TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT (2)
….SAMBUNGAN…
PERNYATAAN ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA TENTANG PENERIMAAN TAUBAT
Benarkah taubat seseorang yang dengan cara bersungguh-sungguh itu akan
dapat diterima? Seandainya ada orang yang mempunyai pemikiran bertaubat itu boleh
sahaja, tetapi tidak dapat diterima. Sesungguhnya perkiraan yang demikian ini
sangat keliru, sebab Allah Subhanahu wa ta’ala sendiri sudah terang-terang
menyatakan dalam kitab suci-Nya, bahawa Dia akan menerima taubat dari
hamba-hambanya yang bertaubat sebenar-benarnya.
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala:
غَافِرِ
الذَّنبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا
هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Ghaafiri aldzdzanbi
waqaabili alttawbi syadiidi al'iqaabi dzii alththhawli
laa ilaaha illaa huwa ilayhi almashiiru
“Yang Mengampunkan dosa, dan
Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada
Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali”. (Surah Ghaffir/Al-Mu’min: 3)
Firman Allah Subhanahu wa
ta’ala seterusnya:
وَهُوَ
الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ
وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
Wahuwa alladzii yaqbalu alttawbata 'an 'ibaadihi waya'fuu 'ani alssayyi-ati waya'lamu maa taf'aluuna
“Dan Dia lah Tuhan yang
menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan
kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu
semua kerjakan.” (Surah Asy-Syuura: 25)
Dan firman Allah Subhanahu
wa ta’ala lagi:
إِنَّ
اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Inna allaaha yuhibbu alttawwaabiina wayuhibbu almutathahhiriina
“SesungguhNya Allah
mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang
sentiasa mensucikan diri”. (Surah Al-Baqarah: 222)
Maka teranglah dari
ayat-ayat tersebut diatas, bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala adalah Zat yang
Maha menerima taubat lagi mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang mau bertaubat.
Dalam Hadits-hadits pun
banyak kita jumpai keterangan-keterangan yang menyebut bahawa Allah Subhanahu
wa ta’ala sentiasa bersedia menerima taubat hambanya.
Dalam sebuah hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu
membeberkan tanganNya -yakni kerahmatanNya- di waktu malam untuk menerima
taubatnya orang yang berbuat kesalahan di waktu siang dan juga membeberkan
tanganNya di waktu siang untuk menerima taubatnya orang yang berbuat kesalahan
di waktu malam. Demikian ini terus menerus sampai terbitnya matahari dari arah
barat -yakni di saat hampir tibanya hari kiamat, karena setelah ini terjadi,
tidak diterima lagi taubatnya seorang." (Riwayat Muslim)
Sabda Sallallahu Alaihi Wasallam pula:
“Orang
yang bertaubat dari dosanya adalah saperti orang yang tidak mempunyai dosa sama
sekali.” (Hadits riwayat: Ibnu Majah)
Kemudian diriwayat oleh Anas
bin Malik radiallahu anhu, bahawa ia
telah mendengar Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda:
“Allah
Subhanahu wa ta’ala berfirman: Hai anak Adam! Selama engkau berdoa dan mengharapkan
rahmat-Ku, Aku ampuni engkau, apapun yang telah engkau lakukan dan Aku tidak
peduli. Hai anak Adam! Walaupun dosa-dosamu telah mencapai batas langit, tetapi
engkau beristighfar dan minta ampun kepada-Ku, Aku ampuni engkau dan tidak
peduli. Hai anak Adam! Sekalipun engkau datang kepada-Ku dengan dosa-dosa
sepenuh kaleng-kaleng air yang ada dibumi, tetapi engkau tidak menyekutukan
Aku. Aku akan memberimu ampun sepenuh kaleng-kaleng itu.”
Dari Abu Hurairah radiallahu anhu kata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Siapa
yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah Subhanahu wa
ta’ala menerima taubat dan mema’afkannya.” (Hadits riwayat: Muslim)
Dari Abdullah bin Umar bin
khattab radiallahu anhu berkata:
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
juga bersabda:
“Sesungguhnya
Allah Subhanahu wa ta’ala tetap menerima taubat sesorang hambanya, selama ruh
(nyawanya) belum sampai ditenggorokan (hamper mati) (Hadits riwayat: Tirmidzi)
Kerana dalam keadaan yang
demikian, ia telah melihat apa yang dihadapinya berupa rahmant atau azab dan
tidak bergunalah taubat maupun imannya.
Dari Anas bin Malik radiallahu anhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda:
“Sesungguhnya
Allah Subhanahu wa ta’ala lebih suka menerima taubat seorang hambanya, melebihi
dari kesenangan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang
telah hilang daripadanya ditengah hutan.” (Hadits riwayat: Bukhari dan Muslim)
Diceritakan oleh Abu Said, iaitu
Sa'ad bin Sinan al-Khudri radiallahu anhu
bahwasanya Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "
“Adalah pada ummat yang
terdahulu, seorang lelaki telah membunuh Sembilan puluh sembilan manusia.
Kemudian ia bertaubat, maka ia mencari seorang orang ‘alim dan ditunjukkan pada
seroang pendeta. Kemudian ia bertanya; bahawa ia telah membunuh Sembilan puluh
Sembilan manusia, apakah masih diterima untuk bertaubat?
Pendeta itu menjawab: "Tidak dapat." Kemudian
pendeta itu dibunuhnya sekali sehingga genaplah seratus orang yang telah
dibunuhnya.
Kemudian iapun mencari orang
‘alim lainnya, dan ketika telah ditunjukkan, maka ia menerangkan bahawa dirinya
telah membunuh seratus orang. Apakah ada jalan untuk bertaubat?
Orang ‘alim itu menjawab: “Ya, ada.”Pergilah engkau ke negeri itu,
kerana disana banyak orang-orang yang ta’at kepada Allah Subhanahu wa ta’ala,
maka berbuatlah sebagaimana perbuatan mereka, dan janganlah engkau kembali
kenegeri mu, sebab disana adalah tempat kejahatan.
Maka pergilah orang itu terus
pergi sehingga ia baru menempuh separuh perjalanan tiba-tiba ia didatangi oleh
kematian.
Maka bertengkarlah Malikat
Kerahmatan dan Malikat siksaan – yakni yang bertugas memberi kerahmatan dan
bertugas memberi siksaan untuk mempersoalkan diri orang itu tadi.
Berkata Malikat kerahmatan: “Ia telah berjalan untuk bertaubat kepada
Allah Subhanahu wa ta’ala dengan sepenuh hatinya.”
Berkata Malikat azab
(siksaan): “"Bahwasanya orang ini
sama sekali belum pernah melakukan kebaikan sedikitpun."
Maka datanglah seorang
Malikat dalam rupa manusia lalu ia dijadikan sebagai pemisah antara
malikat-malikat yang berselisih tadi, dijadikan hakim pemutusnya untuk
menetapkan mana yang benar.
Berkatalah ia: “Ukur sahaja diantara dua negeri yang
ditinggalkan dan dituju, maka kemana ia lebih dekat letaknya, maka orang ini
adalah untuknya – jikalau lebih dekat kea rah negeri yang dituju untuk
melaksanakan taubatnya, maka ia adalah milik Malikat kerahmatan dan jikalau
lebih dekat dengan negeri asalnya maka ia adalh milik Malikat siksaan”.
Maka Malikat-malikat itu
mengukur, dan didapatilah bahawa orang tersebut adalah lebih dekat kepada
negeri yang baik yang ditujunya untuk melakasanakan taubatnya. Maka dipeganglah
ruhnya oleh Malikat Kerahmatan. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadits diatas menjelaskan
kepada kita betapa Allah Subhanahu wa
ta’ala dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya telah berkenan mengampuni
dosa-dosa hambanya yang teramat besar. Sedangkan membunuh manusia sahaja sudah
termasuk dosa besar, apalagi seratus orang. Namun kerana taubat itu
dilakukannya dengan sesungguh hati dan kemauan-nya, meskipun ia belum pernah
melaksanakan kebajikan, Allah Subhanahu
wa ta’ala telah mengampuni-nya juga.
Ini merupakan suatu bukti,
bahawa taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguhnya, dan timbul dari
lubuk hati yang paling dalam dengan penuh rasa penyesalan dan penuh pengharapan
akan ampunan Allah Subhanahu wa ta’ala.
Oleh sebab itu bagi setiap
orang yang merasa dirinya berdosa, marilah segera bertaubat kepada Allah
Subhanahu wa ta’ala sementara pintu taubat masih terbuka, dan sementara kita
masih sempat menyatakan penyesalan.
BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT
No comments:
Post a Comment