPADA AMALAN SALIH .
SAPERTI FIRMAN ALLAH DALAM SURAH FUSSHILAT AYAT 30 ,
إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة ألا تخافوا ولا تحزنوا وابشزوا بالجنة التي كنتم توعدون
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG MENEGASKAN PENDIRIANNYA DENGAN BERKATA , TUHAN KAMI ADALAH ALLAH , KEMUDIAN MEREKA TETAP TEGUH DI ATAS JALAN YANG BETUL ,MAKA AKAN TURUNLAH MALAIKAT KEPADA MEREKA DARI MASA KESEMASA ( DENGAN MEMBERI ILHAM ) , JANGANLAH KAMU BIMBANG ( AKAN BERLAKUNYA KEJADIAN YANG TIDAK BAIK TERHADAP KAMU ) DAN JANGANLAH KAMU BERDUKACITA , TERIMALAH BERITA GEMBIRA BAHWA KAMU AKAN BEROLEH SYURGA YANG TELAH DI JANJIKAN KEPADA KAMU"
AYAT TADI MENCERITAKAN KEADAAN ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SHALIH SETELAH MEREKA MATI , BAGI ORANG YANG INGKAR PULA , MAKA MATI ADALAH KEHINAAN BAGINYA .
FIRMAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA ;
ولو ترى إذالظالمون في غمرات الموت والملائكة باسطوا أيديهم أخرجوا أنفسكم ليوم تجزون عذاب الهون
بما كنتم تقولون على الله غير الحق كنتم عن آياته ستكبرون
MAKSUDNYA , “ SEKIRANYA KAMU MELIHAT ORANG-ORANG YANG ZALIM ITU , KETIKA SEDANG MENDERITA ‘SAKRATUL MAUT ‘DAN MALAIKAT2 PULA MENGHULUR TANGAN ( MEMUKUL DAN MENYEIKSA MEREKA) SAMBIL BERKATA (DENGAN MENENGKING DAN MENGEJEK) KELUARKANLAH NYAWA KAMU ( DARI TUBUH KAMU SENDIRI ) PADA HARI INI KAMU DIBALAS DENGAN AZAB SIKSA YANG SANGAT HINA DISEBABKAN KATA2 DUSTA YANG TELAH KAMU LEMPARKAN TERHADAP ALLAH DAN KAMU ( MENOLAK DENGAN ) SOMBONG DAN KASAR DAN TAKABUR AYAT2 KETERANGAN NYA . (SURAH AL- AN’AM 93).
OLEH ITU HENDAKLAH KITA SENTIASA BERINGAT MUDAH MUDAHAN KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG SELAMAT , KITA DOAKAN JUGA KEPADA SAUDARA2 KITA YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH , MUDAH2 HAN ALLAH AMPUN KAN DOSA2NYA DAN JADIKAN KUBURNYA SEBAGAI TAMAN DARIPADA TAMAN-TAMAN SYURGA .
HADIRIN HADIRAT SEKALIAN ,
SESUNGGUHNYA KEMATIAN ORANG YANG KITA SAYANG PADA HARI INI , HENDAKLAH DIJADIKAN IKTIBAR AGAR KITA LEBIH BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA, TAQWA DALAM ERTI MEMBENTENGKAN DIRI KITA DARIPADA KEMURKAAN DAN AZAB ALLAH DENGAN MELAKSANAKAN SURUHAN NYA DAN MENINGGALKAN LARANGAN NYA .DIANTARA TUJUAN MENGHADIRI KEMATIAN ATAU MENZIARAHI KUBUR ADALAH UNTUK MEMBERI PERINGATAN TENTANG KEMATIAN YANG AKAN MENEMUI KITA .
KEHIDUPAN DUNIA INI ADALAH KEHIDUPAN YANG SEMENTARA, DUNIA HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN BAGI MENYEDIAKAN BEKALAN UNTUK MENUJU KE AKHIRAT , DI DUNIA INILAH MANUSIA AKAN DI UJI SIAPAKAH DIANTARA MEREKA YANG BENAR2 BERTAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATAALA DENGAN MENJADIKAN KEHIDUPAN DUNIA INI SEBAGAI PERSEDIAAN MENUJU AKHRAT DAN SIAPAKAH YANG MENJADIKAN KEHIDUPANNYA SEMATA-MATA UNTUK DUNIA TANPA MENGHIRAUKAN KEHIDUPAN AKHIRAT .
OLEH ITU, KITA HENDAKLAH MENGAMBIL PENGAJARAN DAN MEMBETULKAN DIRI KITA , SIAPKANLAH BEKALAN YANG PERLU DALAM PERJALANAN MENUJU KE ALAM BARZAKH .
INGATLAH , HANYA DENGAN BERPEGANG KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH SERTA JEJAK SALAFUSSHALEH SAHAJA YANG DAPAT MENJAMIN KEBAHAGIAAN HIDUP KITA DI AKHIRAT NANTI. JANGANLAH KITA TERLALU MENURUT HAWA NAFSU SEHINGGA LEKA DAN LALAI DENGAN ANCAMAN AZAB ALLAH SUBHANAHU WATAALA.
ISI KEPADA KEHIDUPAN ATAU UMUR KITA IALAH IMAN DAN TAQWA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA YANG MEMBUAHKAN AMALAN-AMALAN SHALEH YANG AKAN MENGEIRINGI JENAZAH SESEORANG KE KUBUR , IA KEKAL MENEMANINYA KE ALAM BARZAKH HINGGA KE AKHIRAT.
KITA HENDAKLAH SENTIASA SEDAR BAHAWA MATI SEKADAR PERPISAHAN DIANTARA ROH DENGAN JASAD , NYAWA DAN BADAN , MATI HANYALAH PERTUKARAN SIFAT HIDUP DARI ALAM FANA KE ALAM BAQA’. DARI DUNIA KE AKHIRAT ,OLEH ITU RUGILAH KEHIDUPAN SESEORANG DI DUNIA INI JIKA DIA KEMBALI KE RAHMATULLAH TANPA AMLAN SHOLEH.
AMAT MALANG LAH JIKA ADA DIANTARA KITA HARI INI YANG MASIH MENERUSKAN KERJA-KERJA MAKSIAT, MASIH TIDAK MENAMBAH AMAL IBADAH DAN MASIH LEKA DENGAN KESERONOKAN DUNIA YANG FANA INI SELEPAS PULANG DARI PENGKEBUMIAN NANTI.
ALLAH TIDAK MENJADIKAN SESUATU DENGAN SIA-SIA , TERMASUKLAH KEMATIAN, BAHKAN KEMATIAN MEMPUNYAI HIKMAH TERSENDIRI. OLEH ITU, KITA HENDAKLAH MENGAMBIL IKTIBAR ATAU PENGAJARAN DAN MEMBETULKAN DIRI KITA, SIAPKANLAH BEKALAN YANG PERLU DALAM PERJALANAN MENUJU KE ALAM BARZAKH .
INGATLAH , HANYA DENGAN BERPEGANG KEPADA ALQURAN DAN SUNNAH SERTA JEJAK PARA SAHABAT BAGINDA SAHAJALAH YANG DAPAT MENJAMIN KEBAHAGIAAN HIDUP KITA DI AKHIRAT KELAK .
MARILAH , SAUDARA SAUDARIKU SEKALIAN DAN DIRI SAYA SENDIRI , UNTUK KITA MERENUNG KEMBALI KEHIDUPAN KITA , ADAKAH KITA TELAH PENUHI HIDUP KITA INI DENGAN AMALAN-AMALAN YANG DI REDHAI ALLAH ATAU KITA LAKUKAN AMALAN YANG DI MURKAI NYA .
JANGANLAH APABILA ROH KITA SAMPAI DI KERONGKONG BARU KITA HENDAK MENYESALI SEGALA KESILAPAN YANG LALU , INGATLAH KEMATIAN ITU ADALAH UJIAN DAN CUBAAN . KITA AKAN DI TANYA SIAPA TUHAN KITA , SIAPA NABI KITA DAN APA AGAMA KITA .
SOALAN-SOALAN TERSEBUT TIDAK AKAN AKAN DAPAT DI JAWAB SEKADAR DENGAN ILMU , TETAPI IA MEMERLUKAN 4 PERKARA YANG MELAZIMINYA IAITU, ILMU , AMAL , IMAN DAN SABAR SEMASA HIDUP DIDUNIA LAGI .
KITA HENDAKLAH BERINGAT SENANTIASA , BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA INI AKAN BERAKHIR DAN KITA BAKAL BERHADAPAN DENGAN PERHITUNGAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA .
INGATLAH ! SABDA NABI MUHAMMAD SHALLAHU ALAIHI WASALAM ,
“ SESUNGGUHNYA SEORANG HAMBA APABILA DI MASUKKAN KE DALAM KUBURNYA , LALU PULANGLAH PARA KAUM KERABAT DAN PARA SAHABATNYA, SEHINGGA APABILA SI MATI MENDENGAR BUNYI TELAPAK KASUT MEREKA , LALU DATANGLAH DUA MALAIKAT KEPADANYA , MALAIKAT LALU MENDUDUK KAN SI MATI ITU ,LALU BERTANYA , APAKAH YANG ENGKAU KATA KAN TENTANG LELAKI INI , IAITU MUHAMMAD , MAKA ORANG BERIMAN AKAN MENJAWAB BAHAWA DIA ADALAH HAMBA DAN RASULULLAH , DIKATAKAN KEPADANYA , LIHATLAH TEMPAT TINGGAL DI NERAKA TELAH DIGANTIKAN OLEH ALLAH DENGAN SYURGA , DIA LALU MELIHAT KEDUA-DUANYA” (HADITH RIWAYAT AHMAD).
ADAPUN BAGI MEREKA YANG JAHAT MENURUT ISLAM ,BALASAN MEREKA ADALAH SEBALIKNYA.
SABDA NABI MUHAMMAD SHALLAHU ALAIHI WASALAM:
“ADAPUN ORANG YANG TIDAK BERIMAN DAN MUNAFIK , APABILA DI TANYA , APA YANG AKAN ENGKAU KATAKAN TENTANG LELAKI INI (NABI MUHAMMAD) , DIA AKAN MENJAWAB , AKU TIDAK TAHU , AKU KATA MENGIKUT APA ORANG LAIN KATA ,TERHADAPNYA , LALU MALAIKAT MENGATAKAN KEPADANYA , ENGKAU TIDAK TAHU DAN TIDAK PERCAYA DENGANNYA SEMASA HIDUP DIDUNIA DAHULU , MAKANYA KAMU TIDAK MENGENALINYA , ORANG ITU LALU DI PALU DENGAN PALUAN DARIPADA BESI ANTARA DUA TELINGANYA , TERUS MENJERITLAH DIA DENGAN JERITAN YANG DI DENGARI OLEH MAKHLUK DI SEKELILINGNYA KECUALI MANUSIA DAN JIN SAHAJA YANG TAK DAPAT MENDENGARNYA . ….. (HADITH RIWAYAT AHMAD) .
MAKA PILIHLAH WAHAI SAUDARA SAUDARI YANG DI KASIHI SEKALIAN ANTARA DUA GOLONGAN YANG NABI MUHAMMAD SEBUTKAN DIDALAM HADITH TADI , MANAKAH TEMPAT YANG KITA MAHUKAN DI ALAM BARZAKH DAN ALAM AKHIRAT KELAK . UHASABAH LAH DIRI KITA SELALU SEBELUM KEMATIAN MENJEMPUT KITA BERTAUBATLAH DARI SEGALA DOSA DAN KESALAHAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN .MUDAH-MUDAHAN KITA DALAM GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN DAN SELAMAT.
MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA UNTUK...…………………………………….KITA INI SUPAYA ALLAH TETAPKANNYA DIATAS JALAN KEBENARAN , KERANA DIA AKAN DI SOAL SEBENTAR LAGI. .
MENURUT UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU, SETELAH NABI SHALLAHU ALAIHAI WASALAM SELESAI MENGKEBUMIKAN MAYAT BAGINDA BERDIRI LALU BERSABDA :
إستغفروا لأخيكم وسلوا له التثبيت فإنه الآن يسأل.
MAKSUDNYA : MOHON LAH KEAMPUNAN UNTUK SAUDARA KAMU YANG TELAH MENINGGAL DAN POHONKAN UNTUKNYA KETETAPAN HATI SESUNGGUHNYA DIA SEKARANG SEDANG DI SOAL.
OLEH ITU BERSAMA-SAMA KITA DOAKAN KEPADA SAUDARA MUSLIM KITA YANG TELAH PERGI MENDAHULUI KITA , KITA MEMOHON KEPADA ALLAH SUPAYA MENGAMPUNKAN DOSA-DOSANYA DAN DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG SHALIH ,AMIN .
DOA SETELAH PENGKEBUMIAN
الحمدلله رب العالمين
والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين
اللهم اغفر .............................. .....................وارفع درجته في
المهديين واخلفه في عقبه في الغابرين واغفرلنا وله يارب العالمين
:اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ
وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَد
وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا
خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.
YA ALLAH BERIKANLAH AMPUNAN KEPADANYA , SAYANGILAH DIA MAAFKANLAH DIA , MULIAKAN TEMPATNYA , LUASKAN TEMPAT MASUKNYA SERTA MANDIKANLAH DIA DENGAN AIR DAN SALJU , BERSIHKANLAH DIA DARI KESALAHAN-KESALAHAN SEBAGAIMANA BAJU PUTIH DI BERSIHKAN DARI KOTORAN , BERIKANLAH DIA PENGGANTI TEMPAT TINGGAL YANG LEBIH BAIK DARI TEMPATNYA TINGGALNYA , LINDUNGILAH DIA DARI AZAB KUBUR.
وافسح له في قبره ونورله فيه .
اللهم اغفر لحينا وميتنا وشاهدنا وغائبنا وصغيرنا وكبيرنا
وذكرنا وأنثانا .
اللهم من أحييته منا فأحيه على الإسلام ، ومن توفيته منا توفه على الإيمان . اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله
ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد .
ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس .
وأبدله دارا خيرا من داره أهلا خيرا من أهله وزوجا خيرا من
زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار .
اللهم إن .............................. بن .............................. ...
في ذمتك وجوارك قه فتنة القبر وعذاب النار ، وانت أهل الوفاء والحمد ، اللهم فاغفرله وارحمه إنك أنت الغفور الرحيم . اللهم لا تحرمنا أجره ولاتضلنا بعده واغفرلنا وله ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف الرحيم
وصلى الله على محمد والحمدلله رب العالمين .
YA ALLAH AMPUNKAN DOSA……………………………………………………………............................
DAN ANGKATKANLAH DERJATNYA DALAM KUBURNYA , DAN AMPUNKAN DOSANYA ,LUASKAN KUBURNYA YA ALLAH AMPUNKAN DAN KASIHANILAH DIA DAN AFIATKAN LAH DIA DAN MAAFKANLAH SEGALA KESALAHANNYA DAN MULIAKAN TEMPAT KEMBALINYA , DAN BERSIH KANLAH DIA DENGAN AIR DAN SALJI AKAN DOSA-DOSANYA SEPOERTIMANA BERSIHNYA PAKAIAN PUTIH DARI KOTORAN DAN KURNIAKAN TEMPAT TINGGAL YANG LEBIH BAIK PASANGAN YANG LEBIH BAIK DAN JAUHKANLAH DIA DARI AZAB KUBUR DAN AZAB NERAKA.
YA ALLAH JADIKANLAH KUBURNYA SEBUAH TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA DAN JANGAN KAU JADIKAN KUBURNYA SATU LUBANG DARI LUBANG-LUBANG NERAKA , YA ALLAH ENGKAU ADALAH TUHANNYA YANG TELAH MEMBERI HIDAYAH KEPADANYA SEBAGAI SEORANG ISLAM, DAN ENGKAU LAH JUGA YANG TELAH MEMATIKANNYA , DAN ENGKAU MENGETAHUI SEGALA RAHSIANYA ZAHIR DAN BATIN , MAKA AMPUNKAN DIA DAN KAMI YANG BERADA DISINI DENGAN RAHMAT MU , WAHAI TUHAN YANG MAHA PENYAYANG.
YA ALLAH AMPUN KANLAH ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP DIKALANGAN KAMI DAN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ,DAN ORANG-ORANG YANG BERADA BERSAMA KAMI KETIKA INI .
YA ALLAH TERIMALAH DOA KAMI INI UNTUK SEKALIAN AHLI KUBUR DI KALANGAN ORANG BERIMAN LELAKI DAN PEREMPUAN , EGITU JUGA AHLI KELUARGA KAMI DI KALANGAN IBU BAPA KAMI , DATUK NENEK KAMI ,DAN KETURUNAN MEREKA DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN
.AMPUNKALAH DOSA ………………………………………………………
BERIKANLAH RAHMAT MU DAN MAAFKAN LAH DIA YARABBAL ALAMIN.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والحمدلله رب العالمين
ALQADRI
SURAU SRI BAHGIA , JALAN TUN ABDUL RAHMAN YA’KUB
PETRA JAYA KUCHING SARAWAK MALAYSIA.
082506471 / 082257794
SURAU SRI BAHGIA , JALAN TUN ABDUL RAHMAN YA’KUB
PETRA JAYA KUCHING SARAWAK MALAYSIA.
082506471 / 082257794
No comments:
Post a Comment