Melindungi diri dari penyakit Riya’
Sesungguhnya penyakit
yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati manusia , serta dapat
menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga merosakkan seluruh perbuatan manusia
serta melahirkan kekerasan dan kekejian ialah riya’.
Riya’ adalah
sebahagian dari perbuatan syirik menyekutukan Allah, dan sikap ini bersatu
dalam diri orang yang takabbur. Banyak nas yang mencela sikap ini, antaranya;
Sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam dalam hadith
Haritsah bin Wahab, “Mahukah kalian aku beritahu tentang penghuni neraka, iaitu setiap orang
yang berperangai jahat serta kasar, orang gemuk yang berlebih-lebihan
dalam berjalannya dan orang-orang yang sombong.” Hadith Riwayat Bukhari
Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam baginda
bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat
kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim
Syeikhul Islam Ibnu
Taimiyyah berkata, seseorang yang melakukan riya’ pada hakikatnya ia tidak
melakukan firman Allah Subhanahu wa
ta’ala (Hanya kepadaMu aku menyembah) dan orang yang bersikap
ujub (bangga pada diri sendiri) pada hakikatnya ia tidak melakukan firman Allah
Subhanahu wa ta’ala (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) . Dan
barangsiapa yang melakukan firman Allah Subhanahu
wa ta’ala (Hanya kepadamu kami menyembah) maka ia telah keluar dari sikap
riya’, dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah Subhanahu wa ta’ala (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) maka ia
telah keluar dari sikap ujub. (Majmu’ Al Fatawa 10/277)
Dan Ibnul Qayyim pula
berkata, “Sesungguhnya hati manusia dihadapi oleh dua macam penyakit yang amat
besar jika orang itu tidak menyedari adanya kedua penyakit itu akan melemparkan
dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, kedua penyakit itu
adalah riya’ dan takabbur. Maka ubat kepada riyak ialah (Hanya kepadaMu
kami menyembah) dan ubat dari penyakit takabbur ialah (Hanya kepadaMu
kami memohon pertolongan)”. (Madarijus Salikin 1/54)
Riya’ berlaku hasil
dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja
menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riya’ agar kita mudah menjadi
terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara. Itulah di
antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
“ Maukah kamu kuberitahu tentang
sesuatau yang menurutku lebih aku khawatirkan terhadap kalian daripada (fitnah)
Al masih Ad Dajjal? Para sahabat berkata, “Tentu saja”. Beliau
bersabda, “Syirik khafi (yang tersembunyi), iaitu ketika sesorang berdiri
mengerjakan shalat, dia perbagus shalatnya kerana mengetahui ada orang lain
yang memperhatikannya “
Riya' dalam Islam boleh dikatakan suatu penyakit, dimana
seseorang ingin dipuji akan sesuatu hal hingga seseorang tersebut ingin
diperhatikan. Riya' adalah berbuat kebaikan/ibadah dengan maksud dipamirkan
kepada manusia agar orang mengira dan memujinya sebagai orang yang baik atau
gemar beribadah seperti shalat, puasa, sedekah, dan sebagainya.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ
كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ
Yaa ayyuhal
lazina aamanuu laa tubthiluu shadaqaatikum bil manni
waal-adzaa kaalladzii
yunfiqu maalahu ria’an naasi
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan
(pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si
penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada manusia”
[QS. Al-Baqarah: 264]
Agar terhindar dari riya', kita harus meniatkan segala amal
kita untuk Allah Subhanahu wa ta’ala (Lillahi ta’ala).
Wallahu a'lam
Posted by HAR
No comments:
Post a Comment