BENARKAH DAN SIAPAKAH DAN
APAKAH HUKUM ORANG YANG MENGATAKAN ALQURAN TIDAK LENGKAP ???
1) Benarkah ada dakwaan yang mengatakan
bahawa Al-Quran yang dipegang oleh pihak sunni tidak selengkap Al-Quran pihak
Syiah? Berdosa besar atau murtadkah kita sekiranya Al-Quran yang dipegang oleh
puak Syiah itu sebenar-benarnya wahyu Al-Quran sedangkan puak sunni seperti
tidak mengakuinya?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan
ini dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Soalan 1 : Benarkah ada
dakwaan yang mengatakan bahawa Al-Quran yang dipegang oleh pihak sunni tidak
selengkap Al-Quran pihak Syiah?
Ada diikalangan puak2 Syiah ini mendakwa
bahawa al-Quran yang ada pada tangan orang2 Islam sekarang ini tidak lengkap
dan terdapat juga beberapa ayat2 yang telah diubah2. Malah, mereka mengatakan
yang ada cuma 1/3 sahaja. Ini bererti puak2 Syiah ini kehilangan 2/3 al-Quran!
Dakwaan2 ini boleh dilihat didalam Kitab2
hadith mereka, al-Kafii fi Ushul, mengetengahkan sebuah riwayat dari Abu
Bushair yang mengatakan diantaranya sebagai berikut :
kemudian berkata lebih
lanjut: "Kami mempunyai Mushhaf (Qur'an) Fatimah?" Aku balik
bertanya: "Apakah Mushhaf Fatimah itu?" Ia menjawab: "Mushhaf
yang berisi tiga kali lebih banyak dari Qur'an kalian! Tetapi demi Allah, tak
ada satu huruf pun yang dicantumkan dalam Qur'an kalian ... dan seterusnya."
["Al Kafii Fil Ushul" Kitab Al
Hujjah Bab yang menyebut soal-soal Shahifah, Jafar, Jami'ah dan Mushhaf
Fatimah, hal. 239, 240, 241, Jilid I, Cetakan Teheran]
Banyak sekali hadith-hadith khayalan dan
rekaan mereka yang menyokong hakikat al-Quran tidak lengkap dan ia mengalami
perubahaan. Kesemua hadith2 ini kita tidak akan berjumpa didalam kitab Shahih
Imam2 Bukhari, Muslim, Tirmudzi, Abu Daud dll.
Didalam Kitab Al Kafii Fil Ushul juga
menceritakan bahawa jumlah ayat2 al-Quran adalah berjumlah 17,000, sebagaimana
riwayat :-.
"Dari Hisyam bin Salim, ia
menerimanya dari Abu 'Abdullah as. yang mengatakan: "Al Qur'an yang dibawa
malaikat Jibril kepada Muhammad saw terdiri dari tujuh belas ribu ayat."
["Al Kafii Fil Ushul" Kitab Fadhul Qur'an, Bab Nawadir, hal. 634
Jilid II, Cetakan Teheran 1381H]
Yang ada pada tangan orang Islam sekarang
adalah kompilasi yang penuh dengan pendustaan belaka, kecuali yang di kumpul
dan disimpan oleh Ali ra. Demikianlah 2 contoh dakwaan puak Syiah Rafidah.
Hakikatnya :
Terdapat 3 pembahagian pandangan ulama' Syiah
berkenaan dengan al-Quran :-
1. Terdapat banyak riwayat2 Syiah yang
mengatakan bahawa al-Quran telah diubah.
2. Ada dikalangan ulama' Syiah Rafidah
mengumumkan bahawa al-Quran tidak lengkap.
3. Ada dikalangan ulama' Syiah Rafidah ingkar
bahawa al-Quran diubah secara taqqiyah (pembohongan untuk menyelamatkan diri)
dan bukan secara hakikat.
Apabila dilihat dari segi pandangan ulama'
mereka terhadap al-Quran sahaja sudah jelas menunjukkan wujudnya sesuatu
kekeliruan yang amat besar! Ulama2 Islam selain dari Syiah tidak pernah meragui
akan lengkapnya al-Quran, mereka sepakat akan terpeliharanya al-Quran yang ada,
sebagaimana Allah swt menjamin bahawa al-Quran akan sentiasa terpelihara (lihat
surah al-Hijr ayat 9 dibawah).
Dengan mengamalkan taqqiyah, ulama2 Syiah
membenarkan orang Syiah menggunakan al-Quran yang ada pada orang2 Islam
sekarang sementara menunggu kedatangan al-Quran mereka. Realitinya mereka masih
tidak berjumpa dengan al-Quran yang dikatakan mempunyai 17,000 ayat.
Realitinya menurut Syeikh Dr. Yusuf
al-Qaradhawi mereka masih menggunakan al-Quran yang dipakai oleh ahli Sunnah
tetapi tidak mengakui menggunakannya. Syeikh al-Qaradhwi menggaris 5 contoh
realiti yang ada :-
"1. Mereka semua bersetuju diantara dua sudut
bahawa al-Quran itu kesemuanya adalah Kalam (Perkataan) Allah, yang tidak
datang ditangannya kebatilan dan tidak dari belakang.
2. Sesungguhnya al-Quran yang ada disisi
orang2 Syiah diseluruh dunia adalah : al-Quran yang berada di tangan ahli
Sunnah (Sunni), iaitu al-Quran yang dicetak di Iran sendiri, di Arab Saudi,
Mesir, Pakistan, Maghribi dan lain2 dunia Islam.
3. Sesungguhnya al-Quran ini - yang didakwa
terdapat beberapa perubahan - iaitu yang ditafsir oleh ulama2 tafsir Syiah yang
terdahulu hingga kini, tidak ada al-Quran lain yang membawa tafsiran tersebut,
dan merekalah yang bercakap mengenai balaghah dan 'ijaznya sehingga kini.
(kamin :- ada dikalangan pentafsir mereka masih memuji kelebihan al-Quran yg
ada).
4. Al-Quran inilah yang menjadi buku ideologi
mereka, dan kitab inilah mereka ambil darinya hukum2 sebagaimana didalam kitab2
fiqh mereka.
5. Al-Quran inlah yang terdapat di Sekolah2
Agama dan Sekolah2 Kerajaan, di kaca TV dan lain2nya."
Persoalan : kenapa masih
ingin berdalih lagi?
Soalan 2 : Berdosa besar
atau murtadkah kita sekiranya Al-Quran yang dipegang oleh puak Syiah itu
sebenar-benarnya wahyu Al-Quran sedangkan puak sunni seperti tidak mengakuinya?
Ini merupakan persoalan aqidah. Kita tidak
boleh meragui langsung al-Quran yang ada sekarang! Ini adalah pegangan ahli
Sunnah....Tidak timbul perkataan 'mungkin', atau 'sekiranya' dakwaan mereka
benar.
Sikap kita
a. Kita wajib beriman bahawa al-Quran yang
ada sekarang lengkap! Kita tidak boleh meragui langsung akan lengkapnya
al-Quran, kerana Allah swt sendiri menjaga al-Quran tersebut. Firman Allah swt
:-
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan
Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." [Surah al-Hijr : 9]
"Sungguh, Kamilah yang akan
mengumpulkannya (ayat-ayat Al Qur'an) dan membacakannya, maka apabila telah
Kami bacakan ikutilah pembacaannya, kemudian Kamilah yang akan
menjelaskannya." [Al Qiyamah: 17,18, 19]
"Tidak disentuh oleh kebatilan dari
depan ataupun dari belakang (secara terang-terangan ataupun secara
samar-samar). Ia (Al Qur'an) diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana lagi Maha
Terpuji." [Fushshilat: 42].
b. Kita percaya bahawa Al-Quran berada di
hati sahabat2 yang menghafalnya, ia ditulis di pokok2, batu2 putih sehinggalah
ke zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ra. Semasa perang Riddah, ramai
dikalangan sahabat2 yang menghafal al-Quran telah mati, maka Abu Bakar ra.
khawatir akan hilangnya al-Quran. Dia berbincangk dengan para2 sahabat yang
lain mengenai cadangan mengumpulkan keseluruhan al-Quran menjadikan satu buku.
Tanggung jawab tersebut diserahkan kepada al-hafiz besar Zayd ibn Thaabit yang
menulis al-Quran tersebut. Riwayat ini terdapat didalam Kitab Shahih Bukhari.
Kitab al-Quran ini ada pada Abu Bakar sehinggalah beliau mati, berada ditangan
Umar ra sehingga sepanjang hidupnya dan kemudian kepada Hafsah bt Umar ra.
Kesimpulannya memang terdapat dikalangan puak
Syiah yang mendakwa bahawa al-Quran yang ada tidak lengkap dan telah ditukar.
Akan tetapi dikalangan mereka juga berselisih pandangan mengenai al-Quran
tersebut. Sehingga kini, mereka masih lagi menggunakan al-Quran yang ada pada
seluruh umat Islam. Mereka cakap sahaja bahawa al-Quran tidak lengkap dan telah
diubah, akan tetapi pada realitinya, tidak wujud langsung dakwaan mereka. Kita
wajib beriman bahawa inilah al-Quran yang telah lengkap, yang telah dikumpulkan
oleh Abu Bakar al-Siddiq ra. Tidak boleh ragu2 akan lengkapnya al-Quran. WA.
wassalam.
Firman Allah subhanahu wataala dalam surah al Bayyinah ayat 6 .
إِنَّ
الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ
خَالِدِينَ فِيهَا أُوْلَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir
dari Ahli Kitab ( kristian dan Yahudi ) dan orang-orang musyrik itu akan
ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka
itulah sejahat-jahat makhluk”. (Al-Bayyinah 98:6)
Berdasarkan ayat surah al Bayyinah ini dan ada
ratusan ayat lagi yang seumpama itu , mengatakan bahawa orang-orang kafir
,sekiranya mereka tidak memeluk islam mereka akan masuk neraka dan kekal
didalamnya, adapun pendapat mengatakan orang-orang kafir akan masuk syurga
walaupun tak beriman memeluk islam adalah pendapat yang bertentangan dengan
firman-firman Allah subhanahu wataala,dan mereka wajib taubat kalau tidak maka
akan gugur syahadah orang tersebut.wallahu alam.
No comments:
Post a Comment