SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA
Telah
menjadi realiti bahawa kebanyakkan umat Islam tersalah anggap terhadap agama Islam itu sendiri, terutamanya pada masa
kini. Ramai umat Islam menyalahgunakan hubungan antara agama dengan hal-ehwal
dunia.
Ianya
berlaku secara terang-terangan, ini dapat membuktikan dengan mata kepala
sendiri. Walaupun tekun dan ta’at dalam menjalankan ibadah, namun apabila
berhadapan dengan urusan seperti perniagaan, politik, social, ekonomi dan
sebaginya, mereka seakan tidak dapat mengimbangi.
Sebahagian
ummat Islam telah mengikut ajaran dan aliran yang bertentangan dengan agama.
Sedangkan, ajaran Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi jelas dan terang, serta tidak
sedikitpun keraguan. Semua umat diperintahkan agar berpegang kepada satu akidah
supaya mendapat hikmah dan hidayah daripada-Nya.
Mengapa
terjadi demikian? Mengapa Ummat Islam berpendapat bahawa untuk memperoleh
kedudukan yang baik dan terhormat didunia harus bertitik tolak kepada falsafah
kebendaan hasil ciptaan manusia yang tidak hakiki. Mengapa hamba Allah
Subhanahu wa Ta’ala yang telah mengakui kesempurnaan ajaran Allah Subhanahu wa
Ta’ala dan mengaku bahawa petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala sajalah yang
benar, telah bertolak kepada pedoman manusia yang tidak terjamin kebenarannya?
Beberapa soal dan permasaalahan ini mendapat
kajian dan penelitian. Ianya disimpulkan dalam beberapa sebab berikut:
1. Ummat Islam telah keliru dan tersalah pandang terhadap hakikat
agama atau tersalah anggap dalam memahami pengertikan "Ad Dien"
sebagai agama.
2. Penerobosan pengaruh falsafah dan ideologi dari Barat yang
menerobos oleh kecerdasan dunia barat yang menggiurkan kepentingan duniawi.
3. Ketidaksedaran akan ancaman Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap mereka
yang berpaling daripada "Ad Dien"
Demikian menurut pendapat para ahli
fikir Islam yang sering memperhatikan perkembangan umat Islam yang semakin
banyak menghadapi rintangan dan halangan. Kadangkala ketinggalan.
Huraian dari kajian tersebut, sebab
pertama ialah Ad Dien (agama) ialah tuntunan hidup yang dilengkapi dari segala
segi kehidupan untuk memperoleh kebahagian dunia akhirat. Tetapi pada akhir
zaman ini ada yang salah pandang terhadap agama. Agama dianggap sebagai aturan
peribadatan belaka, harus dipisahkan dengan kerja amalan dunia. Hanya untuk
mencapai tujuan duniawi, hingga memisahkan agama dengan masyarakat.
Pandangan ini adlah tipu daya dan
kekeliruan oleh alam pemikiran barat yang dikagumi oleh sebahagian umat Islam
sendiri. Bahkan kebanyakkan ummat Islam hanya mengetahui bahawa yang disebut
agama itu ialah solat, puasa, zakat dan haji semata-mata, sedangkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia harus dipisahkan.
Sebab yang kedua ialah kekaguman tanpa
berfikir dan merenung kenyataan sejarah yang telah diterangi dengan cahaya
agama pada beberapa abad (kurun) yang lalu. Segala yang berasal dari dunia
barat, ditelan mentah-mentah, dianggap dan dinilai paling baik.
Sebab ketiga ialah kerana hilang rasa
takut akan ancaman Allah Subhanahu wa Ta'ala terhadap para penyeleweng Agama,
iaitu dari segi kehidupan dan kesesuaian
serta maksud dan tujuan agama itu sendiri.
Melihat beberapa kenyataan yang berlaku pada masa
ini, dapat menjadi pengajaran bagi kita, umat Islam tidak seharusnya hanyut
kealam kebendaan dan terus menerus meninggalkan atau berpaling daripada agama
dalam menguruskan urusan dunia. Ia boleh membawa akibat buruk kepada masyarakat
Islam itu sendiri.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, surah Al-Qasas:77
وَابْتَغِ
فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
وَأَحْسِن كَمَا
أَحْسَنَ
اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا
يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
wa-btaghi fi-ma ʾataka llahu d-dara l-ʾakhirata wa-la tansa naṣibaka mina d-dunya
wa-ʾaḥsin ka-ma ʾaḥsana llahu ʾilayka wa-la tabghi l-fasada fī l-ʾarḍi ʾinna llaha la yuḥibbu l-mufsidin
“Dan carilah pada apa
yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan
janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni'matan) duniawi dan berbuat
baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan”.
Ayat ini menerangkan kepada umat Islam tentang perlunya menjalani
kehidupan yang baik didunia. Menjalankan usaha-usaha dan perjuangan untuk
mendapatkan kenikmataan dunia, dengan tidak melupakan kepada akhirat sebagi
tujuan akhir yang kekal selama-lamanya.
Dalam Surah Al-Hajj:46 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
أَفَلَمْ يَسِيرُوا
فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ
يَسْمَعُونَ بِهَا
فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِن
تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
a-fa-lam yasiru fī
l-ʾarḍi fa-takuna lahum
qulubun yaʿqiluna biha ʾaw ʾadhanun yasmaʿuna biha fa-ʾinnahs la taʿma l-ʾabṣsru wa-lakin taʿma l-qulubu llatf
fī ṣ-ṣudur.
“Maka
apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang
dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka
dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang
buta, ialah hati yang di dalam dada”.
Demikianlah Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala diperingatkan kepada
manusia yang telah menyalahgunan permakaian akal dan hati, telinga dan
pemahamannya. Bukan mata yang buta, dan bukan telinga yang tidak mendengar
tetapi mata didalam dada atau mata hatilah yang keras. Dengan itu, kita dapat
mengetahui bahawa betapa besarnya akal
dalam fikiran manusia dalam menerima kehidupan ini.
Sikap manusia yang keras telah membutakan mata hati, menutup
pendengarannya serta tidak segan-segan membelakangi agama dalam urusan hidup
duniawinya. Padahal hakikatnya kita adalah hamba yang tunduk dibawah pengawasan
dan penguasaan-Nya. Dengan itu, seharusnya kita mengurus urusan dunia dengan
berkiblatkan ajaran Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Marilah kita kembali kepada dasar pengertian
Agama yang sebenar, iaitu agama sebagai tuntunan hidup yang lengkap dan
sempurna dari segi kehidupan makhluk. Tuntunan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah
mutlak kebenarannya, bahkan sesiapa pun, baik didunia mahupun di akhirat.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَمَنْ
أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ أَعْمَى
قَالَ رَبِّ
لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيراً
wa-man ʾaʿraḍa ʿan dhikri fa-ʾinna lahu maʿishatan ḍankan wa-naḥshuruhu yawma
l-qiyamati ʾaʿma. qala ka-dhalika ʾatatka ʾayatunā fa-nasitaha wa-ka-dhalika lyawma tunsa
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka
sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya
pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa
Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang
yang melihat?" (Surah Ta-ha: 124-125)
Inilah penjelesan Allah Subhanahu wa Ta’ala, terserah kepada
setiap insan untuk berfikir dan merenung kembali. Sebelum masa berakhir dialam
akhirat, samada mengikut petunjuk atau pun tidak.
Bagi setiap umat Islam haruslah berfikir dan mengkaji
berulangkali kisah hidup yang telah dan sedang berjalan. Hanya dengan cara
inilah akan dapat satu ketetapan dalam hati, bahawa hanya dengan petunjuk Allah
Subhanahu wa Ta’ala kita dapat menyelamatkan hidup dimasa kini dan dimasa akan
datang. Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kita mohon petunjuk, dan hanya
tuntunan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang benar dalam segala urusan.
Wallahu
a'lam bishshawab, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
-Huszaini Rahman-
No comments:
Post a Comment