Waswas
syaitan dan rawatannya
(Oleh:
Imam Al-Ghazali)
Apakah yang
dikatakan oleh waswas syaitan? Bagaimana waswas syaitan mempengaruhi hati
manusia? Dan dapatkah waswas ini dihapuskan dari hati manusia?
Berhubungan dengan ini para ulama berselisih pendapat:
1. Golongan
pertama berpendapat bahawa waswas ini lenyap dari hati dengan zikir mengingati
Allah Subhanahu wa ta’ala.
2. Golongan
kedua pendapat bahawa waswas tidak dapat dihapuskan dari hati dengan zikir
mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala.
Apabila seseorang itu mengingati Allah Subhanahu
wa ta’ala, waswas itu masih menjalar didalam hati tetapi mempunyai tidak
mempunyai sebarang kesan keatasnya kerana hati ketika itu sedang dipenuhi
dengan zikir dan terhijab daripada waswas syaitan.
3. Pendapat
Golongan ketiga, waswas dan kesannya didalam hati tidak gugur dengan zikir
mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala,
tetapi yang gugur ialah penguasaannya keatas hati seolah-olah ia mewaswas dari
jauh dan lemah keadaannya.
4. Sementara
Golongan ke-empat mengatakan waswas akan hapus bersilih-ganti dengan zikir
mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala.
Bererti waswas akan hapus sebentar ketika zikir, kemudian ingatan terhadap
Allah Subhanahu wa ta’ala pula hapus
sebentar untuk diambil tempatnya oleh waswas. Begitu seterusnya.
5. Golongan
kelima pula berpendapat bahawa waswas dan zikir itu sentiasa berlumba-lumba
menduduki hati.
Al-Imam Al-Ghazali mengatakan pendapat ini semua benar
hanya tidak
menyeluruhi semua jenis waswas syaitan.
JENIS-JENIS WASWAS PADA PENDAPAT AL-IMAM AL-GHAZALI:
1. Waswas dengan menyembunyi kebenaran.
Syaitan mungkin menyembunyikan kebenaran dengan mewaswaskan kepada seseorang:
“Apa gunanya meninggalkan kenikmatan dunia sedangkan umurmu masih panjang? Apa
gunanya bersabar menahan nafsu syahwat sedangkan penderitaan menahan nafsu
syahwat itu di sepanjang umur adalah amat berat?” Tetapi apabila orang itu
mengingati betapa besarnya hak Allah Subhanahu wa ta’ala dan betapa besarnya
pahala dari-Nya serta balasan siksa-Nya nescaya ia akan berkata kepada dirinya
sendiri: “Kesabaran menahan nafsu syahwat itu memang berat tetapi lebih berat
lagi kesabaran menahan siksaan neraka.” Apabila ia mengingati akan janji-janji
Allah Subhanahu wa ta’ala yang baik
dan yang buruk serta memperbaharui iman dan keyakinannya niscaya syaitan akan
berdiam dan seterusnya melarikan diri kerana tidak dapat mempengaruhi orang
tersebut dengan mengatakan siksaan api neraka lebih ringan daripada maksiat dan
maksiat itu tidak akan membawa kepada siksaan neraka. Ini ialah kerana keimanan
orang itu terhadap kitab Allah Subhanahu
wa ta’ala adalah melindungi dari syaitan dan seterusnya terhentilah
waswasnya. Begitu juga syaitan mengkin mewaswas seseorang itu supaya bermegah
dengan kerja-kerja dan amalannya ambil berkata:
“Tiada seorang pun yang mengenal Allah Subhanahu wa ta’ala seperti pengenalanmu dan tiada siapa yang
menyembahnya seperti penyembahanmu. Amat tinggi kedudukan mu di sisi Allah Subhanahu wa ta’ala.”
Tetapi jika ketika itu orang tersebut teringat bahawa pengetahuannya,
hatinya dan anggota-anggotanya semua adalah dari ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala semata-mata niscaya
ia tidak akan mahu bermegah-megah. Dengan itu maka berundurlah syaitan darinya
kerana tidak dapat mempengaruhinya dengan kata-kata bahawa semua itu bukan dari
ciptaan Allah Subhanahu wa ta’ala.
2. Waswas dengan mengerakkan nafsu syahwat dan
dorongan-dorongannya. Waswas ini terbahagi kepada: Yang diketahui oleh
seseorang dengan yakin maksiat, dan disangkanya maksiat.
Jika orang itu mengetahui dengan yakin apa yang diwaswas itu
adalah maksiat maka syaitan akan berundur darinya dan tidak lagi membisik untuk
mengerakkan syahwatnya. Tetapi ia tidak akan berundur jika orang itu menyangka
apa yang diwaswas itu sebagai maksiat. Ketika itu syaitan akan terus kekal
menggoda, jihad adalah diperlukan untuk menentangnya. Waswas terus ada tetapi
tidak menguasi dan boleh dihapuskan dari hati.
3. Waswas berupa lintas-lintasan dan ingatan
terhadap hal-hal yang ghaib seperti mengenang sesuatu selain dari sembahyang
semasa seseorang itu sedang sembahyang. Waswas ini akan menyebakan bacaan
didalam sembahyang itu bercampur-aduk dengan lintas-lintasan yang timbul,
seolah-olah hati itu terisi dengan kedua-dua zikir mengingati Allah Subhanahu wa ta’ala dan waswas.
Seseorang yang ketika bersembahyang hatinya teringat akan musuh
yang menyakitinya harus akan memikir musuhnya disepanjang raka’at-raka’at
sembahyangnya itu kerana yang terlintas dihatinya ketika itu hanya kata-kata
musuhnya sahaja.
Seseorang yang sedang dirasuk perasaan cinta umpamanya sentiasa
akan memikir untuk berbual-bual dengan kekasihnya dengan yang terlintas didalam
hatinyalah kata-kata kekasihnya itu sahaja, dan jika ada sesiapa yang bercakap
kepadanya ketika itu niscaya ia tidak mendengar apa-apa, dan jika ada orang
lalu didepannya pun mengkin ia tidak nampak.
Pendek kata melepaskan diri dari syaitan untuk sesuatu ketika
yang pendek atau sebentar waktu memang boleh dilakukan, tetapi untuk
selama-lamanya adalah suatu perkara yang mustahil. Kerana godaan dan waswas
syaitan ke atas seseorang khususnya ketika sedang sembahyang adalah meliputi
segala harta-benda dunia.
Jika seseorang itu memiliki wang lebih dari keperluannya syaitan
akan mewaswaskan semasa ia sedang sembahyang supaya memikirkan tentang wangnya
itu; Bagaimana ia patut menyimpannya? Pada apa yang patut dibelanjakannya?
Bagaimana ia patut menyembunyikan agar tidak diketahui orang lain? Dan
bagaimana ia patut memperlihatkan-nya untuk bermegah-megah dengannya? Dan
lain-lain waswas lagi.
Siapa yang mencengkamkan kukunya pada keduniaan dan ingin
menyelamat diri dari syaitan maka ia adalah sama seperti orang menyelam didalam
madu dengan menyangka ia tidak dihurung lalat. Ini adalah mustahil sama sekali.
Dunia ini merupakan lapangan yang amat luas untuk godaan dan
waswas syaitan. Seorang pendita pernah berkata: Syaitan itu mengajak manusia
melakukan maksiat. Jika manusia itu menolak, syaitan akan memberi nasihat yang
boleh menjerumuskan-nya kedalam perkara yang bida’ah. Jika manusia itu menolak
juga hasutannya, syaitan akan menyuruhnya bersikap keras dan ketat yang akan
membawa kepada sikap yang mengharamkan mana yang bukan haram.
Jika manusia itu masih juga enggan menurut hasutannya, syaitan
akan meragu-ragukan tentang wudhu’ dan sembahyangnya. Jika manusia itu menolak
juga, syaitan akan mengajaknya melakukan amalan-amalan kebajikan serta
membayangkan betapa mudahnya
amalan-amalan itu sehinggalah orang ramai menganggapnya seorang yang penyabar
dan suci dari maksiat serta terpengaruh dengannya, yang mana menyebabkan
manusia tersebut terpesona dengan dirinya sendiri, dan seterusnya terjerat
didalam perangkap syaitan..
Oleh itu marilah
sama-sama kita jauhi diri kita daripada perasaan was-was yang di bisikkan oleh
syaitan. Sentiasalah mengingati Allah Subhanahu
wa ta’ala dan sering membaca do'a perlindung daripada gangguan syaitan,
sesungguhnya syaitan itu lemah dan tidak berupaya menganggu kita jika hati dan
jiwa kita benar-benar yakin kepada Allah Subhanahu
wa ta’ala.
Wallahu A’lam
No comments:
Post a Comment