"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

11 December, 2018


Rezeki suami ada pada isteri

INGAT, kaum-kaum ISTERI semua, KUNCI SYURGA ISTERI terletak pada SUAMI, ingat 5 PERKARA ini di 5 jari tangan anda sampai bila bila, selagi bergelar isteri iaitu AMANAH, SETIA, TAAT, REDHA DAN YAKIN

Tak cukup 5 perkara ini, maka tak berbau syurga dah. Kalau tiada REDHA bagi pihak Isteri, merangkak macam mana sekalipun si suami mencari rezeki tidak akan sampai dalam rumahtangga kita.. Hakikatnya Allah mengajar kita mengenal DIA melalui sifat REDHA.. Kaum isteri ini amat mudah untuk ke syurga dengan hanya menyediakan segelas air untuk suami. Dan juga amat mudah untuk ke neraka bila berpaling atau jatuh air muka suami. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Al-Quran:

لَهٗ مُعَقِّبٰتٌ مِّنۡۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهٖ يَحۡفَظُوۡنَهٗ مِنۡ اَمۡرِ اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوۡا مَا بِاَنۡفُسِهِمۡ‌ؕ وَاِذَاۤ اَرَادَ اللّٰهُ بِقَوۡمٍ سُوۡۤءًا فَلَا مَرَدَّ لَهٗ‌ۚ وَمَا لَهُمۡ مِّنۡ دُوۡنِهٖ مِنۡ وَّالٍ‏
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Bagi tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannya. Dan yang dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu, disebut malaikat Hafazhah. Tuhan tidak akan merobah keadaan mereka, selama mereka tidak merobah sebab-sebab kemunduran mereka”. (Surah Ar-Rad: 11)

Dan seterusnya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:

وَفِىۡۤ اَنۡفُسِكُمۡ‌ؕ اَفَلَا تُبۡصِرُوۡنَ
"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkannya?" (Surah Adz-Dzaariyat: 21)

Jelas dua ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberitahu kita, tidak akan berubah nasib sesuatu kaum, kalau kaum itu tidak akan berubah nasib mereka sendiri. Dan tidak akan berubah suami kamu itu, melainkan suami kamu itu ubah nasib mereka sendiri. Apa jua masalah, ambil letak pada diri kita, check dan muhasabah diri kita kita buat tak 10 perkara di bawah ini, kenapa rezeki suami tersekat sana sini.

Ini 10 Sifat Isteri Yang Membuat Rezeki Suami Mengalir Dengan Sangat Deras

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala mengalir lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat secara mata kasar, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.

1. Isteri yang pandai bersyukur
Isteri yang bersyukur atas semua kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَاِذۡ تَاَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕنۡ شَكَرۡتُمۡ لَاَزِيۡدَنَّـكُمۡ‌ وَلَٮِٕنۡ كَفَرۡتُمۡ اِنَّ عَذَابِىۡ لَشَدِيۡدٌ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim: 7)

2. Isteri yang tawakal kepada Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَّيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ ؕ وَمَنۡ يَّتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسۡبُهٗ ؕ اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمۡرِهٖ‌
“Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya...” (Surah Ath-Thalaaq: 3)

Bila seseorang isteri bertawakkal pada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus langsung diberikan pada wanita itu. Boleh jadi Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang cukup pada dirinya.

3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan kalau wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَـالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya; maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscaya engkau beruntung.” (Hadith: Al-Bukhari (no. 5090), Muslim (no. 1466)

Wahai saudaraku, ini bukan berarti bahawa kecantikan itu tidak diperlukan. Tetapi yang dimaksud ialah jangan membatasi pada kecantikan, karena itu bukan prinsip bagi kita dalam memilih isteri. Pilihlah karena agamanya; dan jika tidak, maka engkau tidak akan bahagia.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr secara marfu’, ia mengatakan: “Jangan menikahi wanita karena kecantikannya, karena bisa jadi kecantikannya itu akan memburukkannya; dan jangan menikahi wanita karena hartanya, bisa jadi hartanya membuatnya melampui batas. Tetapi, nikahilah wanita atas perkara agamanya. Sungguh hamba sahaya wanita yang sebagian hidungnya terpotong lagi berkulit hitam tapi taat beragama adalah lebih baik. (Hadith Riwayat: Ibnu Majah (no. 1859)

Imam Ahmad meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مِنْ سَعَـادَةِ ابْنُ آدَمَ ثَلاَثَةٌ: اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْـكَنُ الصَّالِحُ، وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ، وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنُ آدَمَ: اَلْمَرْأَةُ السُّوْءُ، وَالْمَسْكَنُ السُّوْءُ، وَالْمَرْكَبُ السُّوْءُ
“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang shalihah, tempat tinggal yang baik, dan kendaraan yang baik. Sedangkan ke-sengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kendaraan yang buruk.”( Ahmad (I/168) dengan sanad yang shahih)

4. Isteri yang banyak beristighfar
Di antara keutamaan istighfar Iaitu mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.

Sebagaiman Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يُّرۡسِلِ السَّمَآءَ عَلَيۡكُمۡ مِّدۡ , فَقُلۡتُ اسۡتَغۡفِرُوۡا رَبَّكُمۡؕ اِنّ 
وَّيُمۡدِدۡكُمۡ بِاَمۡوَالٍ وَّبَنِيۡنَ وَيَجۡعَلۡ لَّـكُمۡ جَنّٰتٍ وَّيَجۡعَلۡ لَّـكُمۡ اَنۡهٰرًا ؕ
"Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,  dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Surah Nuh: 10-12)

5. Isteri yang gemar silaturahim
Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya, mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada dasarnya dia tengah menolong suaminya membuat lancarnya rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (Hadith Riwayat: Bukhari no. 5985 dan Muslim no. 2557)

6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, beliau jua dalam intinya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Kerana keutamaan sedekah misalnya dijelaskan pada surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah Subhanahu wa Ta’ala sampai 700 kali lipat. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah Subhanahu wa Ta’al.

Apabila isteri yang mendapat  nafkah dari suaminya, lantas sebahagiannya dia pakai untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya. Namun mungkin saja dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

مَثَلُ الَّذِيۡنَ يُنۡفِقُوۡنَ اَمۡوَالَهُمۡ فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنۡۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِىۡ كُلِّ سُنۡۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ‌ؕ
وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنۡ يَّشَآءُ‌ ؕ وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيۡمٌ‏
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah [166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. [166] Pengertian menafkahkan "harta di jalan Allah" meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain”. (Surah Al-Baqarah: 261)

7. Isteri yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan beliau bakal mendapatkan rezeki menurut arah yang tidak disangka-sangka.

Misalnya firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.

وَمَنۡ يَّـتَّـقِ اللّٰهَ يَجۡعَلْ لَّهٗ مَخۡرَجًا ۙ‏
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar”. (Surat Alt-Thalaaq: 2)

وَّيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ ؕ وَمَنۡ يَّتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسۡبُهٗ ؕ اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمۡرِهٖ‌ ؕ قَدۡ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ قَدۡرًا
“Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.(Surah Alt-Thalaaq:3)

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya apabila seseorang ingin menerima suatu hal, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Beliau tidak dapat mendapatkan sesuatu itu tetapi dari pemiliknya.

Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan cuma bersandar kepada usaha manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, serta yakinlah apabila isteri berdoa dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala buat suaminya tentu Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengabulkannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادۡعُوۡنِىۡۤ اَسۡتَجِبۡ لَـكُمۡؕ
“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu”. (Surah Al-Mu’min: 60)

9. Isteri yang suka solat dhuha
Solat Dhuha itu adalah solat orang yang mahu kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka kerana itulah terlalu banyak fadilat solat Dhuha yang disebut sendiri oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Allah Shallahu ‘alaihi wassalam menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalm bersabda“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Dalam bingkai rumah tangga, pasangan suami dan istri masing-masing memiliki hak dan kewajiban. Suami sebagai pemimpin, berkewajiban menjaga isteri dan anak-anaknya baik dalam urusan agama atau dunianya, menafkahi mereka dengan memenuhi keperluan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya.

Tanggungjawab suami yang tidak ringan diatas diimbangi dengan ketaatan seorang istri pada suaminya. Kewajiban seorang istri dalam urusan suaminya setahap setelah kewajiban dalam urusan agamanya. Hak suami diatas hak siapapun setelah hak Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya, termasuk hak kedua orang tua. Mentaatinya dalam perkara yang baik menjadi tanggungjawab terpenting seorang isteri.

Ketaatan istri pada suami adalah jaminan surganya. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan shalat lima waktunya, melaksanakan shaum pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (Hadith Riwayat: Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Suami adalah surga atau neraka bagi seorang istri. Keridhoan suami menjadi kereadhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala Isteri yang tidak direadhai suaminya karena tidak taat dikatakan sebagai wanita yang durhaka dan kufur nikmat.

Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda bahwa beliau melihat wanita adalah penghuni neraka terbanyak. Seorang wanita pun bertanya kepada beliau mengapa demikian? Rasulullah pun menjawab bahwa diantarantanya karena wanita banyak yang durhaka kepada suaminya. (Hadith Riwayat: Bukhari Muslim)

“Jika seorang suami memanggil istrinya ke tempat tidur, kemudian si istri tidak mendatanginya, dan suami tidur dalam keadaan marah, maka para malaikat akan melaknatnya sampai pagi.” (Hadith Riwayat: Bukhari/Muslim)

Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat dalam suaminya, jadi hati suaminya juga damai dan hening. Ketika hatinya damai, dia sanggup berpikir lebih jernih dan kreativitinya ada. Semangat kerjanya juga aktif. Ibadah juga lebih tenang, dan rezeki mengalir dengan lancarnya.

Kalau tidak mampu bantu suami dengan perbuatan, bantu suami dengan nasihat, kalau masih tidak mampu bantu suami dengan nasihat, maka BANTULAH SUAMI DENGAN AMAL...SERAH PADA ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA.

Janganlah kita bermusuh dan bermasam muka karena PINTU NERAKA terbuka luas untuk kaum isteri sebegitu.
Isteri ingat lagi satu perkara, SEHEBAT MANA KAUM WANITA TETAP TIDAK BOLEH JADI IMAM DALAM SOLAT..

PERCERAIAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN TERBAIK..kalau memilih jalan begitu, dimana  lagi kaum isteri hendak mencari kunci syurga...

Kalau 10 perkara ini, isteri tak mampu buat untuk bantu lancarkan rezeki suami, balik muhasabah dan perbetulkan diri dulu adalah lebih baik, daripada merungut suami tak mampu, tak berduit dan sebagainya ya.

Dan hikmah dari melaksanakan dengan tulus semua ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas adalah berlangsungnya bahtera rumah tangga yang harmonis dan penuh dengan kenyamanan. Ketaatan pada suami pun dibatasi dalam perkara yang baik saja dan sesuai dengan kemampuan.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengaruniakan kepada kita semua keluarga yang barakah.

Wallahu ‘alam.

“Dalam mengejar keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki. Rezeki itu pelbagai, bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta. Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan”.

Penulis:  Rashidah Abd Hamid
Di-edit oleh: HAR

1 comment:

Unknown said...

According to Stanford Medical, It is indeed the ONLY reason this country's women live 10 years more and weigh on average 42 lbs lighter than us.

(By the way, it really has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING to around "how" they eat.)

BTW, I said "HOW", and not "WHAT"...

Click on this link to discover if this quick questionnaire can help you find out your real weight loss potential