Nasihat buat Adik-Adik ku!!!
1. Tetap pada sunnah dan ikuti serta pelajari
Sunnah Rasul Salallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan fahami islam
sebenarnya.
Barangsiapa
yang maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka ia hanya mencelakakan dirinya
sendiri dan tidak akan mencelakakan Allah sedikit pun.
Rasulullahu
Salallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
“Semua umatku
akan masuk syurga kecuali orang yang menolah” Mereka bertanya: “Ya Rasulillah! Siapakah orang
yang menolah itu? Beliau menjawab: “Siapa
yang taat kepadaku akan masuk syurga dan siapa yang maksiat maka ia telah
ditolak.” (Hadith riwayat Bukhari)
2).
Hendaklah adik-adik mempelajari ilmu-ilmu
Islam sedalam-dalamnya setakat mampu dan usahlah terpedaya dengan tipuan dunia.
Termasuk
tipuan dunia ialah sijil-sijil dan ijazah...juga yang sepertinya...saya hairan
mengapa terdapat ramai merasa gembira jika sudah menghabiskan pengajian selama
4 tahun dan beroleh ijazah..? apa yang merasa gembira sangat dengan ilmu yang sekadar
4 tahun ? itu belum ditolak dengan cuti, ditolak dengan malas dan belum ditolak
dengan pengajian selama 4 tahun hanyalah dengan menghadiri kelas, membaca nota
dekat2 periksa dan lulus kemudian balik setelah beroleh ijazah ??? itukah yang
dikatakan menuntut ilmu ? itukah yang dibanggakan ?sedangkan kitab-kitab
khazanah umat Islam tersimpan begitu saja diperpustakaan tanpa disemak dan
dikaji dan dibuka...
Apakah adik-adik merasa sudah puas dengan ilmu 4 tahun ? terutama adik-adik yang belajar agama...adakah adik-adik merasa alim ? dgn ilmu 4 tahun itu adik-adik boleh menjawab segala soal jawab agama kepada adik ? lalu berfatwa dengan hukum-hukum yang akhirnya menyesatkan orang ??? atau sekurangnya bertaqlid kepada orang lain.???
3) Hendaklah adik2 semua menjaga aurat dan
memelihara maruah..
Rasulullahu
Salallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
“Akan ada pada akhir umatku
nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan
pundak (punggung) unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita
yang pantas dilaknat.” (hadith sahih).
Ingatlah
adik-adik semua merupakan fitnah yang besar kepada lelaki saperti
sabda baginda Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam:
“Takutlah pada dunia
dan takutlah pada wanita karena fitnah pertama pada Bani Israel adalah pada
wanita.”
(hadith sahih).
“Tidaklah berkumpul
seorang lelaki dan wanita, kecuali Syaithan bersama mereka”. (Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim)
Tidak memakai wangi-wangian. Hal ini telah diperingatkan oleh
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam :
“Sesungguhnya
seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati kaum (laki-laki)
bermaksud agar mereka mencium aromanya, maka ia telah melakukan perbuatan
zina”. (Hadith
riwayat Tirmidzi)
Wahai Adik-Adik ku,
Sesungguhnya
Rasulullah telah berwasiat kepada kalian, …agar kalian menjaga diri kalian,
menutup aurat kalian, tidak memperlihatkan rambut kalian kepada kaum lelaki
yang bukan muhrim.. tidak membiarkan diri kalian disentuh oleh lelaki yang
bukan muhrim…menjaga pandangan kalian, tidak mengundang dan memberikan
kesempatan pada kaum lelaki untuk maksiat kepada kalian…?
Kedudukan mengenakan
jilbab (busana wanita muslimah) dihukumi wajib sama kedudukannya dengan
shalat , puasa, zakat,
haji(bagi yang mampu).
4) Hendaklah adik-adik semua menetap diri di rumah dan elakkan
berjalan-jalan keluar tanpa keperluan lebih-lebih lagi untuk musafir ke tempat
yang jauh tanpa keperluan.
Siapakah
contoh adik-adik..apakah adik-adik tidak melihat kepada Fatimah ra, Aisyah ra, Khadijah ra dan
lain-lain ummul mukminah serta wanita utama Islam yang mana mereka tidaklah hebat dalam lapangan dakwah / jemaah / tetapi
mereka hebat dalam lapangan isteri dan menetap diri
menjaga maruah mereka...dan itulah punca mereka diagungkan dlm sejarah islam...
Perintah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala:
Maksudnya:
“ Dan hendaklah kamu tetap diam (berada) di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan
diri saperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu” (Surah
Al-Ahzaab: 33)
Ibnu Katsir berkata di dalam
Tafsirnya (3/482): “Tetaplah kamu di dalam rumah kamu, janganlah keluar tanpa
ada keperluan…..”
Sungguh sangat berbeza
dengan seorang wanita yang suka keluar dari rumahnya tanpa ada keperluan,
wanita yang tidak tahan tinggal di rumahnya walaupun sesaat. Bahkan dia lebih
suka pergi kesana kemari baik malam mahupun siang hari. Berkumpul dan bercampur
dengan semua orang tanpa melihat adakah itu mahram atau bukan, halal atau
haram. Apabila pulang ke rumah sahaja, maka kepalanya menjadi penuh dengan
berbagai macam tuntutan dan permintaan kerana pengaruh apa yang dilihat dan
disaksikannya. Lalu dia meminta wang kepada suaminya namun terkadang keadaan
suaminya tidak mampu memenuhi permintaannya. Maka mulalah menyala api
perselisihan di antara keduanya. Sehingga urusan rumahnya, pendidikan
anak-anaknya tidak dipedulikan lagi, bahkan sampai meninggalkan kewajiban
terhadap Tuhannya juga terhadap suaminya. Dia pun melecehkan buku-buku agama
dan adab jika dia boleh membaca dan menulis. Bahkan dia lebih menumpukan untuk
membaca majalah-majalah dan mengadap facebook atau Istagram. Apabila dinasihati
oleh suaminya, malah dia menyerang semula dengan mencaci dan mencelanya
seakan-akan bangga dengan dosa yang telah dilakukannya.
Kalaulah seorang yang
bekerja maka hendaklah bekerja dengan pekerjaan yang dibolehkan oleh syariat
sahaja, iaitu berupa pekerjaan-pekerjaan yang memang khusus bagi kaum hawa.- Semoga
Allah memelihara kita dari perkara tersebut..
dan
semoga adik tidaklah keluar musafir tanpa teman muhrim…kerana baginda berpesan
“Tidaklah
bepergian (musafir) seorang wanita kecuali bersama muhrim”. (H.R. Bukhari)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari
ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,
dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Thaha: 124)
Oleh kerana itu adik-adik ku,
apabila sememangnya terdapat keperluan yang mendesak untuk keluar dari rumah
maka hendaklah dia keluar dengan memakai pakaian yang menutup aurat, berjalan
dengan penuh sopan, menundukkan pandangan dan menghindari bahagian tengah
jalan.
5) Semoga adik-adik menjaga wara' dan memelihara diri adik dari terdedah kepada lelaki yang tidak halal pada adik kerana
bukankah Allah memerintahkan adik-adik menjaga diri adik-adik ?
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan katakanlah kepada
wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
(biasa) nampak dari padanya.” (Q.S An-Nur: 31)
Wahai adik-adik...hiasilah dirimu dgn pakaian taqwa...wujudkan
malu rasa segan dan rasa taqwa dalam diri adik-adik...!! jauhi dari mencari sesuatu yang bukan halal dan mencari keseronokkan dunia sementara...
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Hai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa
itulah yang paling baik.” (Q.S. Al-A’raaf: 26)
Secara
jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Subhanahu waTa’ala dalam Al-Quran sebagai
satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan
oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu.
Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan
perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak
alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.
Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:
“Sesungguhnya setiap agama
itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (hadith sahih).
Adik
pernahkah adik2 mendengar perihal wanita 2 yang utama dalam Islam?? Mereka
bukanlah wanita dan perempuan aktif berpersatuan dan ke sana sini kononnya
berjuang..tapi pada hakikatnya melanggar sunnah Islam..mereka juga bukanlah
wanita lantang dan wanita besi yang serba boleh...bukan-bukan !!
Tapi mereka ialah wanita yang di riwayat dari
Ibnu Abi Hatim lebih sempurna dengan sanadnya dari Shofiyah binti Syaibah yang mengatakan: “Ketika kami bersama Aisyah radhiAllahu 'anha
, beliau berkata:
Tatkala
kami berada disamping Aisyah yang menyebutkan keutamaan wanita suku Quraisy,
lalu Aisyah berkata: Sesungguhnya kaum wanita suku Quraisy itu memiliki satu
keutamaan . Dan, aku demi Allah tiada melihat yang lebih utama daripada
wanita-wanita Anshar dan yang lebih membenarkan terhadap Kitabullah maupun
keimanan terhadap Al-Qur'an.
Tatkala
diturunkan kepada mereka ayat: ““Dan hendaklah mereka menutupkan
kain kudung ke dadanya.”
(surat An-Nuur ayat 31), maka para lelaki mereka (kaum Anshar) langsung kembali
pulang menuju mereka untuk membacakan apa yang baru saja diturunkan oleh Allah
atas mereka , seorang laki-laki membacakan ayat tersebut kepada istrinya,
putrinya, saudarinya serta kerabatnya. Tak seorang wanitapun dari mereka
melainkan lantas bangkit untuk mengambil kain yang biasa dikenakan lalu
digunakan untuk menutupi kepala (menjadikannya kerudung) dalam rangka
membenarkan dan mengimani apa yang telah diturunkan Allah dari Kitab-Nya. Lalu
pada pagi harinya dibelakang Rasulullah (menunaikan shalat shubuh) mereka
mengenakan tutup kepala (kerudung) seakan-akan
diatas kepala mereka itu terdapat burung gagak. ( hadits ini shahih)
Wahai
Adik-Adik ku,
Contohi
para shahabiyah. Betapa ketundukan mereka kepada Allah yang sangat luar biasa.
Ketika Allah subhanahu wa ta’ala menurunkan ayat hijab, dan
ketika Allah subhanahu wa ta’ala mewajibkan jilbab, mereka
segera mengambil tirai rumahnya untuk
menutup aurat nya. Mereka tidak pernah berkata “panas”. Mereka
pun tidak pernah berkata “bagaimana dan mengapa?.” Segera mereka berkata sami’na
wa atha’na, kami mendengar dan kami ta’at.
Allahuakbar !! allahuakbar !!! begitulah
adik-adik perihal wanita Islam.
Sesungguhnya wanita itu
adalah aurat, maka apabila keluar, syaithan akan menghiasinya.”
(Dikeluarkan oleh
Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam
Irwaul Ghalil jilid I)
6.
Ingatlah adik-adik
ku....bahawa bahagia
itu ditangan Allah...Apakah Allah akan memberi bahagia jika adik-adik melakukan perkara yg
dimurkainya ?
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :
“Aku melihat ke dalam
Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir)
dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya
adalah wanita.” (Hadith
riwayat: Bukhari dan Muslim
dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).
Cukuplah wahai adik-adikku menjadikan hadith
diatas ini sebagai
peringatan kepada kamu sekalian.
Imam Qurthubi rahimahullah menjelaskan
maksud hadith di atas
dengan pernyataannya :
“Penyebab sedikitnya kaum
wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka,
kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari
akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan
kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari
akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka
memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika
diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak
kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah
halaman 369)
Harap dengan adanya hadith
ini adik-adik akan lebih berhati-hati dalam bersikap agar mematuhi perintah
agama bukan bererti merendahkannya.
Renungkanlah dan
fikir-fikirkanlah bersama...
Wallahu A’lam bish Shawwab.
No comments:
Post a Comment