KEFAHAMAN DALAM AGAMA ALLAH (TAFAQQUH FID-DIN)
Sesungguhnya mempelajari ilmu agama (tafaqquh fiddin) termasuk amalan yang paling utama dan termasuk tanda kebaikan pada
seseorang.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa dikehendaki baginya kebaikan oleh Allah, Maka Dia akan
memberikan kefahaman dalam agama kepadanya.” (Diriwatkan oleh sahabat Muawiah, muttafaqun
‘alaihi. Shahih Bukhari: 71 dan Shahih Muslim: 1037)
Dari Abi Musa,
dari Rasulullah shallallahu alaihi
wasallam sabdanya:
"Perumpamaan
hidayah dan ilmu yang aku bawa
daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala
yang subur dan mudah menyerap air, lalu tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak,
dan ada pula bahagiannya yang keras hanya menakung air tetapi tidak menyerap,
lalu manusia dapat mengambil manfaat daripadanya seperti minum, menyirami dan
pengairi tanaman, dan ada pula bahagian yang lain iaitu bahagian tanah yang
sama sekali tidak menerima air dan tidak pula tumbuh tanaman (diatasnya).
Demikian itu
adalah perumpamaan (untuk) orang yang
memahami agama Allah (tafaqquh fid din), dia dapat mengambil manfaat
daripada apa yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala
kepadaku, lalu ia mengetahuinya dan
mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk) orang yang
tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang tidak
menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah shallallahu alaihi wasallam kepadaku". (Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)
Karena dengan mendalami ilmu agama akan mengantarkan kita kepada ilmu
yang bermanfaat, di mana setiap amalan shalih dibangun di atas ilmu.
Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman :
هُوَ
الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّينِ كُلِّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيداً
“Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang
hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai
saksi.” (QS. Al
Fath: 28)
Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:
Barangsiapa
yang Allah
Subhanahu wa ta’ala inginkan agar ia menjadi orang yang baik, maka Allah Subhanahu wa ta’ala
akan tafaqquhkan dia dalam (urusan)
agama. (Hadis Sahih, Muttafaq 'Alaihi)
Majlis yang didalamnya dipelajari ilmu yang bermanfaat Rasulallah shallallahu alaihi wasallam namakan dengan taman syurga atau “raudhatul jannah” dan
mengatakan bahawa para ulama’nya merupakan pewaris para nabi.
Mari kita
renung sejenak tentang Saidina Umar Ibnu Al Khattab radhiyallahu 'anhu .Beliau adalah orang yang paling disegani dan paling digeruni
semasa jahiliyahnya. Demikian juga setelah beliau memeluk Islam, beliau tetap
disegani dan ditakuti hatta oleh syaitan.
Apakah rahsianya
Saidina Umar Ibnu Al Khatta radhiyallahu 'anhu
boleh mencapai tahap tersebut?
Jawapannya
tidak lain ialah kerana beliau benar-benar tafaqquh
fiddin. Sungguh banyak I’tibar (pengajaran) yang dapat kita ambil daripada
kisah beliau. Di antaranya, kisah tentang beliau berkata dengan Hajar Al Aswad, kisah beliau tidak
memotong tangan pencuri kerana terlalu fakir, kisah beliau memotong kedua-dua
tangan pencuri kerana telah berdusta atas nama Allah Subhanahu wa ta’ala,
kisah beliau merubah destinasi setelah mendapat berita wabak taun di negeri
yang akan dituju, kisah tentang beliau hijrah dan lain-lain. Beliau dikenal
sebagai khalifah yang paling adil.
Mukmin yang tafaqquh fiddin memang
lebih ditakuti oleh syaitan
dibandingkan dengan orang yang banyak beribadah tetapi jahil tentang selok belok agama.
Ini
berdasarkan hadis Nabi shallallahu alaihi wasallam:
Seorang Faqih
(orang yang tafaqquh fiddin) adalah lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu
orang 'Abid (orang yang banyak beribadat). (Hadits riwayat: Tarmidzi, Ibnu
Majaah dan Al Baihaqy)
Omar Ibnu Al
Khattab radhiyallahu 'anhu
berkata:
“Kematian
seribu orang yang banyak beribadah malam dan berpuasa siang harinya adalah
lebih ringan daripada kematian seorang yang berakal lagi memahami tentang hukum
Allah
Subhanahu wa ta’ala , halalnya dan haramnya”.
Daripada
Saidina Ali Bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu , bahawa Nabi saw bersabda:
Mahukan, kamu
aku khabarkan tentang orang yang paling faqih.
Jawab para sahabat: baiklah. Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam iaitu
:
1. Orang yang tidak suka membuat manusia putus asa akan rahman Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan
2. dia tidak menenteramkan manusia dari pembalasan Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan
3. dia tidak benci kepada Al-Quran. Ketahuilah oleh mu: Tidak ada kebaikan pada ibadah tanpa tafaqquh. dan tidak ada (kebaikan) pada ilmu tanpa kefahaman, dan tidak ada (kebaikan) pada bacaan Al-Quran tanpa tadabbur (penghayatan)
Ada tiga golongan
manusia jika ditinjau dari ilmu dan amal:
Golongan pertama, iaitu golongan yang memadukan antara ilmu dan amal. Mereka
adalah orang-orang yang telah Allah Subhanahu wa ta’ala
beri petunjuk untuk mengikuti jalannya orang-orang mendapat nikmat dari
kalangan para nabi, shiddiqin, syuhada dan shalihin(surat an Nisa ayat 69).
Golongan yang kedua, orang-orang yang mempelajari ilmu namun
tidak mengamalkannya. Mereka adalah orang-orang yang dimurkai seperti
orang-orang yahudi dan yang semisalnya.
Golongan yang ketiga, orang-orang yang beramal tanpa ilmu. Dan
mereka adalah orang-orang yang tersesat seperti orang-orang nashrani dan yang
semisalnya.
Ketiga golongan tersebut disebutkan dalam surat Al fatihah.
Surat ini dibaca dalam setiap rekaat shalat-shalat kita, Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman :
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ
غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) Jalan orang-orang
yang telah Engkau beri ni’mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. “ (QS. Al-Fatihah: 6-7)
Ketahuilah bahawa ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang bersandar
pada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kita akan mendapatkan ilmu yang
bermanfaat dengan memahami dan mentadabburi keduanya (Al-Qur’an dan As-Sunnah).
Wallahu
a’lam.
Posted
By: HAR
No comments:
Post a Comment