"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

10 July, 2014

HIMPUNAN DOA DALAM AL-QURAN DAN HADITS (1)


1.            DOA MOHON KEAMPUNAN    

رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ
عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ
لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbana la-tua-khizna innasina au akhta’na, rabbana wala tahmil ‘alaina isran kama hamaltahu ‘alal lazina min qablina, rabanna wala tuhammilna ma la taqata lana bih(i), wa’fu ‘anna, wagfir lana, warhamna, anta maulana fansurna ‘alal qaumil kafirin.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)

2.            DOA MOHON KEBAHAGIAN DIDUNIA DAN AKHIRAT

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fiddun ya hasanatan wafil’akhirati hasanatan waqina ‘azaban naar

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah 201)

3.            DOA MOHON DIBERI KESABARAN

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbana afrig ‘alaina sabran wasabbit aqdamana wansurna alal qaumi al-kafirin

 "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" (Surah Al-Baqarah: 250)

4.            DOA MOHON KETURUNAN YANG TA’AT KEPADA ALLAH

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ
عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Rabbana waj’alna muslimaini laka wamin zurriy yatina um-matan muslimatan lak(a), wa arina manasikana watub ‘alaina innaka antat tawwabur rahim

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihan”. (Surah Al-Baqarah: 128)

5.            DOA MOHON KEAMANAN NEGARA DAN REZEKI

رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ
آمَنَ مِنْهُم بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى
عَذَابِ النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Rabbij’al al haza baladan ‘aminan warzug ahlahu mi-nassamarati man ‘amana minhum billahi walyaumil akhir(i), qala waman kafara fa umatti ‘uhu qalilan summa adtarruhu ila ‘azabin nar(i), wabil’sal masir

“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri aman sentosa, dan berikanlah reziki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari kemudian diantara mereka. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun aku beri kesenangan sementara, kemudian aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. (Surah Al-Baqarah: 126)

6.            DOA MOHON KETETAPAN IMAN

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Rabbana laa tuziq qulubana ba’da idz hadaitana wahab lana min-ladunka rahmah(tan), innaka antal wahab

 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah A-li ‘Imraan: 8)

7.            DOA MOHON KEAMPUNAN IMAN DAN DISELAMAT DARI NERAKA

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana amanna fagfirlana zunubana waqina ‘azaban nar

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (Surah A-li ‘Imraan: 16)

8.            DOA MOHON ORANG MENJADI SAKSI PADA HARI KIAMAT

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Rabbana amanna bima anzalta wattaba ‘nar rasula faktubna ma’asy syahidin

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu". (Surah A-li-Imraan: 53)

9.            DOA MOHON ZURIAT YANG BAIK

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Rabbi hab li min ladunka zuriyatan tayyibah(tan), innaka sami’ud du’a



“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (Surah A-li Imraan: 38)

10.          DOA MOHON DIPELIHARA DARI SIKSAAN NERAKA

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Rabbana ma’khalaqta haza batilan, subhanaka faqina ‘azabannar(i), rabbana innaka man tudkhilin nara faqad akhzitahu, wama liz-zalimina min ansar(in), rabbana innana sami’na munadiyan-yunadil lil ‘imani an aminu birab-bikum fa’amanna, rabbana fagfir lana zunubana wakaffir ‘anna sayyi’atina watawaffana ma’al abrar(i), rabbana wa’atina ma wa’adtana ‘ala rusulika wala tukh zina yaumal qiyamati, innaka la tukhliful mi’ad.

"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah A-li Imraan: 191-194)

11.          DOA MOHON MENETAPKAN PENDIRIAN

ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّ
أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbanagfir lana zunubana wa-isr’a-fana fi amrina wasabbit aqdamana wansurna ‘alal qaumil kafirin.

“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”. (Surah A-li ‘Imraan: 147)

12.          DOA MOHON REZEKI UNTUK HARI RAYA

رَبَّنَا أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا
عِيداً لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Rabbana anzil ‘alaina ma’idatan minas sama’I tak-unu lana ‘idan li-awwalina wa akhirina wa ayatan minka, warzuqna wa anta khairur raziqin

“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki". (Surah Al-Maaidah: 114)

13.          DOA MOHON TETAP BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN

رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Rabbana amanna faktubna ma’a asy-syahidina

"Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)”. (Surah Al-Maaidah: 83)

14.          DOA MOHON KEAMPUNAN DARI KEZALIMAN

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Rabbana zalamna anfusana wa in-lam tagfir lana watarhamna la-nak’unanna minal khasirin

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al-A’raaf: 23)

15.          DOA MOHON SUPAYA TIDAK DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ZALIM

رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Rabbana la taj’alna ma’a al-qaumi az-zalimina

“Ya tuhan kami, janganlah engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim”.
(Surah Al-A’raaf ayat:  47)

16.          DOA MOHON MENEGAK KEBENARAN

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِين
Rabban iftah bainana wabaina qaumina bilhaqqi wa anta khairu al-fatihin(a)

“Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim". (Surah Al-A’raaf: 89)

17.          DOA MOHON LIMPAHKAN KESABARAN

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Rabbana afrig ‘alaina sabran watawaffana muslimina(a)

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)" (Surah Al-A’raaf:126)

18.          MOHON JAUHI DARI FITNAH

عَلَى اللّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
‘Alallahi tawakkalna, rabbana la taj’alna fitnatan lilqaumi azzalimiin(a), wa najjina biramatika minal qaumil kafirin

“Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir”. (Surah Yunus: 85-86)

19.          DOA MOHON SESUATU YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN

رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ
Rabbi inni a’uzu bika an as’alaka ma laisa li bihi ‘ilm(un), wa illa tagfir li wa tarhamni akun-minal khasirin

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi”.  (Surah Hud: 47)

20.          DOA MOHON KEMAKMURAN KETURUNAN

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا
لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Rabbana inni askantu min zurriyyati biwadin gairi zizar’in ‘inda baitikal-muharram(i), rabbana liyuqimus-salata faj’al af’idatan minan nasi tahwi ilaihim warzuqhum minas-samarati la ‘allahum yasykurun

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur”.
(Surah Ibrahim: 37)

21.          DOA MOHON KETETAPAN MENDIRIKAN SOLAT

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
Rabbij’alni muqimas-salati wamin zuriyyati, rabbana wataqabbal du’a’(i)

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim: 40)

22.          DOA MOHON KEAMPUNAN UNTUK IBU BAPAK DAN ORANG MUKMIN

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Rabbanagfir li’waliwalidayya walil-mu’minina yauma yaqumul hisab(u)

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ibrahim: 41)

23.          DOA MOHON PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
Rabbi adkhilni mudkhala sidiqin-wa akhrijni mukhraja sidqin waj’al li min-ladunka sultanan nasira

“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" (Surah Al-Israa’: 80)

24.          DOA MOHON DILIMPAHI RAHMAT

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
Rabbana ‘atina min-la dunka rahmatan wahayyi ‘lana min amrina rasyada(n)

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". (Surah Al-Kahf: 10)

25.          DOA MOHON MENERANGKAN HATI

يَفْقَهُوا قَوْلِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
Rabbaisyrah li sadri, wa yassir la amri,  wahlul ‘uqdatan-min-lisani, yafqahu qauli

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha: 25-28)

26.          DOA MOHON SUPAYA TIDAK BERSENDIRIAN

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisin(a)

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah Al-Anbiyaa: 89)

27.          DOA MOHON KEPUTUSAN YANG ADIL

رَبِّ احْكُم بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
Rabbihkum bilhaqqi, warabbunar rahmanul musta’anu ‘ala ma’ta sifun(a)

“Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu". (Surah Al-Anbiyaa: 112)

28.          DOA MOHON PERLINDUNGAN DAN GANGGUAN DARI SYAITAN

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
Rabbi a’uzu bika min hamazatisy syayatin(i), wa a’uzu bika rabbi an-yahdurun(i)

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan, Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".
(Surah Al-Mu’minun: 97-98)

29.          DOA MOHON DIBERI RAHMAT

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Rabbana ‘amanna fagfir lana warhamna wa anta khairur rahimin(a)

 “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat “.(Surah Al-Mu’minun: 109)

30.          DOA MOHON AMPUN DAN RAHMAT

رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Rabbigfir warham anta khairur rahimin(a)

“Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Surah Al-Mu’minun: 118)

31.          DOA MOHON DISISIH DARI AZAB NERAKA

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً
إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Rabbana isrif ‘azaba jahannam(a), inna ‘azabaha kana garama(n), innaha sa’at mustaqarran wamuqama

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan, sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"; (Surah Al-Furqaan: 65-66)

32.          DOA MOHON BEROLEH ISTERI DAN ZURIAT BAHAGIA

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Rabbana hab lana min azwajina wa’zuriyyatina qurrata a’yunin waj’alna lilmuttaqina imama(n)

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqaan: 74)

33.          DOA MOHON HIKMAH

وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ
Rabbi hab li hukman-wa alhiqni bissalihin, waj’al li lisana sidqin fil akhirin(a), waj ‘alni min-warasati jannatin na’im(i)

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim”.  (Surah Asy-Syu’araa: 83-85)

34.          DOA KESYUKURAN

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal lati an-amta ‘alayya wa’ala walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas salihin(a)

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (Surah An-Naml: 19)

35.          DOA MOHON KEAMPUNAN

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Rabbi inni zalamtu nafsi fagfir li fagafara lahu(u), innahu huwal gafurur rahim(u)
                                                                                                           
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Qasas: 16)

36.          DOA MOHON PERTOLONGAN

رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
Rabbinsurni ‘alal qaumil mufsidin(a)

“Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)". (Surah Al-Ankabuut: 30)

37.          DOA KESYUKURAN

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal lafi an’amta ‘alayya wa ‘ala walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas salihin

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah An-Naml: 19)

38.          DOA MOHON ANAK YANG SOLEH

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Rabbi hab li minas salihin(a)

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”(Surah As-Saaffaat: 100)

39.          DOA MOHON AMPUN KEPADA MEREKA YANG BERATUBAT

رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْماً فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ
وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Rabana wasi ‘ta kulla syai’in-rahmatan wa ‘ilman fagfir lillazina tabu wattabu’u sabilaka waqihim ‘azabal jahim(i), rabbana wa adkhilhum jannati ‘adni nillati wa’adtahum waman salaha min aba’ihim wa azwajihim wazurriyatihim, innaka anta ‘azizul hakim(u)

“Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. Wahai Tuhan kami!  masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah Ghaffir/Al-Mu’min: 7-8)

40.          DOA KESYUKURAN ATAS NIKMAT YANG DIKURNIAKAN

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Rabbi auzi ni an asykura ni’matakal lati’an ‘amta ‘alayya wa’ala walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa aslih lifi zurriyyati, inni tubtu ilaika wa inni minal muslimin(a)

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Surah Al-Ahqaaf: 15)

41.          DOA MOHON KEAMPUNAN DIRI DAN ORANG-ORANG TERDAHULU

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا
غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Rabbanagh firlana wali ikhwa-aninal ladzina sabaquna bil iman, walaa taj’al fii qulubina ghillan lilladziina aamanu, rabbana innaka ra’ufur rahim

 "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". (Surah Al-Hasyr: 10)

42.          DOA MOHON KEAMPUNAN/TAWAKAL KEPADA ALLAH

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Rabbana ‘alaika tawakalna wa ilaika anabna wa ilaikal masir(u)

 

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! ( Surah Al-Mumtahanah :4)

 

43.          DOA MOHON KEAMPUNAN


رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Rabbana la taj ‘alna fitnatan lillazina kafaru wagfir lana rabbana innaka antal ‘azizul hakim(u)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Surah Al-Mumtahanah: 5)

44.          DOA MOHON KESEMPURAAN CAHAYA

رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Rabbana atmin lana nurana wagfir lana, innaka ‘ala kulli syai’in qadir(un)

Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Surah At-Tahriim: 8)

45.          DOA MOHON KEAMPUNAN BAGI DIRI, KEDUA ORANG TUA DAN ORANG MEMASUKI RUMAH

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا
تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَاراً
Rabbigfirli wali walidayya waliman dakhala baiti mu’minan walil mu’minina wal mu’minati(i), wala tazidiz zalimina illa tabara(n)

Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan! (Surah Nuh: 28)

COMPILE/DISUSUN OLEH: HUSZAINI RAHMAN

2 comments:

dalilah zainal said...

Assalam,
Mohon share ya. Jazakallahu khairun

cetak murah said...

assalamu'alaikum... mohon izin copy ya.... jazamullah khairon katshiron...