SAYANGILAH IBU BAPA KITA
Islam mengajar agar
anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini
banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat
penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat
baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan
lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
“Kami perintahkan kepada manusia supaya
berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)
Menghormati dan taat kepada ibu bapa akan
mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Hadith
RasulAllah di bawah wajar diperhati sebagai peringatan kepada kita dalam
menjaga adab dengan ibu bapa.
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang
tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis riwayat Tabrani).
RasululAllah tidak mengiktiraf mereka yang
tidak menghormati ibu bapa mereka termasuk dalam golongan muslim. Dalam hadis
yang lain, perbuatan derhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan
di balas dengan segera di dunia ini.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di
dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat
at-Tirmizi)
Menderhaka kepada kedua ibu
bapa merupakan dosa yang besar dan sangat dimurkai oleh Allah. Perkara ini
diberikan contoh yang lebih mendalam dan lebih kecil sehingga kepada perkataan
dan ucapan seharian.
Allah melarang anak-anak melawan ibu bapa
mereka dengan nada yang kasar yang boleh menyentuh hati seperti perkaaan ‘ah’,
‘cis’, ‘uh’ dan sebagainya.
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak
menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua.
Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah
sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau
suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (al-Isra’, 17: 23 )
Perkara ini mungkin nampak kecil, namun Allah
tetap menekannya agar manusia mengambil peringatan dalam menjaga adab dan
sebagai batas-batas dan aturan yang perlu diikuti demi keharmonian hidup.
Sebagai anak, wajar kita sentiasa bertutur
dengan lemah lembut dan mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati
mereka. Dan lebih-lebih lagi kita dituntut agar mendoakan kesejahteraan mereka.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya
dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai
Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu
kecil” (al-Isra’, 17: 24)
Marilah kita bersama-sama
menyemai kasih sayang dan mewujudkan keharmonian dalam keluarga sehingga
diberkahi dan mendatangkan sakinah. Semoga keharmonian dalam keluarga akan
menyemarakan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup bermasyarakat.
Posted by: HAR
Rujukan: Islam itu Indah
No comments:
Post a Comment