Jawapan
Kepada Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat
Sejak
akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu
aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat?
Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman
kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di
sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku
dedah aurat.
Terima
kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini
bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang
bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah
aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan
mengenai isu ini.
1. Walaupun
dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah
nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah
mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang
berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita
menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak
wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat
yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan
aurat.
Betapa
banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang
mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka
tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang
lain di sekeliling.
2. Perempuan
yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai
buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah
sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan
mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk
menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih
baik.
Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam bersabda:
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan
ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal
dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa
yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu
dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada
orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang
diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu
hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu
diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka
dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal
yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya
secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke
atasnya secara zahir.
Namun
jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK
IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu
menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara
fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa
di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level
pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain,
seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu
dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi
mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa
dari mata lelaki.
4. Menunggu seru
untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri,
bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau
ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka,
atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera
saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang
mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan
(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan
jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur
ayat 31)
Disalin
oleh HAR dari akuislam.com
No comments:
Post a Comment