TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT (1)
Firman
Allah Subhanahu wa ta’ala:
وَالَّذِينَ
إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ
يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Waalladziina idzaa fa'aluu
faahisyatan aw zhalamuu anfusahum dzakaruu allaaha faistaghfaruu lidzunuubihim
waman yaghfirualdzdzunuuba illaa allaahu
walam yushirruu 'alaa maa fa'aluu wahum ya'lamuuna
Dan juga orang-orang yang
apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, (Yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah)
ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi
juga orang lain, seperti zina, riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa
yang mana mudharatnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil). mereka
segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya
tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak
meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka
mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah A-li
‘Imraan: 135)
Dan firman Allah Subhanahu wa ta’ala seterusnya:
أُولَٰئِكَ
جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
Ulaa-ika jazaauhum maghfiratun min rabbihim wajannaatun
tajrii min tahtihaa al-anhaaru
khaalidiina fiihaa wani'ma
ajru al'aamiliina
“Orang-orang yang demikian
sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang
demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah A-li- ‘Imraan: 136)
PENGERTIAN TAUBAT:
Kata “Taubat” sering pula diertikan dengan pengertian “Penyesalan dan Kesengajaan” untuk
meninggalkan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan.
Sebagaimana disebut dalam
sebuat hadits: “Penyesalan itu adalah
taubat” (Hadits riwayat: Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan hakim)
Penyesalan tidak dapat
terlepas dari soal-soal ilmu (pengetahuan) yang menyebabkan timbulnya
penyesalan. Boleh juga dikatakan bahawa penyesalan itu adalah hasil dari
mengetahui perbuatan, yang kemudian diikuti pula dengan suatu maksud berbuat
kebaikan, sebagai imbangan dari kesalahan-kesalahan dan keburukkan-keburukkan
yang lampau/telah lalu.
BILAKAH SA’ATNYA HARUS BERTAUBAT
Kini timbul pertanyaan
:Bilakah saatnya kita harus bertaubat? Atau bilakah taubat itu harus dilakukan?
Sekarangkah, esokkah ataukah menanti setelah kita tua?
Pokoknya, taubat harus dilaksanakan
setiap saat dimana kita menyedari dan menginsafi bahawa kita telah berbuat
suatu kesalahan.
Apabila seseorang telah
melakukan sesuatu kesalahan atau keburukkan kemudian ia sedar bahawa perbuatan
yang baru dikerjakannya itu salah, maka pada saat itulah dia wajib betaubat
dengan segera tanpa boleh ditunda-tunda lagi.
Dengan kata lain dapat
disebutkan bahawa seseorang wajib bertaubat segera setelah ia sedar akan
kesalahan atau kemaksiatan yang dikerjakannya. Kerana kita tentu semua tahu
bahawa kemaksiatan-kemaksiatan itu merusakkan inti keimanan seseorang, apabila
taubat itu tidak segera dilakukan seketika itu juga, disaat ia sedar akan
kesalahannya, maka lambat laun, pasti keimanannya akan melanda oleh
kemaksiatan-kemaksiatan dan kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya, sehingga
tidak mustahil pada suatu saat nanti ia benar-benar akan kehilangan
keimanannya.
Diterangkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa
seseorang itu, disaat melakukan perbuatan zina, maka terlepaslah keimanan dari dalam
jiwanya.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Tidaklah seseorang
penzina melakukan zina ketika melakukannya ia sebagai seorang mukmin”
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian besarnya pengaruh
perbuatan zina itu pada jiwa seseorang yang melakukannya, sehingga dapat
melepaskan keimanan orang yang melakukannya. Mengapa demikian? Sebab perbuatan
itu nyata-nyata menjauhkan diri pelakunya dari Allah Subhanahu wa ta’ala bahkan menyebabkan kemurkaan-Nya.
Dengan demikian maka nyatalah
pentingnya bertaubat secra terus menerus. Diharapkan dengan cara demikian
dapatlah lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Sesunggunya saja
hatiku dapat juga tergoda, sehingga saya harus memohon pengampunan kepada Allah
dalam sehari semalam, sebanyak tujuh puluh kali”.
(Hadits riwayat: Muslim)
LIHATLAH!!! Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri seorang utusan dan kekasih Allah Subhanahu wa ta’ala yang terpelihara
dari doa (Ma’shum) masih berusaha dengan bersungguh-sungguh memohon keampunan
kepada Allah Subhanahu wa ta’ala
hingga tujuh puluh kali sehari semalam.
Maka bagaiman dengan kita
orang awam yang setiap saat tidak terlepas dari kesalahan-kesalahan dan
dosa-dosa baik yang besar maupun yang kecil. Tentu sahaja kita harus lebih giat
dan bersungguh-sungguh dalam berusaha memohon keampunan dari Allah Subhanahu wa ta’ala.

“Semua anak Adam
(manusia) berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik orang bersalah (berdosa) ialah
mereka yang bertaubat”. (Hadits Riwayat Tirmidzi dan Hakim)
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pula:
“Tidak dapat tidak
seorang mu’min itu tentu terkena dosa yang mendatanginya pada suatu ketika
sesudah suatu ketika”. (Hadits riwayat: Thabrani dan Baihaqi)
Taubat yang
bersungguh-sungguh dengan memenuhi syarat-syaratnya, Insya Allah pastilah akan
dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala, yang bererti ia akan dihapus dosa-dosanya,
dan Allah Subhanahu akan memberikan kelapangan baginya.
Dari Ibn Abbas, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Barangsiapa selalu
rajin beristighfar, ditunjukkan oleh Allah jalan keluar baginya dari segala
kesukaran, dan diberikannya kelapangan dada dari semua kesusahan dan duka,
serta diberinya reziki yang tidak diduga-duga dan diperikarakan”.
(Hadits Abu Dawud)
Inilah hasil dari taubat
yang sebenarnya, yang sangat diharapkan
oleh setiap ummat manusia.

“Orang yang
bertaubat dosanya adalah saperti orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali”.
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
Sedangkan bagi orang yang
bertaubat, menyatakan penyesalan dengan lidahnya, akan tetapi masih juga ia
meneruskan perbuatan dosanya, maka ini bererti ia mempermainkan/perolok Tuhan
Allah Subhanahu wa ta’ala.
Sebagaimana sabda Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Orang yang meminta ampun
dengan lidah, tetapi meneruskan perbuatan dosanya, seakan-akan mengolok-olek
Tuhannya.
Didalam hadits lainnya
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Orang yang minta
ampun dari dosanya, sedang ia tetap sahaja melakukan dosanya saperti
mempermainkan ayat-ayat Allah Subhanahu wa ta’ala”.
(Hadits riwayat: Ibnu Abid Dunya)
Demikianlah, maka jika
seseorang bertaubat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala atas dosa-dosanya,
wajiblah bertaubat dengan sesungguh-sungguhnya dan semurni-murninya. Sesuai
dengan Firman Allah Subhanahu wa ta’ala
dalam Surah Tahriim ayat 8 yang berbunyi:
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً
Yaa ayyuhaa alladziina aamanuu tuubuu ilaa allaahi tawbatan nashuuhan
“Wahai orang-orang
yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha" (taubat
yang semurni-murninya)”. (Surah Tahriim: 8)
Dalam pada itu orang-orang yang bertaubat dikasihi
Allah Subhanahu wa ta’ala sebagaimana
Allah Subhanahu wa ta’ala menjelaskan
dalam Al-Quran dengan firman-Nya:
إِنَّ اللّهَ
يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Inna allaaha yuhibbu alttawwaabiina wayuhibbu almutathahhiriina
“SesungguhNya Allah
mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa mensucikan diri”. (Surah
Al-Baqarah:222)
SYARAT-SYARAT BERTAUBAT
Para Ulama telah sepakat dan mengatakan
bahawa taubat itu wajib hukumnya dari tiap-tiap dosa. Sementara itu perlu kita
maklumi pula bahawa dosa-dosa dan kesalahan itu sendiri ada yang langsung
berhubungan anatar manusia dengan Allah Subhanahu
wa ta’ala yang lazim disebut “HAQQULLAH”. Yakni dosa-dosa manusia langsung
kepada Allah Subhanahu wa ta’ala saperti meninggalkan Sholat
fardhu, meninggalkan Puasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i dan lain-lain
sebagai yang langsung bertalian dengan Allah Subhanahu wa ta’ala.
Disamping itu ada pula kesalahan dan
dosa-dosa yang berhubung dengan hak-hak manusia yang lazim disebut dengan
‘HAQQUL ADAMIY”, seumpama: menganiaya, mencuri, mencela, dan lain-lain
sebagainya yang bersangkut dengan kemanusiaan.
Telah dijelaskan diatas bahawa untuk
bertaubat dengan sebenar-benarnya dan semurni-murninya, maka diperlukan adanya
beberapa syarat yang mesti dipenuhi. Ada pun syarat-syarat yang dimaksud ada 3
perkara iaitu:
a. Harus
menghentikan maksiat
b. Harus
menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukan
c. Niat
dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi perbuatan itu kembali.
Ketiga-tiga syarat inilah yang harus dipenuhi
oleh seseorang yang bertaubat kerana dosa yang langsung berhubung dengan
Al-Khaliq, yakni Allah Subhanahu wa ta’ala yang Maha pencipta.
Kemudian apabila dosa dan kesalahan itu ada
hubungannya dengan hak-hak sesame ummat manusia, maka syarat-syarat yang harus
dipenuhi ada empat perkara iaitu:
a. Harus
menghentikan maksiat.
b. Harus
menyesal atas perbuatan dosa yang telah terlanjur dilakukan
c. Niat bersungguh-sungguh tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi.
d. Menyelesaikan urusannya dengan orang
yang berhak, dengan cara meminta ma’af atau halalnya atau mengembalikan apap
yang harus dikembalikan.

Taubat yang demikian tentulah hanya sia-sia belaka dan orang demikian ini tentlah termasuk golongan orang yang memperolok-olokkan Tuhan sahaja. Jika demikian bukanlah ampunan yang diterimanya, akan tetapi justru kemurkaan dan azab Allah Subhanahu wa ta’ala yang akan ditimpakan kepadanya.
Taubat yang demikian tentulah
hanya sia-sia belaka dan orang demikian ini tentlah termasuk golongan orang
yang memperolok-olokkan Tuhan sahaja. Jika demikian bukanlah ampunan yang
diterimanya, akan tetapi justru kemurkaan dan azab Allah Subhanahu wa ta’ala
yang akan ditimpakan kepadanya.
……………………….BERSAMBUNG……………………
Posted by: HAR
No comments:
Post a Comment