Rezeki suami ada pada
isteri
INGAT, kaum-kaum ISTERI semua,
KUNCI SYURGA ISTERI terletak pada SUAMI, ingat 5
PERKARA ini di 5 jari tangan anda sampai bila bila, selagi bergelar isteri
iaitu AMANAH, SETIA, TAAT, REDHA DAN YAKIN
Tak cukup 5
perkara ini, maka tak berbau syurga dah. Kalau tiada REDHA bagi pihak Isteri,
merangkak macam mana sekalipun si suami mencari rezeki tidak akan sampai dalam
rumahtangga kita.. Hakikatnya Allah mengajar kita mengenal DIA melalui sifat
REDHA.. Kaum isteri ini amat mudah untuk ke syurga dengan hanya menyediakan
segelas air untuk suami. Dan juga amat mudah untuk ke neraka bila berpaling
atau jatuh air muka suami.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Al-Quran:
لَهٗ
مُعَقِّبٰتٌ مِّنۡۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهٖ يَحۡفَظُوۡنَهٗ مِنۡ اَمۡرِ
اللّٰهِؕ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوۡا مَا
بِاَنۡفُسِهِمۡؕ وَاِذَاۤ اَرَادَ اللّٰهُ بِقَوۡمٍ سُوۡۤءًا فَلَا مَرَدَّ لَهٗۚ
وَمَا لَهُمۡ مِّنۡ دُوۡنِهٖ مِنۡ وَّالٍ
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang
selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya
atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum
sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila
Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat
menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Bagi
tiap-tiap manusia ada beberapa malaikat yang tetap menjaganya secara bergiliran
dan ada pula beberapa malaikat yang mencatat amalan-amalannya. Dan yang
dikehendaki dalam ayat ini ialah malaikat yang menjaga secara bergiliran itu, disebut
malaikat Hafazhah. Tuhan tidak akan merobah keadaan mereka, selama mereka tidak
merobah sebab-sebab kemunduran mereka”. (Surah Ar-Rad: 11)
Dan seterusnya
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
وَفِىۡۤ اَنۡفُسِكُمۡؕ اَفَلَا تُبۡصِرُوۡنَ
"Dan juga pada diri kamu sendiri.
Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkannya?" (Surah
Adz-Dzaariyat: 21)
Jelas dua ayat
di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberitahu kita, tidak akan berubah nasib
sesuatu kaum, kalau kaum itu tidak akan berubah nasib mereka sendiri. Dan tidak
akan berubah suami kamu itu, melainkan suami kamu itu ubah nasib mereka
sendiri. Apa jua masalah, ambil letak pada diri kita, check dan muhasabah diri
kita kita buat tak 10 perkara di bawah ini, kenapa rezeki suami tersekat sana
sini.
Ini 10 Sifat Isteri Yang Membuat Rezeki Suami
Mengalir Dengan Sangat Deras
Ramai suami yang mungkin
tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala mengalir
lancar atas peranan isteri. Memang tidak dapat dilihat secara mata kasar,
tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini
‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.
1. Isteri yang pandai bersyukur
Isteri
yang bersyukur atas semua kurnia Allah Subhanahu wa Ta’ala pada hakikatnya dia
sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk juga rezeki. Miliki
suami, bersyukur. Jadi ibu, bersyukur. Anak-anak dapat mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami
isteri, bersyukur.
Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَاِذۡ تَاَذَّنَ
رَبُّكُمۡ لَٮِٕنۡ شَكَرۡتُمۡ لَاَزِيۡدَنَّـكُمۡ وَلَٮِٕنۡ كَفَرۡتُمۡ اِنَّ
عَذَابِىۡ لَشَدِيۡدٌ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu
memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
(ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya
azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim: 7)
2. Isteri yang tawakal kepada
Allah
Di waktu seseorang bertawakkal pada Allah, Allah akan mencukupi
rezekinya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَّيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ
لَا يَحۡتَسِبُ ؕ وَمَنۡ يَّتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسۡبُهٗ ؕ اِنَّ
اللّٰهَ بَالِغُ اَمۡرِهٖ
“Dan memberinya rezki dari arah yang
tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya
Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang (dikehendaki)Nya...” (Surah Ath-Thalaaq: 3)
Bila seseorang isteri bertawakkal pada Allah Subhanahu wa Ta’ala,
sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah
Subhanahu wa Ta’ala akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak selamanya harus
langsung diberikan pada wanita itu. Boleh jadi Allah Subhanahu wa Ta’ala akan
memberi rezeki yang banyak pada suaminya, lalu suami itu memberi nafkah yang
cukup pada dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan kalau wanita
dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan
agamanya.
Al-Bukhari meriwayatkan dari
Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau
bersabda:
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ
لأَرْبَعٍ: لِمَـالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ
بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena
hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya; maka pilihlah wanita yang
taat beragama, niscaya engkau beruntung.” (Hadith: Al-Bukhari (no. 5090),
Muslim (no. 1466)
Wahai saudaraku,
ini bukan berarti bahawa kecantikan itu tidak diperlukan. Tetapi yang dimaksud
ialah jangan membatasi pada kecantikan, karena itu bukan prinsip bagi kita
dalam memilih isteri. Pilihlah karena agamanya; dan jika tidak, maka engkau
tidak akan bahagia.
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr secara marfu’, ia
mengatakan: “Jangan menikahi wanita karena kecantikannya, karena bisa jadi
kecantikannya itu akan memburukkannya; dan jangan menikahi wanita karena
hartanya, bisa jadi hartanya membuatnya melampui batas. Tetapi, nikahilah
wanita atas perkara agamanya. Sungguh hamba sahaya wanita yang sebagian
hidungnya terpotong lagi berkulit hitam tapi taat beragama adalah lebih baik.
(Hadith Riwayat: Ibnu Majah (no. 1859)
Imam Ahmad meriwayatkan dari Nabi Shallallahu
‘alaihi wa sallam:
مِنْ سَعَـادَةِ ابْنُ
آدَمَ ثَلاَثَةٌ: اَلْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ، وَالْمَسْـكَنُ الصَّالِحُ،
وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ، وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنُ آدَمَ: اَلْمَرْأَةُ السُّوْءُ،
وَالْمَسْكَنُ السُّوْءُ، وَالْمَرْكَبُ السُّوْءُ
“Kebahagiaan
manusia ada tiga: Wanita yang shalihah, tempat tinggal yang baik, dan kendaraan
yang baik. Sedangkan ke-sengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk
(perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kendaraan yang buruk.”( Ahmad
(I/168) dengan sanad yang shahih)
4. Isteri yang banyak
beristighfar
Di antara keutamaan istighfar Iaitu
mendatangkan rezeki. Hal semacam itu dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10
sampai 12. Kalau dengan memperbanyak istighfar, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan
mengirimkan hujan dan memperbanyak harta.
Sebagaiman Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
يُّرۡسِلِ السَّمَآءَ
عَلَيۡكُمۡ مِّدۡ , فَقُلۡتُ
اسۡتَغۡفِرُوۡا رَبَّكُمۡؕ اِنّ
وَّيُمۡدِدۡكُمۡ
بِاَمۡوَالٍ وَّبَنِيۡنَ وَيَجۡعَلۡ لَّـكُمۡ جَنّٰتٍ وَّيَجۡعَلۡ لَّـكُمۡ
اَنۡهٰرًا ؕ
"Maka
aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia
adalah Maha Pengampun-, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan
lebat, dan membanyakkan harta dan
anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di
dalamnya) untukmu sungai-sungai". (Surah Nuh: 10-12)
5. Isteri yang gemar
silaturahim
Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik pada orang tuanya,
mertuanya, sanak familinya, serta saudari-saudari seaqidah, pada dasarnya dia
tengah menolong suaminya membuat lancarnya rezeki. Sebab keutamaan silaturahim
adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
Dari
Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ
، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan
dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (Hadith Riwayat:
Bukhari no. 5985 dan Muslim no. 2557)
6. Isteri yang suka bersedekah
Isteri yang suka bersedekah, beliau jua dalam
intinya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Kerana keutamaan sedekah
misalnya dijelaskan pada surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah
Subhanahu wa Ta’ala sampai 700 kali lipat. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih
dari itu menurut kehendak Allah Subhanahu wa Ta’al.
Apabila isteri yang mendapat nafkah dari
suaminya, lantas sebahagiannya dia pakai untuk sedekah, mungkin tidak dibalas
melaluinya. Namun mungkin saja dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan
suaminya lancar, rezekinya berlimpah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
مَثَلُ الَّذِيۡنَ يُنۡفِقُوۡنَ
اَمۡوَالَهُمۡ فِىۡ سَبِيۡلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنۡۢبَتَتۡ سَبۡعَ
سَنَابِلَ فِىۡ كُلِّ سُنۡۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍؕ
وَاللّٰهُ يُضٰعِفُ
لِمَنۡ يَّشَآءُ ؕ وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيۡمٌ
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah [166] adalah serupa dengan sebutir benih
yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat
gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas
(karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. [166] Pengertian menafkahkan "harta di
jalan Allah" meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan
perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain”. (Surah
Al-Baqarah: 261)
7. Isteri yang bertaqwa
Orang
yang bertaqwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Bahkan beliau bakal mendapatkan rezeki menurut arah yang tidak disangka-sangka.
Misalnya
firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.
وَمَنۡ يَّـتَّـقِ
اللّٰهَ يَجۡعَلْ لَّهٗ مَخۡرَجًا ۙ
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar”. (Surat Alt-Thalaaq: 2)
وَّيَرۡزُقۡهُ مِنۡ
حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ ؕ وَمَنۡ يَّتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسۡبُهٗ ؕ
اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمۡرِهٖ ؕ قَدۡ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ قَدۡرًا
“Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”.(Surah Alt-Thalaaq:3)
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya apabila seseorang ingin
menerima suatu hal, dia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Beliau tidak
dapat mendapatkan sesuatu itu tetapi dari pemiliknya.
Begitulah
rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan cuma bersandar kepada usaha
manusiawi namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya
selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, serta
yakinlah apabila isteri berdoa dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala buat suaminya
tentu Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengabulkannya.
Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادۡعُوۡنِىۡۤ
اَسۡتَجِبۡ لَـكُمۡؕ
“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo'alah
kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu”. (Surah Al-Mu’min: 60)
9. Isteri yang
suka solat dhuha
Solat Dhuha itu adalah solat
orang yang mahu kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka kerana itulah
terlalu banyak fadilat solat Dhuha yang disebut sendiri oleh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat. Solat Sunat
Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Allah Shallahu ‘alaihi
wassalam menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk
solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam,
janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan
solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di
akhir harimu.” (Hadis
Riwayat Abu Dawud)
Daripada Abu Dzar r.a.,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalm bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk
setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap
tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah
sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah
sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat
solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim
dan Abu Daud)
Dalam bingkai rumah tangga,
pasangan suami dan istri masing-masing memiliki hak dan kewajiban. Suami
sebagai pemimpin, berkewajiban menjaga isteri dan anak-anaknya baik dalam
urusan agama atau dunianya, menafkahi mereka dengan memenuhi keperluan makanan,
minuman, pakaian dan tempat tinggalnya.
Tanggungjawab suami yang
tidak ringan diatas diimbangi dengan ketaatan seorang istri pada suaminya.
Kewajiban seorang istri dalam urusan suaminya setahap setelah kewajiban dalam
urusan agamanya. Hak suami diatas hak siapapun setelah hak Allah Subhanahu wa
Ta’ala dan Rasul-Nya, termasuk hak kedua orang tua. Mentaatinya dalam perkara
yang baik menjadi tanggungjawab terpenting seorang isteri.
Ketaatan istri pada suami
adalah jaminan surganya. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan
shalat lima waktunya, melaksanakan shaum pada bulannya, menjaga kemaluannya,
dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia
kehendaki.” (Hadith Riwayat: Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
Suami adalah surga atau
neraka bagi seorang istri. Keridhoan suami menjadi kereadhaan Allah Subhanahu
wa Ta’ala Isteri yang tidak direadhai suaminya karena tidak taat dikatakan
sebagai wanita yang durhaka dan kufur nikmat.
Suatu hari Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda bahwa beliau melihat wanita
adalah penghuni neraka terbanyak. Seorang wanita pun bertanya kepada beliau
mengapa demikian? Rasulullah pun menjawab bahwa diantarantanya karena wanita
banyak yang durhaka kepada suaminya. (Hadith Riwayat: Bukhari Muslim)
“Jika seorang suami
memanggil istrinya ke tempat tidur, kemudian si istri tidak mendatanginya, dan
suami tidur dalam keadaan marah, maka para malaikat akan melaknatnya sampai
pagi.” (Hadith Riwayat: Bukhari/Muslim)
Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang isteri taat dalam suaminya, jadi hati suaminya juga damai dan hening. Ketika hatinya damai, dia sanggup berpikir lebih jernih dan kreativitinya ada. Semangat kerjanya juga aktif. Ibadah juga lebih tenang, dan rezeki mengalir dengan lancarnya.
Kalau tidak mampu bantu
suami dengan perbuatan, bantu suami dengan nasihat, kalau masih tidak mampu
bantu suami dengan nasihat, maka BANTULAH SUAMI DENGAN AMAL...SERAH PADA ALLAH SUBHANAHU
WA TA’ALA.
Janganlah kita bermusuh dan bermasam muka
karena PINTU NERAKA terbuka luas untuk kaum isteri sebegitu.
Isteri ingat lagi satu perkara, SEHEBAT MANA
KAUM WANITA TETAP TIDAK BOLEH JADI IMAM DALAM SOLAT..
PERCERAIAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN TERBAIK..kalau
memilih jalan begitu, dimana lagi kaum isteri
hendak mencari kunci syurga...
Kalau 10 perkara ini, isteri tak mampu buat untuk bantu lancarkan rezeki
suami, balik muhasabah dan perbetulkan diri dulu adalah lebih baik, daripada
merungut suami tak mampu, tak berduit dan sebagainya ya.
Dan hikmah dari melaksanakan
dengan tulus semua ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas adalah
berlangsungnya bahtera rumah tangga yang harmonis dan penuh dengan kenyamanan.
Ketaatan pada suami pun dibatasi dalam perkara yang baik saja dan sesuai dengan
kemampuan.
Mudah-mudahan Allah
Subhanahu wa Ta’ala mengaruniakan kepada kita semua keluarga yang barakah.
Wallahu ‘alam.
“Dalam mengejar
keuntungan atau kekayaan bila bekerja seharian, tiada gunanya sekiranya
institusi keluarga di rumah tidak terbuka pada rezeki. Rezeki itu pelbagai,
bukan hanya duit yang kita usahakan sahaja, tetapi juga pada keluarga tercinta.
Namun, rezeki itu tetap perlu diusahakan”.
Penulis: Rashidah Abd Hamid
Di-edit oleh: HAR
1 comment:
According to Stanford Medical, It is indeed the ONLY reason this country's women live 10 years more and weigh on average 42 lbs lighter than us.
(By the way, it really has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and really, EVERYTHING to around "how" they eat.)
BTW, I said "HOW", and not "WHAT"...
Click on this link to discover if this quick questionnaire can help you find out your real weight loss potential
Post a Comment