KA’ABAH AL MUSYARRAFAH
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci
itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97).
· Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu
membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran
perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam
ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
· “Neil Amstrong ANGKASAWAN AMERIKA telah
membuktikan bahwa kota Makkah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet
Bumi.”
Diantara
Kalamullah Allah Ta’ala mengenai Makkah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu
al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura
(penduduk Makkah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri
di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
.
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota
di sekelilingnya, menunjukkan Makkah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang
lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang
cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah
sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain
serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup
menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak
dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman:
33)
.
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan
ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa
diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan
bumi). Jika Makkah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa
Makkah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
.
Selain itu ada hadis yang menerangkan
bahawa Masjidil Haram di Makkah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah
tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai
orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di
bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa
Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini
bahawa Kota Suci Makkah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan
waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh
Dr. Mohamad Daudah)
.
Neil
Amstrong membuktikan
bahwa kota Makkah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet
Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400
tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Makkah dan kaabah adalah pusat
bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong
melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia
berkata, “Planet Bumi ternyata
bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta
ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa
planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut,
ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Makkah, dan tepatnya berasal
daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite
(tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet
Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai
bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di
planet Bumi dengan Baitul Makmur di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan
kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di
kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali
kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di
Makkah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak
dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita
mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri
yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta
yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua
di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara
Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak
muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari
sistem suria kita.
Sabda Nabi Shallahu alaihi wasalam ;
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Firman Allah dalam Surah
al baqarah ayat 125;
“dan ingatlah ketika kami jadikan rumah
suci itu ( baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia ( untuk ibadat haji
) dan tempat yang aman , dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat
sembahyang , dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Ismail , "
bersihkanlah rumahku (ka'abah) dan Masjidil Haram dari segala perkara ang di
larang untuk orang-orang bertawaf dan beri'ktikaf dan orang-orang yang rukuk
dan sujud ( shalat)”.
Ka'abah adalah kiblat bagi umat Islam dan tempat menunaikan haji dan beriktikaf , sesiapa yang menghina dan mempersendakan ka'abah , mereka mengatakan bahawa ka'abah hanya lah sesembahan kafir quraisy , tapi mereka lupa bahawa ka'bah tersebut telah ujud sebelum diturunkan manusia sebagai penghuni dunia ini kerana asas fondasi kaabah adalah fondasi bangunan pertama di bena di muka bumi ini seperti di firman Allah subhanahu wataala dalam surah aali Imran ayat 97
Erti ayat diatas : Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula di bina untuk manusia ialah Baitullah yang di Makkah yang penuh berkat dan sebagai petunjuk hidayah kepada manusia . di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata , doantaranya ialah maqam Nabi Ibrahim , dan sesiapa yang masuk kedalamnya aman tenteramlah dia , dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaiatu sesiapa yang mampu sampai kepadanya , dan sesiapa yang kufur ,maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian makhluk.
maka sesiapa yang memperlecehkan dan menghina ka'abah dan baitullah maka sesungguhnya telah menghina kiblat umat Islam secara tak langsung mereka telah menghina Allah itu sendiri , kerana yang mewajibkan manusia berkiblat kan baitullah adalah Allah taala itu sendiri. orang yang menghina kaabah atau baitullah itu telah terbatal syahadahnya , maka di saran supaya bertaubat segera. sesungguhnya hanya Allah yang Maha memberi keampunan dan Penerima Taubat dari hambanya yang benar-benar insaf dengan kesalahan nya .
Ka'abah adalah kiblat bagi umat Islam dan tempat menunaikan haji dan beriktikaf , sesiapa yang menghina dan mempersendakan ka'abah , mereka mengatakan bahawa ka'abah hanya lah sesembahan kafir quraisy , tapi mereka lupa bahawa ka'bah tersebut telah ujud sebelum diturunkan manusia sebagai penghuni dunia ini kerana asas fondasi kaabah adalah fondasi bangunan pertama di bena di muka bumi ini seperti di firman Allah subhanahu wataala dalam surah aali Imran ayat 97
maka sesiapa yang memperlecehkan dan menghina ka'abah dan baitullah maka sesungguhnya telah menghina kiblat umat Islam secara tak langsung mereka telah menghina Allah itu sendiri , kerana yang mewajibkan manusia berkiblat kan baitullah adalah Allah taala itu sendiri. orang yang menghina kaabah atau baitullah itu telah terbatal syahadahnya , maka di saran supaya bertaubat segera. sesungguhnya hanya Allah yang Maha memberi keampunan dan Penerima Taubat dari hambanya yang benar-benar insaf dengan kesalahan nya .
Wallahu’alam
No comments:
Post a Comment