MANUSIA MUDAH LALAI
Manusia dicipta Allah cukup sifat dan
akalnya. Tiada cacat celanya. Tetapi mengapa manusia mudah lalai? Dengan zaman
yang semakin maju, manusia mudah lalai dan leka dan semakin alpa dibuai dengan
teknologi masa kini. Punca segala masalah
ini berpunca dari kecelaruan akal manusia. mereka mudah terjerumus kelembah
hina.
Alasannya
zaman sudah moden mengapa perlu berfikiran lapuk dan kekampungan?
Segala yang dilakukan mestilah mengikut peredaran zaman. kalau tidak dikatakan
tidak up to date dan kekampungan.
Dari
situlah permulaan kecelaruan manusia. Mengapa? Kerana dari situlah permulaan
rosaknya akhlak dan akidah manusia. Walaupun mempunyai akal fikiran, ia seolah
olah tidak berguna kerana tuntutan nafsu lebih dipentingkan dan dunia adalah
segala-galanya.
Syaitan akan mengambil peluang menghasut
apabila saja seseorang manusia itu lalai iaitu tidak mengendahkan ajaran dan peringatan Allah. Sesiapa menurut
jejak langkah syaitan pasti akan menemui jalan kebinasaan dan penyesalan sama
ada di dunia mahupun akhirat.
Maka jauhilah sikap lalai ini,
jadikan diri kita sebagai mereka yang tahu membezakan perkara yang perlu
diutamakan dan perkara yang perlu diremehkan. Mereka lupa bahawa kehidupan didunia ini hanya
sementara,sehingga mereka melupakan kehidupan akhirat yang abadi.
Allah berfirman:
وَلَقَدْ
ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ
يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ
أَعْيُنٌ
لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ
كَالأَنْعَامِ بَلْ هُم
أَضَلُّ
أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Sesungguhnya kami menjadikan untuk isi neraka jahanam
kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak
di-gunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi
tidak digunakan-nya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka
mempunyai telinga tetapi tidak di-gunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu seperti binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka
itulah orang-orang yang lalai." (Surah: Al A’raf:179)
Pada mereka yang cenderung
mengikut hawa nafsunya dan melampaui batas terhadap ketentu-ketentuan Allah.
Allah berfirman :
ذِكْرِنَا
وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن
“Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui
hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam
Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah
melampaui kebenaran”. (Surah: AL-Kahfi-28)
Maka dengan hanya satu jalan
sahaja untuk kita tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai iaitu firman
Allah:
وَاذْكُر
رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ
بِالْغُدُوِّ
وَالآصَالِ
وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu,
dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan
dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah
engkau menjadi dari orang-orang yang lalai”. (Surah: Al 'Araf: 205)
Sikap lalai, sering kali menghalangi seorang hamba didalam
memahami perpsepsi kebenaran, mengenal dan mengetahuinya dengan ilmu. Oleh
kerana itu, seorang hamba tergolong orang-orang yang tersesat dan dimurkai
Allah. Adapun orang-orang yang mendapat kurnia kenikmatan dari Allah, adalah
orang-orang yang dianugerahi Allah kemampuan mengenal kebenaran dengan ilmu,
taat menjalankan dan mendahulukan kebenaran itu dari yang lain dalam
amalan-amalan. Mereka itulah orang-orang yang berada diatas jalan keselamatan.
Oleh sebab itulah Allah Subhanahu wa ta’ala memerintahkan
kita untuk mengucapkan doa setiap hari, siang dan malam secara berulang-ulang
kali:
صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ اهدِنَــــا
الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
“Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”.
(Surah Al-Fatihah: 6-7)
Sesungguhnya seorang hamba
tidak boleh tidak harus mengetahui sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dalam
kehidupan di dunia and akhirat. Ia juga harus mendahulukan dan mengutamakan apa
yang bermanfaat buat dirinya serta menghindari dari apa yang membahayakan
dirinya. Kalau mereka tidak mampu meniti dan mengikuti jalan yang lurus, ia
akan melalui jalan orang-orang yang dimurkai Allah.
Wahai
saudara-saudaraku yang lalai, sadarlah! Wahai orang yang selalu bergelimang
dosa, sudahi dan insaflah! Demi Allah, tidak ada manusia yang lebih buruk
selain daripada penyembah hawa nafsu! Siapakah yang lebih rugi daripada orang
yang menjual akhirat untuk dunia? Mengapa kelalain selalu menguasai hatimu
saudaraku? Mengapa engkau biarkan kebodohan selalu menutupi aib diri yang
selalu engkau sembunyikan? Sampai bila kelalain ini akan berlangsung saudaraku?
Maka
dari itu, manusia yang enggan mengakui tanda-tanda kebenaran akan kewujudan
Allah Subhanahu wa ta’ala yang ada dihadapannya, masuk golongan orang-orang
yang buta jiwanya. Orang seperti ini, hina di hadapan Allah Subhanahu wa
ta’ala.
Al-Quran
berulangkali memperingatkan manusia agar selalu sedar and menyedari kewujudan
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ingat, ke manapun kita pergi dan jalan apapun yang kita
tempuh, Allah maha mengetahui apa saja yang kita kerjakan.
Semoga bermanfaat. Wallaahu A’lam.
RENUNGAN PRIBADI - (HAR)
___________________________________________________________________________
ORANG LALAI (DARI PEGANGAN TAUHID),
TATKALA DATANG WAKTU PAGI DIA MEMIKIRKAN APA YANG HARUS DIKERJAKANNYA. ORANG
YANG BERAKAL (BERTAUHID) MENERIMA PEKERJAAN YANG
DITAKDIRKAN ALLAH S.W.T UNTUKNYA.
Manusia berada dalam salah satu dari dua keadaan. Jika kuat satu
keadaan lemahlah keadaan yang satu lagi. Dua keadaan itu adalah pertama
perhatian kepada dirinya sendiri dan kedua adalah perhatian kepada Tuhannya.
Jika dia asyik kepada dirinya lalailah dia kepada Tuhannya. Jika dia asyik
kepada Tuhannya lalailah dia kepada dirinya.
Orang yang lemah tauhidnya akan asyik kepada dirinya dan menjadi
lalai daripada mengingati Tuhannya. Orang ini mungkin kuat mengerjakan amal
ibadat dan berbuat kebaikan kepada sesama makhluk. Tetapi, keasyikan kepada
diri sendiri membuatnya melihat amal dan perbuatan sebagai hasil yang keluar
dari dirinya kerana dirinya dan kembali kepada dirinya.
Jika dia melihat Tuhan maka dilihatnya Tuhan memberinya kebebasan
untuk melakukan apa yang dia kehendaki. Dirasakan seolah-olah Tuhan tidak
mengganggu pekerjaannya. Dia berpegang kepada kenyataan bahawa Tuhan tidak
mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah nasibnya.
Oleh itu, nasib dirinya terletak dalam tangannya sendiri. Dan,
Tuhan memberinya nasib menurut usaha yang disumbangkannya. Bagi menjamin dia
mendapat nasib yang baik maka dia membuat perancangan yang rapi dan mengambil
tindakan yang berkesan. Dia memulakan harinya dengan menyusun jadual yang wajib
ditaatinya untuk hari itu. Untung malang nasibnya bergantung kepada
kemampuannya untuk merialisasikan apa yang dirancangkannya.
Manusia yang berpegang kepada prinsip demikian adalah benar
menurut aspek dirinya tetapi adalah orang yang lalai menurut aspek ketuhanan
yang menguasai dirinya. Pengagungan kekuatan diri sendiri akan memperkecilkan
kekuatan Maharaja yang memerintah sekalian alam maya ini.
Prinsip yang demikian menambahkan ego dirinya dan menjauhkannya
dari merendahkan diri kepada Tuhannya, walaupun banyak ibadat dan perbuatan
baik yang dikerjakannya. Amal yang banyak menyebabkannya menjadi ujub, riak dan
sama’ah. Amal yang demikian tatkala dibawa ke neraca hisab di akhirat kelak ia
akan berterbangan seperti debu. Ia tidak dapat menolong tuannya kerana orang
itu menjadikan dirinya sebagai tapak untuk meletakkan amalnya. Di Padang
Mahsyar dirinya sendiri tidak berdaya berdiri di hadapan Hakim Yang Maha
Perkasa. Bila dia rebah, rebah jugalah amalnya.
Sekiranya kita mahu amal dapat berdiri tegak binalah ia di atas
tapak tauhid. Pandangan tauhid melihat apa yang dari Allah s.w.t, berdiri
dengan Allah s.w.t dan kembali kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang memiliki
dan menguasai sekalian alam serta isi dan kejadian yang berlaku di dalamnya.
Tidak bergerak walau sebesar zarah melainkan dengan izin-Nya. Tidak terjadi
sesuatu perkara melainkan dengan Kudrat dan Iradat-Nya.
Allah s.w.t telah menentukan Qadak sebelum Dia menzahirkan Qadar.
Setiap yang berlaku adalah menurut ketentuan-Nya. Orang yang berpegang pada
prinsip ini menyambut kedatangan pagi dengan persiapan untuk menerima ketibaan
takdir Ilahi. Dia tahu bahawa apa yang Allah s.w.t takdirkan untuknya hari itu
pasti sampai kepadanya. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya
.
Bergeraklah dia dengan sepenuh tenaga mendukung takdir yang
diamanatkan kepadanya. Jangan menganggap orang yang bepegang kepada prinsip
tauhid sebagai orang yang pasif, hanya berpeluk tubuh. Dia tetap aktif dengan
berbagai-bagai aktiviti, melebihi orang yang berpegang kepada prinsip yang
pertama. Perbezaan antara keduanya adalah daya rasa dan daya nilai. Pekerjaan
dan perbuatan adalah serupa.
Orang yang pertama merasakan dialah yang melahirkan amal. Dia
melihat dirinya yang melakukan amal. Orang kedua melihat dirinya adalah alat,
dan Allah s.w.t adalah Pelaku yang menggunakan alat. Dia melihat dirinya
dipilih oleh Allah s.w.t bagi menzahirkan sesuatu perbuatan. Oleh sebab
perbuatan yang ditakdirkan untuknya itu menjadi amanat Allah s.w.t kepadanya
maka dia melakukannya sebaik mungkin menurut kadar kemampuan yang Allah s.w.t
kurniakan kepadanya dan dia mengharapkan perbuatan yang lahir dari dirinya itu
diredai Allah s.w.t.
Orang seperti ini tidak panik menerima kedatangan peristiwa besar
secara mendadak kerana dia melihat bahawa peristiwa tersebut adalah takdir
Allah s.w.t yang sedang berjalan dan dia berada di tengah jalan laluan takdir
itu, lalu dia menerimanya dengan senang hati. Dia yakin bahawa Allah s.w.t yang
mendatangkan takdir dalam bentuk peristiwa maka Dia juga yang melahirkan kesan
dari peristiwa berkenaan.
Apabila seseorang itu berfungsi mengikut urutan takdir dia
dapat menerima akibat daripada takdir itu walaupun akibat itu tidak
menguntungkannya. Jika akibat yang baik sampai kepadanya dia yakin bahawa Allah
s.w.t akan memeliharanya agar tidak terjadi sia-sia kebaikan yang diterimanya
dan dia bersyukur. Jika akibat buruk yang sampai kepadanya dia yakin bahawa
Allah s.w.t akan menguatkannya dengan kesabaran dan keredaan. Hati yang
benar-benar bertauhid tidak dapat diganggu gugat oleh apa-apa pun.
(Dinukil dari Syarah Al-Hikam)
No comments:
Post a Comment