LARANGAN BERPALING DARIPADA AGAMA ISLAM
“Berpaling daripada Agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, tidak mempelajari
dan tidak beramal dengannya”.
Apa yang dimaksud
dengan “Berpaling…” yang menjadi pembatal keislaman? Dan perbuatan seperti apa
yang boleh dikatakan berpaling?
Kita mendapati bahawa golongan manusia pada
zaman sekarang sering mengaku dirinya seorang muslim tetapi jauh menyimpang
daripada ajaran Islam yang sebenar. Mereka sibuk dengan hiburan di dunia dan
tidak menghiraukan agama Islam. Mereka tidak mahu untuk belajar tentang ajaran
Islam yang sebenar dari sumbernya yang asli iatu alquran dan al Sunnah yang
shahih, mereka lebih terpaut untuk menurut seseorang yang mengaku berilmu
dengan membawa berbagai metos dan dongeng khurafat dan bid’ah dan cerita-cerita
keramat dan yang tiada dasarnya dalam Islam.
Kalau pun mereka belajar tetapi tidak mau
mengamalkannya , agama hanya di praktik pada musim-musim tertentu sahaja, Para
ulama pernah menyebut bahawa salah satu penyebab terbatalnya Islam seseorang adalah
apabila mereka tidak mengamalkan perintah agama yang wajib dilakukan ,malah
mengingkari kefardhuan tersebut .
Firman Allah Subhanahu wa Taala :
وَمَنْ
أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ
مُنتَقِمُونَ
Maksudnya : “Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah di
peringatkan dengan ayat-ayat Rabb-nya (Allah), kemudian ia berpaling
daripadanya? Sesungguhnya kami (Allah) akan memberi pembalasan kepada
orang-orang yang berdosa” . (Surah As-Sajdah: 22)
Sikap yang memandang remeh
tentang agama Islam boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berpaling yang
menyebabkan batalnya keislaman seseorang individu dan berpaling yang tidak menyebabkan seseorang individu untuk
batal keislamannya.
Kita perlulah bijak untuk
membezakan sikap berpaling ini kerana individu pada zaman era globalisasi ini
sering sekali ingkar akan suruhan agama tetapi ada juga sesetengah individu
yang sekadar mendengar dan tidak mengakui perkara tersebut sebagai yang benar,
bahkan tidak mengamalkan suruhan agama.
Seterusnya, ada juga
sesetengah individu yang mahu mendengar nasihat berkenaan dengan agama Islam
dan mengakui bahawa perkara tersebut adalah benar tetapi enggan
mengamalkannnya. Perkara tersebut boleh juga ditafsirkan sebagai “sami’na wa ‘ashaina” (kami
mendengar tetapi kami mendurhaka ). Di samping itu, sesetengah individu yang
ingin kembali ke jalan yang benar akan dapat menerima nasihat untuk berubah,
percaya bahawa agama Islam ialah perkara yang benar, mengamalkan suruhan agama
dan meninggalkan segala laranganNya.
Sikap berpaling daripada
agama Islam yang paling serius adalah MURTAD ialah sikap yang boleh menyebabkan
batalnya keislaman seseorang yang sampai
pada peringkat yang langsung tidak mempercayai
kebenarah Islam dan ajarannya .
Orang seperti ini telah di
firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
dalam al Quran surah Muhammad ayat 25:
إِنَّ
الَّذينَ ارتَدّوا عَلىٰ أَدبارِهِم مِن بَعدِ ما تَبَيَّنَ لَهُمُ الهُدَى ۙ
الشَّيطانُ سَوَّلَ لَهُم وَأَملىٰ لَهُم
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang berpaling
sesudah datang petunjuk dengan jelas bagi mereka , syaithan membuat mereka
dengan mudahnya membuat dosa dan memanjangkan angan-angan mereka ( untuk terus
mendurhakai Allah)”.
Perkara inilah yang kita
selalu berlindung darinya kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala pada setiap raka’at:
اهدِنَا
الصِّراطَ المُستَقيمَ
صِراطَ
الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ
“Tunjukilah kami
jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang
sesat .” (Surah al-Fatihah 6-7)
IMAN
Di dalam penjelasan ini,
perkara yang paling penting dan wajib untuk dipelajari oleh umat manusia ialah
rukun-rukun Iman dan akibat-akibatnya jika tidak mengamalkannya. Rukun iman
ialah rukun yang wajib dipelajari umat Islam kerana ia secara tidak langsung dapat
menghindarkan manusia tergelincir iman mereka kerana ia merupakan perkara wajib
di ketahui dan di amalkan secara mendasar dalam agama.
Sebagaimana yang ditulis
oleh Muhammad bin Nashr al Marwazi dalam
buku Pembatalan Keislaman tentang
makna Iman, “Iman kepada Allah adalah,
Anda mentauhidkan-Nya, membenarkan-Nya dengan hati dan lisan, Anda tunduk dan
patuh untuk menjalankan perintah-Nya dengan menyiapkan keinginan kuat untuk
menjalankan perintah-Nya, menjauhi sikap menolak kebenaran dengan kesombongan
dan penentangan. Jika kita telah melakukan itu, berarti kita telah menjalankan
apa yang Allah sukai dan menjauhi apa yang
di MurkaiNya .”
Adapun berIman kepada Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam adalah pengakuan dan kepercayaan bahawa baginda Nabi Shallahu alaihi wasallam adalah Nabi dan
Rasul utusan Allah Subhanahu wa ta’ala,
pembenaran kita kepada beliau dan ketundukan kita kepada apa yang beliau bawa
(wahyu).serta meng-Ittiba’ ( menurut dengan patuh dan mencontohi Baginda dalam
ibadat dan akhlak yang mulia.
Ibnu Taimiyah berkata: “Mustahil seseorang beriman dengan iman
kukuh didalam hatinya bahawa Allah mewajibkan Shalat, Zakat, Puasa dan haji,
lalu seumur hidupnya dia tidak pernah bersujud kepada Allah walaupun sekali ,
tidak puasa Ramadhan, tidak berzakat kerana Allah, tidak menunaikan Haji ke
Baitullah apabila telah mampu untuk menunaikan haji ke Makah al Mukarramah. Ini
tidak mungkin terjadi kecuali kerana kemunafikan dan kezindikan (kekufuran)
didalam hati bukan dengan iman yang shahih”, walaupun mereka mahu
mengerjakan shalat dan sebagainya tetapi bukan mencontohi apa yang di bawa oleh
Baginda nabi , tetapi mereka lebih suka mengikut ajaran yang berseberangan
dengan alQuran dan al Sunnah yang shahihah.
MAKNA BERPALING DARI AGAMA:
Manusia yang berpaling agama boleh dibezakan
mengikut beberapa peringkat mengikut keimanan yang ada pada diri mereka. Jika
mereka mempunyai benih keimanan dalam diri mereka, mereka akan sering untuk
kembali ke jalan yang benar dan sedar akan perbuatan yang telah dilakukan yang
boleh menyebabkan kemungkaran pada Allah Subhanahu
wa Ta’ala.
Jika benih keimanan di dalam diri mereka
telah hilang yang disebabkan oleh perkara maksiat yang dilakukan semasa di
dunia, maka mereka akan digelar sebagai golongan yang kufur atau I’radh (berpaling).
Berlaku padanya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
قُل أَطيعُوا
اللَّهَ وَالرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الكافِرينَ
Maksudnya : “Katakanlah, “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya, jika kamu berpaling, maka
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” (Surah Ali- Imran:
32)
Ibnul Qayyim menjelaskan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifatkan
orang-orang yang berpaling dari wahyu yang menentang dengan akal dan pendapat
mereka dengan kebodohan, kesesatan, kebingungan dan kebutaan. Jadi mereka tidak
boleh disifati dengan ilmu, akal dan petunjuk.
Asal usul kesesatan mereka dari 2 perkara:
1. Berpaling
dari apa yang dibawa oleh Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam
2. Menentangnya, kerana bertentangan dengan pendapat dan ajaran mereka ketahui, iaitu - keyakinan yang menyelisihi al-Quran dan as-Sunnah.
Akal adalah sesuatu yang dikurniakan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala agar
dengan akal yang di pandu keimanan
seseorang dapat mentaati dan melaksanakan perintah larangan-Nya dengan
cara yang tepat dan betul. Sebaliknya jika akal digunakan untuk mengukur logik
atau tidak sesuatu perintah larangan Allah Subhanahu
wa Ta’ala, maka ia adalah suatu penyimpangan yang mengkhianati kurniaan
akal itu sendiri.kerana wahyu tidak dapat di ukur dengan logika akal semata ,
harus di fahami dengan iman dan logika akal yang bersih daripada pengaruh yang
menyesatkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
أَو تَقولوا
لَو أَنّا أُنزِلَ عَلَينَا الكِتابُ لَكُنّا أَهدىٰ مِنهُم ۚ فَقَد جاءَكُم
بَيِّنَةٌ مِن رَبِّكُم وَهُدًى وَرَحمَةٌ ۚ فَمَن أَظلَمُ مِمَّن كَذَّبَ بِآياتِ
اللَّهِ وَصَدَفَ عَنها ۗ سَنَجزِي الَّذينَ يَصدِفونَ عَن آياتِنا سوءَ العَذابِ
بِما كانوا يَصدِفونَ
Maksudnya: "Sesungguhnya
kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayah
lebih daripada mereka". (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana
sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu,
dan petunjuk hidayah serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah
yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan
Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling
dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya,
disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya). (Surah Al-An’aam:
157)
Akan tetapi harus diketahui bahawa tidak
semua sikap itu berpaling itu mengeluarkan dari Agama, ia masih memiliki dasar
iman, akan tetapi dia berpaling dari kewajipan syar’i.
Maka, wajib bagi setiap
Muslim untuk berhati-hati, tidak boleh melafazhkan ucapan atau menuduh
seseorang dengan kafir atau fasiq kecuali apa yang telah ada dalilnya dari
Al-Qur-an dan As-Sunnah. Sesungguhnya perkara takfir (menghukumi seseorang
sebagai kafir) dan tafsiq (menghukumi seseorang sebagai fasiq) telah banyak
membuat orang tergelincir dan mengikuti pemahaman yang sesat. Sesungguhnya ada
sebahagian hamba Allah yang dengan mudahnya mengkafirkan kaum Muslimin hanya
dengan suatu perbuatan dosa yang mereka lakukan atau kesalahan yang mereka
terjatuh padanya,
Maka, seseorang yang
zahirnya muslim hendaklah dianggap kekal atas keislamannya sehingga terbukti
secara yakin bahawa telah terbatal akidahnya. Menuduh orang lain dengan tuduhan
kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak
kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu
sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai
fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh.
Akhirnya semuga Allah Subhanahu
wa Taala menjauhkan kita daripada berpaling dari agamanya dan ajaran
Rasulnya Sallallahu Alaihi Wasallam, demi untuk mencapai redha Allah subhanahu wa Taala di dunia
dan di akhirat kelak amin yarabbal aalamin.
Marilah kita bersama-sama berdoa dan memohon kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala agar semua aktiviti-aktiviti yang kita lakukan dapat
dicatat sebagai amal kebaikan dan menambahkan lagi berat timbangan kita di sisi
Allah Subhanahu wa Ta’ala
-Huszaini-
No comments:
Post a Comment