Seorang muslim yang mengucapkan syahadah bererti telah yakin bahawa Nabi
Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam
adalah utusan Allah Subhanahu wa ta’ala.
Oleh kerana itu, dia harus mengetahui kewajibannya terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai
tanggungjawap perakuan bahawa Baginda adalah utusan Allah.
Sebagai umat beliau
kita memiliki kewajiban terhadap beliau yang sekaligus merupakan hak beliau
yang harus kita penuhi terhadap beliau. Hak-hak tersebut adalah:
1. BERIMAN (KETAATAN) KEPADA BELIAU
* Mengakui kebenaran dan beriman kepada risalah/misi yang merupakan
kenabian dan kerasulan Baginda dengan mengikuti Sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Iman kepada para rasul merupakan salah satu
rukun iman yang harus di-yakini oleh setiap muslim. Dan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam adalah seorang diantara para rasul.
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ
الَّذِي أَنزَلْنَا وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Oleh itu, berimanlah kamu
kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang
Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala
yang kamu kerjakan”.
(Surah
At-Tagaabun: 8)
Allah Subhanahu wa ta’ala
berfirman:
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ
اللّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعاً الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ
وَالأَرْضِ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ يُحْيِـي
وَيُمِيتُ فَآمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
الَّذِي
يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
“Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu
semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh
itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman
kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya
kamu beroleh hidayah petunjuk". (Surah: Al-A’raf: 158).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Demi
Allah yang jiwa Muhammad berada di tanganNya, tidak seorang pun dari umat
(manusia) ini yang mendengar tentang aku, seorang Yahudi maupun Nasrani,
kemudian ia mati dan tidak beriman kepada ajaran yang aku bawa, melainkan ia
adalah termasuk penghuni neraka.” (HR. Muslim).
* Yakin dan beriman bahawa tidak ada nabi lagi setelah beliau shallallahu
‘alaihi wa sallam
Beriman kepada
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah meyakini tanpa keraguan bahawa
ajaran dan kenabiannya adalah haq dari Allah subhanahu wata’ala, dan
mengamalkan segala tuntutannya. Memperakui semua ajaran yang Baginda bawa, dan
yakin bahawa semua berita dari Allah yang Baginda sampaikan adalah benar.
Allah
Shallallahu ‘alaihi wasallam berfirman:
مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ
أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ
وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً
“Bukanlah Nabi Muhammad itu
(dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari
orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (Surah: Al-Ahzab: 40).
Imam hafizh Ibnu Katsir berkata:
Ayat ini merupakan nash bahawa tidak ada nabi setelahnya, jika
tidak ada nabi setelahnya berarti tidak ada rasul setelahnya dan ia lebih
pantas dan lebih layak untuk tidak ada kerana risalah lebih khusus daripada
nubuwah. Setiap rasul
adalah nabi akan tetapi bukan semua nabi adalah rasul.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“… Dan sesungguhnya akan muncul pada ummatku
pendusta yang jumlahnya tiga puluh orang, mereka semua mengaku sebagai Nabi,
sedangkan aku adalah penutup para Nabi dan tidak ada Nabi sepeninggalku.”
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, dengan sanad yang shahih menurut
syarat Muslim)
* Mengakui risalah (ajaran)
Baginda dan menyakini kesempurnaan risalah (ajaran) tersebut
Beriman kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah
meyakini tanpa keraguan bahawa ajaran dan kenabiannya adalah haq dari Allah Subhanahu wa ta’ala, dan mengamalkan
segala tuntutannya. Memperakui semua ajaran yang Baginda bawa, dan yakin bahawa
semua berita dari Allah yang Baginda sampaikan adalah benar.
Allah Subhanahu
wa ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُواْ آمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ
عَلَى رَسُولِهِ
وَالْكِتَابِ الَّذِيَ
أَنزَلَ مِن قَبْلُ وَمَن يَكْفُرْ بِاللّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ
وَرُسُلِهِ
وَالْيَوْمِ
الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيداً
“Wahai orang-orang yang
beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab
Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga
kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa
yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya,
dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang amat jauh”.
(Surah: An-Nisaa’:136)
Kita pun beriman bahwa seluruh risalah yang
diwahyukan kepada beliau telah beliau sampaikan dan telah sempurna, sehingga
kita tidak memerlukan lagi tambahan-tambahan atau bahkan mengurangi syari’at
yang ada didalamnya.
Dalam hajjatul wada (haji perpisahan) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah kepada para sahabatnya:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
* Mengakui
ajaran Baginda dan meyakini kesempurnaan ajaran tersebut
“Bukankah
aku telah menyampaikan (risalahku)?” Mereka menjawab, “Ya.” Nabi mengulang,
“Bukankah aku telah menyampaikan (risalahku)?” Mereka menjawab, “Ya.” Nabi
mengulang, “Bukankah aku telah menyampaikan (risalahku)?” Mereka menjawab,
“Ya.” Nabi bersabda, “Ya Allah, saksikanlah!” Nabi menunjuk dengan jarinya ke
langit dan mengarahkannya kepada hadirin. (Hadits riwayat Muslim)
Saat
haji wada’ itulah turun firman Allah Subhanahu wa ta’ala mempersaksikan bahawa Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam telah
menyampaikan semua yang dititahkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala,
hingga agama ini sempurna,
Maka turunlah ayat, yang artinya:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ
لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ
الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah: Al-Maidah: 3)
Sahabat
Abu Dzar al-Ghifari radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam telah
meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepakkan
sayapnya di udara, kecuali beliau telah sebutkan ilmu tentangnya.” Kemudian
beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, ‘Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendekatkan kepada surga dan menjauhkan dari api
neraka, kecuali telah
dijelaskan kepada kalian’.” (Hadits riwayat. ath-Thabarani no. 1647 dengan sanad
yang sahih)
Seorang
musyrik berkata kepada Salman al-Farisi radhiyallahu
‘anhu, “Sungguh, sahabat kalian (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan segala sesuatu kepada
kalian, sampai pun tentang adab buang hajat.” Jika Allah Subhanahu wa ta’ala, Rasul-Nya,
dan para sahabat rasul sebagai generasi terbaik umat ini telah mempersaksikan
kesempurnaan Islam, kita pun harus demikian. Kita harus menyakini bahawa
seluruh nabi dan rasul, termasuk nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam, telah menyampaikan seluruh kebaikan.
Abdullah bin Mas’ud radhiallahu
‘anhu berkata:
Ikutilah Sunnah (ittiba) dan jangan lakukan bida’ah kerana Sunnah (apa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alahi wasallam), sudah
mencukupi dan sesungguhnya setiap yang baru adalah bida’ah dan setiap bida’ah
adalah sesat.
Maka jika Allah, Rasul-Nya dan para sahabat (yang merupakan
generasi terbaik umat ini) telah memperakui kesempurnaan Islam, maka kita pun
seharusnya berbuat demikian.
* Mengimani keumuman
risalah beliau
Artinya, beriman kepada Muhammad shållallåhu
‘alahi wa sallam sebagai rasul sahaja belum cukup sehingga termasuk meyakini
bahawa agama yang dibawa oleh Baginda tidak hanya diperuntukkan kepada wilayah
atau bangsa atau suku atau ras tertentu saja akan tetapi ia adalah amanat yang
bersifat global yang merangkumi seluruh manusia di bumi tanpa dibatas oleh
wilayah, bangsa atau warna. Jika ada yang berkata, ajaran (risalah) atau
syari’at Muhammad shallallahu ‘alahi wa sallam hanya untuk orang-orang Arab
saja –misalnya- maka pengakuan keislamannya kepadanya gugur.
Sebagaimana dalam firman Allah Subhanahu
wa ta’ala:
قُلْ
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعاً
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah
kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah)….” (Surah Al-A’raf:158)
Allah Subhanahu
wa ta’ala berfirman:
تَبَارَكَ الَّذِي
نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيراً
"Maha
berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk
menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam”. (Surah Al-Furqaan:
1)
Dalam
Surah Saba ayat 28, Allah Subhanahu wa
Ta’ala berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ
إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيراً وَنَذِيراً وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا
يَعْلَمُونَ
“Dan
tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya,
sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan
pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui (hakikat itu)”.
2. MENCINTAI RASUL SHALLALLAHU
‘ALAIHI WASSALAM
Merupakan hak Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam atas ummatnya adalah mencintainya, karena iman tidak ada artinya jika tidak disertai dengan kecintaan kepada beliau.
Mencintai beliau
lebih dari mencintai diri sendiri, ayah dan anak sebagaimana dalam firman Allah
Subhanahu wa ta’ala:
قُلْ إِن
كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ
اقْتَرَفْتُمُوهَا
وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم
مِّنَ
اللّهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ
بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara
kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan
harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi
perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada)
berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada
orang-orang yang fasik (derhaka). (Surah At-Taubat: 24)
Dari
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu
berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Tidak beriman
salah seorang diantara kami sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya,
ayahnya dan manusia semuanya.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abdullah bin Hisyam berkata; kami
pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam yang saat itu
beliau bergandingan tangan dengan Umar bin Khattab radhiyallahu
‘anhu , kemudian Umar berkata kepada Rasulullah Shallallahu
'alaihi wasallam: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai dari
segala-galanya selain diriku sendiri.” Maka Nabi Shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: “Tidak demikian, demi Dzat yang jiwaku berada di
Tangan-Nya, hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar
berkata; ‘Sekarang demi Allah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada
diriku sendiri. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Sekarang (telah sempurna imanmu) wahai Umar.” (Hadits
riwayat Bukhari)
Imam
Al Qadhi ‘Iyadh Al Yahshubi berkata:
“Ketahuilah bahwa barangsiapa yang mencintai
sesuatu, maka dia akan mengutamakannya dan berusaha mencontohinya. Jika tidak, maka bererti dia tidak benar-
benar mencintai dan hanya mengaku-aku
tanpa bukti nyata. Maka orang yang benar-benar (pengakuan) mencintai Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang dapat dilihat (bukti) kecintaan
tersebut pada dirinya.”
“Tanda
(bukti) cinta kepada Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam yang utama adalah (dengan) meneladani beliau shallallahu
‘alaihi wa sallam, mengamalkan sunnahnya, mengikuti semua ucapan dan
perbuatannya, melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangannya, serta
menghiasi diri dengan adab-adab (etika) yang beliau (contohkan), dalam keadaan
susah maupun senang dan lapang maupun sempit.” (Asy Syifa bi Ta’riifi Huquuqil
Mushthafa, 2/24)
3. TAAT TERHADAP BELIAU
Taat kepada Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam merupakan salah satu kewajiban seorang muslim, sebagaimana
disebutkan di dalam al-Qur’an.
Taat kepada Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam merupakan salah satu kewajiban seorang muslim, sebagaimana
disebutkan di dalam al-Qur’an:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا
اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
“Wahai orang-orang yang
beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan
janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!” (Surah Muhamad: 33)
Allah Subhanahau wa ta’ala
berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ
اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنتُمْ تَسْمَعُونَ
“Wahai
orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu
berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan
taatnya).” (Surah Al-Anfaal:20)
Allah Subhanahau wa ta’ala
berfirman:
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا
نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا
"Dan apa jua perintah
yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan,
dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya”.
(Surah Al-Hasyr: 7)
Dari Abu Hurairah:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Barangsiapa taat kepadaku, bererti dia telah taat kepada
Allah Subhanahu wa ta’ala; dan barang siapa menderhakaiku, bererti dia durhaka
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Selain dari taat kepada Baginda, kita juga
hendaklah menjauhkan diri kita dari mendurhakai Baginda, dan salah satu bentuk
kedurhakaan terhadap Baginda ialah sentiasa menyimpang atau bahkan menentang
perintah dan larangan Baginda.
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
“Dan
sudah dijadikan kehinaan dan kerendahan atas mereka yang menyelisihiku.” (HR.
Bukhari di dalam bab “Maa qiila fi ar-rimaah“)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:
“Setiap umatku akan masuk surga, kecuali yang
enggan.” Mereka bertanya: “siapa yang enggan wahai Rasulullah?” Beliau berkata:
“Siapa yang taat kepadaku, akan masuk surga, dan siapa yang tidak taat
kepadaku, akan masuk neraka.” (hadist riwayat Bukhari)
Dan salah satu bentuk ketidak-taatan,
penyelisihan dan penentangan terhadap Baginda iaitu melakukan bid’ah.
Bid’ah dalam agama
ialah sesuatu yang tidak disyari’atkan oleh Allah dan rasul-Nya iaitu tidak
diperintahkan dengan perintah wajib atau perintah sunnah. Adapun yang
diperintahkan dengan perintah wajib dan sunnah serta diketahui
perintah-perintah tersebut dengan dalil-dalil syar’i, maka hal itu termasuk
yang disyari’atkan oleh Allah.
Bid’ah sendiri
artinya sesuatu yang baru dalam agama setelah agama itu dinyatakan sempurna dan
setelah wafatnya Nabi.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Seburuk-buruk urusan adalah hal-hal baru
dalam agama, setiap hal yang baru dalam agama adalah bid’ah, setiap
bid’ah merupakan kesesatan, dan setiap
kesesatan adalah neraka”. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah).
Dalam riwayat lain disebut, “Barangsiapa
melakukan suatu amal (ibadah) yang tidak ada keterangannya dari kami, akan
tertolak. “Beliau juga bersabda, “Aku telah meninggalkan kalian di jalan lurus
yang terang dan jelas, malam harinya saperti siang, dan hanya perusaklah yang
berpaling darinya sepeninggalku.”
Rasulullah juga menjelaskan, “Barang siapa yang
membuat cara ibadah baru (bid’ah), atau membantu orang yang menjalankan Bid’ah,
maka dia mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa ta’ala, para malaikat dan
semua manusia.” (Hadits riwayat Bukhari, Ibnu Hibban, Abu Dawud)
4.
ITTIBA’ (MENGIKUT) NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM
Allah Subhanahu wa ta’ala
memberitahukan bahawa ittiba’ kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
merupakan bukti cinta seorang muslim
kepada Allah subhanahu wata’ala.
Difirman oleh Allah Subhanahu wa ta’ala:
قُلْ إِن كُنتُمْ
تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ
ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi
Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
(Surah Al-Imran: 31)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Demi
Dzat yang jiwaku di tangan-Nya seandainya Musa hidup maka tidak boleh baginya
kecuali mengikutiku.”
(Dikeluarkan oleh Abdur
Razzaq dalamMushannafnya 6/Fl 3, lbnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya 9/47,
Ahmad dalam Musnadnya 3/387, dan lbnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayan Ilmi 2/805,
Syaikh Al-Albani berkata dalam Irwa’ 6/34, “Hasan”)
Syaikh
Al-Albani rahimahullahu berkata:
“Jika Musa Kalimullah tidak boleh ittiba’ kecuali kepada
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bagaimana dengan yang lainnya? Hadits
ini merupakan dalil yang qath‘i atas wajibnya mengesakan Nabi Shallallahu alaihi wasallam dalam hal
ittiba’, dan ini merupakan natijah syahadat ‘anna Muhammadan rasulullah”, karena itulah Allah sebutkan dalam
ayat di atas (Ali lmran : 31) bahawa ittiba’ kepada Rasulullah bukan kepada
yang lainnya adalah dalil kecintaan Allah kepadanya” (Muqaddimah Bidayatus Sul
fi Tafdhili Rasul hal.5-6)
Maka dengan hal ini pula adalah haram, meninggalkan apa-apa yang
beliau syari’atkan dan tuntunkan hanya kerana beralasan ada pendapat-pendapat
lain, baik itu pendapat dari kalangan shahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in
terlebih lagi orang-orang setelah mereka. Dalam hal ini, imam madzhab (imam
yang empat) bersepakat (ijma’) bahawa tidak boleh ada pendapat seorang pun yang
didahulukan jikalau telah ada sunnah dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Al-Imam Abu Hanifah berkata:
“Tidak halal atas
seorangpun mengambil perkataan kami selama dia tidak tahu dari mana kami
mengambilnya” Dalam riwayat lain beliau berkata, “Orang yang tidak tahu dalilku, haram atasnya
berfatwa dengan perkataanku” (Dinukil oleh Ibnu Abidin dalam
Hasyiyahnya atas Bahru Raiq 6/293 dan Sya’ rany dalam Al-Mizan 1/55)
Al-Imam Malik berkata :
“Sesungguhnya aku adalah manusia yang bisa benar dan keliru.
Lihatlah pendapatku, setiap yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah maka
ambillah, dan setiap yang tidak sesual dengan Kitab dan Sunnah maka
tinggalkanlah.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Barr dalam
Al-Jami’ 2/32)
Al-Imam Asy-Syafi’i berkata:
“Jika
kalian menjumpai sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam, ittiba’lah kepadanya, janganlah
kalian menoleh kepada perkataan siapapun.” (Diriwayatkan oleh
Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya’ 9/107 dengan sanad yang shahih)
Al-Imam Ahmad berkata:
“Janganlah
engkau taqlid dalam agamamu kepada seorangpun dari mereka, apa yang datang dari Nabi dan para
sahabatnya ambillah” Beliau juga berkata, “Ittiba’ adalah jika
seseorang mengikuti apa yang datang dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan
para sahabatnya.” (Masa’iI Al-Imam Ahmad oleh Abu Dawud hal.276- 277)
5.
MENJADI NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM SEBAGAI IMAM DAN HAKIM DALAM SETIAP PERKARA
Allah
Subhanahu wa ta’ala berfirman:
فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ
يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ
فِي
أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ
وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
“Maka demi Tuhanmu (wahai
Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau
hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian
mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah
engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. (Surah
An-Nisaa: 65)
Al-Hafizh Imam Ibnu Katsir berkata:
“Allah Taala bersumpah dengan diriNya yang Maha Mulia lagi Maha
Suci bahwa seseorang belum beriman sehingga dia menjadikan rasul sebagai hakim
dalam segala perkara, apa yang diputuskan olehnya adalah benar wajib tunduk
kepadanya lahir batin”
“Oleh karena itu Allah berfirman, ‘Kemudian
mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang
kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.’ yakni jika mereka
menjadikanmu sebagai hakim, mereka menaatimu dalam batin mereka maka mereka
tidak merasa keberatan dari apa yang kamu putuskan, mereka tunduk kepadanya
lahir dan batin.
“Maka mereka menyerah diri sepenuhnya tanpa menolak dan membantah sebagaimana
sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
وَالَّذِيْ
نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ
وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ.
“Demi Dzat Yang jiwaku ada di TanganNya, tidaklah beriman salah
seorang di antara kalian hingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya,
anaknya, dan semua manusia.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim).
Dalam Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang
lain juga disebut:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا
قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ
الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ
اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً
“Dan tidaklah harus
bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan
RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus
mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan
sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah
sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah Al-Ahzaab: 36)
6.
MENELADENI NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
Allah subhanahu wata’ala memerintahkan Nabi Muhammad shallallahu
‘alaihi wasallam untuk mengambil tauladan dari para nabi dan rasul sebelum
beliau. Dan kita diperintahkan untuk mengikut tauladan Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, sebagimana firman Allah subhanahu wata’ala, yang artinya:
لَقَدْ
كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Demi sesungguhnya,
adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang).” (Surah Al-Ahzaab: 21)
Syaikh ‘Abdurrahman As-Sa’di berkata:
“Ayat yang mulia ini menunjukkan kemuliaan
dan keutamaan besar mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, karena Allah Ta’ala sendiri yang
menamakan semua perbuatan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam sebagai “teladan yang baik”, yang ini menunjukkan bahawa
orang yang meneladani sunnah baginda Shallallahu
‘alaihi wa sallam berarti dia telah menempuh ash-shirathal mustaqim (jalan
yang lurus) yang akan membawanya mendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah Subhanahu wa ta’ala.” (Lihat keterangan
Syaikh ‘Abdurrahman As Sa’di ketika menafsirkan ayat di atas, hal. 481)
Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Katsir berkata:
“Ayat
yang mulia ini merupakan landasan yang agung dalam meneladani Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam semua ucapan, perbuatan dan keadaan beliau
shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Tafsir Ibnu Katsir, 3/626)
7. MEMULIAKAN DAN MENGHORMATI BELIAU
Wajib bagi setiap Muslim untuk memuliakan dan menghormati
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
sesuai kedudukannya, dengan catatan tidak mengangkatnya hingga sampai derajat
ketuhanan (berlebih-lebihan dalam memuliakan beliau) dan juga tidak meremehkan
atau pun sampai menghina beliau.
Golongan al-ifrath adalah mereka yang melampaui batas dalam memuji
dan mengangkat Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam sehingga menyamakan derajatnya dengan Allah atau
memberikan sifat-sifat yang sesungguhnya hanya layak bagi Allah semata atau
mendudukkannya seperti kedudukan Allah.
Mereka yang berlebih-lebihan dalam memuji Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah
menyerupai Nashrani ketika menuhankan nabi Isa ‘alaihis sallam, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam pun memperingatkan umatnya agar jangan seperti mereka.
“Umar
radiallahu anhu
berkata ketika itu Rasulullah berada di atas mimbar; Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
قَالَ عُمَرُ -رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ- وَهُوَ عَلَى المِنْبَرِ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ- يقول: «لاَ تُطْرُوْنِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ
فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُوْلُوْا: عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُوْلُهُ
“Janganlah
kalian berlebihan dalam memuji aku sebagaimana orang-orang Nasrani telah
berlebihan dalam memuji Ibnu Maryam, bahwasanya aku hanyalah hamba-Nya, maka
katakanlah; hamba Allah dan Rasul-Nya.”
(Hadits
riwayat Bukhari)
Mengagungkan Baginda adalah mengagungkan
segala sesuatu yang berkaitan dengan Baginda, seperti nama Baginda, hadits,
sunnah, syari’at, keluarga dan juga para sahabat beliau. Termasuk memuliakan
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah
tidak biadap terhadap Baginda dan tidak mengeraskan suara di hadapan Baginda.
Allah Subhanahu wa ta’ala
berfirman:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا
اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا
تَجْهَرُوا لَهُ
بِالْقَوْلِ
كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا
تَشْعُرُونَ
Wahai orang-orang
yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara)
sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi
suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa
bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa
bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya
amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
(Surah Al-Hujuraat:
1-2)
Di
dalam ayat di atas Allah Subhanahu wa
ta’ala melarang kita mengeraskan suara di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam, bahkan harus merendahkan suara dalam berbicara, dengan penuh adab,
sopan-santun, hormat dan meletakkan
derajat yang tinggi. Orang yang tidak perhatian terhadap hal ini
dikhawatirkan amalnya akan gugur tanpa dia sedari. Ini dikeranakan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah lain
daripada yang lain, tidak seperti lazimnya manusia.
Seorang
mestilah memiliki etika khusussaat berbicara dengan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam untuk menghormatinya.
Para
ulama mengatakan bahawa mengeraskan suara di sisi kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah
dibenci, sebagaimana hal itu dilarang ketika beliau masih hidup, sebab beliau
itu terhormat ketika hidup dan mati.
Al-Imam
Ibnul Qayyum dalam menafsirkan ayat diatas (yakni Surah: Al-Hujurat 1-2),
berkata:
“Maka
Allah Subhannahu wa Ta’ala memperingatkan
kaum mukminin tentang gugurnya amalan mereka kerana mengeraskan suara kepada
Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam
sebagaimana mereka mengeraskan suara kepada temannya. Hal ini tidak menunjukkan
kemurtadan, akan tetapi merupakan kemaksiatan yang dapat menggugurkan amalan,
sedangkan pelakunya tidak merasakan. Lalu bagaimanakah orang yang
memperkecilkan/meremehkan sabda dan ajaran Rasul Shalallaahu alaihi wasalam,
petunjuk serta jalannnya, lalu mengutamakan kata-kata, petunjuk dan jalan
selain dari yang diajarkan Baginda? Bukankah hal ini sungguh telah menggugurkan
amalannya, sedang mereka tidak merasakan?”
Mari kita lihat kisah berikut:
Dari Khordzad bin al-'Abid dia berkata, “Abu
Muawiyah adh-Dharir meriwayatkan di sisi Harun ar-Rasyid tentang hadits,
"Adam beradu argumen dengan Musa." Maka tiba-tiba berkata seorang
dari bangsawan Quraisy "Di mana Adam bertemu dengannya (Musa).”.
Maka Harun ar-Rasyid pun marah dan berkata, “Untuk
perkataan (yang mengada-ada) adalah pedang, dia seorang zindiq yang mencerca
hadits.” Maka Abu Muawiyah terus berusaha menenangkan
beliau lalu berkata, “Sabar wahai Amirul Mu'minin, bahawa dia belum faham,
sampai akhirnya beliau tenang.”
Inilah nash-nash kitab dan sunnah tentang
pengagungan Sunnah, serta beginilah sikap para salafus sholih terhadap
orang-orang yang menentang sunnah. Kita lihat pada diri mereka terdapat
kekuatan, keteguhan dan ketegasan terhadap orang yang menampakkan sesuatu yang
di dalamnya terdapat penentangan terhadap sunnah.
Maka bandingkanlah sikap
mereka terhadap orang-orang yang menentang sunnah dengan sikap orang di masa
ini tatkala melihat orang yang menentang serta mengolok-olok Sunnah-sunnah
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan inilah adab yang harus kita jaga
dan pertahankan sebagi bentu menghormati dan memuliakan Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam.
Tidak diperbolehkan juga merendahkan beliau, seperti yang
dilakukan oleh golongan at-tafrith (meremehkan). Mereka menjatuhkan martabat
Baginda dan merendahkannya dengan menolak sunnah-sunnahnya secara keseluruhan
saperti yang terjadi pada para pengingkar sunnah yang dikenal dengan istilah
aliran ingkar sunnah atau Qur’aniyyun. Mereka ini dikafirkan oleh para ulama dan
dihukumi sebagai murtad (keluar dari agama Islam) kerana kalimat syahadat yang
diyakininya hanya sebatas “laa ilaaha illallah” sehingga
membatalkan persaksiannya terhadap kalimat “muhammadur råsulullah” dengan
pengingkarannya terhadap sunnah-sunnah nabinya.
Para pengingkar sunnah itu diancam oleh Allah Subhanahu wa ta’ala dengan ancaman yang berat. Allah Subhanahu wa
ta’ala mengancam mereka dengan Neraka Jahannam dan kekal di dalamnya
selama-lamanya.
Allah Subhanahu wa ta’ala
berfirman:
إِلَّا بَلَاغاً مِّنَ
اللَّهِ وَرِسَالَاتِهِ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ
جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً
"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah
dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa
yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya
disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya
selama-lamanya.".
(Surah Al-Jinn: 23)
Allah ancam mereka dengan kesesatan di dunia dan adzab neraka di akhirat
dan Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman dalam
surah An Nisaa ayat 115:
وَمَن يُشَاقِقِ
الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ
الْمُؤْمِنِينَ
نُوَلِّهِ مَا
تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً
Dan sesiapa yang
menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran
pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan
orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan
(kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan
memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah
seburuk-buruk tempat kembali”.
Serta diancam dengan fitnah kesesatan dan kekufuran.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu
wa ta’ala:
فَلْيَحْذَرِ
الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ
عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta
berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang
tidak terperi sakitnya”. (Surah Al-Nur: 63)
Hal-hal diatas juga berlaku pada ahlul bid’ah yang sentiasa
menyelisihi sunnah-sunnah Baginda dan mengantikan nya dengan syari’at-syari’at
yang tidak pernah Baginda ajarkan dan tuntutkan.
8. NASIHAT UNTUK BAGINDA
Nasihat secara bahasa artinya menghendaki
kebaikan, sehingga ketika seorang muslim menasehati saudaranya berarti dia
ingin agar saudaranya itu menjadi baik.
Adapun nasihat untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
beliau masih hidup adalah dengan mengerahkan segala upaya untuk taat kepada
beliau, menolong dan membantu beliau, membelanjakan harta jika beliau
memerintahkan dan berlomba-lomba mencintai beliau. Dan setelah beliau meninggal
dengan cara berusaha mempelajari sunnah, akhlaq dan adab beliau. Mengagungkan
perintah-perintah beliau dan konsisten dalam menjalankannya. Membenci dan marah
kepada orang-orang yang menyelisihi sunnah beliau, mencintai orang yang ada
ikatan kekerabatan, perbesanan, pertalian hijrah, dan persahabatan dengan
beliau. Berwala’ (setia) kepada beliau dan memusuhi orang yang memusuhi beliau.
9. MENCINTA KELUARGA BAGINDA, ISTERI-ISTERI
BAGINDA, AI AHLI BAIT DAN SHAHABAT BAGINDA SERTA MENGOHORMATI MEREKA.
Mencintai keluarga Baginda, isteri-isteri Baginda, Ahli Bait dan
Shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam merupakan sebahagian dari cinta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan merupakan cinta yang wajib. Maka
barang siapa yang membenci keluarga, isteri-isteri Baginda, ahli bait atau
shahabat beliau yang telah direadhai Allah Subhanahu
wa ta’ala maka berarti telah membenci Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,
kerana cinta kepada beliau berkaitan erat dengan cinta kepada mereka.
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda mengenai paman beliau al-Abbas radhiyallahu anhu yang merupakan salah
seorang ahli bait beliau:
“Barang siapa menyakiti
pamanku, maka dia telah menyakitiku.”
Dan tentang Aisyah Ummul Mukminin radhiyallahu anha Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
“Janganlah kalian menyakitiku dalam hal Aisyah.”
Tentang para shahabat Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي لاَ تَسُبُّوا
أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ
مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا أَدْرَكَ مُدَّ
أَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيفَهُ
Janganlah kalian mencela para sahabatku, janganlah kalian
mengata-ngatai para sahabatku, demi Dzat Yang jiwaku berada di Tangan-Nya,
seandainya salah seorang di antara kalian menginfakkan /membelanjakan emas sebesar
gunung Uhud, niscaya dia tidak akan mampu menyamai satu mud dan tidak pula
setengah mud dari apa yang telah mereka infakkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)
10. BERSELAWAT KEPADA
BELIAU
Allah subhanahu wata’ala memerintahkan orang- orang mukmin untuk
berselawat kepada Nabi Shallallahu
‘alaihi wasallam dalam firman-Nya:
إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya”. (Surah Al-Ahzaab: 56)
Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda, yang artinya:
“Orang yang bakhil/kikir adalah orang yang ketika aku
(namaku) disebut, lalu ia tidak bershalawat kepadaku“(Hadits riwayat
At-Tirmidzi, Ahmad, dan selainnya; shahih)
Berselawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan kewajiban setiap mukmin, iaitu
dengan mengucapkan selawat dan salam sekaligus, Tidak selawat (shallallahu ‘alaihi) saja atau hanya
salam saja (‘alaihis salam), namun Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Salah satu adab dalam berselawat kepada beliau iaitu tidak bakhil,
yakni tidak mempersingkan selawat kepada beliau dengan singkatan-singkatan saperti
“s.a.w” dan lain sebagainya.
Al-Imam
An-Nawawi Rahimahullah berkata, “Hendaknya (orang yang) menuliskan kata-kata
Shallallahu ‘alaihi wa sallam, (menuliskannya) secara sempurna ketika
menyebutkan nama Nabi (Muhammad), tidak dengan menyingkatnya,
dan tidak pula mencukupkan diri pada salah satunya (salam atau shalawat saja)”
Dan
adab lainnya iaitu, berselawat kepada beliau sesuai dengan apa yang beliau
tuntutkan dan ajarkan kepada kita, tidak menggunakan selawat-selawat bid’ah
seperti, selawat nariyah, selawat basyisyiyyah, selawat badar dan lain
sebagainya, yang dibuat-buat oleh tangan-tangan manusia, yang tidak pernah
beliau ajarkan kepada kita.
Demikian
sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim tentang
kewajipan terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alahi wasallam yang WAJIB kita
ketahui dalam merangka mewujud dan mengamalkan syahadah “Wa asyhadu anna
muhammadur rasulullah”. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa diatas
sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqomah diatas jalan-Nya. Amin.
Sumber:
“Haqqu an-Nabi Shallallahu ‘Alihi Wasallam ‘ala Ummatih – Yahya bin Musa
al-Zahrani
Alih Bahasa:
Puteri Eliza / HAR
No comments:
Post a Comment