1. DOA MOHON KEAMPUNAN
رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ
أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ
عَلَيْنَا
إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ
تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ
لَنَا
وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbana la-tua-khizna innasina au akhta’na, rabbana wala
tahmil ‘alaina isran kama hamaltahu ‘alal lazina min qablina, rabanna wala
tuhammilna ma la taqata lana bih(i), wa’fu ‘anna, wagfir lana, warhamna, anta
maulana fansurna ‘alal qaumil kafirin.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami
salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami Janganlah Engkau
bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan
kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat
kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)
2. DOA MOHON KEBAHAGIAN DIDUNIA DAN
AKHIRAT
رَبَّنَا
آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ
Rabbana atina fiddun ya hasanatan wafil’akhirati
hasanatan waqina ‘azaban naar
“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah
Al-Baqarah 201)
3. DOA
MOHON DIBERI KESABARAN
رَبَّنَا
أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ
الْكَافِرِينَ
Rabbana afrig ‘alaina sabran wasabbit aqdamana
wansurna alal qaumi al-kafirin
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah
tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah Al-Baqarah: 250)
4. DOA
MOHON KETURUNAN YANG TA’AT KEPADA ALLAH
رَبَّنَا
وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ
وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ
عَلَيْنَا
إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Rabbana waj’alna muslimaini laka wamin zurriy yatina um-matan
muslimatan lak(a), wa arina manasikana watub ‘alaina innaka antat tawwabur
rahim
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua:
orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada
keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah
kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami;
sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihan”. (Surah
Al-Baqarah: 128)
5. DOA
MOHON KEAMANAN NEGARA DAN REZEKI
رَبِّ اجْعَلْ
هَـَذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ
آمَنَ مِنْهُم
بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ قَالَ وَمَن كَفَرَ فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً ثُمَّ
أَضْطَرُّهُ إِلَى
عَذَابِ
النَّارِ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
Rabbij’al al haza baladan ‘aminan warzug ahlahu
mi-nassamarati man ‘amana minhum billahi walyaumil akhir(i), qala waman kafara
fa umatti ‘uhu qalilan summa adtarruhu ila ‘azabin nar(i), wabil’sal masir
“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri aman sentosa,
dan berikanlah reziki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada
Allah dan hari kemudian diantara mereka. Allah berfirman: “Dan kepada orang
yang kafirpun aku beri kesenangan sementara, kemudian aku paksa ia menjalani
siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. (Surah Al-Baqarah: 126)
6. DOA
MOHON KETETAPAN IMAN
رَبَّنَا لاَ
تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً
إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Rabbana laa tuziq qulubana ba’da idz hadaitana wahab lana
min-ladunka rahmah(tan), innaka antal wahab
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan
hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada
kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang
melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah A-li ‘Imraan: 8)
7. DOA
MOHON KEAMPUNAN IMAN DAN DISELAMAT DARI NERAKA
رَبَّنَا
إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana amanna fagfirlana zunubana waqina ‘azaban
nar
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah
beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab
neraka"; (Surah A-li ‘Imraan: 16)
8. DOA
MOHON ORANG MENJADI SAKSI PADA HARI KIAMAT
رَبَّنَا
آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ
الشَّاهِدِينَ
Rabbana amanna bima anzalta wattaba ‘nar rasula faktubna ma’asy
syahidin
"Wahai
Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami
mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi
saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu". (Surah A-li-Imraan:
53)
9. DOA
MOHON ZURIAT YANG BAIK
رَبِّ هَبْ
لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Rabbi hab li min ladunka zuriyatan tayyibah(tan),
innaka sami’ud du’a
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu
zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima)
doa permohonan". (Surah A-li Imraan: 38)
10. DOA
MOHON DIPELIHARA DARI SIKSAAN NERAKA
رَبَّنَا مَا
خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
رَبَّنَا
إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ
أَنصَارٍ
رَّبَّنَا
إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ
فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا
ذُنُوبَنَا
وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ
رَبَّنَا
وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Rabbana ma’khalaqta
haza batilan, subhanaka faqina ‘azabannar(i), rabbana innaka man tudkhilin nara
faqad akhzitahu, wama liz-zalimina min ansar(in), rabbana innana sami’na
munadiyan-yunadil lil ‘imani an aminu birab-bikum fa’amanna, rabbana fagfir
lana zunubana wakaffir ‘anna sayyi’atina watawaffana ma’al abrar(i), rabbana
wa’atina ma wa’adtana ‘ala rusulika wala tukh zina yaumal qiyamati, innaka la
tukhliful mi’ad.
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari
azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam
neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang
zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya
kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya:
` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan
kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami!
Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui
Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya
Engkau tidak memungkiri janji". (Surah A-li Imraan: 191-194)
11. DOA
MOHON MENETAPKAN PENDIRIAN
ربَّنَا
اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّ
أَقْدَامَنَا
وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Rabbanagfir lana zunubana wa-isr’a-fana fi amrina wasabbit aqdamana
wansurna ‘alal qaumil kafirin.
“Wahai
Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam
urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan
tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”. (Surah A-li
‘Imraan: 147)
12. DOA
MOHON REZEKI UNTUK HARI RAYA
رَبَّنَا
أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِّنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا
عِيداً
لِّأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِّنكَ وَارْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ
الرَّازِقِينَ
Rabbana anzil ‘alaina ma’idatan minas sama’I tak-unu lana ‘idan
li-awwalina wa akhirina wa ayatan minka, warzuqna wa anta khairur raziqin
“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami
satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami
yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai
satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu);
dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi
rezeki". (Surah Al-Maaidah: 114)
13. DOA
MOHON TETAP BERSAMA ORANG-ORANG BERIMAN
رَبَّنَا
آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Rabbana amanna faktubna ma’a asy-syahidina
"Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi
Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama
orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)”.
(Surah Al-Maaidah: 83)
14. DOA MOHON KEAMPUNAN DARI KEZALIMAN
رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ
الْخَاسِرِينَ
Rabbana zalamna anfusana wa in-lam tagfir lana watarhamna
la-nak’unanna minal khasirin
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan
kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al-A’raaf: 23)
15. DOA MOHON SUPAYA TIDAK
DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ZALIM
رَبَّنَا لا
تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Rabbana la taj’alna ma’a al-qaumi az-zalimina
“Ya tuhan kami, janganlah engkau tempatkan kami bersama-sama
orang-orang yang zalim”.
(Surah Al-A’raaf ayat: 47)
16. DOA
MOHON MENEGAK KEBENARAN
رَبَّنَا
افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنتَ خَيْرُ الْفَاتِحِين
Rabban iftah bainana wabaina qaumina bilhaqqi wa anta khairu
al-fatihin(a)
“Wahai
Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan),
kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim". (Surah Al-A’raaf: 89)
17. DOA
MOHON LIMPAHKAN KESABARAN
رَبَّنَا
أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْراً وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
Rabbana afrig ‘alaina sabran watawaffana muslimina(a)
“Wahai
Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam
keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)" (Surah Al-A’raaf:126)
18. MOHON JAUHI DARI FITNAH
عَلَى اللّهِ
تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
وَنَجِّنَا
بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
‘Alallahi tawakkalna, rabbana la taj’alna
fitnatan lilqaumi azzalimiin(a), wa najjina biramatika minal qaumil kafirin
“Kepada
Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami
landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. dan selamatkanlah kami
dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir”. (Surah Yunus: 85-86)
19. DOA MOHON SESUATU YANG
TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN
رَبِّ إِنِّي
أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي
وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ
Rabbi inni a’uzu bika an as’alaka ma laisa li bihi ‘ilm(un), wa illa
tagfir li wa tarhamni akun-minal khasirin
“Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan
dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang
yang rugi”. (Surah Hud: 47)
20. DOA
MOHON KEMAKMURAN KETURUNAN
رَّبَّنَا
إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ
الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا
لِيُقِيمُواْ
الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم
مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Rabbana inni askantu min zurriyyati biwadin gairi zizar’in ‘inda
baitikal-muharram(i), rabbana liyuqimus-salata faj’al af’idatan minan nasi
tahwi ilaihim warzuqhum minas-samarati la ‘allahum yasykurun
"Wahai
Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat
keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di
sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka
ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya
dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik
gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki
kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka
bersyukur”.
(Surah Ibrahim: 37)
21. DOA
MOHON KETETAPAN MENDIRIKAN SOLAT
رَبِّ
اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
Rabbij’alni muqimas-salati wamin zuriyyati, rabbana wataqabbal
du’a’(i)
“Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga
zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah
Ibrahim: 40)
22. DOA
MOHON KEAMPUNAN UNTUK IBU BAPAK DAN ORANG MUKMIN
رَبَّنَا
اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Rabbanagfir li’waliwalidayya walil-mu’minina yauma yaqumul hisab(u)
"Wahai
Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan
pembalasan" (Surah Ibrahim: 41)
23. DOA
MOHON PETUNJUK KE JALAN YANG BENAR
رَّبِّ
أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن
لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً
Rabbi adkhilni mudkhala sidiqin-wa akhrijni mukhraja sidqin waj’al
li min-ladunka sultanan nasira
“Wahai
Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar
lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar
lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta
kekuasaan yang menolongku" (Surah Al-Israa’: 80)
24. DOA
MOHON DILIMPAHI RAHMAT
رَبَّنَا
آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
Rabbana ‘atina min-la dunka rahmatan wahayyi ‘lana min amrina
rasyada(n)
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari
sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan ugama kami". (Surah Al-Kahf: 10)
25. DOA
MOHON MENERANGKAN HATI
يَفْقَهُوا
قَوْلِي وَاحْلُلْ
عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
Rabbaisyrah li sadri, wa yassir la amri, wahlul ‘uqdatan-min-lisani, yafqahu qauli
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan
mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya
mereka faham perkataanku. (Surah Taha: 25-28)
26. DOA
MOHON SUPAYA TIDAK BERSENDIRIAN
رَبِّ لَا
تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul warisin(a)
“Wahai
Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan
zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah Al-Anbiyaa:
89)
27. DOA
MOHON KEPUTUSAN YANG ADIL
رَبِّ احْكُم
بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ
Rabbihkum bilhaqqi, warabbunar rahmanul musta’anu ‘ala ma’ta
sifun(a)
“Wahai
Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka) dengan yang benar; dan
Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya
terhadap apa yang kamu sifatkan itu". (Surah Al-Anbiyaa: 112)
28. DOA
MOHON PERLINDUNGAN DAN GANGGUAN DARI SYAITAN
وَأَعُوذُ
بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ
رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
Rabbi a’uzu bika min hamazatisy syayatin(i), wa a’uzu bika rabbi an-yahdurun(i)
"Wahai
Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan, Dan aku
berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak
menghampiriku".
(Surah Al-Mu’minun: 97-98)
29. DOA
MOHON DIBERI RAHMAT
رَبَّنَا
آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Rabbana ‘amanna fagfir lana warhamna wa anta khairur rahimin(a)
“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu
ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya
Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat “.(Surah Al-Mu’minun: 109)
30. DOA
MOHON AMPUN DAN RAHMAT
رَّبِّ
اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
Rabbigfir warham anta khairur rahimin(a)
“Wahai
Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah
sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Surah Al-Mu’minun: 118)
31. DOA
MOHON DISISIH DARI AZAB NERAKA
رَبَّنَا
اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً
إِنَّهَا
سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Rabbana isrif ‘azaba jahannam(a), inna ‘azabaha kana garama(n),
innaha sa’at mustaqarran wamuqama
“Wahai
Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab
seksanya itu adalah mengertikan, sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan
dan tempat tinggal yang amat buruk"; (Surah Al-Furqaan: 65-66)
32. DOA
MOHON BEROLEH ISTERI DAN ZURIAT BAHAGIA
رَبَّنَا هَبْ
لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا
لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Rabbana hab lana min azwajina wa’zuriyyatina qurrata a’yunin
waj’alna lilmuttaqina imama(n)
“Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”. (Surah Al-Furqaan: 74)
33. DOA
MOHON HIKMAH
وَاجْعَل لِّي
لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ
رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
وَاجْعَلْنِي
مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ
Rabbi hab li hukman-wa alhiqni bissalihin, waj’al
li lisana sidqin fil akhirin(a), waj ‘alni min-warasati jannatin na’im(i)
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan
ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh dan jadikanlah
bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang
datang kemudian dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga
Jannatun-Naiim”. (Surah Asy-Syu’araa:
83-85)
34. DOA
KESYUKURAN
رَبِّ
أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى
وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ
صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal lati an-amta ‘alayya wa’ala
walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas
salihin(a)
“Wahai
Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau
kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal
soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam
kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (Surah An-Naml: 19)
35. DOA
MOHON KEAMPUNAN
رَبِّ إِنِّي
ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Rabbi inni zalamtu nafsi fagfir li fagafara lahu(u), innahu huwal gafurur
rahim(u)
“Wahai
Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah -
apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya)
lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani”. (Surah Al-Qasas: 16)
36. DOA
MOHON PERTOLONGAN
رَبِّ
انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
Rabbinsurni ‘alal qaumil mufsidin(a)
“Wahai
Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan
(menderhaka)". (Surah Al-Ankabuut: 30)
37. DOA
KESYUKURAN
رَبِّ
أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى
وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ
صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal lafi an’amta ‘alayya wa ‘ala
walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa adkhilni birahmatika fi ‘ibadikas
salihin
“Wahai
Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau
kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal
soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam
kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah An-Naml: 19)
38. DOA
MOHON ANAK YANG SOLEH
رَبِّ هَبْ
لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Rabbi hab li minas salihin(a)
“Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”(Surah
As-Saaffaat: 100)
39. DOA
MOHON AMPUN KEPADA MEREKA YANG BERATUBAT
رَبَّنَا
وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْماً فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا
وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
رَبَّنَا
وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ
وَأَزْوَاجِهِمْ
وَذُرِّيَّاتِهِمْ
إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Rabana wasi ‘ta kulla syai’in-rahmatan wa ‘ilman fagfir lillazina
tabu wattabu’u sabilaka waqihim ‘azabal jahim(i), rabbana wa adkhilhum jannati
‘adni nillati wa’adtahum waman salaha min aba’ihim wa azwajihim wazurriyatihim,
innaka anta ‘azizul hakim(u)
“Wahai
Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun
kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka
dari azab neraka. Wahai Tuhan kami!
masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah
janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang
layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan
mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah Ghaffir/Al-Mu’min: 7-8)
40. DOA
KESYUKURAN ATAS NIKMAT YANG DIKURNIAKAN
رَبِّ
أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى
وَالِدَيَّ وَأَنْ
أَعْمَلَ
صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ
وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Rabbi auzi ni an asykura ni’matakal lati’an ‘amta ‘alayya wa’ala
walidayya wa an a’mala salihan tardahu wa aslih lifi zurriyyati, inni tubtu
ilaika wa inni minal muslimin(a)
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,
dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah
sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang
Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Surah Al-Ahqaaf: 15)
41. DOA
MOHON KEAMPUNAN DIRI DAN ORANG-ORANG TERDAHULU
رَبَّنَا
اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا
تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا
غِلّاً
لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
Rabbanagh firlana wali ikhwa-aninal ladzina sabaquna bil iman, walaa
taj’al fii qulubina ghillan lilladziina aamanu, rabbana innaka ra’ufur rahim
"Wahai Tuhan Kami!
Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam
iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam
terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat
Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". (Surah Al-Hasyr: 10)
42. DOA MOHON KEAMPUNAN/TAWAKAL
KEPADA ALLAH
رَبَّنَا
عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Rabbana ‘alaika tawakalna wa ilaika anabna wa ilaikal masir(u)
"Wahai
Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah
kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali! ( Surah Al-Mumtahanah :4)
43. DOA
MOHON KEAMPUNAN
رَبَّنَا لا
تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ
أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Rabbana la taj ‘alna fitnatan lillazina kafaru wagfir lana rabbana
innaka antal ‘azizul hakim(u)
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan
pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan
ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Surah Al-Mumtahanah: 5)
44. DOA
MOHON KESEMPURAAN CAHAYA
رَبَّنَا
أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Rabbana atmin lana nurana wagfir lana, innaka ‘ala kulli syai’in
qadir(un)
Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,
dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu". (Surah At-Tahriim: 8)
45. DOA
MOHON KEAMPUNAN BAGI DIRI, KEDUA ORANG TUA DAN ORANG MEMASUKI RUMAH
رَبِّ اغْفِرْ
لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا
تَزِدِ
الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَاراً
Rabbigfirli wali walidayya waliman dakhala baiti mu’minan walil
mu’minina wal mu’minati(i), wala tazidiz zalimina illa tabara(n)
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu
bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan
(ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
(dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim
melainkan kebinasaan! (Surah Nuh: 28)
COMPILE/DISUSUN
OLEH: HUSZAINI RAHMAN
27 comments:
Assalam,
Mohon share ya. Jazakallahu khairun
assalamu'alaikum... mohon izin copy ya.... jazamullah khairon katshiron...
Assalamu'alaikum,,, mohon izin copy,, terima kasih..
mohon copy
Izin share
Izin share
izin share
MOHON untuk diamalkan
Qobiltu
mohon kebenaran untuk di kongsi
mohon dikongsi
Mohon copy
mohon kopi dan share
As salam Tuan Admin mohon kongsi doa x2 ini
Aamiin moga Tuan dilimpahi Allah swt rahmat hidayah dan redho Nya Allah swt
Aamiin
mohon dikongsi ye. terima kasih
Paste.
mohon izin kongsi ya.. terima kasih
Mohon share ya..moga pahala berterusan..amin
Assalamu'alaikum,
Mohon izin copy,
Terima kasih.
Assalamualaikum..mohon izin amalkan ilmu ini..
Alhamdulillah sudi kongsi ilmunya terima kasih,sy copy mohon halalkan.JazakAllah Khair..
Subhanallah. Semoga Allah SWT memberkati apa yang tuan usahakan ini. Terima kasih kerana apa yang tuan usahakan ini sangat membantu untuk rujukan saya. Barakallahufikk.
Assalamulaikum, mohon izin copy n share ya. Semoga Allah merahmati kita semua Insha Allah.
Assalamualaikum,
Mohon kebenaran utk salin dan cuba amalkan. Semoga tuan/puan yang berkongsikan perkara ini mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha ibadahnya...aminnn
Mohon izin share doa ya
Mohon copy dan share ye, terima kasih
Post a Comment