PERBUATAN YANG
MENGANGGU SOLAT
|
Orang yang sedang bersolat adalah orang yang
sedang bermunajat kepada Rabbnya, mengingat dengan menyebut-Nya, berdoa,
mengagungkan dan memuji kebesaran-Nya. Maka selayaknya seorang muslim tidak
mengganggu kekhusyu’an saudaranya yang sedang bermunajat itu.
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam ketika sedang beri’tikaf telah bersabda, artinya, “Ketahuilah bahawa setiap dari kalian sedang bermunajat kepada
Rabbnya, maka janganlah sebahgian dari kalian mengganggu yang lainnya.” (HR Ahmad, Abu Dawud
dan dishahihkan al-Albani).
Dan mengganggu atau menyakiti kaum muslimin
secara umum adalah perbuatan yang dilarang, sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, artinya, “Barang siapa yang mengganggu orang-orang
muslim di jalan mereka maka laknat mereka pasti akan menimpanya.”
Maka tidak diragukan lagi bahawa mengganggu
sesama muslim di dalam masjid dan membuat kekecohan sewaktu orang sedang solat
atau sedang berzikir adalah perbuatan yang dilarang. Perbuatan tersebut
termasuk dalam kemungkaran yang besar, kerana akan menyuburkan sikap meremehkan
kemuliaan masjid dan orang-orang yang sedang beribadah di dalamnya.
Di bawah ini ada beberapa contoh perbuatan yang
boleh mengganggu sesama muslim ketika berada di dalam masjid. Diharap dengan
menyatakannya di sini dapat menjadi peringatan bagi kita semua agar senantiasa
berhati-hati dan menjauhinya.
MELANGKAHI KEPALA
|
Melangkahi kepala merupakan salah satu perbuatan
yang menyakitkan perasaan atau mengganggu orang yang sedang atau akan solat,
terutama pada hari Jum’at atau di masjid yang penuh dengan jema’ah. Lebih tidak
sopan lagi bila mengangkat kaki separas atau di atas kepala jema’ah ketika lalu
di hadapan mereka. Perkara ini biasanya terjadi ketika sebelum iqamah dan saf
dibahagian hadapan telah penuh atau sudah tidak ada ruang lagi, sementara orang
yang datang lambat tetap ingin berada di saf hadapan.
Suatu saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada hari Jum’at melihat seseorang
melangkahi kepala saudaranya yang lain, maka beliau menegurnya dan bersabda,
ertinya, “Duduklah kamu,
susungguhnya kamu telah mengganggunya.”
Hadis ini merupakan hadis yang paling tegas dari
hadis-hadis lainnya yang mengulas permasalahan ini, sebagaimana yang dijelaskan
oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam al-Fath. Dalam sebuah riwayat marfu’ dari Ibnu
Umar radhiyallahu ‘anhu disebutkan
dengan jelas tentang terhapusnya pahala Jum’at bagi yang melangkahi kepala
orang lain. Ibnu Wahab salah seorang perawi hadis tersebut menyatakan bahawa
makna dari hadis ini adalah, solat yang dilakukan hukumnya tetap sah namun dia
tidak mendapat keutamaan Jum’at.
Hadis di atas walaupun mengenai solat Jum’at,
namun bukan bermakna larangan itu hanya untuk hari tersebut. Hari Jum’at
dijadikan contoh kerana pada umumnya pada hari tersebut ramai kaum muslimin
yang hadir di masjid. Ini dikuatkan dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Sungguh
engkau telah mengganggu,” dan mengganggu sesama muslim dilarang setiap waktu bukan pada
hari Jum’at sahaja.
Telah berkata al-Imam an-Nawawi, “Orang yang masuk masjid, baik pada hari
Jum’at atau selainnya dilarang melangkahi tengkuk saudaranya, kecuali jika
sangat terpaksa (darurat).” (al-Majmu’ syarh al-Muhadzdzab 4/546).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah juga mengatakan, “Tidak boleh bagi siapa saja melangkahi
kepala seorang muslim untuk mendapatkan saf pertama jika disebelahnya tidak ada
ruang yang dapat diisi baik pada hari Jum’at atau lainnya. Kerana hal itu
merupakan perbuatan zalim dan penderhakaan kepada Allahsubhanahu wata’ala.(al-Ikhtiyarat
hal 87).
Sebahagian ulama mengatakan bahawa perbuatan ini
adalah makruh, dan sebahagian yang lain mengharamkannya sebagaimana yang
dikatakan oleh al-Imam an-Nawawi dan Syaikhul Islam. Namun keharaman ini
dikecualikan jika orang yang datang lebih dahulu tidak mengisi saf yang di
hadapan, dan membiarkan ruang-ruang di saf hadapan. Maka dalam hal ini
dibolehkan seseorang melangkahi kepala dalam rangka menyempurnakan saf dan
menutup ruang yang kosong. Wallahu a’lam.
BERSESAKKAN KETIKA SHOLAT
|
Tidak dinafikan bahawa bersesakan ketika solat
menyebabkan hilang atau berkurangnya kekhusyukan. Keadaan seperti ini terjadi
terutamanya pada hari Jumaat, ketika malam bulan Ramadhan dan sebagainya.
Kesalahan ini biasanya dilakukan oleh orang yang datang lambat namun ingin berada
di saf depan, bahkan tidak segan-segan mencelah saf dengan menggunakan kekuatan
tubuhnya.
Terlalu bersesakan akan menyebabkan orang tidak
dapat meletakkan kedua tangannya di dada dengan baik ketika solat, dan
menyebabkan saling berhimpitan terutama ketika sedang duduk atau tahiyat. Dan
yang jelas sikap menerobos saf yang sudah rapat adalah perbuatan merebut hak
orang lain dan tidak menghormati jama’ah yang datang lebih awal. Memang benar
saf awal adalah sangat utama, namun mengganggu sesama muslim adalah perbuatan
haram. Dan meninggalkan yang haram harus didahulukan daripada mengejar
keutamaan.
Seorang muslim adalah dituntut untuk melapangkan
saf untuk orang lain apabila keadaan mengizinkan. Jangan sampai mangambil
tempat melebihi dari keperluannya dan merasa berat untuk memberi tempat kepada
saudaranya padahal dia masih boleh berbuat demikian. Namun bagi yang terlambat
juga harus bersikap bertolak ansur dan lemah lembut kepada saudaranya. Dia
sepautnya tidak menyempit ditempat yang saf tersebut memang sudah tidak mungkin
lagi untuk diisi. Islam mengajarkan agar seseorang duduk di belakang atau
tempat mana saja yang kosong apabila sudah tidak ada tempat lagi untuk
diduduki.
MEMBACA AL-QURAN DENGAN SUARA YANG KUAT
|
Membaca al-Qur’an di dalam masjid dengan suara
yang kuat, selain mengganggu orang yang sedang solat juga mengganggu orang lain
yang sedang membaca al-Qur’an. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam melarang perbuatan itu melalui sebuah hadits dari Abu Sa’id
al-Khudri radhiyallahu ‘anhudia
berkata, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamberi’tikaf di dalam
masjid, beliau mendengar para shahabat membaca al-Qur’an dengan suara yang
kuat, maka beliau bersabda, “Ketahuilah
sesungguhnya masing-masing dari kalian sedang bermunajat kepada Rabbnya, maka
janganlah sebagian dari kalian mengganggu yang lain, dan janganlah sebagian
menguatkan suara di atas yang lain dalam membaca al-Qur’an, atau beliau
bersabda, “di dalam solat.” (HR.Ahmad dan Abu Dawud).
Syaikhul Islam berkata, “Tidak boleh bagi siapa pun menguatkan suara ketika membaca, baik di
dalam solat mahupun di luar solat, terutama ketika di dalam masjid kerana hal
itu boleh mengganggu orang lain.” Dan ketika ditanya tentang mengeraskan
bacaan al-Qur’an di dalam masjid, beliau menjawab, “Segala perbuatan yang bisa mengganggu orang yang berada di dalam
masjid atau yang mengarah pada perbuatan itu maka hal itu adalah dilarang,
wallahu a’lam.( al-Fatawa 23/61).
Adapun membaca dengan suara yang tidak terlalu kuat dan tidak mengganggu orang lain maka hal itu dibolehkan sebagaimana yang disebut di dalam hadis. Terutama jika yang membaca itu tidak merasa riya’. Bahkan ia boleh jadi sesuatu yang harus jika dalam keadaan belajar al-Qur’an. Kerana menguatkan bacaan dalam keadaan ini akan menyentuh hati, menambah semangat dan memberikan manfaat bagi orang lain yang mendengarkannya. (at-Tibyan, an-Nawawi hal 71)
Dalam solat malam juga dibolehkan menguatkan
bacaan asalkan dapat menjaga diri dari riya’. Aisyah radhiyallahu ‘anha meriwayatkan bahawa ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam “Semoga
Allah merahmatinya, sungguh bacaannya itu telah mengingatkanku pada ayat ini
dan ini yang sebelumnya saya kira bahagian dari surat ini dan ini.”
(HR.al-Bukhari dan Muslim).
MELINTASI
DI DEPAN ORANG SOLAT
|
Berjalan di depan orang yang sedang bersolat di
antara dia dan sutrah (pembatas)nya adalah perbuatan haram, kerana mengganggu
dan mengacaukan konsentrasinya dalam bermunajat kepada Allah subhanahu wata’ala. Perbuatan ini
dilarang dengan keras dan pelakunya mendapatkan amaran yang sangat berat,
sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam.
Oleh sebab itu dibolehkan bagi yang sedang solat
untuk menghalang orang yang akan melintasinya, jika sekiranya masih ada jalan
lain yang memungkinkan untuk dillalui. Kerana dalam sebuah hadis yang bersumber
dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu
‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda, yang bermaksud, “Jika
salah seorang diantara kalian solat menghadap sutrah (yang menghalangi) orang
(untuk lalu), lalu ada seseorang yang mau melaluinya maka tahanlah dia. Apabila
dia menolak maka lawanlah dia kerana dia adalah syaitan.” (HR.al-Bukhari dan
Muslim).
BERCAKAP DENGAN SUARA YANG KUAT
|
Hal ini terjadi ketika sekumpulan orang sedang
asyik dalam membincangkan sesuatu isu. Ketika iqamah telah dilaungkan mereka
tidak segera berhenti bercakap namun tetap meneruskannya sehingga terlambat
bertakbiratul ihram dan membaca al-Fatihah bersama imam. Ketika imam sudah
mendekati rukuk barulah mereka menuju saf untuk turut bersolat.
Sikap ini dari satu sudut merupakan perbuatan meremehkan ibadat solat dan di sudut yang lain akan mengganggu saudara-saudara mereka yang sedang solat. Jika orang yang sedang solat sunnah diperintahkan untuk membatalkannya ketika sudah iqamah (jika dikira ketinggalan takbiratul ihram,red) maka bagaimana hanya sekedar berbual? Itu adalah sikap meremehkan (mengambil ringan).
Adalah benar jika seseorang itu sempat mengerjakan rukuk dia telah dikira mendapat satu rakaat, tetapi itu adalah untuk orang yang benar-benar terlambat, bukan yang dengan sengaja melambatkan sedangkan dia sudah berada di masjid dan mengetahui solat telah dimulakan.
GANGGUAN
DALAM SOLAT
|
Menganggu orang sembahyang hukumnya haram,
seperti yang disebut dalam kitab Sabilul-muhtadin.
‘(Dan haram) atas tiap-tiap seorang membaca
dengan nyaring yang di luar sembahyang atau di dalam sembahyang jika sangat
memberi tasywisy ia akan orang yang sembahyang, atau membaca Quran atau yang
mentelaah kitab atau yang tidur atau yang sebagainya.’ (Sabilul-muhtadin, 247)
Nyaring bermaksud kuat. Jadi petikan ini
menyatakan haram membaca kuat sehingga menyebabkan seseorang lain yang
sembahyang ragu-ragu dengan bacaannya disebabkan gangguan ini. Gangguan suara
ini, sama ada bunyi bacaan oleh makmum sebelah, atau mereka yang membaca Quran,
mengulangkaji kitab, dengkuran orang tidur, dan sebagainya. Pendek kata, haram
membuat sebarang bunyi yang boleh mengganggu orang sembahyang. Ini termasuklah
bersembang, bercakap di telefon dan sebagainya.
Walaupun petikan ini menyentuh tentang gangguan
bunyi, kita harus mengambil iktibar bahawa membuat sebarang gangguan terhadap
orang yang sedang sembahyang adalah haram. Daripada Muslim, diriwayatkan,
‘Kerana Malaikat merasa terganggu dengan
sesuatu yang dapat mengganggu manusia.’ (Ensiklopedi Shalat, 370)
Maksudnya, apa yang boleh
mengganggu manusia akan mengganggu malaikat juga.
Artikel dipetik dari:
Bulein Annur - Hikmah Al-Quran & Mutiara Hadits
Alih Bahasa oleh: PUTERI ELIZA / HAR
No comments:
Post a Comment