Sumber hukum
dalam Islam terbahagi kepada empat iaitu al-Quran, al-sunah, qias dan ijmak
ulama. Dari segi etimologi, perkataan hadis berasal daripada bahasa Arab yang
mempunyai beberapa pengertian. Antaranya adalah baharu, berita atau khabar,
peristiwa atau kejadian yang berlaku, perutusan atau perkataan dan kisah atau
cerita.Kebanyakan pengkaji ilmu hadis mendefinisikan hadis sebagai segala
sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkataan,
perbuatan takrir atau sifat, sama ada sifat fizikal atau akhlak sebelum atau
sesudah menjadi rasul.
Bagi mengupas persoalan peranan hadis sebagai sumber kedua hukum-hakam Islam, temu ramah bersama pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman.
Apakah fungsi hadis dalam menafsir hukum Allah?
Sebenarnya sunah atau hadis mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan al-Quran. Malah,
Allah memuji Rasulullah dalam firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri (Rasulullah) itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21)
Rasulullah juga mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sesuatu hukum di luar al-Quran.
Antara fungsi hadis adalah menjelaskan hukum yang datang secara umum. Al-Quran memerintahkan solat, puasa, zakat dan haji secara umum tanpa keterangan lengkap. Kita tidak mendapat penjelasan tentang syarat-syarat, bilangan rakaat, kadar zakat, jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat dan juga pelaksanaan ibadat haji. Penjelasan lengkap dapat dirujuk kepada hadis Nabi s.a.w..
Yang kedua, hadis membataskan hukum yang mutlak. Contohnya, hukuman ke atas pencuri sebagaimana firman Allah: Dan orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka. (al-Maidah: 38)
Perkataan tangan adalah mutlak tetapi tidak dijelaskan bahagian mana yang perlu dipotong. Namun, hadis membataskan bahagian yang dipotong itu adalah di pergelangan tangan kanan.
Hadis juga berfungsi mengkhususkan yang umum. Contohnya dalam pembahagian harta pusaka sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Nisa ayat 11. Daripada ayat ini difahami setiap anak akan mendapat bahagian seperti kadar yang disebutkan apabila bapanya meninggal dunia.
Bagaimanapun, hadis mengkhususkan di mana anak para nabi tidak mewarisi harta peninggalan bapa mereka sebagaimana sabda Rasulullah: Kami para nabi tidak diwarisi, semua harta peninggalan kami adalah sedekah. (Riwayat Bukhari)
Keempat, menjelaskan yang samar. Contohnya ayat 82 dalam surah al-Anam mengenai kezaliman.
Ayat ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sahabat Nabi kerana mereka memahami zalim di sini adalah cuai dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab. Rasulullah kemudian menjelaskan yang maksud zalim dalam ayat ini adalah syirik.
Fungsi kelima adalah menguatkan apa yang terdapat dalam al-Quran seperti kefarduan solat dan puasa.
Keenam, merumuskan apa yang disebut oleh al-Quran secara berasingan dan ketujuh menetapkan hukum yang didiamkan oleh al-Quran. Ini termasuklah pengharaman mengahwini wanita bersama dengan ibu saudaranya sama ada sebelah bapa atau ibu. Begitu juga pengharaman memakai sutera dan emas bagi lelaki.
Allah menjamin al-Quran akan terus terpelihara daripada sebarang cubaan mengubahnya. Adakah terdapat jaminan yang sama dalam hadis?
Sebagaimana wahyu turun dalam bentuk al-Quran, ia juga diturunkan dalam bentuk hadis melalui Jibril. Bezanya wahyu al-Quran adalah lafaz yang bermukjizat manakala hadis adalah wahyu dengan makna. Ini berdasarkan keterangan al-Quran dan juga penjelasan hadis.
Allah juga menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya: Dan Allah menurunkan kepadamu al-Kitab dan al-hikmah. (al-Nisa: 113)
Menurut Imam Syafie, saya mendengar orang yang diperakui keilmuan mereka mengenai al-Quran menyebut hikmah itu adalah sunah Rasulullah s.a.w.. Diriwayatkan tafsiran al-hikmah sebagai al-sunah dipetik daripada Hasan al-Basri dan Qatadah sebagaimana disebut oleh ibn Abi Hati dan Ibn Jarir dalam Al-Durr al-Manthur dan al-khatib dalam al-Faqih.
Wahyu ini pula terbahagi kepada dua iaitu wahyu matluw iaitu al-Quran dan wahyu marwiy iaitu khabar yang datangnya daripada Rasulullah. Maka dengan itu, Syeikh Manna al-Qattan dalam Mahabith fi Ulum al-Quran membahagikan wahyu kepada tawqifi (wahyu daripada Allah) dan wahyu tawfiqi (ijtihad Rasulullah).
Apakah kedudukan atau martabat hadis yang layak diambil sebagai hukum?
Hadis yang disebutkan itu mestilah memenuhi syarat untuk diterima. Antara syaratnya adalah mempunyai sanad yang bersambung, perawinya adil, kuat ingatan, tiada kecacatan, tidak syaz atau janggal dan siqah atau boleh dipercayai. Apabila ada kesemua ini maka bolehlah hadis itu dijadikan sebagai hukum sama ada ia hadis sahih atau hasan dan lebih-lebih lagi mutawatir.
Bagaimana pula dengan golongan yang suka mengamalkan hadis yang lemah atau daif?
Ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Yang pertama mengatakan tidak boleh atau tidak terima mutlak pengamalan hadis daif. Ini termasuklah Imam Bukhari dan Syeikh Ahmad Syakir.
Pandangan kedua mengatakan boleh beramal termasuk dalam bab syariah tetapi dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif. Ini termasuklah pandangan Imam Ahmad yang menolak hadis yang terlalu lemah.
Pandangan ketiga mengatakan boleh diterima dalam bentuk fadilat. Itu pun dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif.
Terdapat segelintir masyarakat yang menolak hadis sebagai sumber hukum. Apakah status golongan ini menurut Islam?
Menolak hadis bermakna mengingkari perintah Allah supaya kita taat kepada Rasulullah seperti juga taat kepada Allah. Hal ini banyak kali dijelaskan dalam al-Quran. Antaranya: Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. (al-Anfal: 20). Demikian juga perintah Allah dalam ayat 49 dan 64 surah al-Nisa.
Perbuatan menolak hadis ialah hikayat lama yang berulang-ulang. Ceritanya sama tetapi pelakonnya lain dengan pakej yang baru. Sekarang ia dibawa oleh golongan orientalis, dulu oleh fahaman muktazilah.
Umat Islam wajib beramal dengan hadis dan berhukum dengannya. Kedudukan hadis dalam Islam tidak pernah dipertikaikan kecuali oleh segelintir orang.
Namun, umat Islam telah diberi amaran agar tidak menyalahi rasul. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (an-Nur: 63)
Penerimaan dan penolakan perintah Rasulullah juga menjadi kayu ukur antara iman dengan nifak sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 47 dan 48.
Mereka yang mempersendakan sunah adalah sama dengan mempersendakan Rasulullah kerana kedua-dua tidak terpisah.
Lagipun, sama ada sunah Nabawiyah itu wahyu daripada Allah atau ijtihad Rasulullah, ia tetap wajib diamalkan kerana sumbernya adalah wahyu.
Ini dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al najm:
Dan tidaklah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm: 3-4)
Apakah penanda aras untuk kita mengamalkan sesuatu sunah kerana ada di antara sunah itu hanya boleh dilakukan oleh Rasulullah dan tidak boleh dicontohi oleh umat Islam. Contohnya poligami Nabi yang melebihi empat wanita.
Kalau tidak ada bukti atau nas menunjukkan yang sesuatu hukum itu khusus untuk Rasulullah, maka ia adalah untuk diamalkan oleh semua orang Islam.
Apa yang penting ia memenuhi syarat-syarat hadis atau sunah yang diterima. Bukan berdasarkan andaian sahaja.
Contoh sunah untuk Nabi Muhammad ialah dalam kes puasa sunat dua hari berturut-turut kerana baginda pernah melarang seorang sahabat iaitu Abdullah Ibn Umar Ibn Asr daripada berbuat demikian.

Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Hadis atau Sunnah Nabi Muhamad s.a.w. merupakan sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Sumber pengambilan hukum yang terlah
disepakati oleh para ulamak ada empat, iaitu:
1 . Al-Quran
2 . Al-Sunnah atau Hadis
3 . Ijmak
4 . Qiyas.
1 . Al-Quran
2 . Al-Sunnah atau Hadis
3 . Ijmak
4 . Qiyas.
Sejarah Golongan Anti Hadis;
Golongan Anti Hadis Pada masa sahabat
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar Hadis, terdapat seorang yang meminta agar tidak perlu mengajar Hadis, memadai dengan al-Quran sahaja. Imran menjawab: "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran. Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab: "Terimakasih, aku baru sedar." Dan dikemudian hari orang itu menjadi seorang ahli fikah.

Perkara yang terjadi kepada Umayah bin
Khalid pula. Dia sedaya upaya cuba mencari penyelesaian seluruh masalah dengan
hanya merujuk kepada al-Quran sahaja. Akhirnya dia berkata kepada Abdullah bin
Umar bahawa di dalam al-Quran dia hanya berjumpa dengan masalah sembahyang di
rumah dan ketika perang sahaja. Sedangkan masalah sembahyang musafir tidak
dapat ditemui. Abdullah bin Umar menjawab: "Wahai keponakanku, Allah telah
mengutuskan Muhamad s.a.w. dan kita tidak tahu apa-apa. Kita kerjakan sahaja
apa yang Nabi s.a.w. lakukan."
Ayub al-Sakhtiyani berkata:
"Apabila engkau mengajar Hadis kepada seseorang, kemudian dia berkata:
"Tak perlu pakai Hadis, ajarkan kami al-Quran sahaja", maka
ketahuilah bahawa orang itu sesat dan menyesatkan."
Di atas, jelas bahawa bibit-bibit anti hadis sudah mulai wujud sejak zaman sahabat lagi. Cuma ia tidak serius dan masih berbentuk pandangan individu, tidak secara kelompok, jamaah atau gerakan. Dan ia berlaku disebabkan salah faham terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun dengan cepat ia diperbetulkan.

Sejak masa berkenaan, pandangan mahukan
al-Quran sahaja tanpa hadis lenyap pada akhir kurun kedua hijrah. Ia tidak
kedengaran lagi. Kerana umat pada masa lalu sepakat menerima Hadis sebagai
sumber kedua hukum di dalam Islam. Baik Dari kelompok majoriti – Ahlus Sunnah
maupun kelompok-kelompok kiri yang majoriti seperti Syiah, Muktazilah dan
Khawarij – masing-masing menerima Hadis sebagai sumber hukum. Walaupun ada
beberapa pendapat yang mengatakan bahawa kaum Muktazilah adalah termasuk di
dalam golongan anti hadis, tetapi pendapat ini tertolak samasekali. Pendapat
berkenaan bergantung kepada beberapa riwayat (cerita), sedangkan kenyataannya
Muktazilah menerima Hadis. Ini berlaku kerana seorang yang bermazhab Muktazilah
bernama al-Nazam telah menolak Hadis. Ini pendapat ini tidak lebih dari
pendapat peribadi beliau, bukan pendapat Muktazilah. Buktinya, majoriti
orang-orang Muktazilah mengkafirkan beliau.
Golongan Anti Hadis Pada Zaman Imam al-Syafi'i
Ada satu kisah tentang dialog antara Imam Syafi’I dengan Golongan Anti Hadis:
Golongan Anti Hadis bertanya kepada imam Syafi’I: "Ada atau tidak, dalil yang bersifat zhanni menghalalkan suatu masalah yang telah diharamkan dengan dalil bersifat pasti?"
Imam Syafi’I: "Ada."
Golongan Anti Hadis: "Apa dia?"
Imam Syafi’I: "Apa pendapatmu mengenai orang yang membawa harta di sebelah saya ini? Bukankah dia ini haram dibunuh dan hartanya haram dirampas?"
Golongan Anti Hadis: "Ya. haram dibunuh dan hartanya haram dirampas"
Imam Syafi’I: "Tetapi, apabila ternyata ada dua orang saksi yang mengatakan bahawa orang ini baru sahaja membunuh orang lain dan merompak hartanya.. Apakah pendapat kamu mengenai orang ini?’
Golongan Anti Hadis: "Dia mesti diqisas dan hartanya mesti dirampas untuk dikembalikan kepada warisnya."
Imam Syafi’I: "Apakah ada kemungkinan dua orang saksi tadi berbohong atau terkeliru?"
Golongan Anti Hadis: Ya, ada kemungkinan."
Imam Syafi’I: "Jika begitu, kamu telah membolehkan membunuh (qisas) dan merampas harta dengan dalil zhanni, sedangkan membunuh dan merampas harta itu telah diharamkan menggunakan dalil yang pasti."
Golongan Anti Hadis: Ya, kerana kita diperintahkan untuk menerima persaksian."
Golongan Anti Hadis Abad Modern
Setelah beberapa abad (lebih kurang sebelas abad), muncul semula pemikiran anti hadis. Muncul di Iraq dan di Mesir pada zaman Syeikh Muhamad Abduh. Ia muncul, dipercayai hasil dari suntikan penjajah Barat yang ketika itu sedang rancak menjajah negara umat Islam. Mereka berjaya menimbulkan keraguan di hati sebahagian kecil umat Islam. Tujuannya adalah untuk melumpuhkan terus kekuatan umat Islam yang ketika itu sememangnya sedia dalam keadaan lemah.

Dr Taufiq Sidqi telah menulis dua artikel
di dalam majalah al-Manar pimpinan Saiyid Rasyid Redha. Pada mulanya, idea-idea
Dr. Taufiq mendapat perhatian dari Saiyid Rasyid Redha, tetapi menurut
Dr. Mustafa al-Siba’I, beliau menarik balik pandangan berkenaan.
Di dalam artikel berkenaan, Dr.Taufiq
menyeru al-Quran sahaja, tidak perlu sunnah.
------------------------
Golongan Anti Hadis Di Malaysia
Golongan Anti Hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.

Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah
al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari
kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak
langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan
idea-idea anti Hadisnya.
Antaranya ialah sebuah rencana yang
ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam.
Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja.
Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.

2 . Pembukuan ini pula tidak
dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.
3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan
pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan
opurtunis politik.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis. Ini adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.

Begitu juga yang tertulis di dalam
kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu
Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula
diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana
Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan
Islam.
Di atas semua itu adalah bukti wujudnya
Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para
penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat
untuk melakukan pendustaan.
ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada
zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis
Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.

iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa
Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta.
Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis
palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.
iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran
dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang
berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam

Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan
Sembahyang Lima Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.

Malah Rashad Khalifa yang menjadi
ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab
Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.
Dengan ini, mereka menafikan sembahyang
lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Pendapat mengenai sembahyang lima waktu itu diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. adalah sesat dan ditolak oleh Islam. Kerana kewajipan sembahyang lima waktu telah difardhukan pada malam Isra' dan Mi'raj. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat, tabi'in dan para ahli sejarah.

Manakala perincian tentang sembahyang
pula, seperti niat, takiratul ihram, rukuk, sujud dll, tidak diterangkan oleh
al-Quran. Perincian mengenainya tidak boleh didapati di mana-mana buku atau
kitab melainkan di dalam Hadis-hadis Rasulullah sahaja.
(Sumber: Abdul Halim El-Muhammady,
Islam dan al-Hadith: Satu analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan
autoriti Rasulullah s.a.w.)
Buku Hadis: Satu Penilaian Semula
Di dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut:
1 . Pembukuan kitab-kitab al-Hadis, terutama enam buah buku al-Hadis (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah s.a.w. wafat.
2 . Pembukuan ini pula tidak
dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin.
3 . Kewujudan al-Hadis menimbulkan
pertelagahan politik, faham kepuakan, anti-intelektualisme, kebekuan dan
opurtunis politik.
Pandangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah :
i. Di atas Kasim Ahmad telah menafikan kewujudan Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman sebelum pembukuan Hadis.yang peliknya mereka ini kononnya tidak percaya kepada ulama , tetapi mereka membaca alquran menggunakan terjemahan yang di terjemah oleh para ulama juga , mereka yang anti hadith di nusantara kebanyakannya adalah orang yang jahil alquran dan Bahasa arab , sedangkan banyak dikalangan mereka tidak fasih membaca alquran dan tidak memahami ilmu Islam tentang alquran itu sendiri.mereka hanya bergantung kepada terjemahan alquran para ulama .
Dakwaan Kassim Ahmad bahawa hadith tidak wujud di zaman Rasulullah adalah dakwaan yang tidak benar, kerana Hadis
Rasulullah s.a.w. telah wujud bersama turunnya wahyu (al-Quran). Perkara ini
telah termaktub di dalam kitab-kitab tarikh (sejarah) karangan ulamak Islam
silam seperti kitab Tabaqaat Ibnu Sa'd, Sirah Ibnu Hisyam dan lain-lain. Di
dalamnya tidak terlepas dari menyebutkan bagaimana keadaan mula turun wahyu.
Begitu juga yang tertulis di dalam
kitab-kitab tafsir seperti Tafsir al-Qurthubi, Tafsir al-Thabari, Tafsir Ibnu
Kathir dll. Di dalamnya terdapat penjelasan mengenai ayat pertama mula
diturunkan dan sebab turunnya. Di dalamnya juga disertakan penjelasan bagaimana
Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabatnya menghayati Islam dan menyebarkan
Islam.
Di atas semua itu adalah bukti wujudnya
Hadis pada zaman Rasulullah s.a.w. Adalah suatu perkara yang mustahil para
penulis kitab tarikh, tafsir dan ahli hadis telah beramai-ramai bersepakat
untuk melakukan pendustaan.
ii. Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. pada
zaman baginda memang diakui tidak dibukukan. Walaupun begitu Sunnah atau Hadis
Nabi s.a.w. tetap:
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.
a. Diamalkan oleh umat Islam pada zaman tersebut,
b. Dibolehkan menulis hadis-hadis nabi.
c. Terpelihara dan tersimpan dengan baik di kalangan para sahabat dan umat Islam.
d. Terdapat sahifah (lembaran-lembaran) yang ditulis oleh para sahabat yang mengandungi hadis Rasulullah s.a.w. Mengenai tulis-menulis hadis memang telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga peringkat, iaitu:
Peringkat pertama: Rasulullah s.a.w. menegah penulisan Hadis kerana dikhuatiri akan bercampur-baur dengan al-Quran.
Peringkat kedua: Rasulullah s.a.w. memberi keizinan khas kepada Abdullah bin Amr yang telah menulis hadis semasa hayat Baginda.
Peringkat ketiga: Pada tahun kemenangan kaum muslimin ke atas kota Mekah (Fath Makkah), Baginda telah memberi kebenaran am kepada para sahabat untuk menulis Hadis.
iii. Kasim Ahmad mendakwa bahawa
Hadis-hadis telah mewujudkan faham kepuakan. Ini adalah dakwaan yang dusta.
Kerana Hadis-hadis yang mendokong faham kepuakan adalah terdiri dari hadis-hadis
palsu (maudhu') yang ditolak oleh umat Islam.
iv. Hadis bukanlah penyebab kemunduran
dan kebekuan umat Islam sebagaimana yang didakwa. Kemunduran umat Islam yang
berlaku sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain antaranya ialah:
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam.
a . Kejahilan
b . Kehilangan budi pekerti
c . Kerosakan moral para pemimpinnya.
d . Tidak menghayati ajaran Islam sebenarnya yang menyebabkan mereka menjadi jumud (beku).
e . Bersikap penakut, pengecut dan kedekut untuk berkorban kerana Islam.
Buku- Hadis: Satu Penilaian Semula dan
Sembahyang Lima Waktu
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.
Di dalam buku ini Kasim Ahmad yang mewakili Golongan Anti Hadis mengatakan bahawa sembahyang lima waktu dengan segala perinciannya telah diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s.
Malah Rashad Khalifa yang menjadi
ikutan Golongan Anti Hadis telah mengatakan bahawa Abu Jahal dan lain-lain Arab
Jahiliyah telah mengerjakan sembahyang lima waktu.
Dengan ini, mereka menafikan sembahyang
lima waktu itu telah difardukan semasa Israk dan Mi'raj.
Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan
Anti Hadis
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini:
Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN
1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.
2. Menolak dua kalimah Syahadah.
3. Menolak Qada’ dan Qadar
4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.
5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam
6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL
1985
1985
TEMPAT BERKEMBANG
Seluruh Malaysia
Seluruh Malaysia
Penutup
Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci , waspadalah selalu kerana mereka ini wujud dikalangan kita yang cuba memasukkan doktrin mereka yang sesat lagi menyesatkan itu di dalam masyarakat , kalau di perhatikan mereka ini bukanlah dari mereka yang ada asas dalam ilmu Islam dan ilmu alquran itu sendiri apa lagi Bahasa arab , mereka bergantung sepenuhnya dengan terjemahan alquran bahasa yang mereka fahami oleh para ulama juga, disini menunjukkan betapa tidak berilmu nya mereka ini tetapi cuba mempertikaikan hadith pula.- wal 'iya zubillahi min zaalik.
kepada para penganut anti hadith insaflah dan sedarlah sebelum kematian menemui anda , dan berhadapan dengan Allah atas apa yang anda perkatakan .
semuga kita selamat dari mereka ini dan kita doakan mereka segera insaf dan taubat .amin ya rabbal aalamin .Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat .

No comments:
Post a Comment