"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

26 March, 2020

KEAJAIBAN SEDEKAH


Mari kita bahas persoalan-persoalan daripada dua aspek iaitu aspek Agama dan Aspek rasional.

Daripada aspek Agama tidak diragukan lagi, sedekah memang memiliki manfaat yang ampuh. Didalam Al-Quran, terdapat banyak ayat berkenaan sedekah yang dapat kit abaca dan renungkan. Antaranya saperti berikut:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan”.(Surah Al-Baqarah: 271)

Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

يَمْحَقُ اللّهُ الْرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa”. (Surah Al-Baqarah: 276)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala juga:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
“Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka”, (Surah Al-Mu’minum: 60)

Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ
“(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar”.(Surah Al-Baqarah: 263)

Lagi Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لاَّ خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلاَّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلاَحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتَغَاء مَرْضَاتِ اللّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar”. (Surah An-Nisaa: 114)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:

الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لاَ يَجِدُونَ إِلاَّ جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (Surah At-Taubah: 79)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 31:

قُل لِّعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُواْ يُقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَيُنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلانِيَةً مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَّ بَيْعٌ فِيهِ وَلاَ خِلاَلٌ
“Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka (rezeki), sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan)”.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَاجَيْتُمُ الرَّسُولَ فَقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَةً ذَلِكَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَأَطْهَرُ فَإِن لَّمْ تَجِدُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Mujaadalah: 12)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:

أَأَشْفَقْتُمْ أَن تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَاتٍ فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا وَتَابَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan”. (Surah Al-Mujaadalah: 13)

Ayat=ayat ini secara tidak langsung menyebutkan manfaat ataupun keajaiban sedekah. Ayat-ayat ini hanya menekankan kepentingan sedekah, tetapi apabila kita memperhatikan riwayat-riwayat dalam Islam, kita pasti menemukan banyak riwayat yang mengetengahkan keajaiban sedekah.

Sayidina Ali bin Abu Talib RA berkata: “Pancing rezekimu dengan sedekah.“ Pun ada kaidah yang mengatakan, “Siapa yang banyak memberi, ia akan banyak menerima”. Sedekah merupakan salah satu cara pembuka pintu rezeki yang terbuka luas tanpa harus berpeluh keringat. Dengan bersedekah, terbentuklah rumus memberi bukan berarti mengurangi. Namun rumus yang sesungguhnya adalah memberi sama dengan menambah rezeki.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak”. (Hadith Riwayat al-Baihaqi dan Al-Tabarani)

Dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wassalam bersabda:

“Allah menciptakan  menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptkana gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya?

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?" Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada besi?" Allah yang Mahasuci menjawab, "Ada, iaitu api"

Bertanya kembali para malaikat, "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada api?" Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (Api membara sedahsyat apapun, niscaya akan padam jika disiram oleh air). "Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?"

Kembali bertanya para malaikat. Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin"

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi, "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?" Allah menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya." (Hadith Riwayat: Tirmidzi  dan Ahmad)

Itulah kekuatan sedekah yang diberikan kepada orang yang mengeluarkannya, lalu bagaimana pula dengan kekuatan-kekuatan sedekah pada diri orang yang menerimanya? Disinilah letaknya manfaat social daripada amalan bersedekah. Disini kita dapat menyatakan sedekah itu selain menjadi ibadah peribadi, ia juga adalah ibadah sosial.  Dengan bersedekah, bererti kita membantu orang dalam kesusahan.

Mudah bagi kita mengetahui dan memahami manfaat sedekah kepada orang yang menerimanya. Sebaliknya, tidak mudah bagi mengetahui dan memahami manfaat sedekah kepada diri orang yang memberi. Dalam hal ini, orang yang member sedekah itu hanya memperoleh manfaatnya apabila dia memenuhi syarat-syarat tertentu.

Sekiranya saudara memberitahu kepada saya, bagaimana caranya saudara dapat merasakan diri saudara penting, saya dapat mengatakan siapakah diri saudara.

MISALNYA: John Rockefeller merasakan dirinya penting apabila dia memberikan sumbangan bagi membagunkan sebuah hospital modern. Hospital itu dibina bertujuan merawat juta orang miskin yang belum pernah dilihatnya dan tidak akan dilihatnya sampai bila-bila. Apabila saudara memberikan sedekah dengan penuh ketelusan dan keikhlasan, saudara tentu memiliki perasaan saperti dirasakan oleh Rockefeller itu, sekali pun ia hanya suatu senyuman.

Ada dua perkara yang menentukan adakah sedekah itu berupaya mendatangkan manfaat kepada diri orang yang mengeluarkannya iaitu:

a.   Cara bersedekah
b.   Tujuan bersedekah

Ada empat jenis hubungan antara cara dan tujuan bersedakah iaitu:

a.   Cara bersedekah benar dan tujuannya juga benar, maka orang yang memberi  
      sedekah mendapat manfaatnya.
b.   Cara bersedekah salah sedangkan tujuannya benar, maka orang   yang memberi
      sedekah tidak dapat manfaatnya.
c.   Cara bersedekah benar dan tujuannya salah, maka orang yang member sedekah
      tidak mendapat manfaatnya.
d.   Cara sedekah salah dan tujuannya juga salah, maka orang yang member sedekah
      tidak mendapat manfaatnya,   sebaliknya ia membawa kerosakan, baik pada orang
      yang mengeluarkannya mahupun pada orang yang menerimanya.

Penulis membincangkan berkenaan cara dan tujuan sedekah yang benar dan salah menurut pandangan Islam. Penulis juga menyentuh bagaimana konsep ini turut dipraktikan dalam agama atau ajaran lain. Penulis juga mahu menunjukkan kepada sauadar, pelbagai kemusykilan anggapan, pendapat, bahkan keyakinan berkenaan hakikat sedekah dalam Islam dibandingkan dengan dalam agama lain. Penulis juga berusahamenunjukkan kepada saudara perkara-perkara berikut:

a.   Keajaiban-keajaiban bersedekah dan cara kita memandang dan mentafsirkan
      keajaiban-keajaiban itu.
b.   Kekeliruan-kekeliruan dalam cara mengeluarkan sedekah
c.   Kekeliruan-kekeliruan dalam tujuan mengeluarkan sedekah
d.   Hubungan antara sedekah dengan rezeki iaitu falsafah disebalik sedekah dapat
      mendatangkan rezeki
e.   Hubungan antara sedekah dengan umur iaitu falsafah disabalik   sedekah dapat
      memanjangkan umur.
f.   Hubungan antara sedekah dengan penyakit iaitu falsafah disebalik sedekah dapat
     menolak, mencegah dan menyembukkan penyakit.

Daripada riwayat-riwayat ini, kita mendapat penjelasan sekurang-kurangnya ada empat manfaat ataupun keajaiban sedekah iaitu:

a.   Sedekah dapat menolak bala ataupun bencana
b.   Sedekah dapat menyembuhkan penyakit
c.   Sedekah dapat memanjangkan umur
d.   Sedekah dapat memperluas ataupun menambah rezeki

Sampai disini, kita dapat meragui ataupun menolak keajaiban sedekah daripada perspektif agama kerana kita dapat melihat sendiri bukti-buktinya.

Bagaimana pula dengan perspektif daripada aspek rasional?

Memang kita tidak dapat menafikan yang kita menganggap ia suatu kebetulan apabila ada orang yang bersedekah dan kemudian dia selamat daripada bencana. Dalam hal ini, saya mahu tunjukkan dua kemungkinan yang wujud daripada kebetulan iaitu:

a.   Kebetulan benar
b.   Kebetulan tidak

Katakan, suatu kebetulan itu benar iaitu saudara bersedekah dan kemudian terselamat daripada suatu bencana ataupun penyakit, maka bukanlah kebetulan saudara selamat itu lebih baik daripada saudara terkena penyakit ataupun ditimpa bencana? Jadi, apakah persoalannya?

Sekarang katakanlah pula kebetulan tidak iaitu saudara bersedekah tetapi tidak terselamat daripada suatu bencana atau pun penyakit, bagaimana saudara dapat memastikan saudara terkena bencana ataupun penyakit itu karena saudara bersedekah?  Dalam hal ini, sekiranya saudara tidak dapat membuktikan saudara terkena bencana ataupun penyakit karena saudara bersedekah, maka saudara juga tidak dapat membuktikan saudara tidak ditimpa bencana ataupun diserang penyakit karena saudara bersedekah? Dengan kata lain, saudara tidak dapat dan tidak berhak menyimpulkan sesuatu kebetulan.

Bagi orang yang bersedekah tetapi tidak berasa mendapat manfaat ataupun keajaiban daripada sedekahnya, persoalannya tidak terletak pada sedekah yang dia berikan itu tetapi terletak pada dirinya sendiri. Ada beberapa pertanyaan yang perlu kita tanyakan kepada orang itu. Pertanyaan pertanyaan itu adalah saperti berikut:

a.   Adakah sedekahnya mengandungi kecacatan ataupun tidak, adakah ia bermanfaat,
      halal, baik ataupun sebaliknya?
b.   Apakah niatnya betul ataupun tidak?
c.   Adakah cara bersedekahnya betul ataupun tidak?
d.   Adakah tujuan dia bersedekah betul ataupun tidak?
e.   Adakah dia bersedekah kepada orang yang tepat?

Sekiranya jawapannya adalah tidak ataupun belum, sedekah itu tentu tidak boleh membawa manfaat ataupun keajaiban, sedekah adalah pemberian. Ini adalah prinsip yang perlu semasa kita perhatikan. Sewaktu saudara bersedekah kepada seseorang terjadilah hubungan saperti berikut:

a.   Saudara menjadi orang yang member sedekah.
b.   Ada sesuatu yang disedekahkan
c.   Ada orang yang menerima sedekah saudara

Oleh itu, apabila saudara bersedekah dengan cara yang salah, tentu kesalahan itu diperlihatkan pada diri dan pada orang yang menerima sedekah saudara. Misalnya, saudara bersedekahkarena mahu dipuji dan dihormati orang lain. Dalam keadaan ini, pujian dan penghormatan yang diterima bersifat sementara belaka. Saudara hanya berasa senang apabila dipuji disebaliknya berasa marah dan kecewa apabila tidak dipuji. Dengan itu, sedekah saudara memberikan kesan yang negative pada diri dan orang yang menerima sedekah saudara.

 Wallahu A'lam Bishawab       

Posted by: HAR
Rujukan: Muhammad Muhyidin – Ajaibnya sedekah, semakin bersedah semakin kaya
Tafsir Al-Quran: Mymasjid.net

No comments: