MEMBALAS
KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN
Islam adalah cara semula jadi hidup yang
menggalakkan seseorang untuk memberi perhatian kepada hubungan mereka dengan
Allah Subhanahu wa Ta’ala dan
ciptaan-Nya . Islam mengajar bahawa ia adalah melalui mengerjakan kebaikan dan
mencari keridhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala
yang jiwa mencari kebahagiaan sebenar dan keamanan . Ia adalah dalam konteks
ini bahawa Islam perkataan berasal dari akar kata " salam , " atau keamanan. Islam adalah agana yang damai dan penuh dengan keindahan.
Islam
mengajarkan umatnya agar terus menerus berbuat kebaikan kepada
sesama manusia tanpa mempedulikan asal usul, status sosial, agama, jenis
kelamin dan sebagainya. Hal
ini dijelaskan di dalam Al-Qur’an.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
أُوْلَئِكَ
يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ
السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
ulaa-ika yu/tawna
ajrahum marratayni bimaa shabaruu
wayadrauuna bialhasanati alssayyi-ata
wamimmaa razaqnaahum yunfiquuna
“Mereka
itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana
mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang
Kami kurniakan kepada mereka”. (Surah Al-Qasas: 54)
Mereka diberi pahala dua kali ialah:
Kali pertama kerana mereka beriman kepada Taurat dan kali yang kedua ialah kerana
mereka beriman kepada Al-Qur'an.
Cuba kita perhatikan Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala selanjutnya:
مَن
جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا
يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
man jaa-a bialhasanati falahu khayrun minhaa waman jaa-a bialssayyi-ati falaa yujzaa alladziina 'amiluu alssayyi-aati illaa maa kaanuu
ya'maluuna
“Sesiapa yang datang
membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik
daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang
melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan”.
(Surah Al-Qasas: 84)
Dalam ayat di atas jelas bahawa segala
kebaikan akan mendapat balasan yang lebih baik dan setiap kejahatan dibalaskan
setimpal dengan apa yang dilakukan. Di sinilah letak kebaikan dan keadilan
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia memberikan ganjaran yang lebih kepada
orang-orang yang berbuat kebaikan. Namun untuk pelaku kejahatan dibalas
setimpal dengan kejahatannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menzalimi
sedikitpun terhadap prang-orang yang berbuat jahat.
Di dalam
Al-Quran telah jelas menyeru kita agar sentiasa membalas kejahatan dengan
kebaikan. Dalam Surah Ar-Ra'd pada ayat
yang ke- 22. Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman;
وَالَّذِينَ
صَبَرُواْ ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَأَنفَقُواْ
مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
سِرّاً
وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ
عُقْبَى الدَّارِ
waalladziina shabaruu
ibtighaa-a wajhi rabbihim wa-aqaamuu alshshalaata
wa-anfaquu mimmaa razaqnaahum
sirran wa'alaaniyatan wayadrauuna bialhasanati alssayyi-ata ulaa-ika lahum 'uqbaa alddaari
“Dan
orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata,
dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak
kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya
balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;”
(Surah Ar-Rad: 22)
Seterusnya
dalam Surah Al-Mu'minuun (Al-Mu'minun)dalam ayat yang ke-96, kata Allah
Subhanahu wa Ta’ala;
ادْفَعْ
بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ السَّيِّئَةَ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ
idfa' biallatii hiya ahsanu alssayyi-ata nahnu a'lamu bimaa yashifuuna
“Tolaklah kejahatan
yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui
apa yang mereka katakan itu”. (Surah Al-Mu’minum: 96)
Maksud
ayat diatas: perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan kaum musyrikin yang tidak baik itu hendaklah dihadapi oleh Nabi dengan yang baik. Umpama dengan mema'afkannya, asal tidak membawa kepada kelemahan dan kemunduran dakwah.
Allah Subhanahu wa
Ta’ala telah mengajarkan kita supaya menghadapi semua tantangan dan
masaalah yang kita hadapi didalam hidup ini dengan penuh kesyukuran. Begitulah
kehidupan berjalan. Kadang-kala kita berada diatas dan dilain waktu kita
dibawah. Perbuatan baik yang kita lakukan malah dibalas dengan kejahatan oleh
orang lain. Oleh sebab itu, bila kita melakukan sesuatu, janganlah kita
mengharap bahawa kita akan memperoleh sambuatan hangat atau balasan yang serupa
dari orang lain.
Apa lagi
alasan kita untuk membalas kejahatan dengan kejahatan? Apakah kita tidak takut
untuk menentang suruhan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang terkandung di
dalam Al-Quran? Atau kita tidak percaya pada Rasul, atau pada Al-Quran yang
disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam? Istighfar, semoga kita tidak tergolong
dalam golongan yang sesat.
Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَلَا
تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ
عَدَاوَةٌ
كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
walaa tastawii alhasanatu walaa alssayyi-atu idfa' biallatii hiya
ahsanu fa-idzaa alladzii baynaka
wabaynahu 'adaawatun ka-annahu waliyyun hamiimun
“Dan tidaklah sama
(kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah
(kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau
berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan
serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib”. (Surah Fussilat:
34)
Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
seterusnya:
وَمَا
يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ
عَظِيمٍ
wamaa yulaqqaahaa illaa alladziina shabaruu wamaa yulaqqaahaa illaa dzuu hazhzhin
'azhiimin
“Dan sifat yang
terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang
bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh
orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat”.
(Surah Fussilat: 35)
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi
mengingatkan kita:
وَعِبَادُ
الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ
الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاماً
wa'ibaadu alrrahmaani alladziina yamsyuuna 'alaa al-ardhi hawnan wa-idzaa khaathabahumu aljaahiluuna qaaluu salaamaan
“Dan
hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di
bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab,
hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat
dari perkara yang tidak diingini” (Surah Al-Furqan: 63)
Ayat ini menerangkan, bahawa jika ada
orang-orang yang bodoh menyapa, yang mengejek dengan perkataan yang tidak
sewajarnya, maka dia akan membalas dengan ucapan yang baik kepada orang yang
mengejeknya itu. Tetapi secara semulajadinya hal ini tidak mudah untuk
dilakukan. Malahan selalunya, perbuatan baik dibalas dengan kejahatan (air susu
dibalas dengan tuba).
Biasanya, apabila kita mendengar orang mengejek kita, kita akan membalas dengan kata-kata yang lebih kasar lagi berbanding dengan ucapan orang yang mengejek kita tadi. Kalau ada yang memaki kita sekali, maka kita akan membalas berkali-kali lagi. Jika ada orang yang berbuat jahat kepada kita sekali, maka kita akan membalasnya lebih dari sekali. Itulah fitrah semula jadi manusia.
Biasanya, apabila kita mendengar orang mengejek kita, kita akan membalas dengan kata-kata yang lebih kasar lagi berbanding dengan ucapan orang yang mengejek kita tadi. Kalau ada yang memaki kita sekali, maka kita akan membalas berkali-kali lagi. Jika ada orang yang berbuat jahat kepada kita sekali, maka kita akan membalasnya lebih dari sekali. Itulah fitrah semula jadi manusia.
Sejarah telah memperlihatkan kepada kita
bahawa dakwah awal Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang dilaksanakan
dengan penuh kebaikan tanpa kekasaran itu telah dibalas dengan kejahatan oleh
Musyrikin Makkah? Bukankah ada juga manusia munafik yang berpura-pura Islam dan
berpihak kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam tetapi sebenarnya tidak? Itulah sejarah
manusia….
Didalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa Ta'ala juga memerintahkan hamba beriman untuk selalu mendoakan untuk kebaikan orang lain.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Didalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa Ta'ala juga memerintahkan hamba beriman untuk selalu mendoakan untuk kebaikan orang lain.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَاسْتَغْفِرْ
لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
waistaghfir lidzanbika walilmu/miniina
waalmu/minaati
“Dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa)
kaum mukminin, baik laki-laki maupun perempuan“, (Surah: Muhammad : 19).
Meskipun adalah MUSTAHIL seseorang boleh menyamai sifat
Rasulullah
Shallallahu 'alaihi
wasallam, paling tidak kita
harus berupaya sekuat dan semampu mungkin untuk meneladaninya. Kita perlu
terus menerus terpacu dengan keteladanan Rasululla Shallallahu 'alaihi
wasallam h dan terus saling
menasihati orang lain untuk meneladani sikap mulia Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam tersebut.
Rasulullah Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam adalah sosok pribadi yang
dalam prilaku kesehariannya selalu mencerminkan akhlakul karimah.
Berikut ini adalah realitas kehidupan Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam yang dapat menjadi renungan kita semua dan
dapat kita jadikan sebagai suri tauladan .
“Tatkala
seorang pandir Quraisy mencegat rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam di tengah jalan, lalu menyiramkan tanah di
atas kepala beliau. Muhammad Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam diam menahan pedih. kemudian pulang ke rumah
dengan tanah yang masih menempel di kepala. Fatimah, puterinya, kemudian datang
mencucuikan tanah di kepala ayahnya itu. Ia membersihkannya sambil menangis.
Tak ada
yang lebih pilu rasanya dalam hati seorang ayah daripada mendengar tangisan
sang anak. Lebih-lebih anak perempuan. Setitik air mata kepedihan yang mengalir
dari kelopak mata seorang puteri adalah sepercik api yang membakar jantung. Beliau
pun tak kuasa menahan perasaan, lalu menangis tersedu-sedu di sisi sang puteri.
Juga, sececah duka yang menyelinap ke dalam hati adalah rintihan jiwa yang
terasa mencekik leher, dan hampir pula menyuluti emosinya untuk membalas.
Tetapi Rasul Muhammad
Shallallahu 'alaihi
wasallam adalah seorang yang sabar dan pemaaf.
Lalu, apakah yang beliau lakukan dengan tangis puterinya yang baru saja
kehilangan sang ibu tercinta itu? Rasul Muhammad Shallallahu 'alaihi
wasallam hanya boleh menghadapkan jiwanya kepada
Allah Subhanahu wa Ta’ala, seraya memohon
dikuatkan batinnya untuk menerima perlakuan keji itu.
"Jangan
menangis anakku" ucap sang ayah kepada puterinya yang sedang berlinang air
mata itu. "Tuhan akan melindungi ayahmu."
Inilah
akhlak cantik yang telah diperlihatkan oleh Rasul kepada kita semua,
"menolak kejahatan dengan kebaikan " meskipun ajaran agama memberikan
kesempatan pada rasul yang telah diperlakukan secara tidak manusiawi
(dzalim) untuk mengadakan perlawanan demi membela diri, bahkan, boleh membalas,
namun Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam memilih sabar dan memaafkan perbuatan
keji tersebut.
Sungguh,
membalas kejahatan dengan kejahatan yang sama, tidak dikenakan sekatan dosa,
kerana dosa itu hanya berlaku bagi orang-orang yang berbuat aniaya (dzalim)
tanpa berpijak pada logika kebenaran, namun agama lebih mengutamakan sikap
sabar dan saling memaafkan bertimbang sikap saling membalas dan saling
memusuhi. Kejahatan hendak dibalas dengan kejahatan, tentulah bukan sebuah
pilihan yang baik bagi responsibiliti moral sebuah agama.
Sebagaimana
dalam Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَإِنْ
عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُواْ بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ
خَيْرٌ لِّلصَّابِرينَ
wa-in 'aaqabtum fa'aaqibuu bimitsli maa 'uuqibtum bihi wala-in shabartum lahuwa khayrun lilshshaabiriina
“Dan jika
kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu
bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang
yang sabar”. (SuraAn-Nahl: 126)
Maksudnya
pembalasan yang dijatuhkan atas mereka janganlah melebihi dari siksaan yang
ditimpakan atas kita
Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
seterusnya:
وَلاَ
تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ
walaa tahzan
'alayhim walaa taku fii dhayqin mimmaa yamkuruuna
“.. dan janganlah engkau berdukacita
terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu
daya yang mereka lakukan.” (Surah An-Nahl: 127)
Eloklah
kita contohi sifat teladan yang telah ditunjukkan oleh RasulullahShallallahu 'alaihi wasallam. Baginda pernah disakiti, dihina, dikeji,
dimaki, difitnah, dihalau, diancam dan diperlakukan seadanya oleh musuh-musuh
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun sifatnya yang terpuji tidak pernah goyah dan
baginda tidak membalas kejahatan dengan kejahatan. Menjauhi permusuhan dan
berusaha untuk menyatukan ummat manusia.
Oleh
itu, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri, agar lebih bersikap pemaaf dan
berlapang dada untuk sentiasa membalas setiap kejahatan dengan kebaikan. Moga
Allah Subhanahu wa Ta’ala memimpin
hati ini, dan hati sahabat-sahabat saya samada teman sekerja ataupun pengunjung
blog ini, dan seluruh muslimin dan muslimat, ke arah sifat yang terpuji ini.
Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
يَا
أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ
وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا
وَبَثَّ
مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ
بِهِ وَالأَرْحَامَ
إِنَّ
اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيباً
yaa ayyuhaa alnnaasu ittaquu rabbakumu alladzii khalaqakum min nafsin
waahidatin wakhalaqa minhaa zawjahaa wabatstsa minhumaa rijaalan katsiiran wanisaa-an
waittaquu allaaha alladzii tasaa-aluuna bihi
waal-arhaama inna allaaha kaana
'alaykum raqiiban
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah
kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu
(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),
dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan
perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu
selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu. (Surah An-Nisaa’: 1)
Wallahu A'lam Bishawab – Untuk
motivasi diri sendiri. Insya Allah
Huszaini Rahman
No comments:
Post a Comment