Perbezaan antara dunia dan akhirat yang akan menjadikan kita lebih mencintai akhirat
Seperti yang kita ketahui
kenikmatan dunia adalah nyata dan kita boleh kita rasakan, sementara kenikmatan
penghuni surga bersifat ghaib. Manusia
lebih terjejas oleh perkara yang mereka lihat dan merasa. Hati mereka berat
untuk meninggalkan apa yang ada di hadapan mereka untuk mencapai sesuatu yang
akan dicapai pada masa depan (akhirat). Oleh itu, Allah membandingkan antara
kesenangan dunia dengan kesenangan syurga. Allah menjelaskan bahawa kenikmatan
syurga jauh lebih baik dan lebih utama daripada kesenangan dunia. Dan ALLAH
menyebutkan panjangnya celaan dunia dan menjelaskan keutamaan kehidupan
akhirat. Semua itu hanya supaya manusia sebagai hamba, dengan tekun mencari kebahagiaan
di akhirat dan mencapai kenikmatan di syurga. Anda akan mendapat penolakan di
dunia, pujian untuk kesenangan akhirat dan keunggulan yang ada di sisi Allah
atas kesenangan dunia yang dapat kita rasakan. Kesenangan dunia hanyalah
sedikit sebagaimana dengan firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala:
وَلا
تَمُدَّنَّ عَينَيكَ إِلىٰ ما مَتَّعنا بِهِ أَزواجًا مِنهُم زَهرَةَ الحَياةِ
الدُّنيا لِنَفتِنَهُم فيهِ ۚ وَرِزقُ رَبِّكَ خَيرٌ وَأَبقىٰ
“Dan janganlah engkau menujukan
pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan
kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan
keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah
kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal” (Surah Taha: 131).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam menggambarkan kepada kita tentang sedikitnya
kesenangan dunia dibandingkan kenikmatan akhirat dengan sebuah perumpamaan. Dari Al-Mustaurid bin Syaddad–semoga Allah meredhainya-ia
berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :
وَاللهِّ مَا
الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ فِي
الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يَرْجِعُ؟
“Demi Allah, tidaklah
dunia dibandingkan akhirat kecuali seperti seseorang dari kalian mencelupkan
jarinya ke laut, maka lihatlah apa yang tersisa di jarinya jika ia keluarkan
dari laut?” (HR Muslim no 2868).
Dalam hadits lain disebutkan;
مَا
الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا كَمِثْلِ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ
هَذِهِ فِي الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَا يَرْجِعُ وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ
“Perumpamaan
antara dunia dgn akhirat ibarat seorang diantara kalian mencelupkan jarinya ke
dalam lautan, maka hendaklah ia melihat apa yang menempel padanya. Lalu beliau
memberi isyarat dengan jari telunjuknya”. (HR. Ahmad)
Air yang melekat pada jari telunjuk apabila dicelup ke dalam lautan terbuka
hanya satu titisan kecil. Dan itulah perbandingan "DUNIA dan AKHIRAT."
Apabila kesenangan dunia itu hanya sedikit, maka sesungguhnya ALLAH telah
mencela orang-orang yang menaruh perhatian dan mementingkan kepada kesenangan
duniawi dan melupakan kenikmatan kehidupan di akhirat.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
يا أَيُّهَا الَّذينَ
آمَنوا ما لَكُم إِذا قيلَ لَكُمُ انفِروا في سَبيلِ اللَّهِ اثّاقَلتُم إِلَى
الأَرضِ ۚ أَرَضيتُم بِالحَياةِ الدُّنيا مِنَ الآخِرَةِ ۚ فَما مَتاعُ الحَياةِ
الدُّنيا فِي الآخِرَةِ إِلّا قَليلٌ
“Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu:
"Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu
merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat
(masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada
akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya
sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak”. (Surah
At-Taubah: 38)
Kenikmatan akhirat lebih utama dari segi jenisnya.
Pakaian, makanan dan minuman serta perhiasan dan bangunan untuk penduduk syurga,
jauh lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya.
Dalam Shahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassalam
bersabda:
“Sebesar tempat pecut di syurga (nilainya) lebih baik daripada dunia dan
seisinya”.
Di dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah juga, ia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
"Sungguh sebesar
lengkungan busur milik salah seorang kamu di syurga, itu lebih baik ketimbang
semua yang tersinari matahari"
Dan beliau membandingkan
wanita syurga dengan wanita dunia agar diketahui keunggulan apa yang ada di
syurga atas apa yang ada didunia.
Dalam hadith Shahih Bukhari
dari Anas, ia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam bersabda:
“Seandainya salah seorang wanita penduduk Surga menengok penduduk bumi
niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi)
dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Surga
yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR.
Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu)
Kesenangan di dunia ini benar benar sedikit
sekali jika dibandingkan dengan kesenangan di Akhirat nanti.
Allah Subhanahu
wa Ta’ala berfirman:
وَلَا تَمُدَّنَّ
عَيْنَيْكَ إِلَى مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجاً مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ
الدُّنيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَرِزْقُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَأَبْقَى
“Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan
keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari
mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia
ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat
lebih baik dan lebih kekal”. (Surah Thaaha:131)
Syurga adalah bersih dari sifat-sifat buruk
dan kekotoran duniawi. Makanan dan minuman yang ada di dunia memerlukan
terjadinya peradangan ( bagian dari sistem
imun tubuh untuk melawan penyakit) dari perut yang menyebabkan bau yang
tidak menyenangkan. Jika seseorang minum khamer di dunia maka dia akan
kehilangan fikirannya. Wanita di dunia terjejas oleh tabiat dan tabiat
melahirkan anak. Menstruasi adalah gangguan, sementara syurga bebas dari semua
itu. Kemudian penduduk tidak akan mengalami (mahu) mengidap atau buang air
besar, mereka tidak meludah ataupun membuang hingus.
Khamar disyurga adalah saperti yang
dijelaskan oleh Yang Maha Pencipta:
لَا فِيهَا
غَوْلٌ وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ,
بَيْضَاء لَذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ
“Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang
yang meminumnya, Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula
mereka mabuk kerana menikmatinya” (Surah As-Saaffaat:
46-47)
Sebagaimana Firman
Allah Subhanahu wa Ta’ala, air di
syurga tidak akan terkena pencemaran dan susu disana tidak akan pernah berubah
rasanya.
مَثَلُ الْجَنَّةِ
الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِّن مَّاء غَيْرِ آسِنٍ
وَأَنْهَارٌ مِن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِّنْ خَمْرٍ
لَّذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّى وَلَهُمْ فِيهَا مِن
كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي
النَّارِ وَسُقُوا مَاء حَمِيماً فَقَطَّعَ أَمْعَاءهُمْ
“Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang
tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak
berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang
yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada
pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan
mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian
itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan
diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka
hancur? (Sudah tentu tidak sama)!” (Surah Muhamad: 15)
Dan wanita di syurga akan sentiasa suci, tidak terjejas oleh haid,
melahirkan anak dan sebagainya yang menjadi najis wanita di dunia.
Allah Subhanahu wa Ta’a’la berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 25:
وَلَهُمْ
فِيْهَآ اَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ
“…dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu
pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula
kekal di dalamnya selama-lamanya”.(Surah Al-Baqarah: 25)
Meskipun setengah ahli
tafsir menafsirkan pengertian suci bersih disini ialah isteri di syurga tidak
pernah berhaid lagi, sebab haid itu kotor, namun sebaiknya kita memahamkan
lebih tinggi lagi dari itu. Sebab setiap kita yang berumah-tangga didunia ini
mengalami, bahawa betapun bersih hatinya seorang isteri, cantik rupanya, baik budinya,
isteri didunia kita ini, namun perangainya yang menjemukan mesti ada juga.
Isteri-isteri di syurga itu
suci bersih dari cacat yang menjemukan itu. Bukan sebagai isteri dunia yang
kadang-kadang memusingkan kepala. Baik isteri syurga anak bidadari yang
dijanjikan, atau isteri-isteri yang akan dipertemukan Allah kembali dengan
kita, karena sama-sama taat beriman dan beramal yang shahih.
Hati penduduk syurga suci bersih, kata-kata mereka indah dan menyenangkan
sementara perbuatan mereka selalu baik. Jadi, di syurga anda tidak akan
mendengar kata-kata buruk yang mengganggu perasaan, mencemarkan keadaan dan
membangkitkan kemarahan. Syurga bebas daripada kata-kata dan perbuatan sia-sia.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa
Ta’ala:
يَتَنَازَعُونَ
فِيهَا كَأْساً لَّا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ
“Di dalam surga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang
isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tiada pula
perbuatan dosa”. (Surah At-Tuur: 23)
Telinga penghuni syurga hanya akan mendengar kata-kata baik dan jujur
yang bersih dari keaiban/kehinaan kata-kata penduduk penduduk didunia.
Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman:
لَّا
يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْواً وَلَا كِذَّاباً
“Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang
sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta”; (Surah An-Naba: 35)
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman lagi:
لَا
يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْواً إِلَّا سَلَاماً وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً
وَعَشِيّاً
“Mereka
tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa
mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di
dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa)”. (Surah Maryam: 62)
Dalam Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang lain:
لَّا تَسْمَعُ
فِيهَا لَاغِيَةً
“Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang
sia-sia,” (Surah Al-Ghaasyiyah: 11)
Sesungguhnya syurga adalah tempat yang suci, bersih, jernih, dan bebas dari pencemaran dan kontaminasi . Syurga adalah tempat damai, aman dan kemakmuran.
Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman:
إِلَّا قِيلاً
سَلَاماً سَلَاماً , لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْواً وَلَا تَأْثِيماً
“Mereka tidak akan mendengar
dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan
dosa; Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu
kepada yang lain)”. (Surah Al-Waaqiah: 25-26)
Oleh karena itu, maka para penghuni syurga
(yang sebelumnya masuk neraka) apabila mereka selesai dari neraka,
mereka di tahan di jembatan antara surga dan neraka untuk dibersihkan dan
disucikan (dari segala tanggungan) dengan saling mengambil hak di antara
mereka. Kemudian mereka masuk surga dalam keadaan hati yang bersih,
sehingga perasaan benci, dengki dan lain sebagainya dari hal-hal yang biasa ada
waktu di dunia, hilang dari jiwa mereka.
Masih berkaitan dengan kumpulan ini yang memasuki syurga, dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, keadaan kumpulan yang memasuki syurga
Allah dijelaskan seperti berikut:
قال رسول اللّه صلى
اللّه عليه وسلم: (أول زمرة تلج الجنة صورهم على صورة القمر ليلة البدر لا يبصقون
فيها ولا يمتخطون فيها ولا يتفلون فيها، آنيتهم وأمشاطهم الذهب والفضة ومجامرهم
الأُلُوَّة، ورشحهم المسك، ولكل واحد منهم زوجتان يرى مخ ساقهما من وراء اللحم من
الحسن، لا اختلاف بينهم ولا تباغض، قلوبهم على قلب واحد يسبِّحون اللّه تعالى بكرة
وعشياً) "أخرجه مسلم والإمام أحمد
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
Wasallam bersabda, ‘Permulaan rombongan yang memasuki surga, gambaran
mereka adalah menyerupai rembulan di malam purnama. Mereka tiada meludah di
dalamnya, tiada beringus, tiada kotoran mata. Wadah dan sisir mereka terbuat
dari emas dan perak, tiada pernah buang air besar atau kecil, peluh mereka
misik, dan tiap-tiap dari mereka dua istri (bidadari) yang seolah tampak urat
betis di balik kulit mereka karena cantiknya. Tiada perselisihan di antara mereka dan tiada saling membenci.
Hati-hati mereka satu, senantiasa bertasbih kepada Allah di pagi dan sore
hari,’” (Hadith: Imam Ahmad dan Imam Muslim).
Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman:
وَنَزَعْنَا
مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَاناً عَلَى سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ
“Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan
hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra),
serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing”.
(Surah Al-Hijr: 47)
Dinukil dari Ibn Abbas dari Ali ibn Abi Talib, bahawa penghuni syurga
ketika mereka masuk syurga, mereka minum dari air mata yang kemudian ALLAH
menghapus semua kebencian dan kedengian dari hati mereka. Dan mereka minum lagi
dari air mata yang lain, supaya tubuh mereka bersinar dan wajah mereka berseri.
Sebagaimana dari firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala:
وَسَقَاهُمْ
رَبُّهُمْ شَرَاباً طَهُوراً
“..dan mereka diberi minum
oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci”. (Surah Al-Insaan:
21)
Oleh yang demikian, kita mesti memerhati dan
memikir tentang kehidupan dunia yang sementara dan akan binasa. Nikmat yang
berakhir dengan dengan kehidupan akhirat yang hakiki, nikmat sebenar yang kekal
abadi dan tidak akan hilang dan tidak akan bosan menikmatinya.
Kesenangan dunia akan hilang, sedangkan kehidupan akhirat akan kekal. Oleh
itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala
menyebut segala keindahan kepada manusia sebagai kesenangan, kerana semua itu
dibuat alat yang menyenangkan kemudian hilang. Kehidupan akhir akan kekal dan
tidak akan habis.
Ia disediakan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’ala kepada hambanya yang bertaubat, taat, sabar, bersyukur dan
meninggalkan kehidupan dunia demi untuk mendapatkan kesenangan yang kekal
diakhirat. Kita tidak perlu tergopoh-gapah merebut kesenangan dunia berbanding
dengan kesenangan diakhirat.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَالْآخِرَةُ
خَيْرٌ وَأَبْقَى , بَلْ تُؤْثِرُونَ
الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
“(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan
kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan
lebih kekal”. (Surah Al-A’laa: 16-17)
Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:
مَا عِندَكُمْ
يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم
بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
" (Sebenarnya) apa yang ada
pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap
kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan
pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”. (Surah An-Nahl: 96)
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala lagi:
إِنَّ هَذَا
لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِن نَّفَادٍ
“Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian
yang tidak akan habis-habis,” (Surah Saad: 54)
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
juga:
مَّثَلُ الْجَنَّةِ
الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ أُكُلُهَا
دَآئِمٌ وِظِلُّهَا تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَواْ وَّعُقْبَى الْكَافِرِينَ
النَّارُ
“Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa
itu ialah air sungai-sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya;
makanannya kekal tidak putus-putus dan naungannya sentiasa teduh. Itulah
kesudahan usaha orang-orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang
yang kafir pula ialah neraka”. (Surah Ar-Ra’ad: 35)
Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membuat
perumpamaan untuk mengambarkan (kenikmatan) dunia yang cepat hilang dan habis.
Sebagaimana Firman Allah
Subhanahu wa Ta’ala:
وَاضْرِبْ
لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ
فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيماً تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ
وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِراً
Dan kemukakanlah kepada
mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami
turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama
lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia
kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Kahf: 45) dan
الْمَالُ
وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ
عِندَ رَبِّكَ ثَوَاباً وَخَيْرٌ أَمَلاً
“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia;
dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu
sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”.
(Surah Al-Kahf: 46)
Ayat ini menerangkan, bahawa kesenangan dunia
hanya sementara sehingga tidak pantas dkejar secara berlebihan. Dalam ayat ini
terdapat petunjuk agar kita bersikap zuhud terhadap dunia.
Sehingga
tanamannya tumbuh dengan indah.
Seperti
inilah kehidupan dunia. Ketika seseorang menikmati masa muda dan memiliki harta
yang banyak, serta bersenang-senang dengan keduanya dan sampai mengira bahwa
dirinya akan tetap terus seperti itu, tiba-tiba maut datang menjemput atau
hartanya binasa, kesenangannya pun hilang dan kenikmatannya pun lenyap,
sehingga tinggalah ia dengan amal salehnya atau amal buruknya. Ketika itu orang
yang zalim menggigit jarinya saat mengetahui hakikat keadaan dirinya dan
berangan-angan untuk kembali ke dunia, bukan untuk melanjutkan memuaskan hawa
nafsunya, tetapi untuk mengejar kelalaiannya dahulu dengan tobat dan amal
saleh. Orang yang berakal lagi mendapat taufik tentu akan melihat dirinya dan
berkata kepada dirinya,Engkau akan mati, dan memang pasti mati,
namun tempat manakah yang engkau pilih? Apakah tempat yang kenikmatannya
sementara ataukah kenikmatan yang kekal abadi?â Tentu ia akan
memilih tempat yang kesenangannya kekal abadi.
Perhatikanlah bagaimana
Allah Subhaanahu wa Ta'ala setelah
membuat perumpamaan tentang kehidupan dunia dan keadaannya yang sementara,
menyebutkan bahawa di dalam kehidupan dunia itu ada dua bahgian; bahgian yang
menjadi perhiasannya, di mana dengannya seseorang dapat bersenang-senang namun
hanya sementara dan kemudian akan lenyap dan hilang tanpa faedah yang kembali
kepada pelakunya, bahkan terkadang ia malah mendapatkan mudharatnya, iaitu
harta dan anak. Sedangkan bahgian yang kedua adalah bahgian yang kekal dan
bermanfaat terus menerus bagi pelakunya, itulah amal saleh.
Allah Subhanahu wa Ta’ala
berfirman:
وَقِيلَ لِلَّذِينَ
اتَّقَوْاْ مَاذَا أَنزَلَ رَبُّكُمْ قَالُواْ خَيْراً لِّلَّذِينَ أَحْسَنُواْ
فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَلَدَارُ الآخِرَةِ خَيْرٌ وَلَنِعْمَ دَارُ
الْمُتَّقِينَ
“Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah
yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?"
Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di
dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat
itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi
orang-orang yang bertaqwa.” (Surah An Nahl: 30)
Dan Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala seterusnya:
جَنَّاتُ
عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ لَهُمْ فِيهَا مَا
يَشَآؤُونَ كَذَلِكَ يَجْزِي اللّهُ الْمُتَّقِينَ
“(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka
akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di
dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas
orang-orang yang bertaqwa,” (Surah An Nahl: 31)
Kesenangan hidup di dunia jangan melupakan
kita kehidupan di hari akhirat. Sesungguhnya, orang yang terpedaya dengan
kesenangan hidup dunia begitu ramai sekali. Mereka saling membunuh dan
memfitnah hanya untuk mendapatkan sedikit kekayaan atau kesenangan daripadanya.
Alangkah hinanya kehidupan di dunia jika
harta diambil dengan cara sebegini. Kehidupan yang sebenar adalah apabila kita
menganggap dunia ini milik kita, bukan kita dimiliki oleh dunia.
Kehidupan di akhirat nanti akan penuh dengan
pelbagai perubahan. Terdapat orang yang berpakaian di dunia akan bertelanjang
di akhirat, orang yang begitu bergaya menjadi tidak terurus dan orang yang
sangat berkuasa menjadi hilang segala-galanya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah A-li-‘Imraan ayat 185:
كُلُّ نَفْسٍ
ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ
الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada
hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah
berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya”.
Ayat di atas ini merupakan
nasihat sekaligus penghibur bagi Rasulullah Shallallahu
‘alaihi Wasallam dan umatnya terkait dengan perkara dunia dan penghuninya,
bahwa dengan memikirkan kematian segala urusan menjadi ringan. Seseorang tidak
lagi merasa berat menghadapi kesulitan, problematika, dan hal-hal menyakitkan
di dunia. Sebab, setiap manusia berjalan ke arah kematian. Barangsiapa berlaku
buruk terhadap diri sendiri, agama, dan umatnya, maka perlakuan buruk tersebut
terbatas dan temporal, tidak ada alasan untuk berkeluh kesah dan
sakit hati, dia akan mendapatkan balasan secara sempurna.
Barangsiapa beriman dan berbuat baik, maka pada hari Kiamat pahala dan haknya
akan ia terima secara sempurna, tanpa sedikit pun dikurangi.
Nabi Besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam
memberikan pandangannya tentang perbandingan antara Dunia dan Akhirat kelak.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
وَاللهِّ مَا
الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ فِي
الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يَرْجِعُ؟
“Demi Allah,
tidaklah dunia dibandingkan akhirat kecuali seperti seseorang dari kalian
mencelupkan jarinya ke laut, maka lihatlah apa yang tersisa di jarinya jika ia
keluarkan dari laut?” (Hadith
Riwayat: Muslim no 2868).
Dalam hadith yang lain
disebutkan:
مَا الدُّنْيَا فِي
الْآخِرَةِ إِلَّا كَمِثْلِ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هَذِهِ فِي
الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَا يَرْجِعُ وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ
“Perumpamaan
antara dunia dgn akhirat ibarat seorang diantara kalian mencelupkan jarinya ke
dalam lautan, maka hendaklah ia melihat apa yang menempel padanya. Lalu beliau
memberi isyarat dengan jari telunjuknya”. (Hadith Riwayat: Ahmad)
Itulah perbandingan antara kesenangan di
dunia dan akhirat, jika kesenangan di akhirat seumpama lautan, maka kesenangan
dunia hanya seperti ujung jari telunjuk yang basah saja.
Posted
by: Har
Terjemahan
Al-Quran: https://www.mymasjid.net.my/
Rujukan:
Ust. Rizuan Hashim
2 comments:
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh :). Minta izin share.
Semoga Allah Taala permudahkan semua urusan :)
Post a Comment