"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan tiada aku termasuk di antara orang-orang yang musyrik" (QS Yusuf:108)

20 October, 2014

Menjalin Cinta Abadi Dalam Rumah Tangga


Setiap orang yang telah berkeluarga, tentu menginginkan kebaikan dan kebahagiaan dalam kehidupannya bersama isteri dan anak-anaknya. Perkara ini sebagai perwujudan rasa cintanya kepada mereka, yang kecintaan ini merupakan fitrah yang Allah Subhanahu wa ta’ala tetapkan pada setiap jiw manusia.
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Zuyyina lilnnaasi hubbu alsysyahawaati mina alnnisaa-i waalbaniina waalqanaathiiri almuqantharati mina aldzdzahabi waalfidhdhati waalkhayli almusawwamati waal-an'aami waalhartsi dzaalika mataa'u alhayaati alddunyaa waallaahu 'indahu husnu almaaabi

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak (Yang dimaksud dengan binatang ternak di sini ialah binatang-binatang yang termasuk jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri) serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”. (Surah A-li’Imraan: 14)

Bersamaan dengan itu, nikmat keberadaan isteri dan anak ini sekaligus juga merupakan ujian yang boleh menjerumuskan seorang hamba dalam kebinasaan. Allah Subhanahu wa ta’ala mengingatkan perkara ini dalam firman-Nya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوّاً لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
Yaa ayyuhaa alladziina aamanuu inna min azwaajikum wa-awlaadikum 'aduwwan lakum faihtsaruuhum

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; (Maksudnya: kadang-kadang isteri atau anak dapat menjerumuskan suami atau ayahnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak dibenarkan agama.) Oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka….(Surah At-Taghaabun: 14)

Makna “menjadi musuh bagimu” adalah melalaikan kamu dari melakukan amal shaleh dan bisa menjerumuskanmu ke dalam perbuatan maksiat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala (Tafsir Ibnu Katsir” (4/482).)

Kesalahan menempatkan erti cinta dan kasih saying

Kita dapati kebanyakan orang salah menempatkan erti cinta dan kasih sayang kepada isteri dan anak-anaknya, dengan menuruti semua keinginan mereka meskipun dalam hal-hal yang bertentangan dengan syariat Islam, justru pada akan mengakibatkan mencelakakan dan merosakan kebahagiaan hidup mereka sendiri.

Sewaktu menafsirkan ayat tersebut di atas, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata: “…Kerana jiwa manusia memiliki fitrah untuk cinta kepada isteri dan anak-anak, maka (dalam ayat ini) Allah  Subhanahu wa ta’ala memperingatkan hamba-hamba-Nya agar (jangan sampai) kecintaan ini menjadikan mereka menuruti semua keinginan isteri dan anak-anak mereka dalam hal-hal yang dilarang dalam syariat. Allah Subhanahu wa ta’ala telah motivasikan hamba-hamba-Nya untuk (selalu) melaksanakan perintah-perintah-Nya dan mendahulukan kereadhaan-Nya…”( Taisiirul Kariimir Rahmaan hal. 637)

Oleh kerana itulah, seorang ketua keluarga yang benar-benar menginginkan kebaikan dalam keluarganya hendaknya menyedari kedudukannya sebagai pemimpin dalam rumah tangganya, sehingga dia tidak membiarkan terjadinya penyimpangan syariat dalam keluarganya, kerana semua itu akan ditanggungnya pada hari kiamat kelak.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ألا كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته، … والرجل راع على أهل بيته وهو مسئول عنهم
Ketahuilah, kalian semua adalah pemimpin dan kalian semua akan dimintai pertanggungjawaban tentang apa yang dipimpinnya … Seorang suami adalah pemimpin (keluarganya) dan dia akan dimintai pertanggungjawaban tentang (perbuatan) mereka“ (Hadits Riwayat: Al-Bukhari (no. 2278) dan Muslim (no. 1829)

Cinta sejati yang abadi

Seorang ketua keluarga yang benar-benar mencintai dan menyayangi isteri dan anak-anaknya hendaknya menyedari bahawa cinta dan kasih sayang sejati terhadap mereka tidak diwujudkan dengan hanya mencukupi keperluan duniawi dan kemudahan hidup mereka. Akan tetapi yang lebih penting dari semua itu pemenuhan keperluan rohani mereka terhadap pengajaran dan bimbingan agama yang bersumber dari petunjuk al-Qur-an dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Inilah bukti cinta dan kasih sayang yang sebenarnya, kerana diwujudkan dengan sesuatu yang bermanfaat dan kekal di dunia dan di akhirat nanti.

Kerana pentingnya perkara ini,  Allah Subhanahu wa ta’ala  mengingatkan secara khusus kewajiban para ketua keluarga ini.

Dalam firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
Yaa ayyuhaa alladziina aamanuu quu anfusakum wa-ahliikum naaran waquuduhaa alnnaasu waalhijaaratu

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)”  (Surah At- Tahriim: 6)

Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu ketika menafsirkan ayat di atas berkata, “(Maknanya): Ajarkanlah kebaikan untuk dirimu dan keluargamu..( Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam “al-Mustadrak” (2/535), dishahihkan oleh al-Hakim sendiri dan disepakati oleh adz-Dzahabi.)

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata, “Memelihara diri (dari api neraka) adalah dengan mewajibkan bagi diri sendiri untuk melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala dan menjauhi larangan-Nya, serta bertaubat dari semua perbuatan yang menyebabkan kemurkaan dan siksa-Nya. Adapun memelihara isteri dan anak-anak (dari api neraka) adalah dengan mendidik dan mengajarkan kepada mereka (syariat Islam), serta memaksa mereka untuk (melaksanakan) perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. Maka seorang hamba tidak akan selamat (dari siksaan neraka) kecuali jika dia (benar-benar) melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala (dalam ayat ini) pada dirinya sendiri dan pada orang-orang yang dibawa kekuasaan dan tanggung jawabnya” (Taisiirul Kariimir Rahmaan (hal. 640).

Demikian juga dalam hadits yang shahih ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang Hasan bin ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma memakan kurma sedekah, padahal waktu itu Hasan radhiyallahu ‘anhuma masih kecil, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Hekh hekh” agar Hasan membuang kurma tersebut, kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa kita (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan keturunannya) tidak boleh memakan sedekah?” (Hadits Riwayat Al-Bukhari (no. 1420) dan Muslim (no. 1069)

Imam Ibnu Hajar menyebutkan di antara kandungan hadits ini adalah bolehnya membawa anak kecil ke mesjid dan mendidik mereka dengan adab yang bermanfaat (bagi mereka), serta melarang mereka melakukan sesuatu yang membahayakan mereka sendiri, (iaitu dengan) melakukan perkara-perkara yang diharamkan (dalam agama), meskipun anak kecil belum dibebani kewajiban syariat, agar mereka dilatih melakukan kebaikan tersebut. (Fathul Baari (3/355).)

Kemudian, hendaknya seorang ketua keluarga menyedari bahawa dengan melaksanakan perintah Allah Ta’ala Subhanahu wa ta’ala ini, bererti dia telah mengusahakan kebaikan besar dalam rumah tangga tangganya, yang dengan ini akan banyak masalah dalam keluarganya yang dapat diatasi, baik masalah di antara  dengan isterinya, dengan anak-anaknya ataupun di antara sesama keluarganya. Bukankah penyebab terjadinya bencana secara umum, termasuk bencana dalam rumah tangga, adalah perbuatan maksiat manusia?

Allah Subhanahu wa ta’ala  berfirman:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
Yamaa ashaabakum min mushiibatin fabimaa kasabat aydiikum waya'fuu 'an katsiirin 

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu”. (Surah Asy-Syuura:30)

Inilah makna ucapan salah seorang ulama salaf yang mengatakan, “Sungguh (ketika) aku bermaksiat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, maka aku melihat (pengaruh buruk) perbuatan maksiat tersebut pada tingkah laku isteriku…( Dinukil oleh Ibnul Qayyim dalam kitab “ad-Da-u wad dawaa'” (hal. 68).

Dan barangsiapa yang mengharapkan cinta dan kasih sayangnya terhadap keluarganya kekal abadi di dunia sampai di akhirat nanti, maka hendaknya dia melandasi cinta dan kasih sayangnya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala  semata-semata, serta mengisinya dengan saling menasihati dan tolong menolong dalam ketaatan kepada-Nya.

Allah Subhanahu wa ta’ala  berfirman:

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Al-akhillaau yawma-idzin ba'dhuhum liba'dhin 'aduwwun illaa almuttaqiina 

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). (Surah Az-Zukhruf: 67)

Ayat ini menunjukkan bahawa semua jalinan cinta dan kasih sayang di dunia yang bukan karena Allah Subhanahu wa ta’ala  maka di akhirat nanti berubah menjadi kebencian dan permusuhan, dan yang kekal abadi hanyalah jalinan cinta dan kasih sayang kerana-Nya. (Lihat “Tafsir Ibnu Katsir” (4/170).

Lebih daripada itu, dengan melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala   ini seorang hamba –dengan izin Allah Subhanahu wa ta’ala – akan melihat pada diri isteri dan anak-anaknya kebaikan yang akan menyejukkan pandangan matanya dan menyenangkan hatinya. Dan ini  merupakan harapan setiap orang beriman yang menginginkan kebaikan bagi diri dan keluarganya. Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa ta’ala  memuji hamba-hamba-Nya yang bertakwa ketika mereka mengucapkan permohonan ini kepada-Nya.

Dalam Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَام
Waalladziina yaquuluuna rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a'yunin waij'alnaa lilmuttaqiina imaamaan 

“Dan juga mereka (yang direadhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah Al-Furqan: 74)

Imam Hasan al-Bashri ketika ditanya tentang makna ayat di atas, beliau berkata, “Allah Subhanahu wa ta’ala akan memperlihatkan kepada hambanya yang beriman pada diri isteri, saudara dan orang-orang yang dicintainya ketaatan (mereka) kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. Demi Allah Subhanahu wa ta’ala tidak ada sesuatupun yang lebih menyejukkan pandangan mata seorang muslim dari pada ketika dia melihat anak, cucu, saudara dan orang-orang yang dicintainya taat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala(Dinukil oleh Ibnu Katsir dalam tafsir beliau (3/439).

Akhirnya, kami menutup tulisan ini dengan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar Dia senantiasa melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua dalam menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya pada diri kita sendiri maupun keluarga kita.

Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk (pandangan) mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Penulis: Ustadz Abdullah bin Taslim al-Buthoni (muslim.or.id)
Posted /edit : HAR

No comments: