SETIAP INDIVIDU BERTANGGUNG JAWAB AKAN DIRINYA
Sesungguhnya Islam menekankan akal dan hati kita
bahawa setiap manusia bertanggung-jawab atas dirinya. Dia akan dihisab atas
setiap amal perbuatan yang dilakukannya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
مَنْ عَمِلَ
صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ
لِلْعَبِيدِ
Man ʿamila ṣāliḥan
fa-li-nafsihī wa-man ʾasāʾa fa-ʿalayhā wa-mā rabbuka bi-ẓallāmin li-l-ʿabīidi.
“Sesiapa yang
mengerjakan amal soleh maka faedahnya (pahala) akan terpulang kepada dirinya
sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya
sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya”.
(Surah Fussilat: 46)
Dan Firmah Allah
Subhanahu wa Ta’ala seterunya:
مَنْ كَفَرَ
فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ ۖ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ
Man kafara
fa-ʿalayhi kufruhū wa-man ʿamila ṣaāliḥan fa-li-ʾanfusihim yamhadūn
“Sesiapa yang kufur
ingkar maka dia lah sahaja yang menanggung bencana kekufurannya itu, dan
sesiapa yang beramal soleh (yang membuktikan imannya), maka merekalah
orang-orang yang membuat persiapan untuk kesenangan diri mereka masing-masing”.
(Surah Ar Ruum: 44)
Balasan
buruk tidak hanya dirasakan di akhirat kelak, tempat yang Allah Subhanahu wa
Ta’ala jadikan sebagai tempat membalas seluruh amalan para hamba, namun juga
menimpa pelakunya di dunia. Ini melibatkan seluruh perbuatan dosa, baik dosa
besar maupun kecil. Barang siapa berbuat keburukan ( dosa ), maka dirinyalah
yang memikul hukuman dari kesalahan dan dosanya di dunia dan akhirat, bukan
tanggungan orang lain .
Selanjutnya Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
بَلِ
الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ
Bali al-ʾinsānu
ʿalāa nafsihī baṣīiratun
“Bahkan manusia itu,
(anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri”, (Surah Al-Qiaamah: 14). Maksudnya
ayat ini ialah, bahawa anggota-anggota badan manusia menjadi saksi terhadap
pekerjaan yang telah mereka lakukan seperti tersebut dalam surat Nur ayat 24.
Dan didalam surah Ath-Tuur
ayat 21 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
أَلَتْنَاهُمْ
مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
Alatnāhum min
ʿamalihim min shayʾin kullu imriʾin bi-maā kasaba rahiīnun
“Kami (dengan itu)
tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang
manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya”.(Surah At-Tuur: 21)
Allah Subhanahu wa
Ta’ala juga berfirman:
وَاتَّقُوا
يَوْمًا لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ
وَلَا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ
Wa-ittaqū yawman lā
tajzī nafsun ʿan nafsin shayʾan wa-lā yuqbalu minhā ʿadlun wa-lā tanfaʿuhā
shafāʿatun wa-lā hum yunṣarūun
“Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari
kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang
lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan
tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang
salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara)”. (Surah Al-Baqarah: 123). Maksudnya: dosa dan pahala seseorang tidak dapat
dipindahkan kepada orang lain. #Perjanjian dengan Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Sebahagian
mufassir (adalah sebutan untuk orang ahli tafsir)
didalam menafsirkan ayat diatas mengatakan:
Berhati-hatilah
kamu dengan suatu hari yang sangat besar dihadapanmu. Dimana pada hari itu akan
berlakukan hisab dan balasan atas semua amal perbuatan. Pada hari itu tidak ada
yang dapat selamat dari ancamannya kecuali dengan bertakwa kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala pada semua keadaan dan sentiasa membetulkan seluruh amal perbuatan.
Hari itu adalah hari untuk dirinya sendiri-tidak dapat membantu orang yang lain
sedikit pun-betapa pun kecil dosanya.
Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
وَلَا تَزِرُ
وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
wa-lā taziru
wāziratun wizra ʾukhrā
“Dan seseorang yang
boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa
usahanya sahaja”. (Surah Al-Israa: 15)
Pada hari itu syafaat tidak berguna dalam
menyelamatkan orang yang telah diputusakan mendapat siksaan oleh Tuhannya. Pada
hari itu tidak ada juga diterima pengorbanan dan tebusan. Pada hari itu tidak
ada orang yang mampu menolong orang-orang yang disiksa sehingga mereka selamat
dari siksaan.
Dari sini, kita dapat memahami bahawa seorang Ayah
tidak menanggung dosa yang dilakukan anaknya dihadapan Allah Azza Wajalla.
Sebagaimana juga anak tidak menanggung dosa yang dikerjakan ayahnya. Al-Quran
telah menjelaskan perkara itu.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا
النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ
وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ
جَازٍ عَنْ
وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ
الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
yā-ʾayyuhā n-nāsu
ttaqū rabbakum wa-khshaw yawman lā yajzī wālidun ʿan waladihī wa-lā mawlūdun
huwa jāzin ʿan wālidihī shayʾan ʾinna waʿda llāhi ḥaqqun fa-lā taghurrannakumu al-ḥayātu
ald-dunyā wa-lā yaghurrannakum bi-llāhi al-gharūuru
“Wahai sekalian manusia,
bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya
seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan
seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa
masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka
janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu
diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani
melanggar perintah Allah”. (Surah Luqman: 33)
Al-Quran Al-Karim
menekan kepada kita bahawa tatkala dating waktu hisab, setiap manusia hany
sibuk dengan dirinya sahaja.
Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Abasa ayat 33-37, maksudnya:
“Apabila telah tiba
suara yang memecahkan anak telinga (hari kiamat), maka pada hari itu
berpisahlah manusia daripada saudaranya, daripada ibu bapanya, isteri dan
anak-anaknya. Pada hari itu, manusia sibuk oleh urusannya masing-masing.”
Betapa dashyatnya
hari yang akan datang itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala yang maha mengetahui.
Walaupun bagaimanapun dahsyat dan mengerikan, tetapi tidak semua manusia gentar
dan takut untuk menghadapi hari yang sangat hebat itu. Perkara ini bergantung
kepada amal kebaikan masing-masing.
Ketepatan amal dengan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul - Nya tidak boleh ditawar - tawar. Sebab, hal itu berpengaruh kuat dalam diterima atau tidaknya amal ibadah seseorang. Amal ibadah yang diterima mesti memenuhi dua syarat: ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mengikuti panduan dan petunjuk Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam .
Wallahu A'lam Bishawab
Posted by: Huszaini
No comments:
Post a Comment