SYAHADAT MUHAMMAD RASULULLAH
SOALAN:
Mengapa
syahadat “Asyhadu alla ilaaha illallah” selalu di-ikuti dengan “Wa Asyhadu anna
Muhammadar Rasulullah”? Mohon penjelasan?.
JAWAPAN
Ada beberapa alasan mengapa Syahadat Asyhadu an-laa ilaaha illallaah (ا شهد أن لا إله إلا الله) selalu disertai dengan
syahadat Wa asyhadu anna Muhammadan
rasulullaah (و اشهد أن محمد ر سو ل الله)
Dua kalimah itu mestilah diikrar sekaligus. Seseorang yang
menyebut atau menerima separuh sahaja seperti syahadah pertama adalah tidak memadai
dan tidak sah dia menjadi seorang Islam. Oleh itu wajib ikrar kedua-duanya.
Sebab itulah dinamakan Dua Kalimah Syahadah.
1. Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam adalah hamba yang diberi kuasa untuk menyampaikan Risalah-Nya kepada
umat manusia. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
يَا أَيُّهَا
الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا
بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ
Yaa ayyuhaa alrrasuulu balligh maa unzila ilayka min rabbika wa-in lam
taf'al famaa ballaghta
risaalatahu
“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya),
maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya”; (Surah Al-Maidaah: 67)
بِالْبَيِّنَاتِ
وَالزُّبُرِ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ
إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
bialbayyinaati waalzzuburi wa-anzalnaa ilayka aldzdzikra litubayyina lilnnaasi maa nuzzila ilayhim wala'allahum
yatafakkaruuna
“(Kami
utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang
membuktikan kebenaran mereka) dan
Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada
umat manusia (perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang
terdapat dalam Al-Qur'an) akan apa yang
telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya”. (Surah Al-Nahl: 44)
وَمَا
أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ إِلاَّ لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُواْ
فِيهِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Wamaa anzalnaa 'alayka alkitaaba illaa litubayyina lahumu alladzii ikhtalafuu fiihi wahudan
warahmatan liqawmin yu/minuuna
“Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad)
melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka
berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman”.(Surah Al-Nahl: 64)
2. Suatu
amal/perbuatan tidak akan diterima Allah Subhanahu
wa ta’ala kalau tidak didasari keikhlasan dan tidak mengikuti contoh
(sunnah) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
Laqad kaana lakum fii rasuuli allaahi
uswatun hasanatun liman kaana
yarjuu allaaha waalyawma al-aakhira wadzakara allaaha katsiiraan
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah Al-Ahzaab: 21)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala seterusnya:
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Laqad kaana lakum fiihim uswatun hasanatun
“Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan umatnya) ada teladan
yang baik bagimu”. (Surah Al-Mumtahanah: 6)
3. Nabi
Muhammad
shallallahu 'alaihi wasallam memiliki sifat-sifat yang
memungkinkan-nya untuk mengembang tugas kerasulan dan menjadi uswah (teladan).
Di antaranya Al-ismah (terjaga dari dosa sebagimana dalam Firman Allah subhanahu wa ta’ala dalam Surah Al-Maidaah: 67. Ash-shidqu (jujur),
Al-fathanah (cergas), Al-Amanah (mampu
menyampaikan pesan secara baik), Al-iltizaamul
kaamil (konsisten/siap menerima risiko) dan Al-basyariyyatul kaamilah (memiliki
sifat-sifat kemanusian yang mulia).
Seorang muslim yang telah bersyahadat (Asyahadu allaa Illaaha Illa wa asyhadu anna
Muhammadar Rasulullah), bererti
telah berikrar:
1. Tashdiiqu fiima akhbara (meyakini bahawa
segala yang diberitakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam itu benar.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
إِنْ هُوَ
إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى , وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَى
Wamaa yanthiqu 'ani alhawaa, in huwa illaa wahyun yuuhaa
“Dan ia tidak
memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan
pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”. (Surah
An-Najm: 3-4)
2. Thaa’atuhu fiima amara (Mentaati segala perintah
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ
Yaa ayyuhaa alladziina aamanuu athii'uu allaaha wa-athii'uu alrrasuula
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah….” (Surah An-Nisaa’: 59)
3. Ijtinaabu ma naha ‘anhu (Menjauhi segala
yang dilarang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam)
4. La
na’budullah illa bima syara’a (Tidak
beribadah kepada Allah kecuali sesuai dengan yang disyariatkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
Laqad kaana lakum fii rasuuli allaahi
uswatun hasanatun liman kaana
yarjuu allaaha waalyawma al-aakhira wadzakara allaaha katsiiraan
“Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak
(dalam masa susah dan senang’. (Surah Al-Ahzaab: 21)
Adapun realisasi dari syahadat Muhammadur Rasulullah adalah berikut:
1. Mahabbatuhu (Mencintai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam)
Perkara ini dirujuk dari Surah
At-taubah: 24 dan sabda
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Belum sempurna iman
seseorang kecuali bila aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan
seluruh manusia.” (Hadits riwayat Muslim)
2. Tha’atuhu
(Menta’ati Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
مَّنْ يُطِعِ
الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ وَمَن تَوَلَّى فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ
حَفِيظاً
Man yuthi'i alrrasuula
faqad athaa'a allaaha waman
tawallaa famaa arsalnaaka 'alayhim hafiizhaan
“Sesiapa
yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan
sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai
Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara
mereka dari melakukan kesalahan”. (Surah An-Nisaa: 80)
3. Ta’ziijuu wa nashruhu (memuliakan dan
memperjuangkan agama yang di bawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam). Perkara ini yang dimaksud dari
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
الَّذِينَ
يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوباً
عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ
وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ
عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي
كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُواْ بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ
وَاتَّبَعُواْ النُّورَ الَّذِيَ أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Alladziina yattabi'uuna alrrasuula alnnabiyya al-ummiyya alladzii yajiduunahu maktuuban
'indahum fii alttawraati
waal-injiili ya/muruhum bialma'ruufi wayanhaahum 'ani almunkari wayuhillu lahumu alththhayyibaati wayuharrimu 'alayhimu alkhabaa-itsa wayadha'u 'anhum
ishrahum waal-aghlaala allatii
kaanat 'alayhim faalladziina aamanuu
bihi wa'azzaruuhu wanasharuuhu waittaba'uualnnuura alladzii unzila ma'ahu ulaa-ika humu almuflihuuna.
"Iaitu
orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati
tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka
dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan
perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang
baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga
menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada
mereka. (Surah
Al-Araaf: 157)
(Maksudnya: dalam syari'at yang
dibawa oleh Muhammad itu tidak ada lagi beban-beban yang berat yang dipikulkan
kepada Bani Israil. Umpamanya: mensyari'atkan membunuh diri untuk sahnya
taubat, mewajibkan kisas pada pembunuhan baik yang disengaja atau tidak tanpa
membolehkan membayar diat, memotong anggota badan yang melakukan kesalahan,
membuang atau menggunting kain yang kena najis.)
“Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga
menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran),
mereka itulah orang-orang yang Berjaya”.
4. Ashalawat
wa Tasliim (Berselawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam). Perkara ini yang dimaksud dari Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
inna allaaha wamalaa-ikatahu yushalluuna
'alaa alnnabiyyi yaa ayyuhaa alladziina aamanuu shalluu 'alayhi wasallimuu tasliimaan
“Sesungguhnya Allah dan
malaikatNya berselawat ( "Berselawat"
artinya: kalau dari Allah berarti memberi rahmat: dari malaikat berarti
memintakan ampunan dan kalau dari orang-orang mu'min berarti berdo'a supaya
diberi rahmat seperti dengan perkataan:"Allahuma shalli ala
Muhammad".) Wahai orang-orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya” (Dengan mengucapkan perkataan seperti:
"Assalamu'alaika ayyuhan Nabi" artinya: semoga keselamatan tercurah
kepadamu hai Nabi.). (Surah Al-Ahzaab: 56)
5. Tahkiimuhu wa redha bihukmihi
(Menjadikan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sebagai hakim dan merasa redha/rela dengan keputusan-nya)
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
فَلاَ وَرَبِّكَ
لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ
يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
falaa warabbika laa yu/minuuna hattaa yuhakkimuuka fiimaa syajara baynahum tsumma laa yajiduu fii anfusihim harajan mimmaaqadhayta wayusallimuu
tasliimaan
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak
disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana
perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di
hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka
menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. (Surah An-Nisaa’: 65)
(Ayat yang senada dengan boleh kita rujuk dalam Surah An-Nisaa: 65 dan
juga Surah An-Nuur: 51)
Inilah alasan-alasan mengapa Syahadat Muhammadar Rasulullah selalu diikut sertakan dengan La ilaaha Illallah.
Wallahu A’lam
Posted by: HAR
No comments:
Post a Comment