TAFSIR SURAH
AL- AN’AAM AYAT 116 & 117
وَإِن
تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ
إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ
wa-ʾin tuṭiʿ ʾakthara man fi
al-ʾarḍi yuḍilluka ʿan sabili llahi ʾin yattabiʿuna ʾillaz-ẓanna wa-ʾin hum
ʾilla yakhruṣun
“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut
melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”.
(Surah An-‘aam: 116)
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ
“Dan
jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi…”
Ramai orang kita yang apabila melihat ramai orang buat sesuatu amalan,
mereka kata tentulah amalan itu benar. Mereka kata: “Ramai yang buat, takkan
salah?” Tapi hakikatnya, yang majoriti dalam dunia ini adalah orang-orang
kafir, orang Islam hanya sedikit sahaja. Dan walau dalam golongan orang Islam
pun, yang menerima ajaran tauhid pun adalah minoriti sahaja. Dan dari golongan minoriti
itu, yang mahu belajar tafsir Qur’an adalah sedikit saja. Yang selain daripada
golongan yang sikit ini, berbagai-bagai akidah mereka. Oleh kerana tidak ramai
yang berada dalam kebenaran, takkan kita nak ikut golongan yang salah hanya
kerana mereka ramai?
Ramainya orang yang mengamalkan sesuatu bukanlah dalil untuk mengatakan
yang amalan itu benar. Agama ini bukan demokrasi yang mana yang ramai akan
menang. Kalau kita lihat sampai satu stadium sampai berjoget menyanyikan
Qasidah Ya Hanana, bukanlah bermaksud mereka itu benar. Kalau semua keluarga
dalam Malaysia buat Majlis Tahlil, juga bukan dalil yang mengatakan amalan itu
benar. Kalau satu Putrajaya buat Solat Hajat berjemaah, bukan juga dalil yang
itu akan diterima Allah.
Allah suruh kita ikut Quran dan sunnah dan bukan suruh kita ikut orang.
Janganlah kita terpedaya dengan pendapat yang ramai. Kerana agama ini bukanlah
agama demokrasi – kalau dalam demokrasi, pihak yang ramai yang akan menang.
Bukan begitu dalam agama Islam ini. Yang benar tetap benar walaupun sedikit
yang menerimanya. Begitu juga, yang salah tetap salah walau satu dunia
melakukannya.
يُضِلُّوكَ
عَن سَبِيلِ اللّهِ
nescaya
mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah;
Kalau kita ikut-ikut sahaja orang lain tanpa diperiksa dengan Quran dan
Sunnah, maka kita akan sesat. Bukan kita nak kata jangan berguru. Memang kita
belajar dengan ustaz atau guru kita. Tapi bila kita sampaikan kepada orang
lain, maka jangan kita kata “ini guru aku yang cakap”. Tapi kita hendaklah
terus menyebut apakah ayat Quran dan hadis yang dijadikan sebagai dalil. Kerana
ustaz kita tidak semestinya benar, tapi Quran dan hadis yang sahih tetap benar.
Kebanyakan manusia akan masuk neraka. Berdasarkan kepada satu hadis
Qudsi di mana Allah Ta’ala berkata kepada Nabi Adam untuk memasukkan satu
sahaja daripada 1,000 anak cucunya dalam syurga. Maknanya, hanya 0.1% sahaja
dari penduduk dunia yang masuk syurga. Jadi, adakah kita nak ikut yang masuk
neraka atau kita nak ikut yang masuk syurga?
Tapi malangnya, ramai daripada kita yang bila berhujah akan mengatakan:
“guru aku kata begini dan guru aku kata begitu”. Akibatnya nanti, mereka tidak
akan percaya kepada guru-guru dan pendapat-pendapat yang lain. Mereka akan
hanya bergantung kepada guru mereka sahaja dan mereka tidak percaya dengan
kata-kata orang lain. Ini juga adalah syirik, iaitu ‘syirik tok guru’. Kita
memang sayang dengan guru dan ustaz kita yang mengajar, tetapi jikalau mereka
ada yang buat yang salah dan silap di mana-mana, kita tidak boleh terima dan
kita kena tegur mereka.
Jangan kita seperti orang-orang yang lain yang dalam apa-apa hal agama,
keputusan hanya dibuat oleh guru mereka sahaja. Sebagai contoh, anak-anak murid
Pondok akan hanya mendengar keputusan daripada guru Pondok mereka sahaja. Kita sebenarnya
kena ikut apa yang benar sahaja daripada guru kita sahaja. Yang tidak benar,
kita tidak boleh ikut. Kerana kita semuanya manusia dah tentunya ada salah dan
silap didalam pendapat kita. Yang benar hanyalah Qur’an dan Sunnah. Setiap
pendapat guru-guru kita boleh dirujuk dengan Quran dan Hadis yang sahih.
Kadang-kadang apa yang mereka katakan itu hanyalah pendapat mereka sahaja.
Kalau pendapat, kita boleh ikut atau kita tidak ikut. Tidak semestinya kita
kena ikut semua.
Tidak ada sesiapa yang 100% kita boleh ikut. Tidak ada sesiapa pun yang
boleh gerenti yang Syeikh Abdul Qadir Jailani boleh masuk syurga atau Imam
Syafie sekalipun, atau sesiapa sahaja. Tetapi Nabi Muhammad dan ada
sahabat-sahabat yang telah diberi gerenti yang mereka akan masuk syurga. Oleh
itu seeloknya kita mengikut mereka yang telah mendapat gerenti sahaja. Kalau
selain daripada mereka, kita gunakan sebagai panduan sahaja tapi bukanlah kata
putus.
Malangnya orang kita ramai yang menjadikan manusia manusia sebagai idola
mereka tetapi mereka tidak pun mengenali para para sahabat yang telah berjuang
bersama dengan Nabi. Kalau kisah wali itu dan wali ini, mereka tahu sangat,
tapi kisah sahabat mereka tak ambil peduli pun.
إِن
يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ
tiadalah
yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata..
Banyak dari amalan-amalan bidaah itu direka dari sangkaan sahaja.
Sebagai contoh, yang kata pahala boleh dihadiah kepada simati itu hanya
agak-agak sahaja. Mereka tidak boleh pastikan samada pahala itu sampai atau
tidak. Yang dalil dalam Quran, mengatakan pahala itu tidak sampai.
Ataupun mereka agak-agak sahaja yang orang dalam mati dalam kubur itu
akan dengar bacaan talqin. Yang dalil dalam Quran, jelas mengatakan yang orang
yang mati tak dengar. Mereka agak-agak sahaja: Mereka kata: “takkan orang mati
tak boleh dengar?” Atau mereka kata, kalau Allah nak bagi dengar, tentu mereka
dengar. Itu semua adalah sangkaan-sangkaan sahaja tanpa berdasarkan dalil yang
sah. Padahal itu semua adalah perkara-perkara yang ghaib, yang memerlukan dalil
daripada Allah dan Nabi.
وَإِنْ هُمْ
إِلاَّ يَخْرُصُونَ
dan
mereka tidak lain hanyalah berdusta.
Perkataan يَخْرُصُونَ dari perkataan خرص yang bermaksud ‘agak-agak’. Asalnya, ia
bermakna perbuatan menganggar bilangan buah di pokok. Sebab apabila orang Arab
nak jual buahan, mereka akan anggar berapa banyak buah pokok itu akan
keluarkan. Maka, ada pakar yang akan buat خرص untuk anggap berapa banyak buah yang akan
dikeluarkan oleh kebun itu.
Tapi walaupun dia pakar, tentulah dia tidak boleh nak anggar dengan
tepat. Hal agama dan hal ghaib bukan boleh anggar sahaja. Kena ada dalil. Tapi
itulah yang terjadi sekarang ni, mereka agak-agak sahaja. Apabila anggar-anggar
sahaja dan kata ianya tepat, itu susah jadi satu pendustaan.
SURAH AL-AN’AAM: 117
إِنَّ
رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ مَن يَضِلُّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ
بِالْمُهْتَدِينَ
inna
rabbaka huwa ʾaʿlamu man yaḍillu ʿan sabilihi wa-huwa ʾaʿlamu bil-muhtadin
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang
sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat petunjuk. (Surah Al-An’aam: 117)
إِنَّ رَبَّكَ
Sesungguhnya
Tuhanmu
هُوَ أَعْلَمُ
مَن يَضِلُّ عَن سَبِيلِهِ
Dia lah
yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya,
Jangan kita kata sesiapa yang sesat atau dapat hidayah. Kerana Allah
lebih tahu dari kita…
وَهُوَ
أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
….dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat petunjuk.
Kadang-kadang kita kata: “orang itu nampak warak dan beriman”. Belum
tentu lagi. Sebab anggapan macam inilah orang kita boleh tersesat. Kerana
mereka lihat hanya luaran sahaja. Kita ingat mereka yang pakai serban dan kuat
berzikir itu dah wali dah, padahal belum tentu lagi. Tidaklah kita tahu akidah
mereka. Tidaklah kita tahu apa yang mereka buat apabila mereka bersendirian.
Wallahu a'lam bishshawab
(Tafsir ini
adalah penulisan semula dari kelas tafsir yang diajar oleh Ustaz Tok Man. Sila baca dengan hati terbuka. Semoga mendapat pengajaran
darinya.)
- HUSZAINI RAHMAN -
No comments:
Post a Comment